Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Persediaan Nak Berkahwin?
Mesra.net Forum > Social & Societies > Perkahwinan & Pertunangan
Pages: 1, 2, 3
kaunseler
Semua sibuk nak kawin..yang muda-muda pun aku rasa patut kawin awal...tapi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu jika nak kahwin ni?

Pertama sekali kita kena pergi kursus kahwin..dalam kursus tu dia ajar tentang peraturan di dalam agama kita..bagaimana nak berkomunikasi dengan pasangan..

Tu yang general..macam mana pulak yang terlalu peribadi?
Contohnya pada malam hari perkahwinan..buat pertama kali kita orang lelaki tidur umah mentua...emmm...macam mana nak berhadapan dengan situasi ni agaknya yer?
Ada sesiapa yang mempunya pengalaman yang boleh digunakan untuk kita kongsikan bersama?
mekyang
aku bakal berkahwin.. tp aku x pikir lak mcm mna nk bdepan dgn kuarga baru pas kawen nnt. heee sbb bg aku, aku jd diri aku sendiri. dr kecik mak aku dh ajar bsopan kan.. so rasanye tu bkn masalah. cukup la setakatt yg biasa2 tu. cumee apa pon yg kita buat jgn la smp tlebih & tkurang. hehhehe sedang2 saje. org pon selesa nk mesra dgn kita nnt kan. apa yg aku risau ialahhh.. aku x mampu jd seorang isteri yg dharapkn. maklum la perkahwinan atas kuarga, so aku kne byk bsedia dr segi mental & fizikal. aku kne byk bc ttg perkahwinan. dr segi luaran dn dalaman.

klu llaki mmg agak mencabar la. mental, fizikal, poket seme kne bsedia hahahahhaha.. aset kne ader, saving kne aderr, ilmu & kesabaran. sbb apa yg mak aku ckp, antra suami & isteri, suami perlu lebih sabar. sbbnyee talak adalah atas tgn suami. klu suami x sabarr.. rumahtangga mudah hancor. bab mlm ptama tido umah mertua tu alaaa ko wat biasa jek la. agak2 jam tu logik utk ko tido.. p la tido hahahahhaha. jgn plak org dok bborak2 awal mlm, ko dh ilg. x sopan la kn. pg lak jgn lupe bgn suboh.. lepas tu ringnkn tulng kemas apa yg ptt yer. gosok periuk tugas biasa. hehehehe
kaunseler
QUOTE(mekyang @ Aug 10 2007, 06:37 PM) *

kena bersopan santun lah ya..tu bagi pompuan memang patut lah..pakaian pun kena jaga juga. betul tak?:-)
kadang-kadang orang sentiasa memerhati gerak geri kita..terutama ketika hari semakin malam..kerana malam itu adalah malam pertama...kena sabar dulu ker? heheheee
blueshades
Actually 'malam pertama' tak semestinya pada malam hari pertama tidor sekatil. Malam lepas settle semua majlis, aku bantai TIDO. Letih oooo wat preparation berbulan2 sebelum tuh. Take your time, jgn gelojoh smile.gif Soal family baru, jaga sopan santun + tatasusila N just be yourself. Takyah nak berlakon lebih2, sampai bila ko nak berlakon pon.
kucinggemukz
ha..ah.. just jaga sopan santun la.. selebihnyer be urself.. jgn over lak tau..
bab malam pertama tue. tgk la pada tahap kepenatan ko..
kalau korang dedua tak penat mcm org giler..
sebab biasanyer lepas kenduri nie.. penat oo...
boleh ajer kalau nak 'on'.. kalau tak.. baik ler ko tunggu esok2.. tak lari kemana pun.. ada banyak masa lagi..
syima
patutnya raja sehari dilayan seperti raja sehari bebetul
tak leh wat apa2.. just duduk jer..

