Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Solat
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam > Soal - Jawab Agama
Pages: 1, 2
Ewan_sn
Soal-jawab agama ini dibawah kelolaan Zayed

Index

-
-
Dinda2734
assalamualaikum

macam ni .. member kat opis ni sedang mengandung about 5 mth
mula2 doktor sahkan kembar .. tp satu kandungan tu di luar rahim
so yg luar rahim tu dah jatuh .. tinggal satu ajer

k .. masalahnya skang ni kandungan dia bleeding ..
doktor check balik dia kata masih ada sisa2 lagi kat luar rahim tu
so sampai skang darah dia tak berhenti kuar

persoalannya .. apakah darah itu
dan adakah dia boleh solat


tima kasih
zayed
QUOTE(Dinda2734 @ May 8 2008, 04:18 AM) *
assalamualaikum

macam ni .. member kat opis ni sedang mengandung about 5 mth
mula2 doktor sahkan kembar .. tp satu kandungan tu di luar rahim
so yg luar rahim tu dah jatuh .. tinggal satu ajer

k .. masalahnya skang ni kandungan dia bleeding ..
doktor check balik dia kata masih ada sisa2 lagi kat luar rahim tu
so sampai skang darah dia tak berhenti kuar

persoalannya .. apakah darah itu
dan adakah dia boleh solat


tima kasih


itu darah disebabkan penyakit dan bukannya haidh. maka dibolehkan solat. 2 darah sahaja yg tidak dibenarkan solat, darah haidh dan darah nifas.

wallahua'lam
Ewan_sn
Tertidur Waktu Solat Subuh



Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?
Abdullah, KL


Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.
Ewan_sn
Dua Imam Satu Surau


Soalan:

Apakah hukumnya sembahyang dua imam (dua kumpulan makmum) dalam satu surau yang hanya dipisahkan oleh dinding, seandainya sembahyang tersebut ialah sembahyang fardhu yang dilakukan serentak?
Azman, Kuala Lumpur



Jawapan:
Mengerjakan solat dengan dua imam dalam satu surau dalam masa yang sama hukumnya tidak boleh. Dalam masalah ini kami kemukakan tentang imam tetap dalam satu masjid. Jika satu jamaah hadir disuatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia tidak hadir, maka diperintahkan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput ia hadir. Tetapi jika bimbang luput waktu solat, maka dibolehkan seorang yang lain tampil menjadi imam. Kata Imam Nawawi, jika dibimbangkan timbul fitnah hendaklah mereka solat bersendirian dan diistihbabkan kepada mereka mengulangi solat bersama imam itu jika ia hadir. Jadi jelaslah jika tidak hadir saja imam tetap disuruh solat sendirian jika khuatir menimbulkan fitnah apakah lagi dengan sengaja membuat jemaah sendiri di belakang atau di sebelah imam yang sedang solat.

Seandainya kita orang yang datang kemudian, sedangkan di dalam surau atau masjid tersebut ada dua imam yang sedang berjemaah, maka dalam hal ini ada beberapa pendapat. Jika makmum dapati dua orang imam masing-masing sedang solat dengan jemaahnya, maka ikutilah imam yang tetap. Namun jika keduanya tidak termasuk imam yang tetap dan masing-masing sebaya dan memiliki ciri-ciri imam yang dikehendaki, cuma perbezaannya yang satu cepat bacaannya sedangkan yang satu lagi lambat. Menurut Al Faurani dalam kitab Al Ibanah "Hendaklah dilihat kepada makmum itu sendiri. Jika ia seorang yang lambat membaca maka hendaklah ia mengikut imam yang lambat membaca. Sebaliknya jika ia cepat membaca maka hendaklah ia mengikuti imam yang cepat membaca".

Imam Al Tarmizi telah menjelaskan dalam Al Sunah iaitu diistihbabkan kepada imam bertasbih enam kali dalam rukuk dan sujud supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali". Kemudian menurut Imam Syafi'e dalam kitab Al-Umm "Pada hemah saya eloklah setiap masa bagi imam menambahkan tasyahud, tasbih dan bacaan surah sekadar yang dilihatnya boleh memberi kesempatan kepada makmum yang berat lidahnya menyempurnakan bacaannya yang perlu dibaca olehnya."

Ewan_sn
Kanak-Kanak dalam Saf

Soalan:
Saya nak tahu tentang hukum kanan-kanak yang belum baligh sembahyang bersama dengan kita. Apa hukumnya, tolong jelaskan?

Norfazly, Kemaman



Jawapan:
Jika kita solat berjamaah sedangkan didalam saf tersebut terdapat kanak-kanak, maka solat kita tetap sah bahkan pahala berjamaah tetap tidak terjejas, cuma hanya berkurang dalam pahala saf. Jadi perkara yang tidak baik jika kita melarang kanak-kanak ikut bersama-sama orang tua berjamaah di masjid. Bahkan setengah masjid di tempat kita sengaja membuat pengumuman melarang kanak-kanak umur lima tahun masuk ke dalam masjid. Sebetul cara ini secara tidak langsung kita telah mematikan minat anak untuk datang dan mencintai masjid. Padahal Rasulullah SAW pernah membawa cucu baginda ke dalam masjid ketika baginda menjadi imam. Ketika itu Hassan dan Hussein memanjat bahu baginda sehingga baginda melamakan sujudnya. Ini membuktikan bahawa Rasulullah begitu peka terhadap perkembangan agama kanak-kanak.

Barangkali masyarakat kita perlu merubah minda yang keliru dalam mendidik anak-anak mencintai masjid dan melatih mereka dalam solat. Jangan terlalu memperhatikan pahala saf sehingga minat anak-anak dikubur atau diabaikan. Wallahu A'lam.
Ewan_sn
Makmum Terbatal Wuduk


Soalan:

Di waktu bersembahyang berjemaah dengan hanya seorang makmum. Jika makmum tersebut terbatal wuduknya, apa yang perlu dilakukan oleh imam tersebut?

Ajau, Subang



Jawapan:
Jika seseorang melakukan solat jemaah yang terdiri seorang imam dan seorang makmum dalam masa yang sama makmum terbatal solatnya, maka makmum hendaklah keluar dari solat tersebut dan segera berwuduk kembali. Jika makmum sempat untuk solat berjemaah dengan masbuk maka itu lebih baik, jika tidak sempat kerana imam telah membaca salam, maka solatlah sendirian. Sedangkan kedudukan imam ketika makmum terbatal wuduknya hendaklah meneruskan solatnya.
Ewan_sn
Solat Sunat 2 Rakaat ketika Masuk Masjid


Soalan:

Bolehkah kita sembahyang sunat 2 rakaat ketika khatib sedang membaca khutbah di hari Jumaat kerana saya selalu melihat orang yang terlambat datang mendengar khutbah terus sembahyang sunat 2 rakaat, adakah pahala Jumaatnya tiada?

KL



Jawapan:
Setiap kita yang datang ke masjid sunat mengerjakan solat sunat dua rakaat. Begitu juga ketika hari Jumaat, jika kita terlambat datang dan ketika itu khatib telah membaca khutbah maka kita juga disuruh mengerjakan solat sunat tahyatul masjid terlebih dahulu barulah kita duduk. Dasarnya adalah, pernah pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang membaca khutbah Jumaat, tiba-tiba ada seorang sahabat yang datang terlambat, kemudian ia langsung duduk. Ketika itu Rasulullah SAW menegurnya agar berdiri dan mengerjakan solat tahayatul masjid dua rakaat, maka sahabat itu pun melakukan perintah Rasulullah SAW tersebut.
Ewan_sn
Menunaikan Solat Tahiyyatul Masjid Di Surau


Soalan:

Apakah boleh melakukan sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid apabila berada di surau??

Akah, Sg Buluh



Jawapan:
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau.

Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik. Surau tidak ditunaikan di dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.


Ewan_sn
Melintasi Orang Solat


Soalan:
Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang ( fardhu mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-ayat quran dan juga hadis yang berkaitan.?

Nur Deeny, KL



Jawapan: Banyak hadis yang menjelaskan tentang haramnya melintsi orang yang sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: "Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya". (setengah riwayat mengatakan 40 tahun). Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: "Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya. Dasar ketentuan sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: "Dari Mutthalib bin Abi Wada'ah katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun".
Ewan_sn
Memejamkan Mata Ketika Solat


Soalan:
Bolehkah saya memejamkan mata semasa solat untuk mencapai kekusyukan dan sejauh manakah keberkesanannya?

Abdullah, Shah Alam



Jawapan:
Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1] Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)


Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]

Saya menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam An-nawawi pula sebagai berikut :-

والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن

Ertinya : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( Al-Majmu', 3/261 )

Perlu diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.


Ewan_sn
Berkata-kata Ketika Solat Jumaat


Soalan :
Para jemaah dipesan agar tidak bercakap, apabila khatib membaca kutbah. apa yang menjadi kemuskilan saya ialah Bilal bersalawat diantara khutbah pertama dan kedua..



