Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Mencari Anak Angkat
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang-Sembang Kaum Ibu & Isteri
Pages: 1, 2
einamie
hmmmmmm...... aku masih fikirkan tentang keputusan ku ini.
Pakcik_Kordi
tak ingin berikhtiar? Jangan malu malu.. jangan sogan sogan.. samo samo kito membantu ehh
tenetz
ni prosedur dan cara2 nak mohon anak angkat dr JKM...


Prosedur Permohonan Anak Pelihara
Perkhidmatan bagi permohonan pendaftaran anak pelihara adalah mengikut peruntukan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ianya bertujuan untuk mendaftarkan anak pelihara 'de facto' di mana kanak-kanak diambil dan dipelihara, dididik dan diberi asuhan/pelajaran untuk beberapa lama oleh ibu bapa angkat sebelum pendaftaran dilakukan. Akta ini terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam.
Pengangkatan anak juga perlu dibuat mengikut undang-undang bertulis bagi memberi taraf atau status yang baik kepada seseorang anak. Akta yang digunakan adalah Akta Pengangkatan 1952 yang hanya terpakai kepada orang dan kanak-kanak bukan Islam.
Dalam Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952, yang digunapakai oleh Orang Islam dan bukan Islam, kanak-kanak yang boleh didaftarkan adalah berumur 18 tahun ke bawah, belum berkahwin dan sudah berada di bawah jagaan pemohon, iaitu pemohon berseorangan atau kelamin, selama tidak kurang 2 tahun sebelum permohonan dibuat.
Di bawah Akta Pengangkatan 1952 juga, kanak-kanak ditakrifkan seorang yang belum berkahwin dan di bawah umur 21 tahun. Ia juga termasuk seorang perempuan yang berada di bawah umur 21 tahun dan telah diceraikan.

Permohonan Mendapatkan Anak Pelihara Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
Membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermastautin/tinggal.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kembali bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti: Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan
Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri)
Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Satu sesi temuduga di antara Pegawai Kebajikan Masyarakat/Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dengan pemohon akan diadakan bagi penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara yang dijelaskan dalam sesi tersebut adalah:
menilai latar belakang sosial pemohon
menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
menjelaskan latar belakang bayi/kanak-kanak di bawah jagaan Jabatan
menjelaskan kepada pemohon tidak boleh memilih bayi/kanak-kanak dari paras rupa fizikal tetapi boleh memilih dari segi umur dan jantina.

Borang laporan yang lengkap dengan dokumen-dokumen dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk semakan bagi membuat ulasan dan sokongan. Sekiranya disokong, permohonan akan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk diproses permohonan.

Sekiranya didapati permohonan melengkapi syarat-syarat asas, satu surat makluman keputusan permohonan akan dihantar kepada pemohon menyatakan nama pemohon telah didaftar di dalam "senarai menunggu" dan salinan kepada pegawai yang terlibat.

Jika tiba kepada giliran pemohon dan ada calon kanak-kanak yang bersesuaian berdasarkan kepada laporan sosial, surat tawaran anak pelihara akan dihantar kepada pemohon untuk mengambil anak pelihara dari Rumah Kanak-Kanak.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Pegawai Pelindung Daerah dilantik yang menerima surat tawaran akan bertanggungjawab menjaga kebajikan anak pelihara di bawah jagaan dan pelindungan keluarga pelihara dikehendaki membuat seliaan dan menyediakan laporan mengenainya setiap tiga bulan sekali sehingga proses pengesahan taraf anak pelihara melalui Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 selesai.

Laporan seliaan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat malaysia untuk pemantauan.
Profail Pasangan Pemohon dan Syarat-Syarat Kelayakan
Profail:
Dapat memastikan dan memberi jaminan bahawa kehidupan yang dijalani oleh anak angkat akan dipenuhi kasih sayang dan keharmonian.
Perhubungan perkahwinan adalah kukuh dan bahagia.