tapi letih jugak..
adoi...
akad nikah pun letih..
prosedure tu ni ni..
kadi tanye.. apa kamu bagi pada pihak perempuan??
cincin, blablabla

kadi tanya cincin apa , harga berapa...
...
nak soal jawab ngan kadi tu..aaaaaaaadoii
pastu... dia boleh lak gelak2... akad nikah tu... patut start pukul 245..tapi jadi 330..
mekyang
alaa bab 'mlm ptama' tu tpulang ko laa nk on ke x. mende ni jgn pentingkn diri sendiri. klu ko x pent sekali pon, tp wife dh cam nk pengsan kne la bsabar. ala bknnye korang bkawen ni utk sehari dua kan tp selama2nya. x dpt mlm tu.. esok pon boleh hahahahhaa. klu dua2 larat apa slhnye, time pon sesuai. kne sakat dek org tu pkare biasa. setiap pengantin akan knee sakat punya. ko buat ke x buat ke ttp kne wooooooo. alaa klu kne sakat pon, ko ckp la " ehhhh tu tggjwb saya.. sy kne laksanakn". hahahhahahaha biggrin.gif
jejak21
QUOTE(mekyang @ Aug 11 2007, 01:45 PM) *

apa yang penting adalah kerjasama...
JeD[i]-BoNGsU
QUOTE(syima @ Aug 11 2007, 08:58 AM) *
patutnya raja sehari dilayan seperti raja sehari bebetul
tak leh wat apa2.. just duduk jer..

tapi letih jugak..
adoi...
akad nikah pun letih..
prosedure tu ni ni..
kadi tanye.. apa kamu bagi pada pihak perempuan??
cincin, blablabla

kadi tanya cincin apa , harga berapa...
...
nak soal jawab ngan kadi tu..aaaaaaaadoii
pastu... dia boleh lak gelak2... akad nikah tu... patut start pukul 245..tapi jadi 330..

oh shit.. harga cincin semua kena bgtau ke?
demmm..
t-ReX
ada ke kadi tanya harga cincin?

alahhh...kalau dia tanya
ko kelentongjer harga dia jedi.
bukannya dia mintak bukti resit pun...ekekke
MENTARI
takutlah kalo tak dapat jadi seorg isteri yg soleh.... sleep.gif
rummenigge
QUOTE(MENTARI @ May 8 2009, 02:32 PM) *

jadi jer la nk takut kat sapa. sapa nk marah kalu jadi solehah.
MK Photog
QUOTE(MENTARI @ May 8 2009, 02:32 PM) *
takutlah kalo tak dapat jadi seorg isteri yg soleh.... sleep.gif

just do the best...
k3y
QUOTE(MK Photog @ May 11 2009, 01:43 PM) *
QUOTE(MENTARI @ May 8 2009, 02:32 PM) *
takutlah kalo tak dapat jadi seorg isteri yg soleh.... sleep.gif

just do the best...

jd ja lah isteri soleh..yakin pd dr tu..jgn jd isteri matsaleh da lew.. ekekek..
teri
entah.. aku ni majlis 28 nov ni.. aku main redah je kot. yg best tu umah aku takde bilik pengntin... abis sume aku balik umah aku tdo hahah!!! so aku rasa takde lah kot org nk sakat menyakat ni hehehe... mak aku ni pelik skit.... cukp pantang kalu nk buat bilik pengntin ke hapa ke. dia kata buat apa nk tgk.. bilik org. huhuhu betul jugk hehhehe...
tirmidzi

mcm mane rasaye bila nk kawin ni ekk.... klu aku lee mesti tak tido mlm heheheh... mcm segan pun ada... klu blh nk simple2 jee... jumput mkn... lepas tuu blah.. hehehe
HarleemsPP
QUOTE(syima @ Aug 11 2007, 08:58 AM) *
patutnya raja sehari dilayan seperti raja sehari bebetul
tak leh wat apa2.. just duduk jer..

tapi letih jugak..
adoi...
akad nikah pun letih..
prosedure tu ni ni..
kadi tanye.. apa kamu bagi pada pihak perempuan??
cincin, blablabla

kadi tanya cincin apa , harga berapa...
...
nak soal jawab ngan kadi tu..aaaaaaaadoii
pastu... dia boleh lak gelak2... akad nikah tu... patut start pukul 245..tapi jadi 330..

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Disiarkan pada Nov 23, 2008 dalam kategori Ibadat |
Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Dipetik dari Website Dr Mohd Asri ################# Abidin (Bekas Mufti Perlis)
teri
QUOTE(HarleemsPP @ May 14 2009, 10:58 PM) *
QUOTE(syima @ Aug 11 2007, 08:58 AM) *
patutnya raja sehari dilayan seperti raja sehari bebetul
tak leh wat apa2.. just duduk jer..

tapi letih jugak..
adoi...
akad nikah pun letih..
prosedure tu ni ni..
kadi tanye.. apa kamu bagi pada pihak perempuan??
cincin, blablabla

kadi tanya cincin apa , harga berapa...
...
nak soal jawab ngan kadi tu..aaaaaaaadoii
pastu... dia boleh lak gelak2... akad nikah tu... patut start pukul 245..tapi jadi 330..

