Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Ctos - Apa Yg Anda Faham Tentang Ctos?
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Ewan_sn
Haramkan khidmat CTOS


KUALA LUMPUR 26 Jun – Persatuan-persatuan pengguna mahu kerajaan bertindak tegas ke atas Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) termasuk mengharamkan perkhidmatan tersebut bagi mengelak pengguna daripada terus teraniaya.

Selain tindakan ke atas syarikat tersebut kerana memperdagangkan maklumat peribadi, mereka juga mahu kerajaan bertindak ke atas bank-bank yang terus menjadikan CTOS sebagai rujukan utama mereka.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu menegaskan, perdagangan maklumat peribadi itu perlu diharamkan bagi melindungi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian gabungan itu, hampir satu juta pengguna telah dinafikan pinjaman kredit kerana perkhidmatan itu.

‘‘Sistem yang dipakai juga tidak adil kerana ia menyimpan terlalu lama maklumat dan tidak dikemas kini.

“Sepatutnya selepas enam tahun nama sudah boleh dinyahsenaraikan, tetapi CTOS tidak. Selama-lamanya rekod kita akan menjadi tatapan pihak lain,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak yang mendakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman.

Malah, agensi itu juga gagal untuk mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam walaupun mereka telah melangsaikan tunggakan pinjaman selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas semalam menjelaskan kerajaan tidak pernah mengiktiraf CTOS untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Katanya, kerajaan juga tidak pernah mengeluarkan lesen kepada CTOS untuk bertindak sebagai badan carian apatah lagi menyimpan maklumat peribadi orang ramai.

Marimuthu berkata, segala penganiayaan itu tidak akan berlaku jika negara mempunyai Akta Maklumat Peribadi bagi melindungi pengguna dan mengelakkan mereka daripada teraniaya.

“Kita sudah banyak kali mengadu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi bank pusat itu buat tidak tahu sahaja,’’ katanya.

Mengenai tindakan bank-bank yang terus menggunakan CTOS sebagai rujukan, beliau mengajak pengguna memboikot bank-bank berkenaan.

Beliau menambah, FOMCA juga menyokong dan menggalakkan pengguna yang teraniaya menyaman syarikat terbabit.

Sementara itu, Koordinator Persatuan Pengguna Islam, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, Kementerian Kewangan dan BNM perlu bertindak kerana bank-bank kini menjadikan status CTOS sebagai pra syarat pinjaman.

“Ini silap. Sistem itu tidak diiktiraf kerajaan tetapi menjadi rujukan,’’ katanya.

Beliau menambah, tindakan segera perlu diambil kerana perkhidmatan CTOS itu juga telah digunakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengugut pengguna.

“Sebagai contoh, pengguna yang berhutang membeli perabot atau barangan elektrik tetapi tertunggak bayaran diugut nama mereka akan dimasukkan ke dalam CTOS jika tidak melangsaikan tunggakan hutang dengan segera,’’ katanya.

Katanya, hal itu berlaku kerana tiada kawalan dan pemantauan dalam soal penyenaraian maklumat ke dalam sistem CTOS.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia, M. Subramaniam berkata, kerajaan perlu menstrukturkan semula kedudukan CTOS dengan meletakkannya di bawah kawalan BNM.

Dengan itu, katanya, kawalan dapat dilakukan khususnya bagi memastikan nama dan maklumat individu tidak sewenang-wenangnya dimasukkan ke dalam senarai itu.


adlertag
Cam ner nak boikot bank kalau semua bank guna CTOS untuk dapatkan maklumat peminjam? Cam ner kerajaan nak suruh rakyatnye elak dari pinjam kat along kalau pada masa yg sama di suruhnya kita boikot bank?

Pening la......ikut sedap mulut je ckp. Senang ckp cam ni la, semua rakyat jelata menabung sendiri je. Masuk dalam tabung botol atau yg sebagainya. Simpan bawah tanah blakang umah. Atau suruh jin jembalang jaga.
syima
antara sykt yang guna ctosh n dagangkan maklumat kita adalah..


kots memot..
zures
QUOTE(syima @ Jun 27 2007, 02:39 PM) *
antara sykt yang guna ctosh n dagangkan maklumat kita adalah..


kots memot..



Aku salah seorang mangsa CTOs....walaupun aku hanya sebagai penjamin....
INI MEMANG TIDAK ADIIIIIIIIIIIIILLLLLLLLLLLLLLLL
Ewan_sn
Majlis belia gesa k'jaan tutup CTOS serta-merta
27-06-2007 04:36:56 PM


KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu kerajaan menutup operasi Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menjadi rujukan utama institusi kewangan bagi mendapatkan maklumat kewangan individu tertentu.

Dalam kenyataan di sini hari, setiausaha agung MBM berkata operasi CTOS jelas sekali tidak mematuhi sistem perundangan negara kerana tidak pernah mendapat lesen operasi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Katanya CTOS telah melanggar hak peribadi individu yang terlibat kerana menyimpan data mereka tanpa mendapat sebarang kebenaran.

Katanya data-data itu juga seringkali tidak tepat dan tidak dikemas kini dari masa ke masa.

MBM juga mahu kerajaan menyiasat secara terperinci aktiviti institusi kewangan yang menjadikan CTOS sebagai rujukan utama mereka serta mengarahkan institusi kewangan tidak menggunakan CTOS sebagai rujukan mereka dalam menilai kewangan orang yang berkaitan, katanya.

