Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Pengalaman Di Mekah
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
abang din
Salam...sesaper ada pengalaman di Tanah Suci
tak kiralah buat umrah ker...buat haji ker..
meh la kita kongsi sini...
hajjah
QUOTE(abang din @ Sep 25 2008, 12:53 PM) *
Salam...sesaper ada pengalaman di Tanah Suci
tak kiralah buat umrah ker...buat haji ker..
meh la kita kongsi sini...


salamz...

abg din, pergi tahun bila...
saya umrah tahun 2003
dan haji tahun 2007....

banyak yang boleh di kongsikan bersama...

dari segi perasaan spritual
saya dpati mengerjakan haji masya allah
d umpphhh tidak ternilai...
di situ kite lihat lautan manusia ketika tawaf
saie, arafah, mudzaliffah....minaa

dan of course di mana2 sahaja...

berbagai mazhab dan bangsa
dengan tujuan yang hanya satu


sewaktu umrah dulu
tak seketat sewaktu haji
sewaktu tawaf dan saie...

dua cuaca yang berbeza saya rasai....

musim panas ketika umrah
musim sejuk ketika haji...


saya pastekan nanti gambar2
utk ditatap bersama...

artis terlampau
artis ikut famili buat umrah julai lalu
masa tu bulan rejab
orang mekah cukup muliakan bulan rejab
depan masjidil haram dan di dalam masjid ramai berbuka puasa

ketika itu projek merobohkan bangunan/ hotel berdekatan masjidil haram
masjidil haram sedang diperbesarkan
bangunan yg dibina tinggi2....baratus tingkat
memang gayat....
Cisqo87
saya pergi mekah buat haji pada akhir 2004.
pengalaman sy..mmg berbeza..dulu sebelum pergi tabung haji ade buat mcm2 kursus..pastu praktikal nak buat tawaf la..saie la..sy tak pergi pon sebab mase tu sibuk ngan spm..mmg..waktu disini lain..sampai disana..mmg lain..tak boleh kita nak jangka..
bile sampai saje di sana..sy tgk berjuta org..ramai sungguh.nak berjalan 100m pon amik mase 10-15 minit la..bukan main ramai..kena tolak..kena tarik..mase tu bangunan sebelah hilton baru nak buat

tapi..sy tgk..jemaah malaysia ni ade yang taksub sgt.sampai pintu masjidil haram tu pon dia cium..nak buat ape..cam2 kerenah..ade yang sampai aje terus pakai mcm pak arab..yang atas kepala tu..amik gambar ngan unta..beli minyak wangi yang tersangt wangi tuuu...cam2 lagi la.geli hati pon ade..

pengalaman yang paling tak boleh lupa sekali bila bermalam di Mina selama 3 hari..mmg mencabar..waktu tu plak hujan turun dengan lebat.. habis khemah..mase tu ramai org mati di trowong..makan tak tentu jam..tdo tak tentu mase..makanan jgn cakap la..kena makan jugak walaupon........dalam mase 3 hari tu mmg paling mencabar iman..diri..
itu lah 3 hari yang paling sy tak boleh lupa sampai skrg...mengajar sy erti kehidupan..belajar erti susah..susah nak mkn..nak tdo..nak bergerak.dlm ketakutan..waktu hujan lebat tu...ade kumpulan jemaah yang berdoa dgn kuat.minta dijauhkan malapetaka..waktu tu mmg genting..sy sendiri takut...

kini alhmadulillah....semuanya menjadi pengajaran... good.gif
deanna_a
Assalamualaikum wbt

Saya baru lepas mengerjakan ibadah haji tahun ini. Sukar untuk diungkapkan dengan kata2 segala pengalaman dan perasaan yang saya peroleh di Madinah dan Makkah. Kelebihan yang diberikan oleh Allah semasa bermukim di Madinah selama lebih seminggu menerbitkan rasa takut sehingga terlepas bicara memohon jgn terlalu dimudahkan dalam mengerjakan ibadah haji kepada Allah. Rasa takut kerana bimbang kelebihan yang diterima mewujudkan rasa riak dengan kelebihan. Beberapa hari meninggalkan Madinah untuk mengerjakan haji di Makkah menerbitkan rasa rindu kepada Tanah Suci Madinah yang amat mendalam hanya Allah yang tahu.

Yakin... Mungkin Allah pegang bicara itu, pelbagai dugaan yang begitu mencabar saya hadapi di Makkah. Penyakit yang teruk, dugaan dari rakan sebilik, umpat keji yang sekiranya tidak disertai dengan sifat redha dan sabar, pasti menerbitkan rasa amarah dan kecewa. Yakin dengan janji Allah, saya redha dengan semua dugaan yang diterima malah sukar untuk saya sendiri percaya bagaimana saya boleh menjadi manusia yang begitu redha dan sabar. Suatu yang tidak terjangka oleh saya sendiri, wujud rasa bersyukur dengan dugaan yang diterima. Hakikatnya saya bukanlah manusia yang penyabar, malah mudah melatah dengan umpat keji. Namun, penghayatan dalam mengerjakan semua rukun dan wajib haji seolah-olah mewujudkan suatu perasaan yang begitu tenang.

Namun, hati sedikit teruji semasa di mina untuk melontar, saya membawa org tua saya yang uzur dan suatu yang tidak terjangka di mana di mina saya sentiasa didatangi oleh jemaah yang memohon pertolongan... dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil, sehingga terluah isi hati mengadu penat kepada seorang insan yang tidak dikenali, namun suatu yang tidak terduga, insan tersebut menyatakan ianya adalah suatu rahmat dan saya seharusnya bersyukur kerana bukan suatu yang mudah untuk kita dapat membuat kebajikan di tanah suci. Ada org yang datang hanya dapat mengerjakan haji, namun tidak dapat peluang untuk membuat kebajikan, namun saya tanpa diminta begitu ramai org tua dan jemaah yang datang meminta pertolongan. Saya betul2 terkejut dan tidak menjangka akan mendapat nasihat seperti itu dan menerbitkan rasa berdosa kerana bersangka buruk kepada anugerah Allah.

Dugaan selepas mengerjakan haji dan menunggu masa untuk meninggalkan Makkah turut tidak dapat dilupakan. Saya uzur syarie (haid) selepas berniat di miqat untuk mengerjakan umrah sunat. Bayangkan saya cuma ada masa selama 7 hari untuk berada di Makkah sedangkan tempoh haid adalah selama 7-10 hari. Sedangkan saya belum selesai mengerjakan tawaf dan saiee. Keadaan ini menjadikan hati saya begitu tertekan kerana sekiranya sehingga dalam tempoh 7 hari itu, sekiranya saya tidak dapat tawaf, saya perlu membuat 3 pilihan, delay flight, tahalul Ihsar dan bertaqlik kepada mazhab hanafi. Sehingga 2 hari lagi untuk kembali ke tanah air saya masih berhadas. Akhirnya saya sujud dan mengadu di depan Kaabah di kawasan saie. Saya merenung Kaabah dari jauh, dengan membawa hati yang sedih dan tidak tentu arah, saya berjalan menuju ke Bukit Safa dan duduk di atas batu di bukit tersebut. Tiba2 timbul bayangan bagaimana Siti Hajar berlari mencari air untuk anaknya Nabi Ismail dari bukit safa ke marwah dalam keadaan masih nifas. Suatu yang tidak terduga airmata saya bercucuran kerana dugaan yang saya hadapi tidak sebesar dugaan yang dihadapi oleh Siti Hajar tapi sudah tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Saat itu saya betul2 sedar bahawa saat kita merasakan dugaan kita terlalu berat, kita tidak sedar bahawa ada insan lebih hebat dugaannya. Dan disitulah saya mendapat petunjuk apakah pilihan yang patut saya pilih. Disaat itu juga saya teringat doa dan permintaan saya semasa wukuf di Arafah. Dan saya teringat sepotong ayat dalam Al Quran " Adakah manusia itu menduga bahawa mereka tidak akan diuji setelah mengaku beriman"...