Jawapan :
1. Antara waktu-waktu yang dimakbulkan doa ialah di antara khutbah pertama dan kedua.
2. Apa yang dibaca oleh Bilal ketika imam duduk antara dua khutbah ialah doa yang dianjurkan oleh ulama muktabar..
Ewan_sn
Solat Istikharah - Petunjuk


Soalan :
Apabila kita sembahyang istikharah, bagaimana caranya petunjuk itu diberikan kepada kita...melalui mimpi atau realiti...
bagaimana mengenalpastinya...sekian.



Jawapan :
Kebiasan petunjuk yang diberikan setelah solat istikharah ialah mimpi dan gerakan hati..
Ewan_sn
Mengqadakan Sembahyang Orang Lain
by Jakim


Soalan :
Seseorang yang telah sakit tenat dan telah sekian lama menggunakan mesin bantuan penafasan dan kemudian meninggal dunia tanpa sempat mengqada` sembahyangnya....bolehkah waris atau sesiapa sahaja mengqada`kan sembahyang yang tertinggal itu untuknya... sekian terima kasih.



Jawapan :
Ibadat sembahyang tidak boleh diqadha' oleh orang lain. Walaubagaimana pun waris eloklah membanyakkan sedeqah kepada si mati..

Ewan_sn
Imam Terlupa Rakaat Solat


Soalan :
Semasa sembahyang jamaah isyak,imam terus memberi salam di rakaat ketiga kerana terlupa dan dia tidak dengar tasbih kami.Apa yg patut dibuat oleh makmum seterusnya sebelum memberi salam?.



Jawapan :
1) Bagi makmum yang menyedari kesilapan imam, hendaklah berniat mufaraqah (berpisah dari imam) dan menambah rakaat yang tertinggal tersebut.
2) Manakala bagi makmum yang mengikut imam sehingga akhir, sah solatnya kerana imam tersebut terlupa..
Ewan_sn
Maksud Toma'ninah Dalam Solat


Soalan :
Apakah yang dimaksudkan dengan toma'ninah di dalam sembahyang? Adakah masa bacaan di dalam setiap rukun seperti contoh masa bacaan tasbih ketika rukuk dikira toma'ninah ataupun selepas selesai bacaan tasbih tersebut, seorang hamba itu perlu diam seketika sekadar bacaan Subhanallah, barulah itu yang dikatakan sebagai toma'ninah?.


Jawapan :
Toma'ninah ialah berhenti seketika dengan kadar lafaz 'subhanallah' di antara satu rukun dengan satu rukun dan di antara satu bacaan dengan satu bacaan. Contohnya ketika ruku', selepas selesai bacaan tasbih yang pertama ( berhenti seketika ) untuk disambung bacaan tasbih yang kedua dan seterusnya tasbih ke tiga.
Ewan_sn
Tak Cukup Rakaat Solat Jumaat

Soalan :
Saya ada kemusykilan mengenai solat jumaat,bagaimana kah seseorang itu megerjakan solat jumaat nya jika dia bermula solat nya ketika imam dalam keadaan tahiyyat akhir,adakah dia patut menambah 2 lagi rakaat atau pun dia terus niat menunaikan solat zohor? terima kasih.



Jawapan :
Jika sekiranya saudara tidak sempat mendapat satu rakaat yang sempurna bersama imam, saudara hendaklah niat solat Zohor beserta takbiratul ihram dan terus duduk tahiyyat akhir mengikut imam. Apabila imam memberi salam, anda hendaklah bangun menyempurnakan solat zohor 4 rakaat
Ewan_sn
Qadha Sembahyang Berlainan Waktu

Soalan :
Bolehkah solat yang tertinggal di qadakan pada waktu lain. Misalnya, solat subuh yang tertinggal diqadakan dalam waktu Zohor.



Jawapan :
Solat yang tertinggal boleh diqadhakan pada bila-bila masa dengan kadar yang segera.
Ewan_sn
Tak Tahu Baca Al-Quran, Hanya Hafal


Soalan :
Apakah hukum bagi solat saya selama kerana selama ini bacaan dalam solat saya hanya menghafal dari sebuah buku Marilah sembahyang.Untuk pengetahuan anda,dari dulu hingga kini ,saya masih belum dapat membaca al-quran.Ini kerana semasa saya mengaji dulu,sekejap pada ustaz ini, sekejap pada ustaz sana,sekejap pada ayah.Dan akhirnya mengaji saya hilang begitu sahaja.Saya amat malu dengan apa yang saya alami . Terfikir juga apakah saya akan dapat berkahwin sekiranya saya masih belum dapat membaca al-quran.Tolonglah .Saya amat malu dengan apa yang saya alami ini.insyaallah sekiranya masih ada yang mahu memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membimbing saya,saya dengan ikhlasnya mahu belajar.Insyaallah.Terima kasih.

.

Jawapan :
1. Bacaan al-Fatihah dalam sembahyang adalah wajib manakala bacaan surah-surah lain adalah sunat dan dalam keadaan tersebut, saudara dinasihatkan membaca surah-surah yang mudah diingat.

2. Kesedaran saudara untuk belajar adalah amat dialu-alukan dan niat ikhlas tersebut sudah pun dikira pahala oleh Allah s.w.t. Janganlah ada perasaan malu dalam menuntut ilmu dan teruskan usaha untuk memperbaiki keadaan / kelemahan saudara..
Ewan_sn
Doa bahasa Melayu atau bahasa Arab


SOALAN:
Permasalahan saya di sini ialah bolehkah seseorang bersolat tetapi bacaannya di dalam bahasa Melayu (melalui lidah, bukan bacaan di dalam hati). Saya kategorikan soalan saya ini kepada beberapa peringkat:

a) Seseorang bersolat fardu, bacaan wajib seperti fatihah dan lainnya seperti biasa namun apabila ada sesuatu doa peribadi, dia membacanya dalam bahasa Melayu. Contohnya beliau solat zohor (bersendirian ataupun makmum), namun bila sujud kedua rakaat terakhir dipanjangkannya untuk berdoa. Contohnya, “Ya Allah berikanlah daku kejayaan di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 10A1.” Apakah hukumnya? Batal solat? Makruh? Adakah pada pendapat ustaz, Tuhan tak akan mahu atau tak akan membenarkan doa dalam bahasa Melayu di dalam solat?


cool.gif Soalan sama seperti (a),bezanya beliau solat sunat.


c) Beliau solat sunat, dan bacaan tasbih dibaca dalam bahasa Melayu.Contohnya " Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi". Ini dilakukan oleh beliau untuk mendapat lebih kesan dan fokus di dalam solat.


2) Bolehkah kita membincangkan tentang kewajaran doa atau bacaan solat di dalam bahasa Melayu. Ini kerana saya berpendapat jika kita membaca doa atau bacaan di dalam bahasa Melayu, secara logiknya hubungan kita dengan Tuhan akan menjadi lebih berkesan.

Ini kerana kita sedia maklum yang kita dilahirkan dalam masyarakat Melayu, tentunya bukan majoriti mempunyai masa untuk mendalami bahasa Arab dengan mahir, sementelahan pula bidang kerja yang berlainan dan ramai yang tidak berkebolehan untuk menguasai bahasa. Atau adakah kita boleh memaksa semua orang untuk mahir bahasa Arab? Saya perhatikan bahasa Inggeris yang digunakan setiap hari pun ramai yang tidak mahir.

Kita juga sedar bahawa al-Quran berbahasa Arab kerana ianya diturunkan kepada Nabi yang berbangsa Arab. Sudah tentu Allah boleh menurunkan al-Quran dalam bahasa lain, namun sudah tentu ini akan menyukarkan bangsa Arab untuk menerima hidayah.

Persoalan ini saya lihat berkait dengan masalah umat Melayu, ataupun bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ini kerana mukjizat al-Quran adalah mukjizat ma'nawiyah, jadi sebarang bacaan yang tidak difahami sudah tentu tidak memberi kesan kepada pembacanya.

Sewaktu membacanya di dalam solat, walaupun seseorang itu faham maknanya, namun disebabkan beliau tidak bertutur bahasa Arab,seseorang itu tidak dapat fokus dengan baik dan tidak dapat menghayati solat dengan baik.

Contohnya, seseorang yang kurang mahir berbahasa Arab membaca " Subhana Rabbi al Azim" , jika beliau membaca " Maha Suci Engkau Ya Allah,Tuhan Yang Maha Agung" di dalam solat, seseorang itu akan lebih fokus. Ini kerana bukan Arab tidak dapat menghayati makna "Subhana" dengan mendalam. Di dalam bahasa Melayu, ianya dapat dihayati dengan jelas.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Apabila tasbih dibaca dalam bahasa Melayu, kita akan lebih focus. Bila kesemuanya dalam bahasa Arab, kita ada kecenderungan untuk melupakan solat kita dan teringat hal-hal dunia.

