Help - Search - Members - Calendar
Full Version: 200 Pelajar Perempuan Direndam Oleh Guru Dalam Kolam Ikan
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2
a-khai
KOTA KINABALU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pendidik di seluruh negara, era guru bermaharajalela dengan bertindak sewenang-wenangnya termasuk mendera pelajar sudah lama berlalu.

Kementerian katanya, tidak pernah berkompromi dalam soal disiplin sama ada membabitkan guru atau pelajar. Tindakan sewajarnya tetap diambil terhadap pihak bersalah sekalipun harganya ialah kehilangan tenaga pendidik.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 200 pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan dekat Sibu, yang dihukum berendam di dalam kolam ikan yang kotor, selama satu jam, kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan sekolah itu, Rabu lalu.

Hishammuddin berkata, pendekatan memberi asuhan awal ketika golongan itu menjalani pengajian di institut pendidikan guru (IPG), dilihat sebagai senjata ampuh ke arah membentuk guru sandaran bangsa.

"Kita bukan sekadar memberi kemudahan infrastruktur tetapi turut menyuntik semangat supaya mereka menjadi guru yang boleh diharap kerana isu disiplin ada di mana-mana, tidak kiralah warden rendam murid, guru pukul murid atau murid pukul murid.

"Ini bukan masa menuding jari kerana kita mempunyai lebih 320,000 guru dan bukan semuanya baik macam malaikat.

"Kita akan ambil tindakan terhadap segelintir (yang mempunyai masalah disiplin) dan kalau mereka rasa boleh bermaharajalela, zaman itu dah berlalu," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Konvokesyen IPG Zon Sabah 2007 di Magellan Sutera di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Sibu itu, warden perempuan asrama sekolah itu mengarahkan pelajar berkenaan berendam sehingga ke paras leher di dalam kolam sebagai denda kerana kesalahan seorang daripada mereka yang enggan mengakui kesalahan membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas.

Pengerusi Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Jimmy Kiu yang kebetulan menyaksikan kejadian itu kesal dengan tindakan yang dianggap terlalu keras terhadap pelajar yang menghuni asrama sekolah berkenaan.

Katanya, warden sekolah itu bertindak demikian selepas mendapati tuala wanita ditinggalkan di dalam mangkuk tandas yang digunakan pelajar perempuan.

"Selepas disiasat, tiada pelajar mengaku membuang tuala wanita itu, menyebabkan warden itu mengarahkan semua pelajar itu berendam di dalam kolam walaupun ketika itu hujan dan kilat sabung-menyabung.

"Air kolam itu bertakung dan kotor, malah air dari kantin sekolah turut dialirkan ke kolam itu," katanya.

Jimmy berkata, selepas kejadian semua mangsa diberi amaran supaya tidak menghebohkan peristiwa berkenaan bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.

"Akibat tindakan itu, ramai pelajar mengalami gatal-gatal dan demam, namum mereka tidak berani bersuara kerana takut," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Jimmy yang turut sempat merakam gambar kejadian itu berkata, dia mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu pihak sekolah terus merahsiakan kejadian buruk berkenaan.

"Saya meminta Jabatan Pelajaran dan polis menyiasat kejadian itu," katanya, yang memaklumkan pelajar asrama itu dari kawasan yang jauh, terutama dari Sungai Pasin, Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Lengang, Sungai Belangan dan Tanjung Bekakap.

Jurucakap sekolah berkenaan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pelajar sudah berkali-kali diberi amaran supaya tidak membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas kerana ia menyebabkan tandas tersumbat.

Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab mengenai pendidikan, Datin Fatimah Abdullah mengarahkan Jabatan Pelajaran Sarawak melakukan siasatan segera mengenai kejadian berkenaan.

"Tidak wajar tindakan warden berkenaan dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana pihak sekolah sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin terhadap pelajarnya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur itu, berkata, tindakan pelajar perempuan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas adalah salah namun hukuman kepada kesalahan itu tidak membolehkan mereka diarah berendam di dalam kolam ikan.

