Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Toyota Innova
Mesra.net Forum > Vehicles & Transportation > Kelab Kenderaan
Pages: 1, 2
duke
Geng,
Aku nak trade in Waja aku (2003) ngan MPV. Bujet ciput je, 100K punya rege. Yang aku dah tengok, Innova ni le. So aku nak more info pasal regenya, loannya berapa dan ada tak lain2 MPV yg setanding atau seangkatan dgnnya.
duke
Aku dah tempah my Innova. May be hujung bulan ni baru dapat. Aku suruh Toyota pasang sekali bodykit, body clading, spoiler & front grill. Kosnya ialah RM3900. Plate number will be the same like my waja ... 7579. Its a black Innova.
Arenol
QUOTE(duke @ Jul 13 2007, 08:46 AM) *
Aku dah tempah my Innova. May be hujung bulan ni baru dapat. Aku suruh Toyota pasang sekali bodykit, body clading, spoiler & front grill. Kosnya ialah RM3900. Plate number will be the same like my waja ... 7579. Its a black Innova.

D/paymen berape? monthly?
JeD[i]-BoNGsU

uuuu..
duke
D/payment cuma RM7k. Monthly RM1030. Yg gambar tu sebenarnya Innova Filipina. Bodykit ngan body clading cun giler tuh! Aku punya may be kuar next Thursday.
MaS_BoNgSu
QUOTE(duke @ Jul 27 2007, 08:36 AM) *
D/payment cuma RM7k. Monthly RM1030. Yg gambar tu sebenarnya Innova Filipina. Bodykit ngan body clading cun giler tuh! Aku punya may be kuar next Thursday.

baper tahun loan? 9 tahuun ker? interest baper?
duke
Loan 9 tahun, interest 2.4%. Kenapa Innova Club tak muncul lagik ni? Kang aku buat club sendiri, aku jadi presiden, aku jadi bendahari, aku jadi temenggung, aku jadi laksamana...
zidane_ziege
mcm panjang je..utk niaga kat pasar mlm ok kot..
duke
Kalau nak meniaga pasar malam, aku beli van le. Ni aku nak bawak family aku gi jenjalan.
Arenol
QUOTE(duke @ Jul 31 2007, 08:32 AM) *
Kalau nak meniaga pasar malam, aku beli van le. Ni aku nak bawak family aku gi jenjalan.

aku nak tompang baring leh tak biggrin.gif
Arenol
QUOTE(duke @ Jul 27 2007, 08:36 AM) *
D/payment cuma RM7k. Monthly RM1030. Yg gambar tu sebenarnya Innova Filipina. Bodykit ngan body clading cun giler tuh! Aku punya may be kuar next Thursday.

harga inova ni bape? byk ke beza ngan wish?
duke
Innova regenya RM103K. Wish lak RM156K. Banyak beza tu bang.
zan
dari segi spec-to-spec, toyota innova sama dgn naza citra.

ciri2..

1. enjin 2000cc, DOHC, 16 valve VVTI (CVVT bagi citra)
2. 4 speed auto gearbox,
3. airbag
4. ABS
5. 7 seat

kelebihan Citra - ada electric sunroof, DVD player
kelebihan Innova - ada rear air-cond blower

tapi pada harga yg serupa, orang akan beli Toyota. maka itu, Naza beri diskaun 16 ribu dan jual Citra pada harga sama dgn Vios dan City. meletup2 org membelinya.

Innova is a good MPV, cuma ground clearance agak tinggi, nampak mcm togel. Innova adalah improvement pada Unser yang merupakan siri Kijang ke 7 manakala Innova siri ke 8.
duke
Tapi aku x pernah dengar ada kelab untuk Innovarian la. Saja buat TT tu, ada la.
zan
QUOTE(duke @ Aug 2 2007, 09:13 AM) *
Tapi aku x pernah dengar ada kelab untuk Innovarian la. Saja buat TT tu, ada la.

sebenarnya, sambutan terhadap Innova di Malaysia tidak begitu mengalakkan. Innova sebuah kenderaan yang baik tapi, biasalah di Malaysia....kalau rupanya tak gitu mengancam....mereka tak beli.
Innova kalah di bab rupa serta pricing. Unser dulunya meletup kerana harganya yang murah. masa memula keluar thn 1998 dulu baru 68K.

so tak ramai yg beli Innova, maka Toyota bawa masuk Avanza pula yang disahkan meletup. kerana apa? kerana harganya murah...sekitar 60K.

dari segi kajiselidik, majoriti pembeli Unser adalah Melayu dan Cina. majoriti pembeli Innova pula ialah Cina, justeru Toyota mengubah strategi utk memikat pembeli Melayu iaitu Avanza.

