Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Munakahat - Suami/ Isteri, Kekeluargaan & Perkahwinan
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam > Soal - Jawab Agama
Pages: 1, 2
Ewan_sn
Wanita ingkari suami paling ramai jadi penghuni neraka
Isteri dilarang dedah keburukan, selesai konflik ikut panduan Islam



Soalan :
SEORANG isteri tidak lagi menyukai suaminya kerana sesuatu sebab dan mahu menuntut cerai. Walaupun belum lagi bercerai, isteri menghebohkan kepada saudara-mara dan rakannya mengenai keburukan suaminya. Apakah hukum perbuatan isteri? Adakah Islam menetapkan adab pasangan yang hendak bercerai?

Muzammil Maarof,
Sepang, Selangor




Jawapan :
Suami adalah seseorang yang wajib ditaati selagi mana dia tidak menyuruh melakukan perbuatan maksiat kerana tempatnya adalah yang paling utama di kalangan manusia bagi seseorang isteri seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Kalau aku memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, tentu aku perintahkan wanita untuk bersujud kepada suaminya" (at-Tirmizi).

Selain itu, menceritakan keburukan orang lain adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam apatah lagi mengenai seorang yang masih bergelar suami. Hadis Rasulullah SAW bermaksud "Diperlihatkan kepadaku neraka ternyata penghuni yang terbanyak adalah wanita kerana kekufuran mereka. Kemudian ditanyakan kepada Baginda: Apakah mereka ingkar kepada Allah Taala? Baginda menjawab: Tidak, tetapi mereka mengingkari suaminya. Kalau sekiranya engkau berbuat baik kepada seorang daripada mereka, kemudian didapati pada dirimu sesuatu yang tidak kena baginya, dia (isteri) berkata: Aku tidak melihat dari kamu satu kebaikan apa pun." (Muttafaq Alaih)

Islam mengajar cara menangani konflik rumah tangga sebelum memilih jalan terakhir, iaitu perceraian. Antaranya seperti berikut; Pertama, Islam memberi kuasa dan kebenaran kepada suami agar menasihati isteri jika berlaku apa yang tidak berkenan di hati dan menyalahi syariat, jika masih tidak mengendahkan nasihat suami, suami boleh memulaukan isteri dari tempat tidur, bagi memberi masa kepada isteri supaya dia dapat berfikir mengenai kesalahan yang dilakukan, dan bersedia memohon kemaafan daripada suami. Jika cara itu juga masih tidak berkesan maka suami berhak memukul isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sampai kepada tahap itu isteri masih wajib taat pada suami dan tidak menceritakan kepada orang lain masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, jika konflik itu tidak juga dapat diselesaikan, maka bolehlah merujuk kepada Pejabat Agama Islam setempat yang akan melantik Jawatankuasa Pendamai bagi membincangkan perkara berkenaan. Jika perbincangan itu juga tidak memberi kesan dalam menjernihkan suasana, perkara berkenaan boleh difailkan di Mahkamah Syariah bagi proses perceraian.



Ewan_sn
Berjimak ketika haid

SOALAN:

Apakah berdosa apabila saya menolak kehendak suami yang mengajak bersamanya (berjimak) sedangkan selepas itu didapati haid saya masih belum betul-betul kering?

– Nurshuhada Samsi, Alor Gajah, Melaka.


JAWAPAN:

Tidak halal bagi seseorang itu melakukan persetubuhan selepas kedatangan haid melainkan sesudah dia bersuci dan mandi hadas, dan selepas mandi hadas (dan bersuci) itu, barulah larangan tersebut terangkat kembali. Ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Maka jangan kamu hampiri mereka sehingga mereka bersuci (mandi hadas) dan bila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka sebagaimana yang disuruh Allah. Allah suka orang yang bertaubat dan bersuci, wanita (isteri) kamu itu ladang kamu maka datangilah ladang (kebun) kamu itu sekehendak (hati) kamu. (Surah al-Baqarah ayat 222-223).

Tetapi sekiranya terlanjur juga semasa dalam pantang tersebut kerana sesuatu kesilapan seperti hitungan dan perkiraan yang salah maka kata ulama digalakkan melakukan sedekah satu dinar atau satu cupak (makanan) kepada fakir miskin untuk satu kesalahan yang telah berlaku sebagai kafarahnya. Demikianlah pendapat kebanyakan ulama. Wallahualam.


Ewan_sn
Isteri mentaati suami



SOALAN:

Madu saya selalu berusaha untuk memisahkan kami dan sering menghalang suami menemui saya. Pernah dia keluar rumah, meninggalkan anak-anak, tidak diketahui ke mana pergi menyebabkan suami saya cuti beberapa hari kerana menjaga anak-anak yang masih kecil.

Suami saya begitu sabar atas kelakuan madu saya tetapi madu saya mengambil kesempatan. Saya begitu terseksa, tetapi tidak mahu berpisah dengannya, memikirkan anak dan kandungan saya, lagipun umur saya sudah lebih 30 tahun. Saya tidak reda terhadap tingkah-laku suami yang saya anggap terlalu mengalah dan terlalu memberi muka kepada madu saya.

– Isteri Kedua, BM


Jawapan:

Apabila seseorang perempuan itu telah menjadi isteri kepada seorang lelaki, tidak kira dimadu atau tidak, dia mesti berusaha untuk mentaati Allah, taat kepada suami, berusaha memperoleh keredaannya seberapa boleh, kerana suami adalah syurga baginya dan dalam masa yang sama suami juga boleh menjadi neraka baginya: Rasulullah ada bersabda yang bermaksud mana-mana perempuan (isteri) mati, pada hal suaminya meredainya, dia akan masuk syurga.

Dalam hadis lain dijelaskan apabila seorang perempuan itu menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan dan mentaati suami, maka dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga menurut kehendaknya.

Mengenai ketaatan isteri yang wajib dilakukan terhadap suaminya, Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Burung-burung di udara dan ikan paus dalam air, juga malaikat di langit, matahari juga bulan memohon keampunan bagi perempuan yang taat setia kepada suaminya, selagi isteri tadi dalam keredaan suaminya.

Mana-mana perempuan yang mengingkari suaminya, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya, manakala perempuan yang kelihatan masam muka pada pandangan suaminya, maka dia, adalah dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia menggembirakan dan memohon keredaannya. Begitu juga perempuan yang keluar dari rumah tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya sehingga dia balik.

Tanggungjawab dan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh isteri terhadap suami adalah jelas di mana ketaatan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah, begitu juga dengan apa yang mesti dilakukan oleh suami. Andainya seorang isteri itu diperintahkan agar mentaati suami dan mencari keredaannya, suami juga diperintahkan agar belas dan bertimbang rasa kepada isteri, berlemah lembut juga bersabar terhadap perilaku isteri. Dalam masa yang sama suami wajib menyempurnakan atau menunaikan hak isteri seperti memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, perbelanjaan anak-anak dan sebagainya seperti dijelaskan dalam firman Allah dalam surah an-Nisa: 19.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa baginda Rasulullah menjelaskan; Sebaik-baik kamu (suami) ialah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya. - Hadis riwayat Ibn Majah.

Menurut satu riwayat oleh at-Turmuzi, seperti yang tersebut dalam kitab al-Iman, baginda ada bersabda yang bermaksud sebaik-baik kamu, ialah orang yang lebih berlemah lembut terhadap keluarganya. Rasulullah sangat berlemah lembut terhadap isteri-isteri baginda.

Perbuatan isteri menghalang suami berjumpa madunya adalah salah, di luar ketaatan Allah dan Rasulnya. Seorang perempuan apabila telah menjadi isteri bagi seorang lelaki, tidak kira sama ada dia isteri pertama atau kedua, mempunyai hak yang sama. Dia berhak menerima nafkah diri, pakaian, tempat tinggal, giliran dan sebagainya. Ini ketentuan Allah yang wajib dilaksanakan suami.

Memberi giliran isteri adalah tanggungjawab suami. Tidak ada alasan yang boleh mengecuali atau mengabaikan, kecuali dalam keadaan tertentu, ataupun dengan keredaan isteri yang sepatutnya menerima hak tadi. Itulah di antara sifat adil, yang mesti dimiliki oleh lelaki yang kahwin madu. Ketentuan ini adalah ketentuan Allah, manakala tanggungjawab tadi terletak di pundak suami.

Apabila seorang isteri menghalang suami untuk memberi giliran kepada isteri lain, dengan cara keluar rumah meninggalkan anak-anak dan mencabut road-tax kereta, ini bererti si isteri menghalang suami melaksanakan tanggungjawabnya. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa si isteri tidak taatkan perintah yang ditetapkan Allah SWT.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, baginda Rasulullah telah diperlihatkan keadaan neraka dan mendapati kebanyakan penghuninya adalah wanita. Rasulullah menyatakan hal demikian berlaku kerana mereka sedikit ketaatannya kepada Allah, rasulnya, juga kepada suami di samping banyak berhias, yang disebut sebagai at-tabarruj di mana apabila keluar rumah, mereka berpakaian paling cantik, berhias dan memperelok diri, lalu keluar, menyebabkan timbul fitnah akibat perbuatannya. Biarpun dia sendiri mungkin selamat atau terpelihara daripada fitnah, tetapi orang lain tidak selamat.

Perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin dan kerelaan suami dengan meninggalkan anak-anak bertujuan supaya suami tidak boleh keluar rumah kerana terpaksa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama tidak boleh ke rumah madunya juga merupakan perbuatan mengingkari perintah Allah dan ketaatan terhadap suami, apatah lagi ia dilakukan dengan sengaja untuk menghalang suami melaksanakan kewajipannya.

Baginda ada menyatakan empat golongan wanita yang akan masuk syurga dan empat yang lain dalam neraka. Empat golongan yang masuk syurga ialah perempuan yang menjauhkan diri daripada perbuatan haram, taatkan Allah dan suaminya, banyak anak tetap sabar, memadai dengan hidup sederhana bersama suami dan ada rasa malu.

Ketika suaminya tiada, dia memelihara kehormatan diri dan hartanya dengan penuh kesabaran dan ketika suaminya ada dia menjaga lidahnya. Perempuan kematian suaminya pada hal dia mempunyai anak kecil, lalu dia menyediakan diri berbakti untuk anak-anak, memeliharanya, tidak berkahwin lagi takut kehilangan mereka.

Adapun empat golongan perempuan yang akan menjadi penghuni neraka ialah, pertama, mereka yang lancang atau jahat lidahnya terhadap suami. Tidak memelihara diri ketika suaminya tiada, tetapi ketika suaminya ada, dia menyakitinya dengan lidahnya.

Kedua ialah perempuan yang membebankan suaminya dengan beban yang tidak upaya dilakukan oleh suami. Ketiga ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada lelaki dan keluar rumah dalam keadaan berhias, manakala golongan keempat ialah perempuan yang tidak mengambil berat, kecuali makan, minum dan tidur, tidak minat sembahyang, juga tidak taatkan Allah, rasulnya juga tidak taatkan suami. Wanita seperti ini, andainya keluar dari rumah tanpa izin suami, mereka adalah dalam keadaan tercela, dan akan menjadi penghuni neraka kecuali ia bertaubat.

Lemah lembut

Puan mengakui bahawa suami seorang yang baik, lemah lembut dan bertimbang rasa, biarpun puan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan yang dia beristeri dan punyai tiga anak.

Berkemungkinan apa yang berlaku ke atas puan termasuk tidak mendapat giliran berpunca daripada angkara madu puan, bukan atas kerelaan yang disengajakan oleh suami. Masalah yang timbul lebih memihak, berpunca daripada madu puan. Walaupun tanggungjawab untuk melakukan giliran dengan adil adalah daripada suami. Kerana itu, masalah yang timbul tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas suami, apatah lagi memandangkan tindak-tanduk madu puan yang berusaha terus menerus untuk memisahkan perkahwinan puan.

Masalah yang dihadapi puan bukan sesuatu yang nadir bagi mereka yang berpoligami. Keadaan seperti ini memerlukan banyak masa untuk mengatasinya, bergantung kepada sikap dan cara berfikir isteri yang sedia ada, namun yang memainkan peranan sebenar tetap suami, kerana dia adalah ketua rumah tangga yang sepatutnya bijaksana mengatasi atau menyelesaikan masalah. Mungkin itulah salah satu harga yang mesti dibayar oleh mereka yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.

Puan tidak salah kerana tidak reda kelakuan suami, kerana itu hak puan yang wajib dilaksanakan olehnya, namun, berdasarkan sikap madu puan, puan perlu bersabar.

Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar. Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Pada hal Umar diam sahaja, tidak melawan cakap, lalu lelaki tadi beredar. Dia terfikir, “kalaulah begini keadaan Umar, seorang lelaki yang tegas dan keras dan seorang amirul ‘l-Mukminin, bagaimana pula hal aku?”

Umar keluar dan melihat lelaki tadi sedang membelakangkan pintu rumahnya beredar pergi, lalu ia memanggilnya, bertanyakan apa hajatnya. Lelaki itu menjawab, “ya amiru ‘l-mukminin, saya datang hendak mengadu tingkah-laku isteri saya dan menunggu tuan. Saya mendengar kata-kata isteri tuan, lalu saya hendak beredar pergi. Kalaulah keadaan seperti ini berlaku kepada tuan, kenapa pula saya tidak boleh bersabar!”

Umar menjawab, “saudara! sesungguhnya saya telah membebankan ke atasnya tanggungjawab saya. Dia memasak makanan untuk saya, membuat roti, membasuh pakaian, menyusu anak untuk saya, pada hal semuanya itu bukan sesuatu yang wajib dilakukan olehnya. Kerananya hati saya tenang, selamat daripada benda haram. Sepatutnya tugas itu saya lakukan!”

Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu berkata “ya amirul Mukminin, isteri saya pun sama macam itu,” Sayyidina Umar berkata: “Bersabarlah. Ia tak lama!”

Hidup berumahtangga, lebih-lebih lagi bagi yang beristeri lebih dari satu selalunya menghadapi pelbagai masalah. Allah menjadikan cemburu itu sifat semula jadi manusia, lebih-lebih lagi wanita. Rasa cemburu sering menyebabkan manusia seumpama membelakangkan hukum-hukum Allah, lebih- lebih lagi mereka yang kurang memahaminya.

Kemungkinan apa yang berlaku adalah cubaan Allah. Apabila Allah menurunkan cubaan, Allah memberi kekuatan iman kepada puan, iaitu sabar, lalu akhirnya Allah meletakkan puan pada maqam yang tinggi di akhirat kelak.

Puan sering merintih, menangis, merayu dan mendayu pada Ilahi. Sesungguhnya, malaikat Jabril itu ditugaskan untuk menunaikan hajat manusia. Apabila seorang kafir itu meminta, Allah memerintahkan Jibril menunaikan permintaannya, kerana Allah tidak mahu mendengar keluhan dan kemahuannya, Dan apabila seorang yang beriman itu memohon, merintih, Allah memerintahkan malaikat Jibril menahan daripada menunaikan permintaannya, kerana Allah terlalu rindu mendengar suaranya.

Besar kemungkinan bahawa rintihan, doa dan tadaruk puan itu suara-suara yang Allah rindu mendengarnya dan Allah akan mengatasi masalah puan akhirnya seperti termaktub di loh mahfuz. Allah yang memberi cubaan, penyakit dan sebagainya dan hanya Allah jua yang mengatasinya.
Ewan_sn
Hukum berkahwin dan fadhilatnya

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat?



Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.



Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.


Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.



Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.


Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."



Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.


Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya. Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.



Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."


Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.
Ewan_sn
Ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan perkahwinan



2:221. Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan keampunan, dengan izin-Nya, dan Dia memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat. (hamba yang mukmin lebih baik dikahwini)




2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.
(kes "cina buta")




2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.




4:3. Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya.
(satu sahaja kalau takut tidak boleh berlaku adil)




4:4. Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.




4:22. Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.
(haram mengahwini bekas isteri bapa dan setrusnya ...)




4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah adalah Pengampun, Pengasih.




4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki. Demikianlah Allah mengkitabkan (menetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, berilah mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidaklah bersalah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling mempersetujukan dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.




4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.




4:127. Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan, dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(mengahwini anak yatim)




5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu memberikan mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya menjadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.




24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.




24:32. Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu, dan hamba-hamba kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.




24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.




24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.




25:54. Dan Dia yang menciptakan daripada air, makhluk, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.




28:27. Berkata, "Aku menghendaki untuk mengahwinkan kamu (Musa) dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu menyempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak menghendaki untuk memberatkan kamu. Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang salih."




33:37. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu (Muhammad) dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.
(mengahwini bekas isteri anak angkat)




60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan (membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan wanita-wanita yang tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu telah menafkahkan, dan biarlah mereka meminta apa yang mereka telah menafkahkan. Itulah putusan Allah; Dia menghakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
Ewan_sn
Mengasihi Orang Berdosa


MASIH segar dalam ingatan kaum Muslimin tatkala Rasulullah bersabda, Aku bermimpi dalam tidur sedang memegang segelas susu. Kuminum hampir habis susu itu sampai rasa kenyang menyelusup di kuku-kukuku. Lalu sisanya kuberikan kepada Umar bin Khatab.


Waktu itu Seorang sahabat bertanya, Apa takwilnya, ya Rasulullah? Nabi menjawab, Ilmu.


Nyatanya, semasa memegang jawatan khalifah, Umar bin Khatab terkenal dengan kekerasan dan kegalakkannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga dalam memutuskan sesuatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya. Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya, kesedihannya atau kepentingan peribadi dan keluarganya.


Ia pernah berkata, :Membatalkan hukuman dengan diam-diam, bagiku lebih baik daripada melaksanakan hukuman dengan diam-diam.Sebab, membatalkan hukuman biasanya dilandasi oleh kebijaksanaan dan keampunan, sedangkan menjatuhkan hukuman membawa kepada rasa benci dan balas dendam. Apalagi jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi.


Seorang ayah pada suatu saat datang kepada umar dan mengadu, Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus ke dalam dosa besar. Ia patah hati, lantas mengambil pisau dan mengerat lehernya sendiri. Untung aku mencegahnya. Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga ia segar bugar kembali.


Umar merungut, Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat. Ayah itu menjawab, Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal dan bertaubat dengan sungguh-sungguh. Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk menjadi isterinya. Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin? Umar bertitah lantang,Apakah engkau bermaksud membongkar aib yang sengaja telah ditutupi Allah takdir-Nya? Demi Allah, seandainya kau melakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa di depan masyarakat sehingga menjadi contoh yang pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknya seorang perempuan terhormat dan Mulimat yang taat.


Mungkin itukah yang dinamakan kearifan dan tumbuh dari rohani yang bersih dan adil. Umar tidak segan-segan menceritakan kesalahannya kepada hakim dan meminta petanda mencabuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas jalur-jalur cemeti petanda itu, tanpa sekelumitpun Umar menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.


Namun, umar tidak ingin kecacatan orang lain diperhebohkan. Sebab, terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosokkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar. Kepada penjahat yang telah selesai menjalani hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya di masa lalu, bukan mengasingkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.


Seorang lelaki seraya termengah-mengah datang menghadap Umar. Mukanya merah padam dan suaranya menggeletar manakala ia bercerita, "Wahai Amirul Mukminin. Saya melihat dengan mata kepala sendiri, seorang pemudan Fulan dan pemudi Fulanah berpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma.


Lelaki itu berharap Umar akan memanggil kedua asyik masyuk itu dan memerintahkan petanda supaya menderanya dengan cemeti. Ternyata tidak. Umar memegang leher baju lelaki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Umar mengherdik, â??Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka dan berusaha agar mereka bertaubat? Tidakkah kau ingat akan sabda Rasulullah s.a.w., Siapa yang menutupi aib saudarannya, Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan akhirat.


Dalam fikiran Umar, bila kedua pemuda-pemudi itu dimalukan di tengah orang ramai, boleh jadi mereka akan nekad lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikan diri. Bukankah corak maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam nista berterusan?


Pada waktu yang lain, seorang Muslim diheret ke hadapannya kerana telah mengerjakan suatu dosa yang patut menerima hukuman cambuk. Tiga orang saksi mata telah mengemukakan kenyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggal seorang lagi yang merupakan penentuan, apakah hukuman dera harus dijatuhkan atau dikurungkan.


Ketika saksi keempat itu diajukan, Umar berkata, Aku menunggu seorang hamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesama Muslim dengan kesaksiannya. Dengan lega saksi keempat itu menyatakan, Saya tidak melihat suatu kesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum cambuk.Umar pun ikut bernafas lega.



*
Dipetik dari buku Koleksi Kisah-kisah Iktibar, Bila Kemanusiaan Disakiti, oleh K.H. AbdurRahman Arroisi.



Ewan_sn
Kisah Tsabit Disuruh Kahwin Kerana Sebiji Epal



Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya".

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam".

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?"

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !"

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, "Assalamu"alaikum..."

Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap".

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.
Ewan_sn
Meliwat Isteri

SOALAN:
Kami berdua berumur lebih setengah abad. Suami saya boleh dikatakan tidak pernah sembahyang, atau terlalu jarang sembahyang, juga puasa. Jauh sekali untuk menunaikan zakat. Dia selalu balik larut malam, mabuk, mengamuk tidak menentu dan bangun selepas pukul 8 pagi,

Sejak kebelakangan ini, kegemarannya ialah menonton video lucah. Akibatnya dia cuba hendak meliwati saya. Hingga sekarang ini saya tetap membantah dan berupaya mengelakkannya. Adakah benar, suami boleh meliwati isteri terutamanya dalam keadaan darurat?

Isteri Beriman, Grik


Jawapan:

Menonton video lucah termasuk dalam amalan maksiat yang boleh menghala kepada zina, kerana ia merangsang nafsu, tidak kira lelaki ataupun perempuan, tua atau muda. Ia termasuk dalam faktor-faktor atau perantaraan yang boleh menyebabkan seseorang itu terjebak dengan zina. Kerana itu, kalaulah kegiatan ini dapat dielakkan, secara tidak langsung kegiatan maksiat zina juga dapat dielakkan.

Dengan naiknya nafsu akibat menonton video lucah, seseorang itu berkemungkinan akan melakukan apa yang ditonton. Hal demikian berlaku pada suami puan, biarpun umurnya telah menjangkau penghujung 60-an. Kalau ini boleh berlaku kepada seorang lelaki yang boleh dikatakan lanjut umur, mempunyai isteri, tentunya ini juga akan berlaku kepada golongan muda yang mempunyai nafsu lebih kuat.

Liwat ataupun melakukan hubungan jenis pada dubur adalah sejahat-jahat perlakuan, tidak kira dilakukan ke atas sesama lelaki atau perempuan, sama ada pada dubur isteri atau bukan isteri. Amalan haram dan ditegah syarak.

Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat yang masyhur namanya dipanggil dengan Ali bin Talaq r.a ia berkata, seorang Badui.. telah datang menemui Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, ada satu kemusykilan mengenai satu hukum, saya ingin tahu. Seorang lelaki daripada golongan kami berada di atas padang tanah lapang. Keluar daripada lelaki itu angin busuk, iaitu kentut. Ia membawa sedikit air. Ia hendak sembahyang dan mengambil wuduk. Kalau air itu diguna untuk wuduk, apa yang boleh diminum apabila dahaga. Berilah kami petua agar dapat saya amalkan.”

Mendengarkan kata-kata lelaki tadi baginda menjawab: “Apabila salah seorang daripada kamu terkentut, ia hendaklah berwuduk dengan air, andainya tidak ada air ia boleh tayamum.”

Kemudian Baginda menyambung katanya: “Dan jangan kamu datangi isteri kamu pada dubur mereka. Maka bahawasanya Allah tidak malu daripada yang hak” (Hadis Hasan).

Larangan ini adalah menyeluruh, termasuk isteri sendiri, biarpun atas alasan si isteri sedang dalam keadaan haid atau sakit farajnya. Dalam keadaan seperti ini, si suami hendaklah sabar menunggu sehingga si isteri telah bersih daripada haid atau telah sembuh farajnya.

Menurut Syafie, wati pada dubur (liwat) sehingga menyerupai orang yang wati pada kabul (bahagian hadapan) berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis-hadis.

Menurut Imam Syafie lagi, tidak sayugia bagi isteri menurut kemahuan suami untuk melakukan liwat ke atasnya, andainya ia dipaksa atau dikasari, ia boleh membuat aduan kepada kadi. Kadi boleh menegah si suami daripada berbuat demikian. Andainya si suami tetap mengulanginya ia boleh menghukum sebagai pengajaran atau ajaran dengan hukuman yang lebih ringan daripada hukuman zina. Menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf, melakukan liwat adalah haram hukumnya.

Sesungguhnya amalan liwat itu tidak akan dilakukan oleh mereka yang baik fikirannya. Allah tidak memandang mereka yang berbuat demikian dengan pandangan rahmat. Amalan ini dilaknat oleh malaikat, juga sekalian manusia.

Dalam sebuah hadis, daripada Ibn Abbas, ia telah berkata kepada lelaki yang mewati akan seorang lelaki atau perempuan pada duburnya dengan pandangan belas kasihan.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada Huzaimah bin Sabit, dinyatakan ada seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah mengenai amalan mendatangi isteri pada bahagian belakangnya. Baginda menjawab menyatakan halal. Apabila lelaki yang bertanya itu beredar pergi, baginda memanggilnya semula dan bertanya, tentang apa yang ditanyanya tadi, wati yang bagaimana yang dimaksudkan, atau pada bahagian mana yang dilakukan. Adakah ia melakukan wati dari bahagian belakang menuju ke lubang faraj atau wati bahagian belakang iaitu dubur? Kalau wati dari bahagian faraj maka tidak mengapa, tetapi wati daripada bahagian belakang menuju ke lubang dubur, tidak harus.

Baginda memberitahu kepada para sahabat, bahawasanya Allah tidak malu untuk memberitahu apa yang hak dan mustahak diberitahu andainya mereka semua malu mahu menyebutnya. Jaga-jaga jangan kamu semua melakukan wati terhadap isteri kamu pada bahagian duburnya. Hadis riwayat oleh an-Nasaiy, Imam Ahmad dan Ibn Habban.

Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: Barang siapa mendatangi perempuan yang haid ataupun perempuan yang haid pada bahagian duburnya, atau menemui tukang nujum lalu dia membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya orang berkenaan telah kufur dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad.’’ Riwayat Ahmad, at-Tarmizi dan an-Nasaiy.

Hubungan jenis

Keterangan di atas menjelaskan bahawa melakukan hubungan jenis melalui dubur adalah terlarang dan terlaknat biarpun terhadap seorang isteri. Orang yang waras tidak berkelakuan demikian, kerana itu, andainya suami bertindak untuk berbuat demikian, isteri tidak sewajarnya menuruti kehendaknya.

Liwat adalah hubungan seks luar tabii, bukan amalan orang yang beriman. Suami puan suka menonton video lucah yang boleh didapati di mana-mana dengan mudah. Sekali dia melakukan liwat terhadap puan berkemungkinan besar ia akan terus mengulanginya. Perbuatannya akan terhenti buat sementara apabila kehendak nafsunya terlaksana. Tiba waktunya apatah lagi dirangsang oleh video lucah yang ada dalam simpanannya ia akan melakukannya lagi.

Suami puan tidak sembahyang, tidak puasa, tidak mengeluarkan zakat kerana tidak diketahui sama ada tidak cukup nisab atau semata-mata keengganannya tidak diperjelaskan.

Biasanya insan seperti ini, juga tidak akan menunaikan haji. Dan seandainya dia meliwat di samping mengabaikan Rukun Islam, maka cukuplah rangkaian dosa besar itu menghuni dalam diri juga iktikad suami puan. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan puan terselamat daripada diliwat.
Ewan_sn
Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar

SOALAN:
TOLONG berikan penjelasan berdasarkan nas al-Quran atau hadis berhubung "Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut" berbanding dengan "Ketaatan isteri kepada ibu bapanya?"



JAWAPAN:
Apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT.

Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri.

Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.

Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: "Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya." (riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Namun dari segi peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

Di dalam al-Quran Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.(al-Isra': 23-24).

Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: Amin, Amin,Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata: " Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad Amin, maka aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah Amin, aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata: Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga.(Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).

Di samping banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.
Ewan_sn
Adab berjimak

Soalan:
Apakah pandangan Islam, mengenai hak seorang isteri ke atas suaminya. Ada di antara suami yang gagal menunaikan hak isterinya khususnya dalam menunaikan jimak, dengan alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti di luar.





Jawapan:

Jimak adalah hak seorang isteri yang wajib ke atas suaminya merupakan pandangan Ibn Qudamah al-hanbaliy, al-Wat’u, wajib atas seorang lelaki. Maksudnya, wajib ke atas seorang suami ‘mendampingi’ isterinya sekiranya dia tidak uzur, ini pandangan Imam Malik.

Dalil yang mewajibkan jimak ialah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa’: 129).

Berdasarkan ayat ini Imam al-Jashsas berkata, si isteri wajib mendapatkan nafkah batin daripada suaminya. Ini kerana ayat di atas adalah menjadi dalil bahawa jangan tinggalkan isteri-isteri kamu dalam keadaan tergantung (tidak menunaikan hak jimak ke atas mereka).

Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash yang bermaksud: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai Abdullah bukankah aku telah memberitahu engkau bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersolat malam (secara berterusan)? Aku menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jangan buat begitu, puasalah engkau dan berbuka, bangun malam untuk solat dan tidur, sesungguhnya jasad engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya mata engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya isteri engkau mempunyai hak ke atas engkau.

Dalam mensyarahkan hadis ini ulama berpendapat: Tidak harus bagi seorang suami hanya mementingkan ibadat sehingga lalai dari menunaikan hak seorang isteri.

Di dalam syariat Islam nikah adalah untuk memelihara kemaslahatan suami dan isteri demi memelihara maruah diri supaya tidak melakukan suatu yang ditegah oleh Allah sehingga melangsaikan keinginan nafsu pada jalan yang haram.

Di dalam athar sahabah, Umar bin al-Khattab r.a telah memutuskan keputusan di dalam qada ke atas Kaab bin Siwar supaya seorang lelaki hendaklah bermalam bersama isterinya setiap empat malam sekali.

Dalam memperhalusi fatwa Umar ini Ibn Qudamah menyatakan: “Sesungguhnya keputusan Umar ini tersebar dan tiada yang membantahnya dan ia dipersetujui oleh ulama (ijmak). (Ibn Qudamah, al-Mughniy, jld:7, hlm: 29).

Maka bagi suami yang bersama dengan isterinya bukan dalam musafir, maka hendaklah menunaikan hak isterinya paling tidak empat hari sekali. Pandangan ini disokong oleh Imam al-Ghazali.

Di dalam menunaikan hak nafsu pada jalan yang halal ini, Islam telah mengajar umatnya supaya memelihara adab-adab berjimak supaya tidak melampaui batasan syarak.

Di antaranya ialah:

1- Melafazkan bismillah, dan mohon perlindungan dari kerterlibatan syaitan dalam jimak.

Telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Sekiranya ada di antara kalian yang ingin mendatangi isterinya (jimak) hendak membaca: Bismillah, Allahumma jannibna al-Syaitan wa jannib al-syaitan maa razaqtana, sekiranya mereka berdua dikurniakan anak maka anak itu tidak akan dimudaratkan oleh syaitan”. (al-Bukhari, Syarah al-‘Asqalaniy, jld:9, hlm: 305).

2. Hampir tidak dipelihara ialah menutup tubuh ketika mengadakan hubungan kelamin.

Baginda Rasulullah SAW ada berpesan, melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu ingin mendatangi isterinya maka hendaklah menutup dan jangan telanjang bulat seperti keldai liar”. (Ibn Majah, jld: 1, hlm: 619).

3. Tidak menyetubuhi isteri di sisi isteri yang lain atau didengari oleh isteri yang lain.

4. Tidak menghadap kiblat, antara adab yang jarang didedahkan ialah tidak menghadap kiblat ketika jimak.

Ini kerana Amru bin Hazam dan athar menghukum perbuatan menghadap kiblat ketika jimak dan bercakap banyak ketika jimak sebagai makruh.

Perkara ini pernah ditegur oleh Rasulullah saw dalam hadis yang bermaksud: “Jangan kamu banyak berbicara ketika berjimak dengan isteri-isteri kamu”. (al-Mughniy, jld:7, hlm: 25).

5. Mencapai kepuasan dalam jimak. Tidak dikira sempurna jimak itu selagi tidak mencapai kepuasan oleh pasangan suami dan isteri.

Kesimpulannya, walaupun jimak adalah ibadat, dalam melakukan ibadat kita mengharapkan agar ia membawa maksud yang positif kepada si pengamalnya.

Justeru, adalah wajar bagi setiap pasangan memelihara adab dan menjaga batasan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan kehendak nafsu sehingga melakukan suatu yang bukan dari budaya Islam.


Ewan_sn
Pengertian Talak, Rujuk, Idah, Fasakh, Khuluk, Nusyuz, Zihar dan Lian





TALAK

1. MAKSUD

Bahasa : melepaskan ikatan

Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan melaui lafaz talak


2. HUKUM

Wajib : Apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian

Sunat : Apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri

Makruh : Jika suami menceraikan isteri yang baik

Harus : Apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri

Haram : Jika menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu



3. JENIS-JENIS TALAK

Talak raj’i : Talak 1 / 2, boleh rujuk jika belum habis idah)

Talak bain : (talak 3 / isteri tebus talak, tidak boleh rujuk)

Talak sunni : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang pernah disetubuhi

Talak bid’i : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah disetubuhi / selepas disetubuhi



4. RUKUN TALAK

· Suami

· Isteri

· Lafaz;

§ Jenis-jenis lafaz;

- lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan)

- lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia bermaksud cerai / tidak)



5. BILANGAN TALAK : 3 kali



6. TALAK TAKLIK :

· Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat

· Terbahagi kepada 2 :

§ Taklik biasa

- Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan satu"

- Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada waktu itu

§ Taklik secara khuluk

- Seperti yang terdapat dalam surat nikah.

- Akibat talak taklik secara khuluk , suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.



7. MENGAPA TALAK DITANGAN LELAKI;

· lelaki mempunyai hak mengendalikan urusan rumah tangga

· lelaki pemimpin keluarga

· lelaki lebih cermat dan tabah menghadapi kesulitan



8. HIKMAH TALAK

· memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan

· memberi peluang mencari penghidupan baru

· sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang bertengkar



9. AKIBAT TALAK

· anak-anak menjadi mengsa dan menghadapi tekanan

· anak-anak tiada pengawasan





RUJUK



1. MAKSUD

· Bahasa : kembali

· Istilah : suami mengambil kembali bekas isterinya yang telah diceraikan dalam masa idah

raj’i.



2. HUKUM;

· Wajib :

bagi suami yang menceraikan salah satu daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian gilirannya.

· Haram :

jika rujuk mendatangkan kemudaratan kepada isteri

· Makruh :

jika perceraian lebih baik dari rujuk

· Harus :

jika rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan keluarganya



3. RUKUN RUJUK;

· Suami

· Isteri

· Lafaz rujuk



4. SYARAT RUJUK;

i. Suami

§ Islam

§ Baligh

§ Berakal

§ Dengan kemahuan sendiri

ii. Isteri

§ Islam

§ Telah disetubuhi suami

§ Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk

§ Bukan dijatuhkan talak tiga

§ Masih dalam tempoh idah

iii. Lafaz / sighah

§ Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau "

§ Tidak bertaklik

§ Tidak ditentukan had masa



5. HIKMAH RUJUK;

i. Supaya pasangan dapat membina hidup baru dengan mengakui kesilapan masing-masing

ii. Menyambung ikatan kekeluargaan

iii. Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang tidak baik

iv. Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri







IDAH



1. MAKSUD :

· Bahasa : tempoh pengiraan

· Istilah : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami



2. JENIS DAN TEMPOH IDAH :

i. Idah disebabkan perceraian

a. Sedang hamil

§ Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil

§ Tiga kali suci

c. Putus haidh

§ Tiga bulan

d. Belum disetubuhi

§ Tiada edah



ii. Idah disebabkan kematian suami

a. Hamil

§ Hingga melahirkan anak

b. Tidak hamil

§ 4 bulan 10 hari

c. Putus haidh

§ 4 bulan 10 hari

d. Belum disetubuhi

§ 4 bulan 10 hari



3. SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :

· Bagi perempuan bercerai hidup

§ Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami

§ Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil

· Bagi perempuan bercerai mati

§ Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan

· Bagi perempuan yang belum disetubuhi

§ Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami



4. HIKMAH IDAH :

· Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain

· Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya

· Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat

· Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya



5. HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :

· Hak semasa idah

§ Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua

- Masih dibawah tanggungjawab suami

- Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )

- Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya

§ Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain

- Isteri tidak boleh dirujuk

- Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal

- Tidak mendapat hak perwarisan harta

§ Bagi isteri yang kematian suami

- Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya

· Hak selepas idah

§ Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami

§ Bebas menetukan kahidupan sendiri

§ Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula

§ Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya



6. PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH

Dipinang

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan sama ada pemingan secara terang / sindiran

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak

§ Bagi perceraian mati

Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak

Menghias diri

§ Bagi perceraian hidup

- Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika dalam idah bain disunatkan tidak berhias

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan berhias

Berkahwin

§ Bagi perceraian hidup

- Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami

§ Bagi perceraian mati

- Diharamkan berkahwin






FASAKH



1. MAKSUD : membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai



2. HUKUM : harus , bila ada sebab



3. SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH :

· suami tidak memberi nafkah / tempat tinggal / mas kahwin

· tidak tahu kedudukan suami

- suami hilang selama 6 bulan

- keadaan ini dibolehkan fasakh kerana ia sama dengan keadaan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin

· suami berpenyakit yang tidak boleh diubati

· salah seorang cacat

· salah seorang dari isteri / suami murtad

· berlaku persetubuhan syubhat ( salah sangka )

· suami zalim

· tidak bernafsu dengan lelaki

· kecacatan syarie



4. HIKMAH :

· mengelakkan kaum wanita teraniaya

· menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian

· memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya






KHULUK



1. MAKSUD : perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran kepada suami ( TEBUS TALAK )



2. HUKUM : harus

- jika isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya

- bimbang berlaku derhaka terhadap suami jika meneruskan ikatan perkahwinan



3. AKIBAT : tidak boleh rujuk semula melainkan dengan akad nikah yang baru



4. BAYARAN TIDAK DI TETAPKAN:

· dengan cara suami minta harga

· persetujuan suami isteri



5. BAYARAN BOLEH DENGAN

· nilai mata wang / barang-barang halal, suci, berharga, bermanfaat



6. CATATAN

· khuluk tidak boleh dipaksa oleh orang lain

· khuluk tidak mengurangi bilangan talak

· khuluk boleh dilakukan pada masa haid



7. TUJUAN / HIKMAH DIHARUSKAN :

· mengelakkan isteri menderhaka

· beri penghormatan kepada wanita bertindak mengikut syarak

· menginsafkan suami / mengelakkan ego suami yang suka menyalah gunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.



8. RUKUN

1. suami

2. isteri

3. bayaran yang dipersetujui

4. ucapan






NUSYUZ



1. MAKSUD :

· Dari segi bahasa : ingkar

· Dari sudut istilah : suatu tindakan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an munasabah mengikut hukum agama





2. CONTOH :

1. keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan mustahak

2. tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran

3. musafir tanpa izin suami

4. membantah perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran islam

5. berpaling dari suami ( masam muka )



3. CARA ATASI :

· menjalankan tanggungjawab masing-masing

· berunding

· peka kepada keperluan masing-masing



4. KEADAAN TIDAK NUSYUZ;

· tidak sediakan makanan

· berkata kesat / kurang sopan



5. GARIS PANDUAN SELESAIKAN MASALAH ISTERI NUSYUZ;

· nasihat

· pulau tempat tidur

· beritahu keluarga isteri

· pukul dengan tidak mencederakan

· khidmat nasihat kaunseling islam






ZIHAR



1. MAKSUD :

· Bahasa : belakang

· Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya



2. HUKUM :

· Haram dan berdosa besar



3. RUKUN DAN SYARAT

· Suami

§ Baligh

§ Berakal

§ Sah talak

§ Dengan kemahuan sendiri

· Isteri

§ Isteri yang sah

§ Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

· Orang yang diserupakan dalam zihar

§ Perempuan

§ Perempuan yang muhram dengan sebab nasab, penyusuan / persemendaan

· Sighah

§ Jelas dan khusus

§ Jika tidak jelas ia perlu kepada niat atau maksud ungkapan suami



4. CARA MENGHINDARI BERLAKUNYA ZIHAR

· Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah dan berselisih faham

· Memahami konsep zihar sebenar

· Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri



5. KIFARAT ZIHAR

· Memerdekakan seorang hamba

· Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut

· Memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap seorang



6. AKIBAT ZIHAR

· Suami mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar kerana mengharamakan perkaran yang dihalalkan oleh islam

· Suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan

· Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri

· Suami wajib membayar kifarah






LI'AN



MAKSUD

Bahasa : laknat

Istilah :

- sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab

- sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya



SEBAB BERLAKU LI'AN

Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya

- Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi

- Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya

- Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah



PROSES BERLAKU LI'AN

Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup

Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya

Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian

v Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya

§ Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta

v Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan tuduhan suaminya

§ Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta



KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI

Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an

Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya

Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf

Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an

Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah

Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya



HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN

Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah

Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai

Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina
Ewan_sn
Tunang dikatakan pernah berzina



Soalan


Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?

Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.






Jawapan :

Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.

Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita agar menyelidik sebarang berita terutamanya yang berat seumpama ini. (surah al-Hujurat ayat 6)

Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar. Erti hadith: “Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain” (Al-Hakim)

Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, ciri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan ciri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita.

Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina :

Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :

a)Firman Allah : “ Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.’ (An-Nur :3)

B) Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.”(An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama.

Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan :-

a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.

b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a’lam.
Ewan_sn
Perceraian dan poligami


SOALAN :

Suami telah berkahwin dengan wanita lain tanpa mendapatkan persetujuan mahupun memberitahu saya sebelum perkahwinan. Soalan saya, adakah undang-undang membenarkan beliau berbuat demikian tanpa mendapatkan kebenaran saya sebagai isteri pertama?

Jika ya, atas dasar apakah Mahkamah akan memberikan hak tersebut.




JAWAPAN :

Bukanlah suatu kewajipan menurut hukum syarak untuk suami memberitahu atau meminta izin isteri sedia ada sebelum berpoligami.

Tetapi menurut undang-undang syariah, seksyen 23 EUKIS 2003, suami mesti mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu sebelum berpoligami. Seterusnya pihak Mahkamahlah yang akan memanggil isteri sedia ada untuk hadir dalam perbicaraan. Jika ini terjadi maka isteri sedia ada akan tahu hasrat suami untuk berpoligami walaupun suami cuba merahsiakannya sebelum ini.

Mengenai izin isteri, menurut hukum syarak dan undang-undang syariah, bukanlah satu kemestian kerana apa yang menjadi syarat keharusan berpoligami ialah kemampuan suami untuk memberi nafkah dan berlaku adil. Walaupun isteri sedia ada tidak bersetuju dengan berpoligami, pihak suami masih boleh melakukannya asalkan dia berjaya membuktikan kemampuannya sebelum berpoligami, dan berterusan bersikap adil selepas poligami dilakukan.

Beberapa tahun dahulu, iaitu sebelum poligami menjadi bidangkuasa Mahkamah Syariah, memanglah di peringkat pejabat Agama, izin isteri sedia ada diperlukan. Tetapi mungkin dalam hal itu telah banyak berlaku penyelewengan, di mana suami mendapatkan tandatangan isteri tanpa pengetahuan isteri, atau memaksa isteri dan sebagainya, dan dalam itu juga telah banyak menimbulkan masalah rumahtangga antara pasangan yang berpoligami. Maka dengan sebab itulah digubal undang-undang yang mewajibkan suami mendapat kebenaran Mahkamah Syariah sebelum berpoligami, ia bertujuan untuk memastikan suami yang berpoligami betul-betul berkemampuan dan seterusnya dapat mengurangkan masalah rumahtangga. Apabila permohonan poligami dikemukakan di Mahkamah, maka pihak isteri diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pendiriannya, tetapi tidaklah isteri itu boleh mengatasi kuasa asal mahkamah untuk memberi kebenaran poligami sekiranya mahkamah berpuas hati tentang kemampuan suami.


Ewan_sn
Status wanita yang telah melahirkan anak luar nikah




Soalan :

Assalamualaikum.

Saya ada beberapa persoalan yang ingin diajukan pada pihak taun ;

1. Apakah status bagi wanita yang telah melahirkan anak luar nikah (anak dara atau janda)?

2. Bagaimanakah proses yang perlu dilalui oleh wanita tersebut jika ingin berkahwin dengan lelaki yang masih bujang dan bagaimana pula hukum pada saksi yang telah mengetahui bahawa wanita tersebut telah melahirkan anak luar nikah?

3. Adakah dikenakan denda kepada wanita ini kerana melahirkan anak luar nikah tersebut, kalau didenda apakah bentuk denda tersebut?

Di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini.

Terima kasih.





Jawapan :
1. Wanita yang mealhirkan anak luar nikah masih dikira sebagai anak dara.

2. Proses untuk berkahwin sama seperti permohonan perempuan yang bujang (boleh lihat prosedur permohonan nikah).

Hukum saksi yang mengetahui perkara tersebut sama seperti hukum mengetahui perkara mungkar, perlu dilaporkan, jika tidak dianggap subhat.

3. Dia tidak disabitkan kesalahan anak luar nikah tetapi persetubuhan luar nikah (Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995).

Sabit kesalahan seksyen 25 persetubuhan luar nikah (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Sekian, terima kasih.
Ewan_sn
Suami lafaz cerai dan rujuk


Soalan

Assalamualaikum

Di sini saya ingin bertanya.

Suami saya telah berkata "i divorce you now". 5 hari selepas itu dia berkata "Saya rujuk dengan awak hari ini" dan saya kata "iya".

Selepas 3 bulan saya mengandung dan sekarang selamat melahirkan anak perempuan.

Soalan saya :

1. Sahkah rujuk kami itu?

2. Apakah hukum atas anak kami?

Saya harap ustaz dapat memberi jawapan. Terima kasih. Wassalam.




