Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Hai-o Products
Mesra.net Forum > Business & Economies > Iklan Perniagaan (Tangible) > Multilevel Marketing (MLM)
Pages: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
spidertech
STRATEGI UNIK “PROJEK USAHAWAN BEAUTIFUL 369”
STEP 01
Bermula dengan diri sendiri.
-> Anugerah Sales Manager (SM)
-> Bonus RM +/- 3000 @ RM+/- 4700 (dijamin dapat oleh CDM & stokis)
-> Percuma: Aset bernilai RM +/- 4000

STEP 02
Memberi peluang bisnes kepada dua(2) rakan @ saudara.
-> Anugerah Senior Sales Manager (SSM)
-> Bonus RM +/- 2000

STEP 03
Membantu dua(2) rakan diatas menjadi SSM dan
Memberi peluang seterusnya kepada dua(2) lagi rakan @ saudara baru anda
-> Anugerah Diamond Sales Manager (DSM)
-> Bonus RM +/- 7500

Langkah seterusnya akan terjadi apabila ianya dilakukan secara berterusan dengan bimbingan daripada PEMIMPIN yang hebat ini..
-> Anugerah Double Diamond Manager (DDM)
-> Bonus RM30,000 keatas

-> Anugerah Crown Diamond Manager (CDM) *** anugerah tertinggi syarikat
-> Bonus RM50,000 keatas malah dah ada yang cecah 6 angka.

Pakej-pakej lain yang disediakan:
-> Peluang melancong ke luar negara setiap tahun
-> Bonus(duit) tabung kereta (kereta pilih&beli sendiri)
-> Bonus Wawasan(duit lagi)
-> Bonus Pemisah CDM(duit lagiii)
-> Peluang menunaikan Haji & Umrah

Kami tidak beri duit, kami memberi jalan serta peluang untuk anda dapat duit. Duit bukanlah segala-galanya, akan tetapi bermulanya setiap hari dari bangun tido sampailah kita tido semula adalah duit. Fikir-fikirkanlah..
Tidak salah untuk mendengar serta memahami. Masing-masing diberi peluang untuk bermula dan berjaya.
Sila Daftar untuk penerangan lanjut, Pendaftaran Adalah Percuma!

Hubungi : Zarul 017-3926465

KAKITANGAN KERAJAAN DIGALAKKAN MEMOHON.
Farrah^,^malatop
go go paris
spidertech
QUOTE(Farrah^,^malatop @ Feb 1 2008, 09:58 PM) *
go go paris

Sudah join ke? marilah meramaikan geng2 hai-o disini. Aku pun baru je balik dari melancong ke korea. Join 3 bulan p korea. Semalam kuar Selamat Pagi Malaysia. Minggu depan episod terakhir. tugu depan TV jam 8.30am. yahoo.gif

spidertech
Hai-O Marketing sasar jualan naik dua kali ganda
Oleh Dzulkfley Zanudin
(BERITA HARIAN - SELASA 5 FEB 2008)

HAI-O Marketing Sdn Bhd, syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), mensasarkan peningkatan dua kali ganda jualan bagi tahun kewangan berakhir April 2008 daripada kira-kira RM100 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Pengurus Besarnya, Jimmy Ow, berkata sasaran itu bersandarkan strategi pemasaran yang lebih agresif, selain sambutan menggalakkan terhadap produk barangan penggunanya.

Katanya, sejak dua tahun lalu jualan produk syarikat lebih bertumpu di sekitar Lembah Klang, tapi mulai tahun ini ia diperluaskan ke Johor, Kedah, Kelantan serta Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, barangan seperti pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi infra merah Premium Beautiful, penapis air berteknologi tinggi Bio-Aura, makanan kesihatan tradisional seperti garam buluh (bamboo salt), herba maharani Tong Ren Tang dari China dan minyak pelincir JTX berpotensi dijual di lima negeri terbabit.

“Kami juga merancang menambah lebih banyak aktiviti publisiti dan promosi jualan, tahun ini. Malah untuk percutian '800 pengedar kami ke Seoul awal tahun ini saja, kami membelanjakan RM2 juta.

‘Tahun ini, peruntukan untuk aktiviti publisiti dan promosi dijangka lebih tinggi, termasuk menambahkan papan iklan di seluruh negara,” katanya ditemui ketika mengiringi '800 pengedar Hai-O sempena seminar seberang lautnya di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Lima rombongan percutian diatur ke Seoul mulai 8 hingga 16 Januari lalu, dengan kebanyakannya pengedar Bumiputera yang dianggap rakan kongsi syarikat itu.

Percutian di Seoul sebagai insentif kepada pengedar bertujuan meningkatkan motivasi, di samping mengatur strategi jualan tahunan, terutama kepada Crown Diamond Manager (CDM).

Hai-O Marketing adalah anak syarikat Hai-O Enterprise Bhd yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. November lalu, Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Kai Hee menerima Anugerah Usahawan Terbaik: Di bawah AS$2 Bilion oleh majalah ‘Forbes Asia’.

Pada tahun kewangan lalu, Hai-O Marketing menyumbang kira-kira 60 peratus kepada pendapatan kumpulan Hai-O.

Mengenai program bimbingan graduan menganggur yang dimulakan lima tahun lalu dengan kerjasama Mara, Ow berkata, tugas itu diteruskan CDM, terutama di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Kelantan.

Katanya, kebanyakan CDM dan rangkaian pengedarnya merangkumi sektor awam dan swasta, termasuk kerani, guru dan jururawat yang mampu meningkatkan pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan.

