Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Firman & Hadith - Huraiannya
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Ewan_sn
Di sini hanya sebagai koleksi. Untuk segala pertanyaan dan perbincangan tentang Hadith, sila KLIK KAT SINI
Ewan_sn
Halal dan Haram....(1)


عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ وَمَنْ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنْ الْإِثْمِ أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ

Dari Nu'man Bin Basyir r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: " Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. Dan siapa yang berani melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhawatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya.

Segala macam maksiat adalah larangan ALLAH. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan ALLAH, dikhawatirkan ia akan jatuh ke dalamnya."

Riwayat Bukhari.
Ewan_sn
Bersahabatlah Dengan Mereka Yang Baik-Baik....(2)



Kebaikan dan kejahatan
Sabda Rasulullah s.a.w

Daripada Abu Hurairata (r.a.) katanya: Rasulullah bersabda : Aku ceritakan kamu mereka yang baik dari yang jahat dari kalangan kamu. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang dapat diharapkan kebaikannya dan diamani dari kejahatannya dan sejahat-jahat kamu ialah mereka yang tidak dapat diharapkan kebaikannya dan tidak dapat diamankan dari kejahatannya (Tarmizi dan Ahmad).

Huraiannya

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa orang-orang baik itu ialah mereka yang memang dapat diharap kebaikannya dan sekali-kali tidak melakukan kejahatan terhadap orang lain. Begitulah sebaliknya orang yang jahat itu ialah mereka yang sentiasa ditakuti kejahatannya dan jauh sekali dapat diharapkan kebaikan daripadanya. Kerana yang baik itu akan datang daripada mereka yang baik begitulah juga sebaliknya kerana mereka yang baik itu tidak akan melakukan kejahatan kepada orang lain melainkan orang jahat juga, demikianlah sebaliknya.

Kesimpulannya

Besahabatlah dengan mereka yang baik-baik kerana orang yang baik itu akan melakukan hanya yang baik sahaja demikianlah sebaliknya. Orang yang jahat sahaja yang dapat melakukan kejahatan terhadap orang lain.
Ewan_sn
Semut Yang Bertasbih Kepada Allah.....(3)

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَرَصَتْ نَمْلَةٌ نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنْ قَرَصَتْكَ نَمْلَةٌ أَحْرَقْتَ أُمَّةً مِنْ الْأُمَمِ تُسَبِّحُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seekor semut menyengat salah seorang Nabi. Nabi itupun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. ALLAH lalu menurunkan wahyu kepada Nabi itu: “Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan!”

Riwayat Bukhari
Ewan_sn
Pahala Menyampaikan Ilmu.....(4)

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ



Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal Bin Mu'az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): " Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya."

Hadith Shohih Sunan Ibnu Majah.
Ewan_sn
Pentingnya Menggosok Gigi (Bersugi)....(5)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ (عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ ) عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Daripada Abu Hurairah r.a. , dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Kalau tidak aku akan memberati orang orang beriman (umatku), nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi pada tiap-tiap kali mereka mengerjakan solat."


Riwayat Muslim
Ewan_sn
Membunuh Bukan Islam Yang Mentaati Pemerintah Islam....(6)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Daripada Abdullah Bin Amr r.a. Dari Nabi s.a.w. beliau bersabda:"Barangsiapa yang membunuh Mu'aahad, ia tiada akan mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium sejauh empat puluh tahun perjalanan."


Riwayat Bukhari

Nota : Mu'aahad - Seorang yang bukan Islam serta warganegara negeri musuh, tetapi meminta perlindungan negara Islam dan berjanji akan patuh terhadap undang-undang negara Islam.
Ewan_sn
Rasullallah Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak....(7)
Rasulullah adalah idola seluruh ummah

Daripada Anas bin Malik katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu Baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Huraiannya :

Rasulullah SAW adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat terpuji. Justeru, Baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia lain. Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja oleh kita umat Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa.

Jika kita hidup pada zaman Baginda, nescaya Bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya seperti remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa saja dipakai, dibuat, dilakukan atau apa yang berkaitan dengan diri orang diminatinya.

Semuanya baik belaka. Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa saja yang melihat atau berasa kehadirannya. Mana tidak, Baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, Baginda tidak melepaskan tangan sehingga yang dijabat itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan dan memberikan salam apabila melepasi kumpulan kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih kepada mereka, tidak kurang juga Baginda menghormati orang tua, kawan mahupun lawan.

Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul, tetapi dilakukan semua itu kerana ingin menjaga maruah Islam yang mulia. Baginda bukan menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada orang yang menyukainya.
Ewan_sn
Menyakiti Hati Ibu & Kisah Alqamah Yg Tak Dapat Mengucap Kalimah Syahadah.....(8 )


"عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ."
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


Huraian :
Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Maka, janganlah sesekali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati mereka. Terutama kepada golongan remaja yang sering terlibat dengan masalah sosial di mana perbuatan dan perilaku tersebut boleh mengguris perasaan dan mengecewakan harapan ibu yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa menjaga nama baik keluarga bukan dengan menjatuhkan maruah keluarga.

Kerana terdapat kes-kes yang mengecewakan kita telah berlaku dan dipaparkan di dalam media seperti ibu bapa didera oleh anak sendiri, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi atau perbuatan mereka dihalang oleh ibu bapa. Perbuatan derhaka seperti ini adalah disebabkan telah hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh syaitan serta kewarasan akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil khayal, dadah dan sebagainya. Mereka ini perlu bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan, mudah-mudahan hidup akan diberkati dan dijauhkan dari azab siksaan api neraka Allah SWT.

Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya, atau hari ibu, barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.


Ewan_sn
Allah Sukakan Bersin dan Benci Pada Menguap....(9)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”

Riwayat al-Bukhari



Huraian

1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.
4. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.
Ewan_sn
Doa senjata umat Islam.....(10)

DAN Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orangorang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina. (Ghaffir: 60)

Sebagaimana yang tercatat dalam surah di atas, Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa setiap doa hamba-Nya akan dimakbulkan oleh-Nya. Pun begitu, kita tidak seharusnya berasa gusar sekiranya doa kita tidak tertunai. Ini kerana, menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa Allah hanya akan menerima doa hamba-Nya melalui tiga cara iaitu:

* Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

* Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak, dan

* Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.
muhammad
Dari Umar R.A berkata: aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Asas kesemua amalan bergantung kepada niat.Seseorang itu hanya akan mendapat apa yang telah diniatkan. Maka sesiapa yang telah berhijrah kerana Allaj Ta’ala da RasulNya(dan tidak mempunyai tujuan lain) ; maka hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya (Yakni dia akan mendapat pahala hijrahnya) Dan sesiapa berhijrah kerana tujuan keduniaan atau untuk menikahi mana2 wanita maka (hijrahnya itu bukan untuk Allah dan RasulNya bahkan) atas tujuan apa dia berhijrah yang selain dari itu,[disisi Allah juga] sebagaimana yang ia niatkan”. (HR Bukhari)
Ewan_sn
Boleh berpolitik, tapi jangan gila politik
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin - Mufti Perlis

SAYA terbaca Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa,

"Ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”

Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”

Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.


Penjelasan :

Jawatan kepimpinan adalah amanah dan beban. Ia menimbulkan kegerunan dalam setiap hati yang menyedari besarnya bebanan kedudukan politik pada hari Allah menghitung amalan manusia nanti.

Namun bagi yang tidak insaf, kedudukan politik dan kuasa adalah satu kegilaan buatnya. Sehingga fikiran, harga diri, bahkan agamanya pun sanggup dipertaruhkan untuk mendapatkan kerusi politik. Ini disebabkan pandangan terhadap kuasa politik itu berbeza-beza antara seorang dengan yang lain.

Ada yang melihatnya sebagai amanah Allah dan ada pula yang melihat sebagai kesempatan untuk kemasyhuran, kedudukan dan pengumpulan harta atau pengikut. Jika kita lihat kepada Palestin, apalah sangat yang hendak direbutkan sehingga sanggup bermati-matian antara Fatah dan Hamas. Banyak sangatkah projek mega di Palestin itu? Selesa sangatkah jawatan-jawatan di bumi yang bergolak itu? Namun, begitulah kuasa dan politik, ia menjadi kegilaan tanpa mengira tempat dan waktu.

Sejak dahulu manusia sanggup melakukan apa sahaja; sekalipun membunuh sesama saudara hanya semata kerana kuasa. Kadangkala kegilaan kepada kuasa lebih dahsyat daripada candu atau ganja. Seseorang sanggup memfitnah orang lain dengan berbagai-bagai fitnah kerana kuasa. Ada yang sanggup melupakan jasa orang lain, hanya kerana kuasa. Ada yang bermasam muka, tidak bertegur sapa dan memutuskan saudara hanya kerana politik dan kuasa. Ada pula yang sanggup menjatuhkan, bahkan mengkafirkan sesama Muslim semata-mata kerana kuasa.

Politik kadangkala benar-benar meracun hidup sesetengah orang, sehingga seakan hilang ingatan dan daya tumpuan melainkan hanya politik. Sepanjang waktu segala pemikirannya ditumpukan kepada politik. Apa sahaja tindakan, percakapan atau kebaikan orang lain dinilai dengan nilaian politik. Gila politik ini kadangkala mengenai orang bawahan melebihi orang atasan.

Ada pula yang melelongkan agama secara murahan, sehingga segala nas agama ditafsirkan serasi dengan hasrat politik, sekalipun tafsiran itu menyimpang dari roh syariat yang diturunkan Allah. Ada pula yang menipu orang ramai tentang hasratnya yang sebenar dalam berpolitik. Entah berapa ramai yang menyebut tentang hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya dia mengidam harta rakyat.

Apabila manusia seperti ini menguasai politik, maka medan politik bukan lagi menjadi ruang tanggungjawab melaksanakan amanah Allah untuk berkhidmat kepada rakyat dan umat, sebaliknya menjadi saluran membina kekayaan dan kekebalan diri serta kebongkakan di atas muka bumi. Kegilaan ini dalam banyak hal tidak mengenal latar negeri, pendidikan atau parti. Hanya yang selamat, mereka yang insaf tentang tanggungjawab kuasa politik pada hari kiamat kelak.




"Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Penjelasan :

Ketika mengucapkan hadis ini, Nabi adalah pemimpin dalam politik. Dalam menentukan pemilihan calon kepimpinan, baginda memaklumkan bahawa dasar baginda adalah tidak memilih individu yang mempunyai ‘kegilaan politik’. Ini kerana yang menggilai itu kurang atau tidak ada keinsafan terhadap amanah kepimpinan. Dasar seperti ini wajar diberikan perhatian oleh kepimpinan setiap negeri dan negara. Dalam hadis yang lain baginda menyebut: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya (riwayat al-Bukhari).

Orang yang gila politik ialah individu yang tipis ingatan terhadap akhirat, maka rengganglah hubungannya dengan Allah. Oleh itu dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, baginda Nabi menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.

Banyak lagi nas Islam menunjukkan seorang yang gila ingin mendapatkan kuasa politik tidak layak untuk diberikan kepadanya jawatan. Hal ini mesti disedari oleh kepimpinan negara dan rakyat jelata.

Berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah. Rasulullah dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam. Apa yang dikeji ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar- dasar agama.

Maka bukan semua hasrat dan keinginan mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam. Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji.

Nabi Yusuf pun pernah meminta jawatan dalam negara Mesir. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 55-56: (maksudnya): Yusuf berkata: Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

Jelas, Nabi Yusuf meminta jawatan, bahkan menyatakan ciri-ciri kelayakan yang dimiliki olehnya demi membolehkan dia mendapatkan jawatan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap salah kerana tuntutan keadaan atau keperluan semasa zamannya.

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) juga menyebut bahawa meminta jawatan atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh syarak (lihat: Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan).

Bahkan seseorang itu mendapat pahala jika dia inginkan jawatan itu kerana sedar akan kelayakan dirinya yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk umat dan menyelamatkan mereka dari kerosakan atau kezaliman, atau bimbang jawatan tersebut akan dikuasai oleh seseorang yang tidak layak atau zalim.

Jika kita lihat para pejuang sebelum dan selepas kemerdekaan, mereka menuntut jawatan politik, tetapi demi kepentingan umat dan rakyat bukan untuk kemewahan diri. Semoga Allah memberikan ganjaran untuk mereka.

Dari segi teorinya, demikianlah. Namun apabila kita sampai ke pelaksanaan hari ini, hampir semua akan mendakwa niat dan tujuannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, mengelakkan kezaliman atau memastikan orang yang tidak layak tidak mendudukinya. Namun niat hakiki mereka hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Niat

Pun begitu, dalam banyak keadaan, niat sebenar seseorang akan terpapar juga akhirnya.

Sekalipun yang menggunakan nama Islam, belum tentu bebas dari gila politik. Dahulu saya telah catatkan kata-kata al- Nadwi dalam membicarakan tentang dakwah para Nabi. Di sini saya petik sekali lagi: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya.

“Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. “Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.

“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Justeru itu, seperti kita berkempen bahaya dadah, bahaya rasuah, bahaya pandu laju, kita juga kena berkempen tentang bahaya gila politik. Ia telah mengorbankan ramai manusia sehingga sanggup menjadi hamba orang lain, melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama Muslim, mengkhianati agama dan negara, menyalahgunakan nama agama, kafir-mengkafir, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana kegilaan mendapatkan kerusi politik.

Jika kegilaan ini tidak dikawal ia akan menjadi politik gila yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat- mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik.

Dalam usaha membina modal insan yang cemerlang dan negara yang bahagia, kepimpinan negara dan rakyat hendak bergerak menghapuskan kegilaan politik yang boleh membawa kepada politik gila ini. Kembali kepada firman Allah: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. (an-Nisa’: 58).



Ewan_sn
Jalan ke syurga, neraka

DARIPADA Abu Hurairah katanya Rasulullah (s.a.w.) pernah ditanya mengenai apakah yang banyak membawa manusia ke syurga.

Sabdanya: Ialah ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan keperibadian atau akhlak yang baik lagi mulia. Sebaliknya bila ditanya mengenai perkara yang banyak membawa ke neraka pula sabdanya : Ialah mulut dan kemaluan. (Tarmizi)


Huraiannya

Dalam hadis ini, Rasulullah menjelaskan bahawa dua perkara yang selalu membawa manusia ke syurga dan dua perkara juga yang boleh menjerumuskan manusia ke neraka.

