Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Jodoh - Ketentuan Allah
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
Pages: 1, 2
deanna_a
Soalan 1(melibatkan masalah wanita) :
seseorang telah beriktikharah berkenaan jodohnya demi untuk memastikan adakah lelaki yang dijangka menjadi suaminya adalah sesuai dengan dirinya. Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Di fikirannya dan mimpi-mimpi menunjukkan lelaki yang mendampinginya adalah lelaki lain yang telahpun berkeluarga. Adakah perlu untuk dia menerima lelaki yang dijangka (mungkin lebih tepat bakal suami) sedangkan bukan bakal suami itu yang hadir dalam mimpi dan fikirannya. Adakah dia perlu untuk mendapatkan lelaki dalam mimpinya sedangkan lelaki dalam mimpinya adalah suami orang, malah dia tidak mempunyai sebarang perasaan sayang atau pun dengan kata lain, kurang berkenan dengan lelaki dalam mimpinya, dan begitu juga lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Walaupun lelaki dalam mimpinya adalah lelaki yang baik, tetapi diantara mereka adalah setakat kenalan yang tidak mempunyai perasaan untuk mendekati satu sama lain.

Soalan 2(masalah cinta) :
Seorang wanita/lelaki berdoa kepada Allah agar percintaan dia dan kekasih hatinya diakhiri dengan perkahwinan yang halal. Namun percintaan mereka putus di tengah jalan. Apakah penerimaan yang perlu dilihat dari sudut hati dan perasaan manusia serta penentuan Allah swt tentang situasi ini.

Saya rasa ramai yang mengalami perkara sebegini. Saya mempunyai pendapat yang sendiri tentang soalan 2, cuma soalan 1 tu saya agak susah untuk menyatakan pendapat kerana ia melibatkan banyak pihak.

pecahmuka
Saya bukannya tidak mempercayai mimpi, ada yang baik ada yang tidak, terpulang. Tetapi adakah setiap kali ingin setelah melakukan solat istikharah, perlu hadir mimpi untuk merealisasikan impian. Saya tidak menolak mimpi, cuma ibadat sunat Istikharah ini telah dijadikan kemestian untuk mendapat mimpi dahulu. Benarkah begini?

Bagaimana pula yang tidak mimpi-mimpi, sampai kesudah membujang sampai ke tua la ye..
deanna_a
QUOTE(pecahmuka @ Jan 31 2009, 11:43 AM) *
Saya bukannya tidak mempercayai mimpi, ada yang baik ada yang tidak, terpulang. Tetapi adakah setiap kali ingin setelah melakukan solat istikharah, perlu hadir mimpi untuk merealisasikan impian. Saya tidak menolak mimpi, cuma ibadat sunat Istikharah ini telah dijadikan kemestian untuk mendapat mimpi dahulu. Benarkah begini?

Bagaimana pula yang tidak mimpi-mimpi, sampai kesudah membujang sampai ke tua la ye..

Tidak suatu kemestiannya bermimpi. Ia boleh berbentuk firasat hati dan berniat kerana Allah. Insyaallah, Allah akan bantu. Tapi tak semestinya untuk jodoh je. Tapi disini saya masukkan masalah jodoh sebab perkara inilah yang selalu diajukan. Terkadang pening jugak sebab hal jodoh ni melibatkan hidup berumahtangga.
pecahmuka
Jadi penting disini niat yang baik, bersangka baik kepada Allah SWT, sekiranya bermimpi, maka bonus la tu. Masalah mereka orang awam seperti saya ni kalau tidak diperjelaskan melakukannya kerena Allah SWT akan jadilah ibadat dan adat, adat itu ibadat.

terima kasih Puan Deanna
deanna_a
QUOTE(pecahmuka @ Jan 31 2009, 12:15 PM) *
Jadi penting disini niat yang baik, bersangka baik kepada Allah SWT, sekiranya bermimpi, maka bonus la tu. Masalah mereka orang awam seperti saya ni kalau tidak diperjelaskan melakukannya kerena Allah SWT akan jadilah ibadat dan adat, adat itu ibadat.

terima kasih Puan Deanna

sama sama tuan pecahkaca. habis tu, apa pendapat tuan pecahkaca. Apakah nasihat yang baik sebab selalunya lelaki lebih rasional pendapatnya. Rasanya ini satu pujian untuk lelaki dan bersangka baik.
pecahmuka
Setelah saya surfing maka jawapan ini sekurangnya dapat dijadikan pedoman. Sepertimana topik Puan Deanna mengenai Akal yang dikurniakan oleh Allah SWT saya ada terbaca sebuah buku (tidak ingat nama buku tersbut) bahawa manusia menggunakan 15% akalnya dan 85% hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan cuma bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

terima kasih.
whiteheart
boleh ke kalau kite amalkan certain ayat/doa utk seseorang supaya hatinye terarah pada kite dgn niat mmg bersungguh2 nak jadikan die pasangan kite?
rahim11
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 06:50 PM) *

Doa dari hati. Doa sungguh2. Gunakan kata2 sendiri yang menggambarkan apa yang dihasratkan oleh hati.
Atau lakukan solat hajat.

Tak perlu mencari doa "standard".

Tapi, elokkah berdoa begini?

