Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Erdogan - Idola Rakyat Turki Dan Umat Islam Dunia..
Mesra.net Forum > Current Issues > Antarabangsa
Pages: 1, 2, 3
Ewan_sn
Link yg berkaitan : Turkey wikipedia.org

Kamal Atarturk (bapa kemusnahan Islam di Turki)


Sudah hampir 75 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki”iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman nabi Musa A.S., bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden. Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat. Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.
Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki. Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari,bulan, dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

Zubeyde pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden”

***
“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”
Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Othmaniyah, banyak pula ulamak yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’sRepublic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

***
Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Cara kematian Ataturk adalah begitu hina sekali samada di ambang kematiannya dan juga selepas kematiannya. Ketika beliau menghadapi sakaratulmaut, beliau masih lagi berminat dengan perkara-perkara maksiat seperti minum arak,berzina dan ke pusat-pusat kasino. Allahmembalas dengan menghodohkan mukanya, bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya. Pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Walaupun suatu ketika, beliau amat antikan perubatan tradisional dan amalan jampi- menjampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya dirinya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengatasi penyakitnya. Sepertimana ucapan beliau di bandar Samsun pada tahun 1924, “Pengetahuan dan sains adalah panduan terbaik bagi semua perkara dalam dunia ini, untuk keduniaan, perkara-perkara kerohanian, kehidupan dan kejayaan” (Knowledge and science are the best guide to everything in the world,to material and to spiritual things,to life and to success.) Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menandinginya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!

Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara.

15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Sudah bpara ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka. Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’.

Inilah akibat kepada Firaun generasi kedua yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap, namun Islam pasti dijulang.
Ewan_sn
Ribuan rakyat Turki tunjuk perasaan

ANKARA: Sekurang-kurangnya 300,000 penduduk sekular Turki semalam mengadakan demonstrasi besar-besaran, membantah sebarang cubaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang juga pemimpin konservatif Islam, bertanding sebagai presiden.

Mereka bimbang Parti AK yang memerintah dan diketuai Erdogan, akan memilihnya sebagai calon presiden dalam pemilihan minggu depan.

Ini disebabkan latar belakang Erdogan sebagai pemimpin konservatif Islam. Kelmarin, Panglima tentera Turki yang berpengaruh turut memberi amaran kepada Erdogan biarpun Perdana Menteri itu menyatakan beliau tidak berminat memegang jawatan itu.

Penunjuk perasaan itu membawa bendera rasmi dan potret bapa pemodenan Turki, Mustafa Kemal Ataturk, turut melaungkan slogan antiIslam ketika berarak sejauh beberapa kilometer di jalan raya utama ke Dataran Tandogan di Ankara.

Pergerakan mereka dikawal ketat 10,000 anggota keselamatan.

Polis memberitahu stesen televisyen NTV yang sekurang-kurangnya 100,000 orang tiba menaiki bas, lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP). Ramai yang lain tiba dengan menaiki kereta api dan kapal terbang.

Agensi berita Reuters memetik kenyataan polis melaporkan, 300,000 penduduk menyertai bantahan itu.

“Turki adalah negara sekular dan akan terus kekal begitu,” laung penunjuk perasaan terbabit.

Penduduk Ankara yang lain pula bertindak mengibarkan bendera Turki di anjung rumah dan tingkap sebagai menyokong demonstrasi itu. – AFP/Reuters

Semalam, Presiden Ahmet Necdet Sezer menyifatkan semangat fundamentalis Islam sebagai ancaman kepada fahaman sekular - amaran ditujukan kepada Erdogan. - AFP/Reuters


Ewan_sn
Media dunia yg dikuasai oleh bukan Islam cubna menunjukkan seolah-olah majoriti penduduk Turki menolak Islam, dan cuba melupa atau menidakkan sejarah dimana kebagkitan Islam di Turki begiru ketara sebaik sahaja kemenangan sebuah parti yg mendokong Islam menang tp telah dibatalkan dgn menggunakan kuasa tentera. Namun kemudian parti pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang juga pemimpin konservatif Islam, telah memenangi pilihanraya umum.
PakCikMuda
sofiahdewi
3 Maret 1924 Konspirasi Meruntuhkan Khilafah
Sejarah Oleh : Redaksi 03 Mar 2006 - 3:20 pm







Hari ini, 82 tahun yang lalu, umat Islam kehilangan garis kekalifahan. Pada tanggal itu, Khilafah Islamiyah secara resmi dihapuskan oleh pemerintahan sekuler Turki.

Para ahli sejarah sepakat, zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566) merupakan zaman kejayaan dan kebesaran Khilafah Usmaniyah. Pada masa ini, Khilafah Usmaniyah telah jauh meninggalkan negara-negara Eropa di bidang militer, sains, dan politik.

Namun sayang, setelah Sulaiman al-Qanuni meninggal dunia, khilafah mulai mengalami kemerosotan terus-menerus. Banyak analisa menyebut, ada dua faktor utama yang menyebabkan kemunduran Khilafah Usmaniyah. Pertama, buruknya pemahaman Islam. Kedua, kesalahan dalam menerapkan Islam.

Pada masa ini, terjadi banyak penyimpangan dalam pengangkatan khalifah, yang justru tak tersentuh oleh undang-undang. Akibatnya, setelah berakhirnya kekuasaan Sulaiman al-Qanuni, yang diangkat menjadi khalifah justru orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan.

Kelemahan Khilafah Usmaniyah pada abad ke-17 M itu dimanfaatkan oleh Austria dan Venesia untuk memukul khilafah. Melalui Perjanjian Carlowitz (1699 ), wilayah Hungaria, Slovenia, Kroasia, Hemenietz, Padolia, Ukraina, Morea, dan sebagian Dalmatia lepas; masing-masing ke tangan Venesia dan Habsburg.

Bahkan, Khilafah Usmaniyah terpaksa harus kehilangan wilayahnya di Eropa, setelah kekalahannya dari Rusia dalam Perang Crimea pada abad ke-18 Masehi. Nasib Khilafah Usmaniyah semakin tragis setelah dilakukannya Perjanjian San Stefano (1878) dan Berlin (1887).

Di sisi lain, karena lemahnya pemahaman terhadap Islam, para penguasa ketika itu mulai membuka diri terhadap demokrasi, yang didukung oleh fatwa-fatwa syekh Islam yang penuh kontroversi. Bahkan, dengan dibentuknya Dewan Tanzimat tahun 1839, cengkeraman Barat di dunia Islam semakin kokoh.

Keadaan ini diperparah dengan dirumuskannya Konstitusi 1876 oleh Gerakan Turki Muda, yang berusaha untuk membatasi fungsi dan kewenangan khalifah. Boleh dikata, saat itu sedikit demi sedikit telah terjadi sekularisasi terhadap Khilafah Islam.

Perjanjian dengan Bizantium (1521), Prancis (1535), dan dengan Inggris (1580) membuat warga non-Muslim mendapat hak-hak istimewa. Dengan hak-hak istimewa ini, populasi orang-orang Kristen dan Yahudi di dalam negeri meningkat.

Kondisi ini ini kemudian dimanfaatkan oleh kaum misionaris untuk melakukan gerakannya secara intensif di dunia Islam sejak abad ke-16. Di tengah kemunduran intelektual yang dihadapi oleh dunia Islam, mereka mendirikan berbagai pusat kajian, sebagai kedok gerakan mereka.

Gerakan ini dimanfaatkan oleh Inggris, melalui agennya, Ibn Saud, untuk menyulut pemberontakan di beberapa wilayah khilafah. Di Eropa, wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh khilafah terus diprovokasi agar melakukan pemberontakan sejak abad ke-19 hingga abad ke-20. Khilafah Usmaniyah pada akhirnya kehilangan banyak wilayahnya, hingga yang tersisa kemudian hanya Turki.


Konspirasi untuk meruntuhkan

Tahun 1855 negara-negara Eropa, khususnya Inggris, memaksa Khilafah Usmaniyah untuk melakukan amandemen UUD. Maka, keluarlah Hemayun Script pada tanggal 11 Pebruari 1855. Tahun 1908, Turki Muda yang berpusat di Salonika -- pusat komunitas Yahudi Dunamah -- melakukan pemberontakan.

Tanggal 18 Juni 1913, pemuda-pemuda Arab mengadakan kongres di Paris dan mengumumkan Nasionalisme Arab. Inggris dan Prancis di belakang mereka.

Perang Dunia I tahun 1914 dimanfaatkan oleh Inggris untuk menyerang Istanbul, dan menduduki Gallipoli. Dari sinilah, kampanye Dardanelles yang terkenal itu mulai dilancarkan. Pendudukan Inggris di kawasan ini juga dimanfaatkan untuk mendongkrak popularitas Mustafa Kamal Pasha, yang sengaja dimunculkan sebagai pahlawan dalam Perang Ana Forta, tahun 1915.

Sejarah kemudian mencatat, Kamal Pasha -- pemuda asal Salonika -- akhirnya menjalankan agenda Inggris: melakukan revolusi untuk menghancurkan khilafah Islam. Itu diawali dengan perjanjian yang melahirkan "Persyaratan Curzon" pada 21 November 1923. Isinya, Turki harus menghapuskan khilafah Islamiyah, mengusir khalifah, dan menyita semua harta kekayaannya.

Persyaratan tersebut diterima oleh Mustafa Kamal dan perjanjian ditandatangani pada 24 Juli 1923. Delapan bulan setelah itu, tepatnya 3 Maret 1924, Kamal Pasha mengumumkan pemecatan khalifah, pembubaran sistem khilafah, mengusir khalifah ke luar negeri, dan menjauhkan Islam dari negara. Inilah titik klimaks revolusi yang dilakukan oleh Kamal Attaturk dan menandai berakhirnya kekhalifahan Islam sejak zaman nabi SAW.


Mustafa Kemal
Jauhkan Ruh Islam dari Turki







Pria yang menjadi presiden pertama Turki ini lahir dengan nama Mustafa pada 12 Maret 1881 di Tesalonika (kini menjadi bagian Yunani). Ayahnya Ali Riza, seorang mantan pegawai rendahan di kantor pemerintah, meninggal akibat TBC. Ibunya Zubeyde Hanim, adalah Muslimah taat yang buta huruf.

Zubeyde memfokuskan hidupnya untuk mengurus Mustafa. Karena taat Islam, ia berharap Mustafa menjadi ulama faqih.

Namun jauh panggang dari api. Mustafa memilih berkarier di militer sebelum akhirnya berhasil menggulingkan pemerintahan dan menjadi doktator baru di Turki.

Tidak lama setelah berkuasa, ia menyatakan bahwa akan menghancurkan Islam dalam kehidupan Turki. Menurutnya hanya dengan mengeliminasi segala hal berbau Islam, Turki bisa 'maju' menjadi bangsa modern yang dihormati.

Pada 3 Maret 1924, ia mengajukan UU yang menghapuskan khalifah selamanya dan mendirikan negara Turki sekuler. Dengan membungkam dan mengancam para penetangnya, ia berhasil menggolkan UU tersebut, dan khalifah sekeluarga diasingkan ke Swiss.

Setelah menjadi diktator absolut, rakyat Turki terpaksa menerima reformasi anti-Islam. Mereka dilarang berkopiah Turki dan berjilbab, wajib berbusana Eropa, memakai aksara Latin, kalender Masehi, dan hari Minggu sebagai hari libur. Ribuan ulama dan pengikutnya rela berkorban jiwa daripada menerima kehancuran segala hal yang disucikan.

Mustafa Kemal menetapkan agar tiap warga Turki mencantumkan nama keluarganya seperti masyarakat Eropa dan Amerika. Ia juga memilih menggunakan nama "Attaturk" atau Bapak Bangsa Turki.

Pada 1938, kesehatannya memburuk. Pada 10 November 1938, Mustafa Kemal akhirnya meninggal karena penyakit radang hati yang disebabkan oleh alkohol yang selalu menemani hidupnya. (RioL)

( uli/dam/wikipedia/berbagai sumber )



HangPC2
Mustapa Camel Al Kene Ketuk
Ewan_sn
Tentera ugut, Abdullah tetap tanding Presiden Turki


ISTANBUL 29 April – Menteri Luar, Abdullah Gul hari ini berkata, beliau tidak akan menarik balik pencalonannya untuk jawatan Presiden Turki sekalipun tentera mengancam untuk bertindak bagi melindungi rejim sekular negara ini.

Abdullah yang dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) adalah satu-satunya calon untuk jawatan ketua negara itu.

“Soal mengundurkan pencalonan saya tidak timbul sama sekali.

“Mahkamah Perlembagaan akan mengambil keputusan yang betul,” kata Abdullah, 56, kepada wartawan.

Hari ini beratus-ratus rakyat Turki mengadakan tunjuk perasaan di sini mendesak kerajaan berundur, yang mereka bimbang Turki kini menuju sebagai negara Islam.

Jelas Abdullah, pencalonannya untuk jawatan Presiden bukanlah keputusan yang diambil dalam satu malam tetapi hasil rundingan berpanjangan.