Apabila kita meminta cinta Allah, dugaan yang kita hadapi bukanlah mudah. hanya kesabaran, redha, ikhlas dan bersyukur dengan segala nikmatNya tanpa mengira nikmat yang susah atau senang sahaja yang dapat memungkinkan kita mendapat cinta Allah.
HambaAllah
takyah la citer pasal pengalaman kat kota Mekah tu....ni negara kita ni skrg ni mcm mana.....agak2 aman ke nanti? kalau dah tak aman nanti, jgn harap la nak ke kota mekah tu....nak kuar umah pun kena tembak mcm kat palestine tu. fikir la bebaik. masuk akal ke idak apa aku cakap ni.
artis terlampau
artis menitis airmata ketika selesai tawaf wida'....sebak sungguh. ketika melambai kaabah hati teramat sayu. dalam hati tak henti2 berdoa semoga allah permudahkan lagi usaha artis nak datang ke tanah suci lkalau boleh setiap tahun. artis teringin nak alami kebahagiaan berpuasa di mekah....

tp pengalaman artis paling sukar dilupakan ketika mendaki jabal nur dan sujud syukur di tempat rasulullah mengabdikan diri menghadap allah...tempat itu sungguh tinggi dan penuh batu-batu krikil. kira2 separuh nyawa jugalah mendaki bukit tu....tapi bila dah sampai ke tempat rasulullah bertapa itu hati rasa puas...hilang segala penat lelah
deanna_a
memang sedih kan artis. hanya org yang mengalami sahaja yang tahu. mungkin akan ada yang kata kita over, excited, menunjuk2, tapi itulah hakikat perasaan yang kita akan alami di sana. Keseronokan di sana tidak sama dengan keseronokan berziarah ke tempat lain. Keseronokan di sana amat berbeza. Ketenangan itulah yang kita dapat di sana. Kalau ikut tak nak dah balik malaysia. Bukan tak sayang malaysia tapi perasaan cintakan tanah suci mengatasi cinta kepada malaysia. Mana2 yang ingin tahu perasaan itu, berziarahlah ke sana. Namun, hayatilah dulu semua rukun dan wajib ibadah haji dan umrah sebelum pergi. Ia amat berguna untuk melakukan semua ibadah tersebut supaya kita tidak hanya sekadar melakukan tanpa memahami apa pun. Di sana saya akui, kalau nak dunia kena berilmu, nak akhirat kena berilmu, nak dua2 juga mesti berilmu. Keadaan di sana sukar untuk kita duga, ada yang berpelajaran tinggi tapi takut nak keluar jalan sebab asyik sesat sedangkan panduan arah ada ditunjukkan. Ada yang cukup alim dan tinggi ilmu agama boleh jadi tidak siuman bila di tanah suci. ada org yang dianggap bodoh menjadi cukup disanjung di sana.

Kalau nak kira keadaan kota mekah tu, apalah yang ada, keadaannya agak kotor, berdebu, barang pun agak mahal walaupun tidak berkualiti, hotel yang kurang menyenangkan, tempatnya sesak dan makanannya kurang menyelerakan tapi mengapa hati rasa seronok dan rasa sayang nak tinggalkan dua tanah suci tersebut. Hanya Allah yang tahu. Kita tak boleh bandingkan tanah haram dengan tanah halal. Ianya amat jauh berbeza. Macam langit dgn bumi.

Kalau nak kira keadaan masa kat arafah, muzhalifah dan mina. kalau kat malaysia pasti kita dan merungut mcm2. 1st day saya kat arafah saya dapat nasi mentah. Sebab merasakan itulah rezeki saya hari tu, saya makan jugak, Alhamdulillah, saya tak sakit perut. Cuma muzhalifah saya agak cerewet sebab asyik merungut pasal bau hancing. Saya lari kat mana2 pun bau hancing tu ada, kawan saya suruh beristifar, alhamdulillah, tetiba jer bau tu hilang. Bukankah itu satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak mungkin terjadi di tanah halal.

Sebelum kat sana, saya dah niat tak nak shopping, bila sampai di madinah dan makkah, apa jer saya beli untuk di bawa balik malaysia koyak. Sedangkan dah periksa semua stiap penjuru pakaian tu. Malah setiap kali ingin nak membeli, duit asyik tak jumpa, terpaksa pegi tabung haji keluarkan duit. tapi bila saya berniat nak beli alquran wat wakaf dan beli makanan untuk makan bersama di hotel, ada pulak duit muncul.

Saya masih ingat, selepas selesai mengerjakan tahallul thani, saya berniat nak putihkan kulit muka sebab kena sunburn masa mengerjakan haji, kononnya nak cantiklah sikit, lepas jer pakai fair & lovely, muka saya jadi merah dan terkopek sana sini mcm terbakar. Mungkin saya niat nak cantik, tu yang jadi mcm tu. Sehari selepas sampai kat malaysia elok pulak kulit muka saya. Nak kata salah pakai saya bukan tak biasa pakai fair & lovely.

Sebenarnya byk lagi pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan buat selama-lamanya dan saya amat bersyukur kerana mengalami semua itu. Ianya menjadikan saya semakin ingin mengenali keistimewaan yang ada di tanah haram. Mengapa ianya terlalu berbeza daripada tanah halal. Kepelikan nya itulah yang membuat kan tanah haram itu cukup istimewa.
yazidyahaya
bila la saya boleh pergi ke mekah..teringin juga pergi kesana
artis terlampau
tahniah deanna....anda dah bergelar haji sekarang. saya ntah la bilakah lagi. tolong la doakan saya juga segera ke sana. saya dah mula menyimpan kat tabung haji. belum cukup lagi. tapi rasanya tak sabar2 nak laksanakan rukun islam kelima itu. bukan kerana nak title haji...tp nak sahut seruan allah. nak bersihkan diri yg penuh keotroran.

betullah...selama di tanah suci saya tak pernah ingat dunia....apa lagi dunia hiburan atau politik. mcm tak percaya, saya tak pernah tinggal solat. lebih tak percaya lagi saya rajin membaca al-quran...baik di madinah atau di mekah. sebelum balik saya sempat wakafkan al-quran di kedua2 masjid mulia itu.

peliknya, bila balik malaysia knp saya sukar amalkan apa yg saya lakukan di tanah suci dulu?
apapun saya sentiasa berusaha buat yg terbuat...dan selalu berdoa pada allah semoga iman saya terus kukuh dan tidak meringan2kan solat serta amalan lain....
artis terlampau
sdra yazid, niat yg baik insya allah akan dimakbulkan.
berdoa dan berusaha la selalu....

saya ke mekah pertama kali dulu pun mcm mimpi. tiba2 mak dan ayah ajak pergi....

kali ini saya pergi dengan duit sendiri....
L_lo
QUOTE(HambaAllah @ Dec 25 2008, 05:25 PM) *
takyah la citer pasal pengalaman kat kota Mekah tu....ni negara kita ni skrg ni mcm mana.....agak2 aman ke nanti? kalau dah tak aman nanti, jgn harap la nak ke kota mekah tu....nak kuar umah pun kena tembak mcm kat palestine tu. fikir la bebaik. masuk akal ke idak apa aku cakap ni.



Hmmm.... paranoianye
deanna_a
tidak ada salahnya dengan statement hamba Allah. Setiap org mempunyai emosi dan cara tersendiri untuk menyedarkan org lain.

Cuma, kita kena sedar, hidayah itu adalah kepunyaan Allah. Nabi Nuh mendapat teguran Allah bila mendoakan anaknya. Itu membuktikan bahawa kita hanya mampu menyebarkan dan menyampaikan,namun hidayah itu adalah hak Allah. Bukan hak kita memastikan org yang kita sayang menjadi manusia yang diredhai Allah.

Namun, sekiranya dikaji sejarah dakwah Islam, berdakwah dengan cara memperbaiki diri sendiri adalah yang terbaik. Menjadikan diri sendiri seorang yang boleh dicontohi seperti yang dilakukan oleh rasulallah adalah dakwah yang tidak dapat ditandingi. Baginda adalah terbaik dari semua segi, perilaku, pemikiran dan segala-galanya. baginda menjadikan diri baginda contoh yang terbaik. Dengan hanya bersikap lemah lembut tehadap musuh dan org yang menghina baginda mampu meningkatkan bilangan umat Islam. kita boleh menyebarkan dan menyampaikan Islam, tetapi cara terbaik adalah dengan memperbaiki cara hidup malah rutin hidup kita sendiri, insyaallah... kita tidak perlu bercakap apa-apa, sekiranya kita ikhlas dalam mengubah cara dan rutin hidup demi Allah semata-mata, pasti Allah menerbitkan sinar hidayah dalam insan lain yang memerhati cara hidup kita.