Kesimpulannya

Dua perkara yang dapat membawa manusia ke syurga dan dua perkara yang akan menarik manusia ke neraka ialah ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang mulia. Sedangkan perkara yang banyak menjerumuskan manusia ke neraka ialah lidah dan kemaluannya.


Ewan_sn
Daging Yg Tumbuh Dari Sumber YG Haram

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak menahan (mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 188)


Dalam mengejar kekayaan dan kemewahan hidup terdapat segolongan manusia yang terlalu rakus dan tamak dengan harta benda, sehingga sanggup mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan dan kehinaan dengan melakukan jenayah rasuah yang dikutuk Allah Taala.

Rasuah bukan saja menyebabkan pelakunya sentiasa diburu perasaan bersalah, mengambil keuntungan secara mudah tanpa berusaha tetapi ia boleh meruntuhkan sistem dalam masyarakat, merugikan negara malah boleh mengorbankan manusia yang tidak berdosa.


Ewan_sn
Membelanjakan harta mengikut tuntutan syarak

Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan bukan saja mendapat gaji setiap bulan malah ia dikategorikan sebagai ibadat yang memperoleh pahala, ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat. Sehubungan itu, Dr Yusof al-Qardawi dalam kitabnya al-‘Ibadah fi al-Islam, menggariskan beberapa prasyarat kerja yang kita laksanakan dinilai sebagai ibadah:

- Mestilah mempunyai niat bagi mencari keredaan Allah dengan berkhidmat dengan ikhlas bagi mencari rezeki halal;

- Pekerjaan itu diakui oleh syariat Islam;

- Sepanjang bekerja ia tidak menganiaya dan mengambil harta orang lain sama ada menipu, mencuri mahupun terbabit dengan rasuah;

- Pekerjaan itu dilakukan dengan kesungguhan dan penuh komitmen;

- Ia tidak meninggalkan tuntutan ibadat khusus seperti meninggalkan solat ataupun enggan mengeluarkan zakat.

Mengurus kewangan secara bijak dan berbelanja secara berhemah:

Kenaikan gaji mudah menjadikan kita rambang mata dan lupa daratan dengan berbelanja besar, yang menyebabkan hidup dibelenggu kesusahan akibat berhutang. Sebaliknya manfaatkan dengan melabur dalam saham amanah yang diharuskan syarak dan simpanan untuk pendidikan.

Selain itu bagi memastikan kehidupan diberkati Allah, janganlah lupa menyimpan untuk menunaikan ibadat haji. Jika sebelum ini simpanan hampir kering kerana keperluan lain, sekarang adalah masanya memulakan kembali tabungan di samping menambahkan sedekah lebih-lebih lagi kepada ibu bapa dan golongan kurang bernasib baik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tidak pula bakhil kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (bakhil dan kedekut) itu.” – (Surah al-Furqan, ayat 67)


Ewan_sn
Sifat sombong boleh matikan cahaya iman
Oleh Lokman Ismail



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

BERSYUKUR satu sifat terpuji yang sentiasa diamalkan insan yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah supaya mendapat keredaa-Nya. Orang yang bersyukur mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sememangnya kehidupan kita tidak statik sepanjang masa. Setiap masa sentiasa ada perubahan sama ada menjadi lebih baik mahupun lebih buruk sebagai satu roda kehidupan yang mesti dihadapi.

Sudah menjadi lumrah ada yang dulunya miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya. Sebelumnya tidak dikenali, sekarang amat terkenal, disanjung dan dihormati.

Kekayaan dan kedudukan baik yang diperoleh itu harus dikongsi dengan orang lain sebagai tanda bersyukur. Sesungguhnya, manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Satu sifat berbahaya yang selalu menjangkiti orang yang kedudukannya lebih baik berbanding orang lain ialah lupa diri. Sikap itu sering kali mendorong seseorang bertindak melakukan kejahatan kerana berasakan dirinya ‘berhak’ melakukan apa yang diingini.

Sikap lupa diri dan tidak bersyukur menjadi punca kedurhakaan iblis kepada Allah. Iblis berasakan dirinya lebih layak untuk dilantik menjadi khalifah berbanding Adam memandangkan dirinya dicipta daripada api dan sudah banyak melakukan kebaikan.

Iblis lupa hakikat dirinya yang sebenarnya hanyalah hamba. Dia tidak bersyukur dengan kedudukan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka jadilah iblis sebagai hamba yang ingkar dan tergolong sebagai dilaknati selama-lamanya.

Untuk mengelak diri menjadi kufur dan ingkar kepada Allah, berpeganglah kepada prinsip sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh dan dinikmati. Sikap itu akan memacu diri sentiasa tenang dan menerima segala ketentuan Allah tanpa sebarang perasaan syak wasangka kepada-Nya.

Namun, sikap bersyukur tidak pula bermakna kita berserah sepenuhnya kepada nasib tanpa melakukan apa-apa usaha. Hidup di dunia ini satu ladang untuk mencari bekal kehidupan di akhirat yang mana kita mesti melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa ditegah.

Sesungguhnya, setiap apa yang kita harapkan tidak semestinya tercapai. Banyak kegagalan dan keadaan buruk terpaksa pula dihadapi dengan sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. Kita perlu bersyukur kerana masih ada peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang dihajati.

Setiap Muslim mesti berusaha mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Nasib buruk tidak akan bertukar menjadi baik jika tidak berusaha mengubahnya.

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu, berharta dan berkuasa melebihi orang kebanyakan jika mereka sentiasa bersyukur. Namun, darjat itu kembali ke taraf paling rendah jika dirinya sombong tidak mahu menggunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Apa guna memiliki kekayaan jika tidak mahu digunakan. Sifat bakhil dan sombong menjadi penjara yang menghalangnya menikmati kekayaan dimiliki. Malah, hidupnya menjadi lebih tertekan kerana takut harta itu berkurangan atau digunakan oleh orang lain.

Begitu juga, orang yang berilmu, tetapi menyembunyikan ilmu itu daripada disebarkan kepada orang lain sebenarnya hidup dalam kegelapan. Sifat ilmu, semakin digunakan semakin bertambah keberkatannya. Orang berilmu mendapat kebaikan jika ia turut dikongsikan dengan orang lain.

Individu yang dikurniakan kelebihan sama ada kekayaan, jawatan, kuasa dan kecantikan mestilah menghindarkan diri daripada sifat sombong yang mendatangkan banyak keburukan. Perasaan sombong menjadi penyakit hati yang mematikan iman sehingga hidup menjadi sesat tanpa cahaya keimanan.

Bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terhindar sifat sombong dan lupa diri, memerlukan satu kekuatan yang memacukan sifat bersyukur di dalam diri. Orang yang bersyukur merasakan setiap kelebihan dimiliki olehnya hanyalah satu ujian daripada Allah.

Allah memberi peringatan supaya manusia bersyukur kerana dengan itu Dia akan melipatgandakan lagi nikmat yang diberikan. Sebaliknya, jika kufur akan nikmat yang dianugerahkan, kerugian besarlah bakal menimpa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)[/
Ewan_sn
Pelaku maksiat tidak hidup tenang
Dr Juanda Jaya
Pejabat Mufti Sarawak.


Umar bin al-Khattab RA bertanya kepada seorang sahabat: "Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?" Sahabat menjawab: "Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”

Abdullah bin Abbas pernah berkata: "Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk." Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.



MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.

Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.



Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari. Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?


Kegelapan di dalam hati

Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud: ”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)

Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.

Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.


Kegelapan di wajah

Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.


Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain

Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi: "Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang yang memujinya berbalik akan mencelanya."

Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?

Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang Muslim yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalan raya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.

Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki' (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:

”Aku mengadu kepada Waki'mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat."
Ewan_sn
Selamat dari neraka

DARIPADA Abdullah bin Mas’ud katanya Rasulullah
pernah bersabda: Ingatlah aku akan ceritakan kamu mengenai orang yang diselamatkan dari neraka atau dijauhkan dari neraka iaitu setiap mereka yang ramah mesra lagi sopan santun dan murah hati (Tarmizi ).



Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa tiga sifat yang sangat dikasihi Allah perlu dihayati dalam kehidupan untuk menjamin keselamatannya dari bakaran api neraka iaitu sifat ramah mesra, sopan santun dan hati pemurah. Bila himpunan tiga sifat yang baik ini ada pada seseorang maka dia dijamin tidak akan dimasukkan ke neraka.


Kesimpulannya:

Hiasilah diri sendiri dengan tiga sifat mulia dan baik ini, bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraannya di akhirat nanti. Mereka yang bersifat dengan tiga sifat tersebut akan diselamatkan dari api neraka.


Ewan_sn
Semua agama langit sahih mulanya
Dato' Dr Haron Din
Fri | Nov 16, 07 | 2:54:18 pm MYT


SOALAN: Sering disebut dan diulas dalam majlis ilmu tentang agama-agama langit, dikatakan ada tiga dan kekal hingga ke hari ini iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam. Soalannya mengapakah agama langit daripada Allah Yang Satu, berbeza-beza, berlainan antara satu sama lain manakala pengikutnya bermusuhan sesama sendiri. Mohon Dato' perjelaskan? - MOHD DANIAL HARUN, Petaling Jaya

JAWAPAN: Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.

Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.

Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.

Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An'am ayat 19.

Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.

Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.

Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

Firman Allah (mafhumnya): "Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 285)

Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.

Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?

Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.

Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.

Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka.

Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.

Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): "Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,"kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati), "kami tidak akan menurut." (Mereka berkata) "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) 'raa'ina'; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, "kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis." (Surah an-Nisa, ayat 46)

Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain.

Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.

Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah.

Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?

Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.

Inilah pokok yang mustahak untuk saudara fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Waalhua'lam. - lanh


Ewan_sn
Ingin Melihat Tuhan?

Hadith :
Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.

(Muslim)




Huraian
Masuk syurga itu adalah nikmat yang teramat besar. Namun, kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan. Rasulullah s.a.w sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya akan dapat melihat Allah SWT di hari akhirat kelak. Tentang melihat Allah ini, Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihat-Nya: “Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah kepadaku (zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Setelah Allah ‘Tajalla’ (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) ‘Tajallinya’ menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula berkatalah ia:” Maha Suci Engkau (wahai Tuhan ku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang pertama beriman (pada zamanku)” (al- A’raf : 143). Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan dengan keizinan dan rahmat-Nya jua.
Ewan_sn
Tafsir al-Maidah 8 0-82: Ilmu di kalangan orang fasik
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Mar 27, 08 | 12:46:44 pm MYT


Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik.

Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.

Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.

Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 8 0)

Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.

Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.

Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.

Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 8 0)

Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 8 0)

Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.

Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 8 0)

Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.

Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.

"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)

Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.

Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.

"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh
Ewan_sn
Penyakit ujian tingkat keimanan
Oleh Ibrahim Abdullah
Berita Harian

Kesabaran hadapi dugaan dijanjikan ganjaran lebih besar buat umat Islam

MANUSIA sering diuji Allah SWT dengan penyakit supaya ia mengetahui bahawa tubuh badannya dan dunia ini mengalami perubahan serta kebinasaan. Tidak semuanya akan kekal abadi dalam ciptaan Allah.

Banyak daripada kita tidak sukakan penyakit, lebih-lebih lagi apabila diberitahu menghidap penyakit tidak disangka. Keadaan itu menyebabkan fikiran serta perasaan tertekan kerana memikirkan kesan yang dibawa penyakit berkenaan.

Lebih berbahaya apabila kita tidak dapat mengawal fikiran dan emosi disebabkan tindak balas atau reaksi negatif akibat tidak dapat menerima kenyataan terhadap ujian yang didatangkan Allah kepada kita.

Apabila didatangkan ujian, bukan semua melihat keadaan itu daripada sudut positif. Begitu juga halnya dengan penyakit kerana kebanyakan kita belum memahami terhadap hikmah daripada penyakit yang menimpa diri.

Sesetengah menuduh Allah tidak adil menimpakan penyakit kepadanya. Sikap seperti ini mesti dibuang jauh-jauh. Memang benar kita mesti sihat, sebab dengan badan sihat gerak hidup menjadi lancar dan berjaya. Banyak amal ibadat dan kerja dapat ditunaikan.

Ada cara untuk menghadapi situasi itu antaranya, meyakinkan diri bahawa hidup ini ada pusingan seperti malam dengan siang. Tubuh badan kita pun ada kalanya sihat dan berpenyakit. Hal ini adalah suatu hikmah kebijaksanaan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kedua, yakin dan percaya bahawa semua yang terjadi ada di dalam genggaman Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya (penyakit) dan mengetahui pula waktu dikembalikan kepada-Nya. Lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang sudah mereka kerjakan. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah an-Nur, ayat 64).

Ketiga, yakin dan percaya bahawa Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Allah Maha Mengetahui akan keadaan tubuh badan kita. Semua yang dilimpahkan kepada kita sudah diukur dengan sangat sempurna.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapatkan pahala daripada kebaikan yang diusahakannya dan mendapat seksa daripada kejahatan yang dikerjakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Jika kita memahami hikmah penyakit sebagai ujian kesabaran serta penebus dosa, pasti kita selalu merindukan keampunan-Nya. Maka inilah bentuk dan cara untuk doa orang yang menanggung sakit dimakbulkan.

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang ditimpa penderitaan (penyakit), maka Allah mengutus dua malaikat kepadanya. Allah berfirman: Dengarkanlah apa kata hamba-Ku ketika diziarahi oleh orang lain. Jika ia mengucapkan Alhamdulillah, maka Allah berfirman kepada dua malaikat, Sampaikanlah kepadanya, jika Aku mematikannya kerana penyakitnya, maka ia pasti masuk syurga, dan jika Aku sembuhkan, maka pasti daging dan darahnya akan Aku ganti dengan yang lebih baik daripada asalnya, serta Aku jadikannya penderitaan (penyakitnya) sebagai penebus dosanya." (Hadis riwayat al-Faqih)

Hikmah lainnya, selain penyakit dapat dijadikan sebagai penebus dosa dan tafakur, ia juga dapat menginsafkan manusia yang melakukan maksiat dan jenayah. Penyakit dapat menghindar daripada kemaksiatan yang mungkin akan dilakukan ketika dalam keadaan sihat.