"Merendam pelajar ke dalam kolam yang kotor bukan peraturan dalam undang-undang disiplin sekolah berasrama.

"Hukuman itu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada pelajar kerana kolam itu kotor dan berlumpur," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
dodiana
topik dah ada..
kat post .. perempuan low iq.. kat sini.
egegege....
onecity
ha...ha... kes mcm ni pun nak jadi isu!!!!
onecity dulu dah penah rasa rendam kaki dlm kolam ikan....
best apa!!!
1 pengalamna yg takkan ku lupakan....smpi mati he...he...
bukak kain sek.. merangkak mcm baby.. dari kelas ke kantin...
lagi apa erk??? ha.. kena ketuk setiap pintu kelas bagi tau SAYA BUDAK MALAS !!
pastu kainnya di gantung kat bendera tiang sek.....
tak kecoh pun....
dunia... dunia......
tigon
budak2 skrg ni ngada2 skit
aku pun dlu penah kena sebat ngan paip besi sebab tak bawa buku teks sains.
ingat sampai sekarang. cikgu2 waktu zaman dlu penampar tu dh biasa dah.
syima
masa skolah dulu sapa nak aniaya aku jaga2 la..
guru besau ke..hape ke..
aku report kat tv3 kot
cewah
fsyukri
tapi, masa dolo2...time cikgu cikgi garang2, ramai plak budak2 jd bdk baik...
hentahlah

- rendam tu boley, tapi cikgu2 tu standby ke kalu budak tu ade sakit lemah paru2/badan ke, tetibe mati kesejukan , kene patuk ular ke terus mati, / kene petir ke terus mati hangus, kalau nk dera orang pun buatla secara professional cam fear factor, siap doktor, medic semua ade kat situ, kalau tk sanggup buatla bende lain yg bole dterime oleh akal, kalaula budak perempuan tu mati, kang nayer tu?, cam kes budak perempuan plkn lepas bumping terus lumpuh... tu baru bumping...

QUOTE(fsyukri @ Jul 22 2007, 02:14 PM) *
tapi, masa dolo2...time cikgu cikgi garang2, ramai plak budak2 jd bdk baik...

mm..aku rasa kurang tepat, kita selalu banding zmn dulu & zmn skrg tapi terlupe bandingkn jumlah ratio bilangan penduduk antara dua zaman...
aku rase cam same je

kalu tgk zmn dulu, pnduduk mesia baru brpa juta, telekomunikasi pn tkde tersebar sgt.
n katala ade kes anak murid dbelasah cikgu, zmn dulu ckp pkai mulut2, tkdela handset2 camera nk tunjuk bukti. then cite tu mati..

zmn skrg, org malaysia dah 20 juta lebih, telekomunikasinya pun senang, skrg tgkap gamba pkai hp, terus send akhbar, tv masuk email, forum, blog
smpai kerajaan malaysia pun terpakse pantau siasat pemilik blog..
so kecoh satu dunia..
fsyukri
teringat zaman2 skolah...
disebabkan 2,3 org tak baca doa dulu sebelum balik, semua sekali student kene panggil kul 3 ptg...
almaklumlah, sekolah asrama penuh...
masa tuh hujan lebat...
kat padang sekolah, penuh lecah...
semua pelajar lelaki terpaksa baring atas padang dalam keadaan padang banyak semalu dan air kotor...
sampai kul 6 ptg...
gatalnye tubuh, hanya tuhan saja yang tahu...
ramai student demam..
tapi ape bleh buat, skolah ala tentera...terpakse r...
nama_cheq_GG
eemm.... camna ... kalo yg kena tue anak kita sendiri atopon sedara sendiri...
cheq dedulu pon dok asrama, mmg biasala...bebenda nie
tapi cukup la kita yg kena,
tak mau la anak2 kita pon kena....