Tidakkah lebih baik kita mendoakan agar ditemukan jodoh yang baik untuk kita, bukan orang tertentu?
whiteheart
QUOTE(rahim11 @ Jan 31 2009, 07:48 PM) *

maksud sy, bukan ke ada sesetengah ayat yg blh diamalkan utk tujuan menimbulkan rasa kasih insyaAllah pd seseorng?
kalau kite rase yakin nak jadikan org tu suami/isteri so kite amalkan ayat tu, blh ke?

1 more thing, satu2nye surah tentang wanita surah ape ye?
rahim11
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 08:15 PM) *

Ada beberapa ayat yang dikatakan boleh membuatkan orang sayang pada kita, tapi saya tak pernah jumpa hadith sahih yang berkaitan, jadi saya tak dapat nak tentukan sejauh mana betul. Mungkin orang lain boleh bantu.

Surah berkaitan wanita ialah surah An Nisaa' - surah ke-4.

Yang ini saya tak berapa setuju. give_rose.gif Kalau dengar ceramah kat tv tu kata boleh tapi saya kurang setuju mengarahkan hati org kat kita. Nanti dia ingat kita je, lupa pulak kat Tuhan.
masMerah
QUOTE(deanna_a @ Jan 31 2009, 09:55 PM) *

allah tak manupulasi doa kita. Andai jadi kebaikkan maka makbul lah doa ku
Andai mudarat maka jauhilah.

sebab itu kita ada adab2 meminta dan berdoa.

doa itu sesuatu yg bersih cuma di tangan nya saja 'KUN'

ataupun doa gini

" mohon berjodoh aku dengan si polan
dan muga jodoh itu memberi kebaikkan kpd kami berdua, memberi rahmat dan memberi kesempurnaan perkahwinan"

andai tiada rahmat, maka jangan tanya allah kenapa doa tu tidak makbul.

Doa yg makbul atau tak makbul tetap di beri pahala Olah allah pada setiap doa Di ungkap....................

allah amat suka pada hamba yg banyak meminta pada nya (kecek)
seakan hambanya sedar siapa mereka dan siapa khalik.
Allah benci pada hambanya yg sombong...

MINTA laaaa apa saja
deanna_a
tak ada ke yang nak jawab soalan saya tu.
whiteheart
QUOTE(deanna_a @ Jan 31 2009, 09:55 PM) *
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 06:50 PM) *
boleh ke kalau kite amalkan certain ayat/doa utk seseorang supaya hatinye terarah pada kite dgn niat mmg bersungguh2 nak jadikan die pasangan kite?

Yang ini saya tak berapa setuju. give_rose.gif Kalau dengar ceramah kat tv tu kata boleh tapi saya kurang setuju mengarahkan hati org kat kita. Nanti dia ingat kita je, lupa pulak kat Tuhan.

err...pd pandangan sy yg kurang arif ni, hati terarah rasa kasih kat kite bukanye ingt kat kite je...Allah tetap yg satu dlm hati, cume rasa kasih sesame manusia kasih pd gender yg berbeza...

whiteheart
QUOTE(deanna_a @ Feb 1 2009, 12:42 AM) *
tak ada ke yang nak jawab soalan saya tu.

sy lbh banyak ikut bace thread je sbb kurang ilmu di dada nk beri pandangan...byk info berguna...soalan deanna tu, pasti ramai yg blh jawab, tgh mencari ayat yg bernas rasenye tu smile.gif
whiteheart
saya agak konfius...tahun lepas sy ade bertemu dgn seorg yg digelar tok guru, memberi sy satu nasihat agar mengamalkan satu surah iaitu surah mariam yg mana sebelum disebut nama surah tu, tok guru ni kate 'ape die surah yg cerita pasal wanita? bacalah 11 kali surah mariam...'..

setahu sy pun surah tentang wanita adalah surah an nisa...tk mungkin seorang tok guru blh tersilap pulak...er konfius sy jadinye
deanna_a
QUOTE(whiteheart @ Feb 1 2009, 01:37 AM) *
QUOTE(deanna_a @ Jan 31 2009, 09:55 PM) *
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 06:50 PM) *
boleh ke kalau kite amalkan certain ayat/doa utk seseorang supaya hatinye terarah pada kite dgn niat mmg bersungguh2 nak jadikan die pasangan kite?

Yang ini saya tak berapa setuju. give_rose.gif Kalau dengar ceramah kat tv tu kata boleh tapi saya kurang setuju mengarahkan hati org kat kita. Nanti dia ingat kita je, lupa pulak kat Tuhan.

err...pd pandangan sy yg kurang arif ni, hati terarah rasa kasih kat kite bukanye ingt kat kite je...Allah tetap yg satu dlm hati, cume rasa kasih sesame manusia kasih pd gender yg berbeza...

saya gurau je whiteheart.

saya ada dengar jugak pasal kalau peluk suami tu, salawat kat dada dia, dia akan rindu kat kita. Saya tak tau betul ke tidak sebab saya tak pernah bersuami. Rasanya orang tu ustazah siti nurbaiyah. Dia ni memang pakar bab-bab rumah tangga. Tapi salawat tu memang bagus diamalkan. dapat menyemai rasa kasih kepada Rasulallah.
whiteheart
QUOTE(deanna_a @ Feb 1 2009, 01:45 AM) *

smile.gif salawat ape ye?
deanna_a
apa apa sahaja salawat rasul. tapi paling bagus salawat ibrahimiah. Maksud saya salawat yang kita selalu baca masa tahiyat akhir tu dalam solat. Ada jugak saya dengar baca ayat 4 surah yusuf tu boleh semaikan kasih org pada kita.
Khayty
QUOTE(rahim11 @ Jan 31 2009, 09:02 PM) *
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 08:15 PM) *
QUOTE(rahim11 @ Jan 31 2009, 07:48 PM) *
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 06:50 PM) *
boleh ke kalau kite amalkan certain ayat/doa utk seseorang supaya hatinye terarah pada kite dgn niat mmg bersungguh2 nak jadikan die pasangan kite?