Menjenguk atau menziarahi orang sakit, adalah suatu kewajipan bagi setiap Muslim terhadap saudaranya. Dalam Islam, menziarahi orang sakit adalah amalan salih yang dapat mendekatkan diri kita kepada keampunan, rahmat dan syurga Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang lelaki menziarahi saudara Muslimnya (yang sedang sakit), maka seakan-akan ia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga dia duduk. Apabila sudah duduk maka diturunkan kepadanya rahmat dengan cepat. Apabila menziarahi di pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya supaya mendapat rahmat hingga waktu petang tiba. Apabila menziarahi pada petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya supaya diberi rahmat hingga waktu pagi tiba." (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad)

Islam mengajarkan beberapa etika yang harus diperhatikan waktu menziarahi orang sakit. Pertama, hendaklah orang yang menziarahi mendoakan yang sakit supaya lekas sembuh, mendapat kasih sayang Allah, selamat dan disembuhkan penyakitnya.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila Baginda menziarahi orang sakit, Baginda akan mengucapkan, "Tidak apa-apa. Sihat Insya Allah" dan berdoa tiga kali untuk kesihatan pesakit. (Hadis riwayat Bukhari).

Kedua, dianjurkan yang menziarahi mengusap pesakit dengan tangan kanannya dan berdoa, "Wahai Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah kesengsaraan (penyakitnya), sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." (Hadis riwayat Muttafaqa 'Alaih)

Penyakit adalah suatu ujian yang direncanakan menurut hikmah Allah, yang terjadi dengan kehendak-Nya, dan sebagai peringatan bagi manusia. Banyak orang kembali menghadapi Allah memohon pertolongan kerana hanya Allah yang dapat menyembuhkan penyakit.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan apabila manusia ditimpa bahaya, ia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, ia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah ia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus, ayat 12)

Allah mengirimkan penyakit kepada manusia, sekurang-kurangnya untuk menyedarkan dan mendidik mereka ke jalan yang benar. Dengan penyakit, manusia menyedari dan mengingatkan akan kematian, kerana orang yang ditimpa sakit selalu ingatkan kematiannya.

Allah mengaitkan sesuatu yang terjadi di dunia ini pada sebab akibatnya. Segala sesuatu terjadi mengikuti sebab akibat. Oleh itu, seseorang haruslah melakukan segala yang diperlukan dalam sebab akibat ini, sambil berdoa Allah yang menyembuhkan penyakit seseorang.

Sesungguhnya sekalipun seseorang itu dalam keadaan sihat atau tanpa cubaan dan ujian, seseorang wajib berdoa serta bersyukur kepada Allah atas segala kenikmatan, kesihatan dan kurniaan diberikan.



INTI PATI:

Yakinkan diri bahawa hidup ini ada pusingan seperti malam dengan siang.


Percaya bahawa semua yang terjadi ada di dalam genggaman Allah.


Yakin dan percaya bahawa semua yang terjadi ada di dalam genggaman Allah.


Selain penyakit dapat dijadikan sebagai penebus dosa dan tafakur, ia juga dapat menginsafkan manusia yang melakukan maksiat dan jenayah.


Menziarahi orang sakit adalah amalan salih yang dapat mendekatkan diri kita kepada keampunan, rahmat dan syurga Allah.


Ewan_sn
Tujuh kaedah kenali orang sombong, bongkak
Oleh Mohd Zakuan Tak

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: "Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.



Allah berfirman yang bermaksud: "Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran." (Surah al-A'raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan." (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini.

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong." (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, "Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku," maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


Ewan_sn
Pentingnya adil dalam hidup


DAN jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain); dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisa’: 3)

Huraian

Islam adalah suatu agama yang adil dan saksama dalam pelbagai aspek dan bidang. Keadilan dan kesaksamaan itu meliputi juga aspek perkahwinan.

Allah SWT telah menggariskan panduan dan pedoman yang amat sempurna dalam perkahwinan untuk dijadikan panduan dan ikutan umat manusia. Garis panduan Islam dalam hal perkahwinan bermula daripada soal memilih calon isteri lagi.

Apabila tepat pilihan calon isteri, maka rumahtangga akan berkekalan ke akhir hayat. Islam juga membenarkan seorang lelaki muslim berkahwin lebih daripada seorang, bahkan dua, tiga sehingga empat orang.

Namun begitu, Allah SWT menegaskan keadaan ini hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang mampu dari segi material dan spiritual.

Jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap perkahwinan-perkahwinan mereka, maka Islam menganjurkan berkahwin dengan seorang isteri sahaja dan mengelakkan poligami kerana balasan bagi suami yang tidak dapat berlaku adil adalah amat pedih.

Kesimpulan

Syariat Islam dalam perkahwinan amat suci dan mulia untuk dijadikan panduan dan contoh ikutan. Oleh itu berbahagialah bagi sesiapa yang meng- ikuti syariat Islam yang syumul ini.

Demi kesempurnaan dan kecemerlangan hidup, umat Islam disarankan untuk sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan berlaku adil dalam semua perkara dan keadaan.


Ewan_sn
Merendah diri

Sabda Rasulullah SAW. Dalam hadis qudsi katanya firman Allah SWT. Siapa yang merendah dirinya kepada-Ku begini seraya Nabi meletakkan tapak tangannya keatas tanah pasti Aku angkatkannya tinggi begini, seraya diangkat tangannya tinggi ke langit
(Riwayat Ahmad dan lain-lain).

Huraian:
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menjelaskan firman Allah dalam hadis qudsi bermaksud sesiapa yang bertawaduk dan merendah dirinya di bawah kebesaran Allah seraya diletakkan tangannya yang mulia keatas bumi, nescaya Allah akan mengangkatkannya tinggi-tinggi sambil Baginda mengisyaratkan dengan mengangkat tangannya yang mulia tinggi-tinggi ke langit.

Kesimpulan:
Allah sangat sukakan hamba-Nya yang tahu kadar dirinya tentu lebih hina dan rendah apabila berhadapan dengan Tuhannya yang Maha Agung.
iriy_cute
Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda, "Sungguh aku telah mengucapkan empat kalimat setelahmu sebanyak tiga kali. Andaikan kalimat itu ditimbang dengan seluruh yang kau ucapkan sepanjang hari ini maka sungguh akan mengimbanginya, yaitu,

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

"Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, sepenuh bilangan ciptaan-Nya, sepenuh keridhaan diri-Nya, seberat timbangan Arsy-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya." (HR. Muslim)
iriy_cute
"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...
Tp, byk pula dugaan yang datang..
Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang...
kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang...
Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah...
SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu....
semuanya ada hikmah..'


Kalau lah manusia tahu hadis ini..

" Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman :
" Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya".....



- Anas ibn Malik r.a-
iriy_cute
Persaksian wanita


Berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW pernah mensifatkan wanita mempunyai ketidak sempurnaan pd pemikiran dan juga cara mengamalkan agamanya.

Maksud hadith:

“wahai kaum wanita! Perbanyakkan bersedekah dan memohon ampun kpd ALLAH. ini kerana, sesunguhnya aku melihat kebanyakan kamu menjadi ahli neraka. Lalu seorang wanita yg cergas akal fikirannya berkata: Mengapa kami pula yg ramai menjadi ahli neraka?jawab baginda:kerana kamu semua banyak melaknat dan meminta perceraian. Aku melihat pada diri kamu semua terdapat banyak kekuranagn pada akal dan pegangan agama kerana ada antara kamu semua terlalu emosional.

Katanya lagi: Wahai Rasullullah! Apakah kekurangan kami pd akal dan agama kami?
Jawab baginda: ttg kekurangan akal terbukti persaksian dua orang wanita hanya dapat menyamai persaksian seorang lelaki. Inilah dinamakan kekurangan pada akal dan kamu terpaksa beberapa hari meningalkan solat dan bepuasa pd bulan Ramadhan. Inilah dinamakan kekurangan agama.”
iriy_cute
Cinta dan Benci


1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)

2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)

4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)

6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)
iriy_cute
DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:
  • Imam yang adil
  • pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah
  • insan yang hatinya terpaut dengan masjid
  • dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah
  • insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah
  • insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya
  • insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.
"

(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ewan_sn
Adab memberi dan menjawab salam


DAN apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 86)

Huraian

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam. Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

Kesimpulan

Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.


Ewan_sn
Pemimpin gila kuasa tidak dapat pikul tanggungjawab


ABDUL Rahman Ibnu Samurah berkata, Nabi SAW berkata kepadaku: “Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara mudah.

Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu itu mempunyai kepentingan tertentu.



Kepemimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru-hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkan sedangkan dialah orang yang paling layak insya-Allah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu.

Adapun pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap pemimpin hendaklah menjalinkan hubungan baik dengan rakyat supaya tidak berlaku keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Islam melarang umatnya menentang pemimpin sekalipun pemimpin itu melakukan kesilapan atau kesalahan selagi mana ia mendirikan sembahyang sebagai bukti ia masih lagi Islam.

Salah satu daripada tanda keadilan seorang pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat dan di kalangan pemimpin dengan pemimpin lain.



Ewan_sn
Kedudukan ibu bapa nabi

Baginda Nabi S.A.W pernah bersabda: "Bapa kamu dan bapaku dalam neraka"

Menurut pendapat ahlul haq, mereka yang berada di antara dua masa para rasul itu (mereka yang dikenali sebagai ahlul fatrah) atau mereka yang tidak diutuskan rasul kepada mereka itu, mereka dikira terselamat dan tidak diazabkan di akhirat nanti. Ini termasuklah ibu bapa Nabi kita. Ia berdasarkan firman-Nya yang bermaksud "Kami tidak menyeksa (sesiapa) sehingga Kami utuskan Rasul dan utusan (untuk menerangkan yang benar dan salah)" (Maksud Surah al Israa' ayat 15).

Adapun sabda Nabi tadi yang mengatakan "Bapamu dan bapaku dalam neraka" itu dikatakan hadis ahad yang tidak dapat menolak dalil qat'ai dari al-Quran. Justeru itu para ulama kita mengatakan maksud dengan perkataan bapaku dalam hadisnya tadi boleh difahami sebagai bapa keturunan (seperti datuk neneknya, bapa saudara seperti Abu Talib dan Abu Lahab dan lainnya. Ini kerana Abu Talib adalah bapa angkat yang memelihara dan menjaganya sejak kecil lagi dan bagaimana hubungan kasih sayang yang terjalin antara anak saudara dengan bapa saudaranya itu. Menurut pendapat yang terkuat, ibu bapanya (ibu bapa nabi) adalah terselamat, malah kata para ulama lagi, seluruh datuk nenek dari keturunannya dikira dari ahlul fatrah lagi bersih dari sebarang keaiban. Ini berdasarkan sabdanya yang bermaksud: "Aku sentiasa berpindah-pindah dari benih yang suci dari satu generasi ke satu generasi yang baik-baik (tidak bercampur) bukan dari benih yang kotor dan jahat'' (Riwayat Abu Nu'aim)

Malahan dikatakan ada hadis riwayat dari Urwah dari Aisyah: "Bahawa kedua ibu bapa Nabi pernah dihidupkan kerana permohonannya lalu hiduplah keduanya dan beriman dengannya lalu terus meninggal" (Riwayat Ibnu Syahin).

Kesimpulannya, akidah yang perlu dipegang ialah kedua ibu bapa Baginda adalah selamat sejahtera. Wallahualam.
Ewan_sn
Pahala sedekah


DARIPADA Anas ra. katanya: Rasulullah SAW bersabda katanya: Tidak ada seorang Muslim bercucuk tanam (sebarang tananam lalu dimakan dari tanaman itu manusia, burung atau binatang melainkan ada baginya pahala sedekah) (Riwayat Syaikhan).

Huraian:

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk bercucuk tanam dan melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah untuk umum termasuklah juga burung dan binatang. Mereka akan beroleh pahala sedekah atas usaha yang dilakukannya tanpa sia-sia dan percuma. Semua amal dan kerja yang berfaedah itu akan mendatangkan pahala sedekah.

Kesimpulan:

Alangkah luasnya ruang lingkup amal ibadah dalam agama. Ianya bukan sekadar ibadat ritual malah segala gerak kerja yang mendatangkan manfaat itu dikira beroleh pahala ganjaran dan akan dinilai sesuai dengan hasilnya .


mshalim
kata-kata seperti "ilmu itu tidak bermanafaat melainkan dengan amalan" adalah suatu ungkapan yang kurang bertepatan dengan fakta ini. Ia juga seakan-akan merendahkan darjat dan urusan ilmu serta penuntutnya.

Kepentingan Ilmu dan Tanggungjawab Terhadapnya1

Oleh:

Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir

Presiden Institut Al-Qayyim,

Bukit Mertajam, P.Pinang

Mukadimah:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan sesiapa yang menuruti jejak langkah mereka hingga hari Kiamat.

Allah S.W.T telah mengarahkan manusia supaya mengetahui hakikat bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan Allah. Firman Allah S.W.T: Mafhumnya: "Ketahuilah bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah".

Al-Imam al-Bukhari telah meletakkan tajuk untuk ayat ini dengan katanya: "Bab: berilmu sebelum berkata-kata dan beramal". Dalam mengulas hal ini, Ibn Hajar telah menukilkan perkataan Ibn al-Munayyir bahawa: beliau (al-Bukhari) memaksudkan bahawasanya ilmu adalah suatu syarat sahnya suatu perkataan atau perbuatan itu. Kedua-duanya tidak diambilkira melainkan dengan ilmu. Ia mendahului keduanya; lantaran ilmu mensahihkan niat sedangkan niat pula mensahihkan amalan.

Oleh itu, kata-kata seperti "ilmu itu tidak bermanafaat melainkan dengan amalan" adalah suatu ungkapan yang kurang bertepatan dengan fakta ini. Ia juga seakan-akan merendahkan darjat dan urusan ilmu serta penuntutnya. Kertas kerja ini bertujuan untuk menegaskan beberapa perkara penting iaitu:

1. orang yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang banyak dari Allah S.W.T
2. menuntut ilmu suatu kemuliaan, justeru itu sangat tidak wajar jika orang yang hadir majlis ilmu sekadar mengisi masa lapang dan bersantai, bukan bertujuan menambah ilmu dan merebut setiap ganjaran yang dijanjikan.

Semoga dengan pembentangan ini dapat mencapai hasrat yang mulia ini.

Kelebihan Ilmu:

Untuk mengetahui apa yang ditawarkan untuk penuntut ilmu, sangat elok kita merujuk terus kepada ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi S.A.W berkaitan dengannya.