Katanya MBM berharap kerajaan melalui agensi-agensi yang terbabit dengan serta-merta akan mengambil tindakan tegas dalam menjaga kepentingan orang ramai dalan berurusan dengan institusi kewangan.


basikaltua
walaupun ctos takde ccris tetap ader...diornag guna sistem ni untul elakkan dari mengambil pelanggan yang gagal membayar hutang...contohnya courts mammoth...walaupun kita bayar semua hutang tapi sebab ada bulan yang lambat bayar atau sebagainya...menyebabkan pelanggan tersebut tak boleh bukak akaun baru...ianya juga digunakan hal berkaitan kredit....
Didiharaiss
aku tau ctos ni dapat duit dari bank tiap kali diaorg mintak maklumat...buat duit gak tu
noir04
saya memang menggunakan CTOS untuk analyse fraud cases.CTOS ibarat database merangkumi rekod2 dari bank,syarikat telekomunikasi etc...Cara menggunakan nya hanya masukkan IC dan akan terpapar lah rekod.Nama anda akan di rekodkan walaupon hutang anda hanya RM1. Tapi CTOS takkan dapat maklumat kalau bank2 atau syarikat telekomunikasi tak bagi... So jangan salah kan CTOS kalau nama anda ada.. pardon.gif
Ada jugak kes yang saya jumpa, customer syarikat C dah setel hutang dia. tapi nama dia still ade kat CTOS. ini kerana syarikat C tak kemaskini maklumat dan beri pada CTOS..
Apabila ada isu rekod2 di jual kepada pihak tertentu, saya tertanya2 jugak.. Bagi saya mungkin bukan CTOS yang menjual nya, tapi orang yang menggunakan CTOS. Pengguna CTOS akan diberi ID dan password dan mereka menyalahgunakan kemudahan ini. Di tempat saya, kalau ada berlaku jual-beli rekod pelanggan ni, automatik kena terminate... tak tau lah tempat laen
So kesimpulannya, CTOS tidak bersalah.. Salah kan bank2 anda, courts mamonth anda, syarikat telekomunikasi anda. smile.gif
Ewan_sn
Parlimen:Tiada hak salur maklumat individu

TIADA individu atau syarikat persendirian di negara ini dibenarkan menjalankan perniagaan atau operasi menjual maklumat peribadi orang ramai kepada pihak ketiga untuk tujuan rujukan.

Perbuatan mereka yang bertindak sebagai enjin carian dengan mengaut keuntungan hasil menjual maklumat peribadi kepada pihak ketiga didakwa melanggar perundangan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas berkata, Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) yang menyediakan perkhidmatan itu dan menjualnya kepada pihak ketiga menyalahi undang-undang.

Menurutnya, agensi yang bertanggungjawab menyimpan maklumat peribadi seseorang itu adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).





Katanya, maklumat kewangan individu dan syarikat pula, kerajaan hanya membenarkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk berbuat demikian.

“Dua agensi ini diiktiraf kerajaan dan kita tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menyediakan perkhidmatan itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kayveas berkata, tindakan syarikat terbabit jelas mengenepikan hak pengguna dan orang ramai di negara ini.

“Kita tidak kira dari mana mereka dapat maklumat peribadi orang ramai, tetapi syarikat ini tiada hak menyimpan dan menjual kepada pihak lain maklumat peribadi individu.

“Siapa CTOS ini. Saya nak tahu dari mana mereka dapat kuasa dan di bawah akta mana mereka beroperasi.

“Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyimpan atau menyalurkan maklumat seseorang itu,” katanya.

Isnin lalu, Kayveas berkata, kerajaan tidak pernah mengiktiraf CTOS untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Menurutnya, kerajaan juga tidak pernah mengeluarkan lesen kepada syarikat itu untuk bertindak sebagai badan carian apatah lagi menyimpan maklumat peribadi orang ramai.
zayed
QUOTE(noir04 @ Jun 28 2007, 02:18 AM) *
saya memang menggunakan CTOS untuk analyse fraud cases.CTOS ibarat database merangkumi rekod2 dari bank,syarikat telekomunikasi etc...Cara menggunakan nya hanya masukkan IC dan akan terpapar lah rekod.Nama anda akan di rekodkan walaupon hutang anda hanya RM1. Tapi CTOS takkan dapat maklumat kalau bank2 atau syarikat telekomunikasi tak bagi... So jangan salah kan CTOS kalau nama anda ada.. pardon.gif
Ada jugak kes yang saya jumpa, customer syarikat C dah setel hutang dia. tapi nama dia still ade kat CTOS. ini kerana syarikat C tak kemaskini maklumat dan beri pada CTOS..
Apabila ada isu rekod2 di jual kepada pihak tertentu, saya tertanya2 jugak.. Bagi saya mungkin bukan CTOS yang menjual nya, tapi orang yang menggunakan CTOS. Pengguna CTOS akan diberi ID dan password dan mereka menyalahgunakan kemudahan ini. Di tempat saya, kalau ada berlaku jual-beli rekod pelanggan ni, automatik kena terminate... tak tau lah tempat laen
So kesimpulannya, CTOS tidak bersalah.. Salah kan bank2 anda, courts mamonth anda, syarikat telekomunikasi anda. smile.gif


ye ke CTOS tak salah?
Ewan_sn
Sita operasi CTOS jika disalah guna


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menyita dan menutup operasi Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menyalurkan maklumat kewangan individu kepada bank atau pihak lain untuk digunakan sebagai rujukan jika terbukti ia menyalahi undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata setakat ini kewujudan CTOS masih menjadi tanda tanya kerana belum memberi penjelasan apakah peruntukan undang-undang yang membenarkannya beroperasi seperti sekarang serta pihak mana memberikannya kebenaran.

“Walaupun mempunyai lesen perniagaan, kegiatan menjual maklumat peribadi bercanggah dengan Perlembagaan negara dan mencabuli hak asasi orang lain. Ia bukan saja tidak beretika, malah menyalahi undang-undang.

“Kerajaan hanya mengiktiraf Sistem Rujukan Maklumat Credit Berpusat (CCRIS) yang dikawal selia Bank Negara melalui Akta Bank Negara 1958. Semua yang lain seperti CTOS dan Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) kita anggap beroperasi secara haram.

“Sehubungan itu, saya minta semua agensi kerajaan, terutama pihak berkuasa tempatan tertentu, tidak lagi menggunakan perkhidmatan CTOS,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Kayveas berkata, beliau bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri akan melawat pejabat CTOS pada 10 Julai ini bagi memeriksa asas operasinya.

Difahamkan, pelbagai maklumat kewangan dan status kredit peribadi kira-kira 780,000 orang disenarai dalam CTOS setakat ini dan ia tidak dikemas kini melainkan mereka yang terbabit melakukannya sendiri. Setiap semakan dikenakan RM30.

