Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Rita Rudaini ...
Mesra.net Forum > Hiburan - Artis, Filem & Lirik Lagu > Artis
Pages: 1, 2, 3, 4, 5
iznanaziz
QUOTE(noliJB @ Dec 19 2008, 01:00 PM) *
QUOTE(artis terlampau @ Dec 19 2008, 12:17 PM) *
laki dulu pengulas sukan bola sepak
laki sekarang pemain bola sepak....

confirm rita ni suka bola...

aah la smile.gif

gmbr laki dia dulu ada tak?
VIGO
wow..geram tgk rita.... devil.gif
scoter
erm...seksi kan..
urtv 2006
awek_destiniey
QUOTE(iznanaziz @ Dec 19 2008, 03:49 PM) *
QUOTE(noliJB @ Dec 19 2008, 01:00 PM) *
QUOTE(artis terlampau @ Dec 19 2008, 12:17 PM) *
laki dulu pengulas sukan bola sepak
laki sekarang pemain bola sepak....

confirm rita ni suka bola...

aah la smile.gif

gmbr laki dia dulu ada tak?



Akbar (kiri) dan Aktar.
ezzah
br ku taw yg laki nih bekas suami rita rudaini...
emh2..
ana_ct
QUOTE(scoter @ Dec 20 2008, 12:43 PM) *
erm...seksi kan..
urtv 2006

ana_ct
br td tgk pernikahan mawi ekin..rupanya kembar ex somi rita hos astro oasis..br tau
Hariz_KooL
QUOTE(aweks86 @ Dec 18 2008, 09:06 PM) *
aku xeran pun diorang kwen....

tp hrp2 jgnler b'cerai-berai klu dh jemu nant...
mklumlah aidil tu muda lg...bkn muda tp muda sgt...
byk cabaran+dugaan.. pardon.gif


aku setuju...umur dia baru 22 tahun
aku percaya yg ajak kawin & lebih2 ialah si Rita
awek_destiniey
Bukan kejutan Rita-Zafuan


APABILA Rita Rudaini, 32, dilaporkan telah bernikah dengan jejaka berusia 21 tahun, sebenarnya tidak ramai yang terkejut. Ini kerana, bukan pertama kali desas-desus pelakon cantik kelahiran Perlis ini bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak diperkatakan.

Bukan sekali dua gosip mereka berdua berada di awangan. Hanya Rita yang terkenal dengan sifat low profile berjaya mengelakkan diri daripada media dengan jawapan selamat - 'kami hanya berteman'.

Sewaktu gambar mereka berdua bercuti ke Genting Highlands, Pahang, tidak lama dahulu tersebar di internet dan kemudian didedahkan media, Rita sempat tampil meminta pengertian agar isu tersebut tidak diperbesarkan.

Dengan alasan yang antaranya berbunyi: "Kami bukan pergi bercuti berdua sahaja, sebaliknya bersama saudara lain. Tolong hormati keluarga kami."

Kemudian, pada awal tahun ini, gosip bertebaran dan mereka terus didakwa sudah berkahwin di luar negara. Bagaimanapun, Rita yang melonjak naik selepas terbabit sebagai finalis Dewi Remaja 97/98 ini menafikan dakwaan tersebut.

Katanya waktu itu: "Kami masih belum berkahwin, dan kami hanya berkawan."

Malah sebolehnya Rita enggan bercakap banyak tentang isu hubungan mesranya dengan Zafuan. Katanya soal kerjaya tidak mahu dicampuradukkan dengan hal peribadi.


Namun akhirnya perkahwinan yang cuba disembunyikan terbuka juga apabila bapa Zafuan, Abd. Radzak mendedahkan kembar kepada Mohd. Zaquan Adha itu telah bernikah dengan Rita di Songkla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Mereka sekeluarga nyata terkilan kerana Zafuan sanggup membelakangkan keluarga demi menikahi pelakon dan juga model itu.

Dakwa Abd. Radzak, berita perkahwinan mereka disampaikan kepadanya oleh kakak dan Zaquan. Katanya lagi, biar terkilan, mereka tetap mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia.

Kosmo! yang berkali-kali cuba menghubungi Rita gagal berbuat demikian. Sebaliknya menerusi sumber terdekat Rita, pelakon yang pernah terbabit kontroversi bergaduh dengan pelakon Lisdawati pada tahun 2006 ini berjanji akan membuat satu sidang media khas apabila tiba waktu yang sesuai.

Sidang media itu dikatakan akan turut disertai suaminya dalam usaha menjelaskan kemelut yang sedang hangat diperbualkan. Cuma pada masa ini, Rita dan Zafuan meminta sedikit ruang untuk mereka menyelesaikan masalah tanpa membabitkan media.

Sekadar menyingkap pendirian Rita, dalam satu temu bual tidak lama dahulu, Rita yang telah menjanda tujuh tahun selepas bercerai dengan pengacara TV3, Akhbar Sahari tidak menafikan memerlukan seorang lelaki bergelar suami.

Biar tanpa pernyataan sahih, namun daripada getar suaranya, ia seperti mengiyakan bahawa Zafuan ialah lelaki yang paling dekat dengan dirinya.

Hanya pada waktu itu, pelakon yang terkenal dengan filem-filem seperti Mami Jarum Junior, Mistik juga Cinta ini masih bimbang untuk mentafsir masa depan.

Mengenali sifat Rita yang memang tidak mempunyai ramai teman dan kurang bergaul dengan lelaki, perkahwinannya dengan Zafuan bukanlah satu kejutan. Hanya yang mengejutkan mereka berjaya merahsiakan perkahwinan mereka selama lebih lapan bulan daripada pengetahuan keluarga sendiri. - MALIAH SURIP
puteri23
kenpa la pilih laki muda sgt nie
tak de laki lain ker
pkut
QUOTE(Hariz_KooL @ Dec 20 2008, 11:31 PM) *
QUOTE(aweks86 @ Dec 18 2008, 09:06 PM) *
aku xeran pun diorang kwen....

tp hrp2 jgnler b'cerai-berai klu dh jemu nant...
mklumlah aidil tu muda lg...bkn muda tp muda sgt...
byk cabaran+dugaan.. pardon.gif


aku setuju...umur dia baru 22 tahun
aku percaya yg ajak kawin & lebih2 ialah si Rita


Tak kisahlah siapa yang ajak.
Nabi dulu pun Siti Khadijah yang ajak.
Yang penting, mereka dah kawin.
Mari kita doakan mereka bahagia dan perkahwinan mereka berkekalan....
alya07
laaaaaaaaa...patut le akhirnyer ngaku dh kahwin
arini bace kt pancaindra...rupenyer rita dh pegnen 2 bln.....