cheq rasa melampau sgt la, hukuman tue,
mentality depa tak betui... mcm mana nak bagi teladan
kat bebudak baru...

cheq rasa, ada yg tak betul2 ngan cikgu2 generasi baru nie...
kenapa tak mcm cikgu dedulu... yg lebih ikhlas bila bagi hukuman.
ini rasanya lebih kearah LEPAS GERAM
fsyukri
masa aku kerja bahagian repair komputer sekolah2 dulu, aku pernah sembang2 dgn seorang guru besar tuh...
die dah tua dan dah hampir nak bersara...
die cakap, "cikgu dulu2, pandai mendidik tak macam cikgu2 skrg.cikgu2 skrg jadi cikgu sebab nak jaga perut je".
Pakcik_Kordi
Baguih betul warden tuh.. aku respek penderaan macam nih... Kasi hajau sikit,,
Dah hajau pun tak der yang mengaku lak tuh..

PCK " Kalau aku la... aku denda RENJATAN ELEKTRIK...
fsyukri
QUOTE(Pakcik_Kordi @ Jul 22 2007, 03:44 PM) *
Baguih betul warden tuh.. aku respek penderaan macam nih... Kasi hajau sikit,,
Dah hajau pun tak der yang mengaku lak tuh..

PCK " Kalau aku la... aku denda RENJATAN ELEKTRIK...

tak tau nak kate ape..
PCK: Phua Chu Kang
Pakcik_Kordi
QUOTE(fsyukri @ Jul 22 2007, 03:51 PM) *

Ini menunjukkan pelajar lelaki lebih berdisiplin..walaupun mereka ada TUALA Lelaki.. mereka tidak mencampakkannya dalam lubang tandas.. sebaliknya mereka menjemur Tuala Lelaki di AMPAIAN...

PCK : Awas ....TUALA WANITA MERATA RATA
fsyukri
QUOTE(Pakcik_Kordi @ Jul 22 2007, 04:18 PM) *

lawok nguh r demo...
WildChild
ceh baru kena rendam sket pun nak ngadu dry.gif
Helang Emas
QUOTE(nama_cheq_GG @ Jul 22 2007, 03:16 PM) *
eemm.... camna ... kalo yg kena tue anak kita sendiri atopon sedara sendiri...
cheq dedulu pon dok asrama, mmg biasala...bebenda nie
tapi cukup la kita yg kena,
tak mau la anak2 kita pon kena....

cheq rasa melampau sgt la, hukuman tue,
mentality depa tak betui... mcm mana nak bagi teladan
kat bebudak baru...

cheq rasa, ada yg tak betul2 ngan cikgu2 generasi baru nie...
kenapa tak mcm cikgu dedulu... yg lebih ikhlas bila bagi hukuman.
ini rasanya lebih kearah LEPAS GERAM

jangan tengok pada pengajar jer.....
sekarang ni macam-macam kes denda berlaku......
Ewan_sn
Warden pertahan rendam 200 pelajar dalam kolam
Oleh: SAYED HESHAM IDRIS

SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya.

Warden wanita itu, Wee Yim Pien berkata, beliau telah berulang kali mengingatkan para pelajar supaya tidak membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, sesetengah pelajar tidak menghiraukan amarannya menyebabkan saluran tandas kerap tersumbat.

Keadaan itu katanya, menyebabkan pengawas sekolah terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan tuala wanita yang dibuang ke dalam mangkuk tandas setiap kali saluran tandas tersumbat.

‘‘Sedangkan tempat membuang sampah memang disediakan di luar tandas untuk pelajar perempuan membuang tuala wanita.

‘‘Pihak sekolah turut menyediakan surat khabar lama untuk memudahkan pelajar membalut tuala wanita yang telah digunakan sebelum ia dibuang ke dalam bakul sampah,” katanya.

Beliau mendakwa, walaupun disediakan kemudahan tersebut, keadaan masih tidak berubah.

