Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Berita Saya Lumpuh Fitnah:musa
Mesra.net Forum > Politics > Politik Nasional
zuperi
Berita saya lumpuh fitnah: Musa
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam bersemuka dengan media bagi membuktikan beliau tidak nazak atau lumpuh selepas membuat pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada sidang media pertamanya selepas pembedahan itu, beliau menyifatkan laporan akhbar sebuah parti politik mendakwanya nazak selepas menjalani pembedahan pada 19 Ogos lalu adalah satu fitnah dan bohong.

Musa berkata, beliau kini sihat, malah menjalani proses pemulihan yang cepat selepas mengikut nasihat doktor, termasuk pengambilan ubat serta menjalani fisioterapi.

"Saya tahu perkara ini hanya selepas membaca Berita Harian hari ini yang memuatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa saya lumpuh dan nazak.

"Pada saya, ini satu fitnah yang amat jahat dibuat oleh mereka. Ini berita palsu yang zalim ditujukan bukan saja kepada keluarga saya, malah rakyat. Mereka menipu rakyat dan janganlah mendengar cerita karut seperti itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Seksyen 6/15 dekat sini, semalam.

Akhbar Suara Keadilan Bil 146 (4-11 September 2008) melaporkan, Musa dipercayai lumpuh tangan kiri dan tidak mampu lagi bertutur secara normal selepas menjalani pembedahan jantung.

Musa, 57, yang memakai kemeja dan seluar panjang kelabu kelihatan ceria ketika menyambut sendiri kedatangan pemberita di rumahnya semalam, malah turut menunjukkan kesan pembedahan di dada.

Beliau yang keluar IJN selepas lima hari dibedah, kini berjalan dua kilometer setiap hari, selain menjalani latihan angkat berat. Berat badannya turun tiga kilogram selepas pembedahan itu.

Menurutnya, beliau tidak tahu apa motif berita palsu itu disebarkan tetapi perbuatan berkenaan menyinggung keluarganya.

"Saya tahu ada orang mendoakan supaya saya dibinasakan. Saya pun mohon doa pada Allah untuk kesihatan saya dan untuk menegakkan kebenaran, tetapi saya tidak minta pada Allah membinasakan sesiapa," katanya.

"Pembedahan pintasan itu dibuat atas nasihat doktor selepas pemeriksaan angiogram beberapa hari sebelum itu mengesan empat arteri saya mengecil," katanya.

Musa juga menegaskan beliau tidak berhasrat bersara awal, sebaliknya akan kembali bertugas awal Oktober ini, selepas bercuti sakit selama 49 hari.

"Saya sudah lama tidak bercuti, jadi Allah bagi saya cutilah," katanya berseloroh dan merakamkan ucapan terima kasih pada pakar bedah dan kakitangan IJN serta rakyat Malaysia dan warga polis yang mendoakan kesihatannya.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...icle/index_html
Edirossa
Kalau Zuperi baru sedar tentang berita ini, bermakna Zuperi kira terlambat. Dah berbulan berita ini tersebar sebenarnya. Cuma baru seminggu ini sahaja Musa Hassan menafikan berita ini di Malaysiakini. Cuma saya nak tanya Zuperi, kalau betul Musa Haasan lumpuh seperti berita yg tersebar itu, adakah media perdana milik UMNO terutamanya akhbar2 Melayu akan siarkan berita2 ini??...Jawabnya PASTI TIDAK!! Anda hanya boleh ikuti berita ini hanya di akhbar2 Cina, Inggeris, The Star, The Sun, Malaysiakini, Harakah dan beberapa yg lain....kenapa?

Tahu pasal berita Musa Hassan lumpuh ini pun sebab banyak tersebar dari mulut ke mulut dan dari blog-blog kecil. Untuk tahu betul ke tidak berita itu kita tengok adakah berita2 itu disiarkan oleh badan berita online utama ke tidak, contohnya oleh Malaysiakini, The Star dan The Sun. Media2 utama lain milik kerajaan hanya boleh dipercayai sikit terutamanya tentang kebaikan yg pihak kerajaan lakukan tapi berita-berita besar yg merugikan pihak parti pemerintah akan pasti 99.99% disorokkan dibawah kapet atau disembunyikan sebaik boleh dari pengetahuan rakyat.