pe2 pun tahniah n x pyh la nk sorok2 lg....perkara yg sah n halal wat pe nk malu
MENTARI
lahhh dah ngandung rupanya si rita ni...
mesti baby dia cumil....
tgklah ayahnya dgn maknya cntk2 belaka.....
Ewan_sn
QUOTE(puteri23 @ Dec 21 2008, 02:37 PM) *
kenpa la pilih laki muda sgt nie
tak de laki lain ker


Rita jawab mmg dah jodoh dia dgn laki muda...hehehehe
chomby sayang
QUOTE(alya07 @ Dec 21 2008, 03:49 PM) *
laaaaaaaaa...patut le akhirnyer ngaku dh kahwin
arini bace kt pancaindra...rupenyer rita dh pegnen 2 bln.....

pe2 pun tahniah n x pyh la nk sorok2 lg....perkara yg sah n halal wat pe nk malu



pegnan dah? kalau dia nikah kat songkhla tp tak daftar kat malaysia, susah dia nak register anak dia sok...
nak register pun dah banyak songeh...
VIGO
QUOTE(chomby sayang @ Dec 22 2008, 07:50 AM) *
pegnan dah? kalau dia nikah kat songkhla tp tak daftar kat malaysia, susah dia nak register anak dia sok...
nak register pun dah banyak songeh...


haaaa.....?? pegnent dahhh?? dasattt... oops.gif
dulux
ada pic tak?
orchis_ouzel
QUOTE(chomby sayang @ Dec 22 2008, 07:50 AM) *
QUOTE(alya07 @ Dec 21 2008, 03:49 PM) *
laaaaaaaaa...patut le akhirnyer ngaku dh kahwin
arini bace kt pancaindra...rupenyer rita dh pegnen 2 bln.....

pe2 pun tahniah n x pyh la nk sorok2 lg....perkara yg sah n halal wat pe nk malu



pegnan dah? kalau dia nikah kat songkhla tp tak daftar kat malaysia, susah dia nak register anak dia sok...
nak register pun dah banyak songeh...



ye ke...?

tepek la statement rita da pregnant kt sini...nk tgk....
nafisa81
QUOTE(VIGO @ Dec 21 2008, 11:54 PM) *
QUOTE(chomby sayang @ Dec 22 2008, 07:50 AM) *
pegnan dah? kalau dia nikah kat songkhla tp tak daftar kat malaysia, susah dia nak register anak dia sok...
nak register pun dah banyak songeh...


haaaa.....?? pegnent dahhh?? dasattt... oops.gif




ok la tu..dah kawen baru pregnant..dah 8 bulan kawen lak tu...
aweks86
huh,thun dpn umo 22 dh jdik bapak org...cayo la aidil... biggrin.gif

bilo la aku nk jdik mak org ni...kwn sebaye aku pun dh ade anak sorng.. rolleyes.gif
iznanaziz
QUOTE(ana_ct @ Dec 20 2008, 10:52 PM) *
br td tgk pernikahan mawi ekin..rupanya kembar ex somi rita hos astro oasis..br tau

ada gambarnya ex suami rita ni?
cendawancun
aku rasa2lah sebab mak pak dia tak berapa stuju :

2. Rita bukan anak somebody

Kak DD apa makna atas tu... Dia anak siapa?. Siapa keluarga dia?.

Tapi heran lah ngape lah keluarga lelaki aje yg sibuk2 sangat buat kenyataan.
Tak dengar pulak keluarga Rita buat komen...

Aku suka tenguk Rita rudani ni... Lawa, suara ni sedap, kalau aku lelaki, aku tak
puas tenguk gambar dia...
Didiharaiss
QUOTE(iznanaziz @ Dec 22 2008, 11:29 AM) *
QUOTE(ana_ct @ Dec 20 2008, 10:52 PM) *
br td tgk pernikahan mawi ekin..rupanya kembar ex somi rita hos astro oasis..br tau

ada gambarnya ex suami rita ni?


rita suka lelaki kembar
aweks86
QUOTE(Hariz_KooL @ Dec 20 2008, 11:31 PM) *
QUOTE(aweks86 @ Dec 18 2008, 09:06 PM) *
aku xeran pun diorang kwen....

tp hrp2 jgnler b'cerai-berai klu dh jemu nant...
mklumlah aidil tu muda lg...bkn muda tp muda sgt...
byk cabaran+dugaan.. pardon.gif


aku setuju...umur dia baru 22 tahun
aku percaya yg ajak kawin & lebih2 ialah si Rita




hahaha...sependapat dgn adk pompan aku...
adk aku ckp rita yg lebih2 padahal rita kan dh matang bole nasihatkan aidil bab2 kawin ni..
aidil tu mgkin ikut kate hati muda die lg..

tp dh xleh kate ape lg kan...dh kawin pun...
tp yg salah pi kawin kt thailand..
dh tau 1 malaysia kenal,pi wat gak...
tu namenye wat kptusan ikut nafsu..bkn akal fikiran..
Didiharaiss
. Rita bukan anak somebody

Kak DD apa makna atas tu... Dia anak siapa?. Siapa keluarga dia?.

cendawan..rita tu parentsnya asal org kg aja..org kg..yang takda apa2..

rumahnya di Utan Aji..

cer kalau Rita tu anak Menteri ke anak businessman ke..mesti parents Aidil setuju jer awal2 lagik
cendawancun
QUOTE(Didiharaiss @ Dec 22 2008, 11:38 AM) *
. Rita bukan anak somebody

Kak DD apa makna atas tu... Dia anak siapa?. Siapa keluarga dia?.

cendawan..rita tu parentsnya asal org kg aja..org kg..yang takda apa2..

rumahnya di Utan Aji..

cer kalau Rita tu anak Menteri ke anak businessman ke..mesti parents Aidil setuju jer awal2 lagik


Oh... Ia ke?. Mata duit gak parent lelaki tu.. Ada apa kat Zafuan tu... Setakat pemain bola
sepak malaysia, tak lah aku bangga sangat. Kot kot Rita yang sponser dia kang.
Lain lah beckam ke, ronaldo ke.. boleh lah ceta.

emmm...
iznanaziz
QUOTE(Didiharaiss @ Dec 22 2008, 11:33 AM) *
QUOTE(iznanaziz @ Dec 22 2008, 11:29 AM) *
QUOTE(ana_ct @ Dec 20 2008, 10:52 PM) *
br td tgk pernikahan mawi ekin..rupanya kembar ex somi rita hos astro oasis..br tau

ada gambarnya ex suami rita ni?


rita suka lelaki kembar

ex suami dia tu ada kembar gak ke? mesti rita nak anak kembar ni. keh keh keh
1093
beza 11 tahun releks lah....barang masih cantik..kalau tak der masakan mau...hehehhehe..makcik kat k berang stady lagi...maybe zafuan tak nak anak ramai....kalau nak anak ramai terpaksa kawin lain lah..nak cukupkan satu pasukan bola sepak..kalau setiap kali keluar kembar , jimat sikit masa.heheheh
orchis_ouzel
Rita sah hamil dua bulan



--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil.

Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah.

"Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!.

Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi.

"Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.

Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.

Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu
VIGO
QUOTE(cendawancun @ Dec 22 2008, 11:32 AM) *
Aku suka tenguk Rita rudani ni... Lawa, suara ni sedap, kalau aku lelaki, aku tak
puas tenguk gambar dia...


yg bab ni saya setuju... mmg cair... wacko.gif
gadismisteri30
QUOTE(VIGO @ Dec 24 2008, 06:21 PM) *
QUOTE(cendawancun @ Dec 22 2008, 11:32 AM) *
Aku suka tenguk Rita rudani ni... Lawa, suara ni sedap, kalau aku lelaki, aku tak
puas tenguk gambar dia...


yg bab ni saya setuju... mmg cair... wacko.gif



Dulu bekas laki dia pun kata mcm nie gak....mesti dia gelak bila baca kata2 nie...smile.gif
aweks86
lawa2+cun-melecun pun still kene tinggalkan gak...
heran aku...
dh namenye manusia...mmg xpena puas... rolleyes.gif
aku nk tgk r b'tahan ke x p'kahwinan diorang ni...
beebiees
x reti la nak komen pasal artis2 nihh...huhuhu
awek_destiniey
doakan yg terbaik je untuk dorang..... good.gif
VIGO
QUOTE(aweks86 @ Dec 25 2008, 09:28 AM) *
lawa2+cun-melecun pun still kene tinggalkan gak...
heran aku...
dh namenye manusia...mmg xpena puas... rolleyes.gif
aku nk tgk r b'tahan ke x p'kahwinan diorang ni...



yg nie rita nak tinggalkan laki tue.. sleep.gif
awek_destiniey
Pernikahan rahsia Rita

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Selepas lebih 10 bulan bergelar suami isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, akhirnya membuka cerita ‘pernikahan rahsia’ mereka.

Kepada Aidil, dia terbuka hati untuk mendedahkan kehidupan rahsia mereka itu kepada keluarga kira-kira sebulan lalu selepas Rita disahkan hamil dua bulan.

“Saya tidak berniat membelakangkan keluarga, cuma masanya belum sesuai.

“Saya mendapat kekuatan untuk memberitahu status kami selepas Rita hamil dan kami akan mendapat anak,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Rita di Hotel Crown Princess di sini semalam.

JIKA dulu makan pun sembunyi-sembunyi, kini Rita sudah selesa menyuap makanan ke mulut Aidil Zafuan selepas sidang akhbar mereka di Kuala Lumpur semalam.

Hanya Aidil yang banyak bercakap pada sidang akhbar itu sementara Rita lebih suka mendiamkan diri selepas difahamkan sedang berhadapan dengan alahan teruk prakehamilan.

Pasangan itu bagaimanapun masih berahsia mengenai punca tindakan mereka bernikah di Selatan Thailand pada 25 Februari lalu.

“Kenapa kami pilih nikah di sana, itu biarlah jadi rahsia kami,” katanya.

Menurut Aidil, dia mengambil keputusan menikahi Rita setelah yakin bersedia menjadi suami dan ketua keluarga meskipun usianya jauh lebih muda.

“Soal perbezaan umur kami bukan halangan bila sudah serasi,” katanya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
awek_destiniey
Aidil & Rita tak sembunyi lagi

Oleh NIEZAM ABDULLAH



Akhirnya selepas berdiam diri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, bersama suaminya, pemain pertahanan skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, mengotakan janjinya untuk mengadakan sidang akhbar.

Bertempat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur semalam, pasangan pengantin baru ini muncul untuk menjawab segala teka-teki mengenai perkahwinan mereka yang dilangsungkan di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu. Ternyata pasangan ini cukup bahagia mengharungi rona-rona cinta mereka yang sedang dilanda pelbagai kontroversi.

Segalanya bermula apabila bapa Aidil Zafuan iaitu Abd. Radzak Saleeh, 59, pada 17 Disember lalu membuat pengakuan yang anaknya itu sudah berkahwin secara rahsia dengan Rita.

Walaupun terkejut dengan berita itu tetapi Abd. Radzak dan keluarga terpaksa menerima hakikat mereka sebenarnya sudah mempunyai menantu, seorang pelakon yang dikenali bernama Rita Rudaini.

Ramai yang mencari dan memburu Rita untuk mendapatkan jawapan kenapa mereka merahsiakan perkahwinan tersebut tetapi pasangan ini mengambil sikap berdiam diri terlebih dahulu.

Bukan mahu menyembunyikan fakta tetapi merasakan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum membuat apa-apa kenyataan demi menjaga hati banyak pihak.

Kata Aidil, anak keenam daripada tujuh beradik ini, dia sememangnya mahu rumahtangga yang dibina mereka kekal bahagia buat selama-lamanya. Begitu juga Rita yang mengharapkan dia dapat menempuh cabaran getir selepas membuat keputusan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang 11 tahun lebih muda.

Secara jujur dan berterus terang, Aidil sebagai ketua keluarga berkata, mereka ada sebab merahsiakan perkahwinan tersebut.

Tidak mahu berkongsi rahsia itu dengan sesiapa, cukuplah jelas Aidil hanya dia, Rita dan ahli keluarga mereka sahaja yang mengetahui sebab-sebab itu.

Bukannya apa, ujar lelaki ini jika terlalu banyak kenyataan yang dibuat, bimbang nanti ia akan menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama sebelah keluarga. Bercerita detik perkahwinan mereka itu, ia dilangsungkan secara sederhana di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Dengan mas kahwin sebanyak RM777.77, Aidil sah menjadi suami kepada Rita selepas tiga kali lafaz nikah. Wang hantaran perkahwinan mereka pula sebanyak RM7,777.77. Mereka dinikahkan oleh Naib Kadi Wilayah Songkhla, Chowalit Pinsuwan. Upacara akad nikah dilakukan dalam bahasa Melayu.

Pada majlis itu, Rita diwalikan oleh abangnya, Ahmad Musyaiful, 33. Selepas majlis nikah yang diadakan di rumah naib kadi tersebut, Aidil menyarungkan cincin emas putih ke jari manis Rita sebagai tanda kasih dan sayang mereka itu tidak berbelah bagi.