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

hahhaha aku mmg suka artikel ni.. mmg aku ingt smpai bile2... yaaa... samalah ngn mak aku... bile aku nk kawin soalan yg pertama ko dh ada duit ke? ceh!
Semut Api82
Oh mcm tu ker
rosiee
QUOTE(JeD[i]-BoNGsU @ May 7 2009, 03:07 PM) *

QUOTE(syima @ Aug 11 2007, 08:58 AM) *
patutnya raja sehari dilayan seperti raja sehari bebetul
tak leh wat apa2.. just duduk jer..

tapi letih jugak..
adoi...
akad nikah pun letih..
prosedure tu ni ni..
kadi tanye.. apa kamu bagi pada pihak perempuan??
cincin, blablabla

kadi tanya cincin apa , harga berapa...
...
nak soal jawab ngan kadi tu..aaaaaaaadoii
pastu... dia boleh lak gelak2... akad nikah tu... patut start pukul 245..tapi jadi 330..

oh shit.. harga cincin semua kena bgtau ke?
demmm..

kalau dia tanye...ko tanye la dia balik...knp nak kena bgtau harga cincin?
tgk lak ape dia jwb.....

pelik la zaman skang kadi pun jadi kepochee...

teri
betul... tp skang berapa belanja yg belah lelaki kena ada? aku skang tgh pening... cik abg aku ada 10k.. mcm tak cukup je huhuh (bukan mcm mmg tak cukup pun) majlis lg 6 bulan.. mana aku nk cekau lg 15k nk cover sume expenses?

mana lg blanja yg boleh di cut ye?
Semut Api82
skrg nie ada rm10k mana cukup..kena cari lagi wat spare..klu abis xde pun kena mintak pinjam kat sedara le,xpun adik beradik wat belanja persiapan serba serbi nk kawin tu..tambah2 skrg kos hidup dah tinggi..barang2 semua makin mhl..erm pening2 nk cari duit
hukkam
QUOTE(teri @ May 19 2009, 08:18 AM) *
mana lg blanja yg boleh di cut ye?

klu skang nie 10k memang tak cukup. masa aku kawin dulu pun lebih dari 15k.. (entah2 sampai 20k lebih kot)
yang penting kena rajin survey laaa tempat mane yang tawarkan pakej-pakej perkahwinan yang murah dan berpatutan dan puas hati.
biasa klu pakej keseluruhan seperti pelamin+baju+makeup+majlis+khemah+makanan+photograper+video dsb memang murah. Jika dibandingkan dengan ambil satu satu pakej. Bila dikira-kira semula memang boleh jimat dan ini akan dapat laa cut cost awak nanti.

hope ia membantu awak teri.

MK Photog
cukup ke x cukup tuh bergantung pd kita jer... kalu bijak berbelanja, RM10k pun cukup... Insya Allah...
Semut Api82
Yup, kena pandai merancang le..masa ni kita dah mula plan n budget..klu plan xbetui bg bape ribu pun xcukup2..tul x..?
rjcorp

Kalau soal makan, pakai aje katering JM Beriani Bangi.. kalau bertunang atau berhimpun sebelum kawin.
Nasi beriani JM memang takade komplain.. senyum puas aje semua tetamu saudaramara..

http://jmbangi.fotopages.com
http://jmbangi.blogspot.com
JiJaHpOtPeT
1. Mak cakap paper bag x payah byk barang dalam tue membaziaq, cukupla sekadar 3 barang, 2-3 hari aja org ingat souvenir kita, lepaih tue bersawang la jawabnya ~ betul juga

2. Mak cakap Kad Kawen xpayah la tempah sampai beribu, tempah 100-200 aja, kata pandai komputer, xkan nak buat 1 kad pun x pandai ~ betul juga

3. Mak cakap "kata banyak masa terluang, boring duduk rumah kawan x ramai, asik makan tido, makan tido, kenapa x gunakan masa terluang buat bunga telo, bunga pahar, buruk-buruk pon puas ati hasil tangan sendiri" ~ ermm betul juga

4. Mak cakap nak pakai baju persalinan 4-5 pasang malam berinai tue sempat ka? nak makeup nak posing sana sini, last-last pakai 2-3 pasang aja, xpayah amik 4-5 pasang membazir, tapi elok x payah pakai persalinan, layan sdara mara lagik baguih, nak pakai persalinan amik gambaq studio ~ erm macam btoii..

