PETUA MEMEKATKAN AIR MANIMemang tidak dapat dinafikan bahawa apabila lebih banyak air mani yang dilepaskan kedalam faraj wanita, maka akan lebih memberikan kepuasan kepada mereka. Ditambah pula dengan air mani yang likat dan pekat, maka kenikmatan itu akan lebih terasa.
Dari segi perubatan pula, penghasilan dan kelikatan air mani menunjukkan bahawa sistem reproduksi seseorang itu berada di dalam keadaan yang sihat. Jadi di sini ada beberapa tip bagaimana untuk menambahkan kepekatan air mani anda demi kebahagiaan isteri tercinta

.
1. Berhenti MerokokBerita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.
2. Jauhkan seluar ketat atau air panasSuhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.
3. Teknik Pemakanan yang SihatPercaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.
4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau MasturbasiAir mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.
5. Elakkan AlkoholAlkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.
6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air maniAsid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.