Satu laman web, www.insolvency.gov.my turut dilancarkan semalam bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung masalah masing-masing akibat tindakan CTOS menjadi asas menentukan tindakan diambil terhadap agensi terbabit

Malah, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada 3 April lalu sudah memberi amaran bahawa tindakan diambil terhadap mana-mana bank atau institusi kewangan yang masih menjadikan CTOS sebagai rujukan status kewangan seseorang.

Sementara itu, pengurus CTOS, Bryan Tan berkata perkhidmatan syarikat itu sah dan tidak memerlukan lesen tertentu kerana semua maklumat diperoleh daripada sumber terbuka dan bukan rahsia.

Katanya, antara sumber maklumat yang dimasukkan dalam pangkalan datanya ialah daripada akhbar, warta kerajaan, Pendaftar Syarikat (ROC) dan Jabatan Insolvensi.

Ketua Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada peguam syarikat bagi mendapat pandangan dari sudut perundangan.
Ewan_sn
Institusi kewangan akur tidak guna CTOS
29-06-2007 09:25:42 PM


BACHOK: Kementerian Kewangan yakin institusi kewangan seluruh negara akur dengan arahan kerajaan untuk tidak lagi menggunakan maklumat daripada Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) sebagai rujukan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kementerian tidak pernah bersetuju dengan penggunaan maklumat kewangan individu yang dibekalkan syarikat berkenaan.

"Kalau masih ada kes pelanggan yang masih ditolak pinjaman mereka oleh bank kerana menggunakan maklumat yang dibekal CTOS, bank itu bakal berhadapan tindakan tegas.

"CTOS ini, tak tahu mereka dapat maklumat dari mana. Kebanyakannya mereka kumpul dari akhbar dan siaran mengenai seseorang itu muflis.

"Ia juga tidak mempunyai fakta yang tepat mengenai peminjam dan menimbulkan masalah kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kementerian yakin operasi CTOS akan berakhir kerana institusi kewangan kini sudah berhenti daripada menggunakan khidmatnya bagi menilai kewangan individu.

Dr Awang Adek berkata arahan sudah dikeluarkan kepada institusi kewangan awal tahun ini untuk tidak menggunakan CTOS dan hanya menggunakan Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) yang operasinya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia melalui Akta Bank Negara 1958.

"Penerangan mengenainya dibuat sendiri Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada 3 April lalu," katanya.

Dr Awang Adek sebelum itu menghadiri program menembak tupai di Kampung Belukar, Gunong, di sini, anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bachok.

Kira-kira 26 peserta berjaya menembak 260 tupai yang merosakkan hasil buah-buahan seperti rambutan dan durian yang mulai masak sekarang ini.

Ewan_sn
Kenyataan M. Kayveas tidak adil – CTOS


KUALA LUMPUR 29 Jun – Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas terhadap agensi rujukan kredit itu sebagai melulu dan tidak adil.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chung Tze Keong berkata, Kayveas terlalu ghairah melaporkan pelbagai komen dalam akhbar mengenai CTOS sehingga kebanyakannya sudah ‘melanggar’ batasan undang-undang.

‘‘Kayveas juga pernah mengeluarkan kenyataan mahu bersemuka dan mendapatkan cerita sebenar tentang CTOS tetapi beliau senyap sehingga kini.

‘‘Apa yang berlaku sekarang ialah beliau telah menjadi individu yang sangat tidak adil dan terus menjatuhkan reputasi CTOS,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tze Keong berkata, isu tersebut menyebabkan CTOS telah disalah erti oleh orang ramai yang menuduh syarikat itu mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam individu.

‘‘Saya kesal kerana CTOS sebenarnya tidak mempunyai kuasa langsung untuk menyenarai hitam. Apa yang kita tawarkan hanya informasi tentang sejarah kredit seseorang.

‘‘Maklumat yang diperoleh pula adalah daripada sumber awam seperti warta kerajaan, Jabatan Insolvensi Malaysia dan akhbar-akhbar tempatan,’’ ujarnya.

Sebelum ini, Kayveas mengeluarkan kenyataan CTOS boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan kerana menggunakan maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia tanpa kebenaran.

Menurut beliau, jabatan berkenaan yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri tidak pernah memberi kebenaran kepada CTOS untuk menggunakan maklumat yang dikeluarkannya.

Tze Keong memberitahu, pihaknya tidak mahu pertelagahan itu menjadi lebih besar sehingga memalukan mana-mana pihak.

‘‘Mengapa baru sekarang kesalahan CTOS seolah-olah dicari sedangkan kami sudah berkhidmat kepada pelbagai pihak sejak lebih 17 tahun lalu?’’ tegasnya.


Ewan_sn
CTOS tidak berdaftar dengan SSM – Kayveas


KUALA LUMPUR 30 Jun – Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. tidak didaftarkan dengan suruhannya itu dan kali terakhir ia melaporkan jumlah dagangannya adalah pada 1997, iaitu sebanyak RM1.25 juta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas berkata, rekod SSM mendapati hanya nama CTOS Sdn. Bhd. yang berdaftar dengan suruhanjaya itu dan bukannya Credit Tip Off Service Sdn. Bhd.

Katanya, ini menunjukkan bahawa syarikat itu sebenarnya tidak wujud ekoran tidak berdaftar dengan SSM yang merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat yang beroperasi di negara ini.

Sehubungan itu, jelasnya, tiada keperluan untuk beliau melayan surat guaman daripada CTOS yang dihantar kepadanya semalam, ekoran kritikan yang dibuatnya terhadap syarikat itu sejak kebelakangan ini.

Surat itu, menurutnya, antara lain meminta beliau meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengkritik syarikat tersebut.

“Surat itu bagi saya umpama satu gurauan kerana syarikat yang tidak berdaftar dengan SSM seolah-olah tidak sah dan tidak wujud jadi bagaimana saya hendak jawab surat itu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan rumah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden NUBE, S. Sivabalan, Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Sahir Syed Mohamud, Exco Pulau Pinang, Datuk Dr. Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Kawasan Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Menurut Kayveas, dalam tempoh dua hari ini, pihaknya menerima hampir 450 e-mel aduan orang ramai mengenai nama mereka yang disenaraihitamkan oleh CTOS.

Katanya, beliau bersama pegawai Jabatan Insolvensi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM, kastam, polis dan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) akan melawat pejabat CTOS pada 10 Julai ini.