Persetujuan mengambil anak pelihara adalah dengan ikhlas dan sepenuh hati dan bukannya kerana paksaan atau tekanan mana-mana pihak.
Permohonan atas persetujuan bersama suami isteri.
Memahami implikasi dan cabaran menjadi ibu bapa angkat serta berkemampuan untuk mengatasi masalah tersebut secara keluarga.
Sekiranya Pegawai Kebajikan Masyarakat di dalam sesi temubual yakin dengan makluman tersebut, sokongan permohonan akan diutamakan mengikut syarat-syarat.
Syarat-Syarat
Pasangan yang tidak mempunyai anak kandung, anak pelihara dan berkemampuan untuk memelihara anak pelihara secara sempurna.
Perkahwinan yang sah lebih dari lima tahun.

laporan pengesahan doktor pakar mengenai masalah tidak memperolehi anak/pengesahan doktor pakar mengenai bahaya sekiranya isteri mengandung.
Pasangan berkahwin lewat dan peluang mendapatkan anak adalah tipis kerana faktor usia.

Proses Mendapatkan Pengesahan Taraf Anak Pelihara
Bagi pemohon bukan beragama Islam boleh membuat permohonan pengesahan taraf anak pelihara melalui dua cara:
Tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pasangan boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi/Seksyen mengikut Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
Tidak kurang daripada dua tahun selepas memberi penjagaan dan saran kepada anak pelihara, keluarga pelihara bolehlah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi proses pengesahan taraf anak pelihara mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253].

Bagi pemohon beragama Islam:
Tidak kurang daripada dua tahun selepas memberi penjagaan dan saran kepada anak peliahra, ibu bapa pelihara boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi proses pengesahan taraf anak pelihara mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952[Akta 253].

ni borang permohonan...boleh download dan isi dulu
http://202.56.84.170/webserver/goverment/j...ak%20angkat.doc
tenetz
Prosedur Pengambilan Anak Angkat dr KEWAJA (baru semalam ada keluar cerita pasal KEWAJA nih dlm Harian Metro)

1) en yahya nak lihat sijil kahwin ... dan alasan, brp lama dah kahwin ke..(min. 5 yrs)
2) Kena bayar RM 3500 kut, dah lupa.... untuk perbelanjaan kos ibu bersalin... tapi ingat bukan jual anak.... bila dah ambik baru bayar.
3)sijil beranak dan surat akuan lawyer disediakan oleh en yahya.... elok sediakan nama baby lebih awal... untuk mempercepatkan proses sijil beranak.
4)kita boleh pilih jantina l/p.
5) semua anak org islam....
6) boleh buat pilihan nak atau tidak, bila dah tengok baby... lebih baik bawa org berpengalaman... macam mak/org tua/mak bidan ke... samaada baby tu sihat atau tidak...
7)kebanyakkan anak nie, tak ada mak ayah yg mempunyai hubungan yg sah.........
so tanyalah mak baby tu, keturunannya, ada penyakit ke, ..... ambillah alamatnya... untuk simpanan kita.
9) susukan baby tu... melalui ubat hormon, minta pendapat nurse....macamana nak susukan baby...
10)kalau tak nak, carikan kedua belah saudara sebelah suami/isteri..... untuk menghalalkan hubungan.....susukan baby ok.

Perlu ingat, kat sini som nyatakan bukan nak jual baby..... cuma nak tolong sapa yg tak ada baby lagi... dan niat en yahya pun bukan nak cari keuntungan.... kerjanya hanya.... membantu remaja yang bermasalah. Kalau korang sendiri perasan, en yahya... selalu masuk tv3 wawancara berkaitan masalah bayi dibuang...../remaja.

No phone: En yahya KEWAJA-013-3384868
Nurse Puan Marjinah Tawakal Jln Ipoh: 016-2202520 (untuk pertanyaan mengenai penyusuan baby)

untuk forumers yg ada di kawasan utara (kedah, perlis, penang) ada satu rumah perlindungan di A.Setaryg fungsinya sama cam KEWAJA...kalau ada yang berminat..PM saya, saya akan bagi nama, contact no, prosedur memohon anak angkat dr rumah perlindungan tu...

tapi perlu diingatkan..walau dr mana pun forumers nak amik anak angkat tu...elok lah ikut saluran yg betul..yg penting sekali..daftar dgn JKM, pastu baru cari dirumah2 perlindungan atau drpd mana2 individu.....