Beliau berharap, lebih ramai Bumiputera merebut peluang MLM menerusi Hai-O untuk menjadi usahawan seperti kerap diuar-uarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengenai produk Premium Beautiful, Ow berkata, teknologi dan jenama tetap menjadi milik Hai-O, walaupun ia diimport.

Katanya, syarikat belum bercadang membuatnya sendiri berikutan ketiadaan bahan dan kemampuan setakat ini.

Rujukan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...icle/index_html
spidertech
PROJEK USAHAWAN JUTAWAN BEAUTIFUL 369..?
APA? BAGAIMANA? SIAPA?

Tiga persoalan utama dan banyak lagi soalan-soalan anda akan terjawap disini..
Laman web Rangkaian Usahawan Jutawan Beautiful 369 dibangunkan bagi membuktikan kejayaan-kejayaan yang telah dinikmati oleh ramai usahawan bumiputera(Melayu Islam) khasnya dalam perniagaan MLM.

Ingin tahu bagaimana 97% usahawan bersama KUMPULAN ini telah berjaya..?
apakah strategi yang digunakan..?
bagaimana ianya bermula..?
apa kelebihannya dan banyak lagi ???...

TIDAK perlu jual banyak barang, TIDAK perlu sponsor ramai orang..! Income bulanan mencecah 5angka bila-bila masa. Hanya tolong rakan-rakan, sedara mara dan kawan-kawan dapat apa yang anda dapat... Anda dapat duit dan pahala(insyaallah)..

"KEJAYAAN anda dalam perniagaaan (MLM) adalah terletak pada USAHA serta bimbingan KUMPULAN yang betul".
Berminat utk meninjau-ninjau atau mengetahui dengan lebih lanjut..? Tak join, tidak mengapa. Beri peluang diri anda untuk mendengar serta memahaminya sahaja.. yang lain terletak pada rezeki dari yang Esa..

http://www.beautiful369.com

Hubungi zarul :017-3926465
angah_nqb
ni MLM yg nk suh kita wat loan sampai rm20K kan....???????
spidertech
QUOTE(angah_nqb @ Feb 11 2008, 10:59 AM) *
ni MLM yg nk suh kita wat loan sampai rm20K kan....???????

Anda diberi pilihan:

1. Modal Kecik untung kecik
2. Modal besar untung besar...

Mana yang anda pilih???

Walaupun modal besar... ia bukanlah duit anda.
Anda kena faham, modal hanya gimik..
1. Tak usik duit gaji
2. Tak perlu jual barang
3. Tak perlu ramai orang (4-6 orang sahaja)
4. Buat secara kumpulan & bimbingan dari yang dah berjaya.

Kalo orang yang dah berjaya bimbing kita... rasa2nya boleh tak kite berjaya???

Kelebihan yang anda dapat jika anda buat..
1. Melancong ke luar negara (beijing, turki, australia,korea,paris) secara percuma
2. bebas dari hutang
3. kaya di usia muda
4. Hantar mak & ayah ke Mekah
5. sedekah masjid RM50 seminggu
6. dan banyak lagi...

Berminat utk meninjau-ninjau atau mengetahui dengan lebih lanjut..? Tak join, tidak mengapa. Beri peluang diri anda untuk mendengar serta memahaminya sahaja.. yang lain terletak pada rezeki dari yang Esa..
just buat temujanji saya akan terangkan secara percuma..

Hubungi : Zarul 017-3926465
spidertech
BERITA BAIK!!

Kepada warga mesra.net yang tinggal berdekatan bandar Kuantan.
Dijemput ke Taklimat Projek Usahawan 369

Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kuantan
Tarikh : 16 Feb 2008
Masa : 2pm - 6pm

Datang beramai2 tengok sendiri bukti serta kehebatan sistem. Sila booking tempat anda kerana tempat terhad kepada 200 orang yg terawal.

Keterangan lanjut...

Hubungi : zarul 017-3926465
spidertech
Panas....
petikan dari Berita harian semalam (13 Feb 2008).
rujukan http://www.bharian.com.my/Current_Ne...081556/Article
spidertech
Pengaruh Barat iringi kepesatan kota Seoul
Oleh Dzulkfley Zanudin (yang berkunjung ke Korea Selatan, baru-baru ini)

SEOUL, sebagai kota metropolitan, Korea Selatan jelas mencerminkan perubahan drastik dialami rakyat negara gergasi ekonomi Asia Timur itu dari masyarakat tani kepada industri sejak 1960-an lagi.

Malah, menerusi projek pergerakan kampung baru atau Semaul Undong sejak 1970-an berjaya membangunkan lima kota utama di luar Seoul, termasuk Pusan, Daegu dan Daejon.

Selain itu, dengan kemunculan konglomerat atau chaebol (sebutan jaebol) atau syarikat korporat Korea, menjadi bukti kehebatan proses industrialisasi Korea Selatan.

Sejak 1960-an berikutan transformasi pertanian kepada perindustrian, berpuluh kumpulan korporat sama ada dikuasai keluarga atau dibantu kerajaan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara itu.

Nama seperti Samsung, Hyundai dan LG antara bukti kebijaksanaan kumpulan Korea terbabit mengendalikan perusahaan sehingga menjadi jenama antarabangsa dalam pelbagai industri dan teknologi, dari automotif, hartanah ke telekomunikasi.

Turut mencipta nama ialah SK, Hanjin, Lotte, Doosan Hanhwa dan Kumho Asiana yang mencorakkan pembangunan dan hala tuju rakyatnya, terutama generasi baru selepas era Perang Korea pada 1950-an.

