Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Apa Pendapat Korg Budak Uia Yg Tak Pakai Tudung Luar Campus?
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Pages: 1, 2
gadishalusinasi
haihh.. pardon.gif
pinkygurl
seorg ustaz pernah ckp,
"pakai tudung xsemestinya baik...
tp xpakai tudung,mmg dah tentu2 xbaik..
sbb berani ingkar arahan Allah.."
Khayty
iklas atau tidak pakai tudung tu wajib..suruhan Tuhan bukan suruhan manusia..
kalau mula2 pakai tak iklas..sebab bf/suami/kawan/keje/belajar...insyaallah lama2 akan timbul iklas...
kalau CINTA boleh dipupuk...IKHLAS pun boleh dipupuk..kalau iman boleh berkurang dan boleh bertambah dan tiada langsung,maka IMAN pun boleh dipupuk melalui cara mencari ilmu,menuntu ilmu...

kor nak jadikan ukuran morak akhlak org lain pakai tudung tapi perangai tak baik???
Ahahahahaha..sejak bila pulak nak jadikan akhlak orang yang tak meninggalkan apa yg Allah larang dan tak buat apa yg Allah suruh hendakan dijadikan garis panduan?????

dia pakai tudung,satu..dia dah buat apa yg Allah suruh,tapi takkan nak suruh dia berselubung terus,pakai jubah terus..kalau perangai org tak pakai tudung tu lebih baik dari pakai tudung..pi lah cakap ngn org pakai tudung tu..."ikut akhlak aku"...tapi jgn lupa kau ikut dia pakai tudung,sebab pakai tudung tu wajib,Allah yg suruh,bukan manusia...manusia suruh sebab dia sayang kau..itu cara berdakwah..menolak dakwah..bererti menolak hidayah...menolak hidayah beerti menolak dakwah yang disampaikan padanya

nak kena rotan atau cakap lembut,usap,peluk?nak yg mana?orang zaman sekarang ni bukan jahil agama,bukan tak faham...tak buat bukan sebab tak tahu,tapi sebab degil..degil tak mahu berubah..so,wajib kena rotan jerk kat org yg tak jahil ni...
kalau org tu jenis jahil bab2 agama...tak tahu agama..tak faham agama..org macam tu yg kena cakap penuh hikmah..sopan santun..diplomasi..peluk..usap2...sebab nak jinakkan hati dia..nak bagi dia ilmu..

macam aku ni hah,tak masuk sekolah agama..tak sekolah agama...memang jahil agama..aku tak faham agama...aku tak tahu agama...baru cuba buat sikit2 kena kutuk kow...kena uji..
lainlah kalau aku sekolah agama..atau mak aku ustazah ker..atau pak aku ustaz ker...
aku ingat nak kena carik ilmu ni(ilmu agama islam)...tapi org yg pernah "mencuba"diri aku adalah org yg warak dan sangat berilmu dalam bab agama..yg patutnya ajar aku,bimbing aku,hidayah aku..tapi terbalik ,dia mendekati aku nak mengukur sejauh mana setinggi mana iman aku...apa pun alhamdullilah terimakasih....
domesticgoddessnot
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

ko pakai, ko dah selamat dari satu dosa. attitude tak attitude, ni hukum allah. termaktub dlm quran. jelas sejelas2nya. jgn bagi ayat jahil mcm tu lagi la adik.

domesticgoddessnot
n one more thing, topik ni salah tmpt ni.
fsyukri
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

adakah ko nak bgtau yang ko lebih senang hati dgn xmemakai tudung?
KernelStackDump
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

Apa tujuan citer kat sini?? nak bangga jadik student UIA tapi tak pakai tudung??? Bunyik cam angkuh, bongkak dan ...

Bagi aku simple jer pasal pakai tudung ni.... Ibarat 2 botol air soya.... satu bertudung, dan satu lagik tak... Susu soya dalam botol bertudung belum tentu elok, tapi ada ker orang nak beli susu soya dalam botol tak bertudung??? Sah-sah semua orang kata ianya dah terdedah...
KernelStackDump
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

Camner ko nak ukur attitude ko??? hahahaha maybe ko sorang jer kata attitude ko baekkk.... tapi hampeh pada orang lain... tounge.gif
fsyukri
QUOTE(KernelStackDump @ Jan 4 2009, 08:46 PM) *

fuh, sindiran yang agak tajam.
minicooper2u

i always like UIA girls weather got tudung or not. but tudung punye lebih berpengalaman.
fsyukri
QUOTE(minicooper2u @ Jan 4 2009, 10:25 PM) *
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

i always like UIA girls weather got tudung or not. but tudung punye lebih berpengalaman.

cies, cam harem punye statement.
mahas
QUOTE(fsyukri @ Jan 4 2009, 09:47 PM) *
QUOTE(KernelStackDump @ Jan 4 2009, 08:46 PM) *
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

Camner ko nak ukur attitude ko??? hahahaha maybe ko sorang jer kata attitude ko baekkk.... tapi hampeh pada orang lain... tounge.gif

fuh, sindiran yang agak tajam.