Malahan, baru-baru ini beliau sekali lagi memberi amaran akan menghukum pelajar yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka ke dalam kolam.

Beliau yang merupakan guru bahasa Inggeris di sekolah berkenaan berkata, Selasa lalu ketika membersihkan hostel, seorang pengawas memberitahunya bahawa satu tuala wanita ditemui di dalam mangkuk tandas.

Jelasnya, beliau hilang sabar dengan kejadian itu lalu menghukum pelajar dengan mengarahkan mereka berendam di dalam kolam.

Guru lepasan ijazah yang berasal dari Kuching itu berkata, pada awalnya beliau mahu menghukum pelajar dengan merendam mereka selama lima minit.

‘‘Tetapi para pelajar membuat bising menyebabkan saya melanjutkan hukuman sehingga setengah jam,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika pelajar memasuki kolam, hujan renyai tetapi berhenti tidak lama kemudian dan tiada kilat pada masa kejadian.

‘‘Hujan lebat selepas semua pelajar keluar dari kolam,” katanya.

Guru itu turut menafikan laporan akhbar bahawa kolam berkenaan kotor.

Justeru beliau menolak dakwaan air kolam berkenaan yang menyebabkan pelajar mengalami gatal-gatal dan ruam sehingga ada yang demam.

Laporan sebelum ini mendakwa air kolam berkenaan kotor kerana bercampur dengan sisa makanan dan air kotor yang dibuang dari kantin sekolah.

Menurutnya, air kolam itu kerap digunakan untuk aktiviti luar kelas seperti program orientasi dan juga motivasi.

Bagaimanapun menurutnya, ia merupakan kali pertama beliau mengenakan hukuman sedemikian kepada pelajar.

‘‘Saya mencuba pelbagai cara supaya pelajar menjaga kebersihan kawasan sekolah tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, tugas sebagai warden sekolah bukan mudah dan tidak ramai guru mahu melakukannya.

Ditanya kemungkinan berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kejadian itu, katanya, beliau hanya menjalankan tugas.

mama_elin
QUOTE(Edirossa @ Jul 23 2007, 06:16 AM) *
Warden pertahan rendam 200 pelajar dalam kolam
Oleh: SAYED HESHAM IDRIS

[color=#800080]‘‘Sedangkan tempat membuang sampah memang disediakan di luar tandas untuk pelajar perempuan membuang tuala wanita.

‘‘Pihak sekolah turut menyediakan surat khabar lama untuk memudahkan pelajar membalut tuala wanita yang telah digunakan sebelum ia dibuang ke dalam bakul sampah,” katanya.

Beliau mendakwa, walaupun disediakan kemudahan tersebut, keadaan masih tidak berubah.

color]

kenapa mesti letak di luar tandas bakul tuh? letak each basket lam tandas la..gunakan lagi alternatif..normalla student..
Didiharaiss
nak kata tak bergaji guru2 ni bergaji, tak macam guru2 zaman dulu...low iq la sapa guru yang buat gitu....bodoh piang kata org kedah...
duke
Isu cenggini selalunya akan meleret-leret. Lepas ni, kita akan dengar sekolah lain ada problem, ada cikgu sebat murid la, ada cikgu denda murid la. Biasa la... media. Tapi apa yg aku nak cakap kat sini, aku setuju ngan sesetengah forumers kita yg mengatakan bebudak dodulu tak semanja bubudak sekarang. Waktu saya darjah 4, saya pernah dirotan ngan rotan kuning panjang tu kat punggung dan tapak tangan sebab tak buat kerja rumah. Bebirat beb!!! Peh tu dalam from 5, saya dan seisi kelas kena jalan keliling blok sekolah sambil pegang buku math kat kepala sebab tak bawak buku latihan. Muka tebal sebab terpaksa jalan depan kelas bebudak junior. Peh tu, pernah lak kena dera duduk dalam kolam sebijik cam kat Sibu tu. Waktu tu saya ikuti kursus bina negara. Kesalahan kami bebudak lelaki ialah buat bising. So semuanya kena masuk kolam, pukul 11.00 malam lak tu! Tapi semua kes ni, saya tak bising pun.
Tak tau la, mungkin mentaliti bebudak sekarang dah berbeza. Taraf hidup rakyat m'sia pun dah meningkat. So banyak 'orang2 berada' disekeliling kita sekarang. They are all demanding people. They need everything to be in perfect conditions. Sampaikan kalau ada flight delay pun, mereka akan melenting. Hmmm....