Kesan Perang Korea yang masih mencengkam keselamatan di Semenanjung Korea menyebabkan negara itu terpaksa menerima kehadiran tentera Amerika Syarikat dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai markasnya di Itaewon dalam kawasan metropolitan Seoul.

Kehadiran orang asing seperti dialami Okinawa di Jepun banyak mempengaruhi kehidupan dan budaya rakyat Korea, terutama generasi mudanya yang kini lebih selesa berpakaian ala-Barat.

Turut menjadi ikutan ialah sukan besbol dan bola keranjang dipelopori tentera Amerika di sana dan kini antara sukan kegemaran rakyat dan menjadi tumpuan, termasuk di kaca televisyen pada hujung minggu.

Walaupun segelintir rakyat Korea, terutama berpendidikan dari Amerika Syarikat begitu fasih berbahasa Inggeris, kebanyakan rakyatnya masih pekat berbahasa Korea.

Dalam pada itu, idea pemerintah untuk menyatukan semula kedua-dua Korea, iaitu Utara dan Selatan dalam tempoh beberapa dekad akan datang turut tidak begitu digemari generasi muda.

Penyatuan Korea sebenarnya lebih bersifat nostalgik kepada generasi tua yang masih mempunyai ikatan kekeluargaan dengan penduduk Korea Utara, sedangkan generasi muda lebih selesa dengan keadaan hidup moden sekarang tanpa mahu diracuni ideologi komunis dianuti Pyongyang.

Rangkaian kedai makan segera dan francais Barat turut menjadi tumpuan warga Seoul, terutama generasi muda yang lebih selesa meneguk Coke atau menjamah hamburger daripada minum teh tawar, air ginseng atau makan kimci, iaitu jeruk kubis.

Walaupun pihak berkuasa kerap berbangga keajaiban dan kemujaraban ginseng dan kimci menghindari pelbagai penyakit seperti Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) suatu ketika dulu, lambat laun tabiat makan dan pengaruh budaya popular akan memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan generasi pewarisnya.

Malah, pakaian tradisi Korea, hanbok kini hanya dikenakan pasangan pengantin, walaupun usaha dibuat sejak 1996 bagi memperkenalkan pemakaiannya di kalangan generasi muda dengan Sabtu pertama setiap bulan diisytiharkan 'hari memakai hanbok' seperti kempen memakai batik kepada kakitangan awam Malaysia setiap Khamis.

Dalam kunjungan penulis ke Korea, baru-baru ini, mengikuti rombongan Hai-O Marketing Sdn Bhd, didapati Seoul semakin mengubah identitinya sebagai kota ala-Barat dengan kehadiran banyak premis komersial mengikut selera orang kulit putih.

Di setiap lorong perniagaan pasti ada jenama Barat, selain fesyen kebaratan yang menjadi kegilaan remaja dan generasi mudanya, termasuk fesyen musim sejuk. Pelbagai aneka jaket dan pakaian musim sejuk terkini menjadi ikutan masyarakatnya, terutama selepas drama berhantu, Winter Sonata mencetuskan fenomena fesyen di Asia sejak 2002.

Tidak hairanlah, kebanyakan premis perniagaan di pusat beli-belah seperti di Myungdang, Dongdeamun dan Itaewon menjadi tumpuan sebelah petang ke malam walaupun cuaca dingin musim sejuk begitu menyeksakan.

Di mana-mana saja, didapati rakyat Korea dari muda ke tua begitu teruja dengan fesyen Barat, selain tidak boleh lekang dengan alat telekomunikasi terkini seperti PDA dan telefon bimbit, termasuk mempunyai kemudahan televisyen kecil.

Malah, pemandu bas persiaran yang saya naiki selama berada di Seoul dengan rakan pengedar Hai-O turut tidak lekang dengan telefon bimbit lengkap siaran TV, manakala bas turut dilengkap kamera pengesan bahagian belakang kenderaan untuk memudahkan meletak bas di tempat sempit.

Meskipun Korea Selatan dianggap negara maju, hasil pengamatan selama empat hari di Seoul didapati masih banyak kelemahan perlu diatasi sebelum negara itu boleh dikatakan benar-benar maju.

Masih boleh dilihat peminta sedekah, terutama yang cacat atau kudung menagih simpati meminta sedekah, selain pembakaran terbuka di pinggir Seoul, termasuk di kawasan pertanian menuju Resort Ski Jisan serta sampah di lorong belakang.

Seperti kota moden lain, Seoul tetap menjadi tumpuan kupu-kupu malam mencari pelanggan, terutama kelasi dan orang putih yang ingin mencari keseronokan malam, terutama di Itaewon dan Incheon.

Walau apapun persepsi kita terhadap Korea, selain kelemahan dan kekuatannya, pengaruh kemodenan yang bertiup kencang di rantau Asia Timur memang sukar dibendung.

Tidak hairanlah, Seoul seperti Shanghai, Tokyo atau Hong Kong semakin terkenal sebagai kota fesyen dan hab industri terkini di rantau sebelah sini bagi menyaingi kehebatan kota Barat selama ini.

Tetapi drama dan filem Korea yang penuh syahdu dan memukau pasti terus menjadi ikutan kerana kehebatan pengarahnya menggarap jalan cerita, selain lakonan pemegang watak yang cantik dan tampan, biasanya hasil kepakaran pakar pembedahan silikon atau kegunaan teknik antipenuaan lain.
spidertech
Kepada semua rakan yang menyertai Hai-O, hayati lirik lagu ni...

Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan
Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

*

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup did dalam dunia
Bak sandiwara
Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

repeat *
Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji…

Lagu motivasi dari CDM Hamdan

asal dari seorang kerani dan kini sudah bergelar JUTAWAN!!!!
spidertech
Bank Rakyat umum dividen tertinggi 20%

Oleh Ainul Asniera Ahsan

Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kiri), menunjukkan dividen Bank Rakyat pada sidang media pengumuman penutupan akaun Bank Rakyat pada 31 Disember 2007 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007, dividen tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM828.8 juta yang dicatatkan oleh bank tersebut berbanding RM626.6 juta pada 2006, meningkat sebanyak RM202.2 juta atau 32.3 peratus.

“Keuntungan bersih Bank Rakyat juga meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM671.1 juta bagi tahun kewangan itu berbanding RM561.4 juta pada tahun sebelumnya.

‘‘Prestasi kewangan yang dicapai oleh Bank Rakyat ini adalah yang tertinggi dalam sejarah penubuhannya,’’ katanya pada sidang akhbar di sini.

Hadir sama ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dan Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Menurut Mohamed Khaled, pembayaran dividen kepada 793,482 ahli Bank Rakyat yang layak akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Katanya, bank koperasi terbesar negara itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM2.56 bilion pada tahun lalu berbanding RM2.04 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan pembiayaan naik 24.6 peratus kepada RM2.237 bilion hasil pertumbuhan dalam pembiayaan serta pengurusan aset dan liabiliti bank yang berkesan.

Jumlah aset juga meningkat sebanyak RM7.408 bilion atau 27 peratus kepada RM34.9 bilion berbanding RM27.491 bilion pada tahun sebelumnya, ujarnya.

Tambah beliau, Bank Rakyat juga mencatatkan nisbah pembiayaan tidak berbayar bersih yang rendah iaitu pada kadar 2.4 peratus berbanding 2.8 peratus bagi tahun sebelumnya.

‘‘Jumlah deposit, simpanan dan pelaburan Al-Mudharabah mencatatkan peningkatan sebanyak RM4.542 bilion atau 20 peratus kepada RM27.253 pada tahun lalu,’’ kata beliau.

Dana pemegang saham berada pada tahap RM3.994 bilion dengan modal saham berjumlah sebanyak RM1.993 bilion dan rizab sebanyak RM1.665 bilion.

Mohamed Khaled berkata, Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) pula berada pada tahap 19.2 peratus berbanding keperluan minimum Bank Negara Malaysia sebanyak lapan peratus manakala Nisbah Modal Teras (CCR) pada tahap 16.6 peratus dan nisbah pembiayaan atas deposit adalah pada kadar 84.2 peratus.

* TERMASUK SUMBANGAN DARI AHLI-AHLI HAI-O. YANG MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DI BANK RAKYAT. SERAMPANG 2 MATA. BANK RAKYAT MENYUMBANGKAN ZAKAT. SESIAPA YG TERLIBAT NGAN LOAN DI BANK RAKYAT JUGA MENDAPAT PAHALA KERANA SECARA TAK LANGSUNG TERLIBAT DENGAN URUSAN ZAKAT. WALLAHHUALAM...
spidertech
Berminat melancong ke PARIS secara PERCUMA??

KINI KEMPEN SEMINAR SEBERANG LAUT KE PARIS TELAH BERMULA DARI
26.2.08 - 25.6.08.

Untuk keterangan lanjut hubungi
017-3926465 (Zafarul)

"TAHNIAH HAI-O kerana membawa BUMIPUTERA ke arah masa depan yang CEMERLANG"
nawaitu369
QUOTE(spidertech @ Feb 28 2008, 10:35 AM) *

bro...
bukti dh macam2 ade?
ape lg yg depa risaukan??
kena paham betol2 sistem ni..
kalo x..kompem xnk join..

p/s:ahad ni ade seminar under abg madon...jom ler...

--------------my choice for life----------
spidertech
QUOTE(nawaitu369 @ Feb 29 2008, 12:29 PM) *

aku pegi gak seminar tu. ko bawah CDM sape? atau ko sendiri dah CDM? Malam ni Majlis kepimpinan di selayang. ko selalu datang ke? HIDUP 369!!!
nawaitu369
AKU UNDER CDM IDHAM...

JARANG KE SELAYANG..

TP PERNAH PEGI LER..

AHAD NI AKU X KOMPEM NK GI SBB BNYK NK JUMPE PROSPEK...

SKRG NI DKU DH DSM...

PAKAI KETE APE DH BRO???

CALDINNA KER?

HUHUHU
spidertech
QUOTE(nawaitu369 @ Feb 29 2008, 04:32 PM) *
AKU UNDER CDM IDHAM...

JARANG KE SELAYANG..

TP PERNAH PEGI LER..

AHAD NI AKU X KOMPEM NK GI SBB BNYK NK JUMPE PROSPEK...

SKRG NI DKU DH DSM...

PAKAI KETE APE DH BRO???

CALDINNA KER?

HUHUHU

OOooo kenal sangat.. Aku bawah CDM Afidah. Sama pangkat ngan ko. DSM. itu ari pegi KOREA tak? aku baru join masa tu. 3 bulan buat terus DSM. Dapat Free 2 tiket. Kete dah Booking Toyota Caldina GT4. Harga RM140K. Bulanan RM1700. Dengan adenya ofis bergerak aku nanti senang la nak tunjuk bukti pada kawan2.