Dey qadishalusinasi!

Apahal yang ko melalut ni? Jangan ler ko buat statement dangkal kat forum ni, ko dah memalukan warga UIA dengan kenyataan b***h ni. Kalu ikut fahaman ko ni..maknanya boleh ler cakap " Aku berzina tapi attitude aku baek!!" sbb takder bezanya antara zina dan tak pakai tudung..dua2 lawan hukum tuhan.

Sedih aku ada adik junior cam ko ni.
rahim11
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

Betul. Attitude penting. Terutamanya attitude kita kepada Tuhan, sebab kita semua hamba Tuhan.

Pakai atau tak pakai tudung pun menunjukkan attitude kita terhadap Tuhan. Fikirlah sendiri.

Tapi, saya pelik mengapa soal tudung ni selalu dibangkitkan dihampir semua forum. Soal solat, tak pulak sama banyak.

Ramai, saya tengok, perempuan yang pakai tudung tapi tak solat. Dan ramai juga yang tak pakai tudung tapi solat.

Antara tudung dan solat, solat tentunya jauh lebih penting.

Tapi, sebaik2nya, kita berusaha selagi boleh untuk taat kepada semua suruhan Tuhan dan meninggalkan semua laranganNya.
fsyukri
insafla....
tiket

dah la tak pakai tudung..bgtau pulak kat sume org kat cni
buat ape la buka keaiban diri sendri
senyap2 je xleh ke
fsyukri
QUOTE(tiket @ Jan 5 2009, 12:09 AM) *
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

dah la tak pakai tudung..bgtau pulak kat sume org kat cni
buat ape la buka keaiban diri sendri
senyap2 je xleh ke

nthla..ni r bile dikatekan, mendedahkan aurat menjadik satu kebanggaan.
Amin Fadzlan
Assalaamu...

Dear Topic Starter cool.gif .

Aurat Wanita dan Kesihatan

Saya perlu kongsi bersama maklumat yang saya baca dalam Bab 100; buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin berkenaan Aurat Wanita. Saya percaya ramai yang membuat alasan tidak boleh bertudung kerana sakit kepala yang keterlaluan atau 'migrain' apabila mengenakannya. Saya pernah memberi alasan yang sama, cuma saya hanya menanggalkan skaf di dalam dan bukan tudung apabila rasa sakit. Sekarang, alhamdulillah, bukan tak pernah langsung sakit kepala, tapi semakin jarang dan tidak keterlaluan sakitnya.

Berbalik kepada aurat wanita, kenapa wanita diwajibkan bertudung? Bila dah wajib, maksudnya mesti ikut, kalau tak buat, berdosa. Adakah Allah saja nak menduga kesabaran wanita? Kenapa lelaki tak diwajibkan pulak? Sesungguhnya, Dia yang menciptakan kita dan Dia lebih memahami segalaNya,bagi yang mudah mendengar,akan setia mengikut suruhanNya dan meninggalkan perkara yang dilarang. Tetapi, bagi yang suka mempersoalkan sesuatu, insyaallah maklumat ini boleh membantu, sekiranya anak-anak kita atau anak-anak didik agak sukar mengikut yang wajib ni,bolehlah berkongsi akan kebaikan bertudung bagi wanita.

Saya biasa dengar ceramah,yang membuat analogi, makanan yang ditudung lebih elok dari makanan yang terbuka, untuk menerangkan kebaikan bertudung, dan perkara ini memang tidak dinafikan kebenarannya. Selain dari analogi ini, kita boleh terangkan secara saintifik berkenaan kewajipan bertudung.
Menurut Karima Burns di dalam artikel The Science Behing the Veil di IslamOnline.net; "Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami bererapa kesan negatif."

Manakala dalam artikel Highest Phosporus Foods di Canadian Nuero-optic Research Institute Online, menyatakan bahawa "Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas."

Oleh itu, tidak rugi sekiranya kita mengikut tuntutan ini dan sudah terbukti apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah (S.A.W) adalah perintah dari Allah serta semua yang diperintahkan adalah untuk kebaikan semata.

Kita sudah maklum lelaki dan perempuan berbeza dari segi penciptaan, jadi perkara ini merujuk kepada perempuan.

Pada pandangan saya, sekiranya kita masih sakit kepala, cuba kaji tudung atau skaf warna apa yang kita pakai. Bertukarlah dari skaf hitam kepada warna lembut seperti putih, pink,biru atau ungu. Warna hitam akan hanya menyerap unsur-unsur di luar, begitu juga dengan tudung, jangan kerap memakai tudung hitam. Bercakap tentang warna, silalah rujuk semula post Dr. Ariffaizal di Warna Hari Resonan dan maklumat lengkap tentang warna di Warna Resonan Waktu.

KopiPes je, maleh nak bikin ayat sendre.