Bagi yang ingin mengerjakan ibadah haji, terimalah apa sahaja dugaan yang Allah takdirkan untuk kita bila di sana. Redhakan hati. hakikatnya, susah atau senang dugaan yang kita terima bukanlah jaminan kita mendapat haji mabrur. Sekiranya kita redha, ikhlas, sabar dan sedar diri, insyaallah.. hati akan menjadi tenang. hakikatnya, ketenangan itulah yang kita ingini dalam hidup. Bukan harta, nama, sanjungan dan pujian. Hanya Allah yang layak dipuji. Kita tidak punya apa-apa. Sampai masa kita akan kembali kepada Allah. Berusahalah untuk mencari jalan untuk mendapat cinta Allah. Berbaktilah sebanyak mungkin di jalan Allah kerana untuk itulah kita dihidupkan, membuat kebajikan demi Allah.

Duit yang banyak dalam bank atau tabung haji bukan jaminan untuk kita menjejak kaki ke tanah suci dan mendapat ketenangan. Jangan jemu untuk berdoa dan beristifar kepada Allah. Hakikatnya Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, kita ni jer yang mudah jemu dan mudah merasa putus asa dengan rahmat Allah. Terkadang Allah tidak mengabulkan dulu permohonan kita kerana Dia suka mendengar kita merayu padaNya. Itulah tanda Allah sayangkan kita.
artis terlampau
kadang2 sungguh pelik orang islam ni. contohnya boss saya ni. tiap tahunh bawa famili bercuti ke luar negara. tapi sekalipun tak ingat nak ke tanah suci.

sedara saya pun ada sorang. kaya...selalu ke oversea...tapi bila saya ajak buat umrah mcm2 alasan dia bagi.

mungkin pintu hatinya belum terbuka lagi. saya tak tau mcm mana nak buka hatinya cenderung ke tanah suci...
masMerah
QUOTE(HambaAllah @ Dec 25 2008, 05:25 PM) *
takyah la citer pasal pengalaman kat kota Mekah tu....ni negara kita ni skrg ni mcm mana.....agak2 aman ke nanti? kalau dah tak aman nanti, jgn harap la nak ke kota mekah tu....nak kuar umah pun kena tembak mcm kat palestine tu. fikir la bebaik. masuk akal ke idak apa aku cakap ni.

wacko.gif aku pening
masMerah
QUOTE(artis terlampau @ Dec 29 2008, 02:48 PM) *
kadang2 sungguh pelik orang islam ni. contohnya boss saya ni. tiap tahunh bawa famili bercuti ke luar negara. tapi sekalipun tak ingat nak ke tanah suci.

sedara saya pun ada sorang. kaya...selalu ke oversea...tapi bila saya ajak buat umrah mcm2 alasan dia bagi.

mungkin pintu hatinya belum terbuka lagi. saya tak tau mcm mana nak buka hatinya cenderung ke tanah suci...


buka kan perlahan2. Lagi pun ia rukun yg ke 5.

dahulu kan yang awal dulu.

take time
rick_kk
Aslkm.

Masa saya naik haji ke Mekah tahun 1990; kalau tidak solat atau baca al-Quran (dan tafsiran sekali); saya melepak di mana-mana memerhatikan gelagat para jemaah haji yang datang dari segenap pelusuk dunia. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa, etnik dan warna kulit. Tingkahlaku merekapun berbeza mengikut tempat (atau masyarakat) dari mana mereka datang. Ada yang kasar dan ada yang lemah lembut. Satu perkara yang membawa mereka ke tempat yang satu ini ialah iman (dan taqwa) mereka. Mengingatkan saya:

1. Bagaimanalah dulu Nabi Adam dan isterinya memulakan hidup di Bumi yang begitu asing (bagi mereka) dengan tiada orang lain (sebagai jiran tetangga) selain mereka. Malah di sana masih terdapat haiwan-haiwan karnivor yang sentiasa mengancam kehidupan mereka. Alangkah berbezanya keselesaan yang aku miliki sekarang berbanding Datuk dan Nenekku itu. Tidak sedar air mataku tergenang. Tiba-tiba aku merasa amat merindui mereka. "Ya Allah! Di akirat nanti; temukan aku dengan mereka!.

2. Betapa para jemaah haji dapat melupakan perbezaan antara mereka. Jika semangat ini terus di bawa pulang pasti akan hilang asobiah. Atas kesedaran siapapun mereka, mereka sememangnya anak cucu Adam dan Hawa; memberi erti mereka adalah sedarah sedaging juga denganku. Ku lihat ke dalam mata setiap jemaah haji (yang saling berbeza itu); dan hatiku membisik: "Kamulah saudaraku...kamulah saudaraku!. Sesungguhnya itulah cinta persaudaraan yang sebenar dan suci. Lalu hatiku berikrar: 'Selepas ini, selepas pulang dari haji ini; aku tidak akan membiarkan diriku dipengaruhi syaitan dengan membeza-bezakan semua manusia (dengan memberi layanan berbeza mengikut bangsa, warna kulit, keturunan, status atau dipengaruhi oleh lokasi spt kedaerahan, kenegerian atau kebenuaan). Kasih sayang harus disebar kepada semua manusia secara adil kerana itu memang hak mereka sebagai anak cucu Nabi Adam (sebagaimana aku).

3. Menyedari hakikat ini; saya percaya jika saya dapat bertemu Adam; tentu Adam akan meminta kepadaku: "Selamatkanlah saudara-saudaramu yang sesat itu. Apapun mereka tu anak cucu aku juga; saudara sedarah sedaging kamu juga". Dan aku mula bertekad untuk mengubah diriku. (Kalau sebelum itu aku memang suka menyendiri berulit dengan solat dan al-Quran - baca untuk pahala). Aku mula menyedari tentang visi dan misi para rasul. Sememangnya mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk menerajui visi dan misi membawa kembali anak cucu Adam ke jalan yan lurus. Dan apakah aku terus sahaja tidak berbuat apa-apa dengan visi tersebut; sedangkan Nabiku telah berpesan: "Sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini. Sampaikanlah; walau satu ayat....".

"Ya Allah; aku tak mahu mendosakan sesiapa (kerana apapun semua mereka itu adalah saudaraku juga). Kalau ada sesiapa yang bersalah terhadapku sama ada yang telah lalu, sekarang atau akan datang; aku sudah mengampuninya. Ya Allah ampuni aku; kalau selama ini terdapat prejudis atau marah atau simpan hati terhadap saudara-saidaraku itu!

Saya sempat malakukan beberapa kali tawaf sunat dengan cukup selesa (sebab pada masa saya sampai di Mekah, keadaan masih lengang). Saya terfikir; mengapakah kita mesti memberikan kiri kepada kaabah; sedangkan Islam memberikan nilai negatif kepada kiri.

Ketika orang sudah mulai ramai (dan sesak) saya sering solat dan melepak di tingkat 3 masjid sambil melihat orang-orang yang sedang tawaf. Tiba-tiba saya teringat tentang geografi (atau sains astronomi) di mana Bumi bergerak menyongsong matahari menepati gerakan tawaf (yang mengkirikan kaabah itu). Saya merasa teruja; dan mengingatkan saya tentang gerakan Bumi inilah yang menyebabkan ujudnya siang dan malam. Dan apakah pula tawaf yang tujuh kali putaran itu mewakili tujuh hari dalam seminggu (di mana sekali putaran Bumi mewakili sehari itu)?

Itulah sedikit...!

Nota: Saya tergamam juga dengan peristiwa muaisim tahun itu. Tapi saya amat yakin mereka yang terkorban itu telah mendapat mahgfirah dari Allah. Tinggal nasib saya (dan kita) lagi...entah bagai mana? Semoga Tuhan sentiasa menyayangiku (dan kita) dan melindungiku (dan kita).

Wslm.
rick_kk
Aslkm.

Di masa-masa senggang; sempat juga saya berbual dengan jemaah dari Iran. Saya tanya diorang: "Ada orang (Islam sendiri) yang kata kamu sudah sesat dan terkeluar dari Islam.

Diorang macam nak marah (menahan marah agaknya): "Apa pula kami sesat? Kamipun bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad. Siapa yang berani bersumpah (atau jamin) yang kalau mati nanti kami masuk neraka dan dia (mereka) masuk syurga?