Abdullah gagal memenangi jawatan itu dalam pengundian pusingan pertama di Parlimen, kelmarin.

Parti-parti pembangkang yang memulaukan pengundian itu memohon Mahkamah Perlembagaan membatalkannya atas alasan Parlimen tidak cukup kuorum.

Jika Mahkamah itu bersetuju, pilihan raya umum yang dijadualkan pada 4 November ini boleh dipercepatkan.

Jika tidak, Abdullah dijangka menjadi Presiden dalam pengundian pusingan ketiga pada 9 Mei ini apabila beliau hanya memerlukan majoriti mutlak di Parlimen yang dikuasai AKP.

Tentera yang memantau perkembangan itu mengeluarkan amaran keras lewat kelmarin dengan berkata, ia tidak teragak-agak untuk bertindak bagi melindungi sistem sekular Turki.

Ia menuduh kerajaan bertolak ansur terhadap aktiviti golongan berhaluan Islam yang disifatkannya sebagai radikal.

– Agensi
nini
betul ke aku pernah dengar
kamal attaturk mati masa die tgh buang air besar?
betapa hinanya die samapi mati pun time tgh buang air(kalau betul lah)
Ewan_sn
Ketegangan politik Turki pasaran saham jatuh teruk


ANKARA 30 April – Pasaran saham Turki jatuh lapan peratus pada sesi dagangan awal hari ini sebagai reaksi terhadap ketegangan politik sementara kerajaan berhaluan Islam menghadapi tekanan hebat daripada kem sekular untuk mengisytiharkan pilihan raya umum lebih awal daripada jadual.

Kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat lalu menghadapi boikot parti-parti pembangkang dalam pengundian di Parlimen untuk meluluskan pencalonan Menteri Luar, Abdullah Gul sebagai Presiden.

Tentera yang mempertahankan sistem sekular negara ini turut memberi amaran keras dan menuduh kerajaan menggalakkan kegiatan puak berhaluan Islam yang disifatkan sebagai radikal.

Recep dijadual berucap kepada seluruh negara malam ini dan penganalisis menjangka beliau menekankan kesetiaan kerajaannya kepada sekularisme.

Sekurang-kurangnya 700,000 penunjuk perasaan prosekular berarak di Istanbul semalam sambil menuntut kerajaan meletakkan jawatan.

Persatuan tokoh perindustrian dan perniagaan Turki yang berpengaruh, TUSIAD menggesa kerajaan mengisytiharkan segera pilihan raya umum awal.

Timbalan Perdana Menteri, Abdullatif Sener berkata, parti pemerintah (Parti Keadilan dan Pembangunan atau AKP) belum membuat keputusan sama ada hendak mengumumkan pilihan raya awal.

Abdullatif berkata, kerajaan memantau reaksi pasaran dan memberi jaminan mengenai keyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap ekonomi Turki.

Badan kehakiman tertinggi negara ini, Mahkamah Perlembagaan sedang menimbangkan rayuan parti pembangkang prosekular, Parti Rakyat Republikan supaya pemilihan Presiden dibatalkan.

Jika rayuan itu diterima, pilihan raya umum mungkin dipercepatkan.

Mahkamah dijangka mengumumkan keputusannya esok atau selewat-lewatnya pagi lusa.

Reaksi pasaran awal hari ini memang dijangka dan penganalisis berkata, pasaran akan pulih dengan cepat jika ketegangan politik reda atau kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya awal.
ayaqmineral
Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

ramai yg baca artikel nie aku rasa.dan aku paling tertarik dgn part nie.mesia pun dah nak jadik macam turki...
namanya islam..ramai yg mengaku islam..tapi...

hmmmm....kalau lah kita tau kita nie makhluk kena jadik.. rolleyes.gif


kenchana
selalu baca blog ustaz hasrizal....

bnyk dia citer pasal pengalaman dia di turki....

turki...bumi terakhir khalifah....
Ewan_sn
‘Peluru bunuh demokrasi’ -- * Turki adakan pilihan raya 24 Jun * Uji pengaruh Islam, sekular


ANKARA 2 Mei – Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya awal bulan depan sambil menyifatkan keputusan mahkamah semalam yang membatalkan pengundian pusingan awal pemilihan Presiden sebagai “peluru ke atas kerajaan demokrasi.”

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) secara formal telah meminta Parlimen supaya mengadakan pilihan raya pada 24 Jun ini bagi menyelesaikan kebuntuan dengan elit sekular negara ini.

Keputusan Tayyip itu bakal menimbulkan suasana yang akan menguji pengaruh golongan sekular termasuk pihak tentera yang mengancam untuk campur tangan dalam kebuntuan berhubung pemilihan Presiden dan mendakwa bertindak sebagai penjamin sistem sekular Turki.

Golongan pembangkang yang sekular telah menuntut pilihan raya awal tetapi AKP yang memerintah dan bertanggungjawab terhadap pertumbuhan ekonomi dijangka menang besar.

Tindakan pembangkang memboikot pengundian Presiden di Parlimen minggu lalu memaksa Tayyip mengadakan pilihan raya awal kerana ia menyebabkan AKP kekurangan kuorum meluluskan pemilihan Menteri Luar, Abdullah Gul sebagai Presiden.

“Sistem Parlimen telah disekat... Kami perlu segera kembali kepada rakyat. Rakyat yang akan membuat keputusan,” kata Tayyip.

Dalam ucapan yang ditujukan terhadap tentera, beliau berkata: “Dalam demokrasi tidak ada jalan terbaik daripada memberi amaran (kepada kerajaan) selain daripada peti undi.”

Tentera Turki sebelum ini sering menyingkirkan kerajaan awam sejak 1960 dan yang terakhir pada 1997 yang anggota Kabinetnya turut dianggotai Abdullah.

Tayyip yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas bertahun-tahun Turki berdepan dengan masalah kerajaan perikatan yang lemah dan korup turut berkata, beliau mahu Presiden pada masa akan datang dipilih oleh rakyat dan bukannya Parlimen.

Menurutnya, beliau sudah berunding dengan pihak berkuasa pilihan raya mengenai pilihan raya awal dan mendapati tidak ada masalah untuk mengadakannya.

Pilihan raya negara ini dijadualkan pada November ini.

Kerajaan pimpinan Tayyip berikrar mahukan pengundian Presiden di Parlimen pada hari esok tetapi ia diramal sukar mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Sementara itu, pasaran saham Turki meningkat 1.6 peratus hari ini ekoran langkah kerajaan mengadakan pilihan raya awal.

“Pasaran menyambut pilihan raya baru, tetapi ia tidak dilihat sebagai penyelesaian radikal,” kata Ketua Ekonomi Bank Fortis, Haluk Burumcekci.

– Agensi

lily_putih
QUOTE(nini @ Apr 30 2007, 02:17 PM) *
betul ke aku pernah dengar
kamal attaturk mati masa die tgh buang air besar?
betapa hinanya die samapi mati pun time tgh buang air(kalau betul lah)


tak pasti lak dia tgh buang air besar ke ape...
tp menurut buku yg lily pernah baca...
si kamal ni, ketika detik2 akhir kehidupan dia...dia menderita penyakit yg tidak terubat
menderita hingga akhir hayat...

in fact, mayat dia tak di terima bumi...dia tak dapat nak dikuburkan...
itu pembalasan di dunia...

Ya Allah...tetap kan kami dalam agamaMu...
hidup dan matikan kami dalam Islam dan Iman...
amin...
Ewan_sn
Pilihan raya Turki 22 Julai

ANKARA 3 Mei – Parlimen Turki hari ini meluluskan 22 Julai ini sebagai tarikh untuk mengadakan pilihan raya umum yang baru sebagai jalan keluar mengatasi krisis kerajaan yang berpunca daripada perbalahan mengenai Islam.

Parlimen meluluskan tarikh itu selepas kesemua 458 anggota mengundi menyokongnya walaupun terdapat bantahan awal di kalangan anggota pembangkang sekular.

Anggota-anggota pembangkang itu menekankan dalam hujah mereka bahawa ketika pengundian itu diadakan, ramai di kalangan rakyat Turki sedang bercuti yang pasti menyebabkan mereka tidak dapat mengundi.

Parti pembangkang yang terkemuka itu, yang telah lama mendesak kerajaan supaya mengadakan pilihan raya awal, akhirnya mengundi menyokong tarikh tersebut.

Parti pemerintah mempunyai suara majoriti di Parlimen dan pihak pembangkang tidak berpeluang untuk mengubah tarikh itu.

Lembaga pilihan raya Turki, yang mengawasi pilihan raya, mengesyorkan tarikh 22 Julai yang turut diluluskan oleh sebuah jawatankuasa Parlimen lewat semalam.

– AP
Ewan_sn
Turki bimbang pengaruh Islam ancam pemerintahan sekular

DEMOKRASI ditembak di kepala, kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau membuat kenyataan keras itu selepas mahkamah perlembagaan negaranya Selasa lalu mengisytiharkan pusingan pertama pemilihan presiden negara itu tidak sah.

Mahkamah dipanggil membuat keputusan berkenaan berikutan tindakan parti pembangkang yang rata-rata sekular, mengemukakan rayuan menghentikan calon parti kerajaan, Abdullah Gul yang juga Menteri Luar, disahkan sebagai ketua negara Turki pada pemilihan pusingan kedua yang kini tidak akan diadakan kerana keputusan mahkamah tertinggi itu mengikat dan tidak boleh dirayu lagi. Berikutan keputusan itu, presiden sedia ada, Ahmet Necdet Sezer kekal untuk sementara sehingga Parlimen memilih presiden baru.

Gul yang dipilih pada pusingan pertama sebagai presiden baru oleh Parlimen dikuasai Parti AK (AKP), parti kerajaan pro-Islam, minggu lalu tidak akan dapat merasai untuk duduk di istana buat seketika ini. Isterinya, Hayrunisa tidak pula menjadi ‘First Lady’ pertama Turki yang bertudung.

Erdogan boleh mencadangkan calon presiden baru, tetapi beliau tidak akan berbuat demikian. Sebaliknya perdana menteri dan pemimpin AKP itu akan mencadangkan Parlimen dibubar dan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh dua bulan.

Erdogan yakin partinya akan memenangi mandat baru dan yang lebih besar pada pilihan raya itu. Keyakinan ini mungkin diasaskan kepada keupayaan pentadbiran Erdogan dalam menguruskan ekonomi negara itu yang kebanyakan petunjuk ekonomi sekarang menuju ke arah positif.

Bukan saja dari segi prestasi ekonomi, tetapi juga hakikat bahawa kerajaan Erdogan berupaya memulakan semula rundingan keanggotaan Turki di dalam Kesatuan Eropah (EU), dengan Abdullah Gul yang turut fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab, mengetuai rundingan dengan Brussels.

AKP yang mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2002, sebenarnya bukan menang atas tiket Islam. Parti itu meraih sokongan atas kesilapan sendiri parti lama bertapak yang secara amnya terbukti tidak berwibawa dan terpalit dengan dakwaan rasuah.

AKP membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengutamakan etika. Berikutan itu, rakyat Turki memilihnya bukan kerana agama, tetapi lebih untuk menyaksikan ekonomi negara kembali kukuh dengan pentadbiran yang mantap.

Sekali lagi rakyat Turki diberi peluang membuat keputusan. Kali ini, isunya lebih kepada soal perlembagaan. Turki mempunyai perlembagaan sekular. Berikutan itu, pencalonan Abdullah Gul sebagai presiden dianggap sesetengah pihak sebagai ancaman kepada sifat sekular perlembagaan itu.

Abdullah dan AKP mempunyai pertalian rapat dengan akar umbi Islam. Mereka yang mempertahankan perlembagaan sekular khuatir Abdullah jika dibenarkan memegang jawatan presiden akan menggunakan kuasanya untuk menghakiskan sifat sekular perlembagaan Turki. Episod itu kini sudah berlalu dan AKP sekarang berharap rakyat memihak kepadanya.

Jika parti itu mendapat mandat baru yang lebih besar pada pilihan raya akan datang dan mungkin selepas ini berjaya memilih calon presidennya di Parlimen atau parti itu seperti dicadangkan sebelum ini akan cuba meminda perlembagaan agar presiden dipilih secara terus oleh rakyat dan bukan lagi Parlimen seperti ditetapkan sekarang.

Jika pindaan itu berjaya dibuatnya, parti pembangkang mungkin tidak akan dapat lagi menghalang calon AKP daripada menjadi presiden. Sebaliknya, jika Erdogan dan partinya gagal dalam mendapat mandat besar, ia perlu akur bahawa Turki belum bersedia menerima presiden yang cenderung kepada Islam.

Apa sekali pun, suara rakyat perlu dihormati.
Ewan_sn
Calon Presiden Turki ditolak kerana isteri bertudung
Subky Abdul Latif
Wed | May 09, 07 | 03:22:12 PM


Mahkamah Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menter Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.



Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung.

Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisma yang menjadi ideologi negara Turki.

Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat.

Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme.

