Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Petanda Rumah Ada Gangguan Jin.
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
urutdanrawatsihir

1) Bunyi guli jatuh diatas lantai.

2) Sering melihat kelibat/lembaga.

3) Terasa menyeramkan atau sering meremang bulu roma.

fsyukri
QUOTE(urutdanrawatsihir @ Jan 25 2009, 09:18 AM) *

1) Bunyi guli jatuh diatas lantai.

2) Sering melihat kelibat/lembaga.

3) Terasa menyeramkan atau sering meremang bulu roma.

xtakooot
HambaAllah
poyo je.
iriy_cute
kat rumah aku lama dah x main guli.. ngahahaha

kat mana2 ada aje encikkk~
deanna_a
Saya bermimpi dikejar oleh seorang lelaki dari saya kecil sampai saya dalam usia 20 an. lelaki tu agak ganjil sebab dia kejar saya dalam kawasan hutan yang saya sering lalu semasa saya kecil. Banyak kali lelaki tu cuba kejar saya dan saya sentiasa dapat melarikan diri dan bersembunyi di tempat yang saya tak tau kenapa dia tak boleh kejar saya. saya teringat sedang dia nak kejar saya, saya bersembunyi dalam bilik dirumah saya. Saya baca doa yang dibaca oleh nabi Yunus as semasa dalam perut ikan, kemudian saya tiup kat dia. Dia terpelanting keluar pagar rumah saya dan menunjukkan muka yang sgt marah. lepas tu saya mimpi dia lagi, masa tu saya tengah duduk atas pokok jambu air. Saya lihat dia sedang tersengeh tgk saya sambil duduk atas pangkin, sebelah dia seorang wanita yang saya kenali sedang memijak2 padi sedang memandang saya dengan mata yang merah. Selepas saya mengamalkan yasin setiap hari, baru saya tak mimpi lagi pasal lelaki tu. saya masih ingat saya nampak rumah dia semasa dia balik. Bila saya pergi ke tempat tu, kat situ ada pokok pisang yang saya dibagitau tak pernah berbuah dan telah hidup lama. Bila lama dah tak mimpi, tetiba kakak ipar saya cerita wanita yang saya lihat dalam mimpi saya dikacau oleh "benda pelik". Ianya benar2 mengejutkan saya, dan saya pun bagitau tentang mimpi saya. kakak ipar saya diam je.

Selepas lama dah tak mimpi pasal lelaki tu, tiba2 selepas balik dari mekah saya mimpi tempat yang sama. ada lelaki yang cuba rogol saya, tiba2 ada seorang perempuan yang kecil cuba selamatkan saya, kerana lemah dan tidak mampu melawan lelaki berbadan besar tersebut, perempuan itu dilempar dan dipatahkan oleh lelaki perut buncit tu ke tangga rumah. Saya pun lari keluar dari rumah tersebut dan saya cuba mendapatkan bantuan. Disitulah saya bertemu dengan seorang budak perempuan yang cuba nak tolong saya tetapi tetiba saya nampak budak perempuan tu berzina dengan lelaki yang berbulu badannya. Rumah tersebut sebenarnya rumah guru mengaji saya semasa kecil. Pokok jambu yang saya panjat tu memang saya selalu panjat dan ambik buahnya untuk dimakan. Jalan pokok pisang tu pun adalah jalan yang saya selalu lalu untuk kerumah guru mengaji saya. Tapi rumah tu dah kosong sebab guru mengaji saya dan keluarganya dah lama pindah ke rumah baru.