1. Ilmu suatu nikmat dan kelebihan daripada Allah

Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya: "…..dan Dia telah menurunkan ke atas kamu al-Kitab dan al-Hikmah (kebijaksanaan/as-sunnah), seterusnya Dia mengajar kamu apa yang kamu belum ketahui, dan kelebihan yang Allah berikan kepadamu adalah besar sekali". (an-Nisa':113)

2. Orang berilmu diiringkan dengan para malaikat

Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya: "Allah taala telah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain daripada-Nya, demikian juga para malaikat-Nya serta orang-orang yang berilmu, berdiri dengan keadilan". (Ali 'Imran:18)

3. Ilmu mengangkat darjat pemiliknya

Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya: "Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat". (al-Mujadilah:11)

Firman-Nya lagi:

Mafhumnya: "adakah sama di antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (az-Zumar:9)

4. Ilmu asas takut kepada Allah

Firman Allah:

Mafhumnya: "Hanyasanya orang yang takut kepada Allah ialah adalah dari kalangan hamba-Nya yang berilmu". (Fatir:28)

5. Ilmu kunci ke syurga

Sabda Rasulullah S.A.W:

Mafhumnya: "Barangsiapa yang berjalan bagi mendapatkan ilmu, nescaya akan dipermudahkan oleh Allah jalan menuju ke syurga". (H.R Abu Daud dan Ibn Majah, hadis hasan)

6. Orang berilmu pewaris para nabi

Sabda Nabi S.A.W:

Mafhumnya: "Para ulama adalah pewaris para nabi" (H.R

7. Ilmu menyambung kebaikan amalan

Sabda Rasul S.A.W:

Mafhumnya: "Jika mati anak Adam, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya". (H.R Muslim)

Memperolehi dan memikul beban ilmu:

1. Keperluan kepintaran dan kejernihan jiwa

Kepintaran membawa kepada kesungguhan dalam menuntut ilmu dan mudah memahami isi pelajaran. Kejernihan hati membawa kepada kesungguhan dalam mengamalkan ilmu dan mempraktikkannya. Orang yang hanya memiliki kepintaran tanpa jiwa yang tulus hanya mampu menghafaz dan memperolehi ilmu tetapi tidak mampu mempraktikkannya apatah lagi menhadikannya amalan. Sementara orang yang tidak memiliki kedua-dua unsur ini, tidak akan memperolehi apa-apa.

2. Tips mendapatkan ilmu:
1. soalan yang baik
2. mendengar dan memberi perhatian
3. berusaha memahami
4. menghafaz
5. mengajar
6. menyebar dan memelihara batasan-batasannya

3. Halangan bagi memperolehi ilmu:
1. malu bertanya
2. tidak beri perhatian yang sewajarnya
3. salah faham
4. tidak mengingati pelajaran
5. tidak menyampaikan ilmu
6. tidak beramal dan menyebarkannya

Adab penuntut ilmu:

1. Niat yang ikhlas. Orang yang menjadikan ilmu semata-mata alat mendapatkan habuan dunia, tidak akan memperolehinya.
2. Bersungguh-sungguh. Orang yang bermalas-malas dan mengutamakan hawa nafsu tidak akan sabar dalam menuntut ilmu. Kata as-Syafi'e: "ilmu ibarat binatang buruan dan tali pengikatnya ialah dengan menulis/mencatat".
3. Bijak membahagikan masa. Waktu sahur adalah yang paling sesuai untuk menghafal, pagi untuk mengkaji, tengahari untuk menulis dan malam hari untuk mengulangkaji dan berbincang.
4. Bijak memilih guru. Kata Ibn Sirin: "Sesungguhnya ilmu ini (ilmu hadith) adalah agama, maka lihatlah kamu daripada siapa kamu mengambil agamamu". (Muqaddimah Sahih Muslim).
5. Merujuk kepada ahli ilmu. Mafhum firman Allah: "maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikr (ulama) jika kamu tidak mengetahui". (an-Nahl:43)
6. Mengurangkan bergaul dengan orang yang banyak bermain dan kurang berfikir.
7. Meninggalkan maksiat. Kata Waki' kepada as-Syafi'e: "sesungguhnya ilmu itu cahaya Allah dan cahaya Allah tidak akan ditunjuk kepada ahli maksiat".
8. Berdoa agar ditambah ilmu. Firman Allah: "…dan katakanlah (Muhammad)! Tuhanku! Tambahkanlah bagiku ilmu pengetahuan" (Toha:114)

Penutup

Menjadi tanggungjawab manusia beriman menuntut ilmu. Sikap tamakkan ilmu dan merasa tidak cukup dengan ilmu yang sedia ada merupakan suatu sifat mulia. Untuk itu juga sangat wajar bagi setiap penuntut ilmu menyediakan ruang dalam dirinya agar dapat berpatah balik dari pandangannya yang tidak tepat. Janganlah dibiarkan keegoan menguasai jiwa hingga menyebabkan tidak bersedia mengaku kesalahan diri. Jadilah seperti para imam-imam salaf yang secara senang hati mengubah pendirian apabila sampai kepada mereka kebenaran. Contoh yang terbaik tentulah al-Imam As-Syafi’e yang menarik pendiriannya yang lama (mazhab qadim) kepada pendirian yang baru (mazhab jadid). Semoga Allah mentaufiqkan kita semua untuk memperolehi ilmu yang diredhai-Nya.
Ewan_sn
Ahli kitab tolak kebenaran

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sheikh Sya'rawi berkata: "Firman Allah SWT yang bermaksud: Jika mereka berpaling menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui sejak azali lagi bahawa mereka tidak sanggup mubahalah. Dengan sebab itu dihukumkan mereka sebagai golongan perosak. Kemudian Allah memerintahkan Rasul-Nya supaya mendakwah mereka kepada agama yang sempurna kerana mereka beriman dengan Tuhan, langit dan kitab. Justeru, Allah paparkan ayat ini.

Ayat ke-64:

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Sebab Nuzul.

'Adiy Ibn Hatim meriwayatkan katanya: "Pada suatu ketika aku mengunjungi Nabi SAW sedangkan di leherku ada tanda salib yang diperbuat daripada emas. Lalu Baginda bersabda, "Lemparkanlah berhala ini daripada dirimu".

Kemudian aku mendengar Baginda membaca sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: "Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah". Lalu aku bertanya kepadanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah mereka". Lalu sabdanya: "Bukankah mereka menghalalkan dan mengharamkan sesuatu kepada kamu? Lalu kata-kata mereka itukah yang kamu pegang?". Jawabnya, "Ya". Lalu Nabi SAW bersabda, "Ya itulah halnya".

Ayat ini mengandungi dasar bahawa segala persoalan agama seperti ibadah, penetapan halal dan haram, hanyalah dibenarkan semata-mata berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW iaitu seorang manusia yang bersih daripada sebarang dosa. Ia bukan berdasarkan kepada pendapat seorang tokoh mujtahid ataupun seorang ahli fiqh yang mahir.

Ini kerana seseorang yang mengambil dasar agamanya di luar daripada sabda Rasulullah SAW bererti menyekutukan Allah daripada aspek sifat Rububiyyah dan menyimpang daripada petunjuk al-Quran.

Ibn Ishaq dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: "Orang Nasrani Najran dan pendeta-pendeta Yahudi berkumpul di sisi Rasulullah SAW lalu mereka bertengkar di sisi Baginda.

Pendeta-pendeta Yahudi berkata : "Ibrahim itu adalah seorang Yahudi". Tetapi orang Nasrani pula berkata: "Ibrahim adalah seorang Nasrani". Kemudian Allah SWT menurunkan ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: "Ayat ini adalah umum kepada ahli Kitab sama ada Yahudi atau Kristian dan yang mengikut jejak langkah mereka".

ii. Al-Qurtubi berkata: "Mereka iaitu golongan Yahudi, atau ahli Kitab ditujukan ucapan ini kerana menjadikan paderi-paderi mereka dalam ketaatan sama seperti tuhan-tuhan".

iii. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengandungi kenyataan tentang keesaan Allah SWT dengan firman-Nya: Bahawa tiada yang berhak kita sembah melainkan Allah.

Kenyataan keesaan dalam sifat Rububiyyah dengan firman-Nya: Dan tiada seorang pun daripada kita mengangkat yang lain menjadi Tuhan, selain daripada Allah.

Ayat ke-65.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai ahli Kitab! mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; Patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

Sebab Nuzul.

Ibn Abbas meriwayatkan, katanya: "Telah berkumpul orang-orang Nasrani, Najran dan pendeta-pendeta Yahudi dengan Nabi SAW. Mereka itu bertengkar di hadapan Nabi. Pendeta Yahudi berkata: "Tidak lain Ibrahim itu ialah orang Yahudi". Dan orang Nasrani pula berkata: "Tidak lain Ibrahim itu ialah orang Nasrani". Maka Allah SWT turunkan ayat ini".

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn kathir berkata: "Allah mengingkari kepada Yahudi dan Kristian apabila mereka berhujah tentang Ibrahim a.s dan mendakwa bahawa ia di kalangan mereka".

ii. Al-Maraghi berkata: "Jika agama Nabi Ibrahim a.s itu dianggap sebagai agama Yahudi, tentu Taurat akan menyebut seperti yang disebut oleh orang Yahudi itu. Kalau benar Baginda beragama Nasrani pasti Injil turut menyebutnya sebagaimana yang diucapkan oleh orang Nasrani.

"Malangnya kitab Taurat atau Injil tidak menyebut sama ada Nabi Ibrahim a.s beragama Yahudi atau Nasrani".

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Ayat yang lalu memerintahkan Nabi Muhammad SAW mengundang Ahli Kitab untuk menyaksikan bahawa beliau dan umat beliau adalah orang-orang muslim yang menyerahkan diri kepada Allah SWT sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan diwasiatkan olehnya".

Ayat ke-66.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Ingatlah! kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Al-Biqa'i dalam tafsirnya menjelaskan makna penutup ayat ini sebagai berikut: "Allah SWT pengetahuan-Nya mencakupi segala sesuatu, mengetahui bahawa bantahan kamu pada hakikatnya adalah terhadap Allah SWT. Kamu pun mengetahui bahawa ilmu-Nya mencakupi seluruh apa yang kamu bantah.

"Kamu juga mengetahui bahawa kamu tidak mengetahui, yakni pada dasarnya tidak mempunyai pengetahuan kecuali apa yang diajarkan Allah SWT kepada kamu".

ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Kamu telah berdebat dengan mereka berdasarkan Taurat bahawa pintu adalah terbuka sedangkan kamu tidak mengetahui apa yang Allah mengetahuinya dengan segala sifat rahmat dan mengetahui segala perkara ghaib".

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Ayat ini turun dalam konteks kecaman yang berbantah-bantah atau berdiskusi pada dasarnya, tetapi pada hakikatnya pesan yang dikandungnya tertuju kepada setiap orang".

iv. Hamka berkata: "Nabi Isa ss telah lahir ke dunia dan kamu sendiri telah mengetahui sejelas-jelasnya peristiwa kelahirannya.

"Hal ini terang dan nyata kamu ketahui dan ada yang menidakkan kekuasaan Allah SWT untuk menjadikan makhluk-Nya tanpa perantaraan ibu bapa.

"Demikian juga kamu bertengkar tentang Nabi Ibrahim a.s yang kamu tidak pasti agama dia. Allah jugalah yang Maha Mengetahui daripada segala-galanya".

Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kedegilan dan keengganan golongan ahli kitab daripada kebenaran sekalipun telah nyata cahaya dan sinar kebenaran tersebut.
Ewan_sn
Orang zalim tidak diberi petunjuk
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sheikh Abu Zahrah berkata, sesungguhnya Allah SWT mempunyai peraturan dan sunnah yang kukuh pada makhluknya. Sebagaimana alam berjalan atas qanun yang thabit, tidak menerima perubahan kecuali dengan kehendak Allah.

Begitu juga di sana peraturan-peraturan pada jiwa yang tidak menerima perubahan kecuali dengan kehendak Tuhan.

Termasuk dalam sunnahnya bahawa jiwa-jiwa tidak mendapat petunjuk kecuali yang menuntut kebenaran dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Ayat ke-86

Firman Allah SWT yang bermaksud: Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada kaum yang zalim.

Sebab Nuzul

Terdapat tiga sebab nuzul:

*Seorang lelaki di kalangan Ansar telah murtad dan mengikut golongan musyrikin kemudian turunnya ayat ini. Selepas itu kaumnya menulis surat kepadanya dan dia pulang bertaubat. Inilah riwayat Ikrimah daripada Ibn Abbas r.a.

*Diturunkan pada ahli kitab yang mengenali Nabi SAW kemudian kufur. Inilah riwayat 'Atiah daripada Ibn Abbas r.a.

*Ikrimah berkata, ada 12 lelaki termasuk Abu Amir al-Rahib dan al-Harith Ibn Suwayd keluar daripada Islam dan bergabung dengan golongan Quraisy.

Mereka kemudiannya menulis surat kepada keluarga mereka, menanyakan: "Apakah kami masih ada peluang bertaubat? Lalu turunlah ayat ini kepada mereka. Dan sebahagian besar riwayat menyebut kejadian ini menjadi sebab turunnya ayat ini".

Iktibar dan fiqh ayat

*Al-Maraghi berkata, ayat ini menyatakan betapa jauhnya kemungkinan mereka untuk mendapat hidayah menurut sunnatullah yang berlaku pada manusia dan sebagai makluman kepada nabi agar jangan mengharapkan sangat mereka ini beriman.

Ini kerana salah satu sunnatullah untuk menunjukkan manusia kepada kebenaran ialah dengan mengutarakan dalil-dalil dan bukti-bukti kepada mereka, di samping melenyapkan rintangan-rintangan yang dapat menghalang daripada keadaan yang sebenar bagi mencapai matlamat.

Lantaran demikian, Allah SWT menetapkan bahawa mereka berada jauh daripada orang yang sebelum mereka. Dengan cara ini mereka akan mengimani kerasulannya.

*Mohamad Quraish Shihab berkata, keberatan atau pertanyaan itu menghairankan kerana bagaimana Allah akan memberi petunjuk.

Yakni kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakan petunjuk-petunjuk kepada suatu kaum yang kafir enggan taat sesudah mereka beriman dengan adanya fitrah kesucian yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia. Serta mereka telah mengakui bahawa Muhammad itu benar-benar Rasul, dengan bukti-bukti yang terdapat dalam diri baginda serta bukti-bukti yang lain khususnya al-Quran.

