Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Buluhmas - Pendapatan Setiap Bulan, Sampai Bila-bila
Mesra.net Forum > Business & Economies > Iklan Perniagaan (Tangible) > Multilevel Marketing (MLM)
zamarine
SYARIKAT PENGIKLANAN BERGERAK
BULUHMAS ENTERPRISE (SA0043046-M)

Website : www.buluhmas.com


Salam Hormat Semua...

PROGRAM PROMOTER SAMBILAN
UPAH____________PENCEN
UPAH---SETIAP PROMOTER SAMBILAN DIBERI UPAH
RM 1.00 APABILA GENAP SEBULAN STIKER DI KERETA
ATAU DI MOTORSIKAL.

PENCEN ---UPAH YANG DIPEROLEHI AKAN BERTERUSAN
SETIAP BULAN.

KOS---SETIAP PROMOTER JUNIOR AKAN DIKENAKAN RM15.00 (SEKALI SAHAJA) UTK STIKER & SETEM BAGI PENGHANTARAN BONUS BULANAN SERTA PENGURUSAN.
UPAH RM2.00 UNTUK PROMOTER SENIOR.

KIRAAN UPAH ---DIKIRA SEHINGGA GENERASI KE 4
TIADA HAD JUMLAH & MASA PADA TIAP-TIAP GENERASI.
SETIAP PROMOTER DIKIRA UPAH RM1.00

GANTIAN PRODUK ---UPAH YANG MELEBIHI RM10.00
KE ATAS AKAN DITOLAK 15% DAN DIGANTIKAN DENGAN PRODUK
YANG SAMA NILAI DIPASARAN.

TEMPOH MATANG ---10 HARI DIAMBIL KIRA UTK
BORANG PERMOHONAN PROMOTER BARU SAMPAI KE PEJABAT
BULUHMAS.

3 PAKEJ MENARIK :
1) PAKEJ ANAK SEKOLAH
2) PAKEJ REMAJA
3) PAKEJ DEWASA

ANAK SEKOLAH: MODAL *RM195 PENDAPATAN RM43.00 TOLAK 15%, PENCEN BULANAN ANDA RM36.00
REMAJA: MODAL*RM1215 PENDAPATAN RM281.00 TOLAK 15%, PENCEN BULANAN ANDA RM238.00
DEWASA: MODAL *RM3615 PENDAPATAN RM841.00 TOLAK 15%,PENCEN BULANAN ANDA RM714.00

Buluhmas BUKAN MLM;
Buluhmas BUKAN SKIM PELABURAN INTERNET:
buluhmas BUKAN SKIM CEPAT KAYA.


rujuk: www.buluhmas.com

BERMINAT?
SILA HUBUNGI SAYA SEGERA.
ZAMANI (019-2737441)
Email : mozamora03@yahoo.com
YM : mozamora03
zamarine
Assalamualaikum & salam sejahtera...

keahlian / promoter buluhmas sekarang dah mencecah 280,000 orang seluruh malaysia. sesiapa yg berminat nak join bleh email aku. cepat weh...
yuran rm15, nak tambah pakej boleh amik kemudian.. no problem.


utk maklumat lanjut or pertanyaan, dengan segala hormatnya boley Hubungi aku,

zamani;
Email: mozamora03@yahoo.com
YM ; mozamora03

richwannabe
bleh explain lebih lanjut x pasal nih??
aqie 94
saya dah join pun
zamarine
QUOTE(richwannabe @ Sep 13 2008, 03:40 PM) *
bleh explain lebih lanjut x pasal nih??


buluhmas ni wat program pengiklanan...
kita bantu dari segi promosi. kita dapat upah/gaji setiap bulan.

keje kita, tampal stiker yg diberi kat kenderaan kita / promote jenama buluhmas.
tak perlu carik downline. memang plan yg unik!!

kalo carik downline.. dapat la upah lebih. sampai 4 level. takde pairing... bleh bape ramai pun downline kat level 1...
lagi ramai lagi banyak kita dapat tambahan upah.

kalo tak carik downline... kita dapat jugak upah. takde hal punye...

sesiapa yg berminal bleh YM saya : mozamora03

buluhmas.. saya mesti piley...!!
zamarine
QUOTE(aqie 94 @ Sep 14 2008, 09:55 PM) *
saya dah join pun


Alhamdulillah.. aqie 94 dah dapat upah ke?
eyth
salam,

bagi sesiapa yg berminat nak menjadi ahli warga buluhmas, boleh hubungi saya, elly, 012-2250079.

misi & visi buluhmas ialah untuk membuka hypermart seperti tesco tetapi kepunyaan 100% bumiputera. di hypermart buluhmas, pekerjanya adalah anak2 melayu kita sendiri. buluhmas adalah satu satunya kedai hypermart yg mempromosi barangan IKS (industri kecil sederhana). ia membeli barangan IKS dgn secara pukal & separuh harga, kemudian menempatkan barangan tersebut di dalam kedainya.

sebagai promoter buluhmas, kita akan dibayar upah & voucher setiap bulan. voucher hanya akan diberi sekiranya upah anda melebihi rm10.00. anda boleh menukar voucher tersebut dengan barangan IKS di kedai buluhmas. terdapat banyak barangan IKS yg ada di antaranya ialah barangan makanan, kain baju, toiletries dan akan menyusul ialah barangan electric jenama buluhmas yg dihasilkan oleh anak bangsa kita sendiri.

buat masa ini terdapat 13 buah buluhmas mart yg telah beroperasi, banyak lagi akan menyusul.

syarikat menjanjikan bayaran upah setiap bulan. syarikat juga akan terus membayar upah kepada ahli keluarga mengikut hukum faraid sekiranya kita telah meninggal dunia.

u/pengetahuan anda, ahli warga buluhmas telah menjadi seramai 1.3juta.

sekian, serba sedikit tentang buluhmas enterprise sdn bhd.
fsyukri
Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram


13 Oktober, 2008 20:01 PM
Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.