Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Air/minyak Selusuh @ Akar Fatimah...
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang-Sembang Kaum Ibu & Isteri
Wan Suhailani
Air/minyak selusuh dikatakan dpt memudahkan proses bersalin....Sejauh mn kebenarannya tu?
Begitu juga dgn akar fatimah....

Sesapa yg dh ada pengalaman ttg hal ini blh berkongsi di ruangan ini......Ada yg berpendapat
senang nk bersalin dan ada yg mengatakan susah hendak bersalin,mungkin atas individu
itu sendiri........

Bagi saya,saya tidak pernah mencuba lg air selusuh tp myk selusuh pernah guna utk ank 1st
dan ank 2nd di mana myk selusuh kite sapu di bhgian perut sewaktu dkt dgn due date....Then
bg ank ke-3 saya ada guna akr fatimah di mana kite mesti merebusnya dahulu,biarkan sehgga kembang
barulah diminum sewaktu kndungan 7bln ke-ats....ttp ada pendapat mengatakan air akr fatimah itu
diminum ketika sedang sakit hendak bersalin...Wallahuallam...

Any comment???????
supirsonik_zoom
kalu ri sabtu ngan ahad bod ni mmg lengang sket wan..
tunggu ari senin.. mmg ramai le yg mereply
kalu pengalaman sz ..x penah amik pon dua2 tu..alhamdulillah Allah permudahkn time beranak..
cara sz.. aktipkn diri masa ngandung ...bykkan berjalan ..
anak^doraemon
AD minum air selusuh...air akar fatimah tu..smua x jln..sakit gak.sbb position zara menghadap atas...amik epidural pung sakit...
Wan Suhailani
Ni gmbr akar fatimah utk sesape yg blm kenal lg...

einamie


Nama Tempatan: Kacip Fatimah
Nama Saintifik: Labisia Pumila
Nama Lain: Mata Pelanduk hutan
Famili: Myrsinaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand, indochina
Asal:

keterangan:
kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
kegunaan:
Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
gurl4killer
QUOTE(Wan Suhailani @ Feb 3 2009, 08:30 PM) *
Ni gmbr akar fatimah utk sesape yg blm kenal lg...


gurl minum air rendaman akar fatimah...cm teh skit2..
gurl xtau la nk kata sbb air tu ke gurl rasa cm senang bersalin...
alhamdulillah gurl bersalin anak sulung senang..xde komplikasi...cuma at the end
kene vacum skit coz baby besar 3.7kg..
iLa_damia
same ke akar fatimah ngan kacip fatimah tu???minum minyak selusuh je..tak tau nak kate la sng ke idak..biasa je
chik
chik lak semua minum...air selusuh amek kat darussyifa..ms tuh kira dlm 2 mgu sblm due date kot ke tgh tgu hari gtu lah..ustaz tu kt dh leh stat minum, tiap2 hari minum...pastu myk selusuh lak bidan yg buat, minum gak ms tgu hari...air akar fatimah nurse yg bg tuh dia ckp ms sakit nk bsalin minum tp kak ipaq chik dia minum ms tgu hari gak..so stat minum gak...

chik bsalin overdue..alhamdulillah senang gak cm sakit tu biasa lah..x kompilasi apa2...tp semua tuh kuasa Allah, kita cuma usaha+doa+tawakkal..
mcm AD dia minum gak tp ada gak prob...chome lak x minum lgsung, x prob...kita cuma leh usaha...
InvisibleGurl
err.. akar fatimah ni same ke ngan kembang siti fatimah? mak IG suh minum ni bila dah dekat2 due besok...
Farrah^,^malatop
QUOTE(InvisibleGurl @ Feb 5 2009, 03:45 PM) *
err.. akar fatimah ni same ke ngan kembang siti fatimah? mak IG suh minum ni bila dah dekat2 due besok...