Selain itu, telah datang keterangan-keterangan kepada mereka melalui para nabi terdahulu dan termaktub pula dalam kitab Taurat dan Injil.

Bagaimana mungkin Allah memberi kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakan tuntutan-Nya kepada mereka sedangkan mereka sendiri tidak mahu patuh dan memanfaatkan petunjuk yakni potensi dan informasi yang diberikan Allah SWT. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.

*Al-Hasan meriwayatkan bahawa orang-orang Ahli Kitab dari Yahudi dan Nasrani telah mengetahui tentang sifat-sifat Nabi SAW di dalam kitab mereka.

Mereka telah mengaku serta memberikan penyaksiannya bahawa yang demikian itu adalah benar. Apabila Nabi yang dibangkitkan bukan di kalangan mereka lalu dimusuhi dan diingkari seruannya.

Ayat ke-87

Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikat-Nya sekelian orang-orang (yang beriman).

Iktibar dan fiqh ayat

*Ibn Kathir berkata, mereka dilaknat oleh Allah dan segala makhluk Allah melaknat kepada mereka.

*Al-Maraghi berkata, mereka berhak mendapat kemurkaan daripada Allah SWT, kemurkaan malaikat dan semua manusia kerana apabila manusia sedar sifat mereka yang sebenarnya, serta-merta mereka dilaknat Allah SWT.

Ini kerana sifat mereka ini akan mendorong orang yang mengetahuinya mengeluarkan kutukan dan kemarahan.

*Al-Sonhadji berkata, orang-orang yang kufur sesudah beriman akan dibalas dengan azab dan kemurkaan Allah SWT serta laknat Malaikat-malaikat dan sekelian manusia.

Mereka akan jauh daripada mendapat rahmat Allah sehingga tidak akan mendapat belas ihsan sama sekali. Maksud orang yang dikutuk ialah jauh daripada kerahmatan Allah SWT.

Ayat ke-88

Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian.

Iktibar dan fiqh ayat

*Ibn Jauzi berkata, mereka menzahirkan dalam kesesatan dan membaiki apa yang mereka rosakkannya dan terpedaya siapa yang mengikut mereka.

*Al-Maraghi berkata, penyeksaan yang diterima tidak akan dikurang sedikit pun dan tidak ditangguhkan waktunya kerana sesuatu alasan yang mereka ajukan itu.

Perkara ini disebabkan hati mereka yang telah dipenuhi titik-titik hitam ingkar menolak kebenaran. Sehubungan itu, kemurkaan Allah SWT ditimpa kepada mereka, walau ke mana mereka pergi atau berada tidak akan dapat lari dari azab ini.

*Mohamad Quraish Shihab berkata, mereka kekal di dalamnya. Yang dimaksud dengan kekal adalah tinggal dalam waktu yang sangat lama di dalamnya, yakni laknat neraka.

Mereka juga tidak diberi tangguh dalam seksaan yang diterimanya sebagaimana penangguhan yang mereka dapatkan ketika hidup di dunia atau mereka tidak akan dilihat oleh Allah dan para malaikat dengan pandangan kasih sayang. Demikian perubahan yang menanti orang-orang yang zalim itu.

*Al-Sonhadji berkata, mereka akan kekal terseksa dan selama-lamanya dalam keadaan terkutuk. Seksa tersebut sedikit pun tidak akan diringankan oleh Allah SWT.

Pelaksanaan seksa yang dijalankan ke atasnya tidak akan ditangguh-tangguh walau sesaat.

Ayat ke-89

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Iktibar dan fiqh ayat

*Ibn Jauzi berkata, ayat ini menjadi pengecualian siapa yang bertaubat daripada yang tidak bertaubat. Sebahagian kaum menyangka bahawa ia dinasakhkan kandungannya kecuali siapa yang bertaubat sebelumnya daripada ancaman.

*Al-Maraghi berkata, ayat ini mengisyaratkan bahawa taubat yang tidak membuahkan amal soleh tidak ada ertinya dari sudut agama.

Ini disebabkan ramai manusia yang melahirkan perasaan taubat melalui penyesalan, istighfar dan meninggalkan dosa tetapi masih melakukan dosa-dosa itu.

Hal ini berlaku kerana taubatnya tidak memberi kesan kepada jiwa yang boleh mengingatkan dirinya di kala lupa, memberinya petunjuk kepada jalan yang boleh memperbaiki sifat-sifat mereka dan meluruskan kebengkokan langkahnya.

*Mohamad Quraish Shihab berkata, ini adalah pengecualian terhadap mereka yang tidak patuh atau mencari agama selain Islam.

Penulis kemukakan bahawa perubahan yang disiapkan Allah bagi yang mencari agama atau kepatuhan kepada Allah ada dua perubahan iaitu perubahan duniawi dan ukhrawi.

*Al-Sonhadji berkata, bahawasanya mereka yang dikatakan dalam ayat ini ialah Abu Amir, seorang pendeta dan al-Harith bin Suaid serta beberapa orang lain yang semuanya berjumlah 12 orang, telah keluar dari agama Islam lalu memihak kepada orang Quraisy Mekah.

Setelah tinggal beberapa di sana mereka menyesal, lalu menulis surat kepada keluarga mereka dan bertanya: "Bolehkah kami bertaubat?" Maka Allah turunkan ayat ini.

Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa bertaubat dan melakukan islah dan kebaikan kepada masyarakat kepada masyarakat, bangsa dan negara. Amin.
Ewan_sn
Taubat
By Ouyangfeng

"Daripada Abi Said al-Khudri r.anhu bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima? Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat." (HR Muslim)

dalam hadis ini, beberapa iktibar boleh diambil :

1. Semua dosa kecuali syirik akan diampunkan oleh Allah. Maka jangan berputus asa dari rahmat Allah.

2. Dosa besar hanya akan diampunkan apabila bertaubat. Manakala dosa2 kecil boleh terhapus dengan istighfar dan membanyakkan amal ibadah.

3. Untuk menjadikan taubat lebih berkesan, perlu berhijrah daripada tempat yg biasa kita melakukan maksiat ke tempat orang2 soleh yang ramai melakukan amal kebaikan. Supaya suasana yg baik itu akan membentuk akhlak kita yg dah biasa dengan dosa.

4. Niat yg baik disertai dengan azam (seperti hadis di atas, pemuda itu dengan azam yg kuat melangkah kaki ke tempat yg ditunjuk oleh org alim tsb dengan niat nak bertaubat) dan amal yg baik akan mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Kebaikan itu pasti akan mengatasi kejahatan. Firman Allah s.wt. "Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat." (Hud : 114)

6. Taubat itu akan menghapuskan segala dosa2 yg lalu.

7. Jika ingin menuntut ilmu atau meminta nasihat, mintalah dari orang alim. Orang berilmu akan menunjukkan kita jalan yg betul. Jangan minta / berpegang pada pandangan orang jahil walaupun dia seorang yg kuat ibadah (dlm hadis tersebut digambarkan sebagai pendeta), kerana mereka akan memberi pandangan yang tidak berada dlm ilmu mereka (panduan emosi / akal semata2)...mereka itu akan sesat dan bakal menyesatkan orang lain.
Ewan_sn
Berusaha supaya tidak menjadi miskin


MANUSIA yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar." (Riwayat Abu Naim)

HuraianPengajaran Hadis:

Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya.

Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat. (Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Ewan_sn
Perintah mencegah kemungkaran
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: "Selepas Allah SWT mengarahkan orang Islam supaya berpegang dengan tali Allah SWT iaitu al-Quran al-Qarim dan jangan berpecah-belah lantas Allah menerangkan jalan dan cara untuk berpegang iaitu kesatuan dan juga pelaksanaan amar makruf nahi mungkar." Oleh yang demikian Allah SWT fardukannya dengan ayat di atas.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Kalimah lam (pada perkataan waltakum adalah lam perintah). Yakni hendaklah terdapat di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Ayat ini mengandungi perintah menyeru kepada kebaikan. Ditafsirkan oleh sebahagian ulama seperti berikut. Kalimah man di dalam ayat ini dinamakan litab'ngid ertinya untuk sebahagian.

Jelasnya perintah menyeru kepada kebaikan di sini bukanlah ditumpukan hanya kepada sebahagian umat Islam sahaja, tetapi ditumpukan kepada setiap umat Islam yang mukalaf berdasarkan firman Allah SWT (Terjemahan: surah al-Imran: 110) Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Maka berdasarkan ayat ini wajiblah atas setiap umat Islam yang mukalaf itu melaksanakan al-Amr Makruf al-Nahi al-Munkar iaitu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat kejahatan.

ii. Adapun cara melarang berbuat kejahatan atau mungkar itu sama ada dengan tangannya yakni tindakan keras, atau lisannya dengan memberikan nasihat atau sekurang-kurangnya mengingkarkan dengan hati.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )

iii. Cara mengubah mungkar ada tiga jenis:

lMengubah dengan tangan iaitu menggunakan kekuatan atau kekuasaan orang menurut cara yang lebih berkesan. Bukan dengan cara yang membawa pertumpahan darah atau menimbulkan kekacauan yang lebih dahsyat bencananya dari perbuatan mungkar itu sendiri.

lMengubah dengan lidah setelah tidak dapat gunakan tangan. Ini dibolehkan jika ada faedah atau kesannya kerana dapat diterima dan dipatuhi nasihat atau tunjuk ajar kemudian perkara mungkar itu dihentikan.

lMengubah dengan hati setelah kedua-dua cara yang diterangkan tadi gagal dan tidak memberi kesan. Ini dikenali sebagai tanda selemah-lemah iman.

Namun demikian, ia adalah fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam. Ertinya wajib atas mereka mengingkari perkara yang mungkar itu dengan hati. Hal ini pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabda-Nya yang bermaksud: "Apabila dikerjakan kejahatan dalam permukaan bumi, maka orang yang menyaksikannya tetapi dia membencinya seperti orang yang tidak melihat perbuatan tersebut. Dan barang siapa yang tidak melihat kejahatan itu tetapi dia suka akannya maka dia seperti orang yang menyaksikan perbuatan tersebut".

Maka di atas tafsiran ayat dan hadis yang disebutkan itulah membawa pengertian hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru orang supaya berbuat kebajikan dan mencegah orang daripada mengerjakan kejahatan

iv. Al-Maraghi berkata: "Mereka yang melaksanakan dakwah ini harus memenuhi syarat-syaratnya agar dapat mencapai matlamat dengan baik dan teladan dalam aspek ilmu dan amalan:

lMemahami isi kandungan al-Quran, sunnah dan jejak langkah Nabi SAW serta para Khalifah al-Rasyidin.

lPeka dengan keadaan masyarakat yang menjadi sasaran dakwah, dari aspek selok-belok masalah, kesediaan, tabiat, akhlak dan pergaulan mereka dengan masyarakat.

lMenguasai bahasa masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya. Nabi SAW pernah menyuruh beberapa orang sahabatnya mempelajari bahasa Ibrani bagi kemudahan berkomunikasi dengan bangsa Yahudi yang menjadi jiran Baginda dan mengetahui mereka yang sebenar.

lMengetahui agama dan tradisi serta berbagai-bagai aliran di kalangan pelbagai umat demi memudahkan dirinya mengetahui mana yang batil dari yang betul.

v. Al-Sonhadji berkata: "Kita mendapati bahawa ayat ini ditujukan kepada setiap umat Islam bertanggungjawab dengan tidak ada kecualinya bahkan semuanya hendaklah menyeru kepada kebaikan, caranya dengan menyuruh manusia berbuat kebajikan dan menegah kejahatan.

Tanggungjawab untuk melaksanakan

"Masing-masing mengikut taraf dan kemampuannya. Hendaklah mereka melantik sekumpulan umat yang dapat menjalankan kewajipan itu, manakala sesuatu kesalahan atau penyelewengan segeralah memperbaikinya supaya tidak menimbulkan kebinasaan terhadap umat tadi".

vi. Sayid Qutub dalam tafsirnya berkata: "Penggunaan dua kata yang berbeza itu menunjukkan keharusan adanya dua kelompok dalam masyarakat Islam.

"Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua ini tentulah memiliki kekuasaan di bumi.

"Ajaran Ilahi di bumi ini bukan sekadar nasihat, petunjuk dan penjelasan. Ini adalah salah satu tanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan dan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran".

Akhir kata penulis meminjam kata-kata Dr. Aid al-Qarni berkenaan dengan nasihatnya melalui buku Ihfazillah Yahfazka yang menyebut: "Dan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan para wali Allah itu adalah orang yang bergelut dan bergaul dengan masyarakat yang luas.

"Di dalam Islam, tidak ada seorang alim yang menutup dirinya hanya di dalam rumah dan tidak keluar ke khalayak ramai untuk menyebarkan manfaat ilmunya kepada mereka. Orang seperti ini bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah.

"Kamu akan mendapati para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah di masjid, di tempat terbuka, di jalan raya, di forum-forum, di tempat perkumpulan manusia dan di kampus-kampus universiti dan sebagainya.

"Mereka sentiasa mengajar manusia dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Allah anugerahkan kepada mereka dan tidak kedekut terhadap ilmunya".

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan kita semua harus mencontohi dan meneladani pendirian dan peranan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah yang melayakkan untuk menghuni syurganya. Amin
Ewan_sn
Sejahat-jahat makhluk


Hadith : Dari Aisyah r.a. katanya,:”Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,:”Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Al-Bukhari)

Huraian:

Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir.

Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai Tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja.

Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w.

Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya.

Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ewan_sn
Larangan lantik munafik sebagai pembantu
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka, dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan. (ali-‘Imran: 118-120)

Sheikh Sya’rawi berkata : Selepas Allah menjelaskan betapa Dia tidak menzalimi seseorang tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri kerana menafkah pada tempat yang tidak diterima melainkan gugurlah segala amalan mereka. Itulah keadilan Allah seterusnya Allah berfirman.