Abdullah Gul adalah calon parti AK – Parti Keadilan – yang memerintah sekarang. Dia adalah calon pilihan setelah ura-ura untuk mencalonkan Perdana Menteri Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen dibantah oleh ribuan tunjuk perasaan kumpulan pembangkang.

Mulanya penentang Erdogan merasa reda dengan pencalonan Abdullah Gul, kerana dia dilihat lebih sederhana. Sasaran pembangkang pada mulanya adalah Erdogan kerana dialah tunggak kepada kekuatan politik baru Turki.

Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul dalam kerajaan Parti Refah, pimpinan Necmettin Erbakan dulu menyebabkan rakyat Turki menyokong Parti AK yang diasaskan untuk menguasai Parlimen dalam pilihan raya empat tahun lalu.

Pertama kali sejak kelumpuhan puak kemelis – kumpulan yang mendukung Kamal Ataturk – beberapa dekat kebelakang berjaya memenangi majoriti Parlimen.

Sebelumnya tidak pernah ada parti yang mendapat sokongan majoriti. Semua kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Semua kerajaan tidak stabil dan ekonomi Turki lumpuh.

Parti AK, pecahan dari Parti Refah yang dipimpin bersama oleh Erdogan dan Abdullah Gul berjaya menguasai Parlimen dengan Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri disebabkan oleh Erdogan ketika itu masih dalam edah hukuman penjara yang dihadapinya atas kesalahan membaca sebuah sajak Islam.

Setelah edah itu tamat, dia memenangi satu pilihan raya kecil, maka dia menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul menjadi Menteri Luar.

Latar belakang Erdogan dan Abdullah Gul adalah pejuang gerakan Islam yang komited dalam Parti Refah, tetapi mereka melunakkan pendirian apabila menubuhkan Parti AK. Akibatnya buat kali pertama sambutan kepada pimpinan Erbakan merosot dan tidak mendapat kedudukan di Parlimen.

Sejak Erdogan memimpin kerajaan, ekonomi dan kewangan Turki pulih dan perkembangannya begitu pesat dan baik.

Apabila Presiden yang tamat tempoh bulan ini, maka Parti AK bercadang mencalonkan Erdogan.

Belum sempat pencalonan dibuat, puak sekular melancarkan tunjuk perasaan besar-besar, maka tolak ansurnya ialah mengulangi peristiwa menonjolkan Abdullah Gul sebagai calon Perdana Menteri ketika Parti AK menuyertai pilihan raya buat pertama kali dulu dengan mencalonkan beliau untuk menjadi Presiden.

Parlimen meluluskannya. Tetapi kumpulan sekular yang disokong oleh tentera membawa perkara itu ke mahkamah, maka mahkamah menerima bantahan puak sekular itu.

Keputusan mahkamah itu tidak boleh dirayu dan tentera akan bertindak kiranya keputusan mahkamah itu dicabar.

Keputusan mahkamah itu segera meletakkan Turki dalam satu krisis politik yang tegang dan boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi yang baru dinikmati dalam masa empat tahun ini.

Erdogan segera membubarkan Parlimen dan menyegarakan pilihan raya dari bulan November yang dijadualkan kepada bulan Julai ini. Setakat ini tiada satu parti dari parti-parti berfahaman sekular yang tersusun seperti Parti AK.

Sekalipun Erdogan dan Abullah Gul dan pengikut-pengikutnya mempunyai latar belakang perjuangan Islam yang jelas, tetapi Parti AK tidak memimpin kerajaan sebagai yang dicita-citakan seperti semasa mereka dalam Refah dulu.

Pada kaca mata perjuangan Islam, banyak yang dijanjikannya dalam pilihan raya dulu tidak dilaksanakannya.

Dasar luarnya tidak banyak berbeza dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya, malah Erdogan membuat kunjungan ke Israel seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Turki sebelumnya.

Sebagai kumpulan yang pernah ada latar belakang perjuangan Islam, ada kelainannya dibandingkan dengan kengan kerajaan sekular. Ada amar makrufnya.

Tetapi sebagai kumpulan yang pro Islam, ia tidak menjadi contoh bagi kerajaan-kerajaan negara Islam lain. Ia tidak dapat menjalan nhi mungkar.

Berbeza dengan kerajaan sekular yang rasuah dan pentadbiran yang tidak cekap, kerajaan pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul, adalah kerajaan yang bersih dan cekap. Ekonomi dan kewangannya sangat buruk kektika mereka mula mengambil pentadbiran, tetapi dalam waktu yang singkat mata wangnya kukuh dan ekonominya stabil.

Secara peribadi kumpulan itu hidup sebagai orang yang beragama dan menganjurkan supaya umat Islam Turki hidup beragama.

Di bawah pentadbirannya ia mengajar orang berbuat baik. Wanita mereka majoriti bertudung di khalayak umum.

Justeru itu Turki muncul sebagai negara pengekspot tudung yang terkenal di dunia.

Pada umum pentadbiran Parti AK tidak dilihat menjalankan pentadairan yang dikehendaki oleh sebuah gserakan Islam.

Tidak ada yang dapat dijadikan hujah oleh kumpulan sekular pentadbiran Erdogan melanggar larangan ajaran sekular Turki seperti yang diajar oleh Ataturk.

Tidak ada apa yang dapat dibantah oleh puak sekular tentang pentadiran dan tindakan kerajaan bagi menuduh mereka mengancam sistem sekularisme.

Adalah sukar bagi mereka untuk menghalang Erdogan dari mendapat sokongan rakyat.

Apa yang dapat mereka bangkitkan untuk menghalang Erdogan dan Abdullah Gul dari menjadi Presiden ialah bahawa isteri mereka bertudung. Bertudung adalah budaya bangsa Turki yang beragama Islam sejak beratus tahun dulu. 90 peratus dari penduduk Turki adalah Islam.

Apa yang ditentang oleh kemelis itu adalah budaya Turki. Dan sekular Turki itu adalah satu sekular yang anti Islam.

Erdogan tidak bimbang dengan sokongan rakyat Turki. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tentera yang mengancam untuk campur tangan dan tidak suka isteri dan anak para pemimpin bertudung.

Pemimpin Turki tidak terancam atas rasuah dan penyelewengan tetapi mereka terancam ssemata-mata isteri mereka bertudung.



Ewan_sn
Sama2lah kita mendoakan kejayaan mereka mengembalikan Islam di bumi Turki...amin
berg
Eddie memang bagus la..
byk yang ko tau.. serba serbi..

Aku pun before this pernah baca pasal Kamal Arturk nie..
Kira mcm revised otak la..
Anyway nak reguest bleh tak..

aku nak tanya apa sebanarnya perang salib dan bial ianya berlaku...
Selalu dgr pasal hal nie, but faktanya diragui... rolleyes.gif
Ewan_sn
Pendirian tidak boleh dijual beli
Oleh MAZLAN NORDIN

TIGA pengalaman lampau kembali dalam ingatan baru-baru ini berikutan pelbagai berita televisyen mengenai rapat raksasa lebih 300,000 dari golongan sekularis di Turki ketika Parlimennya mengundi untuk memilih Presiden baru, tetapi gagal.

Pertama ialah cerita dari Allahyarham Tan Sri Datuk Harun Hashim mengenai pengalamannya bersembahyang Jumaat di sebuah masjid di Istanbul. Setelah selesai sembahyang, beliau pun bersiap untuk beredar dari barisan ketiga jemaah, tetapi tidak dapat melakukannya. Ini kerana makmum kemudian sembahyang zuhur pula.

Kedua ialah pengalaman tukang catat ini ketika bersembahyang di sebuah masjid di Konya, sebelah selatan Ankara, di bahagian tengah Anatolia. Bilangan yang sembahyang ramai sekali hingga melimpah ke pagar luar masjid.

Ketiga ialah pengalaman tukang catat ini ketika menunaikan fardu haji di Mekah dan singgah di sebuah pejabat haji, lalu diberitahu bahawa antara jemaah haji paling ramai ialah dari Turki.

Jelas di ketiga tempat itu, Istanbul, Konya dan Mekah bahawa orang Turki teguh menunaikan rukun Islam. Bukan golongan sekularis yang berarak seperti dilaporkan oleh CNN dan BBC melalui televisyen. Ada yang menyebut tentang rapat besar golongan bukan sekularis, tetapi tiada gambarnya.

Menjelaskan keadaan ialah buku berjudul Turkey Unveiled (The Overlook Press, New York) tulisan Nicole Pope dan Hugh Pope, dua penulis yang fasih bertutur dalam bahasa Turki. Buku mereka dipanggil A New York Times Notable Book.

Mereka menulis: “Sesebuah negara tidak boleh sebenarnya dipanggil sekular manakala ia membayar setiap bulan. Gaji 60,000 seorang imam dan menyediakan kandungan khutbah Jumaat mereka, kadangkali hingga ke ayat akhir.”

Puluhan tahun lampau sebelum meletusnya perang di Timur Jauh sebilangan orang Melayu menggantung di dinding rumah mereka gambar berwarna Mustafa Kamal Ataturk mengepalai barisan tentera Turki. Mereka berjuang untuk membebaskan Turki dari cengkaman tentera sekutu Barat yang menang Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan kemudian melebarkan empayar Ottoman Turki.

Dikritik

Puluhan tahun kemudiannya, Ataturk dikritik oleh sebilangan penulis kerana peranannya dalam pemodenan republik Turki supaya tidak tercicir. Kerana perlu dicatatkan ialah peranannya sebagai wira panglima Turki yang menewaskan bala tentera British, Australia dan New Zealand di Gallipoli.

Ataturk juga mengetuai bala tentera Turki mengusir tentera Greek dari Tanah Besar Anatolia. Lahir kemudian Republik Turki pada tahun 1923.

Seperti disebut dalam Turkey Unveiled, beliau melahirkan sebuah negara sekular tetapi tidak berjaya memujuk mereka yang teguh beragama Islam.

Menurut laporan terbaru, Menteri Luar Abdullah Gul akhirnya menarik diri dari menjadi calon Presiden setelah dua kali gagal dalam undian, iaitu memperoleh majoriti dua pertiga.

Antara alasan sesetengah pihak, khususnya sekularis, menentang pencalonannya ialah kerana isterinya Hayrunisa Gul, memakai tudung kepala. Jelas bahawa isterinya tidak tergerak langsung untuk meninggalkan tudungnya itu. Dan Abdullah Gul sendiri tidak meminta isterinya berbuat demikian. Bagi mereka keteguhan pendirian tidak boleh dijual beli kerana jawatan Presiden.

Menurut laporan lanjut, bakal Presiden baru Perancis, Nicolas Sarkozy telah menyatakan bahawa ia akan menentang kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah. Betapa gerangan reaksi golongan sekularis Turki?

Pelbagai sikap telah berubah. Semasa Perang Dingin dulu Turki menjadi benteng utama di bahagian Eropah Selatan yang menghadapi ancaman kemaraan komunis. Jelas juga bahawa peranannya itu dilupai dan tidak dihargai. Dunia, dunia.

Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.
Ewan_sn
Kelainan politik Islam di Turki

TURKI pernah menggegarkan politik dunia Islam apabila menyaksikan kemenangan parti Islam iaitu Refah dalam siri pilihan raya negara itu sejak tahun 1989. Kemenangan tersebut memperlihatkan kebangkitan politik Islam di Turki khususnya dan dunia amnya. Bukan itu sahaja, kemenangan Refah telah membuka persoalan hubungan Islam dan demokrasi sambil memperakukan penyertaan umat Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya adalah satu tindakan yang menguntungkan.

Kemenangan Refah di Turki juga sebenarnya memperkukuhkan gelombang kebangkitan Islam secara politik yang sejak awal lagi dipelopori oleh umat Islam melalui Revolusi Iran 1979. Kemenangan parti Islam itu juga dianggap sebagai pencapaian berganda apabila parti Islam di Algeria iaitu Front Islamique Salvation (FIS) atau Barisan Penyelamat Islam turut memenangi pilihan raya di Algeria selepas negara itu buat pertama kali memperkenalkan demokrasi dan pilihan raya sejak tahun 1962.

Bagaimanapun, kenyataan bahawa demokrasi boleh meletakkan umat Islam di tampuk kekuasaan nampaknya tidak bertahan lama apabila Refah diharamkan pada Februari 1998 dengan alasan parti politik itu mengancam amalan sekularisme yang diperkenalkan sejak tahun 1923 oleh Mustafa Kamal Attartuk. FIS juga gagal bertahan apabila pihak tentera mengambil alih pemerintahan dan sebilangan besar pemimpinnya dipenjara. Sehubungan itu, pengharaman ke atas Refah dan kegagalan FIS membawa hipotesis baru iaitu Islam dan demokrasi tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain.

