Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Mandi Wiladah.....mandi Hadas Besar Selepas Bersalin..
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang-Sembang Kaum Ibu & Isteri
wafa8212
Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

bagi perempuan:

1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.

Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".

---->aku terbaca kat forum lain psl mandi wiladah nie....just nk tanya chatters kat mesra ni especially kaum ibu psl mandi wiladah nie...dlm forum tu dia ckp ramai kaum ibu yg tak tau...tak lama lg aku pun dh nk bersalin...so aku nk konfirm mende ni tul2...

korang tau ker psl mandi wiladah nie???

supirsonik_zoom
QUOTE(wafa8212 @ Nov 28 2008, 07:13 PM) *
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".

---->aku terbaca kat forum lain psl mandi wiladah nie....just nk tanya chatters kat mesra ni especially kaum ibu psl mandi wiladah nie...dlm forum tu dia ckp ramai kaum ibu yg tak tau...tak lama lg aku pun dh nk bersalin...so aku nk konfirm mende ni tul2...

korang tau ker psl mandi wiladah nie???


tau ..dan mmg buat pon
ramai sebenornya ibu2 yg masih tak tahu mandi ni.. sama jer kaedahnya mcm mandi wajib cuma perlu dilakukan slps melahirkn anak..
ramai yg beranggapan habis nifas tu la baru mandi wajib..

ni sz paste kan artikel berkenaan mandi wiladah ni..
Mandi wiladah dan mandi hadas

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?
Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.





nafisa81
MASA SEKOLAH AGAMA KECIK2 DULU ADE BELAJAR...MASA KAT DLM WAD ADE MAKCIK DARI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGERI JOHOR DTG DR KATIL KE KATIL BAGITAU LG SEKALI...TP KITE CKP KAT MAKCIK TU..NNT BALIK UMAH BARU BOLEH BUAT...SBB KAT SINI TAKDE AIR PANAS..BERSALIN KAT GH...PTG TU BALIK TERUS MANDI...
angah_nqb
lar... angah pun baru tau nih...
angah cuma mandi selepas abis darah nifas jek...
tau ader mandi wiladah tuh, tp ingatkan sekali ngan mandi lepas kering nifas..
canne nih kak supir? mende wajib angah tak tau? huwa!!!!!!
supirsonik_zoom
QUOTE(angah_nqb @ Nov 29 2008, 10:59 AM) *
lar... angah pun baru tau nih...
angah cuma mandi selepas abis darah nifas jek...
tau ader mandi wiladah tuh, tp ingatkan sekali ngan mandi lepas kering nifas..
canne nih kak supir? mende wajib angah tak tau? huwa!!!!!!


takper..xtau boleh belajar ..pasni boleh buat pas lahirkan bb no2
sz dulu pas beranak mmg rasa nak pitam..pas rehat jap..pi la bilik air sensorang..mandi la setakat yg mampu..yg pt air rata ke seluruh bdn
bagus wafa buat topik ni .. sekurang2nya semer dpt tahu
wafa8212
tulah aku pun nasib terbaca kat satu blog psl mende nie...
klu tak, tau mandi abis nifas jer...
syukur tergerak ati nak cari...sbb prepare utk nk bersalin anak 1st tak lama lg nie...

satu lg info psl mandi wiladah....
yg keguguran pun kena gak mandi wiladah nie...
walaupun keguguran tu hanya seketul darah...
wafa8212
Mandi wiladah dan mandi hadas

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.
wafa8212
MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.


Dipetik dari:
www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm
mama_elin
mama pun baru taw ni, selalunya lepas habis darah nifas la..subject agama why x mention this..and correct..rasanya lepas bersalin mmg noone knows!

tp cemana tu nak terus mandi, mama ni praktikkan lepas seminggu beranak baru basuh rambut..x nak masuk angin..start mengurut barula start basuh rambut pelbagai..

tq for de infos
alya07
thanks 4 good info

ye la baru tau pasal mandi nih
aritu bersalin c-sec then pas 10 ari br berani nk mandi
memang doc advise klaau bleh jgn kene air tpt belah tuh...