Begitu juga Rita yang turut menyarungkan cincin jenis yang sama sebagai bukti dia menerima Aidil sebagai suaminya yang sah.

Selain abangnya itu, Rita turut ditemani ibunya Basariah Ibrahim, bapa tirinya Johari Jonet, adik - Jasrul Adha serta seorang sepupu.

Sementara Aidil tidak ditemani keluarga tetapi hanyalah rakannya. Keputusan untuk bernikah itu ujar Aidil dibuat kerana dia merasakan cintanya dengan Rita tidak perlu dihalang lagi.

Selepas berbincang mengenai hasrat itu maka mereka menguruskan perkahwinan yang dibuat dalam masa seminggu sebelum disahkan pada tarikh keramat 25 Februari tersebut.

Amat bersyukur kerana Allah memudahkan hajat yang baik, urusan perkahwinan berjalan dengan lancar selain mendapat kerjasama yang mudah daripada pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.

“Apa yang kami rancang berjalan dengan baik walaupun agak kelam kabut sikit melakukan urusan pernikahan itu. Syukurlah segalanya sudah selesai dah mudah-mudahan semua pihak mendoakan kebahagiaan kami berdua,” kata Aidil.

Muntah-muntah

Sudah mengandung dua bulan, ketika ini Rita alah melihat beberapa jenis makanan dan tekaknya sering menjadi loya. Paling teruk Rita mengalami muntah-muntah beberapa kali sehari menyebabkan dia berasa kurang selesa dengan situasi itu.

Dalam masa yang sama bukan sahaja Rita tetapi Aidil juga turut mengalami masalah yang sama apabila kepalanya sering menjadi pening seperti dia pula yang mengandung.

Dalam keadaan ini, apa diinginkan Rita sebagai isteri yang berbadan dua, suaminya selalu di sisi yang boleh dijadikan sebagai tempat bermanja.

Aidil pula apabila bercerita tentang cahayamata, tentunya mengimpikan anak perempuan kerana dia sudah ada ramai anak saudara lelaki selama ini.

“Kami tak tolak rezeki tetapi kalau ada pilihan, Aidil suka anak perempuan,” katanya. Masih belum memilih mana-mana tempat untuk berbulan madu kerana kesibukan masa, kedua-dua pasangan ini berharap semua pihak termasuk peminat dapat menerima keputusan mereka berumahtangga itu.

Dalam masa yang sama mereka tidak menafikan mungkin ada yang kurang senang dengan keputusan tersebut tetapi lebih mustahak mereka sah menjadi suami isteri dalam sebuah perkahwinan yang halal di sisi Islam.

Selain memohon restu daripada peminat, tentunya mereka terlebih dahulu memohon maaf daripada keluarga yang mungkin bersedih dengan keputusan tersebut.

Tetapi apa yang diharapkan, keluarga merestui keputusan mereka untuk sama-sama membina mahligai itu kerana doa keluarga adalah lebih penting untuk sebuah kebahagiaan.
awek_destiniey
Rita bersuara
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 32, atau Rita akhirnya tampil menjelaskan kedudukan sebenar mengenai pernikahannya dengan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 21, pada 25 Februari lalu di Songkhla, Thailand.

Malah, dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang turut dihadiri Aidil, Rita akui keluarganya turut membantu menguruskan pernikahan berkenaan atas kehendak suaminya.

Sebelum itu, pada 17 Disember lalu, bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulungnya, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat, Negeri Sembilan, bagi memberitahu mengenai pernikahan terbabit yang dibuat tanpa pengetahuannya.

Ibu Rita, Basariah Ibrahim bersama ayah tirinya, Johari Jonet dan adiknya Jasrul Adha turut menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan ini.


Mereka dinikahkan Naib Kadi Wilayah Songkhla, Haji Chowalit Pinsuwan, sementara abangnya Ahmad Musyaiful Mokhtar, 33, bertindak sebagai wali. Pada majlis itu Aidil turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM777.77 dan wang hantaran sebanyak RM7,777.77 kepada Rita.

Menjelaskan perkara itu, Rita berkata, pada peringkat awal, keluarganya berat hendak merestui keputusan dibuat Aidil, tetapi tidak menentang hubungan cinta mereka.

“Sejak kami berkawan selama tiga tahun, keluarga saya tahu. Mereka tidak menghalang, malah menegaskan jika Aidil boleh memberi kebahagiaan kepada saya, mereka tumpang gembira.

“Cuma keputusan diambil Aidil yang mahu bernikah di luar negara menyebabkan keluarga saya berasa kurang selesa.

“Maklumlah, kalau boleh, ibu dan ahli keluarga lain mahu buat majlis dengan cara elok, namun apabila masalah timbul, ia menyebabkan pernikahan terpaksa dibuat di Selatan Thailand,” katanya yang kini disahkan hamil dua bulan.

Rita menegaskan, Aidil sendiri meminta majlis ini diadakan dan memberitahu Rita dua minggu sebelum pernikahan berlangsung.

“Ketika itu dia (Aidil) di Phuket, Thailand dan menghubungi saya untuk melamar dan merancang pernikahan di Selatan Thailand. Saya terus memberitahu keluarga dan meminta pandangan mereka.

“Pada awalnya mereka (keluarga) meminta kami memikirkan semula perkara ini. Saya sendiri terkejut dan berasa seperti tidak keruan ketika itu.

“Pada saya, adakah tindakan dia (Aidil) betul. Namun dia bersungguh-sungguh dan cuba meyakinkan saya serta keluarga. Aidil juga nampak bersedia.

“Keluarga saya juga mengingatkan kami, jika pernikahan dibuat di Selatan Thailand, pasti banyak masalah akan berbangkit. Ibu bertanya, adakah kami mahu menerima dan menanggung semuanya?

“Aidil meyakinkan keluarga saya dengan berkata, dia sedia menerima apa saja. Hatinya bulat dan katanya, apa yang dilakukan ini adalah perkara baik.

“Apabila melihat kesungguhan Aidil, keluarga saya akhirnya membantu menguruskannya kerana berasakan apabila kami berkawan begitu lama sehingga tiga tahun, mereka bimbang perkara tidak baik berlaku daripada sudut perlakuan.

“Maklumlah saya di Kuala Lumpur tinggal berseorangan. Pada keluarga saya, memang sepatutnya mereka melakukan perkara yang baik sekarang daripada mendapat malu kemudian hari dengan masalah lebih mengaibkan,” katanya.


Dalam sidang akhbar ringkas itu, Aidil menegaskan, dia terpaksa merahsiakan pernikahan kerana sebab yang tidak dapat dielakkan dan meminta semua pihak menghormati keputusan diambil.