Hubungan Islam dan demokrasi yang kurang menyenangkan ini nampaknya masih kekal apabila pencalonan Menteri Luar Turki, Abdullah Gul sebagai Presiden ditolak. Hal ini berlaku kerana beliau disokong oleh Perdana Menteri dari Parti Keadilan dan Pembangunan atau AKP, Recep Tayyib Erdogan yang dikatakan mempunyai imej Islamis. Abdullah Gul juga dikritik memiliki imej Islam hanya semata-mata isterinya, Hayrunnisa Gul memakai tudung. Rata-rata rakyat Turki khuatir pelantikan Abdullah nanti akan memperlihatkan dominasi golongan Islamis dalam pemerintahan negara terutama selepas mereka berjaya menguasai Parlimen dan kerajaan.

Jika dianalisis, perkembangan sedemikian adalah suatu yang lumrah berlaku jika kita membincangkan tentang hubungan Islam dan demokrasi. Penyertaan umat Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya misalnya dipandang secara ragu oleh Barat dan segelintir pihak lain. Kepada mereka, penyertaan umat Islam untuk mendapatkan kuasa politik tidak lebih daripada agenda tersembunyi untuk melaksanakan cita-cita politik Islam sekali gus menubuhkan negara Islam.

Dalam hal ini, gerakan dan parti Islam didakwa memilih demokrasi hanya semata-mata untuk menjadikannya jalan atau perangkap bagi mendapat kekuasaan politik. Selepas mendapat kuasa, mereka dikatakan akan menghancurkan institusi demokrasi itu dengan memperkenalkan pemerintahan ulama atau autoritarian. Hal ini dinamakan perangkap pilihan raya bebas yang merujuk tindakan gerakan atau parti Islam yang memanipulasikan demokrasi untuk kepentingan sendiri.

Faktor ini juga menghantui sebilangan besar rakyat Turki apabila mereka bimbang pelantikan Abdullah nanti akan membawa Turki ke fasa baru pelaksanaan Islam secara lebih menyeluruh. Mereka tidak mahu Turki menjadi sebuah negara Islam yang akhirnya akan membenamkan fahaman sekularisme.

Perkembangan yang berlaku di Turki seolah-olah menjadi anti klimaks terhadap gelombang politik Islam yang semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Adalah sesuatu yang menyedihkan ketika mana ada sekumpulan yang begitu bersemangat melaksanakan tuntutan Islam tetapi pada masa sana terdapat sebilangan daripada mereka yang begitu jelas menolak agama dalam kehidupan mereka termasuk soal yang dianggap kecil seperti menutup aurat atau bertudung.

Selepas tragedi 11 September 2001, Islam menjadi perhatian utama sama ada di kalangan Barat mahupun Islam. Bagaimanapun, tidak dinafikan peristiwa tersebut turut menyuntik semula gelombang kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Jika di Barat, semangat Islamofobia begitu menebal di kalangan masyarakat bukan Islam, masyarakat Islam pula turut memiliki sentimen benci dan alergi kepada Barat atau apa yang dipanggil sebagai Islamiplihia. Sentimen ini semakin merebak di kalangan masyarakat Islam dan hal demikian boleh dilihat melalui banyak perkara termasuk bidang politik seperti kemaraan gerakan Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya. Kemenangan Hamas dalam pilihan raya Parlimen pada Januari 2006 lalu membuktikan gelombang kebangkitan Islam melalui wadah politik semakin tidak dapat dinafikan lagi.

Kebanyakan kemenangan parti atau gerakan Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya adalah lanjutan daripada kegagalan atau kelemahan pemerintah terdahulu untuk menyediakan pembangunan ekonomi kepada rakyat. Akibat daripada kegagalan pemerintah membangunkan negara, mereka (kerajaan) telah memperkenalkan sistem demokrasi dan pilihan raya. Perkembangan ini telah membolehkan parti-parti Islam bertanding secara sah dalam saluran demokrasi yang disediakan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan Refah di Turki dan FIS di Algeria dilihat sebagai hasil daripada tanda protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi termasuk isu pengangguran dan kemiskinan. Lebih mengukuhkan lagi, parti Islam ini setelah berkuasa, berjaya membawa ekonomi negara ke tahap lebih baik seperti kemampuan Refah memperbaiki ekonomi Turki melalui konsep Just Order telah meyakinkan rakyat terhadap kemampuan parti Islam. Perkembangan ini sekali gus telah memperkukuhkan faktor ekonomi dalam setiap kejayaan parti Islam.

Memandangkan fahaman sekularisme yang masih bertapak kukuh di Turki, adalah sesuatu yang mustahil untuk kita melihat sokongan rakyat terhadap AKP sejak tahun 2002 adalah berasaskan faktor agama atau politik Islam. Ramai berpandangan bahawa sokongan AKP adalah berasaskan keyakinan rakyat terhadap kemampuannya untuk menangani isu-isu ekonomi dan pembangunan negara. Hal ini dapat dibuktikan bagaimana kemampuan AKP melonjakkan indeks pertumbuhan ekonomi Turki sehingga membolehkan isu penyertaan negara itu ke dalam Kesatuan Eropah (EU) diperbincangkan secara serius buat pertama kali.

Justeru, faktor ekonomi telah mendominasi faktor agama dalam konteks penerimaan rakyat Turki terhadap AKP. Hal ini pasti menyukarkan AKP jika mereka dilihat mahu menonjolkan imej keislaman sama ada menyentuh perkara yang besar seperti dasar negara sehinggalah kepada perkara yang menyentuh hal keperibadian seperti menutup aurat.
anaxilea
pelik betullah, adakah perlembagaan sesebuah negara itu terlalu agung sampai takleh nak diubah? kalau perlembagaan turki menghalang mana2 kakitangan kerajaan/isteri PM pakai tudung, bukan ke menda tue takleh ubah.. takkanlah sampai PM pun akan dicabar kuasanya oleh mahkamah/tentera/unibersiti???

so besok tuhan tanya napa tak laksanakan Islam, sebab perlembagaan ya Allah, maka kami takleh ubah dasar... tah paha pa ntah...
HangPC2
Turki sama macam Indonesia dan Thailand Dikuasai Pihak Tentera
Ewan_sn
Papan iklan tonjol bikini diharam


ISTANBUL: Selepas cubaan mengharamkan alkohol, pegawai perbandaran di Istanbul kini mensasarkan papan iklan yang menonjolkan bikini, lapor akhbar The Guardian.

Pengharaman itu, didedahkan minggu lalu di sebalik usaha Datuk Bandar Istanbul meredakan kemarahan pengeluar pakaian mandi.

Menyifatkan langkah itu sebagai lebih cenderung ke arah Iran berbanding usaha negara itu menyertai Kesatuan Eropah, golongan sekular berkata ia membuktikan parti Kehakiman dan Pembangunan (AK) yang memerintah mempunyai agenda Islam tersembunyi.

“Kami tidak pernah perlu mendapatkan kebenaran sebelum ini dan apabila kami memohon untuk itu, mereka berkata kami memaparkan gambar tidak bermoral.

“Jabatan Perancangan Bandar Istanbul berkata, gambar itu tidak memenuhi piawaian EU dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya,” kata Moris Eskenazi, yang syarikatnya antara yang dilaporkan dihentikan daripada menampal iklan.

Sejak beberapa minggu lalu, rakyat Turki berfahaman sekular mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya untuk membantah kerajaan meningkatkan peranan agama dalam kehidupan seharian mereka. — Agensi
HangPC2
Syabas Turki

sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Ewan_sn
Turki serang utara Iraq - Amaran jika mesyuarat 3 pihak hapuskan puak Kurdis gagal


ANKARA 21 Julai – Turki hari ini memberi amaran akan menceroboh wilayah utara Iraq jika mesyuarat dengan pegawai negara itu dan Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya umum awal, yang diadakan esok, gagal menghasilkan langkah efektif terhadap pemberontak Kurdis yang berpangkalan di sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau menjemput rakan sejawatannya dari Iraq, Nuri Al-Maliki melawat Ankara selepas pilihan raya untuk membincangkan kehadiran pemberontak Parti Pekerja Kurdis (PKK) di wilayah utara Iraq itu.

Recep Tayyip diramal akan memperoleh mandat untuk penggal kedua perkhidmatan sebagai Perdana Menteri.

Dengan menuduh Washington gagal memenuhi jaminan mengekang PKK, Recep Tayyip berkata, beliau akan mengadakan rundingan tiga hala dalam usaha menyelesaikan perbalahan itu.

“Kami akan meminta mereka mengambil apa sahaja langkah perlu atau kita akan melakukan apa yang dirasakan perlu,” lapor agensi berita Anatolia memetik kenyataan Recep Tayyip.

Menteri Luar Turki, Abdullah Gul juga berkata, negaranya tidak akan menahan diri daripada bertindak menghapuskan ancaman PKK yang dilabel pertubuhan pengganas oleh Ankara dan Washington.

“Sasaran kita tidak memasuki Iraq, tetapi meredakan pertubuhan pengganas. Kami akan menggunakan hak kami selagi pertubuhan itu berterusan mengancam Turki,” kata Abdullah.

Keganasan PKK dianggap sebagai satu daripada isu dominan kempen menjelang pilihan raya esok dengan pihak pembangkang mula menyerang Recep Tayyip dan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) yang dikatakan terlalu berlembut dengan isu berkenaan.

AKP dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang dan menjamin kuasa penggal kedua dengan tinjauan terkini menunjukkan parti itu menguasai kira-kira 40 peratus undian bagi membolehkan ia mendapat majoriti kuat di Parlimen.

PKK memberontak untuk memperjuangkan undang-undang sendiri di kawasan tumpuan utama Kurdis di tenggara negara ini sejak 1984 dalam konflik berdarah yang mengorbankan 37,000 nyawa.

– AFP


fsyukri
best baca artikel yg ko post ni edi...
tapi panjang sgt...
xlarat nk baca...
anyway, tq...
Ewan_sn
Perdana Menteri Turki diramal kekal mandat


DIYARBAKIR, Turki 22 Julai – Rakyat Turki membuang undi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang dianggap sebagai antara yang terpenting dalam tempoh suku abad negara ini.

Pertarungan antara parti pemerintah yang berasal daripada pergerakan Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dengan parti-parti nasionalis bakal menentukan haluan masa depan negara Islam berfahaman sekular ini.

Tinjauan pendapat umum mendapati, AKP yang properniagaan dijangka memerintah secara bersendirian untuk tempoh lima tahun lagi, tetapi saiz majoriti mereka akan menjadi faktor penting.

Pusat pengundian mula dibuka pada 7 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia) dan keputusan tidak rasmi dijangka diketahui selepas 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).

Kira-kira 43 juta daripada 74 juta penduduk Turki layak mengundi.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan (gambar), kini ahli politik paling popular di Turki, mengatur pilihan raya itu beberapa bulan lebih awal selepas golongan sekular dengan sekutu kuatnya dalam angkatan tentera menghalang beliau daripada melantik Menteri Luar, Abdullah Gul sebagai Presiden kerana bimbang dengan pendirian pro-Islamnya.

Recep berkata, pertambahan undi untuk AKP akan mengukuhkan demokrasi di negara ini yang pernah menyaksikan sebuah kerajaan yang dilihat sebagai terlalu berhaluan Islam disingkirkan oleh tentera pada 1997.

Perdana Menteri berkarisma itu menjanjikan lebih banyak pembaharuan ekonomi, sosial dan politik yang diperlukan untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) sekalipun ramai rakyat semakin sangsi mengenai kesediaan blok itu untuk membenarkan Turki menjadi anggota.

Hanya dua parti lain, Parti Rakyat Republikan (CHP) yang berhaluan tengah-kanan tetapi nasionalis dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dijangka berpeluang untuk mendapat sekurang-kurangnya 10 peratus undi bagi memasuki Parlimen.

Mereka menyifatkan pengundian hari ini sebagai usaha mempertahankan sistem sekular Turki daripada pengaruh Islam dalam politik, walaupun Recep menyangkal dakwaan CHP kononnya beliau mahu menukar Turki menjadi sebuah teokrasi ala Iran.

Beberapa calon bebas kebanyakannya pro-Kurdis juga dijangka memenangi kerusi di Parlimen 550 anggota itu.


– Reuters

Ewan_sn
Turkey's Erdogan faces rocky road after big win !
By Paul de Bendern
Mon Jul 23, 5:54 PM ET

ANKARA (Reuters) - Turkish Prime Minister Tayyip Erdogan on Monday celebrated a decisive poll victory but now faces challenges over delayed presidential elections, Kurdish separatist violence and Ankara's troubled EU bid.

ADVERTISEMENT

His AK Party boosted its share of the vote in Sunday's parliamentary elections to 47 percent despite opposition efforts to portray his pro-business party, which has Islamist roots, as a Trojan horse set to turn Turkey into an Iran-style theocracy.

It was a personal triumph for Erdogan, who called the poll early after the army-backed secular elite blocked his choice of an ex-Islamist ally as the next president -- the first divisive issue parliament must tackle after it convenes next week.

"We will resolve this matter (presidential election) without causing tensions," Erdogan told a news conference.

Financial markets rallied on a result that keeps in power the party most favorable to foreign investment, without any need for coalition wrangling, but does not make it so strong as to provoke the army, guarantor of Turkey's secular system.