Saya tak kata apa-apa; sekadar menepuk-nepuk belakangnya dan mengangkat tangan (mohon supaya cool). Tapi; saya tanya:

"Yang imam solat korang sampai masuk dalam lobang tu pasal apa?

"Bila kita mengadap Tuhan; kita hendaklah solat dengan tawaduk. Dan imam hendaklah lebih tawaduk daripada semua jemaahnya"; jelasnya.

"Oh....! Bagaimana pula dengan isu batu dalam poket tu?"; tanya saya lagi.

"Kita kena ikut sunah. Nabi dulu solat di mana saja di Bumi Allah. Baginda solat bukan atas karpet seperti kita sekarang. Baginda sujud dengan meletakkan dahinya ke Bumi. Dan di padang pasir yang tandus itu; dahi baginda mencecah batu-batu. Kita dianggap angkuh di hadapan Tuhan kalau masih mahu melapikkan dahi (walau dengan sehelai rambutpun). Jadi; bila kami sujud, kami akan letakkan batu sebagai tempat dahi mendarat".

Dan saya dapat memahami bahawa kekeliruan ini hanyalah masalah persepsi sahaja. Kalau ia suatu yang salah akan gugur bersama titisan air wuduk atau gugur bersama senyuman ukhwah atau akan gugur bersama hati yang simpati.

Nota: Berhubung soal persepsi ini, mengingatkan saya tentang ada orang Islam yang solat dengan bermacam gaya masing-masing:

1. Memusing-musingkan telunjuk semasa mengucapkan aysahadualla ilaha illallah pada tahiyat. (Kerana kononnya yang kita tunjuk itu ialah Allah. Oleh kerana Allah tidak bertempat dan berada di mana-mana, maka jari hendaklah dipusing-pusingkan. Jika kita tidak memusingkannya bererti kita telah membuat anggapan bahawa Tuhan itu bertempat).

2. Memegang telinga semasa takbiratul ihram. (Ini berkaitan pertanyaan seorang sahabat kepada Nabi -bilamana ada orang yang bertakbiratul ihram dengan mengangkat tangan tinggi ke atas -; setakat manakah tingginya tangan di angkat semasa takbiratul-ihram?. Nabi menjawab; sekadar telinga cukuplah).

3. Meletakkan tangan bertindih di atas dada sebelah kiri. (Ini kerana mereka mahu menetapkan hati ketika solat; kerana jantung ada di sebelah atas kiri dada).

4. Menundukkan badan serendah yang boleh semasa rukuk, hingga tangan memegang pergelangan kaki, bukannya lutut. (Ini kerana Islam ditakrif sebagai tunduk patuh; di mana mereka yang paling rendah tunduknya dianggap sebagai paling tawaduk di sisi Tuhan).

Nota: Saya tidak mahu komen apa-apa tentang soal-soal persepsi seperti itu. Tapi suatu yang amat jelas ialah semasa berdiri solat tangan bertindih ditolak ke sebelah kiri pinggang adalah dengan tujuan melegakan kesesakan apabila jemaah dalam syap (barisan) dalam kedudukan sangat rapat.

Wslm.
rick_kk
QUOTE(artis terlampau @ Dec 29 2008, 02:48 PM) *
kadang2 sungguh pelik orang islam ni. contohnya boss saya ni. tiap tahunh bawa famili bercuti ke luar negara. tapi sekalipun tak ingat nak ke tanah suci.

sedara saya pun ada sorang. kaya...selalu ke oversea...tapi bila saya ajak buat umrah mcm2 alasan dia bagi.


Aslkm.

Yang satu ni lain pulak. Selepas balik haji dia macam sebelum pergi tu jugak. Tak pernahnya sembahyang. Bila saya tanya; dia kata:

"Buat apa sembahyang? Tuhan yang dah hutang kat aku...!"

"Kenapa?"

"Kiralah pahala yang kita dapat. Pahala solat di Masjid Nabi campur pahala sembahyang di Masjidil Haram. 50 tahun lagi umur aku pun Tuhan masih berhutang kat aku"; jawabnya.

"Dosa yang kau tak sembahyang sebelum pergi Mekah tu, macamana? Dosa-dosa lain tu bagaimana?"; aku menyoal.

"Kan bila naik haji kita dah tak ada dosa; macam bayi baru dilahirkan. Itupun kalau mau kira 15 tahun selepas tu baru boleh kira dosa sebab bayi kena ambil masa 15 tahun baru baligh".

"Hoi...bodoh kau. 15 tahun apa? Kau tahu tanda-tanda baligh? Kau memang dah baligh"; saya mula naik panas.

"Ya..lah. Aku mentainlah. Jangan mencuri, jangan mengumpat dan jangan buat benda-benda yang salah. Yang pastinya bab sembahyang tu aku dah banyak simpan pahala. Boleh cover punya!". balasnya lagi; serius.

"Gila!"; kata hatiku.

Pada mulanya saya sangka dia bergurau. Rupanya dia serius. Saya pernah adukan cerita ini kat imam dan ustaz di kampung tu. Tak tahulah apa tindakan mereka.

Mudah-mudahan dia dapat difahamkan.

Nota: Agaknya itulah sebabnya 'diorang' tu tunggu dah tua baru nak pergi haji.

Wslm.
rick_kk
QUOTE(rick_kk @ Jan 2 2009, 10:50 AM) *
Mengingatkan saya:

1. Bagaimanalah dulu Nabi Adam dan isterinya memulakan hidup di Bumi yang begitu asing (bagi mereka) dengan tiada orang lain (sebagai jiran tetangga) selain mereka. Malah di sana masih terdapat haiwan-haiwan karnivor yang sentiasa mengancam kehidupan mereka.


Aslkm.

Tiba-tiba saya teringat kepada Charles Darwin. (Sebelum ini; yakni sebelum ke Mekah; saya memang dah baca buku-buku Charles Darwin berkaitan teori evolusinya. Berhubung pendapatnya bahawa manusia berasal dari monyet memang saya tak dapat terima. Tapi dia telah menunjukkan bukti-bukti konkrit dalam mengemukakan teorinya itu).

Sambil saya menilai-nilai teori Darwin ini; saya cuba mengingat-ngingat (kalau ada) sebarang klu dari al-Quran. (Amat jelas dan tegas); AlQuran memberi nilai kemanusiaan hanya kepada makhluk yang berakal sahaja. Kalau seseorang itu mabuk atau gila dsb dia terlepas dari tuntutan (tanggungjawab) kemanusiaannya. Saya bertanya kepada diri sendiri:

"Apakah rangka yang berurutan dari zaman ke zaman yang ditunjukkan sebagai bukti konkrit oleh Darwin itu benar tulang manusia?

Saya percaya kalau itu memang tulang manusia; kerana para saintis tidak mungkin akan bersatu untuk suatu pembohongan. (Yang selalu buat begitu hanya orang politik sahaja).

"Jadi, di mana masalahnya?

Dengan mengingat semula keadaan Adam dan anak-cucunya sebagai komuniti pertama di Bumi dengan pelbagai cabaran hidup di tempat asing; terutamanya binatang buas; mereka mesti melestarikan diri dengan persekitarannya. Ya... faktor inilah yang menjadikan mereka memiliki tangan lebih panjang daripada kaki (apabila tidak boleh berjalan santai dan sentiasa bersedia memanjat pokok apabila dalam keadaan bahaya). Maknanya tulang-tulang yang dikatakan tulang beruk itu memang tulang manusia (berakal fikiran; tapi tentunya tidak berbulu panjang seperti andaian Darwin).

"Jadi, di mana masalahnya?

Masalahnya ialah Charles Darwin tidak beragama Islam dan tidak membaca al-Quran.

Wallahualam.

Wslm.
zureenaz
Assalamualaikum

Saya mengerjakan umrah pada April 2007. Masa tu niat saya nak lari dari masalah peribadi. Di samping berdoa kepada Allah beri petunjuk kepada saya dan permudahkan urusan saya di dunia dan akhirat.
Saya sebenarnya agak takut nak ke Mekah sebab saya dengar cerita tentang lelaki yang langsung tidak nampak kaabah di depan mata. bila dia mengucapkan byk kali baru la dia nampak kaabah, itupun sebesar kotak mancis je.