Tentang penerimaan berita2 samada berita2 itu benar atau berbau fitnah adalah bergantung kpd nilai harga diri dan maruah seseorang. Kalau seseorang ada kredibiliti, ada maruah, ada harga diri dan lebih takut kpd hukuman dan seksaan Allah, pasti dia akan menyelidik dulu samada berita yg diterima itu benar atau pun tidak. Orang yg tidak ada harga diri, tidak ada maruah dan tidak ada rasa takut kat seksaan dan hukum Allah sahaja akan mudah menerima berita2 tanpa menyelidik terlebih dahulu samada berita itu benar ataupun tidak.

Pada saya orang yg menerima berita2 besar terutamanya yg hukumnya berat disisi Allah seperti Zina, liwat dan melacur, kemudian terus percaya akan berita tersebut, adalah seorang yg tak ada harga diri, tidak bermaruah dan tak ada pearasaan takut dengan azab Allah

Tentang berita2 kecil spt Musa Hassan lumpuh dan sebagainya itu saya cuma anggap rumours atau khabar angin selagi tidak dapat disahkan sumbernya.

Pendirian saya tentang berita2 tentang parti kerajaan atau pembangkang, saya akan tengok samada berita2 itu ada mempunyai bukti yg kuat atau yg hanya bernilai sampah tepian jalan, tanpa ada bukti yg boleh di jadikan rujukan.
adlertag
Nasib baik la depa kata lumpuh.....kalau mati? Tetiba wat sidang media, berterabur lari x cukup tanah pemberita2 tu.
onemesra
QUOTE(adlertag @ Sep 7 2008, 08:10 AM) *
Nasib baik la depa kata lumpuh.....kalau mati? Tetiba wat sidang media, berterabur lari x cukup tanah pemberita2 tu.

ustaz zuperi je yg tak lari bab bg dia apa yg krajaan wat somanya betul tetap teguh dibelakang biggrin.gif
adlertag
QUOTE(onemesra @ Sep 7 2008, 08:30 AM) *

si zuperi ni ustaz ke? Sekarang ni imam masjid pon pandai menipu tau.

Dah tentu la si zuperi ni berdiri teguh....tgk la lambang dia tu....
onemesra
QUOTE(adlertag @ Sep 7 2008, 08:41 AM) *

dlm nie ada 2 3 org yg dpt taraf ustaz bab serba serbi diorg tau tmasuk soal agama...salah sorg dh tp taraf ulamak tp pelik belia nie dh menghilangkan diri selepas pilihaneaya P44..kemana eik ilangnya ulamak tuan guru zulu eik rolleyes.gif
uncle_spirit
mungkin pada masa berita disebarkan sememangnya musa mengalami masalah lumpuh. tetapi setelah diberi rawatan dia telah sembuh dan baru dia beri kenyataan menafikannya... itu satu teori kemungkinan jugak kan??

hanya Allah yang lebih mengetahui

domesticgoddessnot
QUOTE(onemesra @ Sep 7 2008, 08:52 AM) *

bulan2 posa, dia tak nak le perang kat sini... bole kureng pahala... aku agak le.
onemesra
QUOTE(domesticgoddessnot @ Sep 7 2008, 09:17 AM) *

ia le kot beliaukan taraf ulamak kena ar jaga tarafnya cool.gif
inteloniac

kepada tuan topik,

nampak tak ada tanda soal kat tajuk artikel tuh?
onemesra
QUOTE(inteloniac @ Sep 7 2008, 10:50 AM) *

kepada tuan topik,

nampak tak ada tanda soal kat tajuk artikel tuh?

masa skolah dulu tuan topik cikgunya tak ajo kot apakah tanda tu...bab tu posting2 tuan topik penuh ngn kekeliruan...maybe tuan topik tak dpt nk bezakan soklan dan jawapan so jdlah bcelaru...tp tak blh nk salahkan tuan topik gak bab dia tak tau nk bezakan mana soklan mana jawapan rolleyes.gif
zuperi
Kenapa la suka buat fitnah bulan2 puasa nie yer...adoi
bestfriend
Hm...tak rasa lak fitnah kalau dah ada tanda soal...
maknanya wartawan tu telah mengutarakan persoalan, bukan kenyataan..
so, kita kene baca sampai habis dulu r baru tau benar ke tak dia lumpuh...
ke macam mana?
Pakcik_Kordi
Bagus... Lain kali buat lah tanda soal....