The lira currency hit its highest levels against the dollar in more than two years, bonds soared and Istanbul's stock exchange jumped five percent to a record close.

Although unofficial results gave the AK Party 47 percent of the vote, up more than 12 points on 2002, a stronger nationalist opposition means it will get 340 out of 550 seats, slightly fewer than now.

Parliament in one of the world's few Muslim democracies will now feel very different, with ultra-nationalists and two dozen pro-Kurdish independents in for the first time in years.

Foreign Secretary David Miliband of Britain, an ally of Turkey in the EU, said: "It's very important that across Europe we reach out to the new government in Turkey when it is formed. A stable and secure Turkey is massively in our interests."

A U.S. State Department spokesman congratulated the Turkish people on holding what he said was a free and fair election.

"I would point out that we have had a very good working relationship with Prime Minister Erdogan and his government, and that we have faith in Turkey's secular democracy," he said.

Erdogan, controversial but popular, vowed in his victory speech to pursue political and economic reforms to join the European Union and made conciliatory noises towards his foes.

COMPROMISE PRESIDENT?

Turks are now watching to see if that turns into compromise over a choice of president to replace staunchly secular Ahmet Necdet Sezer, a fierce critic of the AK Party whose term is up.

A crisis was sparked when the army, which ousted an Islamist predecessor of Erdogan's party 10 years ago, rejected the candidacy of Foreign Minister Abdullah Gul as president, fearing he would erode the republic's separation of religion and state.

"The only danger at the moment is failure to reach an accord over the presidency," said Erdal Saglam, a columnist for the top-selling Hurriyet newspaper.

The prime minister said he would discuss with Gul, who was deeply disappointed at failing to secure the post earlier this year, whether he would remain the party's candidate.

Influential State Minister Besir Atalay told Reuters that Gul, who helped secure Ankara's EU accession talks, was still the best candidate to become head of state.

Erdogan must tread gingerly between supporters who hope his victory means fewer religious restrictions in public life, such as the ban on headscarves at university, and the army generals.

The AK Party, which likes to compare itself with Germany's Christian Democrats, is expected to move more to the centre of Turkish politics after more liberal-minded members won seats.

Two other, secularist, parties made it into parliament -- the nationalist Republican People's Party (CHP) with 112 seats and the far-right National Movement Party (MHP) with 71.

EU Enlargement Commissioner Olli Rehn said the government must press on with reforms required of Turkey in stalled EU entry talks. Once EU enthusiasts, Turks have grown cooler after rows over Cyprus and unpalatable domestic reforms.

Nationalists will resist more rights for ethnic and religious minorities as well as other reforms sought by the EU and will also press Erdogan to send troops into northern Iraq to root out Turkish Kurdish separatist rebels taking refuge there.

Turkish security forces have been battling the PKK rebels since 1984 in a conflict that has cost more than 30,000 lives.

(Additional reporting by Gareth Jones, Hidir Goktas, and Orhan Coskun in Ankara, Mark John and Marcin Grajewski in Brussels)


Ewan_sn
Erdoğan turns new page in second term in power


Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan, whose Justice and Development Party (AK Party) won a landslide election victory on Sunday in a highly charged political atmosphere, vowed not to pursue revenge against his rivals, saying the new term in office represents a fresh start for him and his party.



Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan

"I am no longer interested in the pre-election campaigning era. We turned a new page, a white one," Erdoğan told reporters after a meeting with President Ahmet Necdet Sezer, when asked whether he expected his rival Deniz Baykal to keep his pre-election promise to swim to the Greek island of Rhodes in the event of an election loss.

The AK Party secured a second term in office after winning 46.6 percent of the vote in Sunday's general election and is expected to control around 340 seats in the 550-member Parliament. Its rivals, the nationalist Republican People's Party (CHP) and the far-right Nationalist Movement Party (MHP), got 20.8 and 14.3 percent of the vote respectively -- less than the total AK Party votes combined -- to win 111 and 71 seats in Parliament.

In remarks yesterday Erdoğan also signaled he would seek consensus in electing his successor. He said he had phoned Baykal, leader of the Republican People's Party (CHP), and told him that he would like to visit the CHP for talks on the AK Party's “planned steps” after the new Parliament is formed. He said he had also phoned Devlet Bahçeli, leader of the third-biggest party, the MHP, but was unable to talk to him immediately.

Erdoğan did not elaborate on the planned steps, but he appeared to be referring to the election of a new president after a first attempt begun in April failed due to a Constitutional Court decision that cancelled the vote. The decision was prompted by an application from the CHP asking for the nullification of the ballot on the basis that there were fewer than 367 deputies (two-thirds of Parliament) in attendance. Since the court's ruling is still in place, the new Parliament will have to convene with a quorum of 367 deputies in order to be able to elect a new president to replace Sezer, whose term expired in May. Failure to elect the president may trigger early elections again.

But the CHP declined to express readiness for conciliation. “We would talk if the prime minister says he wants consensus in the election of the president,” said CHP Deputy Chairman Mustafa Özyürek in remarks broadcasted on NTV television. “But it would not work if he attempts to impose anything on us.”

The CHP has so far remained elusive on what it meant by consensus. It took the April vote to the Constitutional Court because it opposed the candidacy of Foreign Minister Abdullah Gül, saying a president from the AK Party ranks would undermine the secular order of Turkey. Asked whether Gül is still a candidate, Erdoğan said yesterday that steps will be taken after consultations within the AK Party and expressed hope that the issue would be resolved in a spirit of solidarity, without letting political tension erupt again.

He reiterated that what Gül wants on this subject is very important to him. In remarks before the elections, Erdoğan said Gül would remain a candidate as long as he wishes to do so. Gül, a moderate politician who has steered a process of reform for Turkey's membership of the EU, is still the choice of AK Party voters for the post. Party supporters chanted “President Gül” slogans when they gathered in front of the party headquarters on Sunday night to celebrate the election win. Erdoğan, who was then addressing the crowd, declined to make any comment. When his supporters began to boo Baykal, he asked them to stop, reminding them that election campaigning is over.

Sezer congratulated Erdoğan at yesterday's meeting and asked his government to remain in power until a new one is formed, said Erdoğan.

Polarization-free politics

In his speech on Sunday night, Erdoğan vowed to avoid further polarization in Turkish politics and said his party would embrace all of society, irrespective of whether they voted for his party.

Erdoğan's pledge is an attempt to reach out to 7 million voters who mainly supported the CHP in the election out of fear that a second term in government for the ruling AK Party would undermine Turkey's secular order and threaten their Western lifestyle. Many even dreamed of a coalition with the MHP to unseat the government and called on anti-government voters not willing to vote for the CHP to support the MHP, or vice versa.

“Please be assured that no matter who you voted for, your votes are valuable for us too. We respect your choice. ... We have common values and objectives that unite us all,” Erdoğan said on Sunday night, promising he would govern for all Turks and referring to Mustafa Kemal Atatürk, the revered founder of the 1923 modern republic. “I understand the message from those who did not vote for us. … There will be no concession on the basic characteristics of the republic.”

The divide between the AK Party and its secularist-nationalist opponents has emerged as one of the most important fault lines in Turkish politics over the past years. Its critics accused Erdoğan's government of seeking an Islamist agenda during its four-and-a-half years in power, but, ironically, the AK Party became the most reformist Turkish government in decades, steering Turkey in the direction of membership in the EU and liberalizing Turkish law and the economy, while its critics became increasingly nationalist and isolationist in rhetoric. AK Party officials constantly denied accusations that they seek to undermine the secular regime.

The election was called earlier than scheduled after the military issued a memorandum on April 27 threatening intervention in politics because of a perceived threat to the secular regime. Gül then had to withdraw his bid after the Constitutional Court cancelled the election in a controversial decision that came a few days after the military memorandum.

Erdoğan said on Sunday that the election results confirmed his party has firmly placed itself in the center of Turkish politics and vowed to act as a center party, representing all and protecting the interests of all society.



24.07.2007
Today's Zaman İstanbul
Ewan_sn
Semoga Erdogan dapat meneruskan visi mengembalikan maruah Islam di Turkey...insyaAllah..
anna_trianna
aku admire cara erdogan pikat masyarakat turki..
pelan2 asalkan menjadi.. rolleyes.gif
inteloniac
Itu la.. aku dapat rase Turki akan muncul kembali sebagai satu kuasa Islam selain Iran. Tunggu pemilihan Presiden je.. sebab Presidennye yang skarang nie masih sekular..
jusuh77
Kejatuhan Islam bermula kt Turki,mereka perlu betulkan kesalahan mereka.
Ewan_sn
AKP jawab fitnah terhadap gerakan Islam
Haris Zalkapli
Harakah Daily
Fri | Jul 27, 07 | 07:25:01 AM


"Di Turki, sekularis yang melaksanakan pembaratan, bukan Islamis, yang selama ini bersedia menamatkan proses-proses demokratik demi untuk memaksakan visi sekularisme mereka pada politik Turki. Ancaman campurtangan militer sekularis dalam politik yang memaksa pilihan raya awal diadakan di Turki." - John Esposito

Kemenangan selesa Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) bersama Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan telah dengan jelas menunjukkan sejumlah besar rakyat Turki tidak termakan dengan kempen propaganda sekularis ekstrem tentang "ancaman" Islam politik di negara itu.

Kemenangan AKP kali ini juga telah mencatat sejarah kali kedua dalam tempoh 52 tahun parti pemerintah menambah bilangan undi untuk penggal kedua, sesuatu yang mengukuhkan lagi mandat AKP.

Menjelang pilihan raya ini, banyak isu telah diperbesarkan dan dipalsukan oleh pihak sekularis yang memusuhi parti yang disifatkan sebagai berlatarbelakang Islamis atau gerakan Islam politik itu.

AKP didakwa mempunyai rancangan rahsia untuk melaksanakan Islamisasi dalam politik Turki, yang diperlihatkan sebagai secara automatik bertentangan dengan nilai-nilai universal dan politik sekular Turki.

Sekularis telah mengemukakan bahawa rakyat Turki berdepan dengan dua pilihan iaitu AKP yang berkecenderungan Islamis atau demokrasi, seolah-olah Islamis ialah antithesis kepada demokrasi.

Tuduhan-tuduhan seperti Islamis hanya berminat untuk menggunakan demokrasi untuk mendapat kuasa dan kemudian merampasnya dikemukakan lagi, menunjukkan ketiadaan modal pihak sekularis.

Sebenarnya, mudah untuk dilihat bahawa elit sekular Turki yang sebenarnya bimbang dengan praktis demokrasi yang sebenar kerana bimbang dengan penghakisan terhadap pengaruh mereka.

Seperti di banyak negara majoriti Muslim, Islamis mampu menerima sokongan besar rakyat, seperti dibuktikan dalam kes Barisan Penyelamat Islam (FIS) di Algeria, Ikwan Muslimin di Mesir, Hamas di Palestin dan PAS di Malaysia.

Tetapi Islamis sering diletakkan di bawah mikroskop dan ditanya bertalu-talu tentang apa yang disifatkan sebagai niat sebenar mereka, seolah-olah yakin bahawa parti Islam akan menamatkan demokrasi sejurus mendapat kuasa politik.

Hakikatnya di Turki, demokrasi sebenarnya terancam di bawah elit sekularis yang konservatif dan bimbang dengan sokongan rakyat terhadap AKP dan sebelum itu parti Refah.

Elit sekularis Turki tidak langsung menghormati pluralisme dan hak-hak minoriti dan mahu politik yang mereka mahukan kekal di Turki. AKP lebih menunjukkan kesediaan untuk menjadi lebih inklusif. Reformasi politik yang menjadi agenda AKP juga menggugat kuasa elit sekularis Turki.

Elit sekularis sememangnya mahukan pembaratan masyarakat Turki, tetapi ini tidak bermakna mereka juga mahukan demokrasi. Barat dan demokrasi bukan semestinya perkara yang sama, seperti juga Islamis dan autoritarianisme bukan perkara yang sama.

Kerajaan pimpinan Erdogan juga telah berjaya membawa ekonomi Turki ke arah yang lebih baik dan mendapat keyakinan sejumlah besar kelas menengah negara itu. Kekuatan AKP ialah prestasinya sebagai kerajaan yang memerintah.

Isu ancaman terhadap sekularisme Turki tidak sepatutnya timbul kerana pemisahan politik dan agama telah jelas di Turki. Sekularisme telah terlalu dalam tertanam dalam jiwa Turki.

John Esposito dalam bukunya The Islamic Threat: Myth or Reality? menjelaskan, pakar sejarah bersepakat bahawa walau apa pun yang berlaku di dunia, sekularisme Turki tidak akan dijejaskan oleh "ancaman" politik Islam.

Pencalonan Abdullah Gul untuk bertanding jawatan presiden sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa yang dibimbangi sekularis militan Turki.