JAWAPAN :

1. Rujuk tersebut adalah sah.

2. Hukum anak itu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada pihak suami puan.
Ewan_sn
Prosedur Perkahwinan bagi anak luar nikah / anak angkat



Soalan

Assalamualaikum

a) Apakah prosedur yang perlu jika pasangan yang ingin dikahwini adalah anak luar nikah atau anak angkat? Sila jelaskan (borang yang harus disertakan/ diisi?

B) Jika alamat pada kad Pengenalan perempuan yang ingin dikahwini tertera dari negeri lain, adakah harus pasangan itu diijabkabul di negeri tersebut walaupun telah lama bermastautin di negeri lain?

terima kasih.



Jawapan :

Tuan,

Prosedur antara anak luar nikah dengan anak angkat yang dikahwini adalah berbeza,

Anak luar nikah yang akan dikahwini hendaklah mendapat kebenaran menggunakan wali hakim melalui Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Anak Angkat : Sekiranya diketahui bapanya masih ada, perkahwinan ini perlu diwalikan oleh bapa kandung, walaubagaimanapun jika bapa kandung tidak dapat dikesan tetapi diyakini masih hidup, usaha mencarinya perlu dilakukan terlebih dahulu, sekiranya gagal pihak bakal pengantin perempuan perlu mendapatkan kebenaran permohonan wali hakim daripada pihak Mahkamah Syariah.

Pernikahan boleh dilakukan di negeri Selangor tetapi perlu mengisi borang bermastautin yang diperakukan oleh Jawatankuasa penduduk atau nazir masjid atau ketua kampung disebabkan perbezaan alamat di kad pengenalan.
Ewan_sn
Mencari pasangan terpuji


SOALAN:

TEMAN saya seorang kerani di sebuah kolej swasta ingin mengahwini seorang yang pernah menjadi pelakon yang pernah menggugurkan kandungan. Tidak jelas kenapa ia berhenti menjadi pelakon. Adakah hasratnya itu bertentangan dengan ajaran Islam. Bakal isteri mesti dicari daripada golongan yang beragama, berakhlak mulia juga terpelajar demi menjamin masa depan keluarga.

Suriani, Klang, Selangor.




Jawapan:

MEREKA yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral, iaitu zina kebanyakannya berpunca dari runtuhan nafsu, untuk enjoy, suka-suka atau berseronok-seronok sementara masih muda dan bukan berniat untuk berkahwin. Pengaruh luaran juga memainkan peranan utama terutamanya teman-teman. Bagi perempuan, mereka mungkin menjadi cair dengan pujuk rayu lelaki, yang menabur ribuan janji, terutamanya janji cinta juga untuk mengambilnya sebagai isteri. Tanda kesetiaan ialah pengorbanan dengan menyerahkan diri. Sukar untuk meluluskan diri daripada kemelut seperti ini apabila seseorang itu terutamanya pihak perempuan telah terlanjur jauh dengan pasangannya.

Tidak kurang mereka yang bercinta dengan memaparkan warna warni kasih sayang, cinta sejati yang akan berakhir dengan pernikahan, namun apabila si perempuan mengandung, hatinya berubah, lebih-lebih lagi sekiranya hubungan itu telah begitu lama dan ada perempuan lain, lalu sedikit demi sedikit si lelaki menyisihkan diri dan akhirnya sukar dihubungi atau hilang langsung. Khayalan indah yang menyelubungi hidup diri selama ini menjadi impian ngeri.

Apabila seorang perempuan itu berada dalam keadaan seperti ini iaitu telah terlanjur, ia tidak ubah seumpama terjebak. Hendak lari meninggalkan pasangannya, harapan untuk dikahwini oleh lelaki berkenaan masih ada, apatah lagi sekiranya janji-janji manis masih tetap ditabur. Hendak mencari pasangan lain terasa diri telah ternoda. Orang yang pernah melakukan perbuatan seperti ini amat sukar baginya untuk surut ke belakang, kecuali mereka yang mempunyai keazaman, ketabahan dan berupaya menundukkan nafsunya dengan bertaubat nasuha.

Orang yang berakal dan dapat menggunakan akalnya untuk berfikir waras, berupaya membezakan antara perbuatan baik dan buruk tidak akan rela untuk melakukan perzinahan, apatah lagi menggugurkan kandungannya. Tidak ada perempuan yang rela atau berkeinginan hendak menjadi pelacur, biar betapa jahat seseorang itu. Tidak ada orang yang rela menjadi perempuan simpanan, biar betapa banyak wang atau permata ditabur. Tidak ada perempuan yang sudi menagih kasih dengan merelakan diri untuk ditiduri oleh lelaki yang bukan suaminya.

Perbuatan terlarang menurut agama seperti yang disebut di atas, juga hina menurut pandangan mata dan fikiran waras manusia selalunya terjadi kerana keadaan yang mendatang, menyebabkan seseorang itu seolah-olah terjebak, tidak dapat meluluskan diri daripada kehidupan yang terkutuk, di samping tidak berupaya menahan runtunan nafsu. Kerana itulah maka Islam melarang umatnya daripada menghampiri zina. Iaitu menjadikan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya perzinahan seperti berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang diistilahkan sebagai berkhalwat melakukan sesuatu kegiatan yang boleh merangsang nafsu dan sebagainya. andainya gejala-gejala yang merangsang nafsu untuk melakukan zina itu dapat dihindarkan, insya-Allah zina akan dapat dielakkan.

Islam menyuruh seseorang itu mencari pasangan hidup yang mempunyai sifat-sifat terpuji. Andainya ia seorang lelaki, ia perlu mencari pasangannya terdiri daripada orang yang baik-baik, boleh melahirkan anak yang banyak, kerana Rasulullah saw berbangga dengan bilangan umatnya yang banyak di hari kiamat kelak, pengasih dan ada rasa tanggungjawab pada suami, pada diri sendiri, anak-anak yang bakal dilahirkan, kasih kepada keluarga lelaki yang dikahwini dan tahu menghormati teman-teman suaminya.

Rasulullah saw ada menyatakan bahawa seorang perempuan itu dikahwini kerana empat sebab, kerana harta, kecantikan, kerana keturunannya juga kerana agama. Dalam masalah ini baginda menyuruh seseorang itu mengutamakan keperluan agama yang dimiliki, berbanding dengan faktor-faktor lain yang dijelaskan.

Memperkatakan tentang agama, ini bukan bererti seseorang itu langsung tidak perlu mengambil kira kecantikan paras pasangan yang bakal dikahwini. Kecantikan adalah sesuatu yang nisbi. Seseorang perempuan itu mungkin dipandang cantik oleh seseorang, tetapi tidak cantik menurut mata orang lain. Seseorang itu juga perlu memandang cermin diri sendiri. Andainya ia mempunyai wajah yang tidak cantik dan ingin mengahwini pasangan yang cantik, ia mungkin akan menghadapi masalah. Kerana itulah dikatakan bahawa apa yang disebut sebagai cantik, yang dirujuk pada diri manusia itu adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

Agama yang dimiliki oleh seseorang akan mempertahankan kecantikan yang dimiliki, kerana kecantikan fizikal dimiliki akan pudar sedikit demi sedikit dimamah usia. Biarpun kecantikan telah luluh, tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai rasa tanggungjawab keluarga, kecantikan yang sebenar akan tetap wujud bagi menjamin keharmonian rumahtangga.

Harta yang dimiliki oleh seseorang akan diberkati Allah sekiranya ia dikendalikan dengan betul oleh pasangan suami isteri, terutamanya oleh isteri di mana sebahagian besarnya tanggungjawab rumah tangga terletak di bawah kelolaannya. Rasa tanggungjawab selalunya lahir daripada isteri yang baik dan isteri yang baik itu lahir daripada isteri yang mempunyai latar belakang agama.

Agama juga berupaya memelihara nasab atau keturunan seseorang. Tanpa agama ataupun iman, nasab atau martabat tinggi boleh menyebabkan seseorang itu angkuh dan sombong, merasa diri lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang tidak setaraf dengannya, termasuklah suami yang dikahwini sekiranya ia tidak mempunyai keturunan yang sama, padahal tinggi atau rendahnya martabat seseorang itu di sisi Allah ialah bergantung kepada sifat taqwa yang dimiliki.

Dalam urusan hendak mengahwini seseorang, baginda Rasulullah menjelaskan bahawa lelaki yang hendak meminang seorang perempuan, ia hendaklah melihat menyelidiki latar belakangnya, yang menjadikan daya tarikan untuk mengahwininya.

Andainya seseorang lelaki itu mengahwini seorang perempuan kerana hartanya, Allah akan menjadikannya fakir. barang siapa berkahwin kerana keturunannya, Allah akan membinasakannya. Tetapi barang siapa berkahwin dengan tujuan agar dapat menundukkan pandangannya, membentengi nafsu ataupun untuk menyambung tali persaudaraan, maka Allah akan memberi keberkatannya kepadanya dengan perempuan itu.

Asas-asas perkahwinan menurut Islam adalah jelas, di mana seseorang itu perlu meneliti bakal pasangannya, membolehkan seseorang itu tertarik untuk berkahwin dengan pasangan tersebut. Merujuk kepada teman saudara, minat atau keinginannya untuk berkahwin dengan perempuan berkenaan berlaku kerana rasa simpati atau belas menginsafi latar belakang perempuan berkenaan.

Tidak ada unsur-unsur syubahat atau tanggungan dosa dalam masalah yang saudara kemukakan berkaitan hasrat teman saudara itu. Begitu juga dengan dosa-dosa berzina yang pernah dilakukan oleh perempuan berkenaan termasuk perbuatan menggugurkan anak. Mengenai syarat-syarat seperti yang saudara tanyakan, saudara perlu merujuk hukum asal yang diperlukan seperti yang tersebut jelas dalam kitab-kitab fiqah, iaitu adanya pasangan lelaki dan perempuan, ada lafaz yang mengandungi ijab dan kabul, ada wali dan dua saksi.

Biarpun demikian, teman saudara perlu mempunyai kekuatan dan keikhlasan. Tidak salah mengahwini perempuan yang pernah menggugurkan kandungannya, malah teman saudara itu sebenarnya telah melakukan sesuatu yang baik, cuba menyelamatkan wanita berkenaan daripada terus menerus hidup tidak menentu. Seperti yang dijelaskan, wanita yang pernah terlibat dengan perbuatan-perbuatan seperti ini, berlaku bukan semestinya di atas kerelaannya sendiri, tetapi apabila ia terlibat, sukar baginya untuk melepaskan diri daripada belenggu yang mengikat dan mengancam pada hal lelaki yang terlibat enggan hendak mengahwininya, ataupun hilang begitu sahaja, lesap tidak dapat dikesan.

Selain daripada ada rasa ikhlas dan kekuatan diri, biarkan segala rahsia yang pernah berlaku pada wanita tersebut menjadi rahsia diri dan dikuburkan untuk selama-lamanya biarpun untuk pengetahuan orang yang kita kasihi, ayah dan ibu, adik beradik juga teman-teman. Tidak mudah bagi seseorang ibu atau bapa untuk menerima anaknya yang masih bujang mengahwini perempuan yang pernah menggugurkan kandungannya.

Teman saudara perlu memahami bahawa dirinya adalah pembimbing kepada perempuan berkenaan. Pembimbing perlu lebih berilmu dan ampunya ketahanan diri. Dalam masa yang sama wanita berkenaan perlu menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh teman saudara, bertaubat nasuha dan menginsafi diri kerana diketemukan oleh Allah dengan manusia yang ingin membimbingnya ke jalan yang diredhai.
Ewan_sn
Prosedur pernikahan di luar tempat bermastautin



Soalan :

Assalamualaikum

Saya ingin bertanyakan prosedur pernikahan sekiranya saya bercadang untuk bernikah diluar tempat saya bermastautin. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Selangor dari lahir sehingga kini. Akan tetapi saya ingin bernikah di Kuantan disebabkan nenek saya yang berada di sana tidak dapat berjalan jauh. Oleh yang demikian saya ingin tahu :

1. Bolehkah saya bernikah di luar Selangor?

2. Jika boleh, apakah prosedur yang perlu dilalui?

Sekian, terima kasih.




Jawapan :

Mengenai soalan saudari itu adalah dibolehkan saudari bernikah di luar negeri Selangor dengan mengikut prosedur seperti berikut :

1. membuat permohonan kebenaran bernikah melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat kediaman saudari dengan mengisi borang yang lengkap yang telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar nikah

2. Mengisi borang bermastautin jika alamat di kad pengenalan dengan alamat tempat tinggal saudari berbeza

3. Semua dokumen yang perlu dibawa ketika menyerahkan permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Selangor adalah seperti berikut :

- Sijil Pra Perkahwinan

- Ujian HIV yang telah diambil di mana-mana klinik kerajaan (Borang boleh didapati di Pejabat Agama Islam daerah).

4. Setelah mendapat surat kebenaran berkahwin dari pejabat Agama Islam Daerah negeri Selangor, saudari perlu membawa ia kepada Imam jurunikah di Kuantan.


Ewan_sn
Bernikah ketika mengandung 8 bulan


Soalan :

Assalamualaikum,

Saya ingin tahu jika saya bernikah ketika saya mengandung 8 bulan. Adakah perkahwinan saya sah? Dan adakah anak yang saya kandung anak luar nikah? Saya bernikah di Masjid Negara. Saya betul-betul musykil.

Sekian Terima Kasih




Jawapan

Wanita yang sedang mengandungkan anak luar nikahnya, boleh diijab Qabulkan. Pernikahannya SAH sekiranya semua syarat-syarat nikah yang telah ditetapkan mengikut Hukum Syarak dipenuhi. Anak yang sedang dikandung 8 bulan, tetap menjadi anak luar nikah ( ANAK TAK SAH TARAF) walaupun selepas kelahirannya saudari telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Tambahan maklumat: Namun Wanita yang mengandung dan kemudian diceraikan oleh suaminya, HARAM hukumnya bernikah dengan mana-mana lelaki lain kerana masih dalam eddah perceraian dengan suaminya. Eddahnya akan tamat selepas ia melahirkan anaknya. Anak tersebut adalah ANAK YANG SAH TARAF dan boleh dinasabkan( di bin @ di bintikan) keturunan dengan bekas suaminya.

Ewan_sn
Berapa lama untuk kes berpoligami?



Soalan:


Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, berapa lamakah masa yang diambil untuk seseorang ingin berpoligami? Saya telah bersetuju membenarkan suami saya mengahwini bekas isterinya. Saya ingin mengetahui berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes berpoligami ini?

Sekian Terima Kasih




Jawapan

Jangkamasa mendapatkan kebenaran berpoligami tiada penetapan yang khusus. Permohonan poligami tertakluk kepada perbicaraan dan kelulusan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah tidak lagi berada di dalam bidang kuasa pihak Jabatan Agama Islam di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun berdasarkan kepada pemerhatian luaran sesetengah kes ada yang memakan masa kurang dari sebulan dan ada juga yang melewati tempoh lebih dari 3 bulan. Bagi mendapatkan gambaran yang jelas, sila rujuk Mahkamah Syariah di mana suami tinggal untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai prosedur yang digunapakai semasa mendapatkan kebenaran tersebut.


Ewan_sn
Masalah perceraian dan perkahwinan


Soalan :

Assalamualaikum,

Saya telah merancang untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang duda telah bercerai. Namun demikian dia masih menunggu perbicaraan untuk daftar cerai di mahkamah syariah kajang kerana mereka bercerai di luar mahkamah. Malangnya kes tersebut kerap tertunda.

Soalan saya: Adakah kami perlu menunggu kes itu selesai sehingga mendapat surat cerai baru duda tersebut boleh bernikah dengan saya? Apakah prosedur yang sebenarnya perlu kami patuhi.