Sumber Dari:- Kebaikan Bertudung Di Segi Kesihatan

Wassalaamu...
HambaAllah
Yang pakai tudung tu kita leh nampak la dia tu baik skit dari yang bertudung....tapi yang tak pakai tudung tu islam ke? kalau islam, islam apa dia bawak? jgn sama or bezakan antara yang bertudung atau tidak atas dasar attitude.....tapi tanya la diri sendiri, tak pakai tudung tu hukumnya dosa besar dan....kalau mcm tu puasa korang mcm mana? fikir sendiri la......jgn letak otak kat lutut.
fsyukri
kesimpulannye, tutuplah aurat.
deanna_a
Kenapa tak pakai tudung? Beri sepuluh sebab tak nak pakai tudung. Saya dulu pun tak suka pakai tudung. tahu sebab apa, sebab rasa diri kurang cantik bila pakai tudung, rasa tak glamor, rasa mcm ketinggalan zaman, tambah2 lagi dulu saya suka kalau ada lelaki ngorat, yalah.. bila ada lelaki berebut nak ngorat, nak jadi boyfriend, mulalah rasa bangga, walaupun tak pakai tudung, saya masih seorang yang cukup tinggi disiplin, sembahyang pun tak tinggal, mengaji tip top, malah pernah sampai peringkat negeri. Hormat org tua? Mana2 nak pegi oor jalan, mesti cium tangan mak bapak dulu. Keluar malam? Merendek ngan lelaki? haram... memang tak pernah buat. ramai cakap anak yang yang baik, gadis yang baik, tapi baikkah saya masa tu. rasanya semua tu plastik semata.

kemudian, pakai tudung. Bukan ikhlas pun. Rasa mcm pompuan ketinggalan zaman. Kejap pakai kejap bukak. Lama-lama wat perangai mcm tu, baru terasa mcm perempuan jalang, tambah2 bila tgk ada kawan yang sama perangai, masa kerja pakai tudung tapi lepas office hours, pakai baju fit, tudung dah melayang. Terpikir, kenapa lah aku wat perangai bodoh dan keanak-anakan mcm tu. Mcm org tak belajar agama jer gamaknya.. dengar lagi lelaki ckp mcm2. manusia dua alam katanya. Memang renung habis-habisan, untuk apa sebenar pakai tudung masa tertentu jer, bukankah menipu diri sendiri dan bersandiwara namanya. Tak taulah, mungkin memang Allah takdirkan hidayah kepada saya, saya jadi rasa malu dengan kelakuan diri sendiri. Mcm pompuan tak ada pendirian, tak bermoral dan tak betul.

Sekarang dalam rumah pun saya bertudung dan pakai stokin sebab org datang kadang2 bukan kira masa. Salesman tu, ikut suka dia jer ketuk pintu rumah. Dah pakai mcm ni baru rasa selamat skit. Selamat sikit jer sebab saya pakai mcm ni pun masih ramai yang jeling2. Masih ada yang menggatal dan bersiul2 kat kita. Akhirnya saya kurangkan aktiviti luar rumah. Kalau keluarpun, masuk kereta, masuk kedai, terus balik. Memang saya dah tak bersosial langsung mcm dulu. Cuma di opis ada dugaan sikit.

Hari tu, masa kat tanah suci, ada lelaki india suruh saya pakai tutup muka. Dia kata muka saya haram. Hahahaa.. Teringin jugak nak pakai. Cuma takut dikatakan keterlaluan dalam beragama, tapi tak salah rasanya untuk keselamatn diri. tambah2 saya ni masih single. Biar semua lelaki takut nak dekat. Hehehehe rofl.gif
fsyukri
QUOTE(deanna_a @ Jan 5 2009, 12:42 AM) *

siapa kate menutup muke tu keterlaluan dalam beragama? abaikan ape yang org kate...kite bukan nak cari keredhaan manusia...
Jimmy In Ha
yg penting akidah kenalah betul....
baru semua bendayg dilakukan dpt keredaan Allah s.w.t
Amin Fadzlan
Assalaamu...

Ya, kita nak cari Keredhaan ALLAH SWT, ini yang paling utamanya, beserta Redha Rasulullah SAW.
Kedua pula Redha IbuBapa (Tapi lebih berat lagi pada Redha Ibu)
Ketiga Redha Guru-Guru Kita, terutamanya Guru-Guru yang Mursyid ciri-ciri & sifat-sifatnya. Hampeh, Tawar, Hilang Seri & Berkat segala Ilmu2 kita tu kalau Empunya Guru-Guru yang mencurahkan Ilmu2 itu kpd kita murka pada kita.
Seterusnye ape lagi...?? Lu Fikirlah Sendiri, kehkehkeh (pnjm ayt Nabil@R.Lwk biggrin.gif )

Wassalaamu...
ct_ika2
Salam..

Erm..pemakaian tudung sememangnya wajib...
Tp sedih ar dgn segelintir msyrakt skang..
Ambil enteng je bab pemakaian tudung ni...