Jawapan yang terperinci daripada Ustaz amat diharapkan supaya umat Islam dapat meningkat maju melalui penghayatan solat yang lebih baik. Jika boleh, ustaz dapat memberikan juga hujah-hujah akal yang logik selain dalil-dalil al-Quran dan sunnah.

Sekian, terima kasih, semoga usaha ustaz menjawab persoalan saya ini diberi ganjran oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

– Ahmad, Taman Universiti,

UKM Bangi




JAWAPAN:
Terima kasih atas sikap kritikal saudara dan mungkin ramai lagi yang berfikiran seperti ini. Cuma, mereka segan untuk bertanya.

Pertamanya, saya ingin menjawab tentang doa secara umum dan doa dalam sembahyang secara khusus. Secara umum, doa adalah kekuatan yang mendorong. Justeru itu ia mestilah difahami. Doa juga boleh dianggap perisai pertahanan daripada rasa kekecewaan. Tetapi sayangnya, ramai yang berdoa tidak faham apa yang mereka doakan. Jadi berdoalah banyak-banyak dengan memahami akan maksudnya.

Berdoa secara umum dapat menyalakan semangat. Ketika kita lemah, kita berdoa memohon kepada Tuhan semoga kita dapat bangkit kembali.

Ketika berdoa, manusia menceritakan kelemahan dirinya. Kita mengakui akan hukum sebab-musababnya. Kelebihan doa adalah hubungan terus dengan Allah tanpa ada orang tengah. Hubungan inilah merupakan hubungan secara langsung yang membolehkan kita mencurahkan apa sahaja perasaan bagi membuang segala keserabutan di dalam diri.

Doa yang benar-benar difahami akan merubah hidup seseorang menjadi lebih kuat berazam, lebih cergas dan lebih jujur.

Jadi doa bukan sekadar kata-kata, tetapi interaksi yang boleh merawat diri kerana ia lebih merupakan gambaran perasaan dan jiwa.

Lalu berdoalah dengan apa bahasa pun yang kita fahami kerana Allah memahami akan segala bahasa.

Khusus

Namun doa secara khusus dalam sembahyang merupakan syiar dan syariat yang ditentukan. Nabi mengajar agar umatnya bersembahyang seperti baginda bersembahyang. Sembahyang nabi menggunakan bahasa Arab baku. Orang Arab pun tidak boleh bersembahyang dengan bahasa Arab pasar. Itulah keunikan sembahyang sebagai satu uniform yang sama untuk semua manusia.

Apa perlunya uniform di sekolah dan di sesetengah kilang industri? Ada hikmah dan sebabnya. Barangkali kerana itulah dalam Islam sudah menetapkan segala perkara asas. Rukun Iman hanya enam dan Rukun Islam hanya ada lima Malah rukun sembahyang pun tidak boleh ditokok tambah. Begitulah jua bacaan dalam sembahyang menggunakan media berbahasa Arab. Adapun di luar sembahyang, ikutlah bahasa yang anda lebih fahami.

Pada pendapat saya, jika dibenarkan sembahyang termasuk doa dalam sembahyang dengan bahasa selain daripada Arab, ia akan menjadi tidak sekata. Perkataan Tuhan apakah terjemahan daripada Rabb, ilah atau lain-lain. Justeru itu ia seperti sebuah borang yang sudah diformatkan agar ia selaras.

Jadi mahu tak mahu, kita diseru belajar bahasa Arab. Malah Imam Shafi‘i pernah mengatakan wajib belajar bahasa Arab sekadar untuk faham bacaan dalam sembahyang. Sampai bila kita akan terus berdoa tanpa faham? Wallahualam.
Ewan_sn
Keperluan qada solat

SOALAN:
Saya dah lama meninggalkan solat dan tidak pernah mengqadakannya kerana dikatakan bidaah sebab Nabi tidak pernah melakukannya. Tetapi akhir-

akhir ini saya diberitahu bahawa setiap solat yang kita tinggal sama ada sengaja atau tidak, wajib diqada.

– Arman, Merlimau, Melaka.



JAWAPAN:
Pendapat yang mengatakan tidak perlu qada itu datang daripada segelintir ulama sahaja tetapi yang mengatakan wajib qada solat yang sengaja ditinggalkan adalah pendapat kebanyakan ulama, termasuk Imam kita Syafii ra.

Ini kerana dalam agama, tidak ada hukum yang membolehkan solat ditinggalkan dengan sengaja. Yang ada ialah hukum solat yang tertinggal tanpa sengaja seperti tertidur atau terlupa, maka bila terjaga dan teringat hendaklah ditunaikan. Persoalannya ialah solat yang sengaja ditinggalkan. Rasulullah tidak pernah meninggalkan solatnya dengan sengaja, sebab itu Baginda tidak pernah melakukan qada solatnya kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupnya. Tetapi kita sekarang selalu melakukannya dan Rasulullah apabila ditanya mengenai amal yang ditinggalkan dan tidak sempat dilakukan oleh seseorang itu maka sabdanya bermaksud “hutang Allah itu lebih berhak untuk dibayar”. Jadi dapatlah kita fahami bahawa apabila sesuatu kewajipan itu sengaja ditinggalkan, maka tugas yang pasti ditunaikannya bukan satu lagi (membayar kewajipan tersebut) tetapi juga perlu bertaubat dan menanggung dosa sengaja meninggalkan kewajipan tersebut, sedangkan mereka yang tidak sengaja tadi, satu sahaja tugasnya iaitu membayar amalan fardu yang tertinggal tadi dan tidak ada dosanya, kerana tanpa disengajakan. Wallahualam.

Ewan_sn
Tanda Solat Dan Sujud Di Wajah ?


Soalan

Melaksanakan solat yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah. Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?




Jawapan:

Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة


Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )

Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w
حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة

Ertinya : "Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"( Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Adapun berkenaan ketenangan yang terpancar di wajah pula adalah petikan dari Al-Quran ketika menerangkan sifat mereka yang bersama perjuangan Nabi s.a.w :-

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)


Imam Fakhruddin Al-Razi menyatakan terdapat dua pendapat dalam mentafsirkan tanda ini ( At-Tafsir Al-Kabir, 28/93 ) :-

Pertama : Tanda itu akan ternampak di akhirat kelak sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 106 " Di hari yang Allah memutih dan menggelapkan wajah" dan juga dari surah At-Tahrim ayat 8.

Kedua : Tanda ini akan terzahir di dunia lagi. Terdapat dua kemungkinan yang disebut,

a) Bekas sujud ini adalah tanda hitam di dahi. Namun perlu diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya. Manakala ada yang hitam sebab-sebab lain.

Justeru secara umumnya, tanda hitam di dahi, boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri kedua di bawah, lalu ia kemungkinan besar tanda yang benar.

cool.gif Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang sujud dari raut yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan. Tanda inilah yang disebut terdapat pada wajah baginda Nabi, para sahabat dan lain-lain ulama.

Sahabat besar nabi seperti Ibn Abbas pula menjelaskan maksud tanda itu dengan katanya ( Tafsir Ibn Kathir, 4/205 ; Ad-Durr Al-Manthur, As-Suyuti, 7/453 ) :-

a- Raut yang baik dan menyenangkan, taqwa dalam urusan agamanya dan pemalu. ( Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Mardawaih)

b- Wajah putih bercahaya di hari kiamat ( Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

Sudah tentu wajah ini cukup berbeza dengan wajah penzina, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah. Inilah beberapa nas dari begitu banyak himpunan nas yang menerangkan berkenaan kesan hebat dari solat kepada umat Islam seluruhnya.



Ewan_sn
Gugur tuntutan sunat muakkad bila bertemu yang wajib
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN
Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal?



JAWAPAN
Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya.

Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya.

Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. Ini kerana ibadat itu bermaksud mentaati perintah Allah SWT dan tidak melakukan maksiat kepadanya.

Dalam hal ini konsep ibadat perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Secara umumnya ulama telah membahagikan ibadat ini kepada dua kategori, iaitu; ibadat umum dan ibadat khusus.

Ibadat khusus ialah ibadat yang difardukan ke atas setiap mukalaf untuk mengerjakannya, seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Sekiranya ibadat-ibadat fardu ini tidak dilakukan tanpa uzur syarie maka si mukalaf itu berdosa. Dosa yang menuntut supaya bertaubat dan taubat dalam meninggalkan fardu ini perlu diqada (diganti).

Manakala ibadat umum pula ialah apa sahaja perkara yang dilakukan oleh seorang hamba yang mukalaf yang membawa kepada kebaikan kepada dirinya, keluarganya serta masyarakatnya. Misalnya, berkerja mencari nafkah untuk diberi anak isteri dan ahli keluarga di bawah jagaannya, bergotong-royong membersihkan kawasan taman atau masjid atau surau, sehingga makan, minum dan tidur juga dikira sebagai ibadat umum.