Doa dari hati. Doa sungguh2. Gunakan kata2 sendiri yang menggambarkan apa yang dihasratkan oleh hati.
Atau lakukan solat hajat.

Tak perlu mencari doa "standard".

Tapi, elokkah berdoa begini?

Tidakkah lebih baik kita mendoakan agar ditemukan jodoh yang baik untuk kita, bukan orang tertentu?

maksud sy, bukan ke ada sesetengah ayat yg blh diamalkan utk tujuan menimbulkan rasa kasih insyaAllah pd seseorng?
kalau kite rase yakin nak jadikan org tu suami/isteri so kite amalkan ayat tu, blh ke?

1 more thing, satu2nye surah tentang wanita surah ape ye?

Ada beberapa ayat yang dikatakan boleh membuatkan orang sayang pada kita, tapi saya tak pernah jumpa hadith sahih yang berkaitan, jadi saya tak dapat nak tentukan sejauh mana betul. Mungkin orang lain boleh bantu.

Surah berkaitan wanita ialah surah An Nisaa' - surah ke-4.

KASIH=Ya Rahim 100x
Khayty
QUOTE(whiteheart @ Jan 31 2009, 06:50 PM) *
boleh ke kalau kite amalkan certain ayat/doa utk seseorang supaya hatinye terarah pada kite dgn niat mmg bersungguh2 nak jadikan die pasangan kite?

SUKA=Bismillah(penuh)19x

KASIH=Ya Rahim 100x

kasih,suka,cinta pada yg HAK="watawasaubilhaq watawa saubilmarhamah fazakir innama anta muzakkir
"(kalau ayat tu tak berapa betul,tlg betulkan)baca ni selepas tiap kali doa solat fardhu,raup ke muka hingga ke kepala dan rambut..doa khusus dari perempuan utk lelaki

bersatu hati kasih sesama tidak bercerai berai="wak ta simu bihablillah hijami au wala tafaroku
" baca 3x masa masak nasi atau bancuh air atau apa2 jer lah..guna utk supaya tidak bercerai berai sesama ahli keluarga.....(tak silap saya ayat ni biasa dibaca oleh imam sebelum solat jumaat...)
*guna utk berniaga bab2 masak pun ok gak,org yg makan terasa kasih kita padanya...bukan sekadar berniaga

kepada yg degil/liar/nakal="laila ha illallah subhana habibi syahid"
baca sebanyak-banyaknya kepada org yg kita maksudkan,samada secara berdepan atau dari arah mana sekalipun,samada secara tak jelas maupun secara terangan...

3 potong ayat tu saya dapat dari ustazah yg mengajar kelas fardhu ain utk kaum ibu

ayat bismillah dapat dari ayah

ayat rahim tu dapat dari seorang pengamal perubatan rukyah
(ustaz suhaimi)

benda2 macam ni selalu org bagi secara personal,tapi kita tak tau ajal kita bila,at least saya dah bagi something utk keperluan ramai....lebih baik sebarkan benda yg manafaat...

suka nak ingatkan,usha ikhtiar lain kena ada gak,bukan doa semata...
masMerah
tq

berkati atas mu kembali

++++++++++++++

utk permulaan ===

cuba membaca bismillah dengan slow dan nahu yg betul.

fahami kata2 dlm bahasa kita dlm hati.

Lakukan setiap kali bangun celik mata pagi dan sebelum memulakan tugas.

benda yg paling mudah kekadang org tidak tahu khasiatnya besar,
deanna_a
kalau ditakdirkan jodoh dengan suami orang, rasanya ia adalah ketentuan Allah jugak kan. Tambah-tambah sekiranya menerima orang itu bukan kerena cinta tapi kerana Allah.

Tapi, memang diakui akan menerbitkan kemarahan banyak pihak sebab bersuamikan lelaki yang telah berkahwin adalah hina di mata masyarakat dan dianggap perosak rumahtangga orang. Namun disatu pihak, ia memberi kelebihan pada wanita berkenaan itu sendiri. Tambah2 ia dilakukan bukan kerana ingin lelaki tersebut tetapi kerana Allah. oops.gif smile.gif

Teringat satu hadis yang selalu dengar kat radio ikim: siapa rela dengan marahnya manusia demi keredhaan Allah, akan dicukupkan Allah dengan manusia itu sendiri. Boleh ke saya berpendapat begitu bagi KES 1.
masMerah
QUOTE
kalau ditakdirkan jodoh dengan suami orang, rasanya ia adalah ketentuan Allah jugak kan

agama islam menghalalkan poligami mengikut syarat yg mudah.