ini mungkin menjelaskan mengapa kelab untuk Innova sukar nak jumpa. cuba bertanya pada wakil penjual Toyota anda atau periksa website seperti Autoworld.

jika tidak, anda boleh lakukan inisiatif sendiri dan cari geng2 Innova utk buat kelab sendiri. tidak semudah dijangkakan, kerana mungkin perlu berdaftar.
duke
Aku dah dapat Innova aku pada puul 8.00mlm hari Khamis lepas. Hari Jumaat aku gi PD. With the bodykit and body clading, aku teruja betul ngan Innova aku ni. Now its time for me to kumpul duit and touch up interior pulak. Dalam colour cream, so cepat kotor la.
zan
QUOTE(duke @ Aug 6 2007, 11:21 AM) *

bila interiror warna cerah, akan mendidik kita supaya jadi lebih pembersih. contohnya, penjagaan pakaian kita serta alas kaki kita.
noprob
QUOTE(duke @ Aug 6 2007, 11:21 AM) *
Aku dah dapat Innova aku pada puul 8.00mlm hari Khamis lepas. Hari Jumaat aku gi PD. With the bodykit and body clading, aku teruja betul ngan Innova aku ni. Now its time for me to kumpul duit and touch up interior pulak. Dalam colour cream, so cepat kotor la.

bro , amacam dengan innova ?
okey ke innova ride .. bg komen la sket ... dah 2 bulan guna yer
fuel consumption kuat tak ? full tank berape ?

GuNTaYK
Saya baru je dapat innova aku...yg 2.0G (manual) je. Di labuan harga bagi Toyota Innova 2.0G (Manual) hanya RM68K je. Kat labuan pun belum ada Innova Club lagi. Bagi saya innova ok juga, saya baru nak pasang skirt + spoiler + cermin kat spoiler belakang...kos RM2200 dan tinted Rm450. innova kira mure la kat labuan tapi aksesorinya mahal skit bbanding dgn s'jung atau sabah.
duke
Kalau selepas rege minyak naik ni, aku isi satu tank penuh dalam RM110 leh pegi 530km. Lum ada problem yang besar2 la.
llamas
duke, klu xsilap llamas ader a few innova user diskusi dlm 1 forum. samada dorg ader wat kelab @ x tuh llamas x sure. bleh refer kt www.tribetoyota.com.my
noprob
sesapa ada tak innova yg dah makeup or makeover ? boleh post pic sinie
minggu lepas aku tgk ada innova lowered , dgn deep dics rim nyer ... dgn bumper lain huh cunn ..
Kelana Biru
Ini post yang pertama saya dekat Mesra.Net forum nih...

Bagi saya beli kereta innova ni cukup berbaloi.. walaupun ada komen cakap rupa dia hodoh , macam van dsb .. tapi itu semua pandangan masing-masing.. (saya pasti yang beri pandangan tu bukan empunya kereta model ni)... mungkin tak sporty macam Wish tapi tetap puas hati.. (tambah duit la skit untuk dapatkan wish baru yang sporty tu... ada duit semua boleh jadi.. )

Kereta innova sangat sesuai untuk kegunaan family besar..terutama bila balik kampung.. 2 family boleh masuk ooo.. walaupun saya ada anak sikit.. tapi masih juga sesuai untuk kami sekeluarga kerana banyak ruang untuk barang & manusia... kalau nak masukkan 2 basikal kat belakang tu tak de masalah... mesin basuh pun boleh masuk .. he he.. interior nya bagus (saya punya model G).. ada 3 aircond blower semuanya.. depan ..tengah & belakang... Penambilannya mungkin ada sedikit 'menyakitkan mata' jika tidak letak skirting + spoiler... bila dah pasang ok gak .. boleh jeling 2 kali... terutama bila dah tambah tinted .. yang best nya.. kalau travel jauh sorang2 tu... boleh tido dalam innova tak payah sewa hotel... kerana ruang belakang cukup luas... cuma letak tilam je.. hehe

Ia sangat selesa dipandu & sangat senyap... kuasa 2000cc enjinnya juga cukup berbanding dengan saiznya (parking susah sikit pada mula2... lama2 okey je).. fuel consumption ?? .. kuat siket dari kereta waja (50liter).. innova = 55 liter satu tangki penuh (kali lah dengan harga minyak semasa).. boleh jalan dalam 500km satu tangki penuh .. tengok lah macam mana style driving / terrain... kira okey lah dengan enjin 2.0cc ... jangan banding dengan enjin 800cc, 1000cc, 1500cc, 18000 dsb... tak betullah.. kat highway boleh belasah 140km/j kalau berani.. tidak ada gegar punya..!