5. Mak cakap paper bag, x payah buat jenis ada nama dan gambaq2 semua tue, membazir..isi dalam aja org amik,paper bag duk dalam tong sampah, xsedih ka gambaq punya comel duk dalam tong?amik hat biasa sudah ~ btoii jugak

6. dan Mak cakap, kenduri yang paling penting skali makan dan minum mesti cukup dan sedap, kita buat kenduri untuk meraikan tetamu, pengantin meraikan tetamu, bukan tetamu meraikan pengantin. ~ yang nie tatau btoi ka x....
rummenigge
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jun 30 2009, 04:32 PM) *

betul betul betul..!
rummenigge
QUOTE(rjcorp @ Jun 29 2009, 04:43 PM) *

kalu kenduri tu dekat seksyen 3 bdr baru bangi ok la... kalu kat sungai ramal dalam pun ok gak. kalu kat sungai sekamat pun ok lagi.... kalu kat taman seri serdang pun ok lagi.....

tp kalu kenduri kat kg kok lintang bachok kelantan? atau kat kampung labu besar, kulim kedah? atau kat kg sungai air tawar, kota tinggi johor? atau dekat kuarter maktab perguruan kent, tuaran sabah?

hehehee. jgn marah aa....

// tp JM Beriani ni betul best.
good.gif
Iereen
QUOTE(rummenigge @ Jun 30 2009, 04:40 PM) *

biggrin.gif
Iereen
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jun 30 2009, 04:32 PM) *
1. Mak cakap paper bag x payah byk barang dalam tue membaziaq, cukupla sekadar 3 barang, 2-3 hari aja org ingat souvenir kita, lepaih tue bersawang la jawabnya ~ betul juga

2. Mak cakap Kad Kawen xpayah la tempah sampai beribu, tempah 100-200 aja, kata pandai komputer, xkan nak buat 1 kad pun x pandai ~ betul juga

3. Mak cakap "kata banyak masa terluang, boring duduk rumah kawan x ramai, asik makan tido, makan tido, kenapa x gunakan masa terluang buat bunga telo, bunga pahar, buruk-buruk pon puas ati hasil tangan sendiri" ~ ermm betul juga

4. Mak cakap nak pakai baju persalinan 4-5 pasang malam berinai tue sempat ka? nak makeup nak posing sana sini, last-last pakai 2-3 pasang aja, xpayah amik 4-5 pasang membazir, tapi elok x payah pakai persalinan, layan sdara mara lagik baguih, nak pakai persalinan amik gambaq studio ~ erm macam btoii..

5. Mak cakap paper bag, x payah buat jenis ada nama dan gambaq2 semua tue, membazir..isi dalam aja org amik,paper bag duk dalam tong sampah, xsedih ka gambaq punya comel duk dalam tong?amik hat biasa sudah ~ btoii jugak

6. dan Mak cakap, kenduri yang paling penting skali makan dan minum mesti cukup dan sedap, kita buat kenduri untuk meraikan tetamu, pengantin meraikan tetamu, bukan tetamu meraikan pengantin. ~ yang nie tatau btoi ka x....

1. Mak cakap paper bag x payah byk barang dalam tue membaziaq, cukupla sekadar 3 barang, 2-3 hari aja org ingat souvenir kita, lepaih tue bersawang la jawabnya ~ takyah paper bag pun takpe..bagi bunga telur pun dah ok..jrg org skang bg bunga telur

2. Mak cakap Kad Kawen xpayah la tempah sampai beribu, tempah 100-200 aja, kata pandai komputer, xkan nak buat 1 kad pun x pandai ~ baguih gak nih..wat sndiri..tp pastikan jgn pakai printer opis tau..huhu blum.gif