mengapa setengah2 org cuba mengharamkan nya. kekadang dlm masyarakat ada terpesong bila yg berzina tidak di sebut
tapi kes berpoligami menjadi bualan mahsyur.
deanna_a
memanglah begitu mas merah, tapi berapa kerat je yang sanggup terima tohmahan. Bukan sedikit yang kena maki dan kutuk dek orang. Contohnya Nor kumalasari, ziela jalil, siti norhaliza dan ramai lagi. Memang dari luaran nampak jahat tapi adakah kita dapat menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Siapa yang nak buat sesuatu di luar penerimaan masyarakatnya. Saya pun kalau itu firasat yang saya dapat, takkan saya nak kata "aku tak dapat terima apa yang Allah bagi sebab aku akan dikutuk masyarakat".. Tapi tidakkah ia sebenarnya melawan apa yang Allah dah berikan.

Memang mudah kita bercakap sebab kita tidak mengalami tetapi kerana sudah terlalu kerap saya menerima sesuatu yang diluar kemahuan saya, tetapi setelah beberapa tahun atau ketika, baru saya terasa betapa apa yang saya terima dan dapat itu sebenarnya cukup berharga buat saya walaupun menempuh pelbagai cercaan, hinaan dan adakalanya sehingga ke tahap saya tidak mahu keluar bergaul dengan orang lain, dan tiada lain tempat mengadu, di tikar sejadah jugak kita mendapat kekuatan. Dan ia sebenarnya semakin mendekatkan kita dengan Pencipta.

Sebab itu, saya rasa itu adalah nasihat yang mampu saya beri. Selebihnya ia datang dari kekuatan individu itu sendiri untuk menerimanya. Kalau tak kuat, kita akan tewas dengan godaan syaitan, kalau redha dan tabah, insyaallah, Allah tidak akan mengecewakan kita.
rahim11
QUOTE(deanna_a @ Feb 5 2009, 12:31 AM) *
kalau ditakdirkan jodoh dengan suami orang, rasanya ia adalah ketentuan Allah jugak kan. Tambah-tambah sekiranya menerima orang itu bukan kerena cinta tapi kerana Allah.

Quran dan hadith menyuruh kita memilih jodoh kita.

Surah An Nisaa ayat 3, contohnya, jelas menunjukkan bahawa jodoh adalah pilihan kita, dengan izin Allah pastinya, bukan ketentuan yang tak dapat diubah:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja, atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Hadith juga menyuruh kita memilih:

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah agamanya..."

Ada satu hadith dimana Rasulullah bertanya kepada sahabatnya Muaz, sama ada dia (Muaz) sudah berkahwin.
Apabila Muaz menjawab bahawa dia telah berkahwin dengan seorang janda, Rasulullah bertanya, "Mengapa tidak dengan gadis.....?"

Kalau benarlah jodoh itu satu ketentuan yang tak dapat diubah, sudah tentu Rasulullah tidak bertanya soalan ini, sebaliknya berkata "Sudah ketentuanmu, Muaz".

Tetapi Rasulullah tidak berkata demikian.
deanna_a
begitu ke. Jadi jodoh ni kita sendiri yang menentukannya dan bukannya ketentuan dari Allah. Sebab saya pun ada terbaca dalam Al Quran
wanita baik untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Sekiranya ketentuan jodoh itu ada di tangan kita, bolehkah kita memilih orang yang suka untuk dijadikan pasangan. Saya sebenarnya bukan orang yang terlalu memikirkan tentang jodoh sebab ia bukan perkara yang terlalu penting bagi saya. Cuma, boleh tak bagi pendapat bagi persoalan yang asal bagi kes 1 dan kes 2.

rahim11
QUOTE(deanna_a @ Feb 8 2009, 12:03 AM) *

Tentang "Sekiranya ketentuan jodoh itu ada di tangan kita, bolehkah kita memilih orang yang suka untuk dijadikan pasangan", sila rujuk surah An Nisaa ayat 3. Ayat ini pun menjelaskan "berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan" (dengan izin Allah).

Saya belum fikirkan lagi tentang persoalan asal yang ditimbulkan disini.

Tapi mari kita tengok apa yang Deanna timbulkan: wanita baik untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat.

Sekiranya benar ayat ni ditujukan kepada keadaan di dunia, tentulah menghairankan mengapa firaun (jahat) dijodohkan dengan isterinya yang baik.
Begitu juga Nabi Nuh dijodohkan dengan isterinya yang jahat. Dan Nabi Lut dijodohkan dengan isterinya yang jahat juga.

Ungkapan "wanita baik untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat" datangnya dari surah An Nur ayat 24:26.

Mari kita tengok apa yang terkandung dalam ayat 24:23 hingga 24:26:

[ 23] Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

[24] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

[25] Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

[26] Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu adalah bersih dari yang dikatakan oleh orang-orang; mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.

Ayat 24:23 bermula dengan tuduhan yang dibuat didunia dan berakhir dengan hukuman di akhirat.
Ayat 24:24 merujuk kepada keadaan di akhirat.
Ayat 24:25 juga merujuk kepada keadaan di akhirat.