Servis pula untuk 1 - 3 kali pertama.. 5000km byr lebih kurang RM100 lebih je... lepas 10,000km boleh guna minyak semi ... kos servis dalam RM200 lebih & boleh servis untuk setiap 10,000km atau 6 bulan .. tak perlu lah selalu servis.. lagipun nak servis kena buat appointment dengan servis center dulu.. tak boleh pergi ikut suka je..

Sesiapa yang tidak memiliki kereta ni mungkin berpandangan agak negatif .. tapi bagi saya.. ia cukup berbaloi... bergantung dari sudut mana anda cuba menafsirkan... subjective..!!

apa2 boleh PM saya...

Salam

Lama dah aku tak posting kat sini. Aku nak letak gambau Innova aku, tapi tak tau cam mana nak tepek gambar ni. Nanti la aku usahakan. Innova aku dah masuk 57 000 km. Tak ada masalah besar. Aku dah bawak sampai ke Padang Besar kat Perlis nun. Dah sampai JB pun. K.Ganu pun dah redah. Kalau bawak jauh2, memang selesa. Nak pulak aku dah letak sticker, fuh! Menjeling jugak le orang lalu lalang.
duke
Click to view attachment

Boleh ka ni?
profsnape
walaupun rupanya hodoh, dia bijak berbelanja. laugh.gif
duke
hodoh ko cakap? cis!!!
profsnape
QUOTE(duke @ Jan 29 2009, 03:58 PM) *
hodoh ko cakap? cis!!!

alamak, sorry brader. i bukan ckp pasal innova u yg dah dimake-up tu. i ckp generally. ipuji apa... walaupun org kata rupanya hodoh, tapi ownernya mesti org yg jimat berbelanja kerana amat bijak berbelanja melabur duit ke atas innova yg ternyata jimat minyak. gitu maksud i. i malas nak taip byk2 hari tu. sorry again, brader. pardon.gif
duke
Haaa... sejuk ati aku dengar. friends.gif Tapi sticker aku tu dah terkopek-kopek la. Lepas ni malas nak tepek sticker lagi. Kasi kosong je. Ada duit lebih, make-up tayar or interior jer.
Kopite
innova layan corner memang masyuk wooooo!!!!
avanza pun sama jgk.
bleh tapau wish, stream n odessy kat corner.

innova good.gif
Tokai
Salam, duke macam mana dgn innova tue...masih performe well ke? cter lah sikit..Pada kwn2 yg lain, apa pendapat anda semua..ok ke Innova
hamizee879
Salam... pekabar semua... best gak tajuk ...bleh join sembang2 pasal innova...menarik tu..tambah lagi yg dah buat modifikasi...
hamizee879
Salam.... ok nak tambah sket... betulla kata 'Kelana BIru" innova ni mmg nampak 'kureng sket ' la penampilan dia...tak sehebat wish..estima..stream..dll yg lebih sporty. Tp...innova ni tetap ada kelebihan dia..yg tsendiri la.. yg utama mampu milik. sbb utk muat penumpang di 3rd row seater... jarang yg boleh selesa dgn muatan org dewasa...tetapi innova cukup selesa berbanding MPV sekelasnya. Saya dah test bawa org dewasa di 3rd row seater dgn perjalan dari kuantan ke Tumpat ...pergi balik..hasilnya tiasa rasa letih dan kurang selesa dari penumpang. Sbb kalo nak test MPV sebaiknya kita test duduk di 3rd row seater utk tau rasa keselesaan dan keseksaan semasa perjalanan. Sbb kat situlah paling kuat rasa bumping masa melalui jalan yg tak rata (mcm naik bas duduk blakang skali).

Dgn innova ni kira selesa la...padan dgn harga dan jenama..hehee... saya dah pakai hampir 2 tahun..stakat ni ok..je. Dulu ada gak yg kutuk ..sbb ckp innova ni keta utk org tua...hahaha..tapi saya buat dono je..asal kita rasa selesa..dan berbaloi...ahaks...
hamizee879
Salam..........