Ada sekali tu masa sy lintas jalan kat depan Maju Junction..
Cantik manis ada seorang perempuan tu pakai tudung...
Sekali dia melangkah utk melintas, kain pulak terbelah sampai ke peha..
menampakkan keputihan peha beliau... Lelaki yg memandang tak berkelip..
Yelah mmg lawa pun wanita tersebut....
sadis rasanya tgk keadaan beliau..
Hnya mampu berkata 'Moga dikau mendpat hidyah'
sadis...sadis....huhuhu...
deanna_a
itulah..... Berikan sepuluh alasan kenapa kita tak nak pakai tudung atau pakai sekadar untuk satu2 situasi sahaja. kalau alasan nya lebih kepada nafsu semata, muhasabahlah diri. Itu maknanya kita belum lagi seorang yang berdisiplin, belum lagi seorang baik dengan ertikata baik yang sebenar2nya. Kita masih lagi ditunggangi hawa nafsu. Ingatlah, kita wanita adalah merupakan salah satu jalan yang dipergunakan oleh Iblis untuk menjatuhkan iman manusia. Jgnlah biarkan kita menjadi tunggangan Iblis laknatullah untuk menjatuhkan iman orang lain. Itulah jihad kita. menyelamatkan iman semua orang.

Memang kita hidup untuk mencari keredhaan Allah. Itulah tujuan kita hidup. Memang saya akui saya merasa malu dgn teguran tersebut kerana saya sudah pun menutup aurat yang telah ditetapkan seperti dalam solat. Memang mengejutkan bila ada orang yang tidak dikenali berani mengatakan muka kita haram sedangkan muka bukanlah aurat perempuan. Mungkin ada sebab musababnya. Insyaallah, saya yakin teguran insan tak dikenali di masjidil haram tu adalah ikhlas dan yakin ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Amin.

Hariz_KooL
QUOTE(rahim11 @ Jan 4 2009, 10:56 PM) *
Betul. Attitude penting. Terutamanya attitude kita kepada Tuhan, sebab kita semua hamba Tuhan.

Pakai atau tak pakai tudung pun menunjukkan attitude kita terhadap Tuhan. Fikirlah sendiri.

Tapi, saya pelik mengapa soal tudung ni selalu dibangkitkan dihampir semua forum. Soal solat, tak pulak sama banyak.

Ramai, saya tengok, perempuan yang pakai tudung tapi tak solat. Dan ramai juga yang tak pakai tudung tapi solat.

Antara tudung dan solat, solat tentunya jauh lebih penting.

Tapi, sebaik2nya, kita berusaha selagi boleh untuk taat kepada semua suruhan Tuhan dan meninggalkan semua laranganNya.

antara tudung & solat...dua2 penting sbb wajib...tak boleh didahulukan mana2 & ditinggalkan atau ditangguhkan yg lain
kalo wajib ditinggalkan maka akan berdosa

pakai tudung mmg tak semestinya menunjukkan attitute baik terhadap Tuhan keseluruhannya..tp sekurang2nya dia dapat ganjaran pahala kalo dia ikhlas pakai tudung tu
tak pakai tudung langsung mmg dah jelas menunjukkan attitute engkar terhadap larangan Allah, walaupun dia cukup solat 5 waktu...setiap hari bila keluar rumah akan dapat dosa sbb tak menutup aurat

kesimpulannya...utk 1st impression org akan tengok luaran dulu...kalo luaran ok, akan tgk kpd dalaman
kalo luaran tak ok...dalaman tentu tak ok....kalo luaran ok, dalaman tak ok, tetap tak ok jugak

mmg tentu kita nak orang yg bertudung tp tunaikan solat 5 waktu juga

selalu orang kata, "don't judge a book by its cover" ....tp pandangan ini tak selalu betul sbb, "the cover is reflecting from oneselve's heart"

ibaratnya begini, antara 2 botol, 1 botol diisi penuh dgn susu yg elok & 1 lagi botol yg diisi susu separuhnya elok & separuh dalamnya dah basi
mana satu botol yg kita nak beli?
Khayty
QUOTE(deanna_a @ Jan 5 2009, 12:20 PM) *
itulah..... Berikan sepuluh alasan kenapa kita tak nak pakai tudung atau pakai sekadar untuk satu2 situasi sahaja. kalau alasan nya lebih kepada nafsu semata, muhasabahlah diri. Itu maknanya kita belum lagi seorang yang berdisiplin, belum lagi seorang baik dengan ertikata baik yang sebenar2nya. Kita masih lagi ditunggangi hawa nafsu. Ingatlah, kita wanita adalah merupakan salah satu jalan yang dipergunakan oleh Iblis untuk menjatuhkan iman manusia. Jgnlah biarkan kita menjadi tunggangan Iblis laknatullah untuk menjatuhkan iman orang lain. Itulah jihad kita. menyelamatkan iman semua orang.

