Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Foto2 Zain Ruffedge & Wife
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
cikonotpari
Ada kawan saya bagi link foto Zain Ruffedge dan wifenya.....hmm comel nye wife dia... harap peminat wanita dia jgnlah frust ye...

ini dia linknya http://zainmira.myshots.com.my

Ms. Cikonot
InvisibleGurl
wife dia chinese look... happy.gif
escadagurl21
comel lah wife diaa..dh kawin ekk?x tau plak den
GeeJay
lawa photoshoot ni.. interesting!

saper photographer? nk booking ar.. saja suke2 tolong amik gambor.. best ape
zara1201
owh..dh kawen ek..
tahniah2..semoga kekal hingga akhir hayat..
sesuai sgt..
tp wife dia tu umur brape ek?
nmpk mcm budak skola lg..
comel je..
pips_feefa
dia dah kawin ker?
cantik outdoor photoshoot tuh.
wife dia cumey.
EidaBird
cantik npk sopan je
pinkygurl
muke mcm budak2..
putrishah
Tanda cinta Mira
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my





Majlis perkahwinan Zain Ruffedge, Khazmira Anuar sederhana tetapi meriah

NOMBOR yang dianggap istimewa pada sesuatu tarikh biasanya menjadi pilihan kepada orang ramai termasuklah pasangan yang ingin mengabadikan ia pada hari bersejarah dalam hidupnya iaitu sebuah perkahwinan.

Mengabadikan tarikh lahir isteri tercinta pada 11 Ogos 1983, penyanyi berkumpulan, pelakon dan pengacara program televisyen, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid atau Zain Ruffedge, 30 menyerahkan RM11,883 sebagai wang hantaran kepada isterinya, Khazmira Anuar, 25.



Zain yang juga anggota kumpulan Ruffedge, mengambil tarikh itu sebagai simbolik jumlah wang hantaran bukan kerana untuk membanggakan diri tetapi sekadar senang untuk diingati.

“Tidak terlintas untuk membanggakan diri. Kami sepakat bersama keluarga untuk menyerahkan nilai itu kerana mudah untuk diingati tanpa niat yang tidak elok.

“Walaupun perkahwinan adalah hari bersejarah bagi semua orang termasuklah kami, namun kami juga bersepakat untuk tidak mahu membazir dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Kalau boleh biarlah ia sederhana asalkan niat kami termakbul,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan kedua-dua mempelai ini di kediaman isterinya di Taman Desa Kenanga, Semenyih, Kajang Ahad lalu.





Pasangan yang mengenakan pakaian tradisional Melayu berwarna biru firus juga menganggap tarikh 8.08.08 sebagai tarikh mereka dinikahkan bukan juga kerana mahu mengagungkan nombor yang dianggap bertuah kepada masyarakat Cina tetapi sekadar mudah untuk mengingati.

“Perkenalan saya dengan isteri tidaklah terlalu lama. Namun saya perlu bertanggungjawab apabila mengenali anak dara orang terlalu lama ia mungkin dianggap tidak manis oleh masyarakat kita jika tiada sebarang ikatan sah.

“Jadi secara tidak langsung, rombongan merisik dari keluarga saya pada Januari lalu memutuskan untuk menyatukan kami berdua dalam masa terdekat dan tarikh yang paling baik adalah 8 Ogos 2008,” katanya.

Majlis yang dianggap sederhana namun meriah turut dihadiri ramai kenalan Zain termasuklah anggota kumpulannya, Ruffedge, VE dan ramai lagi. Sementara, isterinya Mira yang juga berkhidmat sebagai pegawai penjadual rangkaian di Astro turut menerima kunjungan keluarga dan handai taulan.




BAHAGIA: Zain dan Mira merancang berbulan madu di dalam negara.

Cinta berputik selepas pandang kali kedua

MENYINGKAP kisah di sebalik pengenalan pasangan ini, Zain akui pengenalan mereka terlalu singkat namun atas keikhlasan itu jodoh mempertemukan mereka.

“Saya mengenali Mira semasa dia sedang menjalani latihan praktikal di stesen televisyen ntv7 dua tahun lalu. Secara kebetulan Ruffedge diundang untuk menjayakan program Thursday Nite Live.

“Semasa itu, Mira ditugaskan untuk menjaga kebajikan Ruffedge sebelum program itu bermula. Masa situ saya tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi disebabkan saya dan dia sedang bertugas.

“Setahun selepas itu, secara tidak sangka kami dipertemukan sekali lagi dan saya masih mengingati dia. Kami mula bertukar-tukar nombor telefon tetapi jarang sekali untuk keluar bersama atas alasan sibuk.