Tulis Esposito dalam ruangan op-ed Zaman, akhbar bahasa Inggeris Turki baru-baru ini: "Parti AK mewakili warga Turki yang menyokong tradisi sekularisme Kamalis tetapi juga menegaskan bahawa "sekularisme" bermakna negara tidak sepatutnya mengenakan sekatan terhadap amalan agama rakyatnya."

Dalam kes AKP ini, tuduhan-tuduhan stereotaip terhadap Islam politik dikitarsemula oleh sekularis Turki, sedangkan AKP telah membuktikan komitmen terhadap jalan yang diletakkan oleh Mustafa Kamal Attaturk.

Dasar AKP yang mahu meneruskan reformasi untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) juga memastikan politik Turki akan kekal sekular. Kriteria yang perlu dipenuhi Turki untuk menyertai EU semuanya mengukuhkan lagi sekularisme di Turki. Undang-undang syariah dan dasar yang tidak neutral terhadap semua agama, atau mengutamakan satu agama tidak boleh dilaksanakan. Ini bermakna hak warga Muslim juga perlu dipelihara, dan bukan dilihat sebagai ancaman.

Dalam kes Turki ini, definisi sekularisme telah diselewengkan untuk membawa makna menentang semua agama sehingga menyekat kebebasan beragama seperti mengenakan tudung, sedangkan sistem politik sekular sepatutnya tidak perlu memusuhi mana-mana agama dan perlu menganggapnya sebagai salah satu agama yang diamalkan di negara itu.

Hakikatnya, nilai-nilai agama rakyat majoriti menjadi elemen penting dalam politik mana-mana negara sekular, seperti dilihat di Barat. Sikap memusuhi agama oleh sekularis ekstrem Turki sangat tidak rasional dan realistik.

Jelas apa yang dibimbangi pihak tentera yang mendakwa berperanan sebagai penjaga tradisi Kamalis dan elit sekularis Turki ialah ancaman demokrasi terhadap pengaruh mereka.

AKP telah membuktikan tuduhan-tuduhan terhadap Islam politik simplistik dan menyeleweng. AKP telah memaksa pengkritik tegar Islamis menilai semula dengan serius pandangan yang mereka sendiri bina selama ini.

Ternyata militan sekularis Turki telah mengancam demokrasi dalam usaha mereka memerangi Islamis yang mereka sifatkan sebagai musuh demokrasi.


voodoo
mari kita ramai2 berdoa...
agar turki dipimpin oleh orang2 yang inginkan kebangkitan islam kembali!!!

takbir!!!!

takbir!!!!

takbir!!!!
Ewan_sn
Sekular atau Islam?
Oleh Zin Mahmud
Petikan rencana Utusan Malaysia

KEMENANGAN besar Perdana Menteri Turki. Reccep Tayyip Erdogan dalam pilihan raya umum Ahad lalu disambut dengan ikrarnya untuk mempertahankan sistem sekular. Jadi siapakah yang menang dalam pilihan raya itu? Islam atau sekularisme?

Ini kerana penentang-penentang Erdogan ialah golongan sekular yang berjaya menghalang calon Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) daripada jawatan presiden April lalu. Kegagalan rakan karib Erdogan, iaitu Menteri Luar Abdullah Gul mendorong Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Kemenangan 47 peratus AKP mengalahkan golongan sekular terdiri daripada Parti Rakyat Republikan (CHP) dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) disambut gembira oleh golongan gerakan Islam seluruh dunia.

Sementara pihak Barat yang berulang kali mengingatkan dunia bahawa AKP adalah parti berasas Islam memperlihatkan kekecewaan mereka. Lebih-lebih lagi mereka mengharap dan menjangkakan Erdogan, AKP dan golongan Islam akan kecundang memandangkan demonstrasi besar-besaran oleh penyokong sekularisme yang disokong CHP, MHP dan pihak tentera pada April dan Mei sempena tindakan menghalang Gul daripada menjadi presiden.

Mereka mempunyai persepsi bahawa sekularisme sedang mengukuh di dunia Islam di mana golongan Islam sedang melemah, dengan tanda-tanda turut dilihat di Lebanon apabila penyokong bekas Perdana Menteri Rafik Hariri berdemonstrasi menentang Syria dan golongan pro-Syria. Hariri dianggap sekular sementara Syria, golongan pro-Syria yang di dalamnya disertai Hizbullah dipandang sebagai Islamis.

Seterusnya pihak penganalisis Barat melihat betapa politik keganasan berbentuk bunuh diri yang dikaitkan dengan kumpulan Islam mendorong umat Islam menolak fundamentalisme dan menerima sekularisme.

Pandangan ini berlaku kerana penganalisis Barat melihat umat Islam dan juga gerakan Islam sebagai monolitik dan statik. Sedangkan hakikatnya, umat Islam seperti penganut agama lain mempunyai kepelbagain dan dinamik. Justeru mereka melihat Erdogan dan aktivis AKP sebagai gerakan Islam yang berbentuk tahun-tahun mega_shok.gif-an dan 90-an.

Hakikat bahawa AKP mewarisi aktivis dari parti-parti Islam sebelum ini seperti Parti Fazilat, yang menggantikan Parti Kebajikan dan sebelumnya pula adalah Parti Milli Salamat ditekankan dan menganggap cakap- cakap sekular oleh Erdogan hanyalah taktikal dan bukannya idekologikal.

Maka persoalannya adakah Erdogan serta AKP parti sekular atau Islam? Sejak awal penubuhan AKP, Erdogan berikrar mendukung sekularisme dan berazam melaksanakan reformasi demokrasi dan ekonomi serta berusaha membawa Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU). Tetapi kalau Erdogan sekular mengapakah pihak tentera, CHP dan MHP beria-ia menentang AKP? Mereka terus menuduh Erdogan sebagai Islamis tetapi majoriti rakyat sebaliknya memilih Erdogan. Mengapa rakyat Turki memilih AKP? Adakah kerana AKP itu Islamis?

Kepercayaan

Maka tidak dapat dielakkan untuk membaca kemenangan Erdogan sebagai kepercayaan rakyat terhadap AKP. Mereka memilih Erdogan kerana beliau mewakili kedua-dua sisi ciri-ciri Turki iaitu sekularisme dan Islam. Erdogan memilikinya tetapi di atas soal fahaman, mereka melihat kerajaan Erdogan sejak bermula dengan mentadbir bandar raya Istanbul merupakan golongan yang efisien dan efektif. Maka tidak menghairankan bahawa pendukung sekularisme yang kental turut memberi undi kepada AKP.

Tetapi dilihat keseluruhannya, keempat- empat elemen politik di Turki adalah sekular, bukan saja tentera, CHP dan MHP tetapi juga AKP. Apabila Erdogan mengisytiharkan diri dan partinya sekular, beliau bukan berpura-pura atau bertindak sebagai taktik politik membolehkan mereka bertanding. AKP memang sekular. Pada waktu yang sama, AKP sememangnya pro-Islam. Cara hidup aktivisnya adalah seperti orang Islam biasa.

Maknanya fahaman sekularisme juga mempunyai banyak aliran. Kalau di pihak tentera, fahamannya adalah berpegang teguh kepada apa yang diperjuangkan oleh pengasas Republik Turki iaitu Kemal Attaturk. Sekularisme tentera bersifat antiagama, ultranasionalis dan tidak demokratik. Sementara CHP bersifat sosialis dan MHP adalah liberal demokrat.

Sedangkan sekularisme AKP adalah bersandarkan kepada demokrasi, liberal dan Islam. Bagi Erdogan tidak ada percanggahannya antara sekularisme, liberalisme dan demokrasi dengan Islam. Justeru, apa yang dialami oleh AKP adalah keadaan pascafundamentalis iaitu landasan Islam yang menerima perspektif sekularisme, iaitu pemisahan antara agama dengan urusan profesionalisme politik, dan juga menerima ciri-ciri liberalisme dan demokrasi. Sudah tentu nilai Islam yang murni tidak akan menjadi penghalang kepada sebarang cita-cita baik dalam fahaman-fahaman itu.

Sebaliknya sekularisme tradisi Attaturk yang ultranasionalis dan antiagama bukan saja bercanggah dengan Islam tetapi juga semangat liberalisme dan demokrasi. Inilah dinamik perubahan yang dialami oleh gerakan Islam sedunia. Justeru Erdogan dan AKP tetap diterima sebagai sebahagian daripada gerakan Islam walaupun ia mempertahankan sekularisme.

Justeru kemenangan AKP bukan saja mengukuhkan Islam tetapi sekularisme dalam bentuk yang boleh diterima oleh Islam.

Dengan penyertaan lebih mega_shok.gif peratus daripada pengundi, kemenangan AKP itu adalah jelas dan merupakan undi terbesar pernah diraih oleh mana-mana parti politik sejak 1960. Apabila diterjemahkan kepada kerusi, AKP akan memperoleh 340 kerusi dalam Parlimen yang dianggotai 550 orang.

Bagi Erdogan, pilihan raya itu merupakan ujian demokrasi bagi Turki. Katanya, Turki telah lulus ujian demokrasi. Apa yang disebutkan beliau merujuk kepada pihak tentera. Rakyat menolak penglibatan dan campur tangan tentera dalam politik.

Akhbar Turki turut melahirkan sentimen serupa. Akhbar Hurriyet menyatakan rakyat tidak suka kerajaan yang berkelahi dengan tentera, tetapi mereka menolak campur tangan pihak bersenjata. Maksudnya walaupun rakyat tidak suka AKP bertelagah dengan tentera kerana ia mengganggu keharmonian, dan perkara ini ditunjukkan demonstrasi menyokong sekularisme pada April lalu, tetapi zaman tentera campur tangan dalam politik sudah berakhir.

Sementara akhbar Zaman yang dianggap sederhana berkata: ‘‘Rakyat telah menyatakan suara mereka.’’

Bagi tentera, sekularisme adalah mengelak campur tangan ulama ke dalam politik. Ini kerana dibimbangi agama digunakan untuk kepentingan ulama dan akhirnya mendatangkan keburukan negara. Itulah hasrat awal Attaturk memansuhkan institusi khalifah dan menubuhkan Republik Turki yang menjunjung sekularisme.

Bagaimanapun sekularisme yang ditafsirkan tentera bercanggah dengan demokrasi. Ini kerana campur tangan tentera mengakibatkan kepentingan mereka yang mempunyai senjata disalah guna hingga menjejaskan kepentingan rakyat dan negara. Itu yang berlaku selama ini dan mahu diubah.

Pencalonan Gul untuk presiden adalah usaha AKP untuk meleraikan cengkaman kuasa tentera ke atas politik. Bukan saja ulama yang perlu disisihkan daripada politik, tetapi juga tentera. Maksud sekularisme dalam konteks demokrasi meliputi jaminan bahawa kerajaan tidak dikuasai atau dimonopoli oleh sesuatu golongan kerja hingga kuasa boleh disalahgunakan.

Maksudnya biarlah kuasa datang daripada rakyat tanpa mengira profesion. Justeru sesiapapun wajar dibenarkan menjadi ahli politik, iaitu bukanlah mana-mana institusi profesional seperti ulama, tentera, peguam, ahli akademik atau lain-lain golongan.

Amanah

Dalam Islam, kuasa dianggap sebagai amanah dan yang boleh menilai kejujuran seseorang walaupun tidak secara mutlak masih pada tangan orang ramai atau rakyat. Konsep sekularisme pada asalnya timbul apabila golongan bangsawan Eropah memberontak ke atas penguasaan Pope ke atas urusan pemerintahan di Rom hingga agama digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan golongan paderi. Vatican mengamalkan teokrasi hingga akhirnya dicabar elit bukan agama dalam masyarakat apabila mereka melihat agama disalah guna untuk kuasa.

Sejarah Islam tidak menyaksikan sebarang teokrasi, dan oleh itu konsep sekularisme tidak relevan bagi umat Islam. Namun begitu, kemunculan Attaturk hingga menyebabkan sekularisme menjadi ideologi kental oleh elit tentera di Turki disebabkan antara banyak faktor ialah kebobrokan khalifah di penghujung pemerintahannya.

Khilafah Uthmaniah pada penghujung zamannya, seperti juga maharaja-maharaja besar di bahagian dunia lainnya iaitu Dinasti Ching di China, kerajaan Moghul di India, juga pelbagai raja di Eropah mengamalkan cara hidup dekaden, iaitu bermewah-mewahan dengan istana besar dan memiliki gundik yang ramai menjadi lumrah hingga menggalakkan revolusi daripada rakyat.

Maka sekularisme yang dibawa Attaturk pada zaman itu merupakan reaksi kepada cara pemerintahan khalifah yang sebenarnya tidak menepati kehendak nilai-nilai Islam. Tentunya pentadbiran AKP di bawah Erdogan dalam kerangka Republik Turki berbeza pada zaman khalifah yang dekaden. Erdogan dan partinya diminati rakyat bukan hanya kerana agamanya tetapi keberkesanan pemerintahannya di samping mengambil berat terhadap golongan terpinggir.

