Edirossa
Apr 10 2007, 07:18 AM
Mencari Antivirus Percuma TerbaikMutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.
Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.
Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik? Saya cuba membuat ujian terhadap 5 perisian Antivirus percuma yang boleh dimuat-turun dari website pereka perisian berkenaan.
Saya tidak mengambilkira perisian Anti-virus berbayar kerana ia tidak termampu oleh kebanyakan pengguna dan saya tidak menggalakkan sebarang penggunaan perisian yang di"crack"kan kerana pada bila-bila masa perisian yang di pecahkan koding itu boleh berinteraksi dengan pemiliknya melalui fail rahsia yang tidak disedari oleh penggunanya.
Saya membuat analisa setelah menjalankan perisian ini di komputer yang berisi lebih 15GB data setiap satu.
Berikut ialah hasil kajian saya. Ia mengikut turutan dari yang paling saya gemari kepada yang kurang saya gemari.
AOL ACTIVE VIRUS SHIELD
Site: http://www.activevirusshield.com
Saiz : 14,263 kb
Nilai :
Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.
Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.
AVAST 4 HOME EDITION
Site: http://www.avast.com
Saiz : 13013 kb
Nilai :
Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.
BITDEFENDER 8 FREE EDITION
Site: http://www.bitdefender.com
Saiz : 13493 kb
Nilai :
BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.
AVIRA ANTIVIRUS
Site: http://www.free-av.com/
Saiz : 14076 kb
Nilai :
Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai
.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.
AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com
Nilai :
Ukuran : 12.7 MB
Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.
zero07
May 9 2007, 03:53 PM
Nak tanya sikit. Kalau yang percuma baik kenapa ada antivirus yang kena bayar pulak. Saya rasa pelik sikit lah.
Dulu member member semua rekomen antivirus yang percuma. Tapi bila ada problem ada yang cakap gini lah, gitu lah, tak support ini itu lah. Dah bosan dengan problem tu semua saya baru baru ni belik Norton 360 kat IT show Singapore.
Power! semua ada, lesen 3, senang pakai pulak tu. Yang percuma percuma tu saya betul punya seram.
ismail
May 11 2007, 09:54 AM
Sini ada beberapa antivirus berbayar yg terkini dan up to date dgn crack activation sela;o. bole dikatakan bagus juga, pegi je ambik dkat website aku
Ad-Aware SE Enterprise 2007 Beta 7
Mcafee Virus Scan Pro 9.0
Kaspersky Internet Security 2006 6.0.2.614 - Final
Panda Antivirus Plus Firewall 2007 v6.00.02
Professional Edition v4.7.1001 (Vista Compatible)
McAfee AntiVirus 8.5i Enterprise
Kaspersky Anti-Virus 6.0
AVG Anti-Virus Free 7.5.463a1000
Norton Antivirus With Internet Security 2007 (Vista Support)
NOD32 Antivirus System 2.70.32 + fix
messo
May 28 2007, 11:58 AM
perisian antivirus percuma tidak memberikan 100% perlindungan terhadap virus & spyware.. dan takde auto protect feature. yang aku nampak, perisian ni cuma bertindak mengikut schedule yg ditetapkan.
aswad7878
Jun 6 2007, 09:13 PM
macammana lak dengan anti virus ni ( AntiVir PE Classic ), dulu aku pakai AVG pastu pc aku ada probleam sikit , hantar pada kawan aku repair , pastu dia install anti virus ni,apa pendapat korang kat Mesra ni.
ujang_je
Jun 20 2007, 02:18 AM
kalau kawan..kawan masih percayakan panda......walau pon ianya free..tapi dapat update sekali pon cukup lah...
The Corrector
Jul 13 2007, 12:20 AM
walaupun aku ade kaspersky berlesen tp aku lebih senang pakai active virus shield
trust it...paling power antara semua free av.dan setara je dgn kaspersky aku rase
muhammad
Oct 24 2007, 02:42 PM
antivirus ape yg elok dipakai untuk umah ek...
kalu free ape..kalu berbayar ape
thanks
wanisa2716
Oct 24 2007, 03:44 PM
QUOTE(aswad7878 @ Jun 6 2007, 09:13 PM)

macammana lak dengan anti virus ni ( AntiVir PE Classic ), dulu aku pakai AVG pastu pc aku ada probleam sikit , hantar pada kawan aku repair , pastu dia install anti virus ni,apa pendapat korang kat Mesra ni.
antivirus ni ok..dulu penah gak pkai kaspersky,avast,avg,bit defender,mcfee..
tp antivir pe classic ni plg best..
skrg stay ngan yg ni jer..