Menimbulkan pelbagai spekulasi..Yang bestnya ialah FITNAH di kalangan pembaca..Mengaitkan lumpuh dengan itu la.. ini la..

Bagus.... good.gif
bestfriend
elok la ada tanda soal...maknaya belum tentu betul atau salah..
kes liwat anwar ibrahim lagi la takde tanda pe2...
main tuduh jek, pastu p bantai main-main sumpah....
tak ke lagi berat fitnah itu?huhu...
pe pe je r....
Dai-Chen
BREAKING NEWS - ZUPERI TAK PUASA?

bezakan dengan ini -

BREAKING NEWS - ZUPERI TAK PUASA!

see the difference?

p/s - at least dia buat tanda soal...sebab depa pun tau berita ni belum tentu confirm...

kalu media perdana? berita baru dengar bunga dah pung pang pung pang satu mesia sleep.gif
noorul
ALHAMDULILLAH KALAU DAH SEMBUH...

DAH TERBUKTI KELUAR DARI MULUT KPN SENDIRI: SAKIT HATINYA BILA DIFITNAH & DIZALIMI KATA MUSA HASAN.

DAN INGATLAH......WAHAI TOK HASSAN(DAH NK PENCEN) MACAM TU LAH PERASAAN ORG YG DIFITNAH DAN DIZALIMI.KENA KAT BATANG HIDUNG HANG BARU NK INGAT TUHAN.BARU HANG TAU SAKITNYA DIFITNAH & DIZALIMI

MCM MANA PULAK MANGSA2 ISA DAN FITNAH SEBELUM2 NI ????????
CUBA TANYA DSAI APA PERASAAN DIA BILA DIFITNAH PADA TAHUN 1998 ....

BERSYUKURLAH ALLAH BG PELUANG UTK KO BERTAUBAT

zan
harap musa hassan sedar apa perasaan anwar pula difitnah dan ditindas oleh musa hassan sendiri, atas arahan dari rahim noor dan dr.mahathir.

by the way, petikan dibuat dari akhbar suara keadilan bertarikh 4 september 2009. kehilangan musa hassan tidak mengejutkan memandangkan tetiba suara beliau tidak kedengaran di TV.

aku mendoakan musa hassan panjang umur, supaya beliau dapat rasa anwar ibrahim sbg bosnya. malang, sbb kontrak lanjutan beliau cuma akan berakhir hingga september 2009
watt
QUOTE(zan @ Sep 7 2008, 11:18 PM) *

Yg dulu atas arahan dari rahim noor dan Dr.M..yg terkini atas arahan sapa plak..kalau dulu pertikai DNA..sekarang sumpah dlm masjid pun tak kena...pelik tapi benar..?? ohmy.gif
watt
QUOTE(uncle_spirit @ Sep 7 2008, 09:15 AM) *
mungkin pada masa berita disebarkan sememangnya musa mengalami masalah lumpuh. tetapi setelah diberi rawatan dia telah sembuh dan baru dia beri kenyataan menafikannya... itu satu teori kemungkinan jugak kan??

hanya Allah yang lebih mengetahui

Kalau betul2 sibuk nak tahu..apa kata kita ramai2 pergi IJN tanya kat doktor atau misi di IJN...tul tak..tabik spring Tan Sri KPN..doakan agar cepat sembuh dan sihat walafiat..sambung perjuangan utk jaga negara...jgn jadi mcm sesetengah pemimpin berjuang utk kepentingan peribadi.. wink.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.