Dalam Hai-O risiko untuk gagal 2%. itu pun sbb diri sendiri. sbb upline akan goncang kite. bukan buat sorang2. Yang penting istiqamah. Jangan cepat putus asa. Bimbingan dari yang dah berjaya sangat mahal dalam sesebuah perniagaan. Ade masa kite jumpe bro.. kongsi2 pengalaman. seronok aku join Hai-O. Dapat pusing 1 malaysia. taget aku setahun CDM (income 50K sebulan). SAMA2 KITE JUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN!!
nawaitu369
wallaneh...

murah lah caldinna yg ngko dapat tu..

kedai mane amek tu bro??

donline aku amek pon dekat 160k..
sebulan rm1800..

dasat tol la ngko yer...ape name kedai tu arr??

aku bg tiket ke korea tu kt donline aku...

aku target nk ke paris bulan 8 ni...

huhuhu

see yaa
whiteangel
adeii...
sesapa yg join Hi-O nie mesti pakai caldinna ke?
arituh ada member asben dtg umah, ajak masuk hai-o
dia pun pakai caldinna...
muahahahahhaha....
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 09:41 AM) *
adeii...
sesapa yg join Hi-O nie mesti pakai caldinna ke?
arituh ada member asben dtg umah, ajak masuk hai-o
dia pun pakai caldinna...
muahahahahhaha....

Tak lah. kereta pilihan sendiri. Tapi sekarang ramai yg join Hai-O semua muda2. so caldina jadi pilihan. Setakat ni dalam geng 369 dah ade 30 buah Caldina. kalo rasa nak tgk datang selayang masa majlis ilmu. kat kedai kereta pun tak boleh tgk Caldina sebanyak ni. bangga tul aku tgk anak2 melayu yang ade impian dan boleh pakai kereta mewah. So yang lain kenapa sentiasa mencari alasan? Tgk orang yang dah berjaya sentiasa mencari jalan. Kepada yang dah join tu aku nasihat just buat je. Jangan cepat mengalah. Duit security 15 bulan tu dah boleh cover duit loan.

Dalam Hai-O semua orang boleh berjaya. Cepat dan lambat je. tgk juga cara die berusaha. so mai pakat ramai2 kite p PARIS.

Caldina aku amik kat area Cheras. kedai die betul2 depan Balai Polis. Pasni ingat nak pakat ngan budak2 Hai-O yang pakai Caldina nak pusing Malaysia sambil sponser biggrin.gif
angah_nqb
nk wat mende nih kene ada networking yg kuat n MASA...
masalah nye.... org cm angah nih yg bekerja biasa pun kuar umah matahari takde agik
blk matahari dah tenggelam... mana nk cilok masa wat nih...
cmne lak ngan keluarga?? anak n hubby ku ituh....
spider nih laki kan??? cmne you bahagikan masa ngan family???
whiteangel
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 11:20 AM) *
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 09:41 AM) *
adeii...
sesapa yg join Hi-O nie mesti pakai caldinna ke?
arituh ada member asben dtg umah, ajak masuk hai-o
dia pun pakai caldinna...
muahahahahhaha....

Tak lah. kereta pilihan sendiri. Tapi sekarang ramai yg join Hai-O semua muda2. so caldina jadi pilihan. Setakat ni dalam geng 369 dah ade 30 buah Caldina. kalo rasa nak tgk datang selayang masa majlis ilmu. kat kedai kereta pun tak boleh tgk Caldina sebanyak ni. bangga tul aku tgk anak2 melayu yang ade impian dan boleh pakai kereta mewah. So yang lain kenapa sentiasa mencari alasan? Tgk orang yang dah berjaya sentiasa mencari jalan.

ooo.. camtuh..
kiranya caldina nie cam kete paling mewah la eh?
huhuhu.. p paris...
insyaAllah kalo ada rezeki, aku join korang sme..
tak silap dalam bulan 8 nanti kan? wink.gif
Lìm Tåt
first skalik wa mau ucap tahniah kelana beljaye membuka luang kt cni...
wa balu mau open topik.. tp lu sulah bokak..
mmg cantek sgt...
kite di satu kumpulan yg hebat...
diketuai oleh pemimpin yg hebat..
wa mau tanye sket sama lu...

esok mlm lu aler mali Selayang ka??

whiteangel
QUOTE(Lìm Tåt @ Mar 3 2008, 03:17 PM) *

apek pun ada join ka??
smile.gif
Lìm Tåt
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 03:21 PM) *
apek pun ada join ka??
smile.gif

alhamdulillah... lejeki anak smile.gif
whiteangel
QUOTE(Lìm Tåt @ Mar 3 2008, 03:23 PM) *
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 03:21 PM) *
apek pun ada join ka??
smile.gif

alhamdulillah... lejeki anak smile.gif

amin.....
dh bape lama join mende nie?
Lìm Tåt
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 03:24 PM) *
amin.....
dh bape lama join mende nie?

masih balu lagik...
dan dalam ploses mencalik lakan² yang mau ikut wa g Palis...
kalo mau join wa g Palis.. jom...
wa & kwn² yg sulah wat ini bisnes bley tunjukkan calanye....
spidertech
QUOTE(angah_nqb @ Mar 3 2008, 11:25 AM) *
nk wat mende nih kene ada networking yg kuat n MASA...
masalah nye.... org cm angah nih yg bekerja biasa pun kuar umah matahari takde agik
blk matahari dah tenggelam... mana nk cilok masa wat nih...
cmne lak ngan keluarga?? anak n hubby ku ituh....
spider nih laki kan??? cmne you bahagikan masa ngan family???

Ko sekarang dalam kategori kuat kerja. soalannya sekarang berbaloi tak dengan ko dapat??? masa muda boleh la. bila dah berumur nanti mesti letih.