Saya percaya jin ada dirumah setiap orang. Cuma kuat atau tidak dia mengganggu ketenteraman kita adalah terpulang kepada pemilik rumah tersebut.
Fiscx
Nabi mengajar supaya membaca Surah Al-Baqarah bila masuk rumah baru, mana2 tahu ada makhluk yg tak diundang sama2 join sekaki, ia adalah untuk menghalau mereka.

cuma baca Surah Al-Baqarah, tak susah. tak perlu nak buat kenduri pulut kuning, panggil tok moh, atau jirus air kolah masjid keliling rumah.

mungkin ia boleh dipraktikkan bagi rumah yg sudah lama didiami tapi disyaki ada gangguan jin.
deanna_a
Betul tu. Surah Al baqarah boleh menghalau kejahatan dalam rumah. Saya tiap-tiap malam dengarkan bacaan Al Baqarah dalam rumah. Kalau saya sendiri nak baca satu surah tu dalam masa sehari mungkin tidak mampu. Balik rumah pun dah pukul berapa. Kena buat pulak tugas-tugas kat rumah.
tamin
takut selain Allah adalah sirik.

takut hantu, jin dan sekutunya sirik.
nor_seri
QUOTE(deanna_a @ Jan 29 2009, 05:56 AM) *
Betul tu. Surah Al baqarah boleh menghalau kejahatan dalam rumah. Saya tiap-tiap malam dengarkan bacaan Al Baqarah dalam rumah. Kalau saya sendiri nak baca satu surah tu dalam masa sehari mungkin tidak mampu. Balik rumah pun dah pukul berapa. Kena buat pulak tugas-tugas kat rumah.

baca "Auzubillah himinasy syaitoonirrajim"..basmallah dan ucapkan salam ketika memasuki rumah pun sudah mencukupi..kebanyakan orang skrg ni main redah je masuk rumah tanpa beri salam..yg sebenarnya walaupun tiada orang di rumah..beri lah salam juga..walaupun tiada org menjawab..tapi malaikat yg menjawabnya..dan amalkan "Auzubillah himinasy syaitoonirrajim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yg di rejam) kerana itu antara yg seringkas ringkasnya di ajar oleh Rasulullah S.A.W untuk mengelakkan kita di ainaya dan di perdayakan oleh syaitan dan jin.

selebihnyanya boleh ler amal amalkan bismillah lima,bismillah tujuh,ayat qursy,empat qul atau apa sahaja ayat quran SEBAGAI IKTHIAR kita dari gangguan syaitan yg di rejam dan harus di ingat ayat ayat itu pun tidak dapat melindungi kita..ayat ayat itu hanya sebagai ikthiar kerana yg mampu MELINDUNGI kita hanyalah pencipta kita iaitu ALLAH TAALA sahaja.
masMerah
QUOTE(tamin @ Jan 29 2009, 05:05 PM) *
takut selain Allah adalah sirik.

takut hantu, jin dan sekutunya sirik.

tak takut

tapi mohon pelindungan dari setan yg d rejam
arissa^sofea
ingat satu perkara..makhluk halus ni spt syaitan,iblis,hantu dan jin ni tak boleh membunuh manusia kecuali manusia itu sendiri mempergunakan makhlus halus ni utk tujuan jahat spt santau,sihir.

Takut pada Allah.

malan Pagi...

Selepas bangun Tido Bacalah "Bismillahissamiil aliim minas syaitan nirrojim" sebanyak 11 kali dan Selawat 3 kali.. Mudahan Iblis dan Syaitan Tidak mendekati kita dari pagi sampai la ke petang....

Amalan ketika hendak Tidur.(Nak baca semua pun boleh atau ambil mana2 yang berkenaan).
1-Al-Fatihah 3kali. Sesudah dibaca hembus ke hadapan dan ke kanan serta ke kiri.(Boleh dipraktikkan untuk
2-Paling kurang pun 1 kali Al-kursi dan sehingga sampai ayat yang terakhir iaitu Wasia kursiyyuhus samaa waa ti wal ardha walaa yau`dhu kifzuhuma wa hual aliyyul aziim..ulang 3 kali.Sebaik-baiknya Al-kursi dibaca 3x atau 7x sebelum tidur.
3-Baca lah doa tidur dan Selawat serta Mengucap Kalimah Syahadah sebelum tidur kerana dibimbangi ketika tidur roh kita tidak dapat kembali ke jasad kita..(meninggal dunia).
4-Ambil (air Wudu`)sembahyang kerana Iblis dan Syaitan tidak berani mendekati orang yang ada air sembahyang.
5-Baca 3x Surah Al-Ikhlas ...Baca Surah Al-Falaq 1x dan Baca Surah An-nas 1x.