Jadi, secara logiknya, kita harus menganggap ayat 24:26 juga menggambarkan keadaan diakhirat, bukan dunia.
masMerah
QUOTE
Jadi, secara logiknya, kita harus menganggap ayat 24:26 juga menggambarkan keadaan diakhirat, bukan dunia

kita boleh juga menafsir ayat ini dalam perspective yg lain.

contohnya dalam faktor mencari jodoh dan keserasian.

sebenarnya seorg lelaki yg jahat akan serasi juga dengan wanita yang jahat.

Barulah mereka 'aman' antara satu dengan lain tanpa banyak pegeseran.

Andai seorg lelaki jahat berjodoh dengan seorg wanita yg baik, maka akan timbul pergolakkan besar dlm perkahwinan.

merah kasi satu cerita :

seorg lelaki kahwini seorg perempuan bekas 'perempuan bilik' yg asalnya bukan islam.
Wanita tadi di kasihi ipar duai nya yg mempunyai didikkan islam yg baik dan cemerlang.
Wanita tadi di asuh hingga keimanannya melebihi tahap suaminya.
Tambahan pula wanita tadi reda memilih islam langsung kerana hidayah allah.

semakin hari semakin hari beliau di sisih suaminya.
wanita tadi yg memilih kesopanan pakaian dan akhlak islam sebagai 'payungnya' kurang di senangi suami.

Sehinggalah suatu hari beliau memilih isteri ke 2
dari kalangan perempuan bilik dan menjauhkan isteri tadi dari sanak saudaranya.
nikmat sungguh dgn perkahwinan itu kerana pakaian si isteri, pegangan si isteri mengikut tata hatinya.
Adalah amat janggal untuk mengakui isteri ke 2 tadi sudah di islamkan sebelum upacara akad.
jadi keserasian dan kebahgiaan timbul kerna jodoh yg bertepatan.

syukur alhamdulillah
isteri pertama lelaki tadi reda dgn ketentuan
langsung juga bersyukur kerana bertemu yg lebih baik dari suaminya dalam sebuah perkahwinan: ia itu AGAMA ISLAM.
ITu lah jodohnya yg sebenar.
masMerah
Ada banyak koleksi kisah2 yg spt merah paparkan berlaku dlm masyarakat.

kisah berjodohnya wanita jahat dengan lelaki baik.

Ada juga kisah peganiayaan wanita baik dengan suami yg jahat. Kain putih menjadi sehelai kain buruk.
kita boleh juga menganggap itu sebagai dugaan allah utk menguji ketaatan wanita tadi kpd allah.
Andai tanpa ujian, masakan kita boleh menafsir kesabaran dan keimanan sesaorang.

wallahualam.

kainlah yg buruk
berikan daku
buat menyapu
si air mata >>>>>>> nyanyi sikit setelah terlalu banyak koleksi kisah masyarakat dlm hotak kepala nih...
deanna_a
ya. ada benarnya apa yang mas tulis tu. terus terang saya ni kalau pasal bab jodoh ni memang agak ketinggalan sedikit sebab memang tak pernah peduli dan kurang ambil tau, tak minat sebenarnya. Pasal cakar harimau yang ustazah kat tv tu cerita pun saya dengar melalui adik dan kawan-kawan. Saya faham hukum-hukum perkahwinan, syarat2nya, idah dan sebagainya, tetapi kalau dah sampai jodoh menjodoh ni, saya tak pandai sikit nak bagi pendapat. Habis-habis pun saya akan tanya orang lain. Lagipun terkadang bila bercakap hal jodoh dan hal ehwal rumahtangga ni, adakala kita termasuk dalam "kain orang". Itu yang buat saya malu sebab ada sesetengah tu sampai cerita kat kita hal dalam bilik. unsure.gif Agak susah nak bagi pendapat.

teringat kes seorang lelaki yang marah isterinya pergi mengerjakan umrah dengan orang lain. Siap mengamok lagi tu kat tanah suci. Sedangkan isterinya buat benda yang baik, tetiba jadi dosa pulak sebab suami tak redha. Takut kan.

bagus jugak cerita kat sini. sambil-sambil cari idea untuk soalan saya. Idea yang bernas menyelang selikan dengan cerita yang berguna. Terutama untuk orang yang cetek ilmunya dalam bab-bab macam ni.
rahim11
Pandangan saya tentang persoalan 1:

Saya tak jumpa mana-mana hadith yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi.
Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati.

Hadith menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu.
Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah.

Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan,
bukan petunjuk dari Allah.
pecahmuka
QUOTE(deanna_a @ Feb 8 2009, 09:14 AM) *
teringat kes seorang lelaki yang marah isterinya pergi mengerjakan umrah dengan orang lain. Siap mengamok lagi tu kat tanah suci. Sedangkan isterinya buat benda yang baik, tetiba jadi dosa pulak sebab suami tak redha. Takut kan.

Memang la takut sebab cik deanna belum berkahwin, Cuba berkahwin dulu dan hidup lebih kurang 25 tahun dengan pasangan, lebih kurang perangai pasangan tu dah diketahui dah masak. Jadi dek kerana panjangnya masa hidup bersama pasangan kekadang kita terlupa sedikitnya masa di Tanah Suci. Terikut-ikut dan terbawa-bawa perangai yang ada. Emm nak kahwin ke tak? Ugut ni ugut
deanna_a
QUOTE(pecahmuka @ Feb 8 2009, 12:07 PM) *

nak kahwin ke tak? Ugut ni ugut

rasanya statement ni boleh buat police report tak. oops.gif . Jenayah berat ni. tak pernah lagi saya kena ugut orang suruh kawin. Pertama kali dalam sejarah.
rahim11
QUOTE(masMerah @ Feb 8 2009, 03:10 AM) *
QUOTE
Jadi, secara logiknya, kita harus menganggap ayat 24:26 juga menggambarkan keadaan diakhirat, bukan dunia

kita boleh juga menafsir ayat ini dalam perspective yg lain.

contohnya dalam faktor mencari jodoh dan keserasian.

sebenarnya seorg lelaki yg jahat akan serasi juga dengan wanita yang jahat.

