Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Misteri Bayi Hilang Dari Dalam Kandungan
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
tekno

Misteri Bayi Hilang Dari Dalam Kandungan - Dari Pandangan Sains.

Sering kali kita terdengar kisah bayi dalam kandungan tiba-tiba hilang berlaku dalam masyarakat kita. Ramai yang percaya terutamanya kaum melayu bahawa kehilangan tersebut disebabkan oleh makhluk halus. Namun begitu, fenomena ini turut berlaku di negara-negara barat yang tidak percayakan kewujudan paranomal sebegini.

Dalam dunia sains perubatan, kejadian ini mungkin boleh dikaitkan dengan pseudocyesis atau juga dikenali sebagai kehamilan palsu. Seseorang wanita yang merasakan diri mengandung tetapi sebenar tidak secara klinikal boleh diklasifikasikan sebagai pseudocyesis. Fenomena ini sama seperti seseorang yang telah kehilangan anggota tangan atau kaki masih merasakan seolah-olah anggota tersebut masih ada dan berfungsi.

Tanda & Simptom...

Pseudocyesis biasanya bersifat psikosomatik, disebabkan oleh faktor mental yang memberi kesan kepada fisikal untuk mempercayainya. Dalam kebanyakan kes, wanita ini mengalami perubahan fizikal dan emosi sama seperti wanita hamil.

Ini termasuklah ketiadaan haid, saiz perut yang semakin membesar, merasai pengerakan bayi ( walaupun tiada janin ), payudara yang membesar dan ada sesetengah kes mengeluarkan susu.

Punca...

Masalah psikologi memainkan peranan besar dalam kes-kes pseudocyesis. Namun begitu, ada juga yang disebabkan oleh penyakit seperti ketumbuhan otak dan gangguan hormon endokrin. Lazimnya, pseudocyesis berlaku pada wanita yang terlalu inginkan kehamilan. Tekanan perasaan yang dialami ini mencetuskan perubahan hormon sehingga menyerupai hormon kehamilan sebenar.

Lebih buruk lagi, perubahan hormon di dalam wanita juga menghasilkan ujian air kencing yang positif, sekaligus mengelirukan doktor perubatan yang memeriksa wanita tersebut.

Senario...

Lazimnya wanita ini dikatakan menjalani pemeriksaan kehamilan bersendirian tanpa ditemani suami, ibu atau rakan, maka sukar untuk mengesahkan sama ada wanita ini benar-benar menjalani pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi setelah rekod klinik atau hospital yang dilawati tidak wujud atau tiada di dalam simpanan walaupun wanita tersebut menyimpan kad temu janji yang dipenuhi dengan tarikh pemeriksaan perubatan.

Ini tambah membebankan tekanan sedia dihadapi oleh wanita ini apabila kakitangan kesihatan tidak mempercayainya dan menuduhnya sengaja mengada-adakan cerita. Kepercayaan wanita ini terhadap kehamilah boleh memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan tekanan jiwa, lebih-lebih lagi setelah menyedari bahawa dia tidak lagi hamil.

Mengesan Pseudocyesis...

Ujian utltrabunyi boleh untuk mengesahkan kehamilan memandangkan ia dapat menunjukkan kehadiran kantung kandungan bersama-sama dengan janin di dalamnya serta denyutan jantungnya membuktikan wanita itu sedang hamil.

Namun begitu, ada juga kes kantung kandungan itu kekal kosong atau janin mati kemudiannya (missed miscarriage) sedangkan wanita ini menyangka mereka masih hamil.

Rawatan..

Tiada sebarang ubat-ubatan diperlukan untuk merawat pseudocyesis jika ia berpunca daripada masalah psikologi. Dalam kes ini, pesakit biasanya diberi nasihat oleh pakar psikiatri dan sebarang ubat-ubatan hanya diberikan jika terdapat masalah kesihatan berkaitan yang lain seperti ketiadaan haid dan sebagainya.

http://www.apesaje.co.cc
fsyukri
erk, camne kalau doc betul2 sahkan yang die hamil?
edagangnetwork
Perkara ni kadang2 mistik gak.... Tapi ada kajian saintifik menerangkan kenapa perkara ni berlaku kerana ia berlaku bukan hanya kepada org melayu...tapi bangsa lain pun ada mengalami keadaan yg serupa.
fsyukri
QUOTE(edagangnetwork @ Dec 12 2008, 06:33 PM) *
Perkara ni kadang2 mistik gak.... Tapi ada kajian saintifik menerangkan kenapa perkara ni berlaku kerana ia berlaku bukan hanya kepada org melayu...tapi bangsa lain pun ada mengalami keadaan yg serupa.

laaa, perkara mistik pun berlaku kepada org bukan melayu.
sexymom
QUOTE(tekno @ Dec 12 2008, 04:53 PM) *

Misteri Bayi Hilang Dari Dalam Kandungan - Dari Pandangan Sains.