Maksudnya, kerja saudara di waktu malam di bulan Ramadan juga ibadat. Yang penting saudara pasang niat, bahawa kerja yang saudara lakukan itu demi memelihara maruah diri dan keluarga dengan mencari rezeki untuk mereka. Mungkin saudara terkilan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih, tapi yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan saudara dalam rupa kerja.

Hal ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan Rasul-Nya akan melihat amal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata (untuk menerima balasan), lalu Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Taubah: 94).

Namun demikian, saudara boleh mengambil waktu rehat, atau membahagikan waktu rehat saudara kepada makan dan solat sunat tarawih di tempat kerja saudara. Mungkin waktu rehat yang diperuntukkan sejam, dalam sejam saudara boleh ambil 15 minit untuk makan dan yang selebihnya boleh bertarawih. Untuk melakukan tarawih sebanyak lapan rakaat berserta dengan witir dengan bacaan surah-surah lazim cukup 30 minit.

Apa yang penting bagi kita selaku umat Islam ialah menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan yang boleh membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Ewan_sn
Niat Dalam Hati Ketika Takbiratulihram

SOALAN

Apabila mengangkat takbiratulihram, adakah kita perlu sertakan niat di dalam hati? Maksud saya, semasa kita menyebut Allahu Akbar, kita perlu berniat di dalam hati contohnya seperti “sahaja aku sembahyang fardu maghrib tiga rakaat kerana Allah Taala”? Atau adakah cukup niat hanyalah lintasan di dalam hati?



JAWAPAN:

Setiap amalan bermula dengan niat. Niat itu pula tempatnya di hati. Niat di dalam hati maksudnya bicara hati dalam memfokuskan sesuatu ibadat kerana Allah SWT.

Contohnya niat solat, niat itu bermula apabila takbiratul ihram dilakukan. Niat mesti seiring dengan perbuatan yang pertama dilakukan dalam solat. Dalam hal ini hadis Rasulullah SAW yang dibawa oleh Umar bin al-Khattab r.a dapat membantu, yang bermaksud: Sesungguhnya amalan-amalan itu bermula dengan niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu (ia akan perolehi berdasarkan) untuk apa diniatkannya… (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ahmad dan al-Syafie telah berkata: “Hadis ini: Sesungguhnya amalan-amalan itu bermula dengan niat-niat, termasuk sepertiga dari ilmu”. Ini disebabkan setiap amalan anak Adam akan bermula dengan niat.

Setiap perbuatan hamba itu terjadi dari tiga galur, iaitu dengan hatinya, lidahnya dan anggota-anggotanya. Niat dari hati merupakan salah satu dari ketiga-tiga bahagian ini.

Waktu berniat adalah pada awal mengerjakan ibadah, seperti takbiratul ihram untuk solat atau di waktu berihram untuk mengerjakan haji.

Tempat niat adalah dalam hati dan tidak disyaratkan untuk melafazkan niat tersebut. walaupun demikian adalah diharuskan untuk melafazkannya agar lidah dapat membantu menghadirkan niat itu.

Apa yang disyaratkan dalam niat itu ialah, penentuan (ta’yin) perkara yang diniatkan itu dan membezakan dari yang selainnya. Justeru, adalah tidak memadai sekadar berniat mengerjakan solat sahaja tetapi malahan mestilah apakah solatnya, fardu atau sunat atau qada, sama ada solat itu zuhur, asar atau maghrib.

Niat juga untuk membeza antara adat dan ibadat. Ia juga untuk mendapatkan fokus dalam solat, supaya kita tahu bahawa yang kita ingin lakukan adalah ibadat yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT.

Kesukaran yang dihadapi dalam melakukan dua perkara serentak akan menjadi mudah jika tahu kaedahnya. Ungkapan Allahu Akbar yang dilafazkan pada permulaan solat perlu disertakan dengan niat.

Untuk itu tidaklah perlu seseorang itu menyusun ayat sepanjang-panjangnya seperti, “Sahaja aku solat zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala”. Apa yang perlu dihadirkan dalam hati ketika niat adalah, solat apa? Zuhur, asar atau maghrib, tunai atau qada serta kerana siapa.

Maksudnya cukup dan sah niat solat seseorang itu jika ada “zuhur empat rakaat tunai kerana Allah”.

Niat solat memadai dengan adanya tiga perkara tersebut. Seringkali saya sebut niat yang dilakukan dalam solat beserta dengan takbir tidak ubah seperti menyuap nasi ke dalam mulut, bila tangan menghulur nasi ke mulut secara spontan mulut ternganga.

Apa yang penting ketika melakukan solat adalah memberi tumpuan yang serius dengan mengenepikan kesibukan dunia dengan menghadirkan kehebatan Allah SWT.

Solatlah waktu kita berkomunikasi dengan Allah secara khusus dengan memuji dan meminta padanya Yang Maha Agung.
Ewan_sn
Batalkah Solat Bersentuh Anak Bernajis?

Soalan :
Assalamualaikum ustaz, Saya seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya pernah diberitahu bahwa solat akan terbatal sekiranya anak-anak yang membawa najis (memakai lampin) dan anak-anak yang belum berkhatan tersentuh pakaian kita semasa kita sedang sembahyang, apatah lagi jika tersentuh tubuh badan. Tetapi, saya pernah melihat ada orang yang terus solat apabila keadaan itu berlaku. Saya mohon penjelasan, adakah perselisihan pendapat dalam hal ini? Terima kasih.

- Ibu musykil -



Jawapan Ust Zaharuddin

Menurut Mazhab Syafie bersentuhnya anak yang menanggung najis di dalam lampin atau belum bersunat dengan seseorang dewasa yang sedang solat adalah tidak membatalkan solat.

Keadaan yang seperti ini ada disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam Rawdah at-Tolobin dengan katanya : " Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasanya seperti kanak-kanak ) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA" (Rujuk Rawdah at-Tolibin, hlm 123 cet : Dar Ibn Hazm). Pada hemat saya ini adalah kerana :-

a. Bersentuh itu tidak secara langsung dengan najis yang di tanggunginya. Jika secara langsung batallah solat seseorang tapi tidak wudhunya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tiada wudhu baru diperlukan.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan budak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau ia menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana kanak-kanak itu bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.


Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai : "Haamil limuttasil binajastin") sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. (Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr )


Akan tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu bertindak membuangnya dengan cepat, solat tidak dikira batal . Ia berdasarkan peristiwa para sahabat bersolat bersama Nabi SAW dan Nabi SAW bersolat dengan memakai selipar, lalu tiba-tiba mereka melihat Nabi SAW (semasa dalam solat) menanggalkan seliparnya, maka seluruh sahabat yang melihat keadaan ini turut menanggalkan selipar mereka (kerana menyangka ia adalah perbuatan yang mesti diikuti), maka apabila telah selesai solat nabi bertanya kepada para sahabat : " Apakah yang menyebabkan kamu menanggalkan selipar-selipar kamu ? : para sahabat menjawab : kerana kami melihat kamu melakukannya : nabi membalas : Telah datang kepadaku Malaikat Jibrail as lalu memberitahuku bahawa di seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu). (Riwayat Abu Daud , no 650 , hlm 92 : Shohih menurut Albani. cet : Bayt Afkar )


Dari hadith di atas jelas kepada kita jika dengan segara membuang penanggungan kita terhadap najis, maka solat tidak terbatal sebagaimana dengan sgeranya Rasulullah membuang seliparnya yang terdapat najis. Justeru, jika anak kecil yang menanggung najis duduk di atas riba kita dan dengan pantas kita mengelak, maka solat tidak batal. (Rujuk Al-Fiqh Al-Manhaji, bab perkara yang membatalkan solat)


Sekian


Ewan_sn
Solat Di Awal Waktu dan Melewat Waktu Solat


SOALAN :

1. Adakah Hadith yang shohih berkenaan solat di awal waktu



JAWAPAN Ustaz Zaharuddin :

Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.



1) Hadith:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)



Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)


2 ) Sabda Nabi SAW


سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)



Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)


Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.


Ewan_sn
Hukum Imam Silap Dalam Bacaan

Soalan :

Saya ingin bertanya akan hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran ketika solat dengan salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat. ?

Dr Iman, Shah Alam-



Jawapan :

Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie berpandangan dengan pandangan yang agak keras apabila mereka berijtihad bahawa solat si imam adalah batal, terutamanya apabila makna ayat itu berubah atau tiada makna. Malah sekiranya si imam itu beri'tiqad dengan bacaan salah itu, maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap dan diulangi maka solat adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin, hlm 109, cet Dar Ibn Hazm)

Manakala kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat. Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang mudah disebut kepada huruf yang lain seperti "solehat" kepada "tolehat", maka solat adalah batal secara sepakat ulama. Adapun, jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti ‘sin' dengan ‘shim' atau bertukar ‘shod' kepada ‘sin' dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).

Tidak membaca "tasydid" pada bacaan al-fatihah seperti (iyyaka na'budu) dibaca (iyaka na'budu) atau (rabbil ‘alamin) dibaca ( rabil ‘alamin) akan merosakkan solat.

