Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Betul Ker Mandi Malam Buat Paru2 Berair?
Mesra.net Forum > Announcement & Discussion > Kaji Selidik & Pandangan
Ewan_sn
Paru-paru berair - Minuman berais dan mandi malam?
Petikan Article

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

KESAN MANDI MALAM

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.

Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.

Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.

KESAN MINUM AIR BATU

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

Petikan Article dari Koleksi Petua Edirossa

Edirossa
pHyXaa
isk..
aku slalu mndi mlm arr..
kalau panas sgt.. kol 1, 2 pagi pi mandi...
joaquinshah
QUOTE(pHyXaa @ Apr 27 2007, 10:17 AM) *
isk..
aku slalu mndi mlm arr..
kalau panas sgt.. kol 1, 2 pagi pi mandi...

kul 1-2 pagi plak tu ko mandi. bahye tul
sarah_safar
mmg betul pun..org tua aku pun marah kalau mandi mlm2..tak elok untuk kesihatan..
Didiharaiss
betul...pori2 kulit terbuka waktu malam, so air masuk..agaknyalah
pHyXaa
QUOTE(joaquinshah @ Apr 27 2007, 10:17 AM) *
QUOTE(pHyXaa @ Apr 27 2007, 10:17 AM) *
isk..
aku slalu mndi mlm arr..
kalau panas sgt.. kol 1, 2 pagi pi mandi...

kul 1-2 pagi plak tu ko mandi. bahye tul

mase time kat hostel...
kalu kat umah.. plg lmbt pun kol 12.. nnti bapak aku bising...
Ewan_sn
Dulu masa kat kg..selalu main badminton sampai kul 2-3 pagi. Pas main badminton tu terjun parit depan rumah mandi..tp kat kg lain...org2 kg kuat sikit...hehehehe
noreason
ye la kot
orang sll cakap camtu
klu balik umah mak
mandi kol 7 pon dah siaplah
tadah ler teling tuh siap˛
mandi kn kol 5 or 6
hohoh
belacan
alamak..mcm mana nih, tetiap mlm g gym.seminggu5 kali. sauna 2 kali seminggu..uuhhhuuu..nak kena tempah katil spital lah camni...uuhhhhuuu.... down.gif
mama_elin
QUOTE(Edirossa @ Apr 27 2007, 10:25 AM) *
Dulu masa kat kg..selalu main badminton sampai kul 2-3 pagi. Pas main badminton tu terjun parit depan rumah mandi..tp kat kg lain...org2 kg kuat sikit...hehehehe

ed potoi ed!!!

habis tu sekarang ni takkan nak tido ngan badan berlengas ed..

kesian laki aku..uffffffff
syima
nenek ku yang tenat ari2 mandi malam.. well she was a nurse during war.
hidup sampai 112thn juga.. sakit skrg pun bukan sebab sakit pneumonia, tapi kidney failure je. no cardiovascular diseases.

my family galakan i mandi malam utk tujuan kebersihan. most of them will just take a simple bath.

however, ada dua jenis pneumonia.

ifective pneumonia - infection kat lung n bronchial tubes ( sama ada viral atau bacterial) and those agents will start to reproduce.
- viral
- bacterial

aspiration pneumonia - inflammation dekat lungs n bronchial tubes ... mostly caused by inhaling certain chemicals
-larutan petroleum, dry cleaning fluid, lighter fluid, kerosene, gasoline, and liquid polishes ... n waxes

syima
QUOTE(syima @ Apr 27 2007, 10:32 AM) *

infective la..sorry.. silap taip.
yushida03
kdg2 serba salah gak

kalu sampai umah pun dah 8 lebih, xkan nak tahan x mandi woo

petua jer

seelok2 amalkan

terpulang
mama_elin
ufff ufff uffff

adehhh mmg tahu mandi memalam x leh..

mandi pepagi buta ngan air sejuk bagus..

adehhh how maaaa
yushida03
QUOTE(mama_elin @ Apr 27 2007, 10:36 AM) *
ufff ufff uffff

mandi pepagi buta ngan air sejuk bagus..

adehhh how maaaa

ini aku selalu buat sleep.gif

mama ni.. uffff sajer...
Ewan_sn
QUOTE(syima @ Apr 27 2007, 10:32 AM) *
nenek ku yang tenat ari2 mandi malam.. well she was a nurse during war.
hidup sampai 112thn juga.. sakit skrg pun bukan sebab sakit pneumonia, tapi kidney failure je. no cardiovascular diseases.

my family galakan i mandi malam utk tujuan kebersihan. most of them will just take a simple bath.

