Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Hukum Anak Abai Orang Tua...
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Hukum anak yang abaikan orang tua
11-04-2007 10:17:26 PM


KUALA LUMPUR: Beberapa anggota parlimen hari ini menyarankan di Dewan Rakyat supaya kerajaan menggubal atau meminda undang-undang sedia ada bagi memperuntukkan hukuman terhadap anak-anak berkemampuan yang mengabaikan ibu bapa mereka yang telah tua.

Semasa membuat saranan itu dalam perbahasan Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2006, mereka berkata terdapat terlalu banyak laporan mengenai anak-anak sekarang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua dengan memberi pelbagai alasan termasuk tidak mampu menyediakan jagaan rapi.

Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata ramai anak-anak sekarang bersikap mudah dengan menganggap menghantar ibu atau bapa mereka ke pusat penjagaan sebagai penyelesaian kepada masalah mereka.

"Kita (perlu) buat undang-undang supaya anak-anak yang tak jaga mak bapa ni kita denda. Jika tidak pun, syaratkan anak-anak yang berkemampuan tak dibenar hantar mak bapa mereka ke rumah kebajikan milik kerajaan, suruh hantar pusat jagaan swasta," katanya.

Sebaliknya, kata Badruddin, kecenderungan menghantar anak-anak sendiri untuk dijaga oleh ibu bapa yang telah tua di kampung juga semakin meningkat.

"Dulu mak bapak jaga dia sampai besar, bekerja dan berkahwin. Lepas tu jaga pulak cucu, tapi bila dah tua, tak ada tenaga, upaya nak jaga, cucu dihantarnya ke rumah orang tua," katanya.

Turut mengemukakan saranan serupa ialah Datuk Rosli Mat Hassan (BN-Dungun) yang berkata dengan adanya undang-undang sedemikian anak-anak akan lebih bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.

Mohd Yusop Majid (BN-Setiu) pula mencadangkan supaya gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua dipotong, dan rebat dalam cukai pendapatan pula dinaikkan bagi anak-anak yang menjaga orang tua mereka.

Datuk Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) berkata konsep yang patut diterapkan ialah pusat penjagaan harian iaitu ibu bapa hanya dihantar ke pusat itu sewaktu anak keluar bekerja.

"Kadang-kadang tuntutan kewangan menyebabkan anak terpaksa bekerja keras dan ibu bapa yang dah tua ditinggalkan keseorangan di rumah.

"Jadi pada saya tidak salah kalau, sementara anak keluar bekerja, ibu atau bapa yang dah tua ni dihantar ke pusat jagaan harian ini.

"Di sana makan pakai mereka terjaga, selain dapat bergaul dengan kawankawan sebaya. Tambahan pula sekarang kita dengar banyak kes jenayah seperti rompakan membabitkan mangsa orang tua yang tinggal bersendirian di rumah. Jadi faktor keselamatan juga harus diambil kira," katanya.

Beberapa anggota lain pula berpendapat bahawa tidak salah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua-tua asalkan tempat yang dihantar itu benar-benar mencerminkan pusat jagaan yang bagus dan dilengkapi pelbagai kemudahan.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata jika ibu bapa dihantar ke pusat jagaan yang mewah dan dijaga oleh staf yang profesional, sudah pasti mereka akan rasa dihargai.

Datuk Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) berkata pusat jagaan sedia ada harus dinaik taraf demi keselesaan warga emas, bersesuaian dengan bakti dan jasa mereka dalam membesarkan anak-anak sebelum ini manakala Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata ada rumah orang tua-tua di negara ini berkeadaan daif dengan tahap kebersihan yang kurang memuaskan.

"Ada rumah yang turut mencampurkan orang terbiar dari jalanan yang kurang siuman. Walaupun mereka ini diasingkan tetapi apa implikasinya terhadap penghuni warga emas yang tinggal di situ," katanya.

Datuk Mahadzir Mohd Khir (BN-Sungai Petani) berkata rumah orang tua-tua patut dijadikan tempat yang istimewa bukan sebagai tempat orang buangan yang tidak lagi dikehendaki oleh anak-anak dan masyarakat.

Persidangan disambung esok.



Ewan_sn
Setuju sangat...Selalu gak dengar citer org2 tua yg Ed jumpa punya anak ramai, ramai yg berjaya hidup senang tp org tua tu hidup merempat, sampai makan pun cuma berharap simpati org ramai. Kenapa jd begitu dan dimana silapnya. Apakah dosa org tu a itu? sekali pun ada salah, mestikah mereka diperlakukan begitu?

Cuma Ed rasa itu berbalik kpd sikap dan cara ibubapa itu sendiri mendidik anak...anak yg didik dgn baik dgn nilai2 yg baik dan ditanam dgn didikan agama yg baik..rasanya isyaallah tidak akan sampai bersikap begitu.
TuyuT
org yg zalim patut menerima hukuman,,.. sleep.gif
changjin
ada yg abaikan sebab ikut cakap suami...

ada yg abaikan sebab ikut cakap isteri.....

ada yg abaikan sebab rasa bukan tanggungjawab dia.. serahkan bulat2 kat adik2...

ada yg abaikan sebab kehendak tak dipersetujui....

ada yg abaikan sebab dah ada kehidupan sendiri yg SGT baik....


