Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Muflis....apa Patut Kena Buat?
Mesra.net Forum > Social & Societies > Motivasi & Permasalahan
iza124
saya nak tanya pada sapa2 kat sini yang tahu pasal muflis ni...semlam member ada dapat surat..menyatakan yang dia diisytihar muflis....ni disebabkan oleh pembelian kereta oleh ayah dia dengan menggunakan nama dia...apa yang patut dia buat sekarang???????

dan apa kesan2 yang kena dari muflis ni...kalu sesapa yang tahu pasal ni ....diminta tolong sya...kesian kat member ni ..umo muda lagi dah muflis....tolong ek???? cray.gif
WeddingMoment
Tanpa prejudis, marilah kita membantu sahabat kita ni menyelesaikan permasalahan sahabat beliau pula..Masalah berat nih..
fsyukri
hanya tidak dapat buat pinjaman bank dan xleh bukak akaun bank.
sakurana ichiro
tak boleh juga manage pndapatan n harta sndiri.. advise dia mintak tlg dn sedara mara ke.. byr hutang keta tu.. n aply utk discaj dari kebankrapan.. susah wo.. bankrap
sakurana ichiro
tak boleh juga manage pndapatan n harta sndiri.. advise dia mintak tlg dn sedara mara ke.. byr hutang keta tu.. n aply utk discaj dari kebankrapan.. susah wo.. bankrap
Khayty
semasa saya kecil
saya kerap baca di akhbar bahawa org yg di istihar muflis tak boleh ke luar negara????
paspport mereka di tahan?
kaunseler
muflis dan bankrap....
Kalau tak silap aku, kesemua harta dia yang ada nama dia akan dirampas...betul ker?
kalau rumah beli guna nama dia, rumah akan dirampas.. kereta nama dia akan dirampas juga...
Tapi tak sure lah betul ker tak? sebab dulu ada org kat kampung aku tinggal rumah jer...sebab rumah tu nama bini dia..kedai dan kelengkapan kedai dia semua kena rampas dan dilelong...
sakurana ichiro
QUOTE(kaunseler @ Apr 5 2009, 12:03 PM) *
muflis dan bankrap....
Kalau tak silap aku, kesemua harta dia yang ada nama dia akan dirampas...betul ker?
kalau rumah beli guna nama dia, rumah akan dirampas.. kereta nama dia akan dirampas juga...
Tapi tak sure lah betul ker tak? sebab dulu ada org kat kampung aku tinggal rumah jer...sebab rumah tu nama bini dia..kedai dan kelengkapan kedai dia semua kena rampas dan dilelong...

dlm bahasa yg lebih sopan adalah diambil alih oleh pihak pemegang harta (jabatan insovensi Malaysia) kerana anda diisytiharkn tidak lagi "solven" utk menguruskan sgla harta benda. oleh sbb itu sgla harta/wang simpanan/pendapatan akan diuruskan oleh insolvensi utk diagih2kan kepada anda sndiri, dan semua pihak yang anda mempunyai hutang dengannya (creditor)-bahasaku cukup indah sekali-
elly orly
dalam bahasa pasarnye....tak pandai mengurus uit walaupun da besau...hehehehe

segala props akan d rampas... xde menda yg leh d taruk ats nama yg muflis...tpkan nk tny....

td tuan umh ade ckp yg kwn ayah dia tu beli kereta ats nama dia...sampai muflis ke plak? brape thn xbyr tu???
smile_queen
mendengar pekataan RAMPAS ni membuat aku tingat citer 3abdul lak.,
rampas merampas reta
fsyukri
kalau xsilap, muflis hanya dikenakan apabila utang tidak dibayar melebihi rm30k (kalau xsilap...xtau r kot2 rm25k ke rm20k ke)...
dan satu lg, passport akan ditahan kecuali untuk buat haji...