Dalam pada itu, Kayveas menyarankan bank-bank supaya memenuhi tuntutan NUBE untuk menaikkan gaji kakitangan mereka sebanyak 45 peratus dan bukannya 30 peratus seperti yang diminta oleh kesatuan itu.

“Sebanyak 2,147 cawangan bank di seluruh negara dianggarkan membuat sekurang-kurangnya 500,000 semakan CTOS setiap minggu.

“Dengan mengandaikan harga setiap semakan CTOS serendah RM3, bank sanggup membelanjakan RM78 juta setahun. Kenapa tidak salurkan perbelanjaan itu kepada kakitangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Mingguan Malaysia yang melayari laman web SSM hari ini juga gagal mengesan nama syarikat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd.





Ewan_sn
Amaran Najib -- CTOS tidak harus salur maklumat kewangan tak terkini


TAIPING 1 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada syarikat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) supaya tidak menjadi penghalang kepada orang ramai untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan.

Tegas beliau, CTOS tidak seharusnya mencengkam orang ramai dengan mengemukakan maklumat tidak terkini sehingga boleh menyebabkan orang ramai disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.

Beliau berkata, CTOS perlu memastikan maklumat yang disimpan lengkap dan dikemas kini bagi mengelakkan orang ramai yang disenaraikan dalam sistemnya menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

‘‘Maklumat CTOS mesti lengkap dan terkini. Apabila selesai pinjaman (orang ramai), maklumatnya mesti masuk dalam sistem supaya tidak jadi penghalang kepada institusi kewangan lain memberikan pinjaman kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Festival Makan Durian Bukit Gantang 2007 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri mengulas pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas semalam bahawa CTOS telah menyebabkan ramai pelanggan institusi kewangan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

Kayveas turut mendakwa syarikat itu tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir ia berbuat demikian ialah pada 1997 dengan menyatakan ia memperoleh pendapatan RM1.2 juta.

Katanya, kira-kira 90 peratus daripada 780,000 individu yang tersenarai dalam sistem CTOS adalah Melayu. Kayveas berkata, sejak dua hari lalu beliau menerima lebih 400 e-mel yang mengadu masalah berkaitan CTOS.

Menurut Najib, CTOS merupakan satu sistem yang memberikan maklumat mengenai kedudukan kewangan seseorang supaya dapat dipantau oleh institusi kewangan.

Beliau berkata, kecenderungan seseorang meminjam daripada beberapa buah institusi kewangan menyukarkan bank-bank mengetahui kedudukan kewangan bakal peminjamnya.

Ditanya mengenai kenyataan Kayveas bahawa CTOS merupakan sebuah syarikat yang tidak berdaftar dengan SSM, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan menyemak perkara tersebut.
Ewan_sn
CTOS tetap teruskan operasi


KUALA LUMPUR 1 Julai – Syarikat Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) tetap tidak mahu menghentikan operasi walaupun didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas bahawa ia tidak wujud berikutan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong mendakwa, kenyataan Kayveas itu sebagai tuduhan melulu yang tidak berasas.

Menurutnya, banyak kenyataan yang dilemparkan terhadap CTOS oleh Kayveas sejak kebelakangan ini dibuat tanpa usul periksa.

‘‘Beliau (Kayveas) sekadar bercakap saja. Kalau nak buat kenyataan pun biarlah siasat secara terperinci dulu, kemudian baru cakap,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Kayveas semalam yang menyebut CTOS tidak didaftarkan dengan SSM, sebaliknya hanya nama CTOS Sdn. Bhd. yang berdaftar dengan badan berkanun tersebut.

Kayveas berkata, kali terakhir CTOS melaporkan jumlah dagangannya adalah pada 1997 iaitu sebanyak RM1.25 juta.

Mengenai perkara tersebut, Tze Keong menjelaskan, CTOS didaftarkan dengan SSM sebagai sebuah syarikat dengan nama CTOS Sdn. Bhd.


noir04
QUOTE(zayed @ Jun 29 2007, 08:28 AM) *
QUOTE(noir04 @ Jun 28 2007, 02:18 AM) *
saya memang menggunakan CTOS untuk analyse fraud cases.CTOS ibarat database merangkumi rekod2 dari bank,syarikat telekomunikasi etc...Cara menggunakan nya hanya masukkan IC dan akan terpapar lah rekod.Nama anda akan di rekodkan walaupon hutang anda hanya RM1. Tapi CTOS takkan dapat maklumat kalau bank2 atau syarikat telekomunikasi tak bagi... So jangan salah kan CTOS kalau nama anda ada.. pardon.gif
Ada jugak kes yang saya jumpa, customer syarikat C dah setel hutang dia. tapi nama dia still ade kat CTOS. ini kerana syarikat C tak kemaskini maklumat dan beri pada CTOS..
Apabila ada isu rekod2 di jual kepada pihak tertentu, saya tertanya2 jugak.. Bagi saya mungkin bukan CTOS yang menjual nya, tapi orang yang menggunakan CTOS. Pengguna CTOS akan diberi ID dan password dan mereka menyalahgunakan kemudahan ini. Di tempat saya, kalau ada berlaku jual-beli rekod pelanggan ni, automatik kena terminate... tak tau lah tempat laen
So kesimpulannya, CTOS tidak bersalah.. Salah kan bank2 anda, courts mamonth anda, syarikat telekomunikasi anda. smile.gif


ye ke CTOS tak salah?


Akibat hentaman demi hentaman dari kayveas dan pihak tertentu. adalah lebih baek kita menunggu serang balas dari pihak CTOS pula sebab tak nak bersikap bias. Selama mggunakan CTOS memang saya tak berdepan masalah serius. Cuma kadang2 diorang tak kemas kini rekod... Hal2 laen berkaitan jua-beli maklumat saya kurang pasti.. So kena tunggu laporan selanjutnyer.. Kalaulah perkhidmatan CTOS diberhentikan serta-merta memang akan memberi effect kepada kerja saya.. Kerana saya akan berdepan ngan fraudster-fraudster yang berlambak kat luar sane.. biggrin.gif
Ewan_sn
Dah cukup kuat ke CTOS ni nak bergaduh dgn menteri dan dgn Najib?
metrobas16
CTOS ni lebih kurg sama dgn CCRIS
berg
Isu CTOS nie kalau dah tahu menyalahi undang2 ambil tindakan la... jgn bagi muka...
Dr Kayveas pun satu hal... awak tu menteri di Jabatan Perdana Menteri... Ambil la tindakan...