paperLess
citer budak2 sekolah lg..manja tullll bebudak skrg nii...
paperLess
QUOTE(duke @ Jul 23 2007, 10:00 AM) *

betul sesgt ler tu...sok kat mana lak kena rendam kepala dlm toilet bowl lak..kekekeke...
Didiharaiss
duke, reason ko lain ko pi kursus BTN..yang budak2 ni pasal seorang yang buang tuala wanita..different situationlah..
tikusturi
QUOTE(Didiharaiss @ Jul 23 2007, 10:03 AM) *
duke, reason ko lain ko pi kursus BTN..yang budak2 ni pasal seorang yang buang tuala wanita..different situationlah..

kalau aku jadi warden tuu... aku dah bogelkan smua student tuu...
pastu tngk...saper yg berdarah... group tuu akan dipanggil tanya saper yg buat....
x ngaku kalu... suruh wat ketuk ketampi...
paperLess
QUOTE(tikusturi @ Jul 23 2007, 10:08 AM) *

aku rasa kalau ko ler wardennya yg buat gitu..pastu kantol lak..sure ko bogel2 kena gantung kat KLCC...kasi org tgk lak...

hahahahahaha...ko ni komunis ker apo...
Pakcik_Kordi
Bila aku baca keratan akhbar nih.. air mataku mengalir tanpa henti henti mengenangkan nasib pelajar berkenaan...
entah apa dosa mereka sampai di perlakukan begitu..
mereka tidak tahu apa apa kesan sekiranya membuang TUALA WANITA di dalam tandas...

Biarkan mereka ... biarkan mereka...
fsyukri
awek aku plak berendam air mata sebab jauh dgn aku..
paperLess
QUOTE(fsyukri @ Jul 23 2007, 10:27 AM) *
awek aku plak berendam air mata sebab jauh dgn aku..

takpe...jgn buang tuala wanita merata2....ingat tu..kekekekek
mama_elin
QUOTE(tikusturi @ Jul 23 2007, 10:08 AM) *
QUOTE(Didiharaiss @ Jul 23 2007, 10:03 AM) *
duke, reason ko lain ko pi kursus BTN..yang budak2 ni pasal seorang yang buang tuala wanita..different situationlah..

kalau aku jadi warden tuu... aku dah bogelkan smua student tuu...
pastu tngk...saper yg berdarah... group tuu akan dipanggil tanya saper yg buat....
x ngaku kalu... suruh wat ketuk ketampi...

cam mama dulu tadi dah nak cerita..tapi tarik balik..ni dah bukak cerita ni..meh sini mama ceritakan

..dua sebab jadi ustazah masuk campur - buat spotcheck kat all gals dlm private room. uztazah akan meraba kat apam..tebal ke tak..tu mmg first time dia buat mcm tuh..and mmg pihak sekolah dah 'penat' ngan semua cara..
satu sebab mcm nielah, pampers buang lam toilet bowl..ada tu x gheti2 nak bungkus elok2.
dua sebab asal ada kelas agam/sembahyang ramai cakap uzur..so kerana alasan dua inilah ustazah masuk campur dan diberikan kepercayaaan penuh utk handle benda ni.
mmg malu lah..dah kena raba, tapi bukan raba sampai yalah sampai nak on..org tahu beza antara check raba ngan purposely raba..

