Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Football Tips
Mesra.net Forum > Sports, Recreation & Hobby > Futsal
Adie_Al-Attas
First.. aku bukan terrer sangat dlm bab main bola tapi aku penah ikut melatih
skuad sekolah dan juga skuad kolej..
so.. aku nak kongsi tips ni buat yang berminat untuk menceburi sukan ni..

Sebenarnya selain dari praktis yang berterusan, seseorang itu perlu ada minat dan ketajaman minda..
Semua pergerakan dalam permainan bola hasil dari cetusan minda...
cetusan minda itu le yang akan menggerakkan gerakan-gerakan tubuh dan juga pergerakan bola.
Semuanya berkait rapat dari keputusan minda kita... kita diberikan bola dlm ruang waktu yang pantas.. so dari situlah tercetusnya pergerakkan kita.. Samada kita nak dribble bola tu, atau nak pass bola tu...
minda.. tubuh dan pengelihatan sering berkait...

Adie_Al-Attas
Bagi yang ada bakat semula jadi, maka itu satu kelebihan
tapi bagi yang tiada bakat maka perlu mendalami dan mengasah bakat dengan cara latihan...
Salah satu latihan yang perlu ialah biasakan diri menonton perlawanan bola sepak
luar negara.. coz ia memberi contoh terbaik bagaimana mengawal bola, menyepak bola dan mengeluarkan magik dalam menggerakkan bola...Dari situ kita bola mempraktikkan pergerakkan tersebut dengan mengadakan latihan...
Seseorang yang pro dlm bola sepak ini ialah seseorang yang boleh membaca pergerakkan lawan
dan cuba mengaplikasikan kebolehan diri untuk mematikan pergerakkan lawan..
Kawalan dan dribble bola pula ialah salah satu seni melindungi bola tersebut dr dirampas dan seterusnya menggerakkan ia ke sasaran yang ada dlm kepala.. Di sini kita boleh keluarkan apa yang dinamakn magik on the football...
Adie_Al-Attas
Dribble:
Dribble ialah salah satu seni yang memang boleh dipelajari..
Ia berkait rapat dengan ketangkasan minda dan pergerakkan.
Dribble ni ada dua cara:
1. Dribble Jenis pantas. cthnya mcm yang dilakukan oleh Messi, Ronaldo, Henry dan banyak lagi..
= ini memerlukan kepantasan minda dan larian, Dribble ni memang akan memukau kerana pergerakkan umpama lipas kudung dan ia boleh menghuru-harakan barisan pertahanan lawan...
2. Dribble Jenis Slow. Cthnya mcm yang dilakukan Zidane atau Ronaldinho.. Ia banyak melibatkan gerakkan badan yang mengelirukan dan ini biasanya dipanggil magik. Tapi pergerakkan jenis mcm ni tidak dpt membantu dalam perlawanan yang punya aksi fizikal dan keras... biasanya utk mematikan pergerakkan ini kita hanya perlu kunci pergerakkan mereka...

Dua-dua jenis ni memang hasil cetusan minda dan pemerhatian.. dan semua ini boleh dipelajari dengan latihan yang berterusan....
Adie_Al-Attas
Latihan pertama bagi mereka yang kurang mahir dalam bola
ialah latihan Zig-zag.. latihan ini mmg berkesan untuk meningkatkan skill dribble terutamanya dribble jenis pantas..
Latihan Zig-zag ni perlukan coach yang mahir coz ia melibatkan sedikit pengetahuan ttg bagaimana ia boleh membantu anda...
Saya pun bermula dgn latihan Zig-zag,ini pun selepas saya kecewa kerana tidak layak mewakili sekolah. saya pernah pacakkan kayu sehingga 100 dan mula dribble kayu-kayu tu...apa yang saya dapat ialah saya boleh mengawal bola dan keajaibannya ialah bola seolah-olah melekat pada kaki...
Adie_Al-Attas
Bola ialah:
Satu seni yang menggabungkan pemikiran, gerakan, pemerhatian, kawalan dan tenaga.
Kira apa yang ada dlm tubuh kita punya fungsi dlm permainan bola...
so.. kalau nak terrer dlm bola kena banyak menonton aksi bola eropah terutamanya liga perdana inggeris dan kena buat latihan...

Cukuplah setakat ni dulu, siapa ada tips tu apa kata kita kongsi dekat sini... nanti siapa yang kurang mahir tu bolehlah belajar dari tips ni.

Siapa perlu personel coach, saya boleh bantu tapi bergantung pada masa saya dan jarak anda...
dan kalau ada yang nak main bola padang, boleh join saya tiap ptg dekat Puchong Jaya area depan IOI je...
Padang mmg luas.. dan kdg boleh friendly lg dgn mamat2 negro.. Siapa yang nak berlatih gak.. boleh dtg ke area di atas... kita sama-sama buat latihan....

Kalaulah aku ada pusat latihan bola... sure aku boleh dpt duit coz dkt pdg tu je ada dekat 50 org budak2 cina belajar main bola... 50 darab dgn RM40/sorang(sebulan).. fuhh.. mau dpt rm 2000 sebulan...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.