QUOTE(creep @ Mar 25 2008, 01:45 PM)

wow byk yg saya belaja nih, tima kasih banyak2 yer MonFish Fanatic dan nikku. Saya bukan baru nak bela ikan, tapi saya baru nak bela ikan arowana nih. Saya tgh bela ikan oscar hehehehe saja2 suka2 tiba-tiba lak rasa nak cuba bela ikan arowana sebab ada kawan nak jual akua 4' dia. Jadi fahamnya camni lah yer, saya setup dulu akua 4' tuh, then letak dulu ikan lain (katakan lah ikan oscar saya nih) dan letak kan batu-batu sikit. then lepas 1 bulan (mesti sebulan ke? tak saba nak bela arowana hehe) saya keluarkan oscar tuh then buang setengah air dia dan tambah air baru sehingga penuh (boleh penuh ke atas sgt ke? atau jgn penuh sgt?) Lepas tu masukkan arowana yg saya akan beli nanti.
camtu ker caranyer? itu yg saya faham nih. Pasal pemakanan dan penjagaan saya ada buat research dalam net, ada gak jumpa yg baik. tapi betul ke cara setup tu monfish dan nikku??
Assalamualaikum,
Pagi tadi MonFish dah tulis panjang dan click add reply. Bukak balik Mesranet tak save pun. Aduhh!!rugi 1 jam.
Tera…Pakar…takdela!! Seganla ….tak layak. MonFish cuma nak share cikit2 ilmu so that takde bad experience ikan2 mati macam MonFish mula2 bela ikan dulu. Ramai lagi otai kat luar sana yg lagi expert.
Betul kata Nikku, batu2 kecil ni buat air keroh sebab makanan tersorok kat celah2 batu. Ini disadvantage letak batu2 kecik sebab masa tukar air kena vacuum celah2 batu guna siphon dan makan masa nak cuci aquarium. Sebab tu kedai2 ikan dan sesetengah orang prefer bare tank, senang cuci tank. Tapi kena tau kat kedai ikan tempat filternya besar,
Ada yg sebesar aquarium 4 ka terletak kat bawah dan jarang dicuci, so banyak bacteria.
Biasanya kat rumah kita guna on top filter yg kecil, kenala jaga2 bio-filter tu supaya bacteria tak mati semasa cuci filter esp bila tank kita kosong. Lagi satu disadvantage bila aqua ada batu2 kecik dan crowded dgn hiasan, kalau bagi makan anak ikan, aro ni akan terkam ikan tak kira kat mana, anak2 ikan tentunya akan menyorok, takut terlanggar hiasan2, rosak sisiknya atau tertelan batu2 kecik masa tangkap ikan. Kalau aqua betul2 besar or kolam, tak kisah nak decorate aqua. Masa aro kecik…takpe deco aqua, semakin besar kena keluarkan sikit untuk space dia berenang.
Agaknya aro Nikku minat heavy ######l “head bangers” atau pun marah tunjuk perasaan hantuk2 kepala sebab kalah pilihanraya!!! Just kidding…..actually normal bagi baby aro takut dgn orang esp. yg silver, jenis lain takut jugak tapi not so bad. Ada aro yg masa bukak lampu dah terkejut dan takut, ada yg bila orang datang dekat cermin nak tengok, dia pun takut, apatah lagi kalau diketuk2 kaca…aro besar pun takut!! Kalau ada space kat rumah, jangan letak aqua aro tempat orang selalu lalu lalang….contohnya kat pintu masuk rumah. Aro Nikku rm38 kira good price tapi kedai yg jual sampai rm80 tu cekik darah. Nikku type kat Google "Aquarium Black Water Special” dan baca pasal solution ni untuk tenangkan ikan tapi mula2 air akan keroh, abt 4 hari baru jernih balik. Yang Nikku bagi makan tu memangla ulat, bukannya cacing. Cacing ada jugak jual dalam bekas yg ada tanah lembap atau yg beku “bloodworm”.
Aqua Oscar tu nampak okey, air pun dah lama so stable. Kalau dapat ambik media filter (sponge) at least 2 lapis dari filter box aqua Oscar untuk filter box baru dan tambah lapisan filter baru kat ATAS untuk kedua2 filter box sebab Oscar punya filter media dah kurang. Buangkan air aqua Oscar 50% ( macam biasa tukar air ) dan masukkan ke aqua baru, 50% lagi top-up dgn air baru plus anti chlorine utk kedua2 aquarium. Dah siap instant tank cycle dan boleh masuk arowana. Tak payah nak ubah2 Oscar. To be safe, beli ikan kecik warna merah, ekor hitam (Sunset Platy) 50sen sekor dlm 4 ekor dan masukkan dlm aqua baru. Bagi makan bijik2 pellet supaya ikan keluarkan najis & makanan berlebihan pun akan reput jadi ammonia supaya filter baru membiak lagi bacteria.
Jangan taruh feeder fish rm1 dapat 20 ekor sebab ikan2 ni takut ada penyakit. Tunggu dalam 1 minggu, kalau ikan Platy tu okey, sihat so air tu kira dah stable. Ikan Platy cepat membiak dan later menjadi makanan arowana.
Yang sebulan, 2 bulan or lebih lama lebih baik, tu kalau lapisan filter media semua baru dan air pun total 100% air baru. Letak temporary fish ikan murah utk cycling tank dan experiment samada air tu okey atau tidak. Kalau nak lagi 100% sure, test air guna pH test kit….sepatutnya 6.0 -6.5 or neutral 7 . Test jugak kot2 ada ammonia selalunya selepas 3 hari kita taruh ikan…ammonia rdg must be zero. Nitrite test kit pun rdg must zero. Kalau semasa test ada traces ammonia/Nitrite, cepat2 tukar air 25% or more ( depends ammonia level ) tapi jangan cuci filter sebab bacteria baru nak membiak…Cuma tukar air dan test lagi.
Arowana stratanya kat atas dan tengah, so boleh campurkan ikan2 bottom feeders or catfish yg stratanya kat bawah. Banyak ikan yg compatible dgn aro tapi kena abt the same size. Aro Pearl susah sikit nak campur sebab terlalu garang, kalau tank betul2 besar no prob. Oscar pun boleh tapi kena same size.
Aqua Nikku dan creep setting memang cantik. Buat aquascaping ni memang cantik, kira perhiasan rumah jugak. Bila tengok ikan2 berenang, memang syok dan menghilangkan stress tapiiii……bila ikan sakit….kita pulak yg stress. Ikan ohh ikan!!
Oscar creep nampak macam jenis Red Oscar. MonFish pernah bela Albino dan Tiger Oscar. Dah bagi kat orang sebab tak cukup aqua nak separate ikan2ni. Unik nya ikan ni bila tidor, ia baring kat dasar aqua macam mati.. Nak bela sekor atau kena at least 3 ekor ke atas. MonFish bela 2 ekor so yg Albino kena buli. Ikan ni kuat makan…bagi pellet, ikan, udang, hati, daging semuanya dia sebat tak kenyang2 dan tak sempat ikan2 lain nak makan, itu yg MonFish fed-up. Lepas makan, najisnya punyala banyak, air pun keroh sebab tu bagi kat orang. Kalui pun tak banyak najis macam Oscar. MonFish punya aqua semua ikan campur2.
Okeyla….ciao.