DooMEX
Oct 29 2007, 02:39 AM
Susah nak cakap dah byk kali aku try.. tapi lastnyer aku pakai avg pro sebab simple powerfull dan ringan tak byk mengunakan CPU .. walaupun PC tu spec yang tak berapa power
YashiMura
Oct 31 2007, 01:10 AM
Tips lagi..
Tak nak pening kepala or utk Noobies..
::guna AVIRA.. simple ngan friendly user...
Yang Handal2..
::guna la apa2 yg korang nak guna.. Avast Home/Pro (crack) ker, Avg Home/Pro (crack) ker..
yang bnyk duit nak beli lesen sendiri..
:: Mc'afee, Norton, Trend Pc-cillin,Panda pro..
tp bg aku..aku just guna Avast Home.. + terminator antispyware + zonelab Internet Suite (takder A.V sbb tak install ngan antispyware).. mmg pc korang selamat pastu..
anum03
Feb 28 2008, 11:46 AM
aku pakai avast. just untuk personal computer, rasa2 memadai kot ambik yang free ni.
jerawatcomel
Apr 8 2008, 03:20 PM
encik edi..td bos sy ckp die xkasi nak donwload antivirus free ni sbb dlu bnyk kali gak die wat ca2.
pas2 antivirus 2 die bg ngan virus skali pas2 die mendesak supaya beli anivirus 2..
skrg kt oofis ni pkai synmantec antivirus
syarif
Apr 19 2008, 04:18 PM
aku pun x brapa pasti antivirus mana yang terbaik sebab setiap antivirus memiliki tahap keselamatan yang berbeza.
sejak dari dulu, aku gunakan kaspersky.
up to korang nak pilih yang mana satu.
kalau korang nak dapatkan teknik meggempur virus, korang leh dapatkan maklumat kat:
http://viruskillz.blogspot.com
TETAGUK
Apr 19 2008, 09:33 PM
kat tpat saya nie semu pc dlm 60 unit tmasuk server guna kaspersky...bbayar. tapi lesen dah nak mati.
notebook sya nie guna kaspersky gak tapi guna lesen roti kering...
takat nie smua pendrive mmber2 pakat clean kat aku...takat nie ok jer.
kaspersky yg tbaik coz update dlm sejam sekali katanye...!
syarif
Apr 20 2008, 05:43 PM
kaspersky mmg update setiap sejam..
kaspersky amat memntingkan tahap keselamatan, sebab tu dia update sejam skali.
jambubatu
Apr 26 2008, 09:37 AM
undate sejam tu kau boleh ejas jeee dalam config dia tuu kalau kau nak 1 x sehari pun boleh atau seminggu sekali setiap hari ahad jam 8 mlm pun kau boleh buat itu atas keselesaan kau kalau aku....... aku ejas seminggu sekali jeeee
I-Bizz
Apr 30 2008, 01:13 AM
aku mule2 pakai panda
avira
avg
avast
portable
bitdefender
kasperksy
semer yg free ni kena pandai remove virus secara manual.
kebanyakkannye bole detect virus, tp xleh delete sbb juz free & trial jek.
smit
Aug 6 2008, 08:24 PM
Mencari antivirus protect our computer system very proper manner and it will not dcrease our system speed. We have many more antivirus packages.
===============================================================================
flame
www.indiaresults.com
Lia_laila
Aug 19 2008, 01:39 AM
QUOTE(The Corrector @ Jul 13 2007, 12:20 AM)

walaupun aku ade kaspersky berlesen tp aku lebih senang pakai active virus shield
trust it...paling power antara semua free av.dan setara je dgn kaspersky aku rase
ye betul kata The Corrector tu..laila setuju,laila rasa sheild lagi power :-)
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please
click here.