ntah lah
kata orang kalau kita rendam tak kembang maknanya susah kita nak bersalin atau lambat lagi.
kalau masa tengah sakit tu baru minum
seperti kembangnya akar tu insyaallah kita punya akan terbuka dengan cepat dan memudahkan kita bersalin
satu lagi kalau tengah sakit tu jangan tido je atas katil (kalau masih dalam wad)
berjalan bagi memudahkan pembukaan jalan untuk kelahiran.
D'feesa
Erm,waktu preggy anak first dulu ada la minum air akar fatimah yg sedara kasi, katanya dari Mekah dia bw balik..
Rasa air tu ok ja..mcm air biasa laa..Pastu ada minum minyak selusuh waktu tengah sakit nak bersalin,
lepas tu Ya Allah..muntah keluar semua isi dalam perut..mmg xleh telan la minyak selusuh tu..Tapi mujur alhamdulillah bersalin xda sbrg masalah walaupun perut kosong..Yelah,muntah kul 12.30 mlm,bersalin 10.30 malam esoknya..
Waktu siang b4 bersalin tu mmg xleh nak makan dah..Entahlah tenaga dtg dari mana..Syukur alhamdulillah..
Lagi satu, time preggy dulu sy mmg suka sgt makan kacang bendi, org kata untuk memudahkan kelahiran..
mmg dalam seminggu 3x sy makan sayur tu..Skrg sy tengah preggy lg anak ke-2, due 8 mei ni..
Wan Suhailani
QUOTE(Farrah^,^malatop @ Feb 6 2009, 04:15 PM) *
QUOTE(InvisibleGurl @ Feb 5 2009, 03:45 PM) *
err.. akar fatimah ni same ke ngan kembang siti fatimah? mak IG suh minum ni bila dah dekat2 due besok...

ntah lah
kata orang kalau kita rendam tak kembang maknanya susah kita nak bersalin atau lambat lagi.
kalau masa tengah sakit tu baru minum
seperti kembangnya akar tu insyaallah kita punya akan terbuka dengan cepat dan memudahkan kita bersalin
satu lagi kalau tengah sakit tu jangan tido je atas katil (kalau masih dalam wad)
berjalan bagi memudahkan pembukaan jalan untuk kelahiran.


Sama je nm nya...mcm2 org pggil akar ftimah ni...
luvlace13
Terus terang saya katakan saya susah nak percaya air nih..P time b4 delivered tuh mak mentua mmg ader bagi minum.Minum seteguk dua.Lepas tu masuk wad bersalin pukul 730am delivered pukol 830am..Mmg takpernah amalkan minum air nih time pregnang just 1st time minum time tuh jerk..

Tapi saya tak percaya lah air nih boleh memudahkan proses bersalin..Saya senang jerk bersalin ari tuh sebab saya percaya time saya pregnant saya salu aktifkan diri..Buat kerja umah n salu g jalan2..Bayangkan b4ari nak bersalin tuh lagi boleh jln2 g shopping..Tak mcm kakak ipar saya pegang penyapu pun takleh..Kakak ipar saya mmg kuat pantang..time tuh dia pregnant suma pantang dia ikot..susah gak nak beranak..

Jadi susah nak agak air nih boleh memudahkan proses bersalin..

ibu_muda
QUOTE(anak^doraemon @ Dec 1 2008, 08:57 AM) *
AD minum air selusuh...air akar fatimah tu..smua x jln..sakit gak.sbb position zara menghadap atas...amik epidural pung sakit...


menghadap ke atas tu maknanya kepala zara dongak ker AD?
ibu_muda
zura dulu dah buka sampai 9cm tapi doc kata bb dongak n kene bedah.. minum air akar fatimah tu, x rendam betul2..

ader tak x sini sape2 yang x amik epidural masa sakit nak bersalin? yang x amik tu yang dah tau akan bersalin normal ker atau mcm maner? sebab kalau bedah x amik epidural abis ler...
dodiana
first nak tanya,
air selusuh ni air apa?
sebab dalam hospital byk yg tak bagi minum
sebab buat sakit

the reason dods tanya
sebab air selusuh yang dods minum
air bacaan quran/yassin ayah dods buat
so macam pelik la bila dengar citer doktor tak bagi minum air selusuh...
mmm...
angah_nqb
arituh ader tny ustaz, konsep air selusuh nih
katanye air selusuh nih air yg dibaca dgn ayat2 suci Allah
dgn doa2 untuk mempermudahkan proses bersalin...
katanye, yg plg afdal sekali air yg buat/dibaca oleh suami sendiri..
cukuplah sekadar doa suami, zikir2 Allah dan ayat yassin..
dan nasihat paling penting yg ustaz bgtau angah
senang je kalo nk berslain mudah nih, tak yah air pun takpe...
yg penting, pohon keredhaan suami, dah mintak maaf byk2 ngan dia..
moga dosa2 kita dia ampun kan.. insyaAllah, senang la kita bersalin nnt...