Ketika terkejut dari tidur disebabkan mimpi2 pelik atau terjaga secara tiba-tiba pada waktu dinihari.
1-Ambil Wudu`
2-Sembahyang Sunat atau Hajat dll sekiranya berkemampuan menunaikannya.
3-Baca Yasin serta surah-surah mengikut tertib.(Jika berkemampuan)

Ketika Terkejut Mendengar Ayam Berkokok pada dinihari.
>>Ada makna ni- Pasal Ayam ni diberi kelebihan iaitu boleh melihat kehadiran malaikat. Maka buat la apa2 yang patut seperti berdoa/berzikir/solat sunat dan apa2 la untuk kebaikan diri dan kesejahteraan hidup. Insya Allah.

Ketika Mendengar teriakan/jeritan Keldai.
>>Pun ada makna-Mintak doa supaya dijauhi segala bentuk kejahatan/malapetaka kerana keldai diberi kelebihan boleh merasai/melihat kehadiran Iblis dan Syaitan..berhampiran anda.
drac
QUOTE(arissa^sofea @ Jan 30 2009, 04:22 AM) *

Kat tempat aku takde keldai..so amacam ? hanya ada anjing je selalu menyalak lalu aku....mcm2 org kata pbla dengar suara anjing menyalak....tapi pbla aku baling biskut ...anjing tu diam plak ! (Byk tipu anjing nih! )
drac
QUOTE(urutdanrawatsihir @ Jan 25 2009, 09:18 AM) *

1) Bunyi guli jatuh diatas lantai.

2) Sering melihat kelibat/lembaga.

3) Terasa menyeramkan atau sering meremang bulu roma.

ZAMAN KENAKALANKU
==============

Ni citer ttg aku plak...ntah benar ker tak ! pas baca ...sdra2 n sdri2 fikirkanlah....

Suatu hari tu aku dipindahkan dari satu rumah asrama pekerja ke suatu rumah asrama pekerja yang lain di mana majoriti penghuni rumah asrama baru tu hanya dipenghuni oleh pekerja2 bukan Islam, keculai 1 bilek je dihuni oleh sorg yg beragama Islam, bernama Rahim (nama samaran).

Aku pun memileh bilek yg dihuni oleh si Rahim. Kebiasaannya sebelum tdo aku ambik wudhuk terlebih dahulu. Aku duduk di atas katil sambil melunjurkan kedua2 kaki. Kepala menghala ke kiblat. Pas tu aku baca beberapa surah yang aku memang sedia yakin dengan keberkesanannya.

Sewaktu kecil aku selalu melihat bomoh dan pawang menghalau mahluk2 halus ni.... samada mereka menggunakan surah2 Al-Quran atau tidak..aku tak tahu. Setelah aku dewasa kekadang tu aku terfikir juga ..kenapakah kita terpaksa bersusah payah menghalau makhluk2 halus tu? Seakan-akan.... makhluk2 halus tu lebih kuat dpd manusia dan seakan2 mahluk2 halus tu jahat2 belaka. Kenapakah manusia lebih takut pada mahluk2 halus tu... dpd takut kepada Allah SWT ? Suatu persoalan yang selalu berbuku di kepala otakku. Setahu ku setiap kejadian itu ada gunanya. Terfikir juga aku nak bersahabat dgn segala jin, jembalang , plesit dan polong !

Aku nekad nak tahu perkara sebenarnya. Benarkah mahluk2 itu wujud ? Benarkah ada ilmu yang diluar jangkauan aqal itu wujud seperti ......ilmu hitam ? Aku ingin tahu. Aku nekad...kalau aku mati dicekik hantu ker ...jembalang ker...sekurang2nya aku telah dapat jawapannya.

Di suatu bukit ..ditepi laut ...diketahui terdapat sorg lelaki tua yg mengamalkan ilmu hitam. Keajaiban ilmu hitamnya sehingga boleh menyembuhkan segala mcm patah tulang belulang dengan sekelip mata. Cukup dgn menggunakan sebuku tanah diraupkan/disapukan di bahagian yg patah, sekelip mata anda hanya akan terlihat bekas2 darah sje dipermukaan kulit yg patah tadi tapi tulang yg patah telah lurus kembali dan daging serta kulit yg tersiat/tersobek telah pulih sediakala seakan-akan tidak ada berlakunya tulang yg patah.