Sekian Terima Kasih




Jawapan

Bidangkuasa menyegerakan perbicaraan kes Mahakamh Syariah adalah di bawah urusan pihak Mahkamah Syariah sendiri. Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam adalah dua Jabatan yang berbeza. Saya mencadangkan agar bakal suami anda hadir ke Mahkamah di Kajang berjumpa dengan Pendaftar Mahkamah Syariah dan berbincang mengenai masalah penundaan tarikh yang terlalu kerap ini, minta disegerakan kes. Anda juga perlu dapatkan maklumat bila kes bakal suami didaftarkan dan apakah statusnya kini, dapatkan maklumat terus dari Mahkamah dengan menyebut nombor rujukan kes. Sekiranya tiada rujukan kes bermakna ada perkara yang belum diambil tindakan oleh pihak bakal suami.

Amatlah penting bukti perceraian secara dokumen diperolehi dahulu sebelum anda bernikah. Hanya melalui dokumen ini anda akan dapat kepastian status bakal suami anda yang sebenarnya. Mahkamah menangguhkan berkemungkinan ada sebab-sebab tertentu seperti salah satu pihak tidak memberi kerjasama, borang tidak lengkap, saman hadir tidak dapat disampaikan kepada salah satu pihak atau kerana Hakim Syarie masih meneliti keterangan mengenai lafaz cerai suami samada jatuh atau tidak. Saya menasihatkan agar anda benar-benar yakin status suami, barulah meneruskan Majlis Ijab-Qabul. Percayalah bahawa sekiranya bakal suami ini adalah jodoh kita pasti akan dimudahkan perlaksanaan hajat kita.

Ewan_sn
Tertekan Dengan Sikap Suami

Soalan :


Saya sudah berumahtangga hampir 6 tahun dan dikurniakan 2 orang cahayamata.Masalah dalam keluarga saya ialah suami saya jarang menghabiskan masanya di rumah. Semenjak awal perkahwinan lagi. Apabila ditegur dia akan memukul dan menyepak saya hinggakan saya rasa ada ketikanya nyawa saya sudah tiba ke penghujungnya akibat dari sepak terajangnya. Anak-anak pula menangis apabila mereka menyaksikan perkara itu berlaku. Saya tak ada tempat nak mengadu. Sebab terlalu mementingkan air muka suami sehingga dengan ibubapa sendiri pun saya terpaksa berbohong. Apabila saya mengajukan cadangan untuk pergi mendapatkan kaunseling di Jabatan Agama Islam, dia akan melenting dan memberitahu sekiranya saya berbuat demikian maka tiada apa-apa antara saya dan dia. Sekarang saya hanya memikirkan masa depan keduua-dua anak saya sahaja.Kalau ikutkan hati saya sudah lama saya minta dilepaskan. Apakah nasihat ustaz supaya suami saya boleh berubah dan berlembut hati dengan anak-anak dan juga saya?




Jawapan

- Saudari hendaklah berusaha untuk mengenalpasti masalah mengapa suami suka bertindak kasar dengan saudari. Jika boleh dibawa berbincang, maka carilah masa yang sesuai untuk bersama membantu mengatasi masalah tersebut

- Sekiranya cara pertama gagal, berusaha mendoakan suami kita agar lembut hatinya dengan menggunakan ayat-ayat suci al-quran dan doakan hati kita dan anak-anak menjadi lembut dan hidup dalam keadaan tenang serta bahagia.

- Namun sekiranya berterusan dan masih banyak penganiayaan, maka puan perlu merujuk kepada keluarga untuk meredakan keadaan dan dibantu untuk perlindungan.

- Berkaitan dengan penganiayaan fizikal, puan hendaklah segera hadir ke hospital @ klinik untuk mendapatkan rawatan dan menyimpan rekod rawatan. Puan juga boleh merujukkan perkara ini kepada balai polis untuk membuat aduan.

- Sangat digalakkan agar puan berusaha mengelak daripada penganiayaan berterusan.Sekiranya ada kekuatan, teruslah berhubung dengan Pejabat Agama Daerah untuk khidmat nasihat kepada suami boleh diteruskan sekiranya puan sudah bersedia menghadapinya. Jangan biarkan penganiayaan berterusan, kerana ia akan memudaratkan diri puan dan emosi serta pemikiran anak-anak puan.


Ewan_sn
Ingin Mengetahui Status Perkahwinan Seseorang

Soalan :

1. Bagaimana saya ingin mengetahui status perkahwinan seorang lelaki?Sebab mudah untuk mengetahui status seorang wanita tetapi,apakah caranya untuk saya mengetahui samada seorang lelaki itu telah berkahwin atau tidak mengikut syarak. Ini kerana mudah untuk seseorang lelaki di zaman IT menyatakan status bahawa mereka masih bujang,sedangkan mereka telah berkahwin.

2. Adakah pihak JAIS mempunyai senarai rekod profile(database) perkahwinan bagi seluruh penduduk selangor yang berdaftar di semua pejabat-pejabat agama daerah di selangor? Sekiranya ada, bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan perkhidmatan tersebut.




Jawapan

- Saudari digalakkan untuk menghantar wakil untuk berkenalan dengan ahli keluarga bakal suami. Dapatkan maklumat daripada keluarganya yang terdekat,lebih-lebih lagi daripada kedua ibubapanya dan Penolong Pendaftar Nikah di kariah lelaki itu tinggal sekarang.

- JAIS hanya mempunyai database statistic nikah, cerai dan rujuk.Database individu dan sejarah kehidupan seorang ,masih dalam perancangan setelah dapat di’online’ dengan Jabatan Pendaftaran Negara.





Ewan_sn
Pernah Terlanjur

Soalan :


1. Dulu saya pernah berzina dengan teman lelaki saya, kini kami sudah lama terputus hubungan , persoalan saya, bagaimana dengan jodoh saya?Adakah saya kena berkahwin dengan dia?Sebab saya tidak tahu dimana dia sekarang?




Jawapan

Jodoh, ajal, maut di tangan Allah swt. Manusia diberi akal untuk berusaha dan berfikir untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk. Saya berharap saudari segeralah bertaubat, sekiranya lelaki yang pernah berzina dengan saudari telah berubah menjadi seorang yang soleh dan mampu untuk memimpin keluarga, maka teruskanlah niat untuk berusaha bersama membina keluarga yang diredhai Allah.

Namun sekiranya sikap dan perilaku teman lelaki saudari banyak bercanggah dengan hukum syarak, maka berusahalah memberi kesedaran kepadanya. Manakala, jodoh pula mintalah Allah Bantu memberi hidayah melalui solat hajat dan istikharah.Gunakanlah pemikiran yang waras agar kita tidak terjebak semula dalam dosa dan mendapat bantuan/jodoh lain yang terbaik daripada Allah s.w.t.

Ewan_sn
Perlukan Janda/ Duda Mengikuti Kursus Pra Perkahwinan



Soalan :


1. Saya ada kemusykilan. Perlukah seorang duda mengikut kursus pra perkahwinan sekali lagi? Laman Web JAIS menyatakan tak perlu tapi sebuah tempat yang menganjurkan kursus mensyaratkan yang duda yang pernah mengambil kursus sebelum tahun 1998 perlu mengambil sekali lagi. Sekiranya pernah berkahwin pada tahun 1994, perlukah berkursus lagi?




Jawapan

Mengikut peraturan pentadbiran pengurusan pernikahan dalam negeri selangor, duda dan janda tidak perlu lagi mengahdiri kursus pra-perkahwinan. Namun pihak jabatan amat menggalakkan kehadiran pemohon berstatus sedemikian untuk membantu mereka mendapat maklumat prosedur pernikahan terkini dan menambah kefahaman mengenai pengurusan rumahtangga, supaya lebih mantap lagi.




Ewan_sn
Hak Isteri Kedua


Soalan :


1. Saya ingin tahu apakah hak-hak isteri kedua dalam sebuah perkahwinan kerana suami dan madu mengatakan isteri kedua tidak mempunyai hak dan tidak boleh menuntut apa-apa dari perkahwinan saya.

2. Suami sering melebihkan isteri pertama sama ada dari segi pembahagian nafkah dan giliran bermalam,bolehkah saya membuat aduan diatas perkara ini ke pejabat kadi.

3. Suami menyewakan saya sebuah rumah begitu juga dengan isteri pertama namun untuk pemberian nafkah hanya pihak isteri pertama menerima dengan alasan anak-anak di sana lebih ramai. Manakala untuk saya hanya jika ada lebihan jika tidak saya tidak dapat?




Jawapan

Berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan perundangan keluarga Islam yang dilaksanakan di Malaysia.Semua wanita yang telah dinikahi secara sah mengikut Hukum Syarak mempunyai hak yang sama, tiada perbezaan samada yang kedua,ketiga atau keempat. Tidak menjadi kesalahan sekiranya berlaku ketidaksamaratan pemberian hak kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada sekiranya ada KEREDHAAN di sisi mereka. Sekiranya isteri tidak redha, maka dibenarkan untuk mengemukakan permohonan mendapat keadilan melalui proses perbicaraan di Mahkamah Syariah. Konsep kesamarataan dan keadilan boleh diperolehi secara undang-undang di Mahkamah Syariah. Hakim Syarie akan membantu pasangan di dalam perbicaraan tersebut.

Ewan_sn
Hak Anak Hasil Zina dan bapa boleh kawen dgn anak hasil zinanya?

Soalan :

Anak hasil zina ..apakah hak bapa kepada anak itu? benarkah dia layak bernikah dgn anak hasil zina itu.



Jawapan :

Anak zina sama kedudukannya di sisi Allah dengan manusia yang lain. Dia tetap menjadi orang yang mulia sekiranya dia bertaqwa. Yang berdosa dalam hal ini ialah orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu ibu dan lelaki yang melakukan zina dengan ibunya.

Bapa penzina tiada hak ke atas anak zinanya dari segi perwalian sekiranya anak itu perempuan dan tidak boleh mewarisi pesaka kedua-dua belah pihak. Sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w. " Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memang benar anak zina harus berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan ibunya jika sekiranya lelaki tersebut tidak berkahwin dengan ibunya. Maksud Firman Allah S.W.T dalam surah al- Nisa' ayat 24 "Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kmu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan ( sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina ......"
.
Ewan_sn
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Dr. Mohd Asri


Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
Ewan_sn
Bawa bukti untuk fasakh



Soalan:

SAYA telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mempunyai dua orang anak. Sejak dua tahun yang lepas saya mensyaki suami saya menjalani urus niaga yang menyalahi undang-undang. Puas sudah saya menasihatinya supaya kembali ke pangkal jalan demi anak-anak namun, dia tetap berdegil. Pada dua minggu yang lepas, suami saya telah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Bolehkah saya menuntut fasakh jika suami saya didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara?

Nana Merana,

Ampang, Selangor.




Jawapan:

Amatlah senang untuk memilih jalan pintas dan salah bagi tujuan mencari rezeki, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak kini. Namun, jalan itu memberi padah kepada diri dan juga ahli keluarga.

Walaupun dalam hukum syarak memberikan hak kepada suami untuk menceraikan isteri hanya dengan lafaz talak, namun hukum syarak juga memberi hak kepada isteri untuk membubarkan perkahwinan melalui beberapa cara iaitu khul, taklik dan fasakh. Ini bermakna kedua-dua suami isteri diberi hak untuk membubarkan perkahwinan mereka melalui pelbagai cara. Perceraian secara fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran namun, prinsipnya boleh dilihat dalam Surah al-Baqarah ayat 231 dan al-Nisa' ayat 35.

Fasakh juga diterima sebagai salah satu cara untuk membubarkan perkahwinan berasaskan kepada prinsip yang terkandung dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi: Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta, hal. 226 dan Ibn Majah di dalam kitab al-Sunan, hadis nombor: 2340 dan 2341 berbunyi: "la darar wa la dirar", yang bermaksud: "Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain".

Pembubaran perkahwinan melalui fasakh memerlukan campurtangan hakim atas sebab-sebab yang biasanya diketengahkan oleh seseorang isteri. Fasakh yang dituntut oleh isteri ini adalah tertakluk kepada beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh para Fuqaha.

Untuk menjawab kemusykilan puan, kami akan merujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam situasi apabila seorang suami telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah atas sesuatu kesalahan terutama kesalahan jenayah, dan dia telah pun menjalani hukuman penjara tersebut selama setahun, seseorang isteri boleh menuntut dan diberikan fasakh. Ini telah pun diperuntukkan oleh Seksyen 53(1)© dan (3) Enakmen.

Untuk makluman puan, seseorang individu itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Maka, dalam situasi yang berlaku ke atas suami puan yang masih dalam siasatan polis tidak menunjukkan bahawa sesuatu sabitan kesalahan jenayah telah dijatuhkan. Hakim Mahkamah Syariah perlu mengambilkira segala fakta yang mengelilingi kes untuk mempertimbangkan permohonan fasakh seorang isteri.

Walau bagaimanapun, menurut undang-undang, puan boleh memohon fasakh atas alasan bahawa suami hidup berperangai keji pada pandangan hukum syarak, di bawah seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen. Tetapi, puan harus membawa bukti-bukti untuk menyokong permohonan fasakh tersebut. Apa sahaja bukti seperti gambar-gambar ataupun saksi-saksi yang tahu dan nampak kegiatan jenayah suami puan juga boleh membantu.

Diharapkan penjelasan ini dapat membantu puan dalam mengharung hari-hari yang mendatang. Sekian.
Ewan_sn
Poligami Secara Rahsia : Ok ?






Soalan :

Assalamu'alaikum wa rahmatullah


Ana perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.


He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.


Kini kami dalam perbincangan untuk menjalankan perkara ini dengan cara terbaik, sedikit cabaran awal yang kami hadapi. Dia bercadang untuk bernikah dahulu dan kemudian memberitahu isteri dan anak-anaknya as the right time comes by, because:


1. Dia amat rapat dengan anak-anaknya dan dia tidak mahu berita yang surprising ini merosakkan hubungan mereka dan risau akan menjejaskan pelajarannya. He plans to convey it to his child at least when the eldest one has finished the secondary school i.e. lebih kurang dalam setahun setengah lagi.


2. Isteri pertama beliau tidak begitu menerima idea poligami. So he needs time to convey it to his wife but not immediately. That's why he is looking at bernikah dahulu dan memberitahu kemudian....kami belum berbincang tarikh pernikahan etc....we still have a lot of things to be discussed


Semalam semasa berbincang dengan family, mereka sarankan memberitahu isteri pertama dahulu sebelum bernikah which even i would be more comfortable with however i do understand the concerns he's facing, he may be able to convey it to his wife but is worried about his son....Allahu a'lam.....


Ana sendiri walaupun tidak kenal dengan isteri dan keluarganya. I care and love for them, i want them to continue living a happy live.....only the family is growing bigger now.....ana tidak mahu menjadi penyebab retaknya hubungan mereka yang telah lama terbina.


Semasa menerima proposal darinya ana sudah pun terbuka untuk menangani cabaran yang dijangka, perlukan nasihat dari ustaz untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik....sebarang pandangan dan nasihat ustaz amat dialu-alukan.


Jazakallahu khaeeran katheera and please make do'a for me.....





Jawapan

Wa'alaikumussalam,




Sebelum itu, saya terpaksa mengakui bahawa saya bukanlah orang yang cekap dan berpengalaman dalam kaunseling bab rumahtangga. Bagi tidak mengecewakan saya akan cuba memberikan beberapa ulasan terhadap perkara terpenting sahaja (menurut penilaian saya dari info yang diberikan).



Pertamanya : Tahniah saya ucapkan dengan berita yang baik buat saudari.