Hari pertama di Mekah, sebelum zohor saya demam kuat, saya tidur tak sedar diri. orang picit badan pun saya tak bangun. tapi lepas asar je saya ok. hari berikutnya pun macam tu. pagi blh ikut rombongan gi Jabal Rahmah, pusing2 kat arafah, tgk tempat melontar, tgk khemah tpt bermalam di Mina, tapi bila dah dekat zohor je... saya mula demam semula... rasanya 3 hari saya mcm tu

Mertua saya kata... nak melepaskan dosa. Mungkin tu hukuman sebab prestasi solat tak berapa cun. maklumlah dulu masa belajar, selalu gak terlepas waktu. Dah keje pun macam tu juga... asar most likely la terlepas kalau menyinggah.
tambahan pula, niat saya ke sana mungkin tak suci. sebab utama sebab nak lari dari masalah... ibadat jatuh no dua. Tu lah.. bila fikiran di kuasai oleh perasaan, niat pun jadi tak betul...

Tapi syukur sangat2 sebab saya dapat habiskan umarah wajib dan sunat. cukup 7 kali. Takde sikit pun rasa nak balik. rasa seronok je kat sana.... aiskrim dia pun sedap huhu
Masa tawaf widak, rasa sayu sgt... rasa mcm taknak balik.... tapi saya terkilan saya tak dapat sentuh dan kucup hajarul aswad... terlalu kuat dugaannya.... jemaah berasak2 sampaikan guard yang jaga kat situ ketuk jemaah dgn payung... sian diorang....

satu lagi dugaan, ada construction nak besarkan tempat saie masa saya di sana. sangat bising dgn punya orang pecahkan batu... bingit telinga... tapi gagahkan juga la.... takkan nak balik kut..hehe

tapi dengar dah byk perubahan berlaku. hotel yang saya duduk dulu pun dah takde. hotel tu cuma 10 tapak je dari masjidil haram. harap saya dapat pergi lagi. kai ni dengan suami dan kalau boleh saya nak bawak emak dan ayah saya sekali... walaupun parents dah mengerjakan haji... tapi kaabah sentiasa melambai2 mereka supaya kembali..
Cisqo87
QUOTE(HambaAllah @ Dec 25 2008, 05:25 PM) *
takyah la citer pasal pengalaman kat kota Mekah tu....ni negara kita ni skrg ni mcm mana.....agak2 aman ke nanti? kalau dah tak aman nanti, jgn harap la nak ke kota mekah tu....nak kuar umah pun kena tembak mcm kat palestine tu. fikir la bebaik. masuk akal ke idak apa aku cakap ni.

mmg tread ni dibuka untuk cerita pengalaman di mekah kan....
negara kita insyallah akan aman...
rick_kk
QUOTE(Cisqo87 @ Jan 8 2009, 08:50 AM) *
negara kita insyallah akan aman...


Aslkm.

Harap-harap begitulah. Tapi ramai pemerhati politik kata 'dah hampir nak meletup'. Alasan yang mereka beripun cukup realistik.

Minta jangan jadi seperti Bosnia Herzegovina. Baru saja meriah-meriah olimpik; tup-tup meletus peperangan penghapusan etnik.

Itulah....Mari kita cepat-cepat berdakwah menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu persaudaraan keagamaan. Semoga atas nama akidah dan persaudaraan sejagat (semangat Haji) kita mampu menjadi umat yang satu yang berbuat sesuatu hanya kerana Allah (bukan kerana kumpulan atau kaum sendiri-sendiri). Barulah negara 'bil adli wal ikhsan' @negara Islam dapat direalisasikan.

Innal-insana lafikhusrin. Illalladzi......watawa shaubil haq, watawa shaubish-shobr.

Watawa shaubil haq, watawa shaubil marhamah.

Wslm.
deanna_a
Satu perkara masa di madinah yang saya dikata bodoh oleh kakak saya. Saya masa tu bukannya apa, malu dan kasihan dgn mak saya yang tua sebenarnya.

masa di masjid nabawi, setiap kali saya dan geng sebilik saya tak dapat solat dalam masjid nabawi sebab penuh, kami terpaksa sembahyang di kawasan perkarangan masjid nabawi. terutama masa solat zohor dan asar. Sebenarnya saya tak perasan apa yang berlaku pada saya masa tu. Salah seorang diantara geng saya yang bagitau, saya beruntung sebab ada orang yang melindungi saya dari terik matahari. Bila dia bagitau baru saya perasan, memang setiap kali saya solat kat panas mesti ada org yang melindungi saya dari panah terik. Kadang2 kebetulan bayang2 menara masjid akan tepat melindungkan tempat saya solat. Bila selalu sgt, saya jadi malu sebab saya bukannya org baik sgt, byk dosa lagi tu. tambah2 rasa kasihan kat mak saya yang terpaksa kena panas dan terpaksa tutup kepala dia dengan sejadah. Saya berdoa mintak apa sahaja kelebihan yang diberikan, biarlah diberikan pada orang tua saya. malah saya berdoa mintak jgn dimudahkan sgt dalam mengerjakan ibadah haji dan umrah sebab saya benar2 takut saya akan lupa diri. Heheheh.. agaknya doa saya tu dimakbulkan, memang mcm2 penyakit yang menimpa saya di mekah. Cuma saya bersyukur saya masih dapat mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna dan tidak pernah tinggal solat walaupun dalam keadaan sakit yang teruk. mampu pulak lagi tu saya berpuasa sunat beberapa hari sebelum ke arafah. rolleyes.gif

kat masjidil haram pulak, saya masih ingat masa tu saya sakit mata teruk, mata pedih dan asyik keluar taik mata jer. Saya masa tu pulak dalam ihram umrah sunat. saya sorang2 pegi masjidil haram sebab geng saya semuanya tua2, tak larat nak ke masjid yang jln penuh debu dan berbatu2. Sedang tunggu masuk waktu isyak tu, ada dua beranak ni, mintak kebenaran duduk sebelah saya. Sebab kurang sihat saya angguk jer dan tak cakap apa2. Tiba2 si anak mintak saya pindah tempat duduk sebab dia nak mak dia duduk kat tempat duduk saya. Saya suruh mak dia duduk di sebelah kiri saya sebab saya tak nak beralih tempat. Lepas tu, geng diaorang tu mengumpat saya dan perli saya ni tak ada budi bahasa sebab langsung tak nak bertolak ansur dengan org lain. bagi saya solat ni tak perlulah duduk sama geng, duduk ngan org lain pun solat masih sah. Ntah kenapa hati rasa sedih sgt, dahlah sorang2, kena perli pulak tu. saya pun bangun dah suruh makcik tu ambik tempat saya dan saya duduk di tempat makcik tu yang tempat sujud nya kecik jer. Lepas ambik tempat duduk saya, makcik tu siap perli saya kata saya ni sombong. Masa tu memang saya mengalirkan air mata tapi saya diam dan teruskan berzikir. Allah tu Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, selesai solat isyak, tiba ada org tertumpah air dari arah depan dan air tu mengalir terus ke tempat duduk saya yang asal. Sedikitpun air tu tak mengalir ke arah saya. kalau ikut logiknya, kalau org depan saya basah kena air tu, saya sepatutnya pun kena jugak. Tapi air tu membelok ke kanan saya dan melimpah kena hampir semua org sebelah kanan saya terutama makcik yang ambik tempat duduk saya. makcik tu menjerit dan mengutuk org yang tumpahkan air tu. beberapa org yang perasan kejadian tu terus mengucap subhanallah. Saya pulak, sebab malu kerana tiba2 ada wanita arab yang cium pipi saya, saya bangun, cari cleaner mintak dia lap tempat yang basah terus pindah ke tempat lain yang jauh dari situ.

saya rasa mungkin itu sebagai pengajaran untuk saya jugak, jgn suka buruk sangka dengan org dan jgn cakap hal dunia dan membuat olah dalam masjid, apalagi masjidil haram. Maha Suci Allah.
masam
bile ada kat sana rasa tak nak balik.... sekarang rasa nak pergi lagi..dan lagi lagi.....dan saya berdoa..harap sebelum capai umur 30 tahun kalau umur panjang dan dapat tunai kan haji...begitu jugak orang yang baca ape yang saya tulis saya doakan akan dapat kesempatan untuk menjejakkan kaki ke mekah....insyaAllah...