3. Mak cakap "kata banyak masa terluang, boring duduk rumah kawan x ramai, asik makan tido, makan tido, kenapa x gunakan masa terluang buat bunga telo, bunga pahar, buruk-buruk pon puas ati hasil tangan sendiri" ~ Jah..ni aku da buat retu..mmg la puas ati sbb buat sndiri..dan jimat wess

4. Mak cakap nak pakai baju persalinan 4-5 pasang malam berinai tue sempat ka? nak makeup nak posing sana sini, last-last pakai 2-3 pasang aja, xpayah amik 4-5 pasang membazir, tapi elok x payah pakai persalinan, layan sdara mara lagik baguih, nak pakai persalinan amik gambaq studio ~ ini betui..tp kang mesti kata sekali seumo idup..takut terkilan..tp..aku tak rasa pun camtu sbb aku takde baju 4,5 pasang..aku pakai baju bersanding dan bj tu gak aku buat outdoor..pastu gown utk potong kek..no hal lah takde baju salin2 nih

5. Mak cakap paper bag, x payah buat jenis ada nama dan gambaq2 semua tue, membazir..isi dalam aja org amik,paper bag duk dalam tong sampah, xsedih ka gambaq punya comel duk dalam tong?amik hat biasa sudah ~ ya btul sesgt..org byk duit ok la nak print2 muka sndri nih..beli byk2 lagi murah.. nak lagi besh mintak la abg ke kakak ke tulung sponsor..hik hik (bg anak bongsu ler)

6. dan Mak cakap, kenduri yang paling penting skali makan dan minum mesti cukup dan sedap, kita buat kenduri untuk meraikan tetamu, pengantin meraikan tetamu, bukan tetamu meraikan pengantin. ~ susah nak kategorikan makanan sedap ke tak ni sbb kdg2 ni menda ni buleh jd diluar jangkaan kita.. tp..makanan la paling utama masa kenduri..aku ckp susah hati kalo org balik kenduri sakit perut..sbb slalu aku gi kenduri org pastu esuknya nak g keja mcm kena MC sbb asik berulang ke tandas

hehe..Jah..ko da prepare takat mana nih???

Hana_Amirra
QUOTE(Semut Api82 @ Jun 10 2009, 09:28 PM) *
skrg nie ada rm10k mana cukup..kena cari lagi wat spare..klu abis xde pun kena mintak pinjam kat sedara le,xpun adik beradik wat belanja persiapan serba serbi nk kawin tu..tambah2 skrg kos hidup dah tinggi..barang2 semua makin mhl..erm pening2 nk cari duit

amboi..amboi...amboi..BAGUSNYEE nasihattt...
kalaulah aku berada ditempat kakak ipar (which adik ipar pinjam duit) MMG AKU AKAN GADUH LAKI BINI LAHHH...
amboi..amboi..amboi..
dah tau tak cukup duit, yg gatal nak kawen tu apesal???
kita penat2 simpan duit.. perah otak tiap2 hari kat mana nak cut cost kehidupan seharian, sedap2 ajekk adik ipar nak pinjam duit sbb NAK KAWEN...CEHHH..
kalau nak pinjam utk masuk university takper laa jugakk..logik jugak ler justification tu..

gi pinjam dari BANK LAHH...AH LONG KE..MAK SENDIRI KE.. BAKAL MAK MERTUA KE...JGN NAK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN ORG LAIN LAHH..

kan suka suki ckp..ADA REZEKI KAWEN..HAA..TUNGGU LAA REZEKI TU..
yg nak menyusahkan org lain tu APESAL???

EEEE..MARAH BETUL AKU KALAU KES2 MCM NIE..

MMG AKU KEDEKUT PUN. AKU TAK SUKA LAA PINJAM2 KAN DUIT UTK ORG NAK KAWEN NIE..
WP DUIT LAKI AKU..TAPI, IMPACT/TEMPIAS TU KENA KAT AKU GAKKK...
TAK RETI NAK FINANCIAL PLANNING..ADA HATI NAK KAWEN LAKK..MENYUSAHKAN ALIRAN TUNAI ORG LAIN...
teri
QUOTE(Iereen @ Jun 30 2009, 05:29 PM) *

Mak aku kata pulak:

1 - kad kawin tempah paling murah.. takpe tempah 500 tp amik paling murah (yg 25sen tu) pastu org buang jugk.