Kalau dah salah tunggu apa lagi.... ini CEO CTOS tu siap buat press conference utk lawan balik... apa cite... company sdn bhd je, pangkat nak CEO.. CEO taik..
manick
QUOTE(Edirossa @ Jun 27 2007, 08:29 AM) *
Haramkan khidmat CTOS


KUALA LUMPUR 26 Jun – Persatuan-persatuan pengguna mahu kerajaan bertindak tegas ke atas Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS) termasuk mengharamkan perkhidmatan tersebut bagi mengelak pengguna daripada terus teraniaya.

Selain tindakan ke atas syarikat tersebut kerana memperdagangkan maklumat peribadi, mereka juga mahu kerajaan bertindak ke atas bank-bank yang terus menjadikan CTOS sebagai rujukan utama mereka.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu menegaskan, perdagangan maklumat peribadi itu perlu diharamkan bagi melindungi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian gabungan itu, hampir satu juta pengguna telah dinafikan pinjaman kredit kerana perkhidmatan itu.

‘‘Sistem yang dipakai juga tidak adil kerana ia menyimpan terlalu lama maklumat dan tidak dikemas kini.

“Sepatutnya selepas enam tahun nama sudah boleh dinyahsenaraikan, tetapi CTOS tidak. Selama-lamanya rekod kita akan menjadi tatapan pihak lain,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak yang mendakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman.

Malah, agensi itu juga gagal untuk mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam walaupun mereka telah melangsaikan tunggakan pinjaman selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas semalam menjelaskan kerajaan tidak pernah mengiktiraf CTOS untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Katanya, kerajaan juga tidak pernah mengeluarkan lesen kepada CTOS untuk bertindak sebagai badan carian apatah lagi menyimpan maklumat peribadi orang ramai.

Marimuthu berkata, segala penganiayaan itu tidak akan berlaku jika negara mempunyai Akta Maklumat Peribadi bagi melindungi pengguna dan mengelakkan mereka daripada teraniaya.

“Kita sudah banyak kali mengadu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi bank pusat itu buat tidak tahu sahaja,’’ katanya.

Mengenai tindakan bank-bank yang terus menggunakan CTOS sebagai rujukan, beliau mengajak pengguna memboikot bank-bank berkenaan.

Beliau menambah, FOMCA juga menyokong dan menggalakkan pengguna yang teraniaya menyaman syarikat terbabit.

Sementara itu, Koordinator Persatuan Pengguna Islam, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, Kementerian Kewangan dan BNM perlu bertindak kerana bank-bank kini menjadikan status CTOS sebagai pra syarat pinjaman.

“Ini silap. Sistem itu tidak diiktiraf kerajaan tetapi menjadi rujukan,’’ katanya.

Beliau menambah, tindakan segera perlu diambil kerana perkhidmatan CTOS itu juga telah digunakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengugut pengguna.

“Sebagai contoh, pengguna yang berhutang membeli perabot atau barangan elektrik tetapi tertunggak bayaran diugut nama mereka akan dimasukkan ke dalam CTOS jika tidak melangsaikan tunggakan hutang dengan segera,’’ katanya.

Katanya, hal itu berlaku kerana tiada kawalan dan pemantauan dalam soal penyenaraian maklumat ke dalam sistem CTOS.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia, M. Subramaniam berkata, kerajaan perlu menstrukturkan semula kedudukan CTOS dengan meletakkannya di bawah kawalan BNM.

Dengan itu, katanya, kawalan dapat dilakukan khususnya bagi memastikan nama dan maklumat individu tidak sewenang-wenangnya dimasukkan ke dalam senarai itu.




mcm ada unsur2 menjatuhkn org melayu je...kebanyakan yg disenarai org melayu...pe cite....klu akula kena...mau aku saman je depa ni...
Ewan_sn
CTOS officials to be charged
06-07-2007 10:05:38 AM

KUALA LUMPUR: The Companies Commission of Malaysia is taking four CTOS officials to court for contravening the Companies Act 1965.

CTOS directors Chung Tze Keong, 55, his brother Tze Wen, 58, and company secretaries Leonie Lee Shuet Fong, 41, and Chiam Tow Loon, 51, are expected to be charged in court today with:

FAILURE to table their audited accounts (an offence under the Act which carries a RM30,000 fine or five years' jail);

FAILURE to file their annual return reports (RM5,000 fine);

FAILURE to hold an annual general meeting (RM5,000 fine); and

FAILURE to display their company’s name (RM1,000 fine).
Meanwhile, a former bank executive lodged a police report yesterday against CTOS for selling information on her personal finances to her ex-husband.

In her report, Norhayati Abdullah, of Bukit Antarabangsa, Ampang, said she had been “oppressed” because CTOS had not only disclosed her financial details but also printed and sold the information to her ex-husband in July last year for RM25, Bernama reports.

“I only knew of the matter after my lawyer told me the document was now being used by my ex-husband’s syariah lawyer in the hearing of a claim against my husband,” the 48-year-old woman told reporters after lodging the report at the Jalan Tun Razak police station.

THE STAR




DoraDxplorer
adei ... 25 ringgit je utk dpt report.

murah nar ... desperate kot company ni.
Ewan_sn
Wanita dakwa maklumat peribadi dijual RM25

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak puas hati apabila segala maklumat kewangannya yang dianggap sulit dijual sebuah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS), kepada bekas suaminya bagi tujuan tuntutan harta dalam kes penceraian mereka di mahkamah.

Mangsa, Norhayati Abdullah, 48, (gambar) mendakwa maklumat itu yang dianggap peribadi didakwa diperoleh tanpa kebenaran oleh bekas suaminya bagi tujuan mencabar kredibiliti selain digunakan sebagai barang kes di Mahkamah Syariah Selangor untuk mencabar tuntutannya.