a bit of my story bile kat sana..masa pergi tu.....masa 10 hari terakhir bulan puasa......orang ramai...tapi best sangat.....saya nasihat kan sesiapa nak pergi ...cube la pergi bulan puasa....


one of the part...
bile bulan puasa pak arab pak arab kaya tk tau lak depa bgi makanan free bagi orang yang kat mekah so setiap hari mesti orang dapat satu plastik besar mase nak berkejar masuk dalam masjid nabawi....satu hari tu ...my family terlambat...then my sis kate..tak dapat la kite plastik tu ari ni...tapi...memang ade....orang yang bagi tu tinggal sikit je kat tangan die...

so saya tunjuk ' insyarat macam takpela kat budak arab pompuan tu saya kate takpela saya share dengan kakak saya, saya tunjuk macam takpe takpe' sebab ramai jugak orang2 yang miskin. makcik2 tua arab kat situ...yang memang selalu ada situ....

kakak arab tu macam marah saya ' ambik' ambik! dalam bahasa melayu la kirenye....die halau nye makcik makcik tua tu...sebab depa dah dapat banyak sebenar nye....yela tapi depa tu memang susah ...serata dunia datang....kadang kadang saya tengok kesian, tido kat situ je....ada sesetengah orang yang datang ke sana makcik makcik tua bukan dari malaysia ni...depa pergi tapi tak tau cara sebenarnye...kadang kdang diorang ikut dan tanye kite....ape perlu buat bile sampai kat situ...ermmm

saya kire negara kire beruntung banyak ada mahu kerajaan atau swasta dah bagi tunjuk ajar .....

then when first time menjejak kan kaki di mekah...yang paling kelakar my sis depan kaabah, i cakp.....weh korang nampak kaabah tak?padahal depan kaabah dah ni sebab selalu baca buku mastika sebelum tu....takut jugak baca buku mastika sebelum tu..

lastly memang best kat sana...

rick_kk
Aslkm.

Saya pulak; sejak kecil ingin sangat pergi Mekah. Agaknya kerana terlalu minat dengan cerita-cerita orang yang baru balik haji; (terutamanya ibu saya yang naik haji dengan kapal laut Anking dan bapa saya yang juga naik kapal laut Anson); hingga Mekah terus menjadi impian. Setelah bekerja saya mula menabung, tapi simpanan masih tak cukup untuk tambang (walaupun kawan-kawan yang sama-sama mula menabung tu dah lama pergi). Hinggalah pada satu musim haji; beberapa kawan @jiran saya maklumkan yang dia akan ke Mekah pada tahun itu. Malah mereka telahpun menghadiri kursus haji. Saya dah tak sabar lagi mahu pergi pada tahun itu juga. Setelah kira-kira dua minggu sebelum keberangkatan; saya pergi ke Pejabat Tabung Haji bertanyakan kedudukan saya. Mereka kata simpanan saya masih tidak cukup kira-kira RM300.00 lagi. Bila pulang rumah saya berusaha mencari orang yag mahu membeli motosikal saya. Kebanyakannya tak mahu dengan harga begitu tinggi; tak sepadan dengan buruknya motosikal saya tu. Akhirnya ada juga kawan (dengan wajah ceria) yang mahu membayar dengan harga itu. Setelah saya mencukupi biaya yang diperlukan maka rasmilah saya didaftar akan naik haji pada tahun itu.

Ketika berbaris menukar duit Malaysia kepada riyal Saudi; saya rasa pucat juga; kerana bakal-bakal haji yang lain menukar sejumlah ribuan ringgit; sedangkan saya cuma ada RM90.00 sahaja.

"Ini saja?"; tanya kerani kaunter Tabung Haji itu.

Dan saya cuma mengangguk.

Semasa turun di Jedah; kami (jemaah haji dari Malaysia) telah diberi duit poket oleh Tabung Haji sebanyak 500 riyal saudi. Apa lagi; saya rasa saya dah jadi orang kaya. Dipendekkan cerita; saya merasa amat teruja dengan kerja Tuhan kerana sepanjang di Mekah dan Madinah, rezeki saya mencurah-curah.

Hari pertama di Mekah; saya dapati orang tidak ramai. Jadi, (berjam-jam) saya mengambil kesempatan memperihatini kaabah, hijr Ismail, perigi zam-zam dan hajar aswad. Tapi pada hari kedua orang dah ramai, nak dekati hajar aswad pun jadi amat sukar.

Masa pulang; saya rasa tak mahu pulang. Pada masa tawaf widak tiba-tiba hati saya terdetik: Ya Allah; balik ni aku dah tak ada motosikal!". Semasa meninggalkannya (kaabah) saya tidak mampu lagi menahan air mata. Sekilas saya melirik kaabah: "Selamat tinggal kaabah!"; bisik hati. Itulah pandangan terakhir saya; dan saya tidak menoleh lagi.

Nota 1: Sebenarnya motosikal buruk itulah kaki saya. Dengannya saya dan isteri pergi ke pasar; dengannya saya pergi dan pulang kerja; dan dengannya saya (berdedai) membawa anak-anak pergi atau pulang dari sekolah (walaupun terpaksa suruh mereka berjalan kaki, kalau nampak ada 'road block' di hadapan).

Nota 2: Atas kehendak Tuhan juga; seminggu selepas saya pulang ada seorang pegawai sukan minta tolong saya membekalkan makanan kepada beberapa atlitnya untuk tempoh dua minggu (kerana pembekal rasmi mereka telah tamat tempoh menunggu pembekal yang baru). Dia tanya saya berapa harga yang saya mahu. Saya kata:"Saya tak sebut; bagilah berapa-berapa". Dia beri saya RM3,000.00. Walaupun saya menolaknya (kerana agak banyak) tetapi dia memaksakannya. Dengan wang itu (tambah sedikit yang saya ada) sayapun beli sebuah motosikal baru. Syukur alhamdulillah.

Wslm.
deanna_a
memang tak nak balik kan. Masa kat mekah saya masih dapat tahan, tapi semasa tunggu bus untuk ke airport di jeddah, air mata saya mengalir tak berenti2 dan tak semena saya tersedu-sedu sampai bengkak mata. Ntah, pasal apa rasa sedih sgt. Masa tu rasa nak balik semula ke mekah.

satu lagi perkara yang saya tak boleh lupa. Masa tu saya tgh buat tawaf sunat. Saya malas nak ke bawah, so saya tawaf tingkat satu. semasa tgh jln tu, tiba2 ternampak sorang atuk tua ni, begitu penuh semangat bertawaf sambil berzikir "tiada tuhan selain Allah". laju lagi tu dia jln. Ntah, mengapa tiba2 hati rasa tercabar dgn kecergasan atuk ni. Bukan apa dia tu dah lah tua, hingus meleleh2 pulak tu. Saya pun tak nak kalah. Saya pun berzikir sama dan cuma pintas dia. Bila saya rasa dia dah agak jauh tertinggal, saya slow sikit. yang saya sakit ati sangat tu, tiba2 dia ada di depan saya. saya pun jln cepat jugak dan pintas dia balik. Bila dah rasa dia dah jauh tertinggal, saya slow sikit, tiba2 ternampak dia berada beberapa langkah di depan saya. Bila saya cuba kejar dia lagi, tiba2 je dia dah tak de. Agaknya dia dah habis tawaf dan dah keluar dari tempat tu, tapi memang frustlah sebab tak dapat nak lawan dia. blum.gif

Sekarang ni, rasa rindu kat kaabah tu rasa membara jer. masih terbayang2 rupa kaabah, rindu sampai tak terkata. Ntahlah. Bila dah tak tahan tu, apa lagi yang boleh saya buat, menangis jerlah. Rasa mcm orang bercinta pulak rindu-rindu mcm ni. tapi memang, rasa rindu kat kaabah tu, rasa mcm rindu setengah mati org ckp. Bila teringat, nak makan pun tak lalu, tidur pun tak lena. Tu yang kadang2 saya join mesra ni. tak boleh nak tidur. tak taulah nak ckp mcm mana. Allah jer yang tau apa yang saya sekarang. Nak cerita kat org bagaimana rindu tu pun rasanya tak ada sesiapa pun akan paham.
abang din
Salam rakan2 semua, lama Abang Din menyepi. Rindu sangat pada kawan2. Abang Din nak cerita kisah benar buat renungan bersama. Abang Din sebenarnya ada penyakit lelah. Setiap hari kena makan ubat lelah, kalau tak abang Din akan semput dan sukar bernafas.