Manakala Mazhab Hanbali berijtihad bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan imam yang menukar erti ayat selain pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat. Silap dalam fatihah pasti membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198)

Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit, setelah melihat yang paling mengetahui ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat menggalakkan individu yang layak menjadi imam adalah paling baik bacaannya di samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan hadith : ertinya " "menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qurannya, sekiranya bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah" ( Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Ewan_sn
Hukum Makmum Terlambat Dari Imam

Soalan :

Ustaz. soalan ini tentang ibadah. kalau dlm solat jika sudah sama takbiratul ihram bersama imam sudah dikira berjemaah. Jika dlm solat itu,cth rakat ke-3 kita lambat baca alfatihah hingga imam melebihi 3 pergerakan fardhu dlm rakaat itu.adakah kita masih dlm jemaah lagi walaupun bacaan al fatihah kita lambat melebihi 3 pergerakan fardhu imam .


Jawapan Ust Zaharuddin Abd Rahman:

Seorang makmum telah dikira mendapat pahala jamaah dan bersama imam jika ia sudah dapat takbiratul ihram atau berdiri tegak bersama imam ( Rawdah At-Tolibin, hlm 153).

Imam An-Nawawi menyebut ; kiranya makmum terlewat satu rukun tanpa uzur, tidak batal solatnya, tetapi jika terlewat dua rukun panjang (seperti sujud dan rukuk) maka solatnya batal secara pasti. (Rawdah al-Tolibin, hlm 165)

Maka dalam hal makmum lambat membaca fatihah, mazhab Syafie dalam ijtihad ( menurut solat Rasulullah SAW ketika di ‘Usfan) mereka meletakkan syarat agar si makmum tidak terlewat sebanyak 3 rukun dari imam (iaitu rukuk dan dua sujud), jika ia merasakan masih mungkin terlewat, hendaklah si makmum memutuskan apa jua bacaannya dan terus rukuk agar tidak ketinggalan 3 rukun dari imam. Jika tidak, solat si makmum akan terbatal. Sebagai contoh, si makmum masih lagi berdiri dalam bacaan fatihahnya tanpa uzur dan imam sudah bangun dari sujud, maka solatnya boleh terbatal.

Bagaimanapun sekiranya terlewat dari 3 rukun itu dengan sebab uzur yang diterima, seperti imam terlampau cepat, makmum takut akan sesuatu, keadaan terlampau sesak, makmum sakit, lupa dan lain-lain yang diterima, maka Imam An-Nawawi menyebut, si makmum boleh memutuskan dirinya dengan imam (mufaraqah) atau yang terpilih menurutnya adalah ; solat tidak batal dan boleh terus sahaja bersama imam (dengan menuruti tertib solat yang asal) dan menggantikan rakaat selepas imam tamat solat. (Rawdah at-Tolibin, hlm 166)
Ewan_sn
Iktikaf dan Wanita Beriktikaf

Soalan :

Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?



Jawapannya:


Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. bgmnpun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.


Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut " dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )


Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.


Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)


Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.


Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai

yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.



Iktikaf di Surau


Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.


Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin. Wallahu 'alam.



Sekian,


ust zaharuddin abd rahman
Ewan_sn
Solat Istikharah


Soalan :

Assalamualaikum

Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya.

Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?



-Ingin tahu-





Jawapan ust zaharuddin abd rahman :

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.



Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”





Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


Perlu juga diingat bahawa :-



Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.



Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)



Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)



Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.
LuCky_gUrLz
assalamualaikum wbt...
sy ada sedikit pertanyaan di sini.harap saudara dapat membantu. orang yg solat berjemaah bersama imam disebut "MUAFIT". apakah sebutan bagi org yg lambat mengikut imam?
Ewan_sn
Membaca Jahar (kuat) dan Sir (perlahan) dalam Solat


Soalan:
Mengapakah dalam solat berjamaah hanya waktu zohor dan asar sahaja makmum kena membaca surah sendiri, sedangkan tiga waktu yang lain itu makmum hanya membaca fatihah saja?

RBJ , Temerloh



Jawapan:
Nabi pernah membolehkan para makmum membaca dalam solat bila imam mengeraskan bacaan. Ketika itu solat Subuh, bacaan sahabat mengganggu baginda. Selesai solat baginda bersabda: "Mungkin kamu membaca di belakang imam? Kami menjawab: "Betul, dengan bacaan yang cepat ya Rasulullah". Baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan itu kecuali membaca al Fatihah, kerana solat tidak sah tanpa membacanya". (HR. Bukhari)
Kemudian baginda melarang semua bacaan pada solat jahar (bacaan kuat) iaitu setelah baginda mengerjakan solat jahar (Solat Subuh). Baginda bersabda: "Adakah di antara kamu tadi yang membaca bersama denganku ?".
Salah seorang sahabat menjawab: "Benar ya Rasulullah". Nabi bersabda: "Sekarang aku katakan, janganlah kamu menyaingiku".

Menurut Abu Hurairah semenjak mendengar itu mereka berhenti membaca bila Rasulullah mengeraskan bacaannya dalam solat. Mereka membaca berbisik bila imam mengeraskan bacaannya. Memusatkan perhatian terhadap bacaan imam oleh Rasulullah SAW dinyatakan sebagai suatu kesempurnaan mengikut imam. Rasulullah SAW bersabda: "Imam hanya untuk diikut, apabila ia takbir, takbirlah, apabila ia membaca perhatikanlah". (HR Abu Daud dan Muslim)

Mendengar bacaan imam, juga sudah cukup menjadi bacaan orang yang di belakang. Baginda bersabda: "Siapa yang mengikut imam, bacaan imam adalah bacaannya" (Riwayat Daruquthni dan Ibnu Majah). Ini dalam solat jahar (bacaan kuat) saja.

Untuk lebih jelas lagi kami ungkapkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud. "Rasulullah SAW membaca ayat dengan suara jelas (jahar) dalam solat Subuh dan pada dua rakaat pertama pada solat Maghrib dan Isyak. Baginda bacanya dengan berbisik pada solat Zohor, Asar dan pada rakaat ketiga solat Maghrib serta dua rakaat terakhir pada solat Isyak. Para makmum mengetahui bahawa baginda membaca sir (perlahan) dari gerakan janggut baginda, dan kadang-kadang dari bacaan ayat yang baginda bacakan kepada mereka".
AMHPJ
ASALAMUALAIKUM,APAKAH YG PRLU DILAKUKAN OLEH MAKMUN APABILA IMAM MELAKUKAN 5 RAKAAT PADA SMBAHYANG ZOHOR KRANA TERLUPA.
Ewan_sn
Solat Berjemaah di Mukim Sendiri

Soalan:

Saya menetap di Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. Saya selalu sembahyang berjemaah di Masjid Negeri Shah Alam kerana ia merupakan tempat yg terbaik untuk sembahyang berjemaah bagi saya. Masalah saya ialah bolehkah dan apakah hukumnya jikalau saya sembahyang berjemaah di Masjid Negeri sedangkan di Seksyen 4 pun mempunyai surau untuk berjemaah dan tempat itu dekat dengan kediaman saya?

Jefri, Shah Alam


Jawapan:

Solat berjemaah di mukim sendiri itu lebih afdhal dalam mengimarahkan surau atau tempat solat dimana kita tinggal. Namun jika kita merasakan berjemaah di surau tersebut hati kita tidak tenang disebabkan imamnya zalim, tidak amanah dan sebagainya, ataupun bacaannya tidak fasih sehingga merosakkan kosentrasi kita dalam berjemaah, maka dibolehkan untuk mencari tempat berjemaah yang lebih baik.
Ewan_sn
Makmum Terbatal Wuduk


Soalan:

Di waktu bersembahyang berjemaah dengan hanya seorang makmum. Jika makmum tersebut terbatal wuduknya, apa yang perlu dilakukan oleh imam tersebut?

Ajau, Subang



Jawapan:

Jika seseorang melakukan solat jemaah yang terdiri seorang imam dan seorang makmum dalam masa yang sama makmum terbatal solatnya, maka makmum hendaklah keluar dari solat tersebut dan segera berwuduk kembali. Jika makmum sempat untuk solat berjemaah dengan masbuk maka itu lebih baik, jika tidak sempat kerana imam telah membaca salam, maka solatlah sendirian. Sedangkan kedudukan imam ketika makmum terbatal wuduknya hendaklah meneruskan solatnya.
Ewan_sn
Ucapan Selawat Rasulullah SAW


Soalan:

Sewaktu Rasulullah SAW mendirikan sholat, apakah Rasulullah membaca salawat atas nama beliau pada tahyat awal dan tahyat akhir. Mohon penjelasan dari Ustadz?