Ramai jugak kawan2 saya yg pakai innova... kebanyakannya masih dalam versi standard. Cuma tambah skirting dan spoiler je. Dan sikit tambahan pada interior... masing2 masih tercari2 aksesori2 yg diperlukan utk memodifikasi innova masing2... tak banyak yg terdapat dipasaran... kalau ada pun yg custom made. Baru2 ni saya dah tukar rim innova asal kepada rim Toyota Estima size 17in. Baru nampak garang sket. Dah lama saya cari rim tu...size pcd 114 5 holes. Rim yg sama dgn innova yg saya tau... Camry, Alphard dan Estima. Kalo ada lg yg lain sila bgtau.... Rim innova original bukan asal toyota Japan..tapi Estima mmg asal toyota Japan. kira rare jugakla rim tu. Spoiler atas pun saya baru tukar yg custom made...pasang sndiri...haha. Skali imbas tgk innova tu baru nampak pemiliknya org muda la hahaha.....

Tapi masih belum lowered...sbb tengah survey lagi spring yg sesuai utk my innova... hasil dari pngalaman kawan2 yg dah lowered...jenama Eibach dari german coil spring pun ok...tp ada yg kata jenama Tein dari Japan lagi ok...sebab sesuai dgn toyota. Jenama Gab agak kureng sket keselesaan nya. InsyaAllah... semua tu akan terjawb nanti...Pada sesiapa yg ada pndpt bleh bgtau...tq...
Tokai
salam,

Kawan, boleh saya dptkan info kat mane ade jual Body Kit utk Innova. Tel? Address?
Kopite
QUOTE(Tokai @ Jan 20 2010, 12:22 PM) *
salam,

Kawan, boleh saya dptkan info kat mane ade jual Body Kit utk Innova. Tel? Address?

salam,

ko area mana?
hamizee879
Salam... Lama tak bukak topic ni... Saya tlg jawab bg pihak kawan2 yg mana saya tau lah... Berkenaan dgn 'dimana nak dapatkan bodykit innova'. Ok, bg yg mementingkan rupa bentuk yg asli dan nampak 'ori' lebih baik cari kat warehouse Toyota yg berhampiran, semua bodykit asal ada. utk conver ke new facelift pun boleh. tp mcm biasalah harga agak beza sket dari yg custome made ni. Tapi kualiti mmg terjamin la. ..Dan bg yg nak nampak over dan berbeza dari yg biasa, bolehlah dapatkan bodykit dari kedai 2 aksesori yg berhampiran..dan pastikan consultan yg bg consult kat kita tu tau kesesuaian dgn kereta dan kehendak kita...kadang2 diorg cuma nak lariskan jualan bukan kepuasan pelanggan.

Sekarang ni dah byk bodykit yg boleh ditempah ikut kehendak pelanggan sendiri, tetapi masih ikut acuan asal, maknanya ngam2 la padan. So.. kira ekslusiflah bodykit tu...tp bg saya yg 'ori lg evergreen...' Saudara boleh dptkan bodykit tu di kedai2 yg biasa pasang bodykit kereta..tak kisahla kat mana pun. diorg ada katalog..utk mana kereta pun. atau nak rujuk dlm majalah2 permotoran pun ada. Sb org berniaga ni tak kisah keta apapun janji duit masyuk....
hamizee879
Sape ada tau tempat ada jual tayar murah2... tayar baru. Kot ada rakan2 yg ada tempat yg harga patut dari biasa war2 kan la...tq
Radenumar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, saya ade supply minyak hitam dan minyak gear utk pelbagai jenis kereta samada petrol atau diesel. Brand minyak hitam ini adalah Q8 Oils yang mana diimport dari UK. Tuan2 boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Q8 Oils ini di website ramsinya iaitu http://www.q8oils.com/index.php?domain=com

Majoriti pengguna Q8 Oils ini sungguh berpuashati dengan perfomance kereta setelah menggunakannya. Tuan-tuan boleh melihat maklum balas dari pengguna-pengguna minyak hitam ini didalam forum-forum kelab kereta melalui internet.

Selain dari minyak hitam Q8 Oils ini, saye juga ada supply addative oils untuk engine protection, gear proctection dari jenama yang bermutu tinggi dan terkenal seperti LUBEGARD dan TORCO. Jenama ini memang terkenal di seluruh dunia dan telah mendapat pengiktirafan oleh major automobile manufacturers (OEM’s).

LUBEGARD - http://www.lubegard.com/home.aspx
TORCO - http://www.torcoracingoils.com/

Penghantaran adalah free untuk Lembah Kelang, dan PJ.

Harga yang ditawarkan lebih murah dari harga di pasaran....

Please call @ sms Raden (019-6000 252)

Sekian Terima kasih.