“Mengapa kami mengambil keputusan bernikah di luar negara, biar kami saja yang tahu kerana ia sensitif untuk diceritakan. Selepas bernikah, sebahagian daripada teman rapat kami tahu. Saya turut memaklumkannya kepada pegawai di FAM.

“Saya harus memberitahu supaya mereka tahu kedudukan sebenar. Saya tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Mereka menerima penjelasan saya dan menegaskan apa yang berlaku adalah perkara peribadi, asalkan prestasi saya diatas padang tidak terjejas,” katanya.

Aidil juga enggan mengulas apabila ditanya adakah pernikahan itu dibuat kerana hubungannya dengan Rita tidak mendapat restu keluarga, sebaliknya pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menegaskan, seperti dinyatakan bapanya sebelum ini, mereka merestuinya tetapi terkilan kerana pernikahan tidak diberitahu.

“Saya sudah memohon maaf dan membawa Rita bertemu mereka dua hari sebelum keluarga mengambil keputusan mengadakan sidang akhbar.

“Sekarang ini pun hubungan saya dan keluarga seperti biasa, dan sehari sebelum menyertai perlawanan di Johor Bahru, saya pulang bertemu mereka,” katanya.

Aidil turut menegaskan, pernikahannya diketahui keluarga bukan kerana ter‘kantoi’ seperti dikatakan sebelum ini, sebaliknya dia tampil memberitahu selepas berasakan sekarang adalah masa paling sesuai.

“Sebelum ini saya akui masih tidak punya kekuatan untuk tampil memberitahu keluarga, tetapi selepas 10 bulan saya rasakan sampai bila saya mahu rahsiakan daripada mereka.

“Perancangan untuk memberitahu keluarga dibuat sebelum mengetahui Rita hamil. Apabila isteri (Rita) kata dia kini hamil dua bulan, saya terus membawanya bertemu keluarga,” katanya.

Pasangan ini menegaskan, selepas keluarga Aidil mengadakan sidang akhbar, mereka tidak berniat melarikan diri daripada media, sebaliknya menunggu masa sesuai untuk tampil.

“Pada waktu sama kami sama-sama sibuk dengan beberapa urusan, sehinggalah hari ini (semalam) kami ada kelapangan dan menjemput teman media.

‘Hendak diikutkan, sidang akhbar ini ingin dilakukan selepas memberitahu keluarga, tetapi tidak sangka pula mereka melakukannya terlebih dulu,” katanya.

Mengenai pendaftaran pernikahan di sini, kata Aidil, ia kini diusahakan dan waktu sama menegaskan kenyataan yang diberi hari ini (semalam) adalah yang pertama dan terakhir bagi menghormati semua pihak.

Mereka turut mengharapkan peminat dan orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka selepas ini.

LAPORAN AKHBAR MENGENAI KISAH CINTA RITA-AIDIL

# 5 Oktober 2006

RITA menjadi perhatian ramai apabila disebut-sebut akrab dengan Aidil. Keakraban mereka bukan rahsia lagi berikutan ramai pihak, termasuk peminat, pernah terserempak mereka keluar bersama.

Rita juga dikatakan beberapa kali dilihat ada di tepi padang bola sepak menyaksikan Aidil beraksi. Ketika dihubungi, Rita tidak menafikan gosip itu dan berkata, dia senang berkawan dengan pemain bola sepak muda itu.

# 6 Oktober 2006

BAPA Aidil menafikan dakwaan anaknya bercinta dengan Rita. Abdul Radzak Salleh, 57, berkata keluarganya kurang berpuas hati dengan gosip itu yang disifatkannya tidak benar.

# 6 Oktober 2006Z

AIDIL mengakui mengenali Rita menerusi saudara kembarnya, Mohd Aidil Zaquan Adha. Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan sejauh mana perkenalan antara dia dan Rita, Aidil berkata, pertemuan berlaku secara tidak sengaja sewaktu keluar dengan pemain bola sepak yang lain.

# 14 Januari 2007

EPISOD percintaan Rita dan Aidil yang sebelum ini hebat digembar-gemburkan sedang hangat dikatakan berakhir. Difahamkan, cinta Aidil kini beralih arah kepada artis remaja yang menempa nama dalam dunia nyanyian, Zehra Zambri.

# 15 Julai 2007

LEBIH kurang 35,000 peminat bola sepak negara berkumpul di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8 Julai lalu, untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan China bagi peringkat kumpulan C Piala Asia 2007. Malaysia kalah teruk 1-5.

Namun, bukan cerita bola sepak yang menarik perhatian, tetapi dalam kebanjiran penonton itu, terselit seorang artis cantik. Siapa lagi kalau bukan Rita yang difahamkan setia memberi sokongan kepada buah hatinya, Aidil.

# 16 September 2007

AKHIRNYA hubungan Rita dan Aidil bukan lagi rahsia apabila gambar mesra mereka berpelukan di Genting Highlands tersebar secara meluas di Internet. Yang pasti, kedua-duanya tidak ada istilah main-main, hubungan mereka serius.

# 15 Jun 2008

CINTA Rita dan Aidil masih bertahan sekalipun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka retak.

# 18 Disember 2008

“KAMI tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan Rita Rudaini,” kata ibu Aidil, Azizah Arshad, 56 yang kesal dengan perbuatan pasangan selebriti itu mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

Katanya, Aidil tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan keluarga sebelum bernikah dengan Rita di Selatan Thailand.

Aidil dan Rita dikatakan bernikah pada 25 Februari lalu sebelum dihidu kakak sulung Aidil, Ruziana, 37. Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 59, berkata keluarganya mengetahui perkara itu melalui Ruziana selepas dia dimaklumkan sendiri oleh Mohd Aidil.

# 19 Disember 2008

“SAYA rayu pihak media memberi ruang kepada saya mahupun isteri menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami tampil memberikan sidang akhbar,” kata Aidil mengenai pernikahannya dengan Rita.

Aidil turut meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

Rita pula enggan tampil membuat kenyataan berhubung perkahwinannya dengan Aidil dengan alasan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber terdekat dengan pelakon ini berkata, Rita yang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri mengaku bernikah hampir 10 bulan. Buat sementara dia memilih untuk mendiamkan diri.

# 24 Disember 2008

“SEMUANYA sudah selesai, tolong jangan perbesarkannya lagi,” kata Aidil mengenai isu pernikahannya dengan Rita di Selatan Thailand, hampir 10 bulan lalu.