Zulsaid, Tg.Balaikarimun, Indonesia



Jawapan:

Selawat kepada Nabi ada tiga macam tingkatan:
1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya istimewa kepada Nabi Muhammad SAW, bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SAW kepadaNya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul serta Nabi Muhammad SAW bererti malaikat-malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Di dalam kitab suci Al Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Ahzab ayat 56)

Menurut Imam Syafie selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir iaitu diantara tahiyyat dan salam. Menurutnya lagi dalam kitabnya Al Musnad, Sunnah Rasulullah SAW dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca fatihah lalu tkbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali yang ketiga". Jadi jika selawat itu merupakan perkara sunnah atau yang diwajibkan kerana diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW, maka bacaan selawat yang dibaca oleh Rasulullah SAW samalah dengan bacaan selawat yangkita baca.

Tidak perlulah diragui lagi tentang perkara ini, sedangkan Allah dan para malaikat sendiri berselawat kepada Allah, sudah tentu Rasulullah SAW sebagai kekasihNya mensyukuri rahmat Allah yang luas itu dengan mengucapkan perkara yang sama seperti yang ditunjuk oleh Allah SWT. Begitu juga halnya dalam perkara syahadah, Rasulullah SAW juga mengucapkan syahadah yang sama seperti yang diajarkan kepada seluruh manusia.

Rujukkan : 99 Selawat Nabi SAW - Fadhilat & Khasiatnya


Ewan_sn
Solat Sambil Duduk


Soalan:

Saya sekarang mempunyai masaalah bersembahayang dengan biasa kerana kaki dan lutut saya sakit, jadi saya sembahayang dengan duduk di kerusi.jadi soalan saya ialah boleh tak saya menjadi imam kepada solat keluarga saya di rumah?

Sulaiman, Kuching



Jawapan:

Melaksanakan ibadah solat merupakan fardhu yang tidak boleh ditinggalkan walau apapun keadaannya melainkan bagi wanita yang haid, nifas dan sebagainya, begitu juga bagi lelaki yang mabuk ataupun gila. Jika tidak mampu berdiri maka dianjurkan duduk dan jika tidak mampu duduk supaya mengerjakannya dengan berbaring.

Jika ingin menjadi imam kepada ahli keluarga duduklah di lantai agar anak dan isteri dapat melihat secara mudah gerakan solat imam dengan demikian tidak menimbulkan kekeliruan dan was-was bagi makmum. Syarat yang paling penting bagi seseorang yang ingin menjadi imam adalah imam hendaklah lebih baik bacaan Al Qurannya daripada makmum, imam lebih faham daripada makmu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak, serta imam hendaklah seorang lelaki dan mumayiz.


Ewan_sn
Bacaan Al-Fatihah Makmum dalam Solat Berjemaah


Soalan:


Kalau kita menjadi makmum sembahyang fardu, adakah kita perlu membaca Al-Fatihah semasa imam membaca surah. Dan kalau perlu, adakah sah sembahyang kita apabila kita tidak sempat habis membaca Al-Fatihah kerana imam membaca surah pendek. Kes ini adalah bukan kes makmum masbuk atau muafik?

Jaafar, KL


Jawapan:

Mengikut pendapat jumhur ulamak termasuklah imam Asy-Syafi'i sendiri, membaca Al-Fatihah di dalam solat bagi makmum adalah satu rukun daripada rukun-rukun solat. Ini bermakna tidak sah solat makmum itu jika ia berkesempatan membaca Al-Fatihah tetapi ditinggalkannya dengan sengaja.

Dalam sebuah hadis yang sahih Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada solat (tidak sah) bagi sesiapa yang tidak membaca Surah Al-Fatihah". Ini berbeza dengan pendapat imam Abu Hanifah yang tidak mewajibkan makmum membaca surah Al-fatihah. jika anda membaca agak lambat dan imam pula agak pantas sehingga anda tidak sempat menghabiskan surah Al-Fatihah. Dalam hal ini sekiranya imam telah rukuk anda merasakan anda boleh menghabiskan surah Al-Fatihah sebelum imam sujud, maka hendaklah anda menghabiskanya.

Jika anda rasa tidak sempat berbuat demikian, maka anda hendaklah rukuk bersama imam kerana bacaan imam akan dikira sebagai bacaan makmum seperti juga kedudukannya orang yang masbuk. Ini kerana dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan Rasulullah SAW pernah menjelaskan: imam itu dilantik untuk diikuti oleh makmum sekiranya ia rukuk maka hendaklah anda semua rukuk dan sekiranya ia sujud maka henadaklah anda sujud. Bagaimanapun bagi sesetengah ulamak Syafi'i seperti imam Nawawi orang terlibat luput rakaat pertama dan ia dikehendaki menambah rakaat yang luput itu diakhir solatnya.
Ewan_sn
Makmum Muafik dan Makmum Masbuk - Dijadikan Imam Ketika Solat


Pertanyaan :

Assalamualaikum...saya ingin bertanya bagaimanakah sekiranya seseorang itu bersolat dan pada ketika itu datang seseorang mengimamkannya.Sedangkan ia berdiri di sebelah kiri imam.Adakah ia dibolehkan dalam islam.Dan bagaimanakah pergerakkan imam yang dibolehkan dalam islam untuk memperbetul keadaan?

apizz


Jawapan :

Sembahyang seperti biasa, niatkan didalam hati anda menjadi imam(sunat). Kalau boleh kuatkan lafaz takbir supaya makmum boleh ikut. Kedudukan makmum jika hanya seorang hendaklah di sebelah kanan tapi hanyalah sunat, kalau makmum itu duduk di sebelah kiri tidak menjadi masalah. Imam tidak perlu memperbetulkan keadaan, dalam hal² tertentu hanya makmum yang bergerak untuk memperbetulkan saf. Saya harap saudara dapat membaca buku² tentang sembahyang untuk lebih jelas. Saya sertakan di bawah ini untuk pemahaman saudara:-

MAKMUM

MAKMUM MUAFIK & MAKMUM MASBUK

1. MAKMUM MUAFIK

01. Makmum yang lambat membaca kerana kelemahan semulajadi.

02. Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk. Imam lalu ia teringat yang ia belum lagi membaca fatihah.

03. Makmum yang lupa membaca fatihah hingga rukuk imam dan sebelum ianya rukuk maka teringat bahawa ia belummembaca fatihah.

04. Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun pun rukuk sedang makmum belum sempat menghabiskan fatihahnya

05. Makmum yang sengaja tidak membaca fatihah sebab menanti diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk atau membaca surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan fatihahnya.
Dalam keadaan ini wajib makmum menghabiskan bacaan fatihah dan dia dibolehkan ketinggalan dengan imam hingga 3 rukuk yang panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukuk itu ialah 1-rukuk, 2-sujud yang pertama, 3-duduk antara dua sujud. Jika masuk imam pada rukuk yang ke-4 sedangkan makmum belum sempurna lagi bacaan fatihahnya, maka wajib makmum itu memilih antara dua:

i. Ikut imam dengan ditambah satu rakaat setelah imam selesai memberi salam yang pertama.

ii. Niat mufarakah dengan imam (bercerai dari imam).

2. MAKMUM MASBUK

Ialah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam nasa imam berdirimaka tidak wajib atasnya menyempurnakan fatihahnya. Bacaannya hanya sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama imam.

SEBAB-SEBAB MASBUK

01. Makmum masbuk dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya satu rakaat dapat bersama imam pada solat maghrib maka dikehendaki tambah dua rakaat lagi.

02. Pada sembahyang subuh, makmum masbuk mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang.

03. Jika makmum masbuk sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka hendaklah diputuskan dan rukuk bersama imam, tidak boleh ditangguh lagi.

04. Jika imam dalam keadaan sujud atau tashahud makmum masbuk hendaklah terus takbiratulihram kemudian duduk bersama imam . Kalau imam sedang rukuk disunatkan takbir sekiranya dapat tomakninah dalam rukuk maka rakaatnya itu akan dikira.

05. Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam beri salam maka dia ditegah duduk kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum duduk dengan sengaja dan tahu akan haramnya maka batallah sembahyangnya. Jika ia
terlupa atau jahil, tidak batal sembahyangnya dan wajib bangun dengan segera dan sunat sujud sahwi di akhir sembahyang.

Wallahualam..
Ewan_sn
Waktu-waktu Mengerjakan Solat Fardhu


Soalan:

Assalamulaikum wbt ustaz. Betulkah ada hadis atau nas yang membolehkan kita sembahyang maghrib dan isya' sebaik saja waktu malam tiba contoh( bukan niat hendak jamak) : waktu mahgrib, selepas itu kita sembahyang isya padahal waktu isya belum masuk. Saya musykil kerana seorang kawan saya mengamalkan mazhab syiah membolehkan hal ini berlaku?