Bila nak buat umrah pertama kali dulu Abang Din berjumpa doktor sebab nak minta bekalan ubat lebih ke Tanah Suci. Doktor itu, seorang wanita cantik, marah pada Abang Din. Kata doktor, awak dah nak ke Tanah Suci, buat apa nak bawa ubat lagi. Bukankah di Tanah Suci itu ada ubat paling mujarab Allah sediakan?

Abang Din terkejut. Tak faham maksud doktor. Ubat apa...tanya Abang Din.

Kata doktor, di Madinah dan Mekah terdapat banyak air zamzam. Bukankah air zamzam itu Allah jadikan dapat sembuhkan berbagai penyakit?

Doktor itu pesan pada Abang Din minum air zamzam banyak2 dan setiap kali minum selawat kepada Rasul dan niat sungguh2 minta Allah sembuhkan penyakit semput.

Abang Din buat apa yang doktor suruh. Abang Din solat hajat minta sembuhkan penyakit di dalam Raudhah. Selepas itu Abang Din minum air zamzam.

Keesokannya kerana terlalu sibuk dan letih Abang Din terlupa makan ubat lelah yang dibawa. Hairannya Abang Din tak terasa semput langsung dan mampu bernafas seperti biasa.

Sejak itu abang Din tidak makan ubat lelah lagi. Sekarang Abang Din bebas dari penyakit lelah. Alhamdulillah...Abang Din bersyukur pada Allah yang menyembuhkan penyakit lelah Abang Din.

Demikian kuasa Allah menyembuhkan penyakit....
melayubelacan
Abng Din pernah ada rasa tidak untuk mati di Mekah?
deanna_a
saya benar-benar rindu dengan tanah suci. kalau boleh nak kerja kat sana, so hari-hari boleh buat umrah. Mati di tanah suci bukan satu jaminan untuk dapat syurga. Yang elok sebenarnya mati dalam keadaan mengerjakan ibadah kepada Allah swt. Saya ada diceritakan oleh seseorang tentang seorang hamba Allah yang mati di tanah suci dan di kebumikan di sana namun mayat si mati telah dibelit oleh seekor ular yang kelihatan cukup ganas. So, niatkan sahaja hati ke tanah suci untuk beribadah, memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt dan bukannya untuk mati.

wallahualam.
misshjh
SALAM...

saya merupakan seorang pelajar yang berumur 18 tahun.setelah membaca semua respon dalam tajuk ni(hingga mampu menitiskan air mata),tertarik saya untuk berkongsi pengalaman sewaktu di tanah suci..bukan niatuntuk riak atau bermegah tapi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman agar sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat semua pembaca blog ini.

alhamdulillah,mungkin rezeki kami sekeluarga masih ada untuk menunaikan ibadah umrah dan insyaAllah ibadah haji yang kali kedua.sepanjang saya hidup di muka bumi ini selam 18 tahun,saya telah berkesempatan menunaikan umrah sebanyak 4 kali dan ibadah haji sekali iaitu pada penghujung tahun 2003(hingga awal tahun 2004).ini semua berkat usaha ayah saya yang bekerja begitu kuat dan sememangnya rezeki dari Allah yang membolehkan saya sekeluarga sering kali dapat menunaikan ibadah di tanah suci tersebut,Mekah.nyata sekali begitu banyak pengalaman yang saya perolehi setiap kali ke sana dan pastinya semua pengalaman tersebut tidak akan saya lupakan.

bermula dengan pemergian saya ke Mekah buat pertama kalinya iaitu ketika saya berumur 7 tahun(pada tahun 1998).usia tersebut sememangnya akan dianggap masih mentah bagi para pembaca sekalian dan ya,saya akuinya.tapi segala kenangan yang saya lalui pada ketika itu masih segar dalam ingatan saya.bayangkanlah,sewaktu hari pertama saya di Masjidilharam, saya terlepas dari pimpinan ibu saya dan dengan kuasaNya,saya tidak langsung berasa gentar mahupun ingin menangis. mungkin pada usia yang masih kecil sebegitu,segalanya masih 'blur' bagi saya.ia terjadi selepas selesai solat zohor apabila ibu saya ingin singgah untuk meminum air zam-zam sebelum pulang ke hotel.sewaktu ibu saya menunduk untuk mengambil air zam2.tangan saya dilepaskan sebentar dan pada ketika itulah saya tanpa sedar telah berjalan seorang diri keluar dari masjidilharam.setelah sedar yang ibu saya tiada bersama,saya bersandar di sebatang tiang berhadapan dengan pintu keluar dan sejurus selepas itu,kelihatan ayah saya keluar dari pintu yang sama.saya terus menerpa ayah saya dan memberitahu yang ibu saya sedang minum air zam2 di dalam masjid.tiba2,saya terdengar seorang wanita(kawan ayah saya)memberitahu ayah yang ibu saya sedang menangis kerana anak perempuannya(saya) hilang.sesaat kemudian ibu saya keluar dari masjid dan terus menerpa ke ayah saya dengan memberitau tentang 'kehilangan' saya tanpa dia sedar(kerana saya rendah) yang saya sudah berada dalam pimpinan ayah saya.mengucap panjang ibu saya apabila sedar kewujudan saya dan melihat saya telah berada dalam pimpinan ayah.maka kami pun mulakan langkah untuk pulang ke hotel dan tiba2 ayah saya tersepak satu plastik yang isi kandungannya adalah kasut2 kami sekeluarga yang hilang pada sesi solat subuh pagi itu.itulah kuasa Tuhan.di sebalik kedukaan,terselit jua kegembiraan.

kali kedua saya menunaikan umrah pada umur 10 tahun.pada ketika itu adalah bulan puasa.pada kali ini,nenek saya turut serta menunaikan umrah bersama keluarga saya.gembiranya dia bukan kepalang apabila dapat menjejakkan kaki ke Mekah. namun di sebalik kegembiraan tersebut,terpalit sedikit kedukaan.mungkin enar kata orang,bila di tanah suci,jaga percakapan kita,jika tidak,tidak mustahil musibah akan melanda.inilah yang terjadi pada nenek saya.sewaktu tiba di Mekah,nenek saya ada berkata pada ibu saya,"amannya di sini...dapat jugak mak rehatkan badan kat sini.penat jugak hari2 menjaga orang sakit (moyang saya-mak kepada nenek saya) yang dah tak boleh gerak(lumpuh)"mak saya agak tekejut dengan luahan nenek saya itu dan selang beberapa hari,kami mendapat berita yang moyang saya itu meninggal..nenek saya menyesal dan dalam kesedihan dia berkata"Ya Tuhan,berdosanya aku mengeluh letih menjaga ibu sendiri..terdetik di hati untuk aku berehat seketika di sini daripada menjaganya tapi rupanya Engkau kini merehatkan aku dari menjaga ibuku buat selamanya". Maka bagi yang akan dan ingin ke Mekah,perbetulkan niat anda iaitu ingin beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya.

pada penghujung tahun 2003,saya ke Mekah untuk tujuan ibadah haji.pada waktu itulah pelbagai dugaan,cabaran dan pengalaman yang saya perolehi walaupun pada waktu itu saya baru berusia 12 tahun.melihat lautan manusia beribadah seolah-olah membuka dan mematangkan pemikiran saya tentang konsep islam dan ibadah.hanya dengan satu tujuan,jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di tanah suci semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah.Allahuakbar....! berjumpa dengan pelbagai ragam manusia,benar-benar membuatkan hati saya insaf.masih lagi saya ingat seorang pak cik yang sebilik dengan abang saya hanya sempat beribadat di Mekah selama beberapa hari dan kemudiannya jatuh sakit dan beliau dimasukkan ke hospital.ibadah hajinya tidak sempurna kerana beliau tidak dapat wukuf di arafah.masih juga saya ingat lagi apabila hujan turun selepas selesai solat jumaat dan semua jemaah pulang basah kuyup ke hotel masing2.terimbau juga saya dengan keikhlasan jurujual kedai yang bersebelahan dengan hotel saya.setelah berminggu-minggu tinggal di sana, hubungan jurujual tersebut dengan ahli keluarga saya semakin akrab.dan tiba pada waktu berangkat pulang,jurujual itu sanggup naik ke dalam bas rombongan kami dan menghadiahkan saya sekeluarga sedikit barang jualannya(sejadah dan tudung) sebagai tanda kenang-kenangan darinya.saat itulah air mata saya menitis melihatkan keikhlasan seorang muslim yang ingin menjaga hubungan baik sesama muslim yang lain.alangkah bagusnya jika semua manusia berniat sedemikian...setiap kali saya melihat barang yang diberi oleh jurujual itu,pastinya saya akan tersenyum dan seketika kemudian air mata akan menitis.