however, ada dua jenis pneumonia.

ifective pneumonia - infection kat lung n bronchial tubes ( sama ada viral atau bacterial) and those agents will start to reproduce.
- viral
- bacterial

aspiration pneumonia - inflammation dekat lungs n bronchial tubes ... mostly caused by inhaling certain chemicals
-larutan petroleum, dry cleaning fluid, lighter fluid, kerosene, gasoline, and liquid polishes ... n waxes

Ed kalau terpaksa mandi malam...mandi seringkas dan secepat yg boleh...
esjeizekri
skang cuaca panas.. mandi awal2 pastu mlm2 sket pun dah berpeluh2..
kena mandi lg....
belacan
QUOTE(yushida03 @ Apr 27 2007, 10:42 AM) *
QUOTE(mama_elin @ Apr 27 2007, 10:36 AM) *
ufff ufff uffff

mandi pepagi buta ngan air sejuk bagus..

adehhh how maaaa

ini aku selalu buat sleep.gif

mama ni.. uffff sajer...

uffff <---hak cipta terpelihara mama...ehehe...
belacan
dah balik berpeluh2..sllunya pas mandi kat gym..balik umah mengemop..kemas itu ini..kul 12 mlm mandi sekali lagi..belengas la berpeluh-peluh..
sitizulaika
mak kata kalau mandi malam bukan setakat selsema dan paru˛ berair, untuk perempuan, nanti jadi lemah badan dan leh tenaga batin.. mak siti mmg pantang betul kalau siti kata nak mandi lepas pukul 7 mlm.. kena bebel la.. tapi sekarang ni dah duduk sendiri, kekadang buat gak.. hehe.. panas sangat..

tapi sebenarnya ingat lagi pesan mak.. takut gak.. kekadang je buat, tak de pe kut
mama_elin
QUOTE(sitizulaika @ Apr 27 2007, 10:50 AM) *

errrr yer ke ct...

errrrrasanya cam x menurun jer..makin kuat lak..mungkin sebab aktif kot...

hehehehehehhe...dah la..baru malam tadi mandi ngan limau purut..hilang semua stress/tired semua..

sitizulaika
QUOTE(mama_elin @ Apr 27 2007, 10:56 AM) *

ntah le.. siti rasa pun tak jugak.. tapi sebab mak cakap, siti takut la nak bantah.. hehe.. mulut mak masin woo.. takot..
changjin
mandi malam maksudnye lepas pukul 6 ke???...
kalau macam tuh... hari2... abih.. jalan jammed... sampai dah kul 7...

kalau lepas kol 10... mmmm... kadang2 jek....

minum ais?????... tgk mood... hehehehehe....
Alongz_zie
bahaya neh..sib baik aku dah kurang mandi malam..
masa keje celcom dulu selalu mandi malam...huhu...
beatmania
ummm

minum ais batu ek...kalo suke makan ais batu same ke??

ummmmm..lebih kurang je kot...

Ewan_sn
QUOTE(changjin @ Apr 27 2007, 11:31 AM) *
mandi malam maksudnye lepas pukul 6 ke???...
kalau macam tuh... hari2... abih.. jalan jammed... sampai dah kul 7...

kalau lepas kol 10... mmmm... kadang2 jek....

minum ais?????... tgk mood... hehehehehe....

kul 9 malam ke atas...kot..
30 Seconds To Megat
aku memng selalu mandi mlm...
balik lewat
keistimewaan mandi malam ni
lepas mandi tido terus badan raser sejok..
wangian sabun masih ader lagi........
seronok raser tidor dalam wangi2
balik kejer tak mandi aku xkan dapat tido..

mandi siang ke malam takder bezanyer..
sebab siang atau malam kuantiti air paip tetap sama PH nyer...
tubuh kiter ajer yg peka pada persekitaran sejuk..
persekitaran yang mengecut.........
ehehehek...
mandi malam dengan air panas pun okeyz....
tapi aku tak buat
Pakcik_Kordi
Sebab tuh la dalam opis aku aku sediakan 2 bilik air untuk staf aku mandi manda terutama yang stay back sampai malam ....tak payah balik umah dah... mandi kat opis jer... Bilik persalinan utk laki dan pompuan pun aku sediakan...
syima
QUOTE(Alongz_zie @ Apr 27 2007, 11:42 AM) *
bahaya neh..sib baik aku dah kurang mandi malam..
masa keje celcom dulu selalu mandi malam...huhu...

keja kasteme sebis ker.?
masMerah

kalau mandi ayaq shower panas tak pa dak????