Hamba Allah, WP



Jawapan:

Banyak hadith-hadith yang menerangkan waktu-waktu solat ini antaranya; "Dari Abdullah bin Umar, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 'Waktu Zuhur ialah bila matahari telah tergelincir sampai bayang-bayang seseorng itu sama panjang dengan badannya, yakni sebelum datang waktu Asar. Dan waktu Asar ialah sampai matahari selum lagi kuning cahayanya, waktu solat Maghrib selama syafak atau awan merah belum lagi lenyap; waktu solat Isyak sampaia tengah malam kedua, sedang waktu solat Subuh mulai terbit fajar sampai terbitnya matahari. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah solat, kerana ia terbit di antara kedua tanduk syaitan' ". (Riwayat Muslim) Dalam hadith yang lain daripada Jabir bin Abdullah ra. bahawa "Nabi didatangi Jibril as. yang mengatakan kepada baginda: 'Bangun dan solatlah!' Maka Nabipun solat Zuhur waktu tergelincir matahari. Kemudian Jibril as. datang pula di waktu Asar katanya: 'Bangun dan solatlah!' Nabi mengerjakan pula solat Asar yakni ketika bayang-bayang sesuatu telah sama panjang dengan badannya. Lalu ia datang di waktu Maghrib katanya: 'Bangun dan solatlah!' Nabi pun melakukan solat Maghrib sewaktu matahari telah terbenam atau jatuh. Setelah itu Jibril datang pula di waktu Isyak dan menyuruh : 'Bangun dan solatlah!' Nabi segera solat Isyak ketika syafak atau awan merah telah hilang. Akhirnya Jibril datang di waktu fajar ketika fajar telah bercahaya atau katanya ketika fajar telah terbit.

Kemudian keesokan harinya malaikat itu datang lagi di waktu Zuhur katanya: 'Bangun dan solatlah!' Maka Nabi pun solat yakni ketika bayang-bayang segala sesuatu sama panjang dengan sesuatu itu. Di waktu Asar Jibril datang pula katanya: 'Bangunlah dan solatlah!' Nabi pun solatlah di waktu bayang-bayang dua kali sepanjang badan. Lalu ia datang lagi di waktu Maghrib pada saat seperti kelmarin tanpa perubahan, setelah itu ia datang lagi pada waktu Isyak ketika berlalu seperdua malam atau katanya sepertiga malam dan Nabi pun melakukan solat Isyak.

Kemudian ia datang pula ketika malam mulai terang katanya: 'Bangun dan solatlah!' Nabi pun mengerjakan solat fajar.
'Inilah' katanya lagi 'diantara waktu-waktu itu terdapat waktu-waktu solat'.".(HR. Ahmad Nasa'i dan Tarmizi) Bukhari berkata hadith ini merupakan yang paling sahih mengenai solat waktu, yakni dengan tuntunan dari Jibril as.

Dari dua hadis di atas menunjukkan tentang batas-batas waktu solat yang paling tepat dan shahih. Inilah yang diamalkan oleh kaum ahlisunnah waljamaah yang mesti kita ikuti. Wallahu A'lam.
Ewan_sn
Mewarnakan Rambut Selain Inai


Soalan:

Apakah hukumnya wanita yang mewarnakan rambutnya selain daripada inai. Adakah sah solat wanita tersebut?

Suhaini, Saratok


Jawapan:

Jika pewarna yang digunakan tersebut tidak menghalang sampai air wuduk dan bahan pewarna tersebut tidak dibuat dari benda yang haram maka sah solatnya.
Ewan_sn
Azan Berkumandang Ketika sedang Solat


Soalan:

Biasanya saya sembahyang berpandukan kepada waktu sembahyang yang selalu di siarkan di akhbar. Misalnya waktu Maghrib yg disiarkan adalah 7.22 malam, dan saya akan bersembahyang pada jam 7.24.
Tetapi biasanya apabila saya habis solat atau sedang solat, akan kedengaran azan daripada masjid yang berdekatan rumah saya. Biasanya azan daripada masjid tersebut lewat sekitar antara 7 hingga 10 minit daripada waktu di akhbar. Apakah hukum solat saya itu tadi?

Nur Abd Hamid, Johor Bahru



Jawapan:

Jika seseorang mengerjakan solat setelah masuk waktu solat dan ketika itu berkumandang azan di masjid di kawasannya, maka sah solatnya.
Ewan_sn
Tidak Mendengar Khutbah Jumaat


Soalan:

Setiap hari jumaat semua muslim menunai solat Jumaat,sah tak solat jumaat saya sekiranya saya tidak mendengar kutbah jumaat?

Muhd Fisal, Hulu Langat



Jawapan:

Jika kita terlambat sampai ke masjid disebabkan oleh halangan tertentu yang tidak disengaja akhirnya tidak sempat mendengar khutbah Jumaat dan kita sempat mengerjakan solat Jumaat, maka sah Jumaat anda.Namun jika tidak mendengar khutbah Jumaat tersebut kerana sengaja maka hukumnya berdosa sebab dua Khutbah Jumaat termasuk dalam syarat sah Jumaat.
Ewan_sn
Ibu Jari Terkeluar Ketika Solat

Soalan:
Sahkah sembahyang saya jika dengan tidak sengaja ternampak sedikit ibu jari terkeluar dari kain sembahyang? Diharap pihak Darul Nu'man dapat menyelesaikan kemusykilan saya ini. Sekian terima kasih.

Ati, KLumpur


Jawapan:

Sah solat anda jika ibu jari terkeluar dari telkung anda, kerana muka dan tapak tangan tidak tergolong aurat.
Ewan_sn
Solat Duha



SOALAN:

Solat sunat duha dan solat sunat fajar amat dituntut sehingga ada seketika nabi menuntut sahabat yang meninggalkannya supaya mengqada solat itu. Apakah kelebihan kedua-dua solat sunat ini?

– Yusof Ibrahim, Gua Musang, Kelantan.


JAWAPAN:

Ini membuktikan bahawa solat tersebut dan sunat lainnya mempunyai kelebihan tertentu. Ini kerana solat fardu itu dapat disempurnakan dengan ibadat yang sunat dari jenisnya. Sebab itu dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman bermaksud “Sentiasa hambaku mendampingi diri (bertaqarrub) kepada-Ku dengan melakukan ibadat nawafil (yang sunat), untuk menambah ibadatnya kepada Allah, kerana ibadat yang wajib itu sudah ditetapkan dan tidak boleh ditokok tambah lagi tetapi ibadat sunat itulah yang boleh ditambah mengikut kemampuan hamba tadi, melainkan terdapat larangan tertentu dari syariat itu sendiri,’’. Dan bila amalan sunat sudah menjadi wirid dan amalan harian, maka eloklah dilakukan secara berterusan dan jika tertinggal dan kurang di mana-mana digalakkan seseorang itu menyempurnakan bilangannya dan sebagainya. Peristiwa ini pernah berlaku kepada Abdullah bin Amrul.as ra. yang tidak berterusan berjaga malam, lalu sabdanya alangkah baiknya kiranya Abdullah dapat melakukan solat malamnya secara berterusan semoga Allah membantu kita semua untuk bertaqarrub kepada-Nya dengan beribadat (sunat) pada malam hari dan siangnya. Wallahualam.


Ewan_sn
Solat tahajud dituntut


SOALAN:
Selalunya saya tidur awal kerana ingin solat tahajud. Selalu saya sedar pada pukul 1 pagi atau 2 pagi, lalu menunaikan solat tahajud dua rakaat dan satu rakaat witir. Kemudian saya tidur kembali. Soalannya jika saya sedar pula pada 4 atau 5 pagi bolehkah saya solat tahajud lagi.

- Zuhaimi Zakaria, Selayang, Selangor.


Jawapan:
Sembahyang malam itu sunat dikerjakan apabila seseorang bangun dari tidurnya pada malam hari, sedangkan solat tahajud itu adalah sebahagian dari solat malam ini, boleh dilakukan seberapa banyak yang di sukai. Solat witir pula harus dikerjakan sampai 11 atau 13 rakaat atas khilaf riwayat dan pandangan ulama dan sunat diakhiri solat malam itu dengan solat witir. Ini dapat difahami dari hadisnya yang bermaksud: besembahyanglah pada malam hari dua rakaat dan dua rakaat dan bila dirasai dah hampir subuh maka akhiri solat itu dengan satu rakaat witir (Riwayat Syaikhan). Tetapi sekiranya selepas dikerjakan solat witir dia tertidur dan bangkit lagi, sedangkan malam masih panjang bolehlah dilakukan solat sunat lagi tanpa diulangi solat witir yang telah dikerjakan. Dan ini tidak bertentangan dengan arahan supaya mengakhiri solat malam kamu dengan witir tersebut, kerana Rasulullah saw tidak membantah, malah memuji mereka yang mengerjakan witir tersebut sebelum tidurnya lagi, kerana bimbang akan terlepas bila dah tertidur. Wallahualam.

Ewan_sn
Tersangka waktu habis


SOALAN:

Saya solat qada dengan niat hendak mengqada solat yang disangka terkeluar waktunya kerana hari itu mendung dan gelap. Tetapi apabila selesai solat, ternyata waktunya masih ada. Apakah solat saya itu dikira sah atau sebaliknya?

