QUOTE(devillicious @ Apr 14 2009, 08:54 PM)

QUOTE(ms.reid @ Apr 8 2009, 08:19 AM)

D, sorry lambat balas.
SR baru tau yg selama ni SR dapat & kasi wrong info... opps!

Rupanya yg macam org punya AIDS tu nama dia FiV (Feline Immuundeficiëntie Virus). So samalah ngan AIDS, boleh melemahkan immune system. Tak ada ubat utk pulihkan penyakit ni, cuma vet boleh kasi treatment utk melawan penyakit shj. Sympom : infections, gatal2 rash, cirit birit, otitis (telinga), kurus (sampai muscle pun hilang) and kurang cell darah merah (anemia)
FeLV (Feline Leukemia Virus) pulak, symptom dia sama dgn FiV.

% kucing mati desebabkan immune system yg lemah & 85% akan mati dlm masa 3.5 tahun dia dapat penyakit ni. Kucing boleh di beri vaccination utk mencegah. Tapi tak 100% gerenti yg vaccination ni boleh mencegah.
FIP (Feline Infectueus Peronitis), disebabkan oleh feline coronavirus. Boleh terjadi ke kucing yg umur kurang dari 2 tahun dan yg dah berbelas2 tahun (tua la). Selalunya terhebah (spread) dari tahi. Symptom: terlalu malas (extreme laziness), tak ada selera makan, muntah, turun berat, susah bernafas dan demam yg tak de kurang walaupun dah kasi antibiotik. Memang selalunya fatal. Nak cegah: Elakkan dari stress. Jangan selalu pindah, jangan biarkan dia selalu kena buli dengan org atau dengan kucing yg lebih kuat etc. Bottom line, kalau kucing rasa tak secure, dia akan stress. This is a good readhttp://www.democraticunderground.com/discuss/duboard.php?az=view_all&address=243x29714
Phew! Seksa nak translate! Hope this helps. SR pun nak kena baca banyak lagi pasal FIP ni sebab tak pernah dengar pun sebelum D mentioned.
wow...SR thanks for the informative reply...byk yg D bleh tau dr apa yg SR tulis..sah la apa yg doc ckp tu mmg confirm FIP. mmg kurus gila kucing ni. tapi tak aware la pulak benda ni disebabkan stress...hmmm...
lagi satu doc ckp FIP ni boleh jugak disebabkan keturunan. meaning kalau family dia ada history FIP, most probably anak2 dia pun ada..wallahualam..
Bila baca post ni teringat dengan kucing mak I...dia sakit ni lah. Namanya Mary. Arwah ni breed Norweigian Forest Cat. Cantik sangat dan paling baik dengan my dad. Memang dari kecik lagi dia ni ada masaalah sosial sikit. Dia tak nak dengan orang kecuali my dad. Kalau my mom bagi makan pun tak leh langsung tengok muka dia. Kalau terpandang muka dia, memang dia tak sentuh makanan tu. Pelik kan? Dia tak nak main dengan other cats. Bila kucing2 lain main, dia tengok je. I selalu main dengan kucing2 lain (bagi excersice sikit..sebab kerja diorang makan & tido je...). Kadang2 si Mary ni macam nak main, tapi bila tengok banyak sanagt kucing main, dia duduk je dan memerhati. Masa umur dia 8-10 bulan dia gemuk dan sihat. Tapi, lama kelamaan makin kurus sangat, sampai bulu dia banyak gugur. MAsa Mary ni sakit la dia sangat rapat dengan my mom. Kalau masa makan, sikiiit sanagt dia makan. Nak dipendekkan cerita, bila jumpa vet. Vet kata dia kena jangkit penyakit macam aids manusia tu, tunggu masa je. So, vet advice kami supaya gunakan masa yang dia ada sebaik2nya. So, masa vet bagi vit. untuk naikkan selera makan dia, alhamdulillah, banyak dia makan. MAsa tulah, dia sorang2 kat padang kejar rama2, burung, panjat kete my dad....tapi that was the only time dia ceria...lepas tu, dia mula jatuh sakit,. Berjalan pun terhuyung hayang...yang i sedihnya masa dia nak mati, walaupun tak larat, dia snaggup naik anak tangga tunggu depan pintu bilik my parents. (Unfortunately, my parents pegi umrah masa tu. So, my uncle la jadi cat sitter). My uncle terkejut, bila je sampai depan pintu, Mary rebah. My Uncle dah nangis dah. My uncle tahu Mary rindu kat my parents, so what he did was, dia ambik gambar my parents dan tunjuk kat Mary. Bila my uncle tunjuk gambar tu kat Mary, dia boleh buka mata dan angkat kepala. LEpas tu rebah balik. So, my uncle call my parents. so my parents sempat bercakap dengan MAry. Yang pilu hati tu, bila dnegar je suara my dad, dia boleh angkat dan cari mana suara tu. My mom dah teresak2 dah. Bila dah ucap selamat tinggal semua, Mary mati atas pangkuan my uncle. Sedih gila tau tak...
Penyakit ni ada dua simtom. Ada yang mula2 kurus, lepas tu dia akan makan tak ingat dunia. Kucing tu akan jadi gemok tapi 2-3 hari lepas tu, dia mati. Which happened to one of my mom's cat juga. Dan satu lagi, kes macam Mary ni. kurus je memanjang. Tapi vet kata, kalau kes macam ni,jangka hayat dia nak mati lambat berbanding degan kes yang satu lagi. Dan betul. boleh jadi from genetic juga.
Eh, berjela2 pulak I tulis...sorri ye...melalut pulak...