Dalam dunia sains perubatan, kejadian ini mungkin boleh dikaitkan dengan pseudocyesis atau juga dikenali sebagai kehamilan palsu. Seseorang wanita yang merasakan diri mengandung tetapi sebenar tidak secara klinikal boleh diklasifikasikan sebagai pseudocyesis. Fenomena ini sama seperti seseorang yang telah kehilangan anggota tangan atau kaki masih merasakan seolah-olah anggota tersebut masih ada dan berfungsi.

Lazimnya wanita ini dikatakan menjalani pemeriksaan kehamilan bersendirian tanpa ditemani suami, ibu atau rakan, maka sukar untuk mengesahkan sama ada wanita ini benar-benar menjalani pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi setelah rekod klinik atau hospital yang dilawati tidak wujud atau tiada di dalam simpanan walaupun wanita tersebut menyimpan kad temu janji yang dipenuhi dengan tarikh pemeriksaan perubatan.

Macamana sekiranya ibu itu mempunyai rekod kehamilan yang lengkap dari puasat kesihatan kerajaan dan juga swasta dan sudahpun menjalani ultrasound pada bulan kelima kehamilan dan ternyata kelihatan jelas degupan jantung bayi dan semasa ultrasound bulan keenam, hanya uri dan kantung yang berbentuk bayi sahaja yang wujud tanpa ada janin dan denyutan jantung? Any komen? Sebab ini berlaku pada diri saya sendiri. Memang mistik dan sukar untuk mempercayai sehingga kita sendiri mengalaminya.. Wallahualam...
tekno
QUOTE(fsyukri @ Dec 12 2008, 06:24 PM) *
erk, camne kalau doc betul2 sahkan yang die hamil?

kalau betul2 disahkan hamil... bukanlah pseudocyesis namanya...

tp ada kes ni dimana seseorang wanita disahkan hamil dan mempunyai janin yang membesar tetapi mati tiba-tiba tetapi tidak disedari (missed miscarriage) yang mana selalunya berlaku pada minggu ke-0 hingga minggu ke 12 kehamilan. Biasanya, fetus yang mati ini akan gugur dari rahim ibu tidak lama kemudian.

tetapi jika fetus yang mati itu tidak gugur secara semula jadi, ia perlu di'keluarkan' oleh doktor secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kepada rahim ibu.
fsyukri
QUOTE(tekno @ Dec 14 2008, 01:56 AM) *

oh...tq...
winx

em..misteri bayi hilang ni mmg btl berlaku..sbb salah seorg rakn sy mengalami keadaan ni oops.gif
ashabulkahfi
kunfayakun...
tiada yang mustahil bg Alah untuk melakukannya...
fsyukri
QUOTE(ashabulkahfi @ Dec 15 2008, 07:00 PM) *
kunfayakun...
tiada yang mustahil bg Alah untuk melakukannya...

jawapan yang cukup meyakinkan aku.
Khayty
sebab anak tu bukan anak mereka...
fsyukri
QUOTE(Khayty @ Dec 15 2008, 10:24 PM) *
sebab anak tu bukan anak mereka...

maksud nye?
tekno
QUOTE(Khayty @ Dec 15 2008, 10:24 PM) *
sebab anak tu bukan anak mereka...

susah jugak nak faham ayat ni...

adakah maksudnya anak yang dikandungkan itu bukan anak si ibu? jika ya...

mungkin anak ini sebenarnya bukanlah manusia sama sekali...? oops.gif
fsyukri
QUOTE(tekno @ Dec 15 2008, 11:44 PM) *
QUOTE(Khayty @ Dec 15 2008, 10:24 PM) *
sebab anak tu bukan anak mereka...

susah jugak nak faham ayat ni...

adakah maksudnya anak yang dikandungkan itu bukan anak si ibu? jika ya...

mungkin anak ini sebenarnya bukanlah manusia sama sekali...? oops.gif

bukan anak manusia? bertambah pening.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.