– Abdul Kalam Hasbullah, Kuala Trengganu.




JAWAPAN:

Kata ulama, solat anda tersebut dikira sah dan tidak perlu diulangi lagi, kerana niat anda yang tersilap itu tidak dikira. Kata mereka lagi tambahan pula lafaz tunai (adaan) dan qada tersebut kedua-duanya bermaksud menunaikan kewajipan solat itu sahaja, satu dalam waktu dan satu lagi menunaikan yang sudah luput waktunya. Jadi keadaan sebenar waktunya belum luput, sebab itu solat tersebut boleh dikira sudah selesai dan tertunai.

Pendapat ini adalah mendapat kesepakatan ulama tanpa bantahan. Demikian juga sebaliknya kata Imam Syafie ra, beliau pernah mengatakan: “Sekiranya seorang itu solat pada hari mendung dengan niat adaan (tunai kerana sangkaannya masih dalam waktunya tetapi ternyata solatnya itu jatuh di luar waktunya) dikira memadai solat tersebut dan tidak perlu diulangi lagi.”

Para ulama berhujah kerana niat qada itu bukan syarat bagi sah solat. Demikian kata Ashab dalam masalah ini. Malahan kata Imam Rafie ra. menurut yang lebih asah (kaul lebih kuat) niat qada dan adaan itu keduanya bukan menjadi syarat sebab sah sebarang solat dengan niat salah satu dari keduanya adaan atau qada. Tetapi tidak dibolehkan sesiapa sengaja mempermainkan dengan solatnya sendiri. Oleh itu solat mereka yang sengaja mempermain-mainkan dengan solatnya itu sepatutnya dikira tidak sah kerana permainan tersebut. Ini jelas tanpa sebarang khilaf lagi. Wallahualam.


Ewan_sn
Solat pacu manusia bentuk gaya hidup sihat
Oleh Ghafani Awang Teh

Berwuduk, khusyuk dalam sembahyang amalan terbaik tingkat kemampuan fizikal, mental

ISLAM menggalakkan umatnya mengamalkan gaya hidup sihat. Allah mengingatkan manusia supaya jangan berlebihan dalam makan dan minum selari penemuan ilmu perubatan bahawa 90 peratus penyakit manusia berpunca daripada usus yang menjadi tempat menampung makanan.

Selain berhati-hati dalam pemakanan, manusia juga perlu mengamalkan riadah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda." (Hadis riwayat Muslim)



Secara umumnya, ilmu kesihatan mengesahkan bahawa manusia perlu menjalankan latihan jasmani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit untuk satu sesi. Apa yang nyata Islam adalah agama sahih dan mementingkan gaya hidup sihat.

Allah memerintahkan umatnya melaksanakan ibadah khusus seperti berwuduk, bersolat, berpuasa, dan berzakat sebenarnya mempunyai matlamat serampang tiga mata. Pertama, untuk kesihatan jasmani, kedua bagi menjaga kesejahteraan rohani dan ketiga, menjaga kebersihan persekitaran.

Bagaimanapun, solat dianggap ibadah khusus paling penting membimbing manusia menjalani gaya hidup sihat. Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimana mampu memacu manusia membentuk gaya hidup sihat.

Sebelum mendirikan solat, umat Islam diwajibkan bersuci dengan cara berwuduk. Amalan berwuduk diwajibkan sekurang-kurang lima kali sehari sebenarnya mendisiplinkan umatnya menjaga kebersihan secara teratur dan tetap. Berwuduk membabitkan pembersihan anggota badan tertentu.

Dari segi zahir, berwuduk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk daripada terus melekat di badan atau dalam rongga. Di samping itu, amalan bersuci dan kaedah pembersihan najis dalam Islam adalah memastikan persekitaran dijamin bersih.

Dari segi batin pula, amalan berwuduk membersihkan hati, menghapuskan dosa, mengawal tekanan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Betapa besar faedah berwuduk itu, maka wuduk sewajarnya diambil dengan sempurna.

Solat adalah amalan umat Islam mengadap atau menyembah Allah secara langsung tanpa ada perantaraan manusia. Solat adalah bentuk penyembahan tertinggi umat Islam kepada Allah yang bersifat Maha Kuasa, Maha Kaya dan Maha Tinggi di dunia dan akhirat.

Nilai kemuliaan seseorang manusia kepada Allah tidak hanya diukur daripada berapa kali melakukan solat dalam sehari melainkan sejauh mana umat Islam memahami makna yang terkandung dalam solat itu. Persoalan besar timbul ialah solat yang bagaimana mampu memberi kesihatan fizikal dan mental kepada manusia.

Solat membabitkan pergerakan fizikal dan tumpuan minda kepada Allah bermula daripada qiyam, takbiratulihram, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, memberi salam, bertamak-ninah dan disertai dengan bacaan. Semua pergerakan fizikal dalam solat mempunyai rahsia tersendiri.

Malah, ketika melakukan rukuk dan sujud disunatkan dipanjangkan masanya. Ini menunjukkan solat tidak boleh dibuat sambil lewa, tetapi hendaklah mengikut adab dan standard piawaian ditetapkan. Bagi mereka yang mengadap dengan tertib dan beradab, sudah tentu akan memperoleh kepuasan serta ketenangan.

Allah memberi peringatan bahawa orang mukmin yang berjaya ialah mereka yang khusyuk berhadapan dengan Allah ketika menunaikan solat.

Solat yang khusyuk boleh dicapai dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna, berhati-hati, ikhlas, memahami roh pergerakan dalam solat, memahami ayat dan zikir yang dibaca, solat di awal waktu, tempat solat dan pakaian bersih daripada sebarang najis serta digalakkan berjemaah.

Selain diwajibkan solat lima waktu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan solat sunat. Antara solat sunat yang mencabar prestasi keikhlasan umat Islam ialah solat Tahajjud (solat lewat malam).



Beberapa kajian dibuat mengenai fadilat solat kepada manusia membuktikan pergerakan dalam solat dan tumpuan khusyuk berkeupayaan membawa kerehatan kepada anggota badan, memberi kestabilan dalam pernafasan dan denyutan jantung, mengurangkan tekanan serta mengekalkan kebersihan diri pada setiap waktu.

Solat yang khusyuk bukan saja memberi kesan baik hubungan kita dengan Allah, tetapi berupaya membentuk kesihatan fizikal, kesejahteraan mental dan keperibadian umat Islam yang unggul.


Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ewan_sn
Berbincang di dalam masjid mengenai aktiviti kemasyarakatan


Soalan
Berbincang di dalam masjid mengenai aktiviti kemasyarakatan

Apakah hukum bercerita atau berbincang hal ehwal yang berhubung dengan aktiviti kemasyarakatan di masjid seperti kenduri-kendara dan sebagainya.



Jawapan

Bercerita dan berbincang di dalam masjid mengenai aktiviti kemasyarakatan hukumnya harus dengan beberapa syarat.

Perkara yang diceritakan atau dibincangkan itu ada faedahnya dan manfaatnya.
Dalam cerita atau perbincangan itu tidak terlibat dengan menceritakan keaiban orang yakni mengumpat.
Perbincangan itu tidak menimbulkan riuh rendah atau hingar bingar yang boleh menganggu orang yang sedang beramal ibadat dalam masjid itu.
Maka jika tidak didapati syarat-syarat yang tersebut, maka hukumnya adalah haram.


Ewan_sn
Kedudukan Wanita Ketika Solat Berjemaah


Soalan :

Saya ingin mengetahui.. kedudukan makmum wanita ketika solat berjemaah... adakah di sebelah kanan atau kiri?



Jawapan :

a) Seorang makmum wanita dengan imam lelaki.

Kedudukan seorang wanita jika berjemaah dengan imam lelaki ialah berdiri keseorangan di belakangnya.

Dalilnya kisah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersolat di rumah wanita tua bernama Mulaikah r.a. Anas bin Malik menceritakan:

وصففت أنا واليتيم وراءه والعجوز من ورائنا فصلى لنا رسول الله صلى الله عليه و سلم ركعتين ثم انصرف

Maksudnya: Aku berdiri satu saf dengan seorang budak yatim, dan wanita tua di belakang kami. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang dengan kami dua rakaat, kemudian beredar. Direkod oleh Bukhari (no: 373) dan Muslim (no: 658)

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar dan Imam Nawawi: Ia menunjukkan seorang wanita hendaklah berdiri seorang diri di belakang jika tidak ada makmum wanita lain. (Fathul Bari 1/490, Syarah Muslim 5/163

B) Seorang makmum wanita dengan imam wanita.

Kedudukan: Makmum berdiri di sebelah kanan imam. Seperti kedudukan seorang makmum lelaki dengan imam. (Syarh Kabir 2/82, Majmuk Fatawa Bin Baz 12/131).


c) ramai makmum wanita dengan imam wanita.

Kedudukan: imam berada di tengah-tengah mereka dalam satu saf.

Wallahu A'lam.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.