Sikap terbuka Erdogan terhadap Eropah merupakan lanjutan dasar Attaturk untuk integrasi Turki dengan Eropah. Attaturk sedar Eropah benua yang maju dan mahu negaranya turut berada dalam keadaan yang serupa. Maka begitu juga dengan Erdogan yang mahukan Turki menyertai EU.

Tetapi Eropah tetap menolak Turki walaupun Attaturk memansuhkan khalifah dan mengamalkan sekularisme. Alasan menolak Turki selama ini ialah soal demokrasi dan layanan tidak adil Ankara terhadap kaum Kurdis dan Armenia. Tetapi setelah Turki mengamalkan demokrasi dan rakyat memilih parti-parti berasal dan berasas Islam, EU tetap menolak dan kali ini mereka menyatakan syak terhadap Erdogan dan AKP yang dikatakan sedang membawa Islam secara tersembunyi di sebalik demokrasi.

Hakikatnya EU, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Perancis menolak Turki kerana agama Islam yang dianuti mereka. Walaupun demokrasi dan sekularisme tidak mengambil kira soal agama, tetapi sikap yang ditunjukkan oleh EU itu adalah sifat fobia terhadap Islam. Mereka gagal untuk bersifat demokratik dan sekular. Sedang demokrasi menjamin kebebasan amalan agama dan sekular tidak mengambil kira soal agama.

Di sudut lain, mungkinkah Eropah masih kecewa dengan kegagalan mereka dalam Perang Galipoli di mana usaha untuk menawan Turki bagi diserahkan kepada Greece telah gagal. Orang yang menggagalkan usaha itu ialah Attaturk. Walaupun pewaris Attaturk membawa Turki menjadi sekutu Barat dengan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), namun sikap tidak mahu menerima negara itu berkekalan.

Akhirnya siapa yang sebenarnya mengamalkan demokrasi dan sekularisme bernilai positif adalah mereka yang menjadi aktivis dalam AKP, sebuah parti berasal dan berasaskan Islam, yang menerima inspirasi daripada perjuangan Beiduzzaman Nursi, seorang yang menentang Attaturk, tetapi pada waktu sama menolak Khalifah Uthmaniah di hujung zamannya.
Ewan_sn
Walaupun menang besar Erdogan tetap merendah diri
Anwar Ibrahim
Thu | Aug 02, 07 | 08:03:50 PM

Kunjungan persahabatan menemui Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Abdullah Gul di Ankara. Saya terkesan dengan sikap tawadhu’ kedua-dua pemimpin besar Turki, menunggu ketibaan saya sehingga 9.45 malam untuk makan malam bersama dalam suasana kekeluargaan.

Saya juga merupakan di antara tetamu luar pertama yang menemui mereka selesai pilihan raya umum yang berjaya menabalkan mereka dan AKP dengan kemenangan besar dalam sejarah pilihanraya Turki.

Bertuah saya kerana mendapat pandangan langsung mengenai pilihan raya, isu calon presiden dan komitmen kuat PM Erdogan meneruskan agenda reformasi.

Ini termasuk cadangan perlembagaan baru yang mempertahankan kebebasan dan hak rakyat, memperkukuh badan kehakiman dan kuasa parlimen. Perlantikan rektor universiti bukan lagi budi bicara presiden tetapi melalui lantikan tenaga akademik.

Hak wanita lebih terpelihara dan kebebasan beragama terjamin. Ekonomi akan dipacu dengan lebih pantas dengan kaedah serta prosedur telus, membanteras rasuah dan mengumumkannya secara terbuka kepada media.

Dasar luar mereka cukup bebas, menjalin hubungan erat dengan negara jiran, meneruskan rundingan dengan EU, mengekalkan hubungan baik dengan Amerika. Namun sikap bebas mereka berlandaskan prinsip yang jelas, memartabatkan hak rakyat - maka PM meneruskan hubungan dengan Fatah dan Hamas.

Semalam hasrat Mahmud Abbas berkunjung ke Turki ditangguh bagi meredakan keadaan. Langkah aktif membantu wilayah miskin atau dilanda malapetaka diteruskan samada di Darfur, Pakistan, Aceh atau Afrika.

Kenyataan PM Erdogan sejurus setelah menang besar menarik sekali - nada sederhana, merendah diri dan mengajak rakyat membina negara dan memperkukuh perlembagaan rakyat.

Kontroversi calon presiden masih kedengaran dengan ketua angkatan tentera melafazkan pendirian bahawa presiden harus benar-benar menghayati semangat sekular. (Hal tersebut ada saya sentuh dalam rencana Washington Post dan temubual akhbar Zaman).

Abdullah menegaskan bahawa semangat perlembagaan dipertahan, hak beragama disanjung dan pemilihan ditentukan rakyat. Dunia membangun dan dunia Islam menantikan corak kepimpinan yang prihatin terhadap keluhan rakyat, tabah, bebas dan bertanggungjawab.

Saya ucapkan tahniah bagi pihak ramai di Malaysia, Indonesia dan sahabat serantau dan mendoakan kejayaan mereka.
Ewan_sn
Presiden enggan lulus Kabinet baru Turki


ANKARA 17 Ogos – Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer semalam enggan meluluskan barisan baru Kabinet Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dengan alasan, ia sepatutnya dikemukakan kepada ketua negara baru.

Recep Tayyip yang sudah dijangka mengemukakan senarai Kabinet baru yang dikuasai penyokong pembaharuan ekonomi berkata, Ahmet menunjukkan sikap “sangat positif” dan tindakannya itu tidak boleh dianggap sebagai tidak peduli.

Ahmet yang merupakan pengikut fahaman sekular dan pengkritik Parti AKP pimpinan Recep Tayyip, yang mempunyai akar-umbi fahaman Islam, sering membatalkan undang-undang dan pelantikan yang dibuat oleh kerajaan.

“Presiden kita yang dihormati memberitahu, kami sepatutnya menyerahkan senarai itu kepada Presiden baru.

“Kami boleh katakan langkah beliau itu sebagai menghormati Presiden baru,” jelas Recep Tayyip selepas pertemuan dengan Ahmet.

Beliau bagaimanapun berkata, langkah Presiden Turki itu merupakan kejutan.

Parti AKP berfahaman kanan- tengah mencatat kemenangan besar pada pilihan raya 22 Julai lalu dan Recep Tayyip dijangka membawa masuk ramai muka baru bagi memacu pembaharuan ekonomi dan politik Turki.

Parlimen dijadual membuat pengundian untuk memilih Presiden Turki yang baru Isnin ini.

AKP telah memilih semula Menteri Luar, Abdullah Gul sebagai calon dan dijangka memenangi semua tiga pusingan pemilihan dengan majoriti mudah.

Bagaimanapun ketua tentera Turki, Jeneral Yasar Buyukanit enggan menjawab soalan berhubung pencalonan tersebut.

“Semua yang hendak diperkatakan sudah diperkatakan. Saya tidak mahu mengulas sekali lagi,” katanya.


– Reuters

Ewan_sn
‘Jangan cuba campur’ -- Tentera diberi amaran jauhkan diri dari politik


ANKARA 21 Ogos – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada tentera supaya menjauhkan diri dari politik berikutan bermulanya proses pemilihan Presiden yang dijangka dimenangi oleh calon berfahaman Islam.

Recep malam tadi dipetik sebagai berkata, tentera “berada di tempatnya” dan semua institusi mesti bertindak dalam lingkungan mandat yang diberikan oleh perlembagaan.

“Jika kita percaya kepada demokrasi, kita tidak perlu membabitkan pasukan tentera Turki di dalam politik.

“Bagi kami, pasukan tentera adalah suci tetapi mereka mempunyai kedudukan sendiri dan ahli politik mempunyai tempat sendiri dalam demokrasi,” tegas beliau.

Parlimen Turki semalam memulakan siri pengundian bagi memilih Presiden baru negara ini.

Calon utama, Menteri Luar, Abdullah Gul gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam dewan 550 kerusi tetapi dijangka memperoleh kemenangan mudah pada pengundian pusingan kedua minggu depan.

Ia berikutan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) diramalkan tidak menghadapi masalah untuk memperoleh majoriti mudah 276 kerusi yang diperlukan.

Pengundian kali ini merupakan percubaan kedua Abdullah dipilih sebagai Presiden.

Percubaan pertamanya pada April lalu telah mencetuskan tentangan golongan sekular yang menentang pencalonannya atas alasan beliau berfahaman Islam dan tidak komited terhadap sistem sekular.

Tentangan tersebut menyebabkan pilihan raya mengejut terpaksa diadakan pada 22 Julai lalu.

Semasa puncak pertelingkahan tentera yang bertanggungjawab menggulingkan empat kerajaan sebelum ini menyatakan, ia menganggap sistem sekular terancam dan berikrar mempertahankannya.

Bagaimanapun, ia mengambil sikap berdiam diri apabila Abdullah dipilih semula sebagai calon selepas AKP mencapai kemenangan besar pada pilihan raya 22 Julai.

– AFP


inteloniac
yess.. tanda jelas kemenangan Islam di Turki. Zaman kebangkitan tamadun Islam bakal berulang insyallah! Di runtuhan kota konstantinople, kita bina tamadun Islam baru!
Ewan_sn
Abdullah Gul dijangka menang


ANKARA, Turki 24 Ogos - Menteri Luar Turki Abdullah Gul, calon dalam pemilihan presiden negara itu, gagal mendapatkan undian yang cukupi di parlimen untuk dipilih di dalam pusingan kedua hari ini tetapi dijangka akan memegang jawatan itu minggu depan.

Menurut laporan Reuter yang memetik timbalan Parti AK sebagai berkata, pengundian hari ini adalah yang kedua daripada empat pusingan.

Abdullah dijangka akan dipilih dalam sesi ketiga pada 28 Ogos ini apabila beliau tidak lagi memerlukan undian dua pertiga tetapi hanya sekadar majoriti mudah - yang dimiliki oleh AK Parti yang berlandaskan Islam.

Beliau merupakan seorang diplomat yang sangat dihormat, tidak disenangi oleh tentera Turki dan golongan elit sekular kerana beliau berkhidmat sebagai menteri dalam parti Islam yang mahu mendapatkan kuasa pemerintahan. Di Turki, presiden dilantik oleh parlimen.

Bagaimanapun, masih belum jelas berapa banyak undi yang diterima oleh Abdullah dalam dewan yang mempunyai 550 ahli. Beliau juga dicabar oleh dua calon penentang lain.

– Reuters


Ewan_sn
Akhirnya Bekas Pejuang Islam Menang Pemilihan Presiden Turki


ANKARA 28 Ogos – Menteri Luar Turki, Abdullah Gul dilantik sebagai Presiden hari ini, kemenangan kali pertama seorang bekas pejuang Islam dalam negara yang mengamalkan sistem sekular.

Speaker Parlimen, Koksal Toptan hari ini menyatakan bahawa Abdullah berjaya memenangi pusingan ketiga pemilihan presiden dengan meraih 339 undi.

Abdullah sememangnya diramalkan memenangi pusingan ketiga pemilihan itu yang dimulakan pada pukul 2 petang semalam (pukul 8 malam waktu Malaysia) dan Parti AK pimpinannya hanya memerlukan majoriti untuk memastikan beliau memegang jawatan itu.

Beliau gagal dalam dua pusingan pemilihan sebelum ini kerana majoriti dua pertiga diperlukan. Parti AK mempunyai 341 daripada keseluruhan 550 kerusi.

Abdullah merupakan seorang diplomat yang dihormati sejak Parti AK memperoleh kemenangan pada tahun 2002 sekali gus menjamin rancangan penyertaan Turki dalam Kesatuan Eropah (EU).

Beliau bersumpah menjadi pemimpin rakyat Turki tetapi tidak disenangi pihak tentera yang mengesyaki Parti AK mempunyai agenda rahsia membangkitkan Islam.

Ketua Pasukan Bersenjata, Jeneral Yasar Buyukanit semalam menyatakan bahawa republik sekular itu kini sedang diserang oleh “paksi kejahatan”, memberi gambaran yang pihak tentera tidak akan berdiam diri sekiranya pengasingan antara agama dan negara terancam.

Tetapi kebanyakan pemantau berpendapat Abdullah akan mengelakkan sebarang konfrontasi.

“Kamu tidak patut menjangkakan tindakan radikal oleh Abdullah sekiranya beliau menjadi Presiden. Kedua orang calon Presiden yang turut bertanding akan berasa terkejut dan penyokong beliau pula akan berasa kecewa,” kata seorang pakar hal ehwal Asia Barat, Cengiz Candar.

– Reuters
masMerah
pardon.gif kalo islam yang sebenar knp depa sebut konservatif???
masMerah
erm
Ewan_sn
‘Enggan’ terima Abdullah -- Ketua tentera tidak beri tabik hormat pada Presiden baru


ANKARA 30 Ogos – Ketua tentera Turki yang berfahaman sekular semalam enggan memberi penghormatan kepada Presiden baru, Abdullah Gul pada hari pertama beliau memegang jawatan itu.

Kejadian itu berlaku sewaktu Presiden berusia 56 tahun tersebut menyertai Jeneral Yasar Buyukanit dan beberapa jeneral tertinggi lain pada upacara konvokesyen sebuah akademi perubatan tentera terkemuka, GATA.