Sebab Nuzul ayat ke-118

Ibn Abbas dan Mujahid berkata: “Ayat ini diturunkan kepada kaum yang beriman, berbaik dengan munafik dan Yahudi keran hubungan kerabat, rakan, jiran, susuan, dan perjanjian. Lantas mereka dilarang daripada mengambil golongan tersebut sebagai penasihat”.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: “Allah dengan tegas melarang hamba-Nya yang beriman daripada menjadikan golongan munafik sebagai penasihat dan pembantu setia mereka.

ii. Al-Qadhi Abu Ya’la berkata: “Ayat ini menjadi dalil tidak harus meminta tolong dengan ahli Zimmah dalam urusan orang Islam”.

iii. Al-Maraghi berkata: “Kebiasaan ini diikuti pula oleh pemerintahan Abbasiah dan raja-raja Islam lain dari aspek pemakaian beberapa tenaga dalam menjalani urusan pemerintahan sama ada dilantik daripada kalangan Yahudi mahupun Nasrani.

“Situasi ini berjalan sampai sekarang. Sebahagian besar duta besar kerajaan Uthmani dan konsul-konsulnya adalah terdiri daripada orang Nasrani”.

Firman-Nya: Mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Kalimat ini bukanlah dapat memberi penjelasan yang konkrit. Kerana itu, ia mengandungi perintah untuk mencari bukti-bukti yang lebih nyata dan jelas pada sikap tingkah laku mereka. Itulah agaknya yang menjadi sebab sehingga ayat ini diakhiri dengan jika kamu berakal, bukan bila kamu mengetahui atau memahami. Dalam hal ini, kaum muslimin diperintahkan menggunakan akal dan fikiran untuk menimbang dan menganalisis sikap dan tingkah laku penentang-penentang Islam.

iv. Hamka berkata: “Kalimat ini ialah bhitanah, bermaksud kawan rapat atau sahabat karib. Ayat ini melarang orang mukmin berteman dengan orang yang bukan dari golongan mereka sendiri. “Mereka sangka orang lain akan jujur sepertinya tetapi itulah musuh yang paling jahat dan kejam kerana mereka tidak pernah reda dengan umat Nabi Muhammad SAW”.

Sebab Nuzul ayat ke-119

Ibn Abbas berkata: “Kebanyakan orang Ansar menjalin hubungan dengan orang Yahudi. Apabila mereka memeluk Islam, Yahudi begitu marah terhadap mereka lantas turunnya ayat ini”.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Berkenaan kasih sayang orang beriman terhadap mereka mempunyai empat pandangan:

– Cenderung kepada mereka secara tabiat seperti hubungan kerabat dan lain-lain. Inilah pendapat Ibn Abbas.

– Dengan makna rahmat. Apa yang mereka lakukan maksiat akan dibalas dengan azab. Inilah pendapat al-Qatadah.

– Orang munafikin menzahirkan iman kerana orang munafikin menzahirkan iman. Inilah riwayat Abu al-‘Aliyah.

– Harapan supaya mereka memeluk Islam. Inilah pendapat al-Mufaddhal dan al-Zajjaj.

ii. Al-Maraghi berkata: “Perasaan yang ditonjolkan oleh orang mukmin kepada golongan kafir dan begitulah perwatakan mereka merupakan bukti yang paling jelas bahawa Islam ini adalah agama rahmat dan bersikap toleransi, dan tidak mungkin lagi ada agama lain yang dapat memiliki sikap yang lebih baik daripada ini”.

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Penutup ayat ini sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati, dapat difahami sebagai bahagian yang diperintahkan untuk diucapkan sebagaimana dikemukakan di atas.

“Ia juga dapat difahami dalam erti huraian yang tersendiri. Jika demikian, ia adalah informasi kepada mereka dan juga kepada umat Islam bahawa kebencian dan kedengkian mereka itu diketahui Allah.

“Informasi ini penting, kerana mereka menyembunyikan daripada semua pihak termasuk kaum muslimin yang masih menjalin hubungan kasih sayang dengan lawan-lawan itu”.

iv. Hamka berkata: “Kamu belas kasihan kepada mereka dan mengharap ia mendapat petunjuk agar dapat merasakan nikmat hidup beragama tetapi mereka tidak menyambut seruan dan kasih sayang kita”.

Iktibar dan fiqh ayat ke-120

i. Al-Alusi berkata: “Sebahagian ahli tahqiq berpendapat lebih elok dan utama dikatakan ia menjadi dalil atas melampaunya mereka dalam kegembiraan dan dukacita”.

ii. Al-Maraghi berkata: “Ayat ini memberikan pengajaran kepada kaum mukmin dari aspek pergaulan dengan pihak musuh.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh orang beriman agar bersabar menghadapi api permusuhan dengan golongan kafir yang dilitupi dengan perasaan benci kepada mereka dan sentiasa berhati-hati terhadap rancangan jahat mereka.

“Dalam hal ini orang mukmin tidak disuruh membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama. Sudah menjadi kebiasaan bagi al-Quran menyuruh mereka melakukan perbuatan yang membawa ke arah kecintaan dan kebaikan dan melawan kejahatan dengan kebaikan.

“Ayat ini masih melanjutkan huraian tentang orang-orang yang tidak wajar diangkat menjadi teman dan tempat untuk menyimpan rahsia atau diserahi urusan-urusan kaum muslimin yang menentukan masa depan Islam dan penganutnya.

“Mereka itu di samping sifat-sifatnya yang disebutkan pada ayat-ayat yang lalu jika kamu disentuh, yakni mendapatkan walau sedikit kebaikan seperti nikmat kesihatan, keuntungan material, kemenangan nescaya mereka bersedih hati akibat sentuhan yang sedikit itu, tetapi jika kamu ditimpa bencana yang besar barulah mereka bergembira kerananya.

iii. Hamka berkata: “Tidur mereka sudah tidak tenang lagi, makanpun tidak rasa nikmatnya lagi. Mereka sendiri yang meracuni jiwa mereka dengan rasa benci dan dendam itu. Mereka tidak senang dengan kesenangan orang lain.

“Mereka mempunyai hati yang busuk kerana mendengki dan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Perbuatan mereka sungguh aib dan dimurkai Allah SWT”.

Semoga umat Islam sentiasa mendapat keredaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amin.

Ewan_sn
Hukuman Rejam di dalam Bible

Musuh-musuh Islam mengatakan hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesungguhnya, hukuman rejam dengan batu sehingga mati kepada pesalah zina BUKANLAH HANYA terdapat di dalam Islam sahaja. Di dalam sebuah hadith:

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]

Berdasarkan hadith di atas, di dalam Kitab Taurat, terdapat hukuman rejam bagi penzina lelaki dan perempuan. Tetapi persoalannya… Adakah benar terdapat ayat yang menyebut tentang hukuman rejam di dalam Taurat? Kita umat Islam wajib mempercayai hadith tersebut kerana kesahihan hadith tersebut. Tetapi, ketahuilah… hadith di atas adalah BENAR. Mari kita lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama ini:

22:22 Kalau seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan istri orang lain, kedua-duanya harus dihukum mati. Dengan demikian kamu memberantas kejahatan itu.
22:23 Misalkan di dalam kota seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunangan dengan orang lain.
22:24 Dalam hal itu mereka harus dibawa ke luar kota dan DILEMPARI DENGAN BATU SAMPAI MATI. Gadis itu harus dibunuh karena ia tidak berteriak minta tolong, sedangkan hal itu terjadi di dalam kota, di mana teriakannya dapat didengar. Dan orang laki-laki itu harus dibunuh karena ia bersetubuh dengan gadis yang sudah bertunangan. Dengan menghukum kedua-duanya, kamu memberantas kejahatan itu.


[Revised Standard Version of the Bible, Old Testament (Kitab Perjanjian Lama), Deuteronomy (Ulangan), Chapter (Bab) 22, Verse (Ayat): 22-24]

Nah… sudah terang lagi bersuluh. Benarlah hadith di atas yang mengatakan hukaman rejam terdapat di dalam Taurat. Maka, tertutuplah mulut musuh-musuh Islam yang mengatakan undang-undang Islam itu zalim sedangkan tuduhan itu BATIL. Sesungguhnya Judaism dan Christianity juga mempunyai undang-undang rejam bagi kesalahan zina. Tetapi kita harus ingat bahawa, Bible yang ada hari ini tidaklah serupa seperti yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. kerana Taurat dan Injil kebanyakan ayatnya sudah ditukar dan dipalsukan.

Di dalam Islam, lelaki dan perempuan yang berzina akan dihukum dengan seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun bagi mereka yang belum berkahwin, sebagaimana firman Allah s.w.t:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. [Surah An-Nur: 2]

Dan hadith:


Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar orang yang belum berkahwin yang bersalah melakukan zina, disebat 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. [Sahih Al-Bukhari]

Manakala orang yang sudah berkahwin, jika melakukan zina, maka hukumannya adalah direjam dengan batu sehingga mati, sepertimana hadith:

Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari: Seorang lelaki daripada Bani Aslam telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan memberi tahu Baginda bahawa dia (lelaki tersebut) telah melakukan zina, dan dia telah mengangkat sumpah pengakuan (melakukan zina) sebanyak empat kali. Rasulullah s.a.w. telah mengeluarkan perintah supaya lelaki itu direjam sehingga mati kerana dia (lelaki tersebut) telah berkahwin. [Sahih Bukhari]

Sesungguhnya untuk menjatuhkan hukuman hudud ini terhadap seseorang amatlah susah kerana ketatnya syarat-syarat yang dikenakan. Antara syarat-syaratnya ialah hendaklah ada empat orang saksi yang adil melihat perbuatan zina itu sepenuhnya, orang yang melakukan zina itu tidak pula gila dan dipaksa melakukan zina dan beberapa syarat lain lagi. Selain itu, mereka yang menuduh seseorang itu berzina tanpa mendatangkan empat orang saksi yang adil, akan dikenakan pula hukuman mega_shok.gif kali sebatan, sebagaimana firman Allah s.w.t.

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. [Surah An-Nur: 4]

Islam adalah agama yang ADIL dan sekali-kali tidak menzalimi sesiapapun, tetapi manusialah yang menzalimi dirinya sendiri apabila tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan rasul-Nya. Wa Allahu A'lam...


Untuk rujukan berkenaan zina dan isu-isu berkaitannya di dalam Al-Quran, telah saya lampirkan di bawah ini.

Kejahatan Zina

Hukum berzina
Kekejian berzina: 4:24, 4:25, 5:5, 17:32, 19:28, 23:7, 70:31
Keutamaan meninggalkan hal-hal yang keji: 4:31, 17:32, 23:5, 23:10, 23:11, 42:37, 53:32, 70:29, 70:30, 70:31
Dipaksa berbuat zina: 24:33
Zina anggota badan: 24:30, 24:31
Penetapan berzina
Kesaksian atas zina: 4:15, 24:4, 24:13
Sanksi berzina
Mendera pelaku zina
Jumlah dera bagi pelaku zina: 24:2
Mendera perawan pelaku zina: 24:2
Mendera hamba wanita pelaku zina: 24:25
Cara-cara mendera pelaku zina: 24:2
Tuduhan Zina
Hukum menuduh orang lain berbuat zina
Menuduh berzina adalah dosa besar: 24:4, 24:23
Sanksi menuduh orang lain berbuat zina
Mendera orang yang menuduh berzina: 24:4
Kesaksian penuduh zina tidak diterima: 24:4
Penuduh zina yang menyesal dan menarik kembali tuduhannya: 24:5




Rujukan:


Interpretation of The Meanings Of The Noble Qur’an in the English Language, Volume 5

Bible, Revised Standard Version dan terjemahan Indonesia
Ewan_sn
Jangan terperangkap akibat kejahilan


DALAM sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mengada-adakan yakni mebuat-buat sesuatu dalam urusan agama kita yang tidak terdapat ajarannya dalam agama, maka hal itu wajiblah ditolak (yakni tidak boleh diterima atau ditiru).

Hadis tersebut memperingatkan umat Islam supaya jangan mudah terpedaya dengan bidaah yang menyimpang daripada ajaran agama Islam. Tetapi malangnya sehingga ke hari ini masih ada umat Islam terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.

Anehnya, ada amalan dalam ajaran itu yang sah-sah tidak masuk akal, termasuklah solat boleh ditunaikan dengan niat sahaja atau tidak perlu ke Mekah untuk menunaikan haji.

Walaupun ia tidak logik tetapi disebabkan pelaksanaannya mudah, maka ramailah umat Islam yang terpengaruh. Mereka sudah tidak mahu lagi memikirkan sama ada ajaran atau suruhan yang diperkenalkan itu betul atau tidak. Akibat daripada kejahilan ini, maka muncullah individu yang boleh dianggap sebagai 'makhluk perosak' kepada kesejahteraan umat Islam, apabila mengaku dirinya nabi dan sebagainya.

Walaupun dakwaan seumpama itu boleh dianggap dilakukan oleh orang yang tidak waras sahaja tetapi masih ada juga umat Islam yang terpengaruh.

Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan kehairanan kepada kita apatah lagi kalau yang terpengaruh tersebut terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Mungkin ia berlaku kerana ilmu agama mereka terlalu tipis atau mungkin juga dalam keghairahan untuk mencari ilmu itu mereka tidak mengkaji terlebih dahulu kebenaran. Apa pun mereka tidak seharusnya menjadi orang yang bodoh kerana di dalam Islam sudah terdapat tunjuk ajar dan pedoman agar bagi mengelakkan kita terjerumus dalam ajaran yang menyeleweng daripada Islam.

Rasullullah SAW bersabda:

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk iaitu petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara (ibadat) iaitu yang diada-adakan dan setiap bidaah (perkara baru yang menyalahi al-Quran dan sunnah Nabi) adalah sesat
Ewan_sn
Sabar dalam berusaha


AL-MARAGHI berkata: Ayat-ayat ini sampai ke-60 diturunkan dalam peristiwa Perang Uhud. Oleh itu, diterangkan sepintas lalu mengenai peristiwa ini agar dapat membantu para pembaca untuk memahaminya, mengetahui tempat kejadiannya, peristiwanya dan memperoleh keyakinan berhubung dengan hikmah dan hukumnya.

Iktibar dan fiqh Ayat 125

*Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi dalil bahawa baiknya pakaian putih dan kuning berbanding warna lain kerana malaikat turun dengan pakaian tersebut.

*Ibn Jarir berkata: Pendapat yang patut dianggap benar ialah yang menyatakan Allah SWT telah mengkhabarkan tentang nabi-Nya Muhammad SAW, bahawa baginda pernah bersabda kepada orang mukmin: "Tidakkah cukup bagi kamu mendapat kekuatan tambahan daripada Tuhan kamu sebanyak 3,000 malaikat? Kemudian Dia telah menjanjikan lagi kepada mereka dengan pasukan tambahan yang terdiri daripada 5,000 malaikat sekiranya mereka tetap bersabar menghadapi serangan musuh di samping bertakwa kepada Allah SWT".