Menurutnya, dia terkejut apabila peguam yang mewakilinya memberitahu segala maklumat berkaitan kewangannya diperoleh bekas suaminya pada 24 Julai tahun lalu melalui sebuah syarikat yang beralamat di Menara Promet, Jalan Sultan Ismail di sini.

“Bukan saja maklumat itu berjaya diperoleh, malah ia turut dicetak dan dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM25.

“Saya hanya sedar kewujudan dokumen ini selepas dimaklumkan peguam yang mewakili saya dalam perbicaraan tuntutan terhadap bekas suami,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Bekas eksekutif sebuah bank di ibu kota itu berkata, selepas kejadian berkenaan, dia ada menghubungi syarikat terbabit, tetapi diberitahu oleh seorang pegawai di situ bahawa segala maklumat itu bukan diperoleh daripada Bank Negara, sebaliknya CTOS.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit kerana mencerobohi hak peribadi tanpa pengetahuan dan kebenaran saya.

“Malah ia memberi kesan terhadap perbicaraan di mahkamah nanti selain turut diketahui orang ramai kerana mahkamah adalah galeri awam,” katanya.

Norhayati berkata, dia tergerak untuk membuat laporan polis selepas banyak pihak meluahkan rasa tidak puas hati selepas segala maklumat berkaitan kewangan diketahui pihak lain dengan mudah.



“Tujuan saya buat aduan ini bukan untuk publisiti, tetapi tidak puas hati selepas hak peribadi saya diceroboh oleh pihak lain dengan sewenang-wenangnya,” katanya yang berasal dari Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Isu CTOS hangat diperkatakan selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas mendedahkan operasi syarikat itu yang didakwanya bertentangan atau melanggar tujuh undang-undang negara, dan boleh menimbulkan implikasi negatif kepada orang ramai apabila data dibekalkan tidak cukup dan tidak dikemas kini.

Ewan_sn
CTOS tetap teruskan operasi


KUALA LUMPUR 6 Julai – Ketua Pegawai Eksekutif Credit Tip Off Service Sdn. Bhd (CTOS), Chung Tze Keong hari ini menegaskan, CTOS akan tetap beroperasi seperti biasa walaupun syarikat itu kini dilanda pelbagai kontroversi.

Katanya, tiada sebab untuk beliau menamatkan operasi CTOS kerana jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat itu sejak 17 tahun lalu adalah sah mengikut undang-undang.

Beliau berkata, dakwaan di mahkamah yang dihadapi empat syarikat CTOS hari ini hanyalah berkaitan kesalahan di bawah Akta Syarikat dan bukan jenis perniagaan yang dijalankan.

‘‘Operasi syarikat tetap akan diteruskan meskipun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mendakwa beberapa syarikat CTOS. Ia tidak ada kena mengena dengan operasi harian syarikat kerana perniagaan yang kami lakukan selama ini adalah sah.

‘‘Begitu juga dengan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap CTOS semalam. Bagi saya, ia merupakan hak wanita terbabit. Saya tidak akan menutup syarikat ini hanya disebabkan laporan polis berkenaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tze Keong berkata demikian ketika ditanya sama ada operasi CTOS akan dihentikan ekoran kontroversi yang melanda syarikat itu baru-baru ini termasuk yang membabitkan kes mahkamah hari ini.

Semalam, seorang wanita, Norhayati Abdullah, 48, membuat laporan polis terhadap CTOS selepas syarikat itu didakwa menjual maklumat kewangan kepada bekas suaminya untuk digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Wanita itu dalam laporannya mendakwa maklumat tersebut dijual oleh syarikat itu pada harga RM25.


Ewan_sn
Batal segera pendaftaran CTOS - Kayveas

KUALA LUMPUR 7 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diminta membatalkan serta-merta pendaftaran Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) berikutan tindakan syarikat itu menggunakan perkataan ‘biro’ dalam memorandum tataurusannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk M. Kayveas berkata, penggunaan perkataan ‘biro’ bagi merujuk kepada syarikat itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana ia hanya boleh diguna pakai setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut beliau, syarikat itu turut melakukan satu kesalahan lain yang membolehkannya dibatalkan apabila objektif penubuhan syarikat yang dicatatkan di dalam memorandum itu berlainan dengan operasi sebenar yang menjual maklumat kewangan peribadi.

“BNM dan pihak lain yang berkedudukan lebih tinggi boleh membuka mulut mengarahkan operasi CTOS dihentikan berbanding saya yang hanya berjawatan Timbalan Menteri yang tidak mempunyai banyak kuasa.

“Tidak tahulah kalau mereka hendak beri syarikat ini peluang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Progresif Malaysia Berhad (KPMB) dan jentera pilihan raya Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Kayveas yang juga Presiden PPP mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong semalam bahawa syarikat itu akan tetap beroperasi seperti biasa kerana jenis perniagaan yang dijalankannya sejak 17 tahun lalu adalah sah mengikut undang-undang.

Menurut Tze Keong, 85 tuduhan di mahkamah yang dihadapi empat syarikat sekutu CTOS semalam hanyalah berkaitan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan tidak membabitkan jenis perniagaan yang dijalankan.

Sementara itu, Kayveas berkata, CTOS melanggar tujuh undang-undang negara termasuk Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berhubung larangan mencetak, menjual dokumen dan penerbitan.

“Sehingga kini, kita telah menerima 2,000 e-mel iaitu tiga aduan bagi setiap lima minit dan 200 yang hilang ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan aduan ini lebih kurang sama.

“Saya tidak mahu isu ini menjejaskan tumpuan kita bagi membela rakyat yang menderita kerana CTOS. Saya baca e-mel ini pun rasa boleh menangis,” ujarnya.


Ewan_sn
Mahkamah Majistret: CTOS hadapi 87 tuduhan

KUALA LUMPUR: Agensi pembekal maklumat kewangan, CTOS Sdn Bhd (CTOS), tiga syarikat bersekutunya dan empat pegawai kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 87 tuduhan berasingan kerana melanggar peruntukan mengikut Akta Syarikat 1965.

CTOS, CTOS EMR Sdn Bhd (CEMR) dan CTOS Data System Sdn Bhd (CDS) masing-masing menghadapi enam tuduhan, manakala satu lagi syarikat bersekutunya, CTOS Business System Sdn Bhd (CBS) didakwa atas satu tuduhan.