so adala yg kena tangkap..even ada yg sampai kena tunjuk pad tersebt ada tanda ke tak..sebab ramai sangat leeee pakai pad..and mama la one of themmm kantoi..hahahahah
ramai cerita kat mak pak..tapi no one report ke dtg ke sekolah ke report pasal ustazah tersebut sebab mereka sendiri tahu peel anak2. mama sekelas ngan tengku masera..dia x buat kerja sekolah pun dia kena gak denda..takde lak sultan johor turun padang..

mmg betul..ramai sangat yg nak anak dijaga dgn elok tapi di rumah depa sendiri lepas tangan.

rendam..alahai..setakat kasut sekolah kotor dicamapk terus dlm kolam yg berbulan tak basuh.
sampai satu group masuk la lam kolam tu cuci sampai clean.

hermm rambut panjang jangan cakap..queue up la memasing kat bilik cikgu disiplin.

suruh cabut daun semalu..yg berduri tu bagi student yg x bawak baju pj..baik lelaki/perempuan sama jer

rotan jangan cakap..kat tangan..kat bontot..

entahla nowdays..yg sepak tu x pernah la kan..so far noone kena sepak tapi ada apabila menjawab dgn kasar, bertumbuk dgn cikgu..mmg dia kena sepak..but takde la sampai nak jadi mcm sekarang..yg kena tu pun mmg patut kena sebab kurang ajar sangat, yg delatest yg budak pompuan cina tuh kan yg kena sepak ngan cikgu tu..for me mmg patut! she deserved it! kurang ajar..sebab mak pak x jaga la dia kena sepak ngan org lain..mmg bagus...sebelum esok dia kurang ajar kat mereka sendiri..baru merasa..shud thanks to dat teacher. kalau perfect sangat jaga tuh anak tu tak le kelaku mcm tuh.

get me?

isk ada gak la yg tak patut buat dan yg patut buat..cuma yg mana melampau tu mmg patut la and especially yg ambik kesempatan atas kenaifan student..sampai tido sekali..ajak kawen semuanya..hancurkan future budak tuh..ufff susah dah zaman sekarang..cikgu pun banyak g x betul tapi sayang la..nama cikgu sekarang dah banyak tercemar..kerana individu tertentu yg buruk/pemarah/lose temper..sort of la
Pakcik_Kordi
pakcik pelajar yang berdisiplin pada suatu ketika dulu... sentiasa tuck in.. rambut belah tengah di sisir rapi.. sikat sentiasa ada di sisi di samping cermin mekap..
pakcik sentiasa menjaga penampilan diri pakcik.....
Setiap hari pakcik memakai stokin kaler yang berbeza kerana pakcik percaya.. warna amat mempengaruhi mood pada hari tersebut...
Pakcik gemar menyembur pERFUme yang abang pakcik kirim dari UK....Maklumlah Free... CIkgu cikgu tak pernah memukul pakcik sebab mereka tak sampai hati memukul insan yang begitu tampan di mata mereka..

Betapa cayangnya cikgu pada pakcik
Didiharaiss
wonder how kita react bila kena kat anak sendiri? mau saman kerajaan adanya
mama_elin
mama sendiri bayangkan situasi anak mama lam tuh..sebelum cakap apa2..mmg akan fikir habis2an..sebab kita dah ada anak..
jika patut kena..kenalah..tapi tengok akan 'denda' nya..kalau leh masuk di akal..go ahead dah itu salah satu cara utk dia x buat lagi..
sedangkan di rumah pun ada dendanya jugak..

kalau x patut leh dibawak berbincang..pegi terus jumpa cikg/pihak sekolah..bincang cara elok..tak payah nak gi sana nak jadi samseng..mana cikgu tu..meh sini bapak nak tengok siapa yg berani sangat nak usik anak bapak!
tu mmg la takkan bawak penyelsaian..dengar sebelah pihak..anak..kekadang dia sanggup tipu..sebab nak dia menang..
pegi sana tanya bebaik..saya tak kisah jika dia didenda tapi biar jangans sampai memudaratkan diri..di sekolah siapa incharge..di umah siapa incharge..cuma kita leh tengok..terlalu teru ke dendanya sampai pecah gegendang telinga..sampai berdarah mulut..sampai berlembam biru badan semua..tu mmg x patut
Didiharaiss
tulah mama...kalau anak kita kita tau perangai ... tapi kadang jgn pulak baik aja di rumah di sekolah menyetan tak tentu hala..hope not lah....