Dalam Hai-O khususnya kumpulan 369 kami dah di latih supaya bekerja secara kumpulan. kata CDM hamdan 2 jam je buat. JUmpa kawan. masa tgh minum kat kantin cerita sikit. buat appoiment. pastu brth upline. upline akan tolong kite cerita sbb kita masih baru. Jangan gatai2 nak cerita sendiri sbb bende ni yg jadi virus sbb penyampaian salah.

Masalah ko pompuan. Ramai pompuan berjaya. malah lebih hebat dari lelaki. Sbb tu tya pengalaman org yang dah berjaya mcm mana dia buat. Bile2 free tel aku ceritakn strategi Kumpulan 369. Ajak suami sekali. biar 2-2 faham.
whiteangel
balu tu bape lama apek??
nak tau jugak apek amik masa bape utk berjaya blum.gif
niat ati mmg nak join, papehal keputusannya malam nie la
ada DSM mau dtg umah..
ajak sesama susun strategi.. hehehe
whiteangel
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 03:54 PM) *

incik spider.. mau tnya sket, kompem ke kalo kita join mende nie, kita wat loan dlm tempoh 2 taun kita leh settlekan loan kat bank tuh? biggrin.gif
spidertech
QUOTE(Lìm Tåt @ Mar 3 2008, 03:17 PM) *
first skalik wa mau ucap tahniah kelana beljaye membuka luang kt cni...
wa balu mau open topik.. tp lu sulah bokak..
mmg cantek sgt...
kite di satu kumpulan yg hebat...
diketuai oleh pemimpin yg hebat..
wa mau tanye sket sama lu...

esok mlm lu aler mali Selayang ka??

aiya.. apek. selayang gua manyak gerun mau turun.. ramai sgt. selipar satu lori. bile ade org baru saja mau tunjuk tempat baru gua turun. Gua main line bukit beruntung setiap Rabu. Meating untuk pemimpin hari Jumaat baru wa turun selayang. Lu try datang bukit beruntung lagi best.. sebab lu dapat duduk semeja dengan pencipta sistem CDM Madon. boleh kongsi pengalamn dengan die.
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 03:58 PM) *
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 03:54 PM) *
QUOTE(angah_nqb @ Mar 3 2008, 11:25 AM) *
nk wat mende nih kene ada networking yg kuat n MASA...
masalah nye.... org cm angah nih yg bekerja biasa pun kuar umah matahari takde agik
blk matahari dah tenggelam... mana nk cilok masa wat nih...
cmne lak ngan keluarga?? anak n hubby ku ituh....
spider nih laki kan??? cmne you bahagikan masa ngan family???

Ko sekarang dalam kategori kuat kerja. soalannya sekarang berbaloi tak dengan ko dapat??? masa muda boleh la. bila dah berumur nanti mesti letih.

Dalam Hai-O khususnya kumpulan 369 kami dah di latih supaya bekerja secara kumpulan. kata CDM hamdan 2 jam je buat. JUmpa kawan. masa tgh minum kat kantin cerita sikit. buat appoiment. pastu brth upline. upline akan tolong kite cerita sbb kita masih baru. Jangan gatai2 nak cerita sendiri sbb bende ni yg jadi virus sbb penyampaian salah.

Masalah ko pompuan. Ramai pompuan berjaya. malah lebih hebat dari lelaki. Sbb tu tya pengalaman org yang dah berjaya mcm mana dia buat. Bile2 free tel aku ceritakn strategi Kumpulan 369. Ajak suami sekali. biar 2-2 faham.

incik spider.. mau tnya sket, kompem ke kalo kita join mende nie, kita wat loan dlm tempoh 2 taun kita leh settlekan loan kat bank tuh? biggrin.gif

Comform!! boleh pilih jari mana mau potong kalo tak jadi. Tapi syarat kena ikut cakap Upline. Jangan pandai2 buat sendiri. 3 bulan aku jamin ko boleh kuar kereta Impian.
whiteangel
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 04:00 PM) *
Comform!! boleh pilih jari mana mau potong kalo tak jadi. Tapi syarat kena ikut cakap Upline. Jangan pandai2 buat sendiri. 3 bulan aku jamin ko boleh kuar kereta Impian.

yg tu semestinyalaa...
diorang dh pesan, kalo nak join mende nie jgn pandai2 sndrik..
mlsh skrg sy bukan nak kejar keta impian, nak bli banglow besar
tujuan cuma satu... nak langsaikan utang piutang yg tertunggak bertaun2.. wink.gif
whiteangel
incik spider dh bape lama join mende nih
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 03:55 PM) *
balu tu bape lama apek??
nak tau jugak apek amik masa bape utk berjaya blum.gif
niat ati mmg nak join, papehal keputusannya malam nie la
ada DSM mau dtg umah..
ajak sesama susun strategi.. hehehe

Aku harap DSM yang datang tu dari kumpulan 369. Kalo yang lain tu aku tak berani nak komen. Bukan ape masa pegi korea hari tu mega_shok.gif0 org pegi. 5 kapal terbang, 22 buah bas. 15 sahaja terdiri dari 369. Hai-O meletop pun dengan sistem. Kalo 369 ko jangan fikir panjang. Join je. aku jamin ko buat mesti berjaya cuma cepat dan lambat je. yang penting istiqamah.
whiteangel
uikss,,, ada bape banyak kumpulan nie??
lelain ke?? blink.gif
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 04:03 PM) *
incik spider dh bape lama join mende nih

Mula di perkenalkan pada bulan Ogos 2007. lepas Paklah bagi anugerah kpd Hai-O terus meletop.
bulan kedua join aku dapat 4 org.
bulan ketiga dapat lagi 4 orng.
bulan keempat aku naik DSM.
bulan Januari 2008 pegi korea. Dah Booking Toyota Caldina clapping.gif
whiteangel
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 04:21 PM) *
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 04:03 PM) *
incik spider dh bape lama join mende nih