Pengarah keempat-empat syarikat itu, Chung Tze Wen, 49, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu di hadapan Majistret Syahrin Jeli Bohari.

Tze Wen sendiri serta abangnya, Tze Keong, 51, yang juga pengarah syarikat itu, pula masing-masing didakwa atas 17 tuduhan di Mahkamah Majistret manakala dua di Mahkamah Sesyen.

Di Mahkamah Majistret sama, dua setiausaha syarikat itu, Chiam Tow Loon, 52, dan Leonie Lee Shuet Fong, 42, turut masing-masing didakwa atas 15 tuduhan.

CTOS, CDS dan CEMR masing-masing didakwa gagal menyerahkan penyata tahunan syarikat antara 2003 dan 2006. CTOS juga didakwa gagal menyerahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2006, yang sepatutnya diserahkan dalam tempoh 15 hari selepas mesyuarat diadakan.

Selain itu, CTOS, CDS dan CBS masing-masing didakwa gagal mempamerkan nama syarikat dalam tulisan Rumi di pejabat mereka di 221-C Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras, bulan lalu.

Empat pegawai syarikat itu masing-masing menghadapi 17 tuduhan, manakala Chiam dan Leonie menghadapi 15 tuduhan setiap seorang, kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi CTOS, CDS dan CEMR pada tahun 2006, selain gagal menyerahkan penyata tahunan antara tahun 2003 dan 2006.

Tuduhan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan membawa hukuman maksimum denda RM2,000 mengikut Seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965, manakala jika sabit kesalahan kerana gagal mengemukakan penyata tahunan, denda maksimum yang dihadapi adalah RM5,000 mengikut Seksyen 143(1) akta sama.

Selain itu, kegagalan mempamerkan nama syarikat boleh membawa hukuman maksimum denda RM1,000 mengikut Seksyen 121(3) akta sama.

Syahrin menetapkan sebutan kes pada 27 Julai ini bagi membolehkan Chiam dan Leonie melantik peguam bela, manakala 2 Ogos ini ditetapkan untuk mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhd Zulkhairi Kamaruzaman dan peguam bela Ashok Kandiah sama ada kes itu patut dibicarakan bersama tuduhan yang dihadapi Tze Keong dan Tze Wen di Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Tze Keong dan Tze Wen juga menghadapi dua tuduhan berasingan gagal membentangkan Akaun Untung dan Rugi syarikat bagi tahun kewangan berakhir 2005 bagi CDS dan CEMR.
zayed
QUOTE(noir04 @ Jul 3 2007, 09:25 AM) *
QUOTE(zayed @ Jun 29 2007, 08:28 AM) *
QUOTE(noir04 @ Jun 28 2007, 02:18 AM) *
saya memang menggunakan CTOS untuk analyse fraud cases.CTOS ibarat database merangkumi rekod2 dari bank,syarikat telekomunikasi etc...Cara menggunakan nya hanya masukkan IC dan akan terpapar lah rekod.Nama anda akan di rekodkan walaupon hutang anda hanya RM1. Tapi CTOS takkan dapat maklumat kalau bank2 atau syarikat telekomunikasi tak bagi... So jangan salah kan CTOS kalau nama anda ada.. pardon.gif
Ada jugak kes yang saya jumpa, customer syarikat C dah setel hutang dia. tapi nama dia still ade kat CTOS. ini kerana syarikat C tak kemaskini maklumat dan beri pada CTOS..
Apabila ada isu rekod2 di jual kepada pihak tertentu, saya tertanya2 jugak.. Bagi saya mungkin bukan CTOS yang menjual nya, tapi orang yang menggunakan CTOS. Pengguna CTOS akan diberi ID dan password dan mereka menyalahgunakan kemudahan ini. Di tempat saya, kalau ada berlaku jual-beli rekod pelanggan ni, automatik kena terminate... tak tau lah tempat laen
So kesimpulannya, CTOS tidak bersalah.. Salah kan bank2 anda, courts mamonth anda, syarikat telekomunikasi anda. smile.gif


ye ke CTOS tak salah?


Akibat hentaman demi hentaman dari kayveas dan pihak tertentu. adalah lebih baek kita menunggu serang balas dari pihak CTOS pula sebab tak nak bersikap bias. Selama mggunakan CTOS memang saya tak berdepan masalah serius. Cuma kadang2 diorang tak kemas kini rekod... Hal2 laen berkaitan jua-beli maklumat saya kurang pasti.. So kena tunggu laporan selanjutnyer.. Kalaulah perkhidmatan CTOS diberhentikan serta-merta memang akan memberi effect kepada kerja saya.. Kerana saya akan berdepan ngan fraudster-fraudster yang berlambak kat luar sane.. biggrin.gif


kenapa nak ada affect lak? CTOS dapat dari bank negara. kenapa u tak amik dari bank negara?
Ewan_sn
CTOS kena saman lagi
13-07-2007 05:12:00 PM


KUALA LUMPUR: Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) menerima saman ketiga dalam tempoh seminggu ekoran kegiatan syarikat itu menyalurkan maklumat kewangan peribadi orang ramai kepada bank serta syarikat kewangan sehingga menyebabkan mereka gagal mendapat pinjaman kerana disenarai hitam.

Hari ini, seorang ahli perniagaan memfailkan saman malu RM100 juta terhadap CTOS atas dakwaan memfitnah sehingga menyebabkan namanya disenarai hitam daripada mendapat pinjaman institusi kewangan.

Seeni Mohamad Mohamed Ali, 42, dari Subang Jaya turut menamakan tiga lagi syarikat bersekutu, CTOS Data Systems Sdn Bhd, CTOSEMR Sdn Bhd, CTOS Business Systems Sdn Bhd serta dua pengarahnya Chung Tze Keong, 52, dan adiknya Chung Tze Wen, 49, sebagai defendan.

Seeni Mohamad memfailkan saman dan tuntutan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Joshua Sambanthan & Associates.

Pada 6 Julai lepas, seorang kakitangan Jabatan Kesihatan dari Rompin, Pahang, menyaman syarikat berkenaan RM2 juta kerana cuai sehingga beliau disenaraihitamkan manakala seorang bekas eksekutif kanan Petronas pula memfailkan saman fitnah RM500,000 pada Rabu lalu atas sebab serupa.