budak2 biasalah ada nakal2 sikit...ada baik2 sikit...semua tu proses utk membesar
Lang Kuik
zaman dah berubah...seiring dengan kemajuan pesat ...zaman ni bukak mata je dah ada internet
mak bapak sendiri yg manjakan , anak kena jentik skit dah mula ugut guru
but anyway aku tak berapa setuju kes rendam tuh , ada byk cara lain nak denda..
Lang Kuik
QUOTE(Didiharaiss @ Jul 23 2007, 11:15 AM) *
tulah mama...kalau anak kita kita tau perangai ... tapi kadang jgn pulak baik aja di rumah di sekolah menyetan tak tentu hala..hope not lah....

budak2 biasalah ada nakal2 sikit...ada baik2 sikit...semua tu proses utk membesar

Warden tuh tak cukup latihan ..kena amik subjek psychology kot
fsyukri
QUOTE(paperLess @ Jul 23 2007, 10:29 AM) *
QUOTE(fsyukri @ Jul 23 2007, 10:27 AM) *
awek aku plak berendam air mata sebab jauh dgn aku..

takpe...jgn buang tuala wanita merata2....ingat tu..kekekekek

jgn bimbang...
yg tuh bisa di atur...
eeta
lebih sudu dr kuah..
kdg2 bnde sket je tp sj dperbesarkn...
bkn refer kes ni la..
minamimya
budak2 skang dh melampau2 la sgt perangai .. elok la kalo cikgu denda dorg ... dh mmg tanggung jwb cikgu utk mengajar ank murid
JEJARIHALUS
ahahhha.. teringat masa aku duk arasama dulu...
kes tuala wanita la.. 9saper ntah yang bengong lupa nak buang letak atas pam )
kami diembunkan dr pukul 12mlm sampai kul 4 pagi..
tapi last2 takder sapa lak nak ngaku..
hampeh budak yang tak ngaku itu..
aku tak maafkan!
fsyukri
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 23 2007, 01:33 PM) *

diembunkan...
hahahahahahahaha....
Farrah^,^malatop
Sokong 100%
bukan budak-budak kecik
dah besau-besau panjang....
tak kan tak paham arahan....
bukan tiap-tiap hari kene rendam....
dah tiga taun pekara nie derang ulang
memang patut kene lah...
kalau nak idup kat asrama
kena ikut undang undang...
mak bapak bolehlah cakap...derang jaga anak 2 3 oarng je
warden kena jaga ramai murid...
memang lah dapat gaji+elaun..
korang sanggup ke seluk tangan korang dalam lubang najis semata-mata nak buang pad.
eeeeeeeeeee...jijik.
Farrah^,^malatop
QUOTE(Didiharaiss @ Jul 23 2007, 10:03 AM) *
duke, reason ko lain ko pi kursus BTN..yang budak2 ni pasal seorang yang buang tuala wanita..different situationlah..

dah banyak kali dah.........
bukan x sekolah...dok dalam sekolah....
duke
Meh kita fikirkan kalau benda ni kena kat anak kita.