Harga seperti berikut :

http://i63.servimg.com/u/f63/13/63/75/77/q8f11010.jpg
http://i63.servimg.com/u/f63/13/63/75/77/q8exce10.jpg
http://i63.servimg.com/u/f63/13/63/75/77/q8adv110.jpg
http://i63.servimg.com/u/f63/13/63/75/77/q8plus10.jpg

Jidine
Jom kawan-kawan join kumpulan Innovarian Club (Toyota) Malaysia di Facebook. Di sana kita leh bincang pasal Innova kita semua... Tapi harap sesiapa yang aktif boleh tubuhkan Kelab Innova Malaysia sebab yang lain semua dah ada kelab kecuali Innova ni... malu pula rasanya... Apa-apa hal pun jom join di facebook dulu kelab/kumpulan ni...
hamizee879
QUOTE(Jidine @ Mar 3 2010, 09:25 AM) *

Salam...nak join guaner bro... blink.gif
Jidine
QUOTE(hamizee879 @ Mar 4 2010, 12:36 AM) *
QUOTE(Jidine @ Mar 3 2010, 09:25 AM) *
Jom kawan-kawan join kumpulan Innovarian Club (Toyota) Malaysia di Facebook. Di sana kita leh bincang pasal Innova kita semua... Tapi harap sesiapa yang aktif boleh tubuhkan Kelab Innova Malaysia sebab yang lain semua dah ada kelab kecuali Innova ni... malu pula rasanya... Apa-apa hal pun jom join di facebook dulu kelab/kumpulan ni...

Salam...nak join guaner bro... blink.gif

Senang je... Ko register nama you dalam facebook then selepas register boleh add kawan-kawanlah... After that dalam box search/carian taip innovarian club (Toyota) Malaysia then ada disebelah kiri tu kalau tak silap klik sertai kumpulan then tunggu untuk pengesahan... Simple as ABC... cubalah...
zan
buat pemilik2 Innova, mesra.net sedia menyediakan ruang untuk anda bergiat cergas di forum ini tanpa sebarang bayaran.

saya sebagai moderator di ruangan kenderaan juga bersedia membuka ruangan khas untuk ahli kelab innova menggunakan ruang forum di sini selain dari homepage lain spt facebook.

terima kasih.
mcqueen
QUOTE(zan @ Mar 16 2010, 02:09 PM) *

Salam Bro..

Nak tanya skit..Kat mana blh pasang eibach spring coil utk innova di area lembah klang nie..Model ape ye?Nak kasi lowered skit rolleyes.gif Sy kat Rawang skg..
OK bro Tq
double D
QUOTE(zan @ Mar 16 2010, 02:09 PM) *
buat pemilik2 Innova, mesra.net sedia menyediakan ruang untuk anda bergiat cergas di forum ini tanpa sebarang bayaran.

saya sebagai moderator di ruangan kenderaan juga bersedia membuka ruangan khas untuk ahli kelab innova menggunakan ruang forum di sini selain dari homepage lain spt facebook.

terima kasih.

Salam perkenalan buat semua pemilik innova, sudah sampai masa bagi saya join forum ini. Untuk pengetahuan, saya telah booking innova type G kaler putih minggu lepas. Mengikut kata salesman Toyotsu Shah Alam kemungkinan innova saya akan dapat awal bulan June. Insyallah.

Harap kita dapat berkongsi pendapat, berbincang pasal MPV ini dan mengadakan trip bersama-sama dgn family tersayang.

Shaiful Husni
X waja club 2004-2010

waqbanting
friends.gif

salam semua....mcm syok je join forum nie...sbb x lama lagi sy akan dpt INNOVA yg sy dah booking...ikut tarikh yg ditetapkan minggu depan akan sampailah di tangan sy...rasa sgt2 teruja sbb inilah pilihan paling tepat untuk kemudahan family sy...semoga dgn 'terjoin'nya sy dlm forum nie dapatlah sy berkongsi pengalaman dgn owner2 otai INNOVA..sudilah kiranya semua memberi pandangan/kongsi pengalaman dgn sy...tq
hamizee879
ok...join jgn tak join....lagi ramai lg bagus....huhu
double D
QUOTE(hamizee879 @ May 21 2010, 12:25 AM) *
ok...join jgn tak join....lagi ramai lg bagus....huhu

CAmni barulah best, ramai member. Kepada otai otai yang dah dapat innova tu, turun kan lah ilmu. bagilah tips pada kitaorg yang tengah tunggu kete ni.
dakmatt
Assalamualaikum,

Malam semalam dah dapat Innova manual warna silver.Alhamdulilah...smile.gif

tadi try join innova facebook,tapi waiting for admin.tolong prove cepat. banyak nak tau pasal innova nie...

ada activity2 innova ke? expedisi ke atau makan2 ?
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.