Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Penyakit Angin Pasang
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
putrisal
Betul ke penyakit angin pasang ni akan kena pada lelaki yang masa zaman baby tak di tuam buahnya n dipakai barut? Sejauh mana kebenarannya? Ada sesapa yang tau?
syima
QUOTE(putrisal @ Apr 30 2007, 04:02 PM) *
Betul ke penyakit angin pasang ni akan kena pada lelaki yang masa zaman baby tak di tuam buahnya n dipakai barut? Sejauh mana kebenarannya? Ada sesapa yang tau?


angin pasang tu hernia ke?
putrisal
tak perasan la pulak tapi kan orang tua2 pesan bila kita ada baby mesti tuam buah dia, nanti takde la terkena angin pasang. masalah orang lelaki bila dah dewasa, n penyakit ni boleh bawak maut
syima
kazen2 i tak pernah dibuat cam tu..still okay..
angin pasang tu cam mana?
putrisal
syima, angin pasang tu hernia

Meh baca ni

Bayi alami angin pasang


SOALAN

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia dua bulan. Baru-baru ini saya membawa anak saya pergi ke klinik untuk suntikan tetapi doktor mendapati anak saya terkena angin pasang dan hujung zakarnya senget.

Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah risiko kepada anak saya apabila dewasa nanti. Bolehkah saya membawa anak saya pergi berurut secara tradisional. Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak mempunyai masalah ketika membuang air kecil.

AZLINA,
Pantai DAlam.

Jawapan

ANGIN pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar dan ketumbesaran berlaku ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Saya syorkan puan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.
putrisal
Elak diusung ke Hospital


SAYA berusia 25 tahun dan menghadapi masalah angin pasang atau hernia. Saya dimaklumkan masalah ini boleh disembuhkan melalui pembedahan.

Selepas pembedahan, adakah wujud kesan sampingan seperti sakit ketika melakukan aktiviti sukan?

RAZ | Selangor.

RAWATAN moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah anda itu. Jika anda takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah. Anda mungkin diusung ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.

Jadi, pembedahan adalah lebih baik. Dalam pembedahan itu, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan.

Anda mungkin dilarang melakukan aktiviti lasak buat seketika, tetapi apabila sembuh ia boleh aktif bersukan.

Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin anda.
syima
QUOTE(putrisal @ Apr 30 2007, 05:21 PM) *
syima, angin pasang tu hernia

Meh baca ni

Bayi alami angin pasang


SOALAN

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia dua bulan. Baru-baru ini saya membawa anak saya pergi ke klinik untuk suntikan tetapi doktor mendapati anak saya terkena angin pasang dan hujung zakarnya senget.

Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah risiko kepada anak saya apabila dewasa nanti. Bolehkah saya membawa anak saya pergi berurut secara tradisional. Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak mempunyai masalah ketika membuang air kecil.

AZLINA,
Pantai DAlam.

Jawapan

ANGIN pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar dan ketumbesaran berlaku ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Saya syorkan puan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.



oic sat sat nak tanya mak
syima
hernia
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.