Memang kita hidup untuk mencari keredhaan Allah. Itulah tujuan kita hidup. Memang saya akui saya merasa malu dgn teguran tersebut kerana saya sudah pun menutup aurat yang telah ditetapkan seperti dalam solat. Memang mengejutkan bila ada orang yang tidak dikenali berani mengatakan muka kita haram sedangkan muka bukanlah aurat perempuan. Mungkin ada sebab musababnya. Insyaallah, saya yakin teguran insan tak dikenali di masjidil haram tu adalah ikhlas dan yakin ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Amin.

saya merasa sangat kesal bilamana ada lelaki beritahu pada saudari wajah patut ditutup kerana ia haram..kesal kerana ia beritahu dalam ayat yg pendek tapi mempunyai makna yg sangat luas dan mendalam...

saya boleh faham apa lelaki tersebut mahu sampaikan sebenarnya(pandangan saya menurut pengalaman saya sendiri)

apabila dengan menutup aurat pun pun masih boleh menimbulkan fitnah bila dilihat orang..cuba kaji dimana...kalau tak nampak ,ini pengalaman saya...

ini pengalaman saya berhadapan dengan pengkid..itu pengkid..kalau lelaki tentu lebih lagi..cuma lelaki tak suka cakap ayat terus -terang...

bila mana saya berhadapan dengan pengkid ini saya dikatakan mengoda dia,menaikkan nafsu dia...jadi,saya ambil keputusan apabila berdepan dengannya saya memakai pakaian yang tidak menampakkan buah dada saya yang menonjol...memakai pakaian yang tidak menampakkan punggung saya yang gebu montok dan membulat...badan perempuan tak sama dengan lelaki...badan perempuan ada cutting di sana sini...nak kata saya cakap liang melentuk,tidak,saya cakap bukan jenis macam ina naim lemah lembut gemalai"yeaaa..banggg...yeaaa..bangg.."saya cakap formal jerk..nak kata berjalan pun,saya jalan macam biasa..tak der lah macam model atau itik pulang petang berlenggang lenggok...tapi saya dikatakan masih tetap menimbulkan rasa ghairah dipandang..disinilah maka menutup muka telah menjadi wajib apabila dengan melihat muka sahaja pun boleh menimbulkan fitnah dan menaikkkan rasa hawa nafsu syahwat...saya berfikir,nampaknya macam saya kena pakai purdah pula...apabila berpakain yg sepatutnya tidak lagi memadai...itu pengkid...kalau lelaki sejati,tah hapa lagi yg di rasa dan difikir..cuma lelaki bukan jenis cakap terus-terang..samada cakap sepatah atau cakap berkias sahaja...
yang saya seronok tu...pengkid itu menyuruh dan menasihati saya agar memakai tudung labuh dan memakai jubah supaya agar saya tidak menumbulkan rasa ghairah kepadanya apabila dia melihat saya..saya pernah cuba,tapi alasan tak berubah,jadi saya terfikir,dah jatuh wajib pada aku nampaknya,sebab org tengok muka aku pun dah rasa ghairah..tak tutup boleh timbul fitnah pada org yg memandang...dan mendatangkan dosa kepada saya dan kepada org...kepada saya kerana menyebabkan org berperasaan begitu...kepada org sebab timbul perasaan begitu dan dosa mengata saya juga..dan kepada pengkid itu juga,saya berharap,berdoa,agar satu hari nanti dia juga sedar dengan apa yg dia sarankan kepada saya..sebab secara fitrah kami sama-sama wanita..
syima
entah le.. kalu tanya aku pun kenapa.. aku tak leh jawab..............
syima
tapi kan, macam kak katy jawab tu...
macam ina naim je
cinderella^_^
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 06:13 AM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

perghh... aku paling xsuke student uia yg xpakai tdung kat luar tp ckp besar...
duk hebah2kn kat dunia die freehair kat luar...
diam2 cukup la..nk bangga watpe..wt tambah dosa jer...
sbg student uia...aku malu giler ngan kenyataan ko...
rse2 ko ni junior lg..dh lepas matrik nnt,jgn la masuk main campus..
pegi tkr masuk U lain..brlambak..
sbb org mcm ko la,kesian ngn kitorang yg brtudung ni..
kne pandng serong...smpai pemandu teksi ckp "bkn sume yg pakai tdung baik pn"..

len kali,nk wt kenyataan tu,pk dlu..bnda ni sensitif...
ernyshu
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

nie sure blm graduate agknya nie....selalunya yg x bertudung ni, bertudung kt uia sbb regulation jer. kua pintu, terbang tudung..tapi kan, word 'bitch'tu mcm teruk sgt ler....xde words lain ke
deanna_a
QUOTE(Khayty @ Jan 5 2009, 12:57 PM) *
QUOTE(deanna_a @ Jan 5 2009, 12:20 PM) *
itulah..... Berikan sepuluh alasan kenapa kita tak nak pakai tudung atau pakai sekadar untuk satu2 situasi sahaja. kalau alasan nya lebih kepada nafsu semata, muhasabahlah diri. Itu maknanya kita belum lagi seorang yang berdisiplin, belum lagi seorang baik dengan ertikata baik yang sebenar2nya. Kita masih lagi ditunggangi hawa nafsu. Ingatlah, kita wanita adalah merupakan salah satu jalan yang dipergunakan oleh Iblis untuk menjatuhkan iman manusia. Jgnlah biarkan kita menjadi tunggangan Iblis laknatullah untuk menjatuhkan iman orang lain. Itulah jihad kita. menyelamatkan iman semua orang.