kalau minum ayaq ais pulak??
suhu badan normal ialah 36 darjah.
kalau minum ayaq ais= sekejab jer jadi panas gak= ikut suhu badan

wallahalam.

tapi - ikut ler pesan org tua tua= jgn mandi malam dan minum ais

paru paru yg kena jangkitan =akan lebih parah kalau amal mandi malam dan minum ais kot=== ini ikut akai merah lerr
basikaltua
orang melayu memang pantang mandi malam ...tapi pada aku okey ajer...since ko tak gi mandi sungai tengah malam udar laa ehehehe....

aku tengok org yang mandi malam takde plak kena paru paru berair seperti yang dicakap orang...paru paru berair bukan sebab mandi malam tapi sebab lain....

dari pandangan aku mandi malam..nak buang panas...busuk masam badan takde salahnya..lagipun dalam islam digalakkan mandi sebelum berjimak...aha tentu laa projek tengah tengah malam yer tak eheheheh....

tapi kenapa org melayu cakap camtu? sebab ni teori zaman berzaman untuk elakkan penyakit..zaman dulu malaysia ni penuh kehijauan cuma mandi sungai atau air perigi..udara malam begitu sejuk kalau kita tinggal berdekatan hutan atau di kampung...kalau nak mandi jugak tentu laa sejuk pada badan dan dalam masa yang sama badan mudah alah ngan udara dan air sejuk...bila badan dah alah tentu laa mudah dapat penyakit....

kalau kowang tengah demam atau badan kurang sihat tak yah laa mandi malam nanti ader komplikasi pulak ...sebab badan tak cukup imun nak lawan penyakit...sebab tu laa mudah terkena pneumonia...tapi pneumonia ni boleh kena kat sesiapa ajer walaupun tak mandi malam...aku bagi contoh...org yang siang malam dengan aircon(ini memang kureng baik)...atau sentiasa berada di udara yang kurang sihat...

kesimpulannya mandi ajer laa dari badan tu berlengas dari balik main futsal ker aper...karang ader yang pengsan atau susah nak tido kerana bau badan anda yang semerbak tu... selain tu penyakit kulit pun boleh terkena sebab membiarkan peluh terpengap kat badan lagipun malaysia sekarang bukan sejuk macam zaman malaya lagi... kowang mandi pakai air paip dan tinggal kat rumah batu yang panas pada waktu malam ...so x kisah laa nak mandi pun....badan segar..tido pun nyenyak...
syima
QUOTE(basikaltua @ Apr 28 2007, 03:13 PM) *

betul.
i asked para profs.. digelakkannye. i cakap la.. i was just asking, sebab bukannya i kata.. last2 depa kata..dont be shy.. buat malu aku jer..
even my aunt pun gelak bila i pernah cakap kat dia macam tu. dia kata badan boleh tembus ke.. pastu dia cakap tu pneumonia ler.. anak2nya pun gelak. haahah.. aku yang malu. 'orang tua2 selalu berpesan..' .. kadangkala is a myth.

macam la kalu kucing berak tak kambus, nanti rimau cari.

syima
QUOTE(masMerah @ Apr 27 2007, 05:26 PM) *
kalau mandi ayaq shower panas tak pa dak????

kalau minum ayaq ais pulak??
suhu badan normal ialah 36 darjah.
kalau minum ayaq ais= sekejab jer jadi panas gak= ikut suhu badan

wallahalam.

tapi - ikut ler pesan org tua tua= jgn mandi malam dan minum ais

paru paru yg kena jangkitan =akan lebih parah kalau amal mandi malam dan minum ais kot=== ini ikut akai merah lerr

kalu minum ayaq ais, badan kita akan reheat air tu.. sebab tu ######bolism tinggi bila minum ais
para atelit matsaleh minum ais utk elakkan perut buncit
basikaltua
QUOTE(syima @ Apr 28 2007, 04:19 PM) *

tambah skit...ais jugak hydrotherapy yang baik untuk badan...sebab tu pemain wrestling akan mandi ais selepas perlawanan...untuk neutralkan semula sakit sakit badan....
syima
tul..
i kalu balik dari gym .. mesti mandi air sejuk gegiler
taruk ice lagik tu..
ayasofya
bab mandi malam ni jarang
tp suka sangat mandi time senja masa kecik2 dulu
skrg ni
blaja untuk mandi awal
sblm 7 dah settle
bab ais tu
alamak
xleh hidup tanpa ais tp kena belaja jugak
sbb kenyataannya mmg ais tu bisa berbisa utk badan sebenarnya
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.