Mula di perkenalkan pada bulan Ogos 2007. lepas Paklah bagi anugerah kpd Hai-O terus meletop.
bulan kedua join aku dapat 4 org.
bulan ketiga dapat lagi 4 orng.
bulan keempat aku naik DSM.
bulan Januari 2008 pegi korea. Dah Booking Toyota Caldina clapping.gif

oo.. tahniahhh biggrin.gif
bulan 8 p paris plak la eh?? hehehe
angah_nqb
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 03:54 PM) *
QUOTE(angah_nqb @ Mar 3 2008, 11:25 AM) *
nk wat mende nih kene ada networking yg kuat n MASA...
masalah nye.... org cm angah nih yg bekerja biasa pun kuar umah matahari takde agik
blk matahari dah tenggelam... mana nk cilok masa wat nih...
cmne lak ngan keluarga?? anak n hubby ku ituh....
spider nih laki kan??? cmne you bahagikan masa ngan family???

Ko sekarang dalam kategori kuat kerja. soalannya sekarang berbaloi tak dengan ko dapat??? masa muda boleh la. bila dah berumur nanti mesti letih.

Dalam Hai-O khususnya kumpulan 369 kami dah di latih supaya bekerja secara kumpulan. kata CDM hamdan 2 jam je buat. JUmpa kawan. masa tgh minum kat kantin cerita sikit. buat appoiment. pastu brth upline. upline akan tolong kite cerita sbb kita masih baru. Jangan gatai2 nak cerita sendiri sbb bende ni yg jadi virus sbb penyampaian salah.

Masalah ko pompuan. Ramai pompuan berjaya. malah lebih hebat dari lelaki. Sbb tu tya pengalaman org yang dah berjaya mcm mana dia buat. Bile2 free tel aku ceritakn strategi Kumpulan 369. Ajak suami sekali. biar 2-2 faham.

aaku nih kije opis hour nye.. yg jd kuar n blk umah tak nampak matahari tuh sbb tmpt kije haku jauh nor..... cmne nak buek????
masalah besar mmg haku pompuan... so nk jumpe2 nih masalha skit ah...
untuk pengetahuan ko... kat tmpt kije haku nih ramai yg masuk hai - o nih
derang ada ajak aku sekalik, tp aku cm percaya tak percaay ah...
dah ramai suh aku masuk bwh derang.... haku tak wat keputusan agik..
masalah utama haku is hubby aku nih dia tak bg haku masuk nih...
ko nk tau sbb ape>????
sbb kwn2 dia dah ramai tepu carik org duk bwh derang....
kwn2 haku yg masuk nih lak, ada kat seploh org yg masuk
tp satu je yg berjaya... guna merc tp second hand ah...

cmne nih????? haku nk percaya mende nih leh wat duit...
tp depan mata haku nih masih mkn gaji agik...
takut mau lepas kije derang skang....
Lìm Tåt
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 03:58 PM) *
aiya.. apek. selayang gua manyak gerun mau turun.. ramai sgt. selipar satu lori. bile ade org baru saja mau tunjuk tempat baru gua turun. Gua main line bukit beruntung setiap Rabu. Meating untuk pemimpin hari Jumaat baru wa turun selayang. Lu try datang bukit beruntung lagi best.. sebab lu dapat duduk semeja dengan pencipta sistem CDM Madon. boleh kongsi pengalamn dengan die.

uiksey... patut arr susah mau jumpe same lu.. heh heh...
wa slalu ade di Selayang & Klang
Selasa Bdr Balu Selayang
Jumaat Bdr Balu Selayang
Sabtu Klang

so, mmg port wa lepak arr 2 tmpt nih...
psl CDM Madon tu... mmg btol bro..
wa slalu dh abih majlis ilmu tu... wa lepak kt sblh 7 Eleven tu..
dh settle plospek... wa dok diskas sama CDM Madon & CDM Samiah...

aler ploblem.. tlus lefer sama lier olang...
lier olang talak lokek ilmu..
mmg sentiasa membantu... walaupon lier olang tu usahawan jutawan..
alhamdulillah bro... kite lapat leader yg hebat..
belsyukur sgt²...
whiteangel
QUOTE(angah_nqb @ Mar 3 2008, 04:33 PM) *
nih dia tak bg haku masuk nih...
ko nk tau sbb ape>????
sbb kwn2 dia dah ramai tepu carik org duk bwh derang....
kwn2 haku yg masuk nih lak, ada kat seploh org yg masuk
tp satu je yg berjaya... guna merc tp second hand ah...

huii.. btul ke angah??
kata kompem leh berjaya.. unsure.gif

Jangan berenti kerja kalo tak stabil. kalo income ko RM10K sebulan cukup tak?
ramai yg buat Hai-O semua makan gaji sbb taget utama kita orang kerajaan. Yang nak berjaya tu kite. Kenapa kejayaan kita kite sandarkan pada orang lain. Rezeki masing2. tgk cara die usaha. Yang penting support dari upline. Ko tgk dulu kerajinan upline ko bantu ko. kalo die pun letih je baik ko jgn masuk. Bahaya!!