Keduanya : Elok juga jika saudari dapat cuba merisik samada ia mempunyai masalah dengan isteri pertamanya. Saya pasti, kaum wanita biasanya ingin mengetahui mengapa lelaki ini ingin berpoligami, adakah kerana isteri pertamanya tidak sihat atau apa?. Tetapi bagi saya, ini bukanlah perkara yang begitu penting untuk dicari kerana keinginan berpoligami adalah salah satu sifat asas bagi kebanyakan lelaki dalam banyak keadaan. Ia tidak perlu dihairankan. Tidak kiralah samada kerana isteri pertamanya sakit, ingin meramaikan zuriatnya, untuk mengawal nafsunya, untuk tujuan membantu dan lain-lain, ia adalah biasa kecuali jika ia ada kemungkinan disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak baik.


Ketiganya : Berterus terang, saya adalah salah seorang individu yang berpegang bahawa poligami yang terbaik lagi menurut sunnah adalah poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri pertama. Amat tidak digalakkan 'sorok-sorok' dalam poligami, demikian kefahaman saya.


Tidak dinafikan bahawa tindakan menyorok dan mendedahkan mempunyai pro dan kontra yang panjang lebar jika ingin dibincangkan. Kedua-duanya mempunyai target dan Maqasid Syariah yang benar untuk dicapai.


Bagaimana pun demikian, saya berpandangan tidak menyembunyikan poligami adalah lebih kukuh dan kuat. Antara sebabnya secara ringkas :-

1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri. Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.


Justeru, tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar dengan ujian ini.

2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan. Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama adalah suatu jenis ‘skill' dan ilmu yang membuktikan kelayakannnya untuk membantu wanita Islam lain dengan mengahwininya. Dengan itu, lelaki yang secara terbuka berpoligami adalah mereka yang cukup berilmu dalam menangani dua isteri secara terbuka. Kelayakan ini pasti akan menyumbang kepada kebijaksanaannya membahagikan peranannya sebagai suami kepada dua orang wanita.


3) Ia juga merupakan suatu tanda keikhlasan dan kasih sayang suami kepada isteri pertama. Selain ia membawa tanda kejujuran dalam tingkah lakunya kepada isteri pertama dan kedua.


4) Berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w.


5) Amalan berpoligami secara terbuka juga mampu (dengan lebih berkesan) untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan. Biasanya, lelaki yang bersembunyi akan ‘terpaksa' berbohong untuk ke rumah isteri keduanya, ini menjadikan tahap iman dan islam suami tadi semakin menurun kerana terlalu banyak berbohong dalam kehidupan rumahtangganya.


6) Menyembunyikannya juga mendorong kepada berlakunya fitnah. Ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan isteri pertama juga tidak mengetahuinya. Amat dibimbangi ada yang terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat.


7) Menyembunyikan pernikahan kedua atau seterusnya adakalanya boleh mendorong kepada pernikahan tidak sah disebabkan tanpa izin wali kerana ia menyorokkannya dari pengetahuan umum.


Justeru itu, bagi saya lelaki yang menyorok-menyorokkan perkahwinan kedua dan seterusnya belum cukup layak berpoligami kerana dia belum punyai ilmu yang cukup menangani dua wanita dalam hidupnya. Hanya selepas ia berjaya menangani isteri pertama dan anak-anak, barulah ia benar-benar matang dan berwibawa untuk membawa keadilan dalam berpoligami bersulamkan ilmu rumahtangga yang baik.


Hasilnya, pendapat peribadi saya, lelaki tersebut perlu menggunakan ilmunya untuk menyakinkan isterinya yang pertama terlebih dahulu agar masalah-masalah yang mendatang tidak berlaku selepas ini.


Jika lelaki tersebut rapat dengan anak-anaknya, saya merasakan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepadanya malah ia patut menjadi kelebihan untuknya meyakinkan mereka dengan tindakannya untuk berkahwin lagi. Terutamanya jika anaknya adalah anak lelaki, mungkin ia lebih mudah untuk diterangkan.


Demikian pendapat ringkas saya, harap ianya dapat memberikan sedikit bantuan idea buat saudari.


Saya doakan agar semuanya dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan yang dirancang.


sekian


Utz. Zaharuddin Abd Rahman
Ewan_sn
Berkenaan Hubungan Ibu Susu & Status Anak Angkat



Soalan :

a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?
b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?
c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak susuan?
d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu, bagaimanakah kedudukan anak tersebut?


Kiriman Hayati, KL



Jawapan

a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.
Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104).


Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-

i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.

B) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.


Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :

Ertinya :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)

Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"


Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.


Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan Mahram.


c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.


d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan. Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat yang sebenar dapat diketahui


Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Ewan_sn
Bolehkah Lafaz Talaq Ta'liq di Tarik Balik?


Soalan :

Assalamualaikum Ustaz....


Disini saya ingin bertanyakan hal berkenaan satu situasi berdasarkan tajuk di atas....

Seorang kawan saya pernah bergaduh dengan isterinya melarang untuk keluar bekerja.."Kalau awak keluar lagi bekerja selepas ini,aku cerai kau dengan talak 1".........tapi selepas berbincang dan berbaik semula,si suami akhirnya membenarkan isterinya kembali bekerja....

Boleh tak ustaz terangkan apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai?

Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua psangan tersebut?

Sekian , terima kash..diharap ustaz dapat membantu





JAWAPAN
wa'alaikumussalam


apa yang rakan anda buat adalah lafa ta'liq cerai..ini bermakna apabila ia menybeut demikian, si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya atau talaq akan jatuh secara pasti.


Adapun dalam konteks "setelah berbinacng semula dengan suami, dan suami benarkan pulak'


Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini)


Kecuali terdapat satu pandangan daalam mazhab Hanbali yang MENGHARUSKAN pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.


Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu walaupun dgn izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh...dan suami isteri itu perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.


Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK.

sekian


ust zaharuddin abd rahman

Ewan_sn
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat Rasul dan ahli keluarga serta sahabatnya.

Soalan.

Satu persoalan yang dikemukakan :-

1) Apakah jatuh hukum zihar sekiranya berlaku dialog seperti di bawah :-

Sepasang suami isteri yang baru mendapat cahayamata anak perempuan. Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak dipuji orang cantik. Untuk lebih menyakinkan lagi, si isteripun sibuk bertanya kepada suaminya, " Bang, bang betulkah rupa anak kita ni macam rupa saya?" "Ya", jawab suami ringkas.


2) Sekiranya jatuh hukum zihar apakah yang perlu seorang suami lakukan?

kalau berpandukan kepada Firman Allah yang mafhumnya ;"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapat hamba untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak berkuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin.


Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya. dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaaan-siksaan yang amat pedih."

Wassalam






JAWAPAN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN



RUKUN ZIHAR

1. Suami

2. Isteri

3. Perkara yang diserupakan

4. Lafaz zihar




PERINCIAN

Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas

Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya

Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)


Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:

Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja… kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)


Syarat yang diperselisihkan :-

* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.

Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)

1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.



JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.

Yang benar daripada Allah, yang silap atas kelemahan penulis. Sekian,

Al-Faqir Ila Allah,

Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman

Ewan_sn
Hukum jilat kemaluan


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…
Ewan_sn
Ibu diceraikan selepas bapa dibenar berpoligami



Soalan :
Selain memfailkan tuntutan mutaah bekas isteri boleh tuntut edah, harta sepencarian Soalan:
SAYA ingin bertanya mengenai status kedua ibu bapa saya. Bapa sudah memohon ke Mahkamah Syariah untuk berpoligami dan mahkamah sudah membenarkan. Bagaimanapun, selang beberapa minggu kemudian bapa menceraikan ibu depan saya, kakak dan bapa saudara. Pada keesokan harinya bapa saya berkahwin lain sedangkan perceraian dengan ibu tidak dimaklumkan kepada Mahkamah Syariah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan ibu saya dan adakah ibu saya berhak mendapat mutaah dan lain-lain hak selepas perceraian.

Anak risau,
Selangor


Jawapan:

Langkah pertama yang perlu dilakukan ibu anda adalah memfailkan kes bagi mengesahkan perceraian di Mahkamah Syariah seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 57 (1)(2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 .



Permohonan pengesahan lafaz cerai ini boleh dimohon sama ada oleh ibu atau bapa sebagai suami dan sewajarnya didaftarkan dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh lafaz.

Dalam menentukan sah atau tidak sesuatu perceraian, mahkamah akan melihat kepada bentuk lafaz cerai sama ada lafaz sareh (nyata) atau kinayah (tidak nyata). Jika lafaz kinayah, niat bapa ketika melafazkan cerai akan diambil kira bagi menentukan sama ada jatuh talak atau sebaliknya.

Sebaliknya jika lafaz nyata seperti, "Saya ceraikan awak dengan talak satu", mahkamah tidak memerlukan niat suami untuk mengesahkan sesuatu lafaz cerai kerana lafaz itu tidak boleh dipertikaikan kerana ia jelas bermaksud untuk menceraikan isteri.

Perlu diingat, perceraian di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah satu kesalahan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Kesalahan itu diperuntukkan mengikut Seksyen 126 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selanjutnya, merujuk kepada isu mutaah pula, seorang isteri hanya boleh menuntut mutaah selepas sah berlaku perceraian antara suami isteri. Ia bermakna hanya selepas Mahkamah Syariah memutuskan berlaku perceraian antara ibu dan bapa, barulah ibu anda boleh menuntut mutaah.

Sesungguhnya pemberian mutaah kepada isteri bertujuan meringankan beban ditanggung bekas isteri yang akan memulakan penghidupan baru secara sendirian. Pemberian mutaah diharap dapat menjadi penawar kepada perceraian yang berlaku.

Mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, "Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seorang perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah dan mahkamah boleh selepas mendengar pihak itu dan apabila berpuas hati memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syarak."

Isu utama yang akan diputuskan oleh mahkamah dalam kes pemberian mutaah adalah apakah perceraian benar-benar berlaku, adakah isteri diceraikan tanpa sebab yang patut dan berapa kadar akan diberikan kepada isteri diceraikan?

Mengikut hukum syarak, mutaah adalah pemberian wajib oleh suami yang menceraikan isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "… dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mutaah dengan cara yang baik." (Surah al-Baqarah, ayat 241)

Dalam menentukan kadar mutaah kepada isteri, Allah berfirman yang bermaksud: "Hendaklah kamu memberikan mutaah (iaitu pemberian sagu hati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut apa yang patut, lagi menjadi kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat kebaikan." (Surah Al-Baqarah, ayat 236)

Berdasarkan ayat itu, kadar mutaah bergantung kepada kemampuan suami, namun begitu ia juga ditentukan berdasarkan kedudukan isteri, sumbangan isteri kepada perkahwinan dan kerosakan serta kemudaratan dialami disebabkan perceraian yang berlaku tanpa sebab.

Jika mahkamah memutuskan perceraian yang berlaku antara ibu bapa anda tidak sah, ia bermakna ibu tidak boleh menuntut mutaah. Namun, jika mahkamah mensabitkan perceraian itu sah maka barulah timbul hak mutaah ibu terhadap perceraian yang berlaku.

Memandangkan mahkamah sudah membenarkan bapa anda berkahwin lain, saya percaya mahkamah juga memerintahkan jumlah tertentu pemberian nafkah isteri kepada ibu anda yang perlu dibayar oleh bapa, begitu juga dengan pengisytiharan harta sepencarian.

Ia seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 23(10) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (2003) yang memberi kuasa kepada mahkamah membenarkan poligami atas permintaan mana-mana pihak kepada perkahwinan menghendaki seseorang membayar nafkah kepada isteri dan memerintahkan apa-apa aset yang diperoleh pihak dalam tempoh perkahwinan dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasilnya dibahagi.

Ia bermaksud ibu anda boleh meminta pemberian nafkah dan harta sepencarian turut diputuskan dalam perbicaraan poligami terdahulu bagi membolehkan perintah nafkah isteri dan harta sepencarian dikeluarkan serentak kebenaran poligami.

Namun begitu, jika ibu anda disahkan oleh mahkamah sudah bercerai, tindakan selanjutnya yang boleh diambil selain memfailkan mutaah ialah memfailkan tuntutan edah dan harta sepencarian yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Jawapan disediakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Marlina Amir Hamzah
Ewan_sn
Sabar hadapi karenah mertua


Soalan:

APAKAH yang patut dibuat oleh seorang menantu lelaki yang tidak disukai oleh bapa mertuanya apabila beliau telah dilarang dari pergi ke rumah bapa mertuanya?


Jawapan:

Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud: "Buatlah baik kepada manusia nescaya kamu dapat mengabdikan hati mereka." Saya ingin menyarankan kepada saudara agar terus berbuat baik kepada bapa mertua saudara. Batu yang keras pun kalau dititis air, lama kelamaan pasti akan ada kesannya. Saya kurang pasti sebab atau kenapa bapa mertua saudara begitu memarahi saudara.

Saudara bertanggungjawab mencari punca agar punca itu dapat diubati. Kalau salah di pihak saudara, saudara wajib meminta maaf terhadap kesalahan atau keterlanjuran yang menyebabkan bapa mertua terkilan sehingga ke hari ini.

Apa sahaja alasan yang saudara berikan kita sebagai anak tidak terlepas dari salah dan silap, jangan mencari kesalahan orang tua terhadap kita tapi carilah kesalahan kita terhadap mereka. Sebagai anak wajib mentaati kedua orang tua kita dan kedua-dua orang tua isteri kita.

Mentaati ibu bapa wajib selagi mana mereka tidak menyuruh kita perkara yang bertentangan dengan syariah Allah swt. Suatu perkara yang sudah hilang dari generasi hari ini ialah mencari jalan dan melakukan perkara yang disukai oleh orang tua.

Jangan berputus asa atas apa yang terjadi teruskan usaha tanpa jemu. Ada senjata yang paling mujarab dalam hal ini, iaitu saudara perbanyakkan doa, mohon Allah swt melembutkan hati dan perasaan bapa mertua saudara dan menerima saudara sebagai ahli keluarganya.

Saya juga yakin marah dia hanya di lisan sahaja bukan dari hati sanubarinya. Mesti di lubuk hati mertua saudara tetap menyayangi saudara.

Ziarah orang tua serta mengambil tahu keadaan mereka adalah sangat dituntut oleh Islam. Reda kedua orang tua menjadi penentu keredaan Allah swt. Lebih-lebih lagi di hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, walaupun kita tidak perlu tunggu hari-hari kebesaran Islam untuk meminta maaf atas kesalahan.

Allah swt menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa, ini jelas dalam al-Quran firman Allah swt yang bermaksud:" Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya."(al-Baqarah: 83)

Dalam ayat yang lain: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa…" (al-Nisa':36)

Dalam ayat lain: " Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (al-An'am:151)

Di dalam surah al-Isra', firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (al-Isra':23)

Jika kita perhatikan kesemua ayat-ayat di atas kita akan dapati bahawa Allah swt memerintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka.

Berbuat baik kepada ibu bapa tiada batas hadnya. Buatlah sebanyak mana yang boleh asalkan hati dan perasaan ibu bapa tidak terkilan, malahan gembira kerana memiliki anak yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Dalam meneliti selok-belok dan rentak ayat-ayat di atas, dapatlah difahami bahawa selepas perintah menyembah Allah swt dengan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apa pun. Maka datang perintah seiring dengannya dari sudut kewajipan, itulah perintah mentaati kedua ibu bapa.

Boleh juga disimpulkan bahawa mentaati perintah Allah mesti seiring dengan mentaati kedua ibu bapa dan tiada ertinya mentaati Allah swt tanpa mentaati kedua ibu bapa.