*Hamka berkata: Nabi SAW disuruh memperingatkan kembali bahawa beliau pada waktu peperangan Uhud itu pernah menyampaikan kepada mereka meskipun hanya 700 orang dan musuh lebih dari 3,000 orang, Tuhan akan mendatangkan 3,000 malaikat sebagai pembantu.

Jika bertambah sabar dan takwa mereka, 5,000 malaikat akan datang menyerbu musuh bersama mereka.

Iktibar dan fiqh ayat ke-126

*Al-Zujaj berkata: Allah SWT tidak menyebut mengenai pemberian bantuan itu, kecuali untuk memberikan khabar gembira.

Al-Aziz bermaksud suatu kekuatan yang tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun. Al-Hakim pula bermaksud yang mengurus segala urusan dan peraturan yang terbaik dan tepat. Kerana itu, Dialah sahaja yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya sama ada kemenangan dari aspek lahir mahupun batin atau mengenepikan (kemenangan tersebut) terhadap sesiapa yang dikehendaki-Nya.

*Imam Ahmad, Muslim dan lain-lain telah meriwayatkan daripada Umar Ibn al-Khattab yang berkata: "Nabi SAW berdoa dalam Perang Badar: Ya Allah! Tunaikanlah apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah ! Jika kelompok kecil ini binasa, nescaya di bumi ini tidak akan ada yang menyembah-Mu selama-lamanya".

*Muhammad Quraish Shihab berkata: Penegasan Allah SWT bahawa kemenangan hanya bersumber dari-Nya, berulang-ulang kali ditekankan dalam al-Quran.

Ini bertujuan mengarahkan pandangan dan fikiran kaum muslimin agar jangan semata-mata memandang kepada jumlah pasukan atau alat-alat material tetapi hendaknya mengarahkan juga pandangan dan harapan kepada Allah SWT.

Ini menjadikan seseorang di samping berusaha sesuai dengan petunjuk-petunjuk-Nya, antara lain mengadakan persiapan juga menjadikannya tidak angkuh atau yakin meraih kemenangan dan tidak pula menjadikannya putus asa dan lari dari medan juang, jika merasa persiapannya belum mencukupi.

Seorang muslim, harus menggabungkan usaha dan doa, rasional dan supra rasional, upaya manusiawi, madad atau bantuan Ilahi.

*Hamka berkata: Ayat ini menambah dan memperkuat lagi kepentingan sabar dan takwa dengan ditambah bertawakal sebagai pegangan teguh orang yang beriman.

Dengan sabar, takwa, berdisiplin dan tawakal usaha tidak akan sia-sia bahkan kemenangan mampu dicapai dengan bantuan Allah SWT melalui malaikat.

Ini kerana kemenangan dianugerahkan oleh Allah SWT bukan dari orang lain. Allah SWT Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk yang diciptakan di muka bumi ini.

Iktibar dan fiqh ayat ke-127

*Al-Alusi berkata: Maknanya untuk membinasakan pembesar Quraisy dan pahlawan mereka dalam peperangan seperti Badar sama ada dibunuh atau ditawan.

*Al-Maraghi berkata: Tujuan Allah SWT menolong kamu melalui penambahan malaikat dalam barisan perang adalah semata-mata untuk menghancurkan, menghinakan dan membuat mereka berasa benci dengan adanya serbuan kepada mereka, sehingga mereka kembali pulang dengan penuh kekecewaan, tanpa sedikit pun harapan untuk menang.

*Muhammad Quraish Shihab berkata: Ada ulama yang mengaitkan kata membinasakan dengan tuntutan sebelumnya, iaitu perintah bertawakal, bersabar dan bertakwa.

Seakan-akan ayat ini menyatakan: "Hendaklah mereka bertakwa dan berserah diri kepada Allah SWT, agar Allah memperlakukan musuh-musuh mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya, iaitu membinasakan…" dan seterusnya seperti bunyi ayat di atas.

*Hamka berkata: Dalam peperangan Uhud, menurut satu riwayat yang jelas menyatakan kaum musyrikin yang mati dalam 18 orang dan dalam riwayat yang lain pula, Hamzah bin Abi Thalib mati dibunuh dan 30 orang yang lain juga turut terkorban.

Lebih memilukan, Saidina Hamzah ditoreh dadanya oleh Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan untuk melepaskan sakit hatinya. Hamba kulit hitam yang bernama Wahsyi telah membunuhnya dengan menggunakan lembing.

Sebab nuzul ayat ke-128

*Ibn Kathir berkata: Mengikut riwayat Imam Ahmad r.a daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW patah gigi depannya dalam peperangan Uhud dan berdarah dahinya sehingga bersabda: Bagaimana bahagia satu kaum yang melakukan pada Nabi mereka lantas Allah SWT menurunkan ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

*Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a: Bahawa Nabi SAW telah patah gigi taringnya dalam Perang Uhud, wajahnya pula terkena anak panah sehingga mengalirkan darah lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Bagaimana suatu kaum yang berbuat seperti ini kepada nabinya akan memperolehi kejayaan, padahal baginda menyeru mereka kepada Tuhan mereka (pencipta sebenar)".

*Al-Maraghi berkata: Kaum mukminin dalam Perang Badar sememangnya berasa yakin dengan pertolongan Allah SWT kepada nabi-Nya dan bantuan kemenangan untuk agama-Nya.

Iman mereka tidak sedikit pun berasa lemah atau tindakan kaum musyrikin yang mengusir golongan Muhajirin dari kampung halaman dan harta mereka dirampas, ketika mereka melihat tanda-tanda kemenangan.

Sememangnya lebih besar pengaruhnya dalam menghancurkan pihak musuh daripada mematuhi peraturan-peraturan yang zahir, seperti kekuatan ketenteraan, taat kepada pemimpin, gigih mengharung sebarang rintangan, memiliki ilmu strategi perang, dan memahami corak peperangan secara praktikal.

*Al-Biqa'i menghubungkan ayat ini dengan ayat-ayat sebelumnya dengan titik tolak dari peristiwa yang terjadi pada perang Uhud. Ketika itu pakcik Nabi SAW, yakni Saidina Hamzah Ibn Abdul Mutalib terbunuh dan mayatnya diperlakukan secara sangat tidak wajar.

Perut beliau dibelah dan hatinya dikeluarkan untuk dipotong dan dikunyah oleh Hindun Ibn Utbah Ibn Rabiah sebagai balas dendam kerana pakcik Nabi SAW itu membunuh ayah Hindun yang musyrik dalam perang Badar setahun sebelum terjadinya perang Uhud ini.

*Hamka berkata: Maksudnya, janganlah Nabi SAW memohon untuk pembalasan mereka. Hal ini adalah urusan dan hak Allah SWT kerana peperangan belum selesai dan semuanya dalam ketentuan Allah SWT.

Allah jualah yang menentukan siapa yang akan diterima taubatnya begitu juga sebaliknya. Sudah nyata perbuatan mereka itu zalim dan jahat namun Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

Iktibar dan fiqh ayat ke-129

*Ibn Jariri berkata: Segala yang ada di antara lapisan langit dan bumi dari timur sampai ke barat adalah milik Allah SWT, sama ada padamu mahupun pada mereka.

Allah SWT akan memutuskan perkara mereka selaras dengan kehendak-Nya, dan menentukan perjalanan hidup mereka sejajar dengan keinginan-Nya. Dia akan menerima taubat daripada mana-mana hamba-Nya yang berbuat maksiat, kemudian memberikan pengampunan.

Sebaliknya Dia akan menyeksa mereka yang melakukan perbuatan dosa, serta menghukumnya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Yang Berkuasa menutup dosa sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-Nya kerana kurniaan-Nya yang berbentuk pemberian maaf kepada mereka.

*Hamka berkata: Kekuasaan Allah SWT meliputi segenap alam semesta. Segala yang berlaku menurut kehendak-Nya. Dia berkuasa atas setiap makhluk ciptaan-Nya. Dia jugalah yang menentukan azab neraka dan ganjaran syurga kepada yang dikehendaki-Nya tanpa ada kuasa lain yang mampu menandingi-Nya malah jauh sekali untuk mengatasi segala kudrat dan limpah kurnia yang Maha Hebat.

*Al-Sonhadji berkata: Seluruh alam ini hak milik dan kepunyaan Allah, di bawah perintah dan kekuasaan-Nya, menghukum mengikut kehendak-Nya. Allah pengampun, penerima taubat orang yang dahulu derhaka atau menyeksanya dengan sesuka-Nya.

Allah juga penyayang, iaitu tidak menyegerakan datangnya seksaan ke atas orang-orang yang berdosa.

Allah SWT Maha Berkuasa melakukan apa sahaja kepada hamba-Nya. Semoga Allah menjadikan kita golongan yang mendapat keampunan dan rahmat serta hidayah Allah sentiasa. Amin.
Ewan_sn
Bal`am bin Ba`ura telah diumpamakan sebagai "ulama anjing". Allah s.w.t telah merakamkan kisahnya di dalam surah al-A`araf: 175-178 yang berbunyi:

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الذِي آتَينَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنهَا فَأَتبَعَهُ الشَّيطَانُ فَكَانَ مِنَ الغَاوِين * وَلَو شِئنَا لَرَفعنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أخلَدَ إلىَ الأرضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فََمَثَلَهُُ كَمَثَلِ الكَلبِ أن تَحمِلْ عَلَيهِ يَلهَثْ أو تَتُركْهُ يَلهَث ذَلِكَ مَثَلُ القَومِ الذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقصُصِ القِصَصَ لَعَلَّهُم َيتَفَكَّرُون * سَآءَ مَثَلاً القَومُ الذِينَ كَذَّبُوا بآياتِنَا وَأنفُسَهُم كَانوُا يَظلِمُون * مَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ الُمهتَد وَمَن يُضلِل فَاُولَئِكَ هُمُ الخَاسِرُون


"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka berita tentang orang yang Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan dirinya daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami hendak, pasti Kami akan tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya. Dia diumpamakan seperti anjing. Jika kamu menghalaunya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya tetap ia menjelirkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kepada mereka tentang kisah tersebut agar mereka dapat berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah (kerana keingkarannya) maka merekalah orang-orang rugi."


Para ulama tafsir menyatakan bahawa kisah ayat ini menceritakan tentang seorang alim Yahudi yang memiliki kedudukan tinggi dalam keilmuannya. Dia menerima ilmu dari Nabi Musa a.s dan dia menguasai ilmu rahsia al-Kitab yang dikenali dengan Asma`ul A`azam (nama-nama kebesaran Allah). Dengannya, doanya akan diangkat oleh Allah pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang dia kehendaki. Namun, setelah Musa mengutusnya ke satu kaum untuk menyeru mereka kepada ketauhidan Allah yang Esa, dia diuji dengan harta, perempuan dan kedudukan. Lalu dia turutkan kehendak nafsunya terhadap fitnah duniawi dan meninggalkan agama yang Haq, akhirnya dia menjadi kafir dan dia diumpamakan oleh Allah sebagai anjing yang hina.

Pengajarannya di sini, setinggi manapun ilmu seseorang itu sekalipun, ia tetap tidak mampu membantu seseorang yang dipengaruhi dengan harta duniawi.

***Semoga kita dijauhi...


Credit to Ustaz Kampung
Ewan_sn
Jangan zalim sesama manusia
DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (siri 57)

Al-Maraghi berkata: "Dalam perbincangan sebelum ini, telah membicarakan tentang Perang Uhud dan peristiwa-peristiwa penting. Kemudian dinyatakan juga kisah Perang Badar dan kemenangan umat Islam, walaupun jumlah tentera Islam dan persiapan mereka amat kecil.

"Sehubungan itu, ayat-ayat ini dan berikutnya, Allah SWT mengingatkan mereka bahawa adanya peraturan Ilahi yang berlaku kepada makhluk-Nya".

Iktibar dan fiqh ayat ke-137

i. Ibn Kathir berkata: "Allah berfirman dengan berucap kepada hamba-hamba-Nya apa yang terjadi musibah pada hari peperangan Uhud dan yang terbunuh seramai 70 orang".

ii. Al-Maraghi berkata: "Berjalanlah kamu di atas muka bumi. Perhatikanlah beberapa kejadian yang telah berlaku kepada beberapa umat sebelum kamu supaya kamu memperoleh ilmu yang benar didasari oleh kenyataan dan pengalaman dan ambillah pengajaran daripada kejadian itu. "Sesungguhnya pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sering terjadi kepada beberapa umat terdahulu. Walau bagaimanapun kebenaran akan memihak kepada mereka serta berjaya mengalahkan kebatilan.

"Sesungguhnya kemenangan ini diperoleh mereka kerana semangat yang teguh berjuang dengan sabar dan takwa".

iii. Hamka berkata: "Dalam ayat yang lalu Tuhan menerangkan sekiranya mereka berpegang teguh pada kesabaran, takwa dan tawakal malaikat pun akan datang membantu. Menang dan kalah suatu perjuangan tidaklah bersangkut dengan benar dan salahnya suatu pendirian atau cita-cita.

"Allah SWT mempunyai Sunnah atau undang-undang terhadap sebarang perkara yang berlaku secara langsung atau tidak".

iv. Al-Sonhadji berkata: "Ayat ini mengingatkan kepada mereka bahawa sebelum kamu telah ada beberapa sunatullah pada umat-umat yang telah lalu. Ada yang binasa dan terhapus dari muka bumi kerana mereka menyalahi pengajaran yang dibawa oleh para Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka.

"Bahkan mereka utamakan kenikmatan dan kelazatan dunia semata-mata".

Iktibar dan fiqh ayat ke-138

i. Ayat ini merupakan penolakan yang kuat terhadap kaum musyrikin dan munafik yang masih diserang perasaan ragu-ragu terhadap Rasulullah SAW.

Mereka mengatakan, sekiranya baginda itu seorang rasul yang benar, tentu baginda tidak akan kalah dalam Perang Uhud. Maka petunjuk dan penjelasan ayat ini member bimbingan bahawa peraturan Ilahiyyah itu berlaku pada semua nabi dan rasul sebagaimana yang berlaku kepada semua makhluk Allah SWT.