Barulah mereka 'aman' antara satu dengan lain tanpa banyak pegeseran.

Saya bersetuju juga dengan tafsir ni. Dan banyak ayat Quran yang boleh ditafsirkan dengan lebih satu cara, dan semua tafsiran itu adalah betul.

Tafsiran yang Merah bagi ni disokong pula oleh hadith yang menyuruh seorang muslim "pilihlah agamanya".

Tapi dalam tafsiran ini pun, ayat ini menyuruh seseorang itu memilih pasangan yang sesuai dengannya - masih lagi memberi maksud bahawa jodoh adalah pilihan kita dengan izin Allah, bukan ketentuan.
Khayty
QUOTE(pecahmuka @ Jan 31 2009, 06:45 PM) *
Setelah saya surfing maka jawapan ini sekurangnya dapat dijadikan pedoman. Sepertimana topik Puan Deanna mengenai Akal yang dikurniakan oleh Allah SWT saya ada terbaca sebuah buku (tidak ingat nama buku tersbut) bahawa manusia menggunakan 15% akalnya dan 85% hatinya dalam mencari rumusan atau jawapan cuma bagaimana Akal dan Hati itu berfungsi ianya bergantung kepada manusia itu sendiri. Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

terima kasih.

tertarik dgn artikel ni....
pinkygurl
pinky sependapat dgn rahim..
mimpi ni mainan tidur je..
petunjuk dr isitkharah tu
tak semestinye dtg dr mimpi..
ikut apa kata hati kita...
kalau hati berat mengatakan
si dia adalah jodoh yg terbaik,
ditambah pulak dgn keperibadian
yg dimiliki si dia,ape salahnya
kalau kita terima si dia dgn
hati yg terbuka...

pernah terbaca 1 artikel,dan artikel
ni kalau xsilap dipetik dr hadis
ataupun maksud ayat dlm al-quran
yg berbunyi lebih kurg mcm ni:
kalau dtg seorg lelaki yg baik
budi pekerti dan akhlaknya,
jgnlah ditolak kerana dikhuatiri
mendtgkn fitnah dikemudian hari...

so,kalau rasa yakin yg dia tu jodoh kita,
xperlu berlengah2 lagi dan jgn terlalu
percaya pd mainan mimpi tu kalau
xyakin mimpi tu petunjuk dr ALLAH...

wallahu'alam...
pecahmuka
QUOTE(deanna_a @ Feb 8 2009, 05:58 PM) *
QUOTE(pecahmuka @ Feb 8 2009, 12:07 PM) *
Memang la takut sebab cik deanna belum berkahwin, Cuba berkahwin dulu dan hidup lebih kurang 25 tahun dengan pasangan, lebih kurang perangai pasangan tu dah diketahui dah masak. Jadi dek kerana panjangnya masa hidup bersama pasangan kekadang kita terlupa sedikitnya masa di Tanah Suci. Terikut-ikut dan terbawa-bawa perangai yang ada. Emm nak kahwin ke tak? Ugut ni ugut

nak kahwin ke tak? Ugut ni ugut

rasanya statement ni boleh buat police report tak. oops.gif . Jenayah berat ni. tak pernah lagi saya kena ugut orang suruh kawin. Pertama kali dalam sejarah.

Jika repot polis itu nanti membuatkan cik deanna bertemu jodoh dengan sarjan duda anak 6 apa salahnya. Sudahlah bertemu jodoh tak semena-mena dapat anak lagi.
Rocky Mountain
QUOTE(deanna_a @ Jan 31 2009, 11:03 AM) *
Soalan 1(melibatkan masalah wanita) :
seseorang telah beriktikharah berkenaan jodohnya demi untuk memastikan adakah lelaki yang dijangka menjadi suaminya adalah sesuai dengan dirinya. Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Di fikirannya dan mimpi-mimpi menunjukkan lelaki yang mendampinginya adalah lelaki lain yang telahpun berkeluarga. Adakah perlu untuk dia menerima lelaki yang dijangka (mungkin lebih tepat bakal suami) sedangkan bukan bakal suami itu yang hadir dalam mimpi dan fikirannya. Adakah dia perlu untuk mendapatkan lelaki dalam mimpinya sedangkan lelaki dalam mimpinya adalah suami orang, malah dia tidak mempunyai sebarang perasaan sayang atau pun dengan kata lain, kurang berkenan dengan lelaki dalam mimpinya, dan begitu juga lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya. Walaupun lelaki dalam mimpinya adalah lelaki yang baik, tetapi diantara mereka adalah setakat kenalan yang tidak mempunyai perasaan untuk mendekati satu sama lain.