syahdu sungguh dgr penjelasan ustaz...

so skang angah suh somi jek yg buatkan air selusuh tuh
harap2 nnt senang la angah bersalin.. insyaAllah
cendawancun
Ye le angah syahdu aje dengar penjelasan ustaz tu..

Cendawan dulu suruh ayah yang buat. Alhamdulillah berkesan.

anak^doraemon
QUOTE(ibu_muda @ Feb 26 2009, 05:42 PM) *
QUOTE(anak^doraemon @ Dec 1 2008, 08:57 AM) *
AD minum air selusuh...air akar fatimah tu..smua x jln..sakit gak.sbb position zara menghadap atas...amik epidural pung sakit...


menghadap ke atas tu maknanya kepala zara dongak ker AD?


yupp..dia dongak ke atas..tu susah nk kuar kata doc..
idadida
SALAM..
SAYA ADA GAK PRAKTIKKAN MINUM AIR AKAR FATIMAH NI..OK LA..LAU SAYA KATA TAK SAKIT BOHONG LA KAN..
SAKIT GAK ..TAPI TU KATA ORNG BAHAGIAN MASING2..ORG TUA KATA MINUM..MINUMM LA..AMBIK BERKAT ORANG TUA..
KEBETULAN ADIK IPAR SAYA BELAJAR KAT MESIR,SAYA MINTAK DIA SUPPLYKAN AKAR FATIMAH DARI MADINAH UNTUK SAYA JUAL
.ADA ORANG KATA KEISTIMEWAAN bumi madinah,udara dan tanahnya menjadi ubat.
kalau ada yang berminat nak beli.CONTACT SAYA-pn aida 0127490468,0137210082
AnjungTudung
saya tgh pregnant 4 bulan....bila sebenarnya kena start minum air selusuh ngan akar fatimah ni???
Along_Effi
Along x sempat minum air selusuh nagn akar fatimah...mak bg kt org lain sebab waktu mak smpai aling dah masuk lobour room...Alhamdulillah Tuhan permudahkan....
ola oli
QUOTE(idadida @ Nov 29 2009, 05:42 PM) *
SALAM..
SAYA ADA GAK PRAKTIKKAN MINUM AIR AKAR FATIMAH NI..OK LA..LAU SAYA KATA TAK SAKIT BOHONG LA KAN..
SAKIT GAK ..TAPI TU KATA ORNG BAHAGIAN MASING2..ORG TUA KATA MINUM..MINUMM LA..AMBIK BERKAT ORANG TUA..
KEBETULAN ADIK IPAR SAYA BELAJAR KAT MESIR,SAYA MINTAK DIA SUPPLYKAN AKAR FATIMAH DARI MADINAH UNTUK SAYA JUAL
.ADA ORANG KATA KEISTIMEWAAN bumi madinah,udara dan tanahnya menjadi ubat.
kalau ada yang berminat nak beli.CONTACT SAYA-pn aida 0127490468,0137210082


pn aina katne?? fon num cm org jhr... cmne kalo nak amik stok?? harga cmne lak...
Ana Muslim
Saya terjumpa ada satu produk minyak selusuh yang masih baru dan hanya ada di internet buat masa ni. Saya dah lawati laman web tu dan baca maklumat berkaitan, menarik dan nampak satu produk yang bagus dah ada testimonial. Untuk baca details di www.bidankampung.com atau www.bidankampung.blogspot.com. Lama dah saya cari produk macam ni! Mai sama2 kita pi tengok di laman web produk ni. Mengikut pembuat produk dari laman web rasmi mereka... Minyak selusuh boleh diminum selepas kandungan berusia 8 bulan 10 hari. Kira2 sebulan la sebelum tarikh jangkaan kelahiran.

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.