Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Farmat Surat Amaran Kerja...
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang-Sembang Tentang Kerjaya
syghoney
sori lau salah tempat bertanya...
dh merata ku cari format surat amaran kerja....tp x dpt2 gak...so bg sape
yg tau tu...harap dapat lah menbantu
Razif1224
surat amaran camne lak tue???

bagi terus surat berenti...hehehe
fsyukri
kalau kompeni aku, aku tulis camni...

Ruj. Kami : MAE/HR/8/1
Tarikh : 11 November 2008 / 13 Zulkaedah 1429


En. Abu Bin Ali (No. K/P),
..
..
..


Assalamualaikum W.B.T.,


SURAT AMARAN DAN TINDAKAN DISIPLIN
ABU BIN ALI (NO. K/P)
JAWATAN: JURUKIMPAL


Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Kami dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini didapati melanggar disiplin seperti berikut:


2.1 Enggan bekerjasama dengan pekerja lain dan enggan melaksanakan
melaksanakan tugas-tugas lain selain yang ditawarkan dalam surat tawaran. (Rujukan: Surat Perjanjian Pekerja, No: 2.0(2.02)).

2.2 - Kamu didapati kerap lewat ke tempat kerja dan kerap pulang awal.
(Rujukan: Surat Perjanjian Pekerja, No: 3.0(3.02) dan 9.0).

2.3 - Mengingkari arahan dan perintah mana-mana orang yang
dipertanggungjawabkan. (Rujukan: Surat Perjanjian Pekerja, No: 6.0(6.0.1)).

2.4 - Menyalahgunakan peralatan dan bahan-bahan kerja milik syarikat bagi
tujuan peribadi.


3. Di bawah peraturan tersebut, kamu boleh digantung atau ditamatkan perkhidmatan kamu berdasarkan kesalahan tersebut di atas.


4. Untuk membolehkan pihak Syarikat membuat keputusan samada kamu dikekalkan dalam perkhidmatan atau digantung perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap kesalahan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh kamu menerima surat ini.


5. Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari seperti perkara 4 di atas, Syarikat akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang diperolehi mengenai kesalahan tersebut dan atas budi bicara pihak syarikat, kamu boleh dikenakan tindakan gantung perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan kamu.


6. Jawapan bertulis hendaklah dialamatkan kepada:


Pengarah Urusan,
M.A.E. Construction Sdn. Bhd.,
No. 2413-6 Tingkat Atas Bangunan MDD,
Jalan Besar Cacar Baru Paka,
23100 Dungun, Terengganu.


7. Sila tandatangan akuan terima surat amaran ini dengan menggunakan borang akuan terima yang disertakan bersama.


Wassalam.


Yang benar,
M.A.E. Construction Sdn. Bhd.




Faizal Syukri Mohamad
Penyelaras
Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia

Lamp:
nor_ameer02
QUOTE(syghoney @ Mar 18 2009, 11:14 AM) *
sori lau salah tempat bertanya...
dh merata ku cari format surat amaran kerja....tp x dpt2 gak...so bg sape
yg tau tu...harap dapat lah menbantu


Amaran tentang ape ek. lambat ke, ponteng ke??

Cuba yang ni boleh x. Harap dapat membantu


Date:




To:






Dear Sir

Re: Warning letter

We have noted that on (date) you have not come to work and have failed to inform the management about it.

The company takes this in a serious matter, as apart of the company employee you are required to comply with the company policy. Besides, this behavior disrupts our productions plan and damages our company and service to our costumers.

We sincerely hope that you will improve your attitude concerning the above matter.








Yours faithfully,

Company Name




___________________________
MANAGING DIRECTOR






________________________
Receiver





This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.