Aidil menjelaskan tiada lagi masalah antara pihaknya dengan keluarga di Seremban. Dia mengakui sudah pulang ke pangkuan ibu dan bapanya bagi menjelaskan keadaan sebenar.
edagangnetwork
QUOTE(beebiees @ Dec 25 2008, 10:07 AM) *
x reti la nak komen pasal artis2 nihh...huhuhu


Same ler kite... rolleyes.gif
beebiees
mcm best je tgk derang.......
VIGO
lawa n cun betul lah rita nie.. posing mcmane pun, lawa jgk... ishh.. devil.gif
scoter
moga dia orang bahagia selamanya....
awek_destiniey
David Beckham & Posh Malaysia?

TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my


SEORANG popular di dunia seni dan seorang lagi cukup ternama di dunia sukan. Apakah pasangan ini bakal digelar David Beckham dan Victoria Beckham (Posh) Malaysia?

Ada kebarangkaliannya. Kisah cinta, pernikahan dan kontroversi yang membabitkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak hampir menyamai episod kehidupan bintang bola sepak kelab AC Milan dan anggota kumpulan Spice Girls itu.

Aidil yang menjadi 'ayam tambatan' skuad bola sepak kebangsaan juga merupakan antara ahli sukan yang digilai ramai gadis manis di luar sana, sama seperti Beckham.

Justeru, banyak yang kata 'bertuahnya' Rita dilamar Aidil, jejaka baru berusia 21 tahun, ternama dan menjadi pujaan ramai pula, sama sebagaimana orang berkata bertuahnya Posh dipuja David.

Pun itu tuah Rita. Tuah Aidil pula tak kurang hebatnya apabila aktres sejelita Rita secara rasmi sudah berada dalam genggamannya. Tuah yang sama dikecapi Beckham apabila Posh sudi menerima lamarannya suatu ketika dulu.

Rita sebagaimana yang sedia diketahui adalah antara pelakon drama yang berada di kelas A dalam dunia penerbitan drama tempatan.

Malah, Rita bukan sahaja diminati dek gaya lakonan yang hebat dan bersahaja, tetapi dia merupakan seorang artis yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan pandai bermanja.

Meskipun sesekali ada kontroversi hangat menghimpit dirinya, Rita lebih dikenali sebagai pelakon berbakat dibandingkan dengan cerita-cerita panas.

Pada 25 Februari 2008 pasangan ini mengakhiri cinta penuh ranjau dan duri mereka dengan ikatan mulia pernikahan.

Walaupun majlis pernikahan berlangsung di negara jiran, Thailand, apa yang penting kepada pasangan ini ialah mereka melayari kehidupan atas landasan sebagai suami isteri yang 'halal'.

Tidak kira bagaimana 'hanyir' susuh perjalanannya, mereka dalam destinasi mencari reda Illahi menyahut seruan Nabi bagi mengkayakan lagi umat Islam sejati.

"Selepas berkahwin, hidup saya mula berubah. Saya dapat merasakan perkahwinan telah memberikan semangat baru dalam hidup saya sebagai seorang lelaki.

"Cinta kami bertambah kuat selepas isteri saya disahkan mengandung bulan lepas," kata Aidil menceritakan perasaan bahagianya bergelar suami kepada Rita.

PASANGAN David dan Victoria Beckham.

Mengakui kehidupannya kini semakin bererti dengan status terkini mereka sebagai suami isteri, menurut Aidil dia yakin mampu mengemudi bahtera cintanya dengan sebaik mungkin meskipun banyak yang 'curiga' akan tahap kematangannya jika dilihat kepada usia mudanya.

Kepadanya, membuat keputusan berkahwin padai usia muda bukan sesuatu yang perlu dihairankan terutama apabila seorang lelaki itu sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab.

"Tuhan permudahkan jalan kami untuk berkahwin. Jadi, kami perlu bersyukur dan jaga ikatan ini dengan sebaik mungkin.

"Soal kenapa kami memilih berkahwin di Siam itu adalah kerana saya sudah betul-betul sedia ambil Rita jadi isteri," kata Aidil pada sidang akhbar di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur, kelmarin.

Ia merupakan sidang akhbar pertama jaguh bola sepak itu kepada media setelah perkahwinan 'rahsianya' terdedah di dada media. Pendedahan itu dibuat oleh ahli keluarganya sendiri

Kagum keberanian suami

Melihat kesungguhan Aidil yang sanggup memperisterikannya, Rita pula tidak dapat menyembunyikan rasa kagum.

Kata Rita, dia cukup terharu dengan keberanian Aidil yang sanggup mempertahankan cinta mereka sehingga ke jinjang pelamin.

PEGANGAN erat tangan Rita dan Aidil membuktikan cinta mereka tidak dapat dipisahkan lagi

Kepada wanita berusia 32 tahun ini, awalnya dia kurang yakin apabila Aidil meluahkan hasrat untuk melamar kira-kira dua minggu sebelum tarikh pernikahan mereka.

"Bagaimanapun, selepas tengok Aidil begitu bersungguh-sungguh, saya bersedia bersama dengannya. Keluarga saya pun awalnya tidak memberi restu sebab tak mahu orang salah anggap.

"Setelah Aidil datang dan berbincang dengan elok, akhirnya mereka reda dan sedia memberikan restu untuk kami bernikah," kata pelakon jelita ini.

Menurut Rita, selepas berkahwin dia tidak mahu memandang ke belakang lagi. Apa yang penting, dia mahu menjaga hubungan bersama suami dengan baik, selain menjaga kesihatan demi anak dalam kandungan.

"Lain-lain hal Rita tak mahu fikir dulu. Apa yang penting kandungan Rita sihat, fikiran tidak terganggu dan kami bahagia bersama. Doa Rita semoga kasih sayang kami tidak berubah sampai bila-bila pun," katanya.

Nafi keluarga tak restu

Dalam sidang media yang sama, Aidil turut menafikan pendapat yang mengatakan bahawa keluarganya membantah keras hubungannya dengan Rita.

Dalam erti kata lain, keluarga Aidil dikatakan menghalang cinta antara mereka ekoran status 'janda' dan perbezaan usia antara kedua-duanya yang bersilang 11 tahun.

Menurut Aidil, soal tiada restu yang diberikan oleh keluarganya tidak pernah timbul sama sekali.

"Dalam sidang akhbar baru-baru ini pun keluarga saya bagi tahu mereka terkilan sebab kami kahwin tak bagi tahu. Mereka tak cakap pula tak beri restu kepada hubungan kami. Jadi, soal tak beri restu itu langsung tak timbul," kata Aidil lagi yang sudah membawa Rita bertemu dengan keluarganya di Seremban bulan lalu.