pada pertenganhan tahun 2005,saya sekali lagi menunaikan ibadah umrah dan kali ini pemergian saya dan keluarga turut bersama dengan saudara mara sebelah ayah saya.perasaan seronok tergambar di setiap wajah kami kerana dapat menunaikan ibadah bersama-sama.hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya kami.satu perkara yang agak menakjubkan apabila seorang mak cik saya yang menghidap lelah tidak langsung berasa sukar untuk bernafas terutama apabila cuaca panas. malah perjalanannya lebih laju berbanding saya tidak kira sama ada sewaktu ingin ke masjid atau tawaf atau saie. segala ubat lelah yang dibekalkan oleh doktor langsung tidak dicuitnya.apabila saya bertanya kepadanya mengapa dia tidak makan ubat lelah yang diberikan doktor dan mak cik saya itu menjawab bahawa sepanjang dia di Mekah,dia tidak langsung berasa penat dan lelah.malahan,setiap gerak gerinya saya lihat lebih pantas dan cergas.mugkin itulah antara keajaiban yang berlaku di tanah Mekah itu..pada pemergian umrh kali ini lah saya banyak belajar tentang sabar dan bersyukur terutama apabila nasi yang disediakan jelantah.namun,saya tetap bersyukur kerana masih ada lagi makanan yang boleh mengalas perut.

dan baru2 ini,pada bulan februari yang lepas,saya sekali lagi telah berkesempatan menunaikan umrah.pada kali ini,banyak sungguh perubahan yang saya lihat terutamanya di kota Mekah.ada juga saya mencari hotel yang saya menginap pada waktu saya menunaikan haji dulu,tapi malangnya sudah diruntuhkan..terbantut niat untuk kembali berjumpa dengan jurujual yang diingati itu...pemergian saya pada kali ini sangat seronok..saya berasa sangat puas dapat melihat kaabah pada kali ini kerana rindu saya terhadap kota Mekah,Madinah,kaabah dan semuanya di sana terubat jua...

saya akui bahawa airmata saya mudah menitis setiap kali mengenangkan apa yang pernah saya lalui sewaktu menunaikan umrah dan haji.pengalaman yang tidak akan dapat dikutip di mana2..sering terdetik di hati saya untuk menetap di sana..tiap2 kali melakukan tawaf wida' saya akan menahan sebak dan tangisan saya selagi yang mampu.tapi tiap2 kali diri ini sudah berada di dalam bas dan menunggu detik2 terakhir sebelum berangkat pulang,air mata sering tidak tertahan.seolah-olah sukar untuk melepaskan kota Mekah dan Madinah dari pandangan..dan saat di dalam bas lah air mata saya akan berjujuran tatkala hati begitu sayu sambil berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke situ buat yang kesekian kalinya.

abang din
QUOTE(melayubelacan @ May 8 2009, 07:15 PM) *
Abng Din pernah ada rasa tidak untuk mati di Mekah?



Salam buat semua. Setiap insan akan mati. Tapi sesiapa selalu ingat kematian besar pahalanya.
Abang Din dah 3 kali ke Tanah Suci. Alhamdulillah...tapi masih rasa tidak puas. Ingin sekali tinggal lama2 kat sana.
Kalaulah ada duit lebih, memang Abang Din utamakan ke sana. Kalau boleh tiap tahun nak ke Tanah Suci.
misshjh
SALAM...

teruja betul hati ini untuk bercerita lebih lanjut tentang pengalaman di Mekah.bagi sesiapa yang belum ke Mekah,bernekadlah untuk menabung dari sekarang agar anda berpeluang ke mekah sebelum ajal menjemput.peringatan ini juga saya tujukan buat diri saya juga kerana selama ini kos pemergian saya ke Mekah ditanggung sepenuhnya oleh ayah saya.

jika selama ini kita sering dengar orang kata ungkapan sebegini,

"elok jika ke Mekah sejak umur masih muda(jika berkemampuan)"

saya setuju dengan ungkapan di atas.hanya orang yang telah merasai pengalaman ke Mekah akan faham dengan majsud kata2 saya ini.maklumlah,di Mekah pelbagai dugaan akan kita lalui terutama sekali pada waktu haji.hal ini sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi.bayangkanlah jika dugaan2 ini dilalui oleh orang2 yang sudah agak berumur dan mereka laluinya dengan penuh tabah dan sabar,pastinya hati anda akan tersentuh.begitulah juga saya.sayu hati ini dan saya menitiskan air mata dengan penuh keinsafan terutama apabila mengenangkan peristiwa seorang wanita tua(juga jemaah dari malaysia) yang fizikalnya sudah pun berbongkok tetapi sanggup berhimpit-himpit ketika waktu melontar.lebih malang lagi apabila dia hilang imbangan dan hampir terjatuh namun sempat disambut oleh anak lelakinya.ada juga terdetik di hati saya ingin membantu wanita itu tapi tidak tahu mengapa badan ini seolah-olah kaku untuk bergerak dan hanya melihat dari jauh.terdetik di hati ini,"hmm...takpelah.mak cik tu dah ada 'hero'nya.tak payahlah susah2 aku bantu dia".dan saat itu jugalah tiba2 saya dilanggar oleh seorang wanita Turki sehingga saya hampir terjatuh.namun wanita Turki itu meneruskan perjalanannya seolah-olah tiada apa yang terjadi.hairan juga saya apabila dia seperti tidak perasan akan kewujudan saya di situ.terkedu saya seketika dengan kejadian itu.apabila teringat kembali apa kesalahan yang telah saya buat,saya terus berdoa agar Tuhan membersihkan hati saya dari noda-noda hitam.

jika orang lain sibuk ingin ke Mekah,ada juga saya terjumpa orang yang seakan-akan 'menyesal'ke Mekah..Astaghfirullah....
kisah bermula apabila saya terserempak dengan seorang rakan ayah saya dan bossnya di sebuah restoran lalu dia bertanyakan dengan saya tentang pengalaman di Mekah memandangkan pada waktu itu saya baru lepas seminggu pulang dari menunaikan umrah bersama kedua ibu bapa.belum sempat saya bercerita panjang,boss kepada rakan ayah saya ini terus menyampuk dan berkata kepada saya,

"awak baru balik dari Mekah ya?"

saya hanya berkata 'ya' sambil menganggukkan kepala.

lalu dia pun kata,

"3 tahun lepas saya ada ke Mekah untuk buat umrah.ish..........leceh betul kat sana.saya paling tak suka tentang kebersihan tandas awam di Mekah.hotel di Mekah pun kurang selesa bagi saya.mujur saya pergi seorang saja dan tak bawa bini saya.kalau tak,tentu dia bising dan banyak complain.kenapalah kerajaan arab tak serius dengan masalah ini.lepas ni,takdelah saya nak pergi lagi.kalau pergi pun,mungkin untuk buat haji saja...."

terkedu saya mendengar kata-katanya terutama sekali pada ayat terakhirnya itu.saya dan rakan ayah saya hanya mampu tersenyum dan memandang antara satu sama lain apabila mendengar kata-kata tersebut.dalam hati saya berkata'ya Allah. masih ada lagi manusia yang sifatnya begini di muka bumi ini.moga-moga hatinya terbuka lagi untuk terus beribadat kepada-Mu'.
ouyangfeng
sayang topik bermanfaat begini dah terkebelakang..maka saya up sikit.

Saya paling tak dapat melupakan apabila seorg jemaah yg tidak diketahui identitinya terberak cirit di hadapan Kaabah. Habis jemaah yg nak tawaf kena mengelak. Disebabkan ketika itu bulan puasa dan terlalu ramai jemaah yg bertawaf, maka kerja2 pembersihan agak sukar dilakukan.

p/s: selalu terkenang..apalah dosa yg dilakukan sehingga diuji sebegitu rupa...
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.