Seeni Mohamad dalam tuntutannya mendakwa beliau menyedari namanya disenarai hitam apabila Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad menolak permohonan pinjaman untuk membeli kereta pada 17 Julai tahun lalu.

Beliau juga mendakwa gagal mendapatkan pinjaman daripada Eon Finance Berhad (kini dikenali sebagai EON Bank berhad) dan khidmat kad kredit Southern Bank Berhad.

Seeni Mohamad seterusnya mendakwa tindakan defendan mendedah dan memaklumkan butiran kedudukan kewangan beliau tanpa persetujuannya telah benar-benar memfitnahkannya.

Plaintif mendakwa tindakan CTOS memberi gambaran seolaholah beliau adalah seorang pembohong dan tidak bertanggungjawab dalam melangsaikan hutangnya.

Plaintif mendakwa sebelum ini beliau mempunyai satu tuntutan guaman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sehingga masih belum diputuskan mahkamah dan CTOS telah menggunakan tuntutan sivil tersebut dalam menyenaraihitamkan namanya.

Plaintif berkata peguamnya telah memaklumkan kepada defendan pertama untuk mengemaskini datanya tetapi sehingga hari ini syarikat itu masih gagal berbuat demikian.

Dalam tuntutan itu, plaintif menuntut gantirugi teladan, gantirugi teruk dan gantirugi am, selain gantirugi RM100 juta itu.

Plaintif juga memohon suatu deklarasi daripada mahkamah untuk memerintahkan kesemua defendan mengeluarkan atau memadamkan namanya daripada data mereka.

Seeni Mohamad ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata semakan beliau menunjukkan namanya disenarai hitam oleh CTOS dan institusi kewangan telah menggunakan perkhidmatan data yang disediakan oleh syarikat tersebut.

BERNAMA


Ewan_sn
Rujuk CTOS: Bank mahu ugut pengguna
24-07-2007 03:50:46 PM

KUALA LUMPUR: “Bank mahu mengugut pengguna. Sebab itu mereka berkeras mahu terus menggunakan khidmat Credit Tip Off Service (CTOS) Sdn Bhd walaupun telah diarahkan Kabinet dan Kementerian Kewangan agar berhenti berbuat demikian,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M Keyveas hari ini.

Kenyataannya itu dibuatnya sebagai mengulas keputusan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) semalam bahawa ahlinya akan terus menggunakan khidmat CTOS, dengan syarat, bakal peminjam memberi persetujuan agar latar belakang mereka disemak.

Pengerusi ABM, Datuk Seri Abdul Hamidy Hafiz berkata, berkuatkuasa serta-merta, semua bank terbabit perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada bakal peminjam sebelum merujuk kepada CTOS atau agensi-agensi rujukan kredit lain.

Beliau memberi alasan bahawa bank perlu mendapatkan maklumat yang disediakan CTOS dan agensi rujukan lain bagi menilai keupayaan kredit seseorang pelanggan.

ABM adalah persatuan 22 buah bank, iaitu sembila bank tempatan dan 13 bank asing yang beroperasi di negara ini.

Keyveas bagaimanapun mendakwa ABM hanya "bermain wayang kulit" dengan memperkenalkan syarat baru itu, kerana kesannya, pengguna tetap teraniaya.

“Sekarang mereka kata mesti isi satu borang menyatakan setuju latar belakang mereka disemak termasuk melalui CTOS. Kalau bakal peminjam enggan, pinjaman akan mengambil masa yang lama untuk diproses.

“Tidakkah ini satu ugutan? Kalau mahu pinjaman diproses, mesti tandatangan borang. Kalau tidak tandatangan, pinjaman mungkin tidak diproses,” katanya kepada pemberita di Dewan Negara.

Keyvesas mempersoalkan apa perlunya bank terus menggunakan khidmat CTOS sedangkan mereka mempunyai sistem semakan kredit sendiri, iaitu Sistem Maklumat Kredit (CCRIS) dan boleh juga membuat semakan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, keputusan terbaru ABM itu hanyalah satu cara bagi bank mengambil langkah mudah tanpa mengendahkah tanggungjawab sosial mereka kepada pengguna.

“Mereka buat untung daripada pengguna. Tetapi mereka lebih rela mempertahankan kepentingan sebuah syarikat persendirian daripada kebajikan pengguna sendiri. Keputusan ini juga seolah-olah menentang keputusan yang dibuat Kabinet dan Kementerian Kewangan mengenainya,” tegasnya lagi.

Kabinet baru-baru ini mengarahkan semua agensi kerajaan dan kementerian yang mengeluarkan pinjaman supaya tidak lagi menggunakan khidmat CTOS sebagai rujukan berkuatkuasa serta-merta.

Keyveas berkata, jika bank merasakan bahawa sistem rujukan mereka sendiri, iaitu CCRIS tidak sempurna, mereka sepatutnya memperbaiki sistem itu dan tidak bersekongkol dengan sebuah syarikat seperti CTOS.

Beliau juga mendakwa mempunyai maklumat bahawa CTOS bertindak sebagai sebuah agensi pemungut hutang secara tidak langsung kerana institusi kewangan yang menggunakan data daripada syarikat itu dikehendaki membayar peratusan tertentu daripada hutang yang berjaya mereka kutip.

Katanya, bank dan institusi kewangan juga menggunakan CTOS untuk menakut-nakutkan pengguna bahawa nama mereka akan disenaraikan dalam data CTOS jika gagal membuat bayaran balik.

“Ini adalah satu cara mengugut orang ramai. Saya tidak kata orang ramai tidak perlu bayar hutang, tetapi institusi kewangan janganlah gunakan cara tidak beretika seperti ini. Jika ini berterusan, ramai peguam yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

CTOS baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana rekod kewangan individu yang disediakan didakwa tidak dikemas kini hingga menyebabkan bank mendapat maklumat tidak tepat mengenai latar belakang kredit peminjam.


Helang Emas
QUOTE
Keyveas bagaimanapun mendakwa ABM hanya "bermain wayang kulit" dengan memperkenalkan syarat baru itu, kerana kesannya, pengguna tetap teraniaya.


memang betul pun..... good.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.