Berhubung ayat ini, ia merupakan petunjuk dan nasihat kepada orang yang bertakwa khususnya sebab mereka sahaja yang berpegang dengan kebenaran seperti ini.

Mereka juga mahu menjadikan segala hal yang telah terjadi sebagai pengajaran dan berpegang dengan petunjuk al-Quran dan mematuhi nasihat-nasihatnya.

ii. Muhamamd Quraish Shihab berkata: "Ayat ini memerintahkan untuk mempelajari sunnah iaitu kebiasaan-kebiasaan atau ketetapan Ilahi dalam masyarakat. Sunnatullah adalah kebiasaan Allah SWT dalam memperlakukan masyarakat".

iii. Hamka berkata: "Mempelajari sejarah umat-umat terdahulu dan melihat bekas tapak sejarah peninggalan mereka memberi manfaat dan pengajaran yang sempurna menghadapi mehnah cabaran dan dugaan yang sangat hebat di akhir zaman ini.

"Ilmu kita akan bertambah-tambah tentang perjuangan hidup manusia di alam ini".

iv. Al-Sonhadji berkata: Perkataan yang bermaksud 'ini' dimaksudkan al-Quran, ataupun isyarat kepada yang telah lalu daripada suruhan-suruhan dan tegahan-tegahan Allah yang menyebabkan beroleh pahala atau seksa, adalah ia merupakan penerangan bagi semua manusia. "Penerangan tersebut mengandungi hidayah (petunjuk) bagi manusia supaya ia jangan sampai tersesat. Dan penerangan tersebut mengandungi mauizah (pengajaran) bagi orang yang takwa (takut) supaya ia jangan sampai mengerjakan yang tidak patut".

Iktibar dan fiqh ayat ke-139

i. Al-Maraghi berkata: "Janganlah kamu berasa lemah untuk berperang dan melengkapkan diri disebabkan oleh kecederaan dan kegagalan kamu dalam Perang Uhud.

"Janganlah kamu menjadi sedih dengan adanya beberapa orang yang meninggal pada hari itu. Adakah wajar kamu berdukacita dan berasa hina padahal kedudukan kamu lebih tinggi daripada mereka?

"Sesungguhnya telah menjadi peraturan Ilahi bahawa setiap hasil yang baik itu akhirnya akan berada di tangan orang yang bertakwa kerana inilah golongan yang tidak menyalahi segala peraturan Ilahiah.

"Bahkan mereka ini akan tetap membela orang yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan".

ii. Hamka berkata: "Setelah selesai peperangan Uhud yang telah mengorbankan 70 syahid antaranya Hamzah bin Abdul Muthalib, pakcik Rasulullah SAW.

"Baginda SAW sangat kecewa dan berdukacita di atas perkembangan yang melanda mereka semua. Allah SWT mengetahui segalanya dan yakin dengan perkembangan yang berlaku di sana".

iii. Al-Sonhadji berkata: "Dan ayat ini merupakan perangsang atau galakan memberi semangat kepada mereka".

Iktibar dan fiqh ayat ke-140

i. Al-Qurtubi berkata: "Ayat ini menjadi dalil bahawa kehendak bukanlah perintah sebagaimana kata ahli sunnah. Allah SWT melarang orang kafir membunuh orang beriman seperti Hamzah r.a dan sahabatnya tetapi menghendaki pembunuhan tersebut".

ii. Al-Maraghi berkata: "Jika dalam Perang Uhud, senjata telah melukai kamu, sesungguhnya pada hari itu kaum musyrik juga mengalami nasib yang sama. Antara mereka ada juga yang terbunuh seperti keadaan yang menimpa kamu. Mereka juga tidak memperoleh kemenangan. "Kesimpulannya, kamu tidak boleh berhenti daripada berjihad. Sebenarnya kamu tidak ada sebarang alasan untuk berhenti daripada berjihad disebabkan kecederaan yang menimpa kamu.

"Ini kerana musuh-musuh kamu turut sama mendapat luka seperti kamu sebelum Perang Uhud lagi. Walaupun mereka berada dalam kebatilan, tetapi mereka tidak sedikit pun berputus asa atau berasa lemah semangat untuk berperang.

"Seharusnya kamu lebih wajar mempunyai semangat yang membara kerana kamu telah mengetahui adanya janji baik pada kemudian hari, dan kamu berpegang dengan kebenaran".

iii. Hamka berkata: "Meskipun perjuangan di medan Uhud, kamu ditimpa kekecewaan bukan bermaksud Allah SWT menyukai orang kafir dan zalim tetapi keluarga yang selalu mengikuti perkembangan dan sebagainya tidak akan leka dan cuai".

iv. Al-Maraghi berkata: "Peredaran hari itu merupakan sunnatullah (ketetapan-Nya) bagi kepentingan pergaulan sesama manusia yang digambarkan-Nya seperti sebuah pemerintahan. "Maka pemerintahan itu terkadang beredar kepada golongan orang-orang yang memperjuangkan kebatilan dan terkadang pula beredar kepada golongan orang-orang yang memperjuangkan kebenaran atau yang hak, tetapi biasanya kesudahan kemenangan itu berada di pihak yang hak dan benar".

Iktibar dan fiqh ayat ke-141

i. Al-Alusi berkata: "Supaya Allah membersihkan mereka dari sebarang dosa dan mensucikan mereka daripada maksiat dan kejahatan".

ii. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Gugur dalam peperangan di jalan Allah SWT dinamakan mati syahid kerana para malaikat menghadiri pengebumiannya.

"Syahid bererti objek atau subjek. Ada juga yang mengumpamakan kesaksian atau penyaksian. Setiap yang syahid sudah dijanjikan ganjaran syurga untuk mereka kerana ikhlas dalam perjuangan di jalan Allah SWT".

iii. Hamka berkata: "Di dalam kejadian ini kita melihat betapa pentingnya satu-satu kejadian sejarah yang kadang-kadang menjadi kuat untuk terbitan dan permintaan orang ramai supaya memutuskan hak dan batil.

"Orang Islam dilarang mengumpat dan mengeji sesiapa sahaja melainkan keizinan dari seseorang atau pada perkara yang munasabah".

iv. Al-Sonhadji berkata: "Allah memperedarkan hari-hari itu sebagai hari ujian yang perit dan payah gunanya ialah supaya dapat dibersihkan keimanan orang-orang yang masih lemah daripada kekotoran sifat nifak atau dosa yang mereka lakukan, dan dibinasakan orang-orang kafir itu dengan meletakkan perasaan putus asa yang menakluki hati mereka".

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dengan merenungi kisah lampau. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang berbahagia. Amin.
Ewan_sn
Hadits 22: Iman Kunci Masuk Surga

Alhamdulillah, kini pembahasan hadits Shahih Bukhari memasuki hadits ke-22. Hadits yang akan kita bahas ini masih termasuk dalam kitab Al-Iman, kitab kedua dalam Shahih Bukhari setelah kitab Bad'il Wahyi.

Imam Bukhari memberikan judul bab hadits ke-22 ini باب تَفَاضُلِ أَهْلِ الإِيمَانِ فِى الأَعْمَالِ (Tingkatan orang-orang beriman dalam beramal). Untuk memudahkan pembaca, karena isi hadits ini menceritakan orang beriman yang dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke surga meskipun imannya sangat kecil, kita berikan judul "Iman Kunci Masuk Surga."

Berikut ini matan (redaksi) hadits Shahih Bukhari ke-22:


عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِى نَهَرِ الْحَيَا - أَوِ الْحَيَاةِ ، شَكَّ مَالِكٌ - فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِى جَانِبِ السَّيْلِ ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً . قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو الْحَيَاةِ . وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ


Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah penduduk surga masuk ke surga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh karena itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat –terdapat keraguan dari Imam Malik. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat." Wuhaib berkata, "Amr menceritakan kepada kami, "Sungai Al-Hayat"dan Wuhaib berkata, "kebaikan sebesar biji sawi."

Penjelasan Hadits

يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ

Setelah penduduk surga masuk ke surga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.'

Hadits ini menjelaskan bahwa kelak, orang-orang yang masuk ke surga berdiam di sana. Abadi dalam nikmat Allah SWT. Sementara, orang-orang yang masuk neraka akan "diseleksi" lagi. Diantara mereka ada "penduduk tetap" yang kekal di neraka, yaitu orang-orang kafir dan munafik; yang tidak memiliki keimanan sedikitpun. Sedangkan orang-orang mukmin yang masuk neraka karena kemaksiatannya namun masih memiliki iman, mereka menjadi "penduduk sementara". Suatu saat, dengan kehendak-Nya Allah SWT mengeluarkan mereka dari neraka. Allah memberi perintah : أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.'

مِثْقَالُ حَبَّةٍ (walaupun sebesar biji sawi) maksudnya adalah iman yang paling kecil. Al-Khatabi menjelaskan bahwa kata itu tidak bermaksud menunjukkan berat, namun standar dalam pengetahuan, karena mengungkapkan sesuatu yang terlintas dalam pikiran dengan sesuatu yang terlihat menjadikannya lebih mudah dipahami. Jika diketahui benda yang paling kecil saat ini adalah nukleus (inti atom), bahkan proton atau neutron, maka itupun bisa dipakai untuk memaknai maksud "habbah".


فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِى نَهَرِ الْحَيَا - أَوِ الْحَيَاةِ ، شَكَّ مَالِكٌ –

Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh karena itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat –terdapat keraguan dari Imam Malik.

Setelah diperintahkan oleh Allah, orang-orang yang memiliki keimanan -meskipun dengan keimanan yang paling kecil- itu pun dikeluarkan dari neraka. Yang menjadi masalah, setelah sekian lama "terbakar" di neraka, tubuh mereka menjadi hitam legam. Wallaahu a'lam bagaimana hakikatnya, karena kondisi akhirat jelas berbeda dengan kondisi di dunia. Yang pasti, tubuh yang hitam seperti arang ini menjadi masalah dan perlu "diperbaiki" sebelum masuk surga. Karenanya ia "dicuci" di sungai hayaa atau hayaat. Imam Malik –yang menjadi salah satu rawi hadits ini hingga sampai ke Imam Bukhari- ragu-ragu mana diantara dua nama ini yang benar.

Kata hayaa (الْحَيَا) artinya hujan yang dapat menumbuhkan tanaman. Dinamakan demikian karena sungai ini begitu dimasuki, tubuh yang tadinya hitam seperti arang berubah segar, seperti tanaman yang tumbuh setelah hujan. Sedangkan kata hayat (الْحَيَاةِ) berarti kehidupan. Disebut sungai kehidupan karena ia menghidupkan tubuh yang tadinya hitam legam, tidak hidup dan tidak mati akibat siksa neraka, menjadi hidup kembali dengan sempurna.

Di akhir hadits ini Imam Bukhari menyebutkan ketegasan rawi lain –yaitu Wuhaib- yang tanpa ragu-ragu menyebutkan bahwa yang benar adalah hayat (sungai kehidupan).


فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِى جَانِبِ السَّيْلِ ، أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً

Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat.

Kata الْحِبَّةُ berarti benih tumbuh-tumbuhan. Jadi setelah "dicuci" di sungai hayat, tubuh mereka laksana buih yang tumbuh; segar, berwarna kuning (warna kulit yang indah), dan berlipat-lipat bagusnya.

Dikatakan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, bahwa hadits ini ditempatkan di kitabul iman sebagai hujjah yang membantah keyakinan golongan murji'ah yang berpendapat bahwa iman tidak bisa bertambah dan berkurang. Padahal di dalam hadits ini dijelaskan bahwa ada orang yang imannya sangat kecil, mereka masuk neraka terlebih dahulu. Hadits ini juga membantah keyakinan golongan mu'tazilah yang menyatakan bahwa orang yang berbuat maksiat akan kekal di neraka.

Pelajaran Hadits
Diantara pelajaran hadits yang bisa kita ambil dari hadits di atas adalah sebagai berikut:
1. Keimanan manusia bertingkat-tingkat, ada yang sempurna, ada yang besar, dan ada pula yang kecil, bahkan sangat kecil;
2. Orang yang beriman namun bermaksiat dan belum mendapat ampunan dari Allah SWT, maka ia akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu;
3. Orang yang memiliki iman, meskipun sangat kecil, tidak akan kekal di neraka. Ia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke surga;
4. Di akhirat ada sungai hayat (sungai kehidupan) yang fungsinya mencuci orang yang dikeluarkan dari neraka, mengubah mereka dari kondisi yang semula hitam legam tubuhnya menjadi segar, kekuning-kuningan seperti benih yang baru tumbuh;
5. Siksa di akhirat sangat pedih dan keras hingga menjadikan tubuh berwarna hitam seperi arang, meskipun kulitnya selalu diganti begitu hancur karena api neraka itu;
6. Diperbolehkan menggunakan analogi untuk memudahkan tersampainya ilmu dan menjadikan orang lain lebih memahami maksudnya;
7. Jika seseorang ragu-ragu antara dua hal yang diingatnya (mana yang benar), hendaklah ia menyebutkan keduanya seperti yang dilakukan Imam Malik dalam meriwayatkan hadits ini;
8. Iman adalah kunci masuk surga. Orang yang beriman terbagi menjadi dua golongan dalam memasuki surga. Pertama, langsung masuk surga tanpa masuk neraka. Kedua, masuk neraka terlebih dahulu baru kemudian masuk surga. Sedangkan orang yang tidak beriman, mereka akan kekal di neraka.

Demikian penjelasan singkat hadits Shahih Bukhari ke-22: Iman Kunci Masuk Surga. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita sehingga kita istiqamah dalam iman dan amal shalih, dan kita berdoa kepada Allah semoga termasuk orang mukmin yang dimasukkan surga tanpa mampir ke neraka terlebih dahulu. Allaahumma aamiin.

Wallaahu a'lam bish shawab.[]
Ewan_sn



Hikmah Merendah Diri...

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' sebahagian ayat 36)

Rasa rendah diri, menghindarkan daripada sikap sombong dan sentiasa sedar bahawa Allah Maha Besar.

Rasa rendah diri, menjadikan ibadat dilakukan ikhlas, bersungguh-sungguh dan berkualiti.

Orang yang rendah diri, hatinya tenang, senang menerima hidayah serta mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang yang merendahkan diri kepada Allah, Allah akan tinggikannya darjatnya." (Hadis riwayat Muslim)
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.