*sekadar berkongsi info dan pengalaman...
umiafiat
QUOTE(Kak Ram @ May 15 2007, 12:29 PM) *
Saya telah berkahwin 12 tahun ada anak angkat berumur 5 tahun. Ingin sekali mendapat anak angkat lagi satu.

Sekiranya ada di antara forumers yang tahu sesiapa yang ingin memberi anak atau tahu di mana boleh mencari anak angkat tolong beritahu saya..... Ribuan terima kasih diucapkan.


Anak angkat? kalau ada saya pun minat juga nak ambil anak angkat. Walaupun sudah ada 4 orang anak, tapi kalau ramai lagi bagus.

Kepada yang belum ada anak, cuba buat pemeriksaan di hospital. Semalam saya baru dapat anak buah. Setelah 3 tahun berikhtiar tanpa putus asa akhirnya adik saya tu berjaya mengandung setelah membuat pembedahan kecil di bahagian rahimnya. Alhamdulillah dia mengandung dan selamat melahirkan anak pertamanya semalam. Yang penting teruskan ikhtiar, jangan putus asa.
recaro
QUOTE(Kak Ram @ May 15 2007, 12:29 PM) *
Saya telah berkahwin 12 tahun ada anak angkat berumur 5 tahun. Ingin sekali mendapat anak angkat lagi satu.

Sekiranya ada di antara forumers yang tahu sesiapa yang ingin memberi anak atau tahu di mana boleh mencari anak angkat tolong beritahu saya..... Ribuan terima kasih diucapkan.


saya ada seorang kawan yang nak cari orang untuk jagakan anaknya,jadi kalo akak nak bleh hubungi saya secepat mungkin..
CuTiEy_SuKi^_^
recaro ~ anak member tu baper bulan?..akak kat opis suki ni pun tgh carik anak angkat...
recaro
QUOTE(CuTiEy_SuKi^_^ @ Jun 11 2007, 12:35 PM) *
recaro ~ anak member tu baper bulan?..akak kat opis suki ni pun tgh carik anak angkat...


suki kerja kat mana?anak dia baru lahir la..nak ke?nnt recaro bleh tolong arrange kan?suki bg no.phone,nnt recaro kol untuk confirmkan
einamie
senangnya beri anak kat owang.. kita ni betapa susahnya nk dapat anak.. mati hidup semula pun aku tkkan kasi anak kat owang.... dry.gif

pasti ada alasan kukuh kenapa nk kasi ...kan.. kan?
CuTiEy_SuKi^_^
a'a..naper nak kasi org?... unsure.gif
princess_mya
ala mngkin dia tak berkemampuan,apa salahnya kalo kita membantu orang yang ngah susah kan..lagi pun membantu orang yang teringinkan anak..princess pon kalo di beri peluang nak ambik anak angkat..tapi princess tak kawin lagii cam mana ek
qiqi26
QUOTE(princess_mya @ Jun 13 2007, 12:55 PM) *
ala mngkin dia tak berkemampuan,apa salahnya kalo kita membantu orang yang ngah susah kan..lagi pun membantu orang yang teringinkan anak..princess pon kalo di beri peluang nak ambik anak angkat..tapi princess tak kawin lagii cam mana ek

qq pun nak gak kalo ada org nk bg anak..
CuTiEy_SuKi^_^
qq..yg recaro tu tak berminat?...
qiqi26
QUOTE(CuTiEy_SuKi^_^ @ Jun 13 2007, 12:59 PM) *
qq..yg recaro tu tak berminat?...

boleh gak..
baby boy/girl?
CuTiEy_SuKi^_^
deal la ngan recaro...suki pun tak inform lagi akak opis ni...coz skang dia tak sihat..tggu dia sihat dulu...
qiqi26
ok suki..
nanti qq tanya recaro tu..
CuTiEy_SuKi^_^
rolleyes.gif
Kak Ram
QUOTE(syima @ May 15 2007, 12:31 PM) *
kak ram..
ni kak ram yang femes utk kek tu ke?