Siaran berita NTV melaporkan, Yasar menemani Abdullah ketika bersalaman dengan komander tentera tetapi ketua tentera itu dan beberapa orang jeneral lain, tidak memberi tabik hormat kepada Abdullah semasa naik ke atas podium untuk menyampaikan diploma.

Sebagai Presiden, Abdullah adalah Panglima tertinggi angkatan tentera Turki.

Beliau menghadiri majlis tanpa ditemani isterinya, Hayrunnisa yang memakai tudung dan disifatkan sebagai melanggar kebiasaan sekular di Turki.

Abdullah dilantik sebagai Presiden pada pemilihan Parlimen kelmarin walaupun mendapat bantahan daripada golongan sekular yang disokong pihak tentera kerana peranannya dalam politik Islam di masa lalu.

Beliau hari ini turut meluluskan Kabinet baru yang dicadangkan oleh sekutunya, Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang dibarisi campuran pemimpin Islam dan sekular.

Kabinet yang terdiri daripada 25 orang menteri termasuk lapan muka baru itu dikenali dalam bidang perniagaan dan dilihat membawa imej sederhana.

“Kami akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan dan pengukuhan ekonomi.

“Kami akan meneruskan perjuangan dengan semangat baru dan darah baru yang kami bawa masuk. Kami telah membentuk satu pasukan yang kuat,” kata Recep selepas barisan Kabinet baru itu diluluskan Abdullah.

– Agensi
Ewan_sn
Tudung: Menteri Turki beri kata putus


ISTANBUL 16 Sept. – Suruhanjaya Perlembagaan Turki menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan larangan pemakaian tudung di universiti, selepas gagal mencapai persetujuan.

Pihak sekular termasuk tentera melihat pemakaian tudung di universiti sebagai ancaman kepada sistem sekular dan menuduh Parti AK yang berlandaskan Islam, mempunyai agenda untuk mengetepikan fahaman sekular.

Pemakaian tudung dilarang di bangunan awam, universiti dan sekolah walaupun 60 peratus wanita di Turki memakai tudung dan para penyokong Parti AK mahu larangan dibatalkan.

Akhbar utama, Hurriyet dan CNN Turk hari ini melaporkan, Suruhanjaya bertanggungjawab merangka perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan era tentera, gagal mencapai persetujuan berhubung isu itu dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tayyip Recep Erdogan untuk memutuskannya.

Parti AK dilaporkan mahu melonggarkan larangan pemakaian tudung selepas berkuasa sejak 2002 tetapi terpaksa menangguhkannya berikutan tekanan pihak sekular.

Isteri kepada Presiden Abdullah Gul telah membawa Turki ke Mahkamah Eropah untuk Hak Asasi bagi mencabar larangan tersebut sementara anak perempuannya telah memakai tudung semasa majlis konvokesyen.

Rancangan meminda perlembagaan merupakan sebahagian manifesto Parti AK pada pilihan raya 22 Julai lalu yang menyaksikannya meraih kemenangan selesa apabila mendapat 47 peratus undi.

– Reuters


Ewan_sn
‘Kami serang bila-bila masa’ -- * Rundingan dengan Iraq gagal * Kesemua pilihan sedang dipertimbang


ANKARA 28 Okt. – Menteri Luar Turki, Ali Babacan menyatakan langkah diplomatik dan tindakan ketenteraan kedua-duanya boleh diambil dalam kempen memerangi pemberontak Kurdis yang berpangkalan di utara Iraq.

Ali menyuarakan kedua-dua pilihan itu selepas rundingan dengan Iraq bagi mengelakkan serangan tentera Turki ke seberang sempadan menemui kegagalan kelmarin.

Ankara menolak cadangan Iraq bagi menangani kegiatan gerila Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sebagai tidak memadai dan tidak akan mendatangkan hasil yang cukup cepat.

Ali yang sedang melawat Iran berkata, Turki sudah hilang sabar dengan pemberontak itu dan mempunyai pelbagai cara untuk bertindak.

“Misalnya kami boleh terus menggunakan saluran diplomatik atau kami boleh mengambil tindakan ketenteraan.

“Kesemua pilihan itu sedang dipertimbangkan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh stesen televisyen Iran, Press TV hari ini.

Turki telah menghimpunkan 100,000 askar yang diperkuatkan dengan jet pejuang, helikopter tempur , kereta kebal dan meriam di kawasan sempadan.

Bala tentera itu ditempatkan sebagai persiapan untuk melancarkan operasi besar-besaran ke atas kira-kira 3,000 pemberontak PKK yang menggunakan utara Iraq sebagai pangkalan bagi melancarkan serangan di Turki.

Sementara itu di Ankara, komander tentera Turki berikrar akan membuat pemberontak Kurdis menanggung “kesengsaraan tidak terhingga” sementara Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan menyatakan negaranya akan bertempur “apabila perlu” tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa.

Ketua tentera, Jeneral Yasar Buyukanit berkata kelmarin, Turki akan menunggu sehingga Recep menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di Washington pada 5 November ini sebelum memutuskan untuk melancarkan operasi besar-besaran ke seberang sempadan.

Bagaimanapun Recep berkata semalam, negaranya tidak boleh terikat dengan sebarang tarikh dalam memutuskan sama ada hendak melancarkan serangan.

“Kami akan menyerang tanpa menyatakan bila atau bagaimana kami akan melakukannya,” kata beliau.

Gerila PKK telah membunuh sekurang-kurangnya 42 orang dalam sebulan lalu.

Angka tersebut termasuk kira-kira 30 askar Turki yang terbunuh dalam dua serang hendap.

“Kami bertekad untuk memastikan mereka yang menyebabkan tragedi ini menanggung kepiluan yang tidak terhingga,” kata Yasar.

Kenyataan keras itu disuarakan ketika semangat nasionalis rakyat Turki semakin membara.

Bendera Turki dan gambar pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk menghiasi puluhan berada bangunan, dipaparkan di bahagian belakang kereta dan dijual oleh penjaja jalanan.

Beribu-ribu penduduk membanjiri jalan raya di beberapa bandar di Turki untuk mengutuk PKK dan mendesak tindakan diambil segera.

Kira-kira 1,000 orang melaungkan “jatuhkan AS, jatuhkan PKK” di luar Kedutaan AS di Ankara.

Mereka menyatakan kesediaan untuk memerangi pemberontak Kurdis itu kerana “kami semua askar.”

– Agensi


inteloniac
Agenda tersirat memerangi Kurdis

(Utusan Malaysia)

KEGHAIRAHAN berperang semakin memuncak di Turki apabila terdapat desakan yang kuat rakyatnya supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan bertindak memerangi para pemberontak Kurdis.

Sebelum ini, pemberontak Kurdis didakwa membunuh askar Turki selain menjadikan mereka sebagai tebusan.

Kegagalan rundingan Turki dan negara jirannya Iraq, di mana kawasan utara menjadi ‘syurga’ kepada pemberontak Kurdis, membingitkan lagi bunyi gendang perang di situ. Usaha mencari jalan penyelesaian bertukar perang mulut di antara Ankara-Baghdad.

Kempen Turki memerangi pemberontak Kurdis bukan sesuatu. Pertempuran pada hakikatnya telah berlanjutan sejak lebih dua dekad lalu. Cuma serangan kali ini dianggap cukup serius.

Dalam hal ini, yang mengundang tanda tanya tentunya reaksi mendadak Ankara.

Menteri Luar Iraq Hoshyar Zebari sendiri menyifatkan Turki sebenarnya tidak berminat mencari penyelesaian aman. Di peringkat ini, beliau turut mengingatkan Turki akan kesan serius sekiranya serangan besar-besaran dari arah darat dilancarkan.

Serangan turut menimbulkan kebimbangan bahawa ia memiliki ‘agenda lain’ dan bakal melangkaui sempadan Iraq ekoran kecanggihan jenis senjata yang digunakan.

Sehingga ini, Turki telah menghimpunkan sehingga 100,000 askar yang diperkuatkan dengan jet pejuang, helikopter tempur, kereta kebal dan meriam, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan Turki mempunyai agenda lain di sebalik memerangi musuhnya.

Benarkah Ankara mempunyai percaturannya sendiri? Pertimbangkan permintaan Baghdad supaya menyerahkan anggota kanan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang berlindung di Iraq.

Permintaan itu disifatkan sebagai sesuatu yang mustahil apalagi sebenarnya pemberontak Kurdis sendiri berada di luar kawalannya.

Selebihnya, kawasan utara Iraq, di mana majoriti rakyat Kurdis menikmati pemerintahan kerajaan separa autonomi yang diketuai Masoud Barzani, setakat ini memberikan kenyataan jelas bahawa mereka tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak akan menyerahkan sesiapa kepada Turki.

Ia sekali gus menandakan Masoud turut tidak bersedia untuk tunduk kepada permintaan kerajaan asing, tanpa terkecuali Iraq.

Tiada apa yang akan menghalang Turki daripada bertindak. Jangan dilupakan, Menteri Luarnya, Ali Babacan pernah mengulangi perasaan tidak sabar negara itu terhadap pemberontak Kurdis dan kesediaan Recep sendiri untuk menyerang apabila perlu tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa.

Meskipun serangan yang dilakukan oleh Turki mungkin bertujuan mengangkat imej kepimpinan kerajaan Ankara tetapi tindakan itu akan membawa kepada
kebimbangan berlaku pertempuran antara tentera Turki dengan askar Kurdis yang mungkin bersimpati dengan pemberontak.


p/s: ni salah satu sebab aku tak suka rencana Utusan Malaysia. Analisis pakai hentam keromo.. Bukan Turki aje yang memerangi puak kurdis ni... isk utusan...
arwenia
Abdullah Gul Berdiri Tegak Di Bumi Sekular

Bersempena Aidil Fitri baru-baru ini Presiden Turki Abdullah Gul telah melangsungkan perkahwinan anak perempuannya Kubra Gul di Istanbul. Abdullah merupakan bekas Menteri Luar kerajaan AK pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang diketahui cenderung kepada ideologi Islam, sesuatu yang malangnya asing dalam Turki moden yang sekular sejak kemunculan Mustapha Kamal Atartuk.

Isteri Abdullah, merupakan isteri presiden yang pertama yang mengenakan pakaian menutup aurat, suatu amalan yang dikawal ketat oleh undang-undang dan peraturan Turki.






Kubra mencium tangan Abdullah diperhatikan oleh suaminya dan PM Erdogan





Namun kesungguhan Abdullah dan Perdana Menteri Erdogan melalui parti AK untuk memperkenalkan kembali Islam, di bumi yang telah menghapuskan saki-baki daulah Islamiah dizaman Mustapha Kamal itu, dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati. Sesungguhnya kewibawaan dan ketokohan kedua-dua pemimpin ini, yang bersih dan berakhlak telah berjaya menawan hati majoriti rakyat Turki yang dahagakan kepimpinan seumpama itu.

Cuba kita lihat upacara perkahwinan anak Presiden ini. Menurut sebuah akhbar Turki majlis yang diadakan di Istanbul Preformance and Congress Centre itu telah dihadiri oleh lebih 4,500 orang tetamu. Tetapi atas arahan Abdullah majlis itu diadakan dalam keadaan serba sederhana.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Datuk Bandar Istanbul Kadir Topbas dengan Perdana Menteri Erdogan dan bekas Speaker Parlimen Bulent Arinc sendiri bertindak sebagai saksi.

Abdullah telah mengarahkan agar tidak ada jambangan bunga diberikan sebagai hadiah. Jika ada juga yang berhajat berbuat demikian, mereka diminta menanam sebatang pokok di hutan simpan di Kayseri, iaitu kampung Abdullah dan menurut laporan telah lebih 1,000 batang pokok ditanam bagi tujuan itu. Dan menurut sebuah lagi laporan selain dari barang kemas yang dihadiahkan oleh ahli keluarga, kebanyakkan hadiah lain telah disedekahkan atas arahan Abdullah kepada keluarga anggota tentera Turki yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Dan menurut sebuah lagi akhbar, Abdullah tiba ditempat upacara dengan menaiki kenderaan persendirian, bukannya kenderaan rasmi Presiden. Kata Abdullah beliau menghadiri majlis anaknya itu sebagai seorang bapa dan bukannya Presiden Turki.

Subahanallah demikianlah akhlak Presiden Turki, Abdullah Gul.

Dan sudah pastilah anak beliau dan hampir kesemua tetamu yang hadir dimajlis tersebut berpakaian menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Begitulah kalau kita bersungguh mahu kembali kepada Islam, walaupun perlembagaan negaranya menjunjung sekularisma, namun cahaya Islam terus diketengahkan dengan berani dan penuh hikmah oleh para pejuangnya dengan harapan satu hari nanti rakyat Turki sendiri akan sedar dan bangun membawa perubahan menyeluruh.
lily_putih
arwenia...
ade gambar kawen anak dia tu tak?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.