Bulan Mei lepas Raja Muda Perak,Raja Dr Nazrin telah menamatkan zaman bujangnya.Pasangannya ialah jurutera kimia lulusan universiti Nottingham yang juga berdarah kerabat diraja Kedah,Puan Besar Zara Davidson.
Pada waktu bersandingan kedua mempelai diraja ini yang dikatakan sama cantik walaupun Raja Nazrin sudah berusia 51 tahun hanya 2 sultan melayu yang hadir iaitu Sultan Kedah dan Selangor.
Dikatakan pihak media massa bahawa 2 sultan melayu tersebut dijemput kerana mempunyai pertalian darah sesama mereka.
ramai dikalangan kerabat diraja Perak berkahwin dengan kerabat diraja Kedah begitu juga diantara kerabat diraja Kedah dengan keluarga kerabat diraja Selangor.
Cuma satu negeri dimana Sultannya yang juga mempunyai pertalian keturunan dengan susur galur keturunan diraja Perak tidak hadir iaitu Sultan Johor.
Apa pertalian darah antara kedua-dua negeri utama ini?
Selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud telah berundur diantara Johor,Bintan dan Pahang dan merlancarkan serangan demi serangan dari sana terutamanya dari Johor.Portugis bertindakbalas dan memaksa Sultan Mahmud berundur ke Kampar.
Sultan Mahmud meninggal dunia disana dan meninggalkan 2 putera iaitu Muzaffar Syah dan Alauddin Riayat Syah.
Muzaffar Syah dijemput oleh pembesar-pembesar Perak untuk menjadi Sultan Perak yang pertama.Muzaffar Syah menerima tawaran tersebut dan membawa sekali keris kebesaran negeri Melaka iaitu keris Taming Sari ke Kuala-Kangsar,Perak.
Keris tersebut kini disimpan rapi di istana Perak.
Adindanya iaitu Alauddin Riayat Syah menjadi Sultan Johor yang pertama dimana pusat pertamanya ialah di Kota Tinggi,Johor.
Sekian...