2 - tak pyh hantaran byk2, bg mas kawin ngn batal air sembahyang je... klu nk bg hantaran max 3 jenis je...

3 - takyah salin2 baju nih... mlm tlg mak kemas2 apa yg ptt.

4 - paper bag? bg telur pindang je (aku ckp mak~~~ org KL tak pandai mkn telur pindang nn buang2 je)

5 - yg paling penting KADI kena ada. kalu tak tak kawin ko.

6 - takyah nk pelamin... takyah nk bersanding2 ni... smpai trus mkn. org lain lapa tngu pengantin sampai

~~~aduai omak den~~~
JiJaHpOtPeT
QUOTE(Iereen @ Jun 30 2009, 05:29 PM) *
hehe..Jah..ko da prepare takat mana nih???

takat berangan aja....keh..keh..keh... happy.gif
aku apa pun x start lg...jap-jap nak buat itu...jap-jap nak buat ini...
last2 1 pon x buat lagik nea.gif
rummenigge
QUOTE(teri @ Jul 1 2009, 07:39 AM) *

aarrrgghhhhh rugi nya...~~~>>>!!!!
JiJaHpOtPeT
QUOTE(Hana_Amirra @ Jun 30 2009, 07:04 PM) *

kalo KAWEN pon nak pinjam adik beradik...
esok-eseok lepas KAWEN nak masuk rumah , utang adik beradik x settle lagik, pinjam lagik kat adik beradik...
esok-esok dah anak sorang, bini nak bersalin x cukup duit, pinjam lagik kat adik beradik...
utang lama x settle, dok buat utang baru....kalo adik aku gini mmg khutbah 4hari 4 malam..

Berjimat sebelum habis ~ motto nak kawen....
teri
QUOTE(Hana_Amirra @ Jun 30 2009, 07:04 PM) *
QUOTE(Semut Api82 @ Jun 10 2009, 09:28 PM) *
skrg nie ada rm10k mana cukup..kena cari lagi wat spare..klu abis xde pun kena mintak pinjam kat sedara le,xpun adik beradik wat belanja persiapan serba serbi nk kawin tu..tambah2 skrg kos hidup dah tinggi..barang2 semua makin mhl..erm pening2 nk cari duit

amboi..amboi...amboi..BAGUSNYEE nasihattt...
kalaulah aku berada ditempat kakak ipar (which adik ipar pinjam duit) MMG AKU AKAN GADUH LAKI BINI LAHHH...
amboi..amboi..amboi..
dah tau tak cukup duit, yg gatal nak kawen tu apesal???
kita penat2 simpan duit.. perah otak tiap2 hari kat mana nak cut cost kehidupan seharian, sedap2 ajekk adik ipar nak pinjam duit sbb NAK KAWEN...CEHHH..
kalau nak pinjam utk masuk university takper laa jugakk..logik jugak ler justification tu..

gi pinjam dari BANK LAHH...AH LONG KE..MAK SENDIRI KE.. BAKAL MAK MERTUA KE...JGN NAK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN ORG LAIN LAHH..

kan suka suki ckp..ADA REZEKI KAWEN..HAA..TUNGGU LAA REZEKI TU..
yg nak menyusahkan org lain tu APESAL???

EEEE..MARAH BETUL AKU KALAU KES2 MCM NIE..

MMG AKU KEDEKUT PUN. AKU TAK SUKA LAA PINJAM2 KAN DUIT UTK ORG NAK KAWEN NIE..
WP DUIT LAKI AKU..TAPI, IMPACT/TEMPIAS TU KENA KAT AKU GAKKK...
TAK RETI NAK FINANCIAL PLANNING..ADA HATI NAK KAWEN LAKK..MENYUSAHKAN ALIRAN TUNAI ORG LAIN...

hem betul tul... aku sindri tak mahu pinjam2 kat org ni even adik bradik sindri... bak kata mak aku la, pasal duit adik bradik boleh berbunuh. Aku stuju tang buat kat bank tp kat AH LONG? come on... be realistic skit. jgn ari ni nikah esok dh janda/duda sbb laki/bini kene bunuh tak dpt byr ah long.

org siap ckp ngn aku jgn bina perkahwinan base on hutang... aku kata beter dia hutang dr buat dosa. duit boleh cari beb... dosa jgn dicari.

Penyelesaiannya? buat la bank loan.... nk simpan smpai bile nk cukup? dunia skang makin mahal.. minyak RON 97 dh naik jd RM2.. ns ayam leh cecah smpai RM5... mana nk menyimpan?