insyallah ank 2 nanti try normal n bleh wat mandi wajib nih

thanks... dpt belajar perkara baru.....
wafa8212
QUOTE(mama_elin @ Nov 29 2008, 09:58 PM) *
mama pun baru taw ni, selalunya lepas habis darah nifas la..subject agama why x mention this..and correct..rasanya lepas bersalin mmg noone knows!

tp cemana tu nak terus mandi, mama ni praktikkan lepas seminggu beranak baru basuh rambut..x nak masuk angin..start mengurut barula start basuh rambut pelbagai..

tq for de infos


tulah dgr kata pantang seminggu tu takleh basah rambut....
tp mandi wiladah nie hukum agama kan.....
harus diutamakan dulu....
klu mandi dgn air panas leh kot???
Miya_narien
miya ngaku antara yg tatau pasal nih..
cuma dpt tau ms dlm pantang la.. dah pas 2 mgu kut..
tkejut betul, mende wajib cmn leh tatau..
dah tu xde plak sesapa nk remindkan..
tp miya mandi gak la bila dah tau tu..
n mandi nifas bila darah abih...
bAjUkUrUnGbIrU
bagus topik ni.. clapping.gif

dulu lps bersalin LeLi buat mandi wiladah ni..
dah belajar masa sklh & ditambah dgn bacaan sampingan yg lain..
cuma nak kena praktikkan masa lps bersalin je..
pada LeLi tak jadi masalah nak mandi..
cuma ikut orang kot, tahan atau tak..
dulu bersalin di hospital kerajaan, ada paip air panas & sejuk..
LeLi buka dua2..agak2 dah jadi air suam..pastu mandila..
anggerik_rimba
salam...
wah bgs ada topik nie...br ari nie okid tau psl nie..
kalu x nnt...xpasal2 laa pas bersalin..
okid xmandi wiladah nie...sesuatu yg wajib okid xwat...
tp nk tny...mandi nie camne..?
bersihkan bdn mcm nk mandi wajib atau camne..?
kang darah msih kuar...
supirsonik_zoom
QUOTE(anggerik_rimba @ Nov 30 2008, 09:21 AM) *
salam...
bersihkan bdn mcm nk mandi wajib atau camne..?
kang darah msih kuar...


kalu darah tu dah kering tu ..tu mandi nifas ...
mandi wiladah ni sama mcm mandi wajib..niatnya sama.. cara mandi tu sama jer.. air rata ke seluruh bdn tmasuk rambut..mmg masa tu darah masih kluar
cara mandi pon idak le beria mcm kiter tgh sihat okid.. yg ptg buat yg termampu ..
anggerik_rimba
QUOTE(supirsonik_zoom @ Nov 30 2008, 06:42 AM) *
QUOTE(anggerik_rimba @ Nov 30 2008, 09:21 AM) *
salam...
bersihkan bdn mcm nk mandi wajib atau camne..?
kang darah msih kuar...


kalu darah tu dah kering tu ..tu mandi nifas ...
mandi wiladah ni sama mcm mandi wajib..niatnya sama.. cara mandi tu sama jer.. air rata ke seluruh bdn tmasuk rambut..mmg masa tu darah masih kluar
cara mandi pon idak le beria mcm kiter tgh sihat okid.. yg ptg buat yg termampu ..



oo yer ker..?maknanya kt mandi je cambiasa...
bersihkan kuku atau mn2 celah...
pastu dh bersih...kt niat laa mandi wiladah eik..?hehehe...
wafa8212
satu lg nk tanya...
aku dok borak dgn adik ipar aku psl mandi wiladah nie...
dia pnh keguguran setaun lps....
pastu dia tak tau pun psl mandi wiladah nie...
so skang ni dia kena gak ker mandi wiladah tu???...
sah tak solat dia yg lepas2????