Tiada majlis resepsi

Pasangan ini memberitahu, buat masa sekarang mereka tidak merancang untuk menganjurkan sebarang majlis bagi meraikan sahabat handai sempena pernikahan mereka.

Sebaliknya mereka memilih untuk menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu, antaranya proses mendaftarkan semula perkahwinan dalam negara.

"Biarlah kami selesaikan satu persatu dulu. Sekarang kami sedang dalam proses mendaftar pernikahan.

"Kami sudah buat sidang akhbar dan selepas ini kami mahu jalani kehidupan sama macam orang lain dan bahagia berdua," kata Aidil.

Rita pernah minta cinta diputuskan

APAKAH yang buat kalian saling jatuh hati?

AIDIL: Memang semua orang akan pertikaikan umur saya. Kepada saya, saya tak pentingkan umur. Apa yang penting, apa yang saya suka ada pada diri. Dia tak kongkong hidup saya. Susah senang saya dia sentiasa ada di sebelah saya, sokong saya. Semua apa yang saya hendak ada pada diri dia. Susah saya hendak cari pengganti dia. She’s the best.

RITA: Aidil bukan macam kawan-kawan yang sebaya dengannya. Dia suka duduk rumah, sangat bertanggungjawab dengan keluarga dan bukan jenis berpoya-poya. Memanglah dia cemburu, tetapi bukan cemburu buta.


Sekarang okeylah, Aidil 20, Rita 30 tahun. Nanti bila Aidil 30, Rita sudah 40 tahun, bersedia ke?

AIDIL: Hal ini bergantung kepada keikhlasan kita juga. Apa yang ada dalam hati kita, itu yang utama. Umur sama pun, kalau tak ikhlas jadi kucar kacir.

RITA: Dulu memang saya ingat dia masih budak-budak. Tetapi sebenarnya dia ni cukup matang. Lama-kelamaan dia jadi makin serius dan tahu apa dia nak.

Dari mana dapat kekuatan untuk umumkan kisah nikah?

AIDIL: Lepas tahu isteri saya mengandung. Masa tu rasanya tak nak rahsiakan lagi. Bila isteri sudah mengandung, saya rasa kena bagi tahu dan tak kisah lagi apa hendak jadi. Walaupun keluarga terkejut ke, apa ke, saya sanggup terima kesannya. Kami bincang dulu dengan Kak Long (kakak sulung Aidil) dan kemudian baru jumpa abah dan emak.

RITA: Rita sudah lama sedia. Cuma tunggu Aidil benar-benar bersedia. Kalau boleh lepas kahwin kita nak bagi tahu semua orang. Tetapi keadaan membuatkan kami terpaksa merahsiakannya dulu.


Bagaimana dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengaitkan Aidil seolah-olah ‘anak durhaka’, kahwin tanpa restu keluarga?

AIDIL: Apa pun kenyataannya hanya saya dan keluarga yang tahu. Sebenarnya hubungan saya dan keluarga macam biasa, tak bermusuh atau bergaduh. Cuma biasalah, ini soal hati dan perasaan. Mungkin mereka kena ambil masa untuk terima semua benda ini. Tetapi saya percaya keadaan akan jadi okey.

RITA: Keluarga Rita pun tak suka sangat awalnya. Mereka suruh kami fikir betul-betul. Tapi bila sudah tengok Aidil serius, mereka tak boleh halang. Keluarga pun risau juga kalau-kalau jadi benda yang tak elok, lagi susah. Lebih baik kahwin saja.

Perasaan selepas kahwin?

AIDIL: Saya lega sangat. Masalah saya selama tiga tahun sudah selesai bila kami kahwin. Akhirnya ini jawapan kepada segala masalah dalam hubungan kami. Saya jadi semakin bersemangat di padang. Yalah, tiga tahun bercinta macam-macam masalah iaitu kami. Alhamdulillah rasa serabut, masalah dalaman semua sudah hilang.

RITA: Dulu masa macam-macam masalah datang, Rita pernah minta ‘putus’. Paksa diri supaya buang saja, jangan berkawan lagi. Yalah, nampak macam saya ni beri banyak sangat masalah pada dia, baik putus. Tapi kami memang tak boleh berpisah. Itu yang buat kami nekad, teruskan juga. Sanggup buat apa saja sebab kami saling menyayangi. Kalau pasal kami berdua, lepas berkahwin tentulah gembira sangat. Perkahwinan ini buat kami rasa istimewa.
awek_destiniey

RITA cukup terharu dengan keberanian Aidil mempertahankan cinta mereka.



SELESAI kontroversi, pasangan ini meniti kebahagiaan dalam menanti kelahiran sulung buah cinta mereka.
awek_destiniey
Rita terkejut tindakan Aidil
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Rita yang kini hamil dua bulan bahagia di sisi Aidil Zafuan.

Pasangan ini mengakui tak boleh selamanya sembunyikan perkahwinan

TERBONGKAR juga rahsia yang disimpan sejak 10 bulan lalu. Ketika dunia hiburan tanah air digemparkan dengan beberapa kes perceraian membabitkan selebriti terkenal, tiba-tiba muncul cerita pelakon jelita, Rita Rudaini berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasihnya yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu Aidil Zafuan.

Cerita perkahwinan rahsia itu didedahkan sendiri oleh keluarga pihak lelaki yang nyata terkilan dengan tindakan nekad pasangan itu. Sejak cerita itu tersebar, Rita terus menjadi buruan media. Namun semua usaha itu menghampakan kerana pelakon kelahiran Perlis ini lebih senang mendiamkan diri.

Barangkali Rita dan suaminya ada sebab tersendiri mengapa mereka mengambil langkah untuk mengunci mulut. Bagaimanapun, Sabtu lalu Rita dan Aidil Zafuan akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai kontroversi perkahwinan mereka itu.

Bagaikan pesalah cinta yang sedang dihadapkan di muka pengadilan, Rita Rudaini Mokhtar, 32 dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 21 dengan rela hati mengaku bahawa mereka sudah melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari di Songkhla, Thailand dengan disaksikan ahli keluarga Rita sendiri.

"Sebenarnya bukan niat melarikan diri. Kami tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa. Kami juga tidak bercadang menyorokan perkahwinan ini. Cuma kami mencari masa sesuai untuk menjelaskan perihal perkahwinan kami kepada semua pihak," tutur Aidil membuka bicara pagi itu.

Jelas Aidil lagi, apabila dia mengambil keputusan menceritakan perkara sebenar, itu berlaku bukan atas paksaan sesiapa. Sebaliknya itu adalah dengan kerelaannya sendiri.

"Apabila saya fikir sedalam-dalamnya, sampai bila perkara ini akan berlarutan. Lambat laun orang tahu juga apatah lagi dalam keadaan Rita sedang berbadan dua.