“Sehinggalah perasaan rindu mula berputik, kami keluar sesekali sekala bertanyakan khabar dan saya menyatakan hasrat saya untuk melamar dia sebagai isteri.

“Januari lalu rombongan saya merisik Mira tanpa pertalian pertunangan kerana mahu melangsungkan majlis ini secepat mungkin,” katanya.

Menurut Mira, dia memilih Zain sebagai suaminya bukan disebabkan Zain adalah seorang artis tetapi Zain adalah jejaka yang berjaya menawan hatinya.

“Saya sentiasa bahagia apabila berada di sampingnya kerana dia adalah seorang yang kelakar. Saya yakin dia mampu menjaga saya dan sentiasa berasa selamat ketika bersama,” katanya yang masih tersipu-sipu malu ketika memaut erat lengan suaminya.

Sementara itu, Zain yang mengakui masih belum merancang untuk berbulan madu tetap akan meraikan perkahwinan mereka sebaik selesai majlis persandingan.

“Sebaik saja semuanya selesai kami ingin bercuti di dalam Malaysia saja kerana di sini pun banyak tempat yang menarik. Dan sekiranya ada rezeki lebih kami teringin juga untuk ke luar negara tetapi mungkin selepas raya nanti,” katanya.

INFO: Zain Ruffedge



Hanya sekali lafaz, tepat jam 10 malam, 8 Ogos 2008, Zain dan Mira selamat diijab kabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Ahmad Shuhaimi Md Isa di kediaman keluarga Mira Taman Desa Kenanga, Semenyih.


Zain menerima sembilan hantaran dari pihak pengantin perempuan berupa kasut, beg duit, tali pinggang, Play Station 3(PS3), cincin, set minyak wangi, buah dan coklat.


Mira pula menerima tujuh barang hantaran dari pihak Zain berupa wang hantaran, mas kahwin, jam tangan, set minyak wangi, kek, beg tangan dan kasut.


Anggota kumpulan Ruffedge ini bukan saja berbakat dalam nyanyian malah turut meminati bidang lakonan dan buat pertama kali menceburi bidang pengacaraan dalam program Wakenabeb! terbitan ntv7.


Selain sibuk dalam bidang pengacaraan, Zain juga tidak lupa pembabitan dirinya dalam bidang nyanyian yang kini dalam penyediaan material untuk diisikan ke dalam album terbaru mereka selepas album Extreme Pleasure (Bersama VE), Define dan Ruffera.


Zain bersama anggota asal, Azan dan penyertaan dua anggota baru, Nine (Phyne Ballerz) dan Iwan kini baru saja menyiapkan dua single mereka berjudul Jangan Berhenti ciptaan Nine dan Rintihan Pengemis lagu berentak perlahan yang bakal disiarkan menerusi radio dalam masa terdekat ini.
theblondeme
nampak sgt sesuai.semoge berkekalan
puteri23
QUOTE(cikonotpari @ Aug 12 2008, 01:02 AM) *
Ada kawan saya bagi link foto Zain Ruffedge dan wifenya.....hmm comel nye wife dia... harap peminat wanita dia jgnlah frust ye...

ini dia linknya <a href="http://zainmira.myshots.com.my" target="_blank">http://zainmira.myshots.com.my </a>

Ms. Cikonot


heheeee....
puteri23
ingatkan ade pic kawin
dena9
cantik wife die kan kan? comel......

sepadan laaa....... biggrin.gif
aweks86
semoga berbahagia la yek.. smile.gif
IrdinaB
sukala tgk couple nih...sama cantik sama padan....wife dia betul2 chinese look la....
MENTARI
semg bahagia..... clapping.gif
zara1201
wah...
wang hantaran ikut bday wife dia ek?
hmmm...
kalo aku punye ikut bday,
USD12,0183..
akakakaka...
pahsan btol aku!
hehehehe...
untung la sapa lahir 31hb 12..
errr...kalo huby dia nk bg hantaran ikut bday wife la kan..
cth: RM31,1283 (31.12.1983)

ape2 pon,
zain n wife mmg sepadan..
semoga kekal abadi hendaknye.
amin...
kent_eli
waaaa....sukanya tgk..
pape pun semoga berbahagia...
sape tau lagu per td?
ctmunirah
love photo no. 12, 23, 25 dan 32....

lovelies

the wife looks so nice.. nampak cem ada kelas gitu..
pandai zain pilih..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.