der saper2 leh bgtau....
iLa_damia
ade buat.tu pun baca kat soal jawab agama kat mesra gak rasenye.tp kat GH tu takde air panas.seb baik tak bentan.dah terketar masa tdo mlm.mil n mak saudara hubby bising.ari ke2 trus tak mandi sbb air sejuk
Didiharaiss
benda yang penting jgn diabai...
supirsonik_zoom
QUOTE(wafa8212 @ Nov 30 2008, 08:18 PM) *
satu lg nk tanya...
aku dok borak dgn adik ipar aku psl mandi wiladah nie...
dia pnh keguguran setaun lps....
pastu dia tak tau pun psl mandi wiladah nie...
so skang ni dia kena gak ker mandi wiladah tu???...
sah tak solat dia yg lepas2????

der saper2 leh bgtau....


tak tahu tu nak buat mcm mana.. ni la masanya berkongsi ilmu
sah or tak solat tu ..x tau gak nak jwb.. kena tanya ustaz bab2 ni..
nanti sz tanyakn..
nafisa81
QUOTE(wafa8212 @ Nov 30 2008, 12:18 PM) *
satu lg nk tanya...
aku dok borak dgn adik ipar aku psl mandi wiladah nie...
dia pnh keguguran setaun lps....
pastu dia tak tau pun psl mandi wiladah nie...
so skang ni dia kena gak ker mandi wiladah tu???...
sah tak solat dia yg lepas2????

der saper2 leh bgtau....


gugur dgn beranak tak sama wafa....kalo keguguran my MIL ckp lepas 15 hari 15 malam darah kuar lagi atau tak, dah kena mandi wajib dan lakukan kewajipan kite cam biasa...mandi wiladah mandi sbb beranak..sama ada beranak idup atau tak...so, kalu gugur tak kena mandi wiladah..kena mandi nifas je...
pastu keguguran ade kategori yg kena mandi wiladah...kalau tak silap aku...yg 6 bulan keatas kot...not sure...ada sesapa nak copy paste soal jawab agama kat sini...
nafisa81
<H3 class="post-title entry-title">MANDI WILADAH </H3>Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

CuTiEy_SuKi^_^
anak pertama dulu tak buat mandi wiladah ni coz tak tau..
anak ke dua ni pun suki tau melalui pembacaan tru internet..
so watlah mandi wiladah nih...
t-ReX
so kalau x buat lagik mandi wiladah tu
kena buat skrg ke ek?
Didiharaiss
ustazah ada kan ngajar benda2 ni time kita skolah dulu2..

Dinda2734
dinda buat 2-2 tu untuk dua anak dinda
tp wiladah tu dinda mandi lps seminggu pantang
itu pun mandi ngan air suam2
boleh ke??

tak tahan arr air sejuk

tp bila dinda tanya yg lain2 pun rupa2nya ramai gak tak tau
dinda sbb teringat sbb bila baca bab2 hadas besar ni
mesti timbul pasal wiladah ...
cuma dinda tak tau sbnrnya boleh mandi niat sekali


mas_putih
mmg tau psl ni sbb..ms form 4 ada belajar dlm subjek Pendidikan Islam.
tp..xleh nk tunaikan terus slps bersalin tu...sbb sejuk yg teramat n fobia lg ngn luka bersalin..
mas buat esoknya ..mandi ngn air suam..
chik
chik ms bsalin dl x tringat psl wiladah nih, pastu dh abeh pntang suma tb2 terbaca dlm 1 forum isu mandi wiladah, byk pendapat sebenaqnya psl wiladah nih..
ada yg kata mandi skali bila dh abeh nifas, ada yg kt wajib mandi wiladah..tah la..chik tya MIL chik dia kata mandi skali bila abeh nifas...so kalau rs was2 baik buat je mandi wiladah tuh..
hajjah
tak buat tak ngapa
cos kita da mandi hadas,
semetelah kita habis @ kering darah nifas kite tu
tak kiralah 44 hari or 60 hari....

its all in one....



ha ah ustazah ada ajar perkara ni
hajjah
Pada dasarnya semua perkara yang berkaitan dengan membersihkan diri (seperti mandi, memotong kuku) adalah sunat. Begitu juga dengan istilah mandi wiladah ni yang dikaitkan dengan mandi selepas bersalin. Walaupun sesetengah orang berkata ia adalah sunat yang sangat dituntut (ab'ad), tetapi ia masih jatuh kepada sunat. Jika dilakukan mendapat pahala tetapi jika tidak, tidak pula dia berdosa, kerana mandi wiladah tak membolehkan dia tercapai hasrat untuk membolehkan melakukan ibadah.