Errrrrr, pada pendapat saya sahaja, kalau masa beristikharah tu perempuan tu mintak ditunjukkan adakah lelaki yg dia suka tu baik atau tidak untuk dijadikan suami, makanya, dia tidak mendapat apa-apa jawapan dgn mimpi itu sebab mimpi itu tak ada kena mengena dgn lelaki yg dia suka itu.

Tetapi, kalau masa istikharah tu perempuan itu mintak ditunjukkan lelaki yg baik untuk dia kahwini, tanpa ada seseorang lelaki tertentu, cuma secara umum antara lelaki-lelaki yg ada di sekeliling dia pada masa itu, mimpi yg dia dapat itu boleh ditafsirkan beberapa cara. Satu, mungkin disuatu masa nanti dia mungkin berkahwin dgn lelaki itu. Tak semestinya pada masa itu, tapi pada masa lain yg lebih sesuai. Dua, mimpi itu boleh jadi juga gangguan syaitan. Maknanya istikharah yg dibuat itu petunjuknya cara lain, bukan ikut mimpi. Syaitan saja nak ambil kesempatan. Tiga, mimpi itu nak tunjukkan ciri lelaki yg dia akan kahwin nanti ada ciri-ciri mcm lelaki itu. Empat, perempuan itu akan kenal lelaki yg dia akan kahwin melalui lelaki itu. Dan banyak lagi ler.

Jadi, kesimpulannya, mmg kena buat istikharah lagi, atau cuba cara lain pulak. Contohnya, ada org kata, boleh buat undi. Letak dua atau lebih kertas-kertas yg tertulis 'baik' atau 'tidak baik'. Lepas tu buat istikharah, lepas tu undi ler. Mmg kena yakin resultnya. Kadang-kadang kita tak nampak, tetapi Allah yg lebih tahu. Itu ler sebabnya dibuat istikharah ni pon.

Tetapi kada-kadang mmg susah nak yakin. Maka buat la lain-lain cara. Buat 3 atau 4 cara. Tengok apa resultnya. Kadang-kadang buat satu cara, kita tersalah tafsir pulak kan. Jadi buat tiga atau empat cara. Baru lebih 'bulat' keputusannya.

Wallahua'lam.
deanna_a
give_rose.gif saya rasa dah jumpa jawapan yang agak berguna di sini. walaupun... orangnya tak yakin dengan diri sendiri.

Jika repot polis itu nanti membuatkan cik deanna bertemu jodoh dengan sarjan duda anak 6 apa salahnya. Sudahlah bertemu jodoh tak semena-mena dapat anak lagi.

amin. Mudah-mudahan orang itu bukanlah pecahmuka. best jugak dapat anak instant. Tapi pangkat tu kurang sikitlah. tak boleh ke kapten ke. ketua polis negara ke.

Heran betul, yang sibuk sangat suruh saya kawin ni kenapa. Apa awak nak kawin dengan saya ke.

Awak nak ke kawin ngan perempuan macam saya ni. Kalau nak tau saya ni sebenarnya ada cacat sikit. Mata saya buta sebelah, telinga saya pekak sebelah, tangan dan kaki cuma sebelah saja berfungsi. Dan yang perlu saya bagitau, hati saya juga hanya berfungsi sebelah je. So, kesimpulannya, saya yakin tak ada lelaki yang nak perempuan yang sakit macam saya ni. Buat beban je. So,ada baiknya saya tak berkahwin.

Itulah saya pun pening dengan komposer2 pencipta lirik lagu yang ramai di Malaysia, lagu-lagu cinta semua berkisar tentang hati perasaan, tentang cinta yang terkandas di tengah jalan, tentang wajah yang ayu, cantik, jelita, kira wajah wanita atau lelaki yang didalam lagu/lirik itu mempunyai daya tarikan tahap dewa dewi, pendengar yang mendengar bukan semua begitu, maaf cakap la cik deanna, muka tak sudah, yang pecahmuka (eh..eh tersasul pulak nama saya). Jadi oleh kerana saya pun dihidangkan dengan lagu-lagu begitu, maka persepsi pertama yang saya bayangkan pada cik deanna mengikut apa yang saudari tulis biarlah saya saja yang rasa.

Kata tuan syeikh kita, rickdol, kita perlu mencari scapegoat untuk meneruskan kehidupan ini tau.

pinkygurl
QUOTE(Rocky Mountain @ Feb 9 2009, 12:51 AM) *
Errrrrr, pada pendapat saya sahaja, kalau masa beristikharah tu perempuan tu mintak ditunjukkan adakah lelaki yg dia suka tu baik atau tidak untuk dijadikan suami, makanya, dia tidak mendapat apa-apa jawapan dgn mimpi itu sebab mimpi itu tak ada kena mengena dgn lelaki yg dia suka itu.

Tetapi, kalau masa istikharah tu perempuan itu mintak ditunjukkan lelaki yg baik untuk dia kahwini, tanpa ada seseorang lelaki tertentu, cuma secara umum antara lelaki-lelaki yg ada di sekeliling dia pada masa itu, mimpi yg dia dapat itu boleh ditafsirkan beberapa cara. Satu, mungkin disuatu masa nanti dia mungkin berkahwin dgn lelaki itu. Tak semestinya pada masa itu, tapi pada masa lain yg lebih sesuai. Dua, mimpi itu boleh jadi juga gangguan syaitan. Maknanya istikharah yg dibuat itu petunjuknya cara lain, bukan ikut mimpi. Syaitan saja nak ambil kesempatan. Tiga, mimpi itu nak tunjukkan ciri lelaki yg dia akan kahwin nanti ada ciri-ciri mcm lelaki itu. Empat, perempuan itu akan kenal lelaki yg dia akan kahwin melalui lelaki itu. Dan banyak lagi ler.