Hello Syima,

Saya memang ada buat kek tapi tak femes.. he he he... take care
Kak Ram
Pada semua forumer... terima kasih kerana memberi nasihat dan tunjuk ajar... saya sudah mendapat anak angkat dan sekarang sudah pandai berjalan....

Ribuan terima kasih..

Saya ingin menolong rakan saya yang juga mempunyai masalah yang sama... jika ada sesiapa yang ingin memberi anak angkat sila call saya di 0193540972...

Salam sejahtera...
dejayu2204
kalo boleh amik anak angkat yg x de waris..

kalo ade nanti elok2 dah bela kita pun dah sayangg giler..
tetiba lak nak tuntut balik..

ohh tidakkk...mau meroyan pulak time tu..
qiqi26
QUOTE(dejayu2204 @ May 8 2009, 03:08 PM) *
kalo boleh amik anak angkat yg x de waris..

kalo ade nanti elok2 dah bela kita pun dah sayangg giler..
tetiba lak nak tuntut balik..

ohh tidakkk...mau meroyan pulak time tu..

memang meroyan la gamaknyer...
makwokglamer
QUOTE(qiqi26 @ May 8 2009, 03:14 PM) *
QUOTE(dejayu2204 @ May 8 2009, 03:08 PM) *
kalo boleh amik anak angkat yg x de waris..

kalo ade nanti elok2 dah bela kita pun dah sayangg giler..
tetiba lak nak tuntut balik..

ohh tidakkk...mau meroyan pulak time tu..

memang meroyan la gamaknyer...


that's why, proses pengambilan tu kn ada black n white....hired lawyer ke....kwn mw ada buat......ada clause yg mngatakan ank agkat tidak boleh dituntut oleh korga kandungnya sehingga umo 18 taun....by the time umo 18...for sure dia x mo ngan korga dier...tp may be dia juz nak tau sapa parent dia.....

tu ja la yg mw tau......the rest kn tanya yg arif la....
rinhanekoma
Bercakap pasal anak angkat ni..smlm dlm berita..binatang manalah yg sumbat baby dlm tong sampah tu..siap ketul kepala ngan benda keras lagi nak bagi mati.Mesti x bagi org dengar bunyi nangis tuh..binaTANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mad.gif
mamaicha
saya pun bela anak angkat jugak...sekarang dah berusia 4 bulan setengah...kawan2 cakap rupa anak angkat saya sekarng sebijik cam rupa suami....Kalau ada sesiap tahu ada org yg nak bg anak kat orang..tolong bgtahu saya..kawan saya pun nak cari anak angkat jugak..sebab dah lama kawin tp lom ada rezeki
zieta
Saya zieta ingin mencari anak angkat.... Saya dah berkahwin hampir 6 tahun.. tapi masih belum ada rezeki.. walaupun susah hampir lima tahun saya menjaga anak orang bkn serang tapi 4 orang... pun blm ada lg... Saya mencari tidak kira walau pun yang tidak berbapa... asal kan sihat ...
k3y
erkk, klu llaki bujang xleh ker amek anak angkat?
sushi
kalo sampai umo saya 35 thn saya xkawin2 jugak, saya igt nak cari anak angkat
FCS143
salam,,,

kak ram..nak tumpang tanyer mcm maner nak amik anak angkat yer..ader tak tempat yg senang nak amik ..selain jabatan masyarakat....tq





QUOTE(Kak Ram @ May 8 2009, 09:05 AM) *
Pada semua forumer... terima kasih kerana memberi nasihat dan tunjuk ajar... saya sudah mendapat anak angkat dan sekarang sudah pandai berjalan....

Ribuan terima kasih..

Saya ingin menolong rakan saya yang juga mempunyai masalah yang sama... jika ada sesiapa yang ingin memberi anak angkat sila call saya di 0193540972...