Reaksi awal, memang kita melenting ngan pihak sekolah. Kedua, benda tu tetap dah berlaku. So next step ialah panggil PIBG mesyuarat. Kalau masalah ni adalah masalah berturutan, kita carik mana atau sapa yg timbulkan masalah. Kalau dapat tahu sorang dua budak yg buat masalah, dan anak kita pulak yg terima denda cenggitu rupa, suruh aje budak tu mintak maaf secara terbuka bersama mak bapak dia. Malu memang le malu.
rose_lily
budak2 skrg usik sikit pn x leh...
salah sape yg buang menda tu merata, pengotor...
seb baik x suh berendam dlm kolam boya.
pHyXaa
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 23 2007, 01:33 PM) *
ahahhha.. teringat masa aku duk arasama dulu...
kes tuala wanita la.. 9saper ntah yang bengong lupa nak buang letak atas pam )
kami diembunkan dr pukul 12mlm sampai kul 4 pagi..
tapi last2 takder sapa lak nak ngaku..
hampeh budak yang tak ngaku itu..
aku tak maafkan!

huh.. same gak mase time aku skolah dulu...
ade minah bongok mane ntah.. tp bkn pad la.. ni pakai kain.. (aku skool kt klantan)..
kain yg ade byk darah period tuh tinggal aje lam toilet..

mmg bongok!! dah tu takde sekor pun nak mengaku.. last2 warden panggey sumer student berkumpul.. sowang2 kene pegang kain tuh.. (kene pas2).. mmg bongok!! bongok tahap cipan!!.. dah la esoknye bebudak form 5 ade pekse amali komputer utk spm.. tu la.. sape yg punyer keje tuh.. mmg bongok!!!..

dr aku yang marah lagik kt budak bongok tuh!!
berg
QUOTE(pHyXaa @ Jul 24 2007, 10:01 AM) *

marah betul nie.... drinks.gif
onecity
dulu sek men ada 1 kes yg cikgu jumpa pad kat toilet student pompuan...
so cikgu bt perhimpunan panggil semua student pompuan...
cikgu ckp dia nak bubuh limau yg bt sambal tu biar pedih anu dia sbb
buang sepah2 pad tu.... mmg btol ciktu bt...
onecity tak taulah sapa yg buang benda tu akan rasa pedih btol ker tak anu dia.....?? sleep.gif
berg
QUOTE(onecity @ Jul 24 2007, 10:27 AM) *
dulu sek men ada 1 kes yg cikgu jumpa pad kat toilet student pompuan...
so cikgu bt perhimpunan panggil semua student pompuan...
cikgu ckp dia nak bubuh limau yg bt sambal tu biar pedih anu dia sbb
buang sepah2 pad tu.... mmg btol ciktu bt...
onecity tak taulah sapa yg buang benda tu akan rasa pedih btol ker tak anu dia.....?? sleep.gif

biar betik
pHyXaa
QUOTE(berg @ Jul 24 2007, 10:26 AM) *
QUOTE(pHyXaa @ Jul 24 2007, 10:01 AM) *
QUOTE(JEJARIHALUS @ Jul 23 2007, 01:33 PM) *
ahahhha.. teringat masa aku duk arasama dulu...
kes tuala wanita la.. 9saper ntah yang bengong lupa nak buang letak atas pam )
kami diembunkan dr pukul 12mlm sampai kul 4 pagi..
tapi last2 takder sapa lak nak ngaku..
hampeh budak yang tak ngaku itu..
aku tak maafkan!

huh.. same gak mase time aku skolah dulu...
ade minah bongok mane ntah.. tp bkn pad la.. ni pakai kain.. (aku skool kt klantan)..
kain yg ade byk darah period tuh tinggal aje lam toilet..

mmg bongok!! dah tu takde sekor pun nak mengaku.. last2 warden panggey sumer student berkumpul.. sowang2 kene pegang kain tuh.. (kene pas2).. mmg bongok!! bongok tahap cipan!!.. dah la esoknye bebudak form 5 ade pekse amali komputer utk spm.. tu la.. sape yg punyer keje tuh.. mmg bongok!!!..

dr aku yang marah lagik kt budak bongok tuh!!

marah betul nie.... drinks.gif

mmg marah... sape tak marah.. esok nak pekse.. malam tu kene berkumpul plak.. pastu kene pegang mende tuh.. ko nak ke??
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.