Memang kita hidup untuk mencari keredhaan Allah. Itulah tujuan kita hidup. Memang saya akui saya merasa malu dgn teguran tersebut kerana saya sudah pun menutup aurat yang telah ditetapkan seperti dalam solat. Memang mengejutkan bila ada orang yang tidak dikenali berani mengatakan muka kita haram sedangkan muka bukanlah aurat perempuan. Mungkin ada sebab musababnya. Insyaallah, saya yakin teguran insan tak dikenali di masjidil haram tu adalah ikhlas dan yakin ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Amin.

saya merasa sangat kesal bilamana ada lelaki beritahu pada saudari wajah patut ditutup kerana ia haram..kesal kerana ia beritahu dalam ayat yg pendek tapi mempunyai makna yg sangat luas dan mendalam...

saya boleh faham apa lelaki tersebut mahu sampaikan sebenarnya(pandangan saya menurut pengalaman saya sendiri)

apabila dengan menutup aurat pun pun masih boleh menimbulkan fitnah bila dilihat orang..cuba kaji dimana...kalau tak nampak ,ini pengalaman saya...

ini pengalaman saya berhadapan dengan pengkid..itu pengkid..kalau lelaki tentu lebih lagi..cuma lelaki tak suka cakap ayat terus -terang...

bila mana saya berhadapan dengan pengkid ini saya dikatakan mengoda dia,menaikkan nafsu dia...jadi,saya ambil keputusan apabila berdepan dengannya saya memakai pakaian yang tidak menampakkan buah dada saya yang menonjol...memakai pakaian yang tidak menampakkan punggung saya yang gebu montok dan membulat...badan perempuan tak sama dengan lelaki...badan perempuan ada cutting di sana sini...nak kata saya cakap liang melentuk,tidak,saya cakap bukan jenis macam ina naim lemah lembut gemalai"yeaaa..banggg...yeaaa..bangg.."saya cakap formal jerk..nak kata berjalan pun,saya jalan macam biasa..tak der lah macam model atau itik pulang petang berlenggang lenggok...tapi saya dikatakan masih tetap menimbulkan rasa ghairah dipandang..disinilah maka menutup muka telah menjadi wajib apabila dengan melihat muka sahaja pun boleh menimbulkan fitnah dan menaikkkan rasa hawa nafsu syahwat...saya berfikir,nampaknya macam saya kena pakai purdah pula...apabila berpakain yg sepatutnya tidak lagi memadai...itu pengkid...kalau lelaki sejati,tah hapa lagi yg di rasa dan difikir..cuma lelaki bukan jenis cakap terus-terang..samada cakap sepatah atau cakap berkias sahaja...
yang saya seronok tu...pengkid itu menyuruh dan menasihati saya agar memakai tudung labuh dan memakai jubah supaya agar saya tidak menumbulkan rasa ghairah kepadanya apabila dia melihat saya..saya pernah cuba,tapi alasan tak berubah,jadi saya terfikir,dah jatuh wajib pada aku nampaknya,sebab org tengok muka aku pun dah rasa ghairah..tak tutup boleh timbul fitnah pada org yg memandang...dan mendatangkan dosa kepada saya dan kepada org...kepada saya kerana menyebabkan org berperasaan begitu...kepada org sebab timbul perasaan begitu dan dosa mengata saya juga..dan kepada pengkid itu juga,saya berharap,berdoa,agar satu hari nanti dia juga sedar dengan apa yg dia sarankan kepada saya..sebab secara fitrah kami sama-sama wanita..

Terima kasih katy atas ulasan. Rasanya saya dah tau maksudnya. Pada saya bukan kerana muka saya menghairahkan tapi rasanya saranan tu lebih menyentuh kedudukan iman saya. Penyerahan yang sepatutnya kepada Allah. Insyaallah, moga Allah kuatkan iman. Amin.
Khayty
QUOTE(syima @ Jan 5 2009, 01:01 PM) *
tapi kan, macam kak katy jawab tu...
macam ina naim je

ur u sure my dear doter? drinks.gif
JeD[i]-BoNGsU
teringat aku pd satu kejadian ni..
aku keluar dari kampus uia, follow
blkg keta yg ada 3 siswi ni..

ofkos la tiga² pakai tudung..

lps smpi aje susur keluar
ke highway (lps tol karak tu),
aku tgk passenger 2 org tu
terus tarik tudung..

dialog aku masa tu :

'...' (speechless)
Amin Fadzlan
QUOTE(ernyshu @ Jan 5 2009, 01:05 PM) *
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

nie sure blm graduate agknya nie....selalunya yg x bertudung ni, bertudung kt uia sbb regulation jer. kua pintu, terbang tudung..tapi kan, word 'bitch'tu mcm teruk sgt ler....xde words lain ke

Assalaamu...

Wild chick....??

Wassalaamu...
rahim11
QUOTE(Hariz_KooL @ Jan 5 2009, 12:47 PM) *
antara tudung & solat...dua2 penting sbb wajib...tak boleh didahulukan mana2 & ditinggalkan atau ditangguhkan yg lain kalo wajib ditinggalkan maka akan berdosa

dua2 penting, tapi tak sama penting.