Adapun orang yang mentaati Allah swt dalam masa yang sama tidak mentaati kedua ibu bapa pada hakikatnya dia sama sekali tidak mentaati Allah swt. Ini kerana Allah swt yang menyuruh manusia mentaati kedua ibu bapa dalam al-Quran beberapa kali supaya manusia mengambil iktibar dan pengajaran.

Di dalam masa yang sama, ibu bapa haruslah memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk memperbaiki kehidupan serta memperbetulkan kesalahan dan kesilapan.

Yang namanya manusia pasti tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Persoalannya kadang-kadang (tidak semua) ada ibu bapa yang berpatah arang atas kesilapan anak-anak mereka sehingga tidak dipedulikan langsung, atau lebih parah lagi disumpah dan mengharamkan menjejak kaki ke rumah orang tuanya atas alasan tidak dengar cakap atau melanggar cakap ibubapa.

Ibu bapa perlu sedar bahawa ujian yang paling besar yang sedang menanti mereka ialah ujian membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Ibu bapa juga tidak boleh menetapkan bahawa anak-anak mesti mendengar cakap mereka.

Ini kerana bila anak-anak mempunyai keinginan masing-masing yang tidak difahami oleh ibu bapa. Adalah sangat wajar ibu bapa memahami keperluan anak-anak masa kini dan membantu mereka dalam perkara yang mereka rasa betul pada hakikatnya mereka salah.

Kalau ada di kalangan anak-anak yang meminta maaf dari kedua orang tuanya mahupun ibu mertua atau bapa mertua adalah menjadi sikap orang yang matang memaafkannya bukan berdendam.

Dalam hal keadaan seseorang anak sedar akan kesilapannya dan menginsafi kesalahannya lalu meminta maaf hendaklah dimaafkan kalau tidak pasti Allah swt memerhatikan sikap manusia dalam hal ini sedangkan Allah swt berjanji akan memaafkan segala kesalahan anak adam melainkan dosa syirik.
Ewan_sn
Hukum bersanding

SOALAN:

Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.


Jawapan:

Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu 'Alam.
Ewan_sn
Tanggungjawab kepada ibu susuan


SOALAN 1:

Saya ingin tahu adakah tanggungjawab saya terhadap ibu susuan sama seperti ibu kandung seperti makan pakainya dan perbelanjaannya?


JAWAPAN:

Kewajipan anak susuan terhadap ibu susuan tidak seperti tanggungjawab anak kandung terhadap ibu kandungnya. Namun ini tidak bermaksud ibu susuan tidak berhak mendapat layanan atau perhatian dari anak susuan.

Berbuat baik kepada ibu susuan sangat dituntut sedang dialah yang mengenyangkan saudara di kala saudara perlukan susu.

Di dalam masyarakat arab zaman permulaan dan sebelumnya orang arab akan menghantar anak mereka menyusu dari wanita-wanita kampung yang memang mengambil upah menyusukan bayi dalam masa yang sama mendedahkan anak di awal usia dengan budaya mahmudah (pekerti yang terpuji). Serta membiarkan anak membesar di dalam suasana dan persekitaran yang harmoni.

Dalam sebuah kisah diriwayatkan pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama para sahabat tiba-tiba muncul seorang wanita tua menuju ke arah baginda. Melihat kepada wanita itu Rasulullah SAW meminta para sahabat memberi laluan kepada wanita itu. Lalu para sahabat membuka laluan memudahkan wanita itu menghampiri Rasulullah SAW.

Apabila wanita itu sampai di sisi Rasulullah SAW baginda yang asalnya duduk berdiri menghormati wanita tersebut, lantas membuka abaya (jubah yang biasa disarung di atas tubuh) baginda dan menghamparkanya sambil meminta wanita tua itu duduk di atasnya.

Para sahabat yang berada di sisi baginda merasa hairan. Baginda meminta wanita itu duduk di atas hamparan abaya baginda dengan berkata: "Duduklah wahai ibu susuanku".

Selepas itu barulah para sahabat tahu wanita tua itu adalah ibu susuan Rasulullah SAW iaitu Halimah al-Sa'diyyah.

Ulama yang memerhatikan kisah ini mengungkapkan: "Sekiranya ibu susuan Rasulullah SAW, Halimah al-Sa'diyyah menerima layanan yang begitu istimewa bayangkan sahaja kalau ibunya masih hidup".

Sebenarnya ada pengajaran yang perlu diambil dari kisah ini, iaitu petunjuk Rasulullah dalam menghormati ibu susuan. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah sanggup menghamparkan abaya baginda atas lantai pasir demi menghormati dan menyanjung ibu susuan baginda.

Justeru, tidak apa yang perlu dipertikaikan oleh ibu kandung saudara sekiranya saudara ingin berbuat baik kepada ibu susuan saudara. Sepatutnya ibu saudara bersyukur anaknya menghormati ibu susuannya tanpa disuruh.

Saya juga yakin bahawa saudara mempunyai pertalian bukan sahaja kerana susu yang diminum dari tubuh ibu susuan tetapi sentuhan kasih sayang ibu susuan, setiap dakapan ibu susuan ketika saudara masih kecil lagi tidak ada seorang pun yang dapat menterjemahkannya melainkan melalui perasaan yang saudara lalui.



Tanggungjawab Anak Susuan

SOALAN 2:

Berdosakah saya sekiranya ingkar pada katanya?


JAWAPAN:

Sebagai anak susuan saudara berdosa mengingkari katanya, lebih-lebih lagi apabila saudara disuruh berbuat baik.

Menghormati ibu susuan tidak ubah seperti mana saudara menghormati ibu kandung saudara. Ibu susuan juga mahukan anak susuannya menjadi anak yang baik. Mungkin atas dasar itulah ibu susuan menasihati anak susuanya.

Sebenarnya manusia perlukan nasihat dan tunjuk ajar, maka tidak salah kalau ibu susuan saudara yang mendahuluinya berbanding orang lain.



SOALAN 3:

Ibu kandung pernah melarang saya memberi wang kepada ibu susuan saya kerana katanya dia bukan ibu kandung saya. Saya serba salah kerana fikiran saya tidak salah saya memberinya wang.


JAWAPAN:

Memang tidak salah memberi wang kepada ibu susuan, memang itulah yang sepatutnya. Ibu saudara mungkin tidak faham, betapa Islam menggalakkan berbuat baik kepada orang pernah berjasa, pengorbanan ibu susuan juga tidak boleh diketepikan.

Cuma janganlah sampai saudara melebihkan ibu susuan berbanding dengan ibu kandung sendiri. Mungkin ibu kandung saudara merasakan saudara melebihkan ibu susuan berbanding dirinya.

Walau apa pun saudara perlu mengutamakan ibu kandung saudara dalam semua hal. Untuk mengelakkan hati ibu kandung tersinggung eloklah difahamkan bahawa apa yang saudara lakukan adalah salah satu tanggungjawab saudara kepada ibu susuan.

Pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab yang hakiki terhadap ibu kandung.
Ewan_sn
Menzihar isteri


SOALAN:

Apakah sabit zihar jika seseorang suami itu melihat isterinya di dalam gambar yang mana gambar isterinya ketika muda dahulu dan berkata: "awak macam acu (ibu saudara)"?

Si suami langsung tidak merujuk bahagian tertentu tubuh badan isterinya sebalik dia hanya melihat gambar yang lama-lama. Niatnya untuk zihar isterinya langsung tidak ada cuma ayat tersebut keluar secara spontan dan tidak sengaja.


Jawapan:

Tidak jatuh zihar, kerana lafaznya terlalu umum dan tidak merujuk mana-mana bahagian tubuh badan ibu saudara. Serupa dari segi fizikal keseluruhan kerana dari susur galur yang sama (keturunan) atau genetik yang sama.

Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, elok kalau diperhalusi persoalan zihar dan kefahaman terhadapnya melalui beberapa rukunnya.

Rukun zihar

1. Suami

2. Isteri

3. Perkara yang diserupakan

4. Lafaz zihar

Rukun pertama dan kedua tidak perlu diberi penjelasan kerana maklum siapa itu suami dan isteri. Penjelasan akan tertumpu kepada dua rukun sahaja, iaitu rukun ketiga dan keempat;

3. Perkara yang diserupakan (disamakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:

Syarat-syarat berikut adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama :-

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain .

Demikian pandangan kebanyakan ulama. Ulama Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada pengharaman secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan perkahwinan.

Seperti ibu, anak, adik-beradik, pakcik, makcik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato' Abi Rabah, As-Sya'biy, An-Nakhaiy, Al-Awzaiy, at-Thawriy, Ishak bin Rahawaih, Abu 'Ubaid dan Abu Thaur.

Pandangan Imam al-Syafie dalam qaul qadim (pandangan beliau ketika di Baghdad): Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi qaul jadid Imam Syafie (semasa di Mekah) memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syiraziy dan kitab al-Majmu, 19/45)

Bagi yang tidak berkekalan (muabbad) seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain, menyerupakan dengan mereka tidak dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh 'ala al-Mazahib al-'Arbaah, jld: 4, hlm:500; Ad-Dusuqi 'ala Syarh al-Kabir, jld: 2, hlm: 439; Ashal al-Madarik, jld: 2, hlm: 169; Kifayatul Akhyar, 2/71)

Ulama al-Syafieyyah mengatakan kiranya penyerupaan itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat. Jika ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara kinayah (tidak jelas). Lafaz yang jelas seperti: Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda kanda. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermaksud zihar tetapi mungkin juga tidak seperti: "Dinda ni seperti bondaku". Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijmak di kalangan ulama tentang pensabitan zihar. Demikian menurut Ibn Munzir (Lihat al-Majmu Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Sheikh Najib al-Mutie, jld:19,hlm: 44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa. Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti: "Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda kanda".

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti: "Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku".

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti: "Punggung dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan atau perut dinda seperti perut bonda kanda dalam masa sebulan".

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Al-Bidayah al-Mujtahid, jld:2, hlm: 117)

c. Lafaz yang boleh dianggap zihar mestilah disandarkan kepada anggota tubuh wanita sama ada secara juzuk atau sepenuhnya.

Hukum setelah jatuh zihar

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit:

Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kaffarah (penebus). Ini pandangan jumhur.

Menurut tertibnya kaffarah zihar adalah dengan membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang 'ziharkan' isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat Jahiliah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah: 3-4)

Kesimpulan


1. Hanya jatuh (sabit) zihar jika menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara keturunan, susuan mahupun musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta' (bersetubuh) dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kaffarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.
Ewan_sn
Ciri-ciri isteri solehah


SOALAN:

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?


Jawapan:

Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)
Ewan_sn
Talak kuasa suami


SOALAN:

Saya menetap di Amerika Syarikat. Imam yang dirujuk untuk kes penceraian adalah dari mazhab Hanafi. Saya ingin bertanya tentang kes penceraian daripada segi mazhab Shafie.

Imam tersebut mengatakan selepas jatuh talak yang pertama, dua bulan kemudian jatuh talak ketiga (satu bulan satu talak) dan idah bermula untuk tempoh tiga bulan kemudian selepas talak tiga.

Bolehkah ustaz terangkan penceraian dalam mazhab Shafie.


JAWAPAN:
Molek kiranya saya mulakan ulasan soalan saudara dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 229)

Dalam ayat di atas Allah menetapkan bahawa seseorang isteri yang dicerai dengan cerai raj’i (cerai yang boleh dirujuk) dengan talak yang paling maksimum adalah dua, kalau tiga tidak boleh dirujuk melainkan dikahwini oleh orang lain sebelum dikahwininya.

Ayat ini juga sekali gus menjelaskan adanya bilangan talak yang dilafaz bukan ikut bilangan bulan.

Persoalannya sekarang, saudara telah diberitahu oleh imam di sana mengenai talak. Sebenarnya apa yang jelaskan oleh imam tersebut tidak tepat.

Tidak ada mazhab yang menyebut seseorang isteri diceraikan dengan talak satu kemudian bila si suami tidak merujuk dalam bulan pertama dalam tempoh idahnya masuk bulan kedua talak yang asalnya satu jadi dua dan bagi bulan ketiga talak itu menjadi tiga.

Maksudnya kalau si suami gagal merujuk isteri dalam idah yang kebiasaannya dalam tempoh tiga bulan maka talak yang satu yang dilafazkan oleh suami menjadi tiga.

Pandangan ini sangat bercanggah dengan pandangan jumhur ulama termasuk Imam al-Syafie. Bilangan talak adalah apa yang dilafazkan oleh si suami ketika menceraikan isterinya.

Contohnya si suami kata, “aku ceraikan engkau dengan talak satu”, maka talak satulah sampai dirujuk dalam idah.

Kalau tidak rujuk sampai habis idah dan si suami ingin kembali maka hendaklah dinikahi dengan akad yang baru dan mas kahwin yang baru. Ini bermaksud bilangan talak tidak bertambah kerana kelewatan merujuk.

Cara mengira bilangan talak yang dilafazkan oleh suami adalah sama ada menyebut dengan jelas jumlah bilangan talak seperti: “Aku cerai/talak dikau dengan talak satu atau dua atau tiga”. Maka jatuh talak mengikut bilangan yang ditentukan atau disebut oleh suami.

Cara lain pengiraan talak adalah suami menceraikan isteri dengan talak satu kemudian rujuk semula, tetapi perceraian berlaku lagi selepas itu.

Setelah dua kali bercerai (dengan talak satu), kemudian berlaku perceraian lagi dengan suami melafazkan cerai talak satu maka ia dikira telah jatuh talak tiga.

Pasangan ini tidak boleh rujuk kecuali bekas isteri berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai.

Talak mesti dijatuhkan mengikut aturan kiraan Islam memberikan kepada seorang muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali talak dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya.

Kemudian ditinggalkannya isterinya itu sehingga habis idah. Kalau nampak ada keinginan merujuk sewaktu masih dalam idah, maka dia boleh merujuknya.

Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis idah, dia masih boleh untuk kembali kepada isterinya itu dengan akad dan mahar (mas kawin) baru. Kalau dia tidak lagi berhasrat untuk kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang lain.

Jika si lelaki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talak satu, tetapi tiba-tiba terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talak yang kedua, si lelaki masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.

Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini merupakan suatu bukti nyata, bahawa perceraian antara keduanya itu harus dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya sudah tidak mungkin.

Oleh kerana itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak lagi halal buat si lelaki tersebut, sehinggalah dia kahwin dengan orang lain secara syarie. Bukan sekadar menghalalkan si perempuan untuk suaminya yang pertama tadi.
Ewan_sn
Kekerapan Melakukan Hubungan Seks Bagi Suami isteri


Soalan:

Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak suami, bagaimana dengan suami pula?


Jawapan Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin :

Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan.

Namun pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H) iaitu suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).

Allah Lebih Mengetahui
Ewan_sn
HUKUM MENJILAT KEMALUAN SUAMI/ISTERI DALAM ISLAM



Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini.
Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…
Ewan_sn
Kedudukan anak hasil perkahwinan syubhah


SAYA sudah berumah tangga selama lima tahun dengan duda beranak satu. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak. Bagaimanapun, saya meragui status anak suami dengan bekas isterinya kerana baru-baru ini saya menjumpai salinan sijil perkahwinan lamanya. Di bahagian atas sijil tertulis ‘Nikah Semula’ dan terdapat lampiran surat dari Jabatan Agama Islam Selangor yang menyatakan pernikahan mereka tidak sah kerana wali pada masa itu adalah abang bekas isterinya yang tidak sah taraf. Ketika proses perkahwinan semula, bekas isterinya telah mengandung dan melahirkan anak mereka tiga bulan selepas perkahwinan semula itu. Soalan saya:


Apakah taraf anak itu? Bolehkah dia berbinkan suami saya?