Salam sejahtera...

FCS143
QUOTE(Pakcik_Kordi @ May 15 2007, 01:58 PM) *
hmmm... gigi26 nih takder anak kan...

pakcik kesian dengan ko gigi.....

4 baby nih sbenanrnya anak luar nikah...

Pokcik jadi fasilitator kat tempat pemulihan gadis di Kelantan nih....

So.. dioarang nih case terlanjur.. dan dirogol....
tapi tak tahu lah macam mana nak bagi korang...

kang tak ikut presedur susah pulak...



salam,, pakcik ader lagi tak nak bagi baby.......saya dah kahwin 5 tahun tapi belum ader anak lagi.....mintak tolong sesangat...
WQJ LC
QUOTE(sushi @ Aug 14 2009, 07:30 PM) *
kalo sampai umo saya 35 thn saya xkawin2 jugak, saya igt nak cari anak angkat


x dpt rasa nkmat mlm pertama la u..
WQJ LC
peringatan!!
ank angkat haram dibinkn kpd bapa angkat...
mana tau ada yg teruja sgt ambk ank smpai lupa halal haram..
makwokglamer
QUOTE(FCS143 @ Nov 30 2009, 03:27 PM) *
salam,,,

kak ram..nak tumpang tanyer mcm maner nak amik anak angkat yer..ader tak tempat yg senang nak amik ..selain jabatan masyarakat....tq





QUOTE(Kak Ram @ May 8 2009, 09:05 AM) *
Pada semua forumer... terima kasih kerana memberi nasihat dan tunjuk ajar... saya sudah mendapat anak angkat dan sekarang sudah pandai berjalan....

Ribuan terima kasih..

Saya ingin menolong rakan saya yang juga mempunyai masalah yang sama... jika ada sesiapa yang ingin memberi anak angkat sila call saya di 0193540972...

Salam sejahtera...



FCS143, kat perlis byk org susah nk bagi anak angkat & kat kpg2 pendalaman....may be boleh gi sana...
anggerik_rimba
QUOTE(FCS143 @ Nov 30 2009, 07:37 AM) *
QUOTE(Pakcik_Kordi @ May 15 2007, 01:58 PM) *
hmmm... gigi26 nih takder anak kan...

pakcik kesian dengan ko gigi.....

4 baby nih sbenanrnya anak luar nikah...

Pokcik jadi fasilitator kat tempat pemulihan gadis di Kelantan nih....

So.. dioarang nih case terlanjur.. dan dirogol....
tapi tak tahu lah macam mana nak bagi korang...

kang tak ikut presedur susah pulak...



salam,, pakcik ader lagi tak nak bagi baby.......saya dah kahwin 5 tahun tapi belum ader anak lagi.....mintak tolong sesangat...


utk pengetahuan FCS143..pakcik kordi ni dh meninggal...
sushi
QUOTE(WQJ LC @ Nov 30 2009, 03:52 PM) *
QUOTE(sushi @ Aug 14 2009, 07:30 PM) *
kalo sampai umo saya 35 thn saya xkawin2 jugak, saya igt nak cari anak angkat


x dpt rasa nkmat mlm pertama la u..


bukan ai tak nak..orang yg taknak bernikmat ngan ai
kehkehkehkehkehkeh gatainye aku
WQJ LC
QUOTE(sushi @ Nov 30 2009, 04:27 PM) *
QUOTE(WQJ LC @ Nov 30 2009, 03:52 PM) *
QUOTE(sushi @ Aug 14 2009, 07:30 PM) *
kalo sampai umo saya 35 thn saya xkawin2 jugak, saya igt nak cari anak angkat


x dpt rasa nkmat mlm pertama la u..


bukan ai tak nak..orang yg taknak bernikmat ngan ai
kehkehkehkehkehkeh gatainye aku


blum smpai jdoh lg tu...
masmanis
Assalamualaikum wbt. kepada keluarga yang berhajt baik utk mncari anak angkat... email : masmanis285@yahoo.com . t.ksih
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.