Yang paling penting ialah rukun Islam:

Kitab itu, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (zakat) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2:2-3)

Kemudian puasa dan haji (bagi yang mampu).

Sama macam yang haram. Ada yang membawa dosa besar dan ada yang tidak..
Hariz_KooL
QUOTE(rahim11 @ Jan 6 2009, 11:29 AM) *

yg aku maksudkan ialah perlaksanaan tu....pakai tudung pon buat, sembahyang pon buat (antara cth2 perkara yg wajib)
takde keutamaan nak buat mana satu dulu & kena buat dua2 sekaligus sbb kedua2nya hukumnya wajib
kalo ditinggalkan dpt dosa

tak kiralah dosa besar atau kecil...ia tetap berdosa kalo ditinggalkan
maka wajiblah dilaksanakan

mana satu lebih penting atau jauh lebih penting dr segi istilah, konsep, teori & dalil tu tak masuk dlm konteks skop perbincangan aku ni
dodiana
QUOTE(gadishalusinasi @ Jan 4 2009, 02:13 PM) *
Aku salah sorg dr padanya.. tapi bagi aku, bukan pakai tudung atau tidak jadi ukuran.. Tapi attitude. Pakai tudung tak semestinya baik dan tak pakai tudung tak semestinya bitch? apa kata korg? pardon.gif

mmm...
attitude vs tutup aurat?

mmm...
attitude = akidah/akhlak?

~ni betol2 ke (x nampak masok dah..), atau saja nak provoke?
provoke budak uia? atau
provoke yg pakai tudung? atau
provoke yg x pakai tudung? atau
saja jer nak glamer?

bagus ke attitude kalo dah sesaja nak bukak pekung sendiri x nak ikut (lagi) tuntutan agama? wallahualam.. sleep.gif

Khayty
QUOTE(Hariz_KooL @ Jan 6 2009, 11:48 AM) *
QUOTE(rahim11 @ Jan 6 2009, 11:29 AM) *
QUOTE(Hariz_KooL @ Jan 5 2009, 12:47 PM) *
antara tudung & solat...dua2 penting sbb wajib...tak boleh didahulukan mana2 & ditinggalkan atau ditangguhkan yg lain kalo wajib ditinggalkan maka akan berdosa

dua2 penting, tapi tak sama penting.

Yang paling penting ialah rukun Islam:

Kitab itu, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (zakat) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2:2-3)

Kemudian puasa dan haji (bagi yang mampu).

Sama macam yang haram. Ada yang membawa dosa besar dan ada yang tidak..

yg aku maksudkan ialah perlaksanaan tu....pakai tudung pon buat, sembahyang pon buat (antara cth2 perkara yg wajib)
takde keutamaan nak buat mana satu dulu & kena buat dua2 sekaligus sbb kedua2nya hukumnya wajib
kalo ditinggalkan dpt dosa

tak kiralah dosa besar atau kecil...ia tetap berdosa
kalo ditinggalkan
maka wajiblah dilaksanakan

mana satu lebih penting atau jauh lebih penting dr segi istilah, konsep, teori & dalil tu tak masuk dlm konteks skop perbincangan aku ni

saya setuju ngn apa yg Hariz katakan ini...
Khayty
saya nak zahirkan ketidakpuasan hati saya bab2 topik macam ni...

dah terlampau banyak topik2 begini,tetapi sangat menjurus kepada org pakai tudung...asik2 kepada org pakai tudung..langsung tiada kesudahan...

"nampaknya baik sopan,tapi buat maksiat"
macam mana kor tau dia buat maksiat atau kau bersama dia lakukan maksiat itu,atau kau nampak depan mata kau..kalau nampak kenapa biarkan?kenapa tak pergi berdakwah dengan dia,sampaikan dakwah itu sama juga dengan memberi hidayah...

"berak tengah jalan tak mengaku"
abis tu org yg mengutuk tu,berak tengah jalan mengaku ker?

"pakai tudung tapi suka mengata"
kau dah tak pakai tudung satu,dah tu kau mengata pulak orang pakai tudung tu suka mengata,dia dapat 1 sebab mengata,kau dapat 2 sebab mengata dan tak pakai tudung...

"pakai lah tudung supaya org lain tak gairah"
orang yg menyuruh tu pakai tudung tak?

tak sudah2 nak provoke org pakai tudung..

"pakai tudung tapi tak solat"
hah,kau ajaklah dia solat,bukan mengata dia tak solat,sedarkan diri dia yg alpa tu..

"pakai tudung tapi perangai buruk"
hah,kau tunjukkan lah akhlak yg baik,yg mulia,yg boleh dia contohi dan buat dia rasa malu dgn dirinya sendiri,pastikan kau pakai tudung juga,baru dia respek kau,sebab kau cakap serupa bikin..dia respek sebab kau dah lah pakai tudung,akhlak pulak baik dan mulia..berkali ganda pahala kau dapat membawa org ke jalan yg lurus..kejalan yg sebenar...