Adakah anak itu berhak atas harta suami dan nafkah anak setiap bulan?

Batalkah air sembahyang dengan anak-anak kami?

Ibu Bingung
Selangor


Jawapan :


MASALAH yang puan alami banyak terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Status sah taraf seseorang anak terutama yang membabitkan anak hasil perzinaan dipandang remeh sehingga ada yang sanggup menipu dan menyorokkan hal sebenar semata-mata demi menjaga nama atau hati anak berkenaan.

Malangnya, masyarakat kita lupa kesan daripada tindakan itu sangat besar dan akhirnya membawa kemudaratan. Kerana itu, Islam tidak pernah memandang mudah permasalahan ini bahkan turut memberi jalan penyelesaiannya.

Ia kerana permasalahan serta persoalan berkaitan keturunan adalah satu isu penting. Bermula dari keturunan akan menentukan pelbagai hukum asas seperti pernikahan, nafkah, al-wilayah ataupun kedudukan, pembahagian harta pusaka serta penentuan bahagian dan kelayakan menerima wasiat.

Jika keturunan tidak dapat ditentukan dengan jelas maka ia akan memberi kesan terhadap beberapa hukum penting sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Hal itu juga yang berlaku ke atas perkahwinan terdahulu suami puan iaitu perkahwinan itu harus difaraqkan (dipisahkan) atas alasan wali ketika pernikahan adalah wali yang tidak sah.

Walaupun lelaki itu abang kepada pengantin perempuan tetapi abangnya adalah seorang anak yang tak sah taraf. Perkahwinan itu pada asalnya dianggap sah tetapi terpaksa difaraqkan atas alasan yang menyebabkan perkahwinan itu menjadi tidak sah.

Antara faktor suatu perkahwinan menjadi tidak sah adalah kerana masalah wali. Selanjutnya, pasangan suami isteri hendaklah berkahwin semula mengikut syarat perkahwinan yang sah bagi membolehkan perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.

Itulah yang dilakukan suami puan dan bekas isterinya yang terdahulu. Setelah mereka berkahwin semula mengikut tatacara yang tepat dan menggunakan wali selayaknya, barulah hubungan mereka dianggap sah dan boleh meneruskan kehidupan suami isteri seperti biasa.

Pertama, persoalan puan mengenai status anak kepada suami yang dilahirkan ketika dalam tempoh perkahwinan terdahulu. Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 114 menyatakan, “Jika seseorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu”.

Peruntukan itu bermaksud, setiap anak yang lahir melalui persetubuhan syubhah tetap dianggap sebagai anak sah taraf dan anak kandung kepada bapanya sekiranya dilahirkan di antara tempoh enam bulan hingga empat tahun qamariah dikira bermulanya dari persetubuhan itu berlaku.

Perkahwinan syubhah bermaksud suatu akad perkahwinan yang dianggap sah oleh pasangan kerana semua syarat perkahwinan telah dipenuhi tetapi pada hakikatnya akad itu tidak sah kerana sebab tertentu.

Contohnya bagi suami puan dan isterinya terdahulu, mereka beranggapan perkahwinan mereka sah kerana ada wali, saksi, ijab kabul, pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Tetapi hakikatnya, akad itu tidak sah kerana wali tidak memenuhi syarat perwalian. Oleh yang demikian, jika ketika dalam proses perkahwinan tiada mana-mana pihak yang mengetahui status wali yang mewalikan pernikahan itu, maka anak tiri puan telah memenuhi syarat peruntukan di atas dan anak berkenaan adalah anak sah taraf dan boleh dibinkan atau dibintikan kepada suami puan.

Tetapi jika ada pihak ketika proses perkahwinan itu mengetahui status sebenar wali yang mewalikan pernikahan tidak menepati syarat atau adalah anak tak sah taraf, maka kesan ke atas anak dari perkahwinan itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan dengan nama bapa anak berkenaan.

Perkara kedua, kedudukan anak itu dianggap anak sah taraf, menjadi kewajipan bagi seorang ayah menyediakan nafkah sewajarnya terhadap anaknya sebagaimana yang layak diterima oleh anak-anak puan.

Nafkah dari segi istilah adalah dimaksudkan dengan semua perkara yang diperlukan manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Bapa dan datuk ke atas wajib memberi nafkah kepada anaknya dan cucunya ke bawah.

Oleh itu, bapa adalah bertanggungjawab menyediakan nafkah untuk anaknya tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Jika bapa tiada, maka datuk atau mana-mana waris yang terdekat hendaklah mengambil alih tanggungjawab itu.

Begitu jugalah hak anak terhadap harta suami puan, memandangkan anak itu adalah anak kandung suami puan, maka dia berhak terhadap pembahagian harta pusaka milik suami puan.

Jika anak itu tak sah taraf, maka dia tidak berhak ke atas nafkah serta harta pusaka suami puan. Sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 86 Enakmen yang sama bahawa hak penjagaan ke atas anak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Maka ibu anak itu berkewajipan menyediakan nafkah dan anak juga hanya layak menerima pembahagian harta pusaka dari hak milik ibunya saja.

Berkenaan batasan aurat di antara anak itu dan anak puan, jelas tanpa sebarang pertikaian jika anak itu dan anak puan adalah saudara kandung sebapa tidak akan terjadi istilah batal air sembahyang.

Tetapi jika sebaliknya, maka auratnya adalah sama seperti hubungan dengan orang lain yang tiada perhubungan persaudaraan. Semoga puan dapat menjaga dan melayan anak itu dengan baik dan ikhlas seperti anak puan yang lain.

Saya berharap jawapan saya dapat memuaskan hati puan dan jika masih terdapat kemusykilan saya sarankan puan membuat rujukan lebih terperinci atau merujuk kepada alim ulama yang lebih ari
Ewan_sn
NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:26 AM


Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
Ewan_sn
Ibu atau Keluarga, mana lebih utama?

Soalan:

Antara tanggungjawab suami pada ibu dengan tanggungjawab ke atas keluarga (isteri dan anak-anak): mana yang lebih utama?

Jawapan:

Tanggungjawab terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan yang utama dan termasuk dalam perintah berlaku ihsan pada kedua ibu bapa yang dituntut dalam agama.

Berlaku ihsan pada ibu bapa ini pula meliputi ketaatan kepada perintah kedua ibu bapa kita, menyantuni dan melayan keduanya dengan baik dan menggembirakan hati mereka. Malah menjaga dan memberi nafkah bagi menampung keperluan hidup mereka juga termasuk dalam erti kata berlaku ihsan kepada kedua ibu bapa.

Dalam hal mentaati ibu pula, diberikan penekanan yang sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w. dalam menunjukkan betapa kedudukan ibu itu sangat tinggi dalam agama. Ini dapat dilihat melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Dan orang tersebut kembali bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ibumu!” Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi?” Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali: “Kemudian siapa lagi.” Nabi s.a.w. menjawab: ‘Kemudian ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Tinggi Seorang Ibu Dalam Agama

Menurut Imam Ibn Battal dalam kitab Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari karangan Al-Hafiz Ibn Hajar, hadis ini menunjukkan kepada keutamaan darjat ibu sehingga disebutkan lafaz ibu sebanyak tiga kali berbanding lafaz bapa yang hanya disebutkan sebanyak satu kali sahaja.

Rahsia dan hikmah Rasulullah s.a.w. menyebut lafaz ibu sebanyak tiga kali dan lafaz ayah hanya satu kali ini (3:1 atau tiga nisbah satu), menurut Ibn Battal ialah kerana hakikat bahawa ibu menghadapi kesulitan dalam menghadapi masa hamil (1), kesulitan ketika melahirkan (2), dan kesulitan pada saat menyusui (3) anak, yang mana kesemuanya hanya dialami oleh si ibu sahaja. Manakala dari sudut membesarkan dan pentarbiyahan ia dikongsi sama antara ibu dan ayah.

Malah Allah s.w.t. sendiri mengakui hal ini dalam firman-Nya melalui surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyusunya adalah sehingga tiga puluh bulan (Yakni minimum usia hamil paling kurang sampai melahirkan adalah 6 bulan, ditambah 2 tahun (24 bulan) menyusui anak, jumlahnya menjadi 30 bulan)”.

Berlaku Ihsan Pada Kedua Ibu Bapa Sebelum Berumahtangga

Keutamaan untuk berbuat baik pada ibu bapa adalah mutlak bagi seorang anak lelaki mahupun perempuan sebelum mereka berumahtangga, kecuali dalam keadaan di mana perintah kedua orang tua mempunyai unsur maksiat, maka ia wajib diingkari. Namun, tetap kita diminta untuk mengingkari dengan cara yang sopan dan usah sampai berkasar atau sampai ke peringkat mengecilkan hati kedua ibu bapa.

Perintah mentaati kedua orang tua juga tetap tidak berubah walaupun ibu dan bapa bukan beragama Islam, ataupun ibu bapa kita seorang yang fasik yakni orang yang melakukan dosa besar.

Namun apabila seorang Muslim itu bernikah, beliau mempunyai tanggungjawab baru yang tidak kurang pentingnya di sisi agama.

Beliau bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami, atau dengan perkongsian nafkah bagi kes isteri yang turut sama bekerja, jika si isteri bersetuju dan keduanya bersepakat bagi gaya hidup tertentu dan tidak dimampui, andainya si suami seorang sahaja yang bekerja.

Peranan seorang suami dan bapa di sini bukan hanya sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga, di samping keperluan memberikan pendidikan dan asas pendidikan Islam untuk anak-anaknya.

Keutamaan Yang Berbeza Setelah Berumahtangga

Namun suka diingatkan, bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun dirinya telah berkahwin. Cuma berbeza dengan ketika sebelum bernikah, keutamaan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab barunya sebagai seorang suami dan bapa.

Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kerana lantaran terlalu sibuk dengan ibu atau bapa sendiri sehingga mengabaikan keluarga baru iaitu isteri dan anak-anak juga merupakan sesuatu yang dilarang agama.

Untuk menilai keutamaan antara ibu atau dan keluarga sendiri bagi mereka yang sudah berumahtangga juga merupakan satu perkara yang subjektif, dan sukar untuk diberikan jawapan yang konsisten kerana ia kembali kepada contoh dan senario yang tertentu, yakni lain keadaan dan masa, lain pula keutamaannya.

Dalam isu hubungan antara suami bersama isteri dan ibu atau bapa, banyak keadaan di mana si suami kadangkala terhimpit di tengah-tengah, iaitu antara mengikut kata ibu atau isteri. Atas sebab itu, penting bagi seorang suami mempunyai kepimpinan yang tinggi dan berani membuat keputusan yang tepat, walaupun kadangkala menyinggung hati isteri ataupun ibu, jika itulah yang terbaik di sini agama.

Bagi menjelaskan perkara keutamaan antara ibu atau kedua ibu bapa dan isteri, saya berikan tiga senario berikut agar para pembaca dapat mudah memahami apa yang saya maksudkan.

Senario 1:

Ibu mendesak agar anak lelaki membawa isteri tinggal bersama atau tidak mengizinkan anak lelaki berpindah rumah sendiri. Si isteri pula berkeras dan bermati-matian untuk tinggal di rumah sendiri atau berpindah rumah jika belum mempunyai rumah sendiri.

Akhirnya si suami mendengar kata si isteri disebabkan si suami memahami benar perangai isteri dan juga ibunya. Iaitu jika keduanya kekal tinggal bersama, keadaan mungkin lebih menjadi huru hara dan tidak terkawal, bahkan tidak mustahil ia boleh membawa kepada perceraian pula.

Atas alasan jangka masa panjang, maka si anak membuat keputusan untuk berpindah dari rumah ibu dan membeli rumah lain. Dalam keadaan ini, si ibu mungkin kecil hati.

Namun suka diingatkan di sini, menyediakan tempat tinggal untuk keluarga juga merupakan satu kewajipan suami dan juga hak seorang isteri, yang mana jika tidak dipenuhi, bermakna kegagalan kita menjalankan salah satu tanggungjawab sebagai suami dan memenuhi hak isteri.

Walaupun berkemungkinan besar pada mulanya si ibu mungkin merajuk dan berkecil hati dengan tindakan kita, namun sebagai anak perlu untuk kita memujuk dan memahamkan ibu, serta menjelaskan secara objektif di sebalik keputusan yang dibuat.

Insha Allah lama-kelamaan ibu akan dapat menerima hakikat.

Keputusan yang jelas matlamatnya, pastinya akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dari segi jangka panjang.

Pada masa yang sama, keputusan untuk berpindah rumah atau tidak juga perlu melihat keadaan dan latar belakang ibu atau bapa. Andai kata, ibu atau bapa atau keduanya masih lagi sihat dan kuat serta mampu bekerja; atau ibu atau bapa sudah tua, tetapi terdapat adik beradik lain yang sudi menjaga, maka tidak mengapa dalam keadaan ini suami memberi keutamaan kepada isteri dan anak-anak dengan berpindah rumah dan memenuhi hak isteri.

Senario 2:

Situasi yang hampir serupa dengan senario yang pertama, tetapi ibu bapa kita sudah tua dan uzur atau ibu dan bapa kita kematian suami atau isteri dan tinggal keseorangan, dan sudah lanjut usia serta uzur pula.

Situasi ini juga melibatkan anak lelaki yang merupakan anak tunggal, atau dalam keadaan adik beradik yang lain langsung tidak mengendahkan keadaan ibu atau bapa mereka.

Maka dalam keadaan ini, wajib si anak memberi keutamaan kepada orang tua dan tinggal bersama mereka atau membawa mereka tinggal bersama isteri dan anak-anak, walaupun keputusannya ini mendapat bangkangan keras dari si isteri.

Ini kerana menurut hak isteri dalam situasi ini adalah amat tidak wajar, malah isteri perlu menunjukkan keihsanan terhadap mertuanya kerana keadaan yang sudah disebutkan tadi.

Ingatlah, kegagalan berbakti kepada ibu bapa dalam senario ini boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga, sebagaimana yang disebutkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)

Sedangkan jika si suami mengikut alasan isteri, maka dalam jangka panjang hubungan isteri dan anak lelaki bersama si ibu boleh menjadi keruh, dan tidak mustahil ini boleh menjejaskan perkahwinan mereka berdua kelak dalam jangka masa panjang.

Ingatlah, bagi setiap keadaan dan situasi mempunyai keutamaan yang berbeza-beza. Setiap keputusan pula perlulah objektif dan berlandaskan perintah agama secara menyeluruh. Jika ini dapat dilakukan, Inshaallah selaku anak dan suami, mereka bakal mendapatkan penghormatan dari ibu dan isteri.

Ibu dan isteri pastinya tidak selalu setuju dengan keputusan anak lelaki atau suami, tetapi jika keputusan kita adalah jelas dan melihat kepada kesan jangka panjang bagi keluarga dan menurut ruh ajaran Islam, maka lambat laun sesudah keadaan menjadi tenang, keduanya akan dapat memahami rasional di sebalik keutamaan dan keputusan yang dilakukan.

Semoga penerangan saya ini mampu memberikan sedikit pencerahan bagi isu yang saudara kemukakan.

Nota: Artikel ini merupakan versi tanpa suntingan penulis bagi kemusykilan agama yang sama yang telah diterbitkan dalam ruangan Hidayah, Berita Minggu Singapura pada 23 Februari 2014.
Ewan_sn

Apakah Hukum Telan Air Mani Suami ??




HUKUM TELAN AIR MANI SUAMI
SoalanUstaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.- Anak Empat -
Jawapan
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.