entah laaa.......
changjin
QUOTE(Edirossa @ Apr 12 2007, 07:50 AM) *

Cuma Ed rasa itu berbalik kpd sikap dan cara ibubapa itu sendiri mendidik anak...anak yg didik dgn baik dgn nilai2 yg baik dan ditanam dgn didikan agama yg baik..rasanya isyaallah tidak akan sampai bersikap begitu.

tak setuju.... tak boleh salahkan parents diorang..... anak tuh sendiri takde rasa tanggungjawab....


tapi.... ada betulnye gaks... macam kes kat singapore...
ada orang tua husband n wife.. dok dalam khemah kat beach... sebab takde rumah...
ada anak tapi anak biarkan...

punyalah kecoh.... sekali bila anak bagi statement.... hmmmmmm...
ayah dia yg salah.....
kacangputih
QUOTE(changjin @ Apr 12 2007, 10:52 AM) *
ada yg abaikan sebab ikut cakap suami...

ada yg abaikan sebab ikut cakap isteri.....

ada yg abaikan sebab rasa bukan tanggungjawab dia.. serahkan bulat2 kat adik2...

ada yg abaikan sebab kehendak tak dipersetujui....

ada yg abaikan sebab dah ada kehidupan sendiri yg SGT baik....


entah laaa.......




ada gak yg abaikan bila hidup dewang sendiri susah...

pardon.gif
changjin
QUOTE(kacangputih @ Apr 12 2007, 10:56 AM) *
QUOTE(changjin @ Apr 12 2007, 10:52 AM) *
ada yg abaikan sebab ikut cakap suami...

ada yg abaikan sebab ikut cakap isteri.....

ada yg abaikan sebab rasa bukan tanggungjawab dia.. serahkan bulat2 kat adik2...

ada yg abaikan sebab kehendak tak dipersetujui....

ada yg abaikan sebab dah ada kehidupan sendiri yg SGT baik....


entah laaa.......




ada gak yg abaikan bila hidup dewang sendiri susah...

pardon.gif

aah ekk... tak terfikir lak tadik.......
Didiharaiss
elok sgtlah....anak2 ni kadang kejam...
kacangputih

pardon.gif
cendawancun
Setuju... hukum anak.

Tapi aku takut pulak.. coz ada kes, anak yang buat ibu-bapa hamba. Takut kena hukum,
mereka sorok warga emas ni kat umah mcm hamba.

Tak tahu nak cakap why ada anak yang sanggup buat mcm tu... Allah hu alam.
kacangputih
lau dah kes anak jadikan mak ayah hamba,
then better lagi anta kat umah org2 tua..
ada lah yg akan jaga...
.:|eLLe|:.
toksahlah kisahkan orang lain..
start with ourselves..
kita jaga tak mak bapak kita? mentua?
adik-beradik kita take care tak pasal mak bapak? ipar-duai?

personal opinion, kadang2 kita bangkitkanlah isu ni..
tapi tak payah laksanakan betul2 hukuman tu..
cukuplah sekadar mengingatkan sesama sendiri..
mak bapak boleh jaga anak 10 orang.. anak 10 orang boleh jaga mak bapak 2 orang?

apa2 hal pun mak bapak dah buat kat korang, terimalah seadanya.. bahagian masing2..
(cliche, i know, 'alah, ko tak kena, pandailah ko cakap..' bla bla bla)
kalau betul2 diorang nak menganiaya korang, masa kecik2 dah dipicitnya sampai mampus..

has_fiza
QUOTE(.:|eLLe|:. @ Apr 12 2007, 05:40 PM) *
toksahlah kisahkan orang lain..
start with ourselves..
kita jaga tak mak bapak kita? mentua?
adik-beradik kita take care tak pasal mak bapak? ipar-duai?

personal opinion, kadang2 kita bangkitkanlah isu ni..
tapi tak payah laksanakan betul2 hukuman tu..
cukuplah sekadar mengingatkan sesama sendiri..
mak bapak boleh jaga anak 10 orang.. anak 10 orang boleh jaga mak bapak 2 orang?

apa2 hal pun mak bapak dah buat kat korang, terimalah seadanya.. bahagian masing2..
(cliche, i know, 'alah, ko tak kena, pandailah ko cakap..' bla bla bla)
kalau betul2 diorang nak menganiaya korang, masa kecik2 dah dipicitnya sampai mampus..


betul sgt eLLe,
those fingers kena pointed kat diri sendiri dulu
masa dulu tak dok sekali ngan ayah
aku keluar sampai kul 2-3 pagi pun takpe
tapi skrg dh dok sama, kena la balik awal
dn had kan keluar rumah
ayah kecik hati kalau aku tak makan kat umah
sbb definition of neglect ni subjektif
ada org ingat dia bg parents dia duit tiap2 bulan dah ok
ada plak rasa kalau dia dh buatkan umah besar2 dh okie
well macam ayah aku dia just nak aku dok umah n spend time with him
simple tapi when come this situation rasa 'selfish' tu dtg jugak
aku ni muda...ada life sendiri
especially mcm aku tak suka dok diam
kadang2 tgh duduk2 tu terpikir jugak
kalau dh kawin camne..?
yelah, dh jadi hak suami kan
ayah pun mesti tak cakap byk2 sbb bukan hak dia dah
is that mean lepas dah tanggungjawab tu..?
aku admit la i haven't fully take care of him
in fact im still trying....so tak nak la nak judge org
everyone just have to look into themself je cukup
and ask the same question yg kita dok tanya org lain
"parents sendiri terjaga ke tidak..?"
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.