rummenigge
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 07:47 AM) *
Berjimat sebelum habis ~ motto nak kawen....

dah kawen, tukar t tu jadi k.
Iereen
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 07:40 AM) *
QUOTE(Iereen @ Jun 30 2009, 05:29 PM) *
hehe..Jah..ko da prepare takat mana nih???

takat berangan aja....keh..keh..keh... happy.gif
aku apa pun x start lg...jap-jap nak buat itu...jap-jap nak buat ini...
last2 1 pon x buat lagik nea.gif

wesss...masa berjalan (err...berlari kut) cpt tul skang nih
jadi..baik ko buat memana yg ptut
tup2 kang da smpai masa ko nak nikah
tak tido mlm lak kang
huhu rolleyes.gif
Iereen
QUOTE(rummenigge @ Jul 1 2009, 07:52 AM) *
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 07:47 AM) *
Berjimat sebelum habis ~ motto nak kawen....

dah kawen, tukar t tu jadi k.

jenuh aku pikir t mana yg nak ditukar kan
lps tu..tau dah..huhu biggrin.gif
katok_cun
QUOTE(Iereen @ Jul 1 2009, 08:30 AM) *
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 07:40 AM) *
QUOTE(Iereen @ Jun 30 2009, 05:29 PM) *
hehe..Jah..ko da prepare takat mana nih???

takat berangan aja....keh..keh..keh... happy.gif
aku apa pun x start lg...jap-jap nak buat itu...jap-jap nak buat ini...
last2 1 pon x buat lagik nea.gif

wesss...masa berjalan (err...berlari kut) cpt tul skang nih
jadi..baik ko buat memana yg ptut
tup2 kang da smpai masa ko nak nikah
tak tido mlm lak kang
huhu rolleyes.gif

aku pn same gak nih..otak mcm da nk jem je pk....
aku rase da mls nk wat persiapan...redah je lh x....
wa..wa...byk kene wat lg nih.....
Hana_Amirra
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 07:46 AM) *
QUOTE(Hana_Amirra @ Jun 30 2009, 07:04 PM) *
amboi..amboi...amboi..BAGUSNYEE nasihattt...
kalaulah aku berada ditempat kakak ipar (which adik ipar pinjam duit) MMG AKU AKAN GADUH LAKI BINI LAHHH...
amboi..amboi..amboi..
dah tau tak cukup duit, yg gatal nak kawen tu apesal???
kita penat2 simpan duit.. perah otak tiap2 hari kat mana nak cut cost kehidupan seharian, sedap2 ajekk adik ipar nak pinjam duit sbb NAK KAWEN...CEHHH..
kalau nak pinjam utk masuk university takper laa jugakk..logik jugak ler justification tu..

gi pinjam dari BANK LAHH...AH LONG KE..MAK SENDIRI KE.. BAKAL MAK MERTUA KE...JGN NAK MENYUSAHKAN KEHIDUPAN ORG LAIN LAHH..

kan suka suki ckp..ADA REZEKI KAWEN..HAA..TUNGGU LAA REZEKI TU..
yg nak menyusahkan org lain tu APESAL???

EEEE..MARAH BETUL AKU KALAU KES2 MCM NIE..

MMG AKU KEDEKUT PUN. AKU TAK SUKA LAA PINJAM2 KAN DUIT UTK ORG NAK KAWEN NIE..
WP DUIT LAKI AKU..TAPI, IMPACT/TEMPIAS TU KENA KAT AKU GAKKK...
TAK RETI NAK FINANCIAL PLANNING..ADA HATI NAK KAWEN LAKK..MENYUSAHKAN ALIRAN TUNAI ORG LAIN...

kalo KAWEN pon nak pinjam adik beradik...
esok-eseok lepas KAWEN nak masuk rumah , utang adik beradik x settle lagik, pinjam lagik kat adik beradik...
esok-esok dah anak sorang, bini nak bersalin x cukup duit, pinjam lagik kat adik beradik...
utang lama x settle, dok buat utang baru....kalo adik aku gini mmg khutbah 4hari 4 malam..

kalau adik sendiri, mmg boleh khutbah 10 hari 10mlm

kalau adik ipar? MMG GADUH LAKI BINI LAH..