Hanya utk mengetahui mahluk2 halus / ilmu hitam itu benar2 wujud atau tidak, (ujian keberanian harus dihadapai) dikehendaki terlebih dahulu tidor beberapa malam di makam2 perkuburan. Di makam perkuburan org2 Cina, takde pun hantu2 yg bangkit sebagaimana yg difilemkan ?? Byk tipu itu wayang ! Ku gali lalu ku buka keranda. Kot2 aku boleh jadi kaya kerana selama ini aku mati2 percaya org2 Cina kalau mati bawa duit ! Takde yg menarik dikuburan org2 Cina. Hanya ada duit kertas yg tak laku (Sampai hati dorg tipu emak bapa dorg dgn duit yg tk laku tu !)...

Dilain malam aku pindah plak ke perkuburan org2 Melayu/Islam. Fuulaammak !!! Teruknya ! tujuh (7) malam aku di situ. Bermacam2 cabaran yg ku hadapi namun ku gagahi juga menghadapi mereka (mahluk2 halus), dengan dada yg kosong tapi kena byk gunakan aqal ! Jawapannya... mereka ini suka menipu dan mereka tidak ada daya utk membunuh manusia. Terus terang .....mereka tidak ada kekuatan / kekuasaan keatas manusia ! Mereka tidak ada sebarang kekuatan kecuali..hanya berani menakut2kan manusia. Pengalaman bersama mereka memang mengerikan......menakutkan ! Untuk manusia yg lemah semangat.....utk manusia yg tidak ada rasa takut pada Allah SWT.....untuk manusia yg suka memperolok2 undang2 Allah Yang Maha Kuasa.......jgn cuba caraku ini. Ingat itu !!! (Pada masa aku menaip halaman ini..... 31/Jan/2009.. 3:30 pagi....mereka berada disekelilingku....di kiriku...di kananku...di depanku.....dan tak lupa juga ....yg berada di belakangku.... bermain2 dan bercerita2 sesama mereka)

Berbalik kita kepada kisahku di rumah asrama baru itu.....beberapa hari selepas itu...si Rahim bertanyakan kepadaku tentang amalamku...Apakah amalanku selama ini ??? Sebaliknya aku soal dia .."Apakah yg menyebabkan dia bertanyakan soalan yg sedemikian rupa? " Lalu diceritakannya kepadaku bahawa suatu malam dia terjaga dari tidor kerana berasa hendak membuang air kecil. Terlihat olehnya...... dua (2) lembaga hitam ...tinggi besar....badan yg berbulu2...mata merah menyala memandang rakan sebilek ku itu dengan pandangan yg merah membara seakan2 hendak ditelannya rakan sebilekku itu. Satu (1) daripada lembaga itu berdiri semacam "body guard" layaknya.....berdiri ditepi pembaringanku...dan satu (1) lagi berdiri mengawal pintu bilek kami. Disebabkan terlalu takut...rakanku itu lantas baring semula lalu membuang air kecil di atas katil saja.

Walaupun aku tidak pernah ternampak jelmaan kedua-dua mahluk disepanjang hayatku ... tapi aku selalu merasa kehadiran mereka. Adakah mereka itu mahluk2 halus yg dikenali sebagai "jin"? atau adakah mereka itu terdiri dpd malaikat2 yg sememangnya diutus utk menjagaku sewaktu aku tidor ??? Allah saja yg Maha Mengetahuinya.

Amalanku sebelum tidor.
================

1- Berwudhuk.

Tadahkan kedua-dua tapak tangan spt kita berdoa ;

2- Membaca Surah Al-Fatihah 1X.
3- Membaca Surah Al-Ikhlas 3X.
4- Membaca Surah Al-Falak 1X.
5- Membaca Surah An-Nas 1X.
6- Membaca Ayat Al-Qursi 1X.