Jadi, saya memberitahu Rita niat saya untuk menjelaskan perkara ini kepada keluarga kami. Saya buat keputusan ini kerana saya sudah betul-betul bersedia.

"Mungkin tuhan sudah bagi kekuatan pada saya untuk berdepan dengan segala-galanya. Malah, kalau bukan kerana bayi yang dikandung itu pun, saya memang hendak memberitahu keluarga saya yang saya dan Rita sudah bernikah.

“Cuma kehadiran bayi itu sedikit sebanyak memberi kekuatan pada saya untuk menerangkan segala-galanya," kata Aidil menjelaskan pendiriannya.

Tindakan Aidil itu nyata mengejutkan Rita. Rita mendedahkan Aidil bukannya seorang yang kuat untuk berdepan dengan situasi seperti itu.

"Kami memang bercadang berjumpa dengan keluarga Aidil bagi menjelaskan situasi sebenar cuma masa tidak mengizinkan. Lagipun, perkara ini agak rumit dan semua tindakan perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak mahu ada pihak yang terluka,” jelas Rita yang kini sedang mengandung dua bulan.

Dengan status mereka yang masih bujang, tentu ada yang tertanya-tanya, mengapakah pasangan ini nekad untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara? Apakah tindakan ini ada kena mengena dengan dakwaan yang kononnya keluarga Aidil tidak merestui hubungan mereka selama ini.

"Perkara ini memang sensitif. Biarlah hanya saya dan isteri saya saja yang tahu. Apapun, saya bersyukur kerana tuhan mempermudahkan urusan pernikahan ini. Kami bernikah secara sah. Apa saya nak tegaskan, seperti yang disiarkan dalam akhbar tempoh hari, abah tidak mengatakan yang dia tidak merestui perkahwinan kami.

“Cuma dia merasa terkilan dengan apa yang berlaku," ujar Aidil yang kelihatan berhati-hati menyusun kata demi menjaga hati banyak pihak.

Walaupun terpaksa melangsungkan pernikahan dalam keadaan seperti itu, namun diakui sekelumit pun tiada perasaan sesal dalam diri pasangan ini kerana mereka percaya pada kuasa jodoh dan pertemuan semuanya itu terletak di tangan tuhan.

“Untuk melangsungkan perkahwinan ini bukanlah dibuat dalam keadaan terburu-buru. Saya juga memikirkan risiko yang bakal saya tanggung namun apabila berasakan yang kita sudah bertemu dengan seseorang yang tepat untuk hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat, buat apa kita hendak tunggu.

“Hasrat itu saya luahkan pada Rita dan juga keluarganya. Pun begitu, bukan mudah untuk meyakinkan mereka supaya bersetuju dengan keputusan itu. Rita mengambil masa dua minggu sebelum memberi bersetuju bernikah di luar negara," cerita Aidil.

Enggan masyarakat menuduhnya yang bukan-bukan, Rita menjelaskan walaupun mereka mengambil keputusan bernikah di luar negara, namun hasrat itu tetap mendapat restu anggota keluarganya yang lain.

"Keluarga Rita sudah lama tahu hubungan kami. Perkahwinan kami ini mendapat restu mereka. Malah abang saya menjadi wali pernikahan ini. Cuma saya tak nafikan mereka terkejut apabila dapat tahu kami bakal berkahwin di luar negara.

“Pada awalnya mereka memang tak setuju dengan keputusan kami itu kerana bimbang dengan risiko yang bakal kami hadapi. Namun kerana tidak mahu berlaku perkara tidak baik, akhirnya mereka bersetuju juga. Selepas ini saya tak mahu ada pihak cuba membabitkan keluarga saya dalam hal ini. Mereka tidak bersalah," tegas pelakon ini.

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri dalam keadaan merahsiakan segala-galanya, namun atas nama cinta yang menebal, lautan api itu sanggup dilalui Rita dan Aidil tanpa sebarang keluh kesah.

"Kami hidup macam biasa cuma tak tinggal bersama. Namun ada juga kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai tahu kami suami isteri. Cuma yang sedih itu apabila tiba hari raya. Bayangkan kami bermaafan ketika dua hari lagi umat Islam menyambut hari raya iaitu sebelum kami pulang ke kampung masing-masing," imbas Rita.

Cinta menerusi SMS

MENGIMBAS kembali detik perkenalan kita, Rita berkata mereka dipertemukan gara-gara kiriman SMS. Jelas Rita, kiriman SMS seorang jejaka yang mendakwa dirinya adalah Aidil akhirnya membuahkan perasaan cinta antara mereka berdua.

“Sebelum ini, Rita adalah menemankan sepupu Rita berjumpa dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak.Jadi masa itu ada juga terpandang Aidil. Bagaimanapun, satu hari saya ada menerima kiriman SMS dari seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah Aidil Zafuan.

“Untuk kepastian, saya pun meminta sepupu saya bertanyakan apakah nombor itu kepunyaan Aidil. Tapi sebenarnya tidak.

"Gara-gara kejadian itulah kami berdua berkenalan sehinggalah kemi mengambil keputusan untuk berjumpa dan pertemuan pertama kami berlangsung di kedai mamak,"ujar Rita malu-malu.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya terpikat pada jejaka dari Negeri Sembilan itu, Rita berkata sikap Aidil yang sentiasa tenang itulah yang menarik perhatiannya.

"Dia seorang yang cool dan serius bila berkawan. Walaupun kebanyakan rakan yang sebaya dengannya lebih suka menghabiskan masa di luar rumah namun Aidil tidak begitu. Dia ni jenis suka duduk rumah. Yang penting, dia bukan jenis yang suka mengongkong," puji Rita tentang buah hatinya tu.
iriy_cute
waaa, sweet gile.. rita pun nampak muda ja
acib
QUOTE(VIGO @ Dec 29 2008, 12:36 AM) *
lawa n cun betul lah rita nie.. posing mcmane pun, lawa jgk... ishh.. devil.gif


stuju dgn ko bro clapping.gif

rita always lookin good , sedap je mate memandang happy.gif
alya07
a'ah...rita n aidil x npk beza pun.....just ok cam pasangan lain

kt tv1 layan citer die n jasmin hamid...x tau tu bile die berlakon....kurus je erk

rita ni memang menjadi kegilaan asbenku....hahahahahaahaa

memang sweet sgt.......tp dlm mami jarum tuh....adehhhhh x sukenyer...
Qiena
comel sgt....
myra_baiduri7
skrg mmg nampak sweet...jgn nnt dah lepas beranak nmpk cam kakak n adik lak.... laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.