"org tak pakai tudung ni hati dia baik,tak macam kebanyakan org pakai tudung"
hentikanlah dakyah-dakyah begini....org pakai tudung tu tak rasa pun diri dia baik..tak rasa pun dia iklas seiklasnya..dia pun berusha memperbaiki imej dia dan akhlak dia....

apa yg saya nampak ada kesungguhan yg sangat nyata agar org pakai tudung buka tudung..
buat apa yg org lain buat...itu dakyah namanya...
bila org pakai tudung dah buka tudung,balik malam2,clubbing,isap rokok...masa tu baru nak kata depa tu baik hati???"alah itu personal dia,hak dia,tapi hati dia baik"
aku rasa macam org yg provokasi lebih2 ni nak ajak org pakai tudung kemana sebenarnya???

domesticgoddessnot
QUOTE(MSL @ Jan 11 2009, 01:34 PM) *
QUOTE(Khayty @ Jan 6 2009, 01:00 PM) *

Deleted by Hariz KooL

aku rasa ko ni salah faham dgn kata2 khayty ni... pada aku khayty cuba sampaikan lebih kurang gini...

APEHAL NAK BINCANG HAL2 TUDUNG LAGI NI? DAH MEMANG WAJIB TUTUP AURAT, TUTUP AJE LA. NAK BUAT APA BUKA CERITA PASAL PERANGAI PULAK? TU PERKARA NOMBOR DUA. YG PENTINGNYA AURAT WANITA TU MESTILAH DITUTUP. WANITA LAIN ELOK DAH PAKAI TUDUNG, KAU CAKAP MCM NI KENAPA?KAU NI NAK TEGAKKAN BENANG YANG BASAH KE HAPA?!!!

ke aku yg salah faham? khayty explain sikit.
Hariz_KooL
MSL, ko dah salah faham

pakai tudung wajib, perkara2 lain yg diwajibkan pon kene buat & tinggalkan perkara yg diharamkan termasuk membuka aurat

apa yg kak Kathy maksudkan dakyah2 negatif orang yg anti-tudung....mereka nak mengiyakan perbuatan mereka yg membuka tudung sebenarnya LEBIH beriman dpd yg bertudung...mereka juga bersolat, tak melakukan zina, dll cuma tak bertudung je....dlm erti kata lain mereka guna timbang tara hati konon

adakah ko nk masuk dlm kumpulan tu juga? hati ke yg nak kene dinilai saja? Ko toksahlah nak pertikaikan apa yg diwajibkan dlm Islam spt kewajipan bertudung tu. mmg ia dah termaktub dlm Al-Quran.

P/S: cuba kita balik ke basic....fahamkan konsep Islam, Iman & Ihsan...adakah kita mengucap dua kalimah syahadah sekadar pengakuan hati & lidah saja? bagaimana dengan perbuatan kita?
ChicCikin
astaghfirullahalazim.
MSL, baik ko mengucap.
ape yg ko merepek ni? blink.gif
ChicCikin
HUKUM AURAT WANITA ISLAM

Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

sila rujuk url INI

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
ChicCikin
sori, aku tak jumpa ayat tentang mengucap tu.
tapi bukan ke mengucap dua kalimah syahadah tu salah satu dari RUKUN ISLAM?
perkara yang PERTAMA dalam RUKUN ISLAM.
so aku rasa mengucap ni bkn perkara yang boleh dipertikaikan.

domesticgoddessnot
MSL... aku ingatkan hal aurat aje yg ko tak tau (tu pun aku terkezut ko tak tau ada dalil pasal aurat tu dlm quran). rupa2nya bab2 mengucap pun ko question? allah.
domesticgoddessnot
wah wah ko memandai buat tafsiran sendiri ke ni? ko ambik kamal atartuk punya pendpt la ni yek? ko belajar ilmu agama dgn sapa sebenarnya ni? dgn buku2 aje ye? sorang2 ko ye? patut le... tak boleh tau, tu namanya ko belajar dgn syaitan. tu pasallah ko dah merapek dlm ni. sampai pertikaikan pula keperluan syahadah n dalil2nya. aku nasihatkan ko pergi belajar agama dgn org alim, dgn ustadz/ustadzah yg bertauliah. allah. sedih aku mcm ni. dah pandai sgt dah rupanya budak2 sekarang.
ChicCikin
kak dom,
saya rasa MSL ni ade modus operandi yg tertentu la.
pelik je ayat dia.

MSL,
pls jgn sesatkan pemikiran org lain.
ketahuilah bahawa pendapat ko itu dah sesat sebenarnya.
Nauzubillahiminzalik.
domesticgoddessnot
betul tu, aku pun rasa gitu gak. ntah2 set2 yg kena ban tu le ni. chet, tarak guna punya ummat. buat malu mak bapak aje. hishhh, na'uzubillah.
ChicCikin
QUOTE(MSL @ Jan 11 2009, 06:04 PM) *
Deleted by Hariz Kool

eh chop.
MSL ko tak baca ke posting aku kat atas tu?
meh aku letak lagi skali.

QUOTE
Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.