Aku pun nasib baik upline bimbing. so bila dah pandai baru dia lepaskan tp masih pantau dari jauh. Cite kat sini pun payah. set la bile free aku tolong selesaikan masalah ko. Yang penting minat nak buat tu ade. Tuhan tak zalim. Bile ko buat secara istiqamah pasti akan dapat org. Ade yg setahun join tak de org. tp die buat je. skrg tinggal lagi 7 org utk jadi CDM. keje PAR dah pakai merc dan dah booking Estima.
spidertech
QUOTE(Lìm Tåt @ Mar 3 2008, 04:35 PM) *
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 03:58 PM) *
aiya.. apek. selayang gua manyak gerun mau turun.. ramai sgt. selipar satu lori. bile ade org baru saja mau tunjuk tempat baru gua turun. Gua main line bukit beruntung setiap Rabu. Meating untuk pemimpin hari Jumaat baru wa turun selayang. Lu try datang bukit beruntung lagi best.. sebab lu dapat duduk semeja dengan pencipta sistem CDM Madon. boleh kongsi pengalamn dengan die.

uiksey... patut arr susah mau jumpe same lu.. heh heh...
wa slalu ade di Selayang & Klang
Selasa Bdr Balu Selayang
Jumaat Bdr Balu Selayang
Sabtu Klang

so, mmg port wa lepak arr 2 tmpt nih...
psl CDM Madon tu... mmg btol bro..
wa slalu dh abih majlis ilmu tu... wa lepak kt sblh 7 Eleven tu..
dh settle plospek... wa dok diskas sama CDM Madon & CDM Samiah...

aler ploblem.. tlus lefer sama lier olang...
lier olang talak lokek ilmu..
mmg sentiasa membantu... walaupon lier olang tu usahawan jutawan..
alhamdulillah bro... kite lapat leader yg hebat..
belsyukur sgt²...

waa.. lu amat lajin datang kelas. gua rasa lu calon yg boleh jadi CDM tahun ni. Sebab abg madon ade pesan. Kalo rajin datang kelas mesti berjaya punya..

Kalo ade cerite baik kite kasi kongsi sama ini warga mesra.. Semalam tarak pegi ke SEMINAR kat Kuala Kubu Bharu. Penuh Beb... 500 org datang. Pening tgk Caldina. Tercabar aku rasa...
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 04:47 PM) *
QUOTE(angah_nqb @ Mar 3 2008, 04:33 PM) *
nih dia tak bg haku masuk nih...
ko nk tau sbb ape>????
sbb kwn2 dia dah ramai tepu carik org duk bwh derang....
kwn2 haku yg masuk nih lak, ada kat seploh org yg masuk
tp satu je yg berjaya... guna merc tp second hand ah...

huii.. btul ke angah??
kata kompem leh berjaya.. unsure.gif

Yang ni jenis tak nak dengar kata Upline. Kelas pun malas nak datang. Usaha pun kurang. Mestilah tak dapat org. Tapi kena ingat!! dia belum gagal. Dia dalam tempoh bertenang selama 15 Bulan coz tak usik duit gaji. Barang pun mungkin dah abis jual. So.. ni la satu2nya perniagaan yang risiko kecik untuk gagal.
whiteangel
tempoh bertenang selama 15 bulan..
cmni pun ada ek? hheheh...
tadi aku ada, dalam hai-o nie ada macam2 kumpulan ke?
cthnya cam ko kump 369, bape byk kumpulan yg ada?
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 05:15 PM) *
tempoh bertenang selama 15 bulan..
cmni pun ada ek? hheheh...
tadi aku ada, dalam hai-o nie ada macam2 kumpulan ke?
cthnya cam ko kump 369, bape byk kumpulan yg ada?

Kami dalam Kumpulan 369 tak diajar conden kumpulan lain.
Ade 3 kumpulan besar kalo tak silap aku 181, 8581 dan 369.
369 ni paling bongsu. So sistem lahir dalam kumpulan 369.
Kumpulan lain pun pakai sistem yang sama. Sbb kite di bawah satu syarikat.
Cuma yg tak sedapnya Sistem ni dikatakan sistem syarikat.
hakikatnya Abg Madon yang Cipta.
So beruntunglah sape dibawah 369 dan kumpulan lain pun OK juga. Sebab kite kira adik bradik tiri la..
whiteangel
oo..
okess.. TQ 4 ur info incik spider
spidertech
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 05:26 PM) *
oo..
okess.. TQ 4 ur info incik spider

PUTRAJAYA malam ni ade.
Setiap Isnin kat present 8 kompleks sukan Jam 9.30 - 11.30 mlm.
So beruntungla sape duk kat area Putrajaya sbb kelas pun dah ade kat sana. malam ni boleh jumpe pencipta sistem. Kirim salam kat abg madon kalo ko ke meating (Kelas Ilmu)
1kamar
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 05:44 PM) *

oooo..rupernye group hai-o laa dok meeting tu...
masa gi aerobik dlu slalu nmpak rmai org kt situ..
whiteangel
QUOTE(spidertech @ Mar 3 2008, 05:44 PM) *
QUOTE(whiteangel @ Mar 3 2008, 05:26 PM) *
oo..
okess.. TQ 4 ur info incik spider

PUTRAJAYA malam ni ade.
Setiap Isnin kat present 8 kompleks sukan Jam 9.30 - 11.30 mlm.
So beruntungla sape duk kat area Putrajaya sbb kelas pun dah ade kat sana. malam ni boleh jumpe pencipta sistem. Kirim salam kat abg madon kalo ko ke meating (Kelas Ilmu)

bro.. malam tadi tak tak p meating pun
sbbnya CDM datang umah..
skali 6 org dtg umah aku!! hambek ko... muahahahah...
aku dh sign agreement, skrg tgu loan lulus jek
kalo lulus leh arr aku join korang..
doakan aku berjaya ha! wink.gif
CDM tu x citer plak ada meating kat putrajaya
dia kata paling dekat kat dengkil...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.