.......Lalu tiupkan ke telapak tangan kita. Selanjutnya sapukan keseluruh muka ......kepala.....keseluruh badan depan dan belakang.....keseluruh kedua2 tangan.....keseluruh kedua2 kaki dan diakhiri di jari2 kaki. Sila rujuk bagaimana Rasulullah melaksanakan ketertibannya.

Sekian....KENAKALANKU SEMASA KECIL ! :[

deanna_a
QUOTE(drac @ Jan 31 2009, 05:45 AM) *
Amalanku sebelum tidor.
================

1- Berwudhuk.

Tadahkan kedua-dua tapak tangan spt kita berdoa ;

2- Membaca Surah Al-Fatihah 1X.
3- Membaca Surah Al-Ikhlas 3X.
4- Membaca Surah Al-Falak 1X.
5- Membaca Surah An-Nas 1X.
6- Membaca Ayat Al-Qursi 1X.

.......Lalu tiupkan ke telapak tangan kita. Selanjutnya sapukan keseluruh muka ......kepala.....keseluruh badan depan dan belakang.....keseluruh kedua2 tangan.....keseluruh kedua2 kaki dan diakhiri di jari2 kaki. Sila rujuk bagaimana Rasulullah melaksanakan ketertibannya.

Sekian....KENAKALANKU SEMASA KECIL ! :[[/b]

Betul. Amalan bagus yang Rasulallah saw anjurkan kepada kita. Syukur pada Allah kerana menjadikan kita umat Muhammad. Tapi kisah kecik awak tu lucu jugak.
hatihancur
betul rumah saya pun hari hari ada bunyi macam goli jatuh, so i ingat rumah atas atau sebelah ke yg main goli, naik geram jugak, mungkin kah? .....
betul ke bunyi goli jatuh, itu tanda.....? selalu saya dengar, malam ,dan siang hari pun ada. apa patut buat?
tamin
QUOTE(hatihancur @ Feb 10 2009, 10:08 AM) *
betul rumah saya pun hari hari ada bunyi macam goli jatuh, so i ingat rumah atas atau sebelah ke yg main goli, naik geram jugak, mungkin kah? .....
betul ke bunyi goli jatuh, itu tanda.....? selalu saya dengar, malam ,dan siang hari pun ada. apa patut buat?

senang aje tu....
akma^82
aku selalu nmpak kelibat bayang2 espcially kat dapo....ataupon kelibat sesuatu melintas..pon kat dapo gak...ape hal asyik dapo jer nih?
kdg2 dengar jeritan...dngr something jatuh atas bumbung bertalu2....tengah2 mlm..ni kat bilik..kalu nak ikutkan mcmm lagik la..
kalu meremang bulu roma....panas semacam jer...aku takut la jugak....tp tu sume mainan setan la...
biasanyer kalu geram sgt...aku akan ckp...'tak gune ko setan...kaco2 aku pehal'?... sleep.gif
ikan_tuna
yang pasa guli tu betul2 ke?

aku selalu dengar kat beberapa tempat.. tapi aku buat dono jer... tak penah terpk lak pasal jin nih
tamin
QUOTE(akma^82 @ Feb 10 2009, 02:37 PM) *
aku selalu nmpak kelibat bayang2 espcially kat dapo....ataupon kelibat sesuatu melintas..pon kat dapo gak...ape hal asyik dapo jer nih?
kdg2 dengar jeritan...dngr something jatuh atas bumbung bertalu2....tengah2 mlm..ni kat bilik..kalu nak ikutkan mcmm lagik la..
kalu meremang bulu roma....panas semacam jer...aku takut la jugak....tp tu sume mainan setan la...
biasanyer kalu geram sgt...aku akan ckp...'tak gune ko setan...kaco2 aku pehal'?... sleep.gif

jom kita belasah setan
deanna_a
Akan masuk syurga dari umatku 70000 orang tanpa dihisab. Berkata orang yang hadir: Hai rasulullah, siapakah gerangan mereka itu?
Jawab Rasulullah saw: iaitu kaumku yang tidak berubat dengan jampi-jampian, mereka hanya berserah kepada Allah:

Hadis sahih: Muslim
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.