Yang jatuh wajib adalah mandi hadas besar/wajib (mandi selepas nifas sekurang-kurangnya selepas kering darah nifasnya atau selebih2nya 60 hari), kerana ia menyucikan diri untuk membolehkannya melakukan ibadah. Untuk mencapai tujuan ini (juga sebarang mandi wajib yang lain seperti mandi selepas haid dan mandi junub) hendaklah dipastikan air itu air mutlak dan sampai air itu ke seluruh bahagian termasuk rongga. Mandi hendaklah didahului dengan niat.

Sekian.

wallahuallam.....
wafa8212
jadi kesimpulan nya mandi wiladah ni wajib ke sunat???

konpius aku... huh.gif
hajjah
QUOTE(wafa8212 @ Dec 2 2008, 06:33 PM) *
jadi kesimpulan nya mandi wiladah ni wajib ke sunat???

konpius aku... huh.gif



tak yah la confused wafa...
tak mandi wiladah tak mendatangkan dosa ok...
tiada nas yang sah mengenai mandi wiladah ni....
hikhikhik...


kat sini akak sertakan jawaban dari ahkam.net. berkenaan wandi wiladah ok...

Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.

Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian.

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tetapi mandi yang asah di sisi Jumhur (majoriti) ulama ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas.

Sekian kumpulan jawapan al-ahkam.
hajjah
akak sertakan kisah timbulnya mandi wiladah ni
mandi selepas bersalin nih....
adalah berdasarkan kisah puteri baginda rasullulah saw

Fatimah r.a. bersalin tak keluar darah nifas.
Jadi beliau terus mandi.. Rasulullah s.a.w. cakap kerana Fatimah suci.

Ini pun pegangan hadis yang masih lagi tak sahih.

Jadi harap jgn percaya je apa yang org hantar thru e-mail. Check kesahihan mengenai sanadnya


hajjah
takut pulak menimbulkan keraguan...
well akak tulis sekali lagi

Pada dasarnya, mandi wiladah ini hanya hadir dalam mazhab Syafi'e. Ini perkara khilaf. Jumhur hanya mewajibkan mandi disebabkan nifas.

Namun dalam mazhab Syafi'e sekalipun, mandi wiladah ni bukan diwajibkan terus mandi lepas bersalin tu. Benda ni banyak kekeliruan berlaku di kalangan orang Melayu. Kalau seseorang tu ada darah nifas, maka tak perlu dia mandi wiladah selepas bersalin tersebut, melainkan memadai untuk dia mandi sekali sahaja selepas darah nifasnya berhenti. Mandi sebelum darah nifas berhenti tidak mengangkat hadas besar tersebut.

Yg dikatakan mandi wiladah tu, adalah apabila seseorang itu bersalin, atau keguguran, tanpa kehadiran darah nifas. Contoh macam Sayyidatina Fatimah yg tak berdarah nifas. Maka dalam kes ini, mereka perlu mandi wiladah selepas mereka bersalin.

Tapi dalam kes biasa, hanya cukup mandi sekali selepas keringnya darah nifas. Jadi mazhab mana sekalipun yg diikuti, mandi hanya sekali sahaja, iaitu selepas habis darah nifas berhenti.

Harap jangan ada kekeliruan lagi..lah khilaf sahaja sebenarnya...
abdills801
mintak izin share.
QUOTE(wafa8212 @ Nov 29 2008, 08:42 PM) *
MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.


Dipetik dari:
www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm

anaxilea
len kali kalau nak mandi wajib sama ada lepas period ke, lepas bersalin ke, lepas bersama ke, niatkan mandi wajib... so merangkumi semer yg kat atas, kalau2 ada hadath kita yg terbasuh

mandi wiladah ni, mandi bila keluar baby, kalau kita tak datang nifas, wajib mandi wiladah ni
tapi kalau kita dah bersalin ada nifas, rangkum semer sekali la lepas abis nifas nanti, niatkan mandi wajib je, senang.... mandi mengangkat hadath besar....
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.