(ini utk kalo kes aku la..aku pantang nie org pinjam2 duit sbb nak kawen punyer pasal. tak cukup duit, gi pinjam kat banklah. pastu jgn guna parents utk parents mintak duit/mintak sponsor kawen dari anak2 yg lain pulak. pun aku menyampah gak)

yela..cuba pikir secara materialistik sket (despite of - mmg perkawenan tu menolong seseorg tu buat maksiat)
kita laki bini dok jimat cermat, dgn harapan savings tu boleh laa guna utk kegunaan keluarga sendiri spt emergency cases ke.. pergi holiday cuti sekolah ke.. pergi holiday ujung tahun ke..beli sofa baru ke.. apa2 laa utk KEGUNAAN KELUARGA SENDIRI..YELA..SENDIRI PUNYER JIMAT, SENDIRI PUNYE BELANJA LAA..
ini APE KE HAL PULAK ORG LAIN SEBOK NAK PINJAM?

kalau sebok sgt ckp nak elak maksiat...LAGI AFDAL KASI PINJAM DUIT UTK DISUNATKAN AGAIN...
JiJaHpOtPeT
huhuhu asap dah keluaq kat telinga hana....

bagi aku adik beradik dan kita sendiri sebagai adik kena beringat..
abang/kakak dah ada family, ada anak-anak ada kehidupan sendiri
banyak belanja nak guna, jangan meminta-minta..

melainkan depa nak bagi...kalo depa nak bagi jangan tolak..
kalo depa x bagi jangan meminta...xsuka aku.....
bagi aku kalo dah decide nak kawen, maknanya financial pasangan tersebut dah stabil.

JiJaHpOtPeT
QUOTE(Iereen @ Jul 1 2009, 08:30 AM) *
wesss...masa berjalan (err...berlari kut) cpt tul skang nih
jadi..baik ko buat memana yg ptut
tup2 kang da smpai masa ko nak nikah
tak tido mlm lak kang
huhu rolleyes.gif

huhuhuhu ku asik tidooo jer.....ekekekeke..
rasa mcm lama lagikss
akls
mesti bedebar gilo2 ..esoknya nak menikah kan?
Iereen
QUOTE(katok_cun @ Jul 1 2009, 08:38 AM) *
aku pn same gak nih..otak mcm da nk jem je pk....
aku rase da mls nk wat persiapan...redah je lh x....
wa..wa...byk kene wat lg nih.....

ha..lama tak napak ko
camna persiapan???

ala..setel satu2
takde la rasa byk sgt
tkpe..ok je tu
Iereen
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 10:36 AM) *
huhuhuhu ku asik tidooo jer.....ekekekeke..
rasa mcm lama lagikss

hehe..takyah la smpai tak tido mlm ko nak buat menda2 tu
sblm2 tu leh la setel

tp..apa yg tak buat lagi??
ko tak wat sndiri favor gift kan??

rileks je la..wiken je kena carik barang

Iereen
QUOTE(JiJaHpOtPeT @ Jul 1 2009, 10:30 AM) *
huhuhu asap dah keluaq kat telinga hana....

bagi aku adik beradik dan kita sendiri sebagai adik kena beringat..
abang/kakak dah ada family, ada anak-anak ada kehidupan sendiri
banyak belanja nak guna, jangan meminta-minta..

melainkan depa nak bagi...kalo depa nak bagi jangan tolak..
kalo depa x bagi jangan meminta...xsuka aku.....
bagi aku kalo dah decide nak kawen, maknanya financial pasangan tersebut dah stabil.

err...mcm aku anak bongsu..
abg2 aku mmg ada bg duit
aku idak le mintak
dan duit tu pun bkn bg aku.,.
bg mak aku utk belanja kenduri

kalo itu..kira kak ipau marah ke ah??

hahaha..
tp akak2 ipau aku pun sponsor gak memacam

ala..sekali je utk adik..lps tu takde dh
bisrr001
QUOTE(Iereen @ Jul 1 2009, 12:29 PM) *

bagus le camni... bantu membantu...lagipun bukan sesapa pun kan... ahli keluarga...

so bagi sesapa nak berkahwin... bersiap sedialah dari segala aspek... batin & zahir... smile.gif

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.