Jadi, kesimpulannya, mmg kena buat istikharah lagi, atau cuba cara lain pulak. Contohnya, ada org kata, boleh buat undi. Letak dua atau lebih kertas-kertas yg tertulis 'baik' atau 'tidak baik'. Lepas tu buat istikharah, lepas tu undi ler. Mmg kena yakin resultnya. Kadang-kadang kita tak nampak, tetapi Allah yg lebih tahu. Itu ler sebabnya dibuat istikharah ni pon.

Tetapi kada-kadang mmg susah nak yakin. Maka buat la lain-lain cara. Buat 3 atau 4 cara. Tengok apa resultnya. Kadang-kadang buat satu cara, kita tersalah tafsir pulak kan. Jadi buat tiga atau empat cara. Baru lebih 'bulat' keputusannya.

Wallahua'lam.

undi tu mcm mane eh?
boleh terangkan lebih detail x?
akma^82
soal jodoh nih...keputusannye di tangan Allah...
kita hanya boleh berusaha...mencari..memilih...berdoa...
rahim11
QUOTE(akma^82 @ Feb 9 2009, 03:25 PM) *

Segalanya ditangan Allah, akma.
akma^82
QUOTE(rahim11 @ Feb 9 2009, 03:27 PM) *

mmg segalanya di tangan Allah pakde...tp kita punya hak untuk berusaha...dan menentukan yg terbaik buat kita....lepas berusaha..ape jua yg didatangkan pada kita...samada baik atau buruk...pasti ader hikmahnyer...
rahim11
QUOTE(akma^82 @ Feb 9 2009, 03:32 PM) *

Betul, akma. Kita berusaha, mencari dan memilih, dan Tuhan yang mengizin atau tidak mengizinkan.
Dan kita harus bersangka baik terhadap setiap takdir Tuhan.
akma^82
QUOTE(rahim11 @ Feb 9 2009, 03:34 PM) *

tp tu la..manusia nih kdg2 mudah putus asa...bilamana setiap usaha yg dah dibuat tuh...masih belum nmpak kesannyer...
Khayty
SAYA NAK SUAMI
pecahmuka
QUOTE(Khayty @ Feb 9 2009, 05:33 PM) *
SAYA NAK SUAMI

Jawapan saya pun pendek "SABAR YE KAK"
deanna_a
QUOTE(pecahmuka @ Feb 9 2009, 12:11 PM) *
Awak nak ke kawin ngan perempuan macam saya ni. Kalau nak tau saya ni sebenarnya ada cacat sikit. Mata saya buta sebelah, telinga saya pekak sebelah, tangan dan kaki cuma sebelah saja berfungsi. Dan yang perlu saya bagitau, hati saya juga hanya berfungsi sebelah je. So, kesimpulannya, saya yakin tak ada lelaki yang nak perempuan yang sakit macam saya ni. Buat beban je. So,ada baiknya saya tak berkahwin.

Itulah saya pun pening dengan komposer2 pencipta lirik lagu yang ramai di Malaysia, lagu-lagu cinta semua berkisar tentang hati perasaan, tentang cinta yang terkandas di tengah jalan, tentang wajah yang ayu, cantik, jelita, kira wajah wanita atau lelaki yang didalam lagu/lirik itu mempunyai daya tarikan tahap dewa dewi, pendengar yang mendengar bukan semua begitu, maaf cakap la cik deanna, muka tak sudah, yang pecahmuka (eh..eh tersasul pulak nama saya). Jadi oleh kerana saya pun dihidangkan dengan lagu-lagu begitu, maka persepsi pertama yang saya bayangkan pada cik deanna mengikut apa yang saudari tulis biarlah saya saja yang rasa.

Kata tuan syeikh kita, rickdol, kita perlu mencari scapegoat untuk meneruskan kehidupan ini tau.

Al Quran mengajar kita tentang pemerhatian dan kajian. Namun kajian dan pemerhatian hanya dapat dilakukan terhadap sesuatu yang telah berlaku.

Setiap orang berhak untuk bercakap atau mentafsir apapun tentang orang lain. Seseorang tidak akan dapat melihat dengan yang jelas tentang sesuatu sekiranya ia bukan masa yang telah berlalu. Itu sahaja yang saya dapat ceritakan tentang tulisan-tulisan saya.

Dan saya tidak menipu atau bergurau sedikitpun tentang kecacatan diri saya. Malah sebenarnya kecacatan saya lebih dari apa yang saya nyatakan. Saya memang seorang yang cacat. Kecacatan ini banyak memberi erti tersembunyi, kerana kecacatan inilah yang banyak membuka hati dan minda saya untuk mengenal Tuhan. Kalau pecahmuka berangggapan saya bergurau, itu terpulang. Dan saya banyak mengambil ikhtibar tentang petikan sebuah hadis: REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANGNYA LIMA PERKARA.

salam wink.gif

This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.