cmni, katekan hutang rm100k...
xmampu nak bayar...
lelong rumah dpt rm50k...
lelong kete dpt rm10k...
jadi, ade baki lg rm40k utang...
bank akan lelong ape saje harta yang ade untuk setelkan hutang...
setelah abis kesemua harta + simpanan, katakan baki bawah rm30k, bank xleh bangkrupkan penghutang..
dan kalau hutang lebih rm30k, baik cpt2 tulis surat rayuan kt bank, mintak penjadualan semula pinjaman utk bayar bulanan...
bayar ikut kemampuan...
WeddingMoment
Donald Trump pernah cerita, dulu dalam awal 90-an dia pun penah bankrap..Yang menolong dia ialah adik beradik dan family..Tak tau betul ke tak..Lepas tu, sebab utang dia dah settle, dan dia dikira bukan seorang bankrap lagi dah, dia start balik bisness dia (hartanah) sampai dia jadi bilionaire (ribu juta), pandai buat duit, sampaikan The Apprentice memang glamourkan dia, tambah lagi duit..So, insya Allah kalau kita berusaha, kita boleh dapat apa yang kita impikan..(Off Topic dah ni..)

Bankrap ni kalau utang lebih RM30K baru kena..Kalau utang 3 bijik kete Kancil yang dekat RM60K tak kena pasal dia asing-asing..Kalau tak bayar utang below RM30K, dia tak jadi bankrap, tapi jadi blacklist..Correct me if I'm wrong ye..Rasanya itu lah dia berdasarkan pengetahuan bekerja bank sebelum ni..
iza124
QUOTE(elly orly @ Apr 5 2009, 05:06 PM) *
dalam bahasa pasarnye....tak pandai mengurus uit walaupun da besau...hehehehe

segala props akan d rampas... xde menda yg leh d taruk ats nama yg muflis...tpkan nk tny....

td tuan umh ade ckp yg kwn ayah dia tu beli kereta ats nama dia...sampai muflis ke plak? brape thn xbyr tu???

aah...sampai muflis sebnya kete tu harga nya lebih 100k so bila bank tarik balik kete tu and bank dah lelong just lelong dlam stgah harga kete tu so balance kat bank still ade dalam 50 k lebih...dia tak tau sebnya dia ada konflik cikit nagn bapa dia....and dah lama tak balik umah...seb tu dia just tau through surat yang bank issue jek....
sakurana ichiro
QUOTE(fsyukri @ Apr 5 2009, 05:40 PM) *
kalau xsilap, muflis hanya dikenakan apabila utang tidak dibayar melebihi rm30k (kalau xsilap...xtau r kot2 rm25k ke rm20k ke)...
dan satu lg, passport akan ditahan kecuali untuk buat haji...

cmni, katekan hutang rm100k...
xmampu nak bayar...
lelong rumah dpt rm50k...
lelong kete dpt rm10k...
jadi, ade baki lg rm40k utang...
bank akan lelong ape saje harta yang ade untuk setelkan hutang...
setelah abis kesemua harta + simpanan, katakan baki bawah rm30k, bank xleh bangkrupkan penghutang..
dan kalau hutang lebih rm30k, baik cpt2 tulis surat rayuan kt bank, mintak penjadualan semula pinjaman utk bayar bulanan...
bayar ikut kemampuan...

kena clarify sikit..
hutang 100k utk ape.. bisnes/ housing
kalau housing umah yg digadaikan pd bank je la
keta x boleh.. sbb keta ade financier sndiri..
contoh hutang kereta dgn ambank, umah dgn cimb
kalau x bjaya byr hutang keta cthnye, ambank x bleh lelong umah.. sbb cimb ade kepentingan.. gitulah sebaliknye..
bankrapsi mmg 30k n above.. kurang dr tu boleh kena judgment debtor summons (kalau x dtg court polis boleh tangkap n tahan dlm lokap), writ seizure n sale (rampas harta benda yg atas name anda) n lelong kt court..
setengah bank suka tggu smapai interest naik n cecah 30k baru dia proceed dpt bankrapkan org..
KernelStackDump
`Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: ``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.

``Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.

Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.

Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin.
nimilah
tidak perlu takut jadi bankrup kerana org tersebut akan dilindungi. bagaimanapun susah jugak nak cari makan. cuma kena bersabar.seelok2nya elakkan dari jadi baknrup.
Semut Api82
Klu dah muflis kena usaha blk le bg bgun semula bisnes or kerjaya yg ada..susah nk buat pinjaman bnk..atau apa2 je
nuryn_amira
slalunya prosiding kebankrapan dibawa terhadap individu dan prosiding penggulungan syarikat dibawa terhadap syarikat tetapi mempunyai maksud yang sama...

dalam kes kawan awak nie adalah prosiding kebankrapan...nilai hutang bank adalah melebihi rm30 ribu keatas...tidak kira pemilik kereta atau penjamin, bank berhak membawa tindakan undang2 sekiranya berlaku kemungkiran bayaran ansuran kereta...kedua2 pemilik dan penjamin adalah bertanggungan samada secara bersesama atau berasingan. sebelum tindakan kebankrapan di buat, satu penghakiman akan dimasukkan keatas penghutang. sebelum itu, saman akan dikeluarkan dan sekiranya penghutang gagal hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan, satu penghakiman ingkar akan dimasukkan. sekiranya penghutang hadir dan mengakui keberhutangannya, satu penghakiman persetujuan akan dimasukkan. saya pasti kawan awak pernah menerima surat saman sebelum ini.

bank berhak meneruskan tindakan kebankrapan sekiranya nilai hutang melebihi rm30k. nak bankrapkan org bukannya senang...saya pasti kawan awak pernah menerima sesalinan notis kebankrapan dan sesalinan petisyen pemiutang sebelum ini. serahan kedua2 dokumen tersebut perlu dibuat secara penyampaian kediri..sekiranya 3 kali percubaan gagal, satu perintah mahkamah utk serah secara iklan dan penampalan perlu diminta dr mahkamah.

berdasarkan pengalaman, sekali nama kita terpapar utk penyampaian ganti di akhbar, bank2 akan mula utk membekukan akaun2 kita...walaupun prosiding kebankrapan masih berjalan dan 'belum isytihar' bankrap! penghutang akan diberikan tarikh pendengaran petisyen pemiutang dan beliau kene hadir pada tarikh tersebut. sekiranya gagal menghadirkan diri, satu perintah penghukuman dan penerimaan akan dibuat. maksudnya, dah isytihar bankrap!

effect bankrap adalah:

akaun dibekukan
pasport ditahan
segala aliran keluar masuk wang akan dipantau dan dipegang oleh pegawai pemegang harta, hnya mereka yg boleh berurusan. maksudnya, kalau nak buat settlement hutang, kena berurusan dengan pegawai pemegang harta. pada saat nie, nak minta bank tolong pun tak boleh buat apa.

dalam kes kawan awak nie, nilai hutang akan ditolak dr harga lelong kereta..itupun kalau kereta dapat ditarik dan dilelong. tapi still takkan dapat memuaskan hutang terhadap bank.

satu mesyuarat akan dibuat dan ditentukan oleh jabatan pemegang harta..tapi takes time selepas isytihar bankrap..
cendawancun
maaf nama saya pun diistiharkan black list coz kete adik yang pakai nama saya dah kena
tarik balik. Amount dlm 13k. Sekali saya pergi mahkamah... dan buat rayuan utk membayar ansuran ke bank dalam amount 100 sebulan. Tapi bank minta 30% pendahuluan. Mana nak carik duik.. dah lah bukan saya yang buat.

Apa perlu saya buat....? kalau saya tak bayar, apa akan jadik pada saya?. Dah pasti adik
saya buat bodoh aje dlm kes nak membersihkan nama saya balik?. Ada jalan penyelesaian tak?.

fsyukri
QUOTE(cendawancun @ May 27 2009, 01:50 PM) *

cube offer byr ansuran yg lebih tinggi...
offer 200 sbulan...
masMerah
boleh negotiate ngan bank.

just jangan senyap silent dengan bank tanpa ada daya usaha...
cendawancun
QUOTE(fsyukri @ May 27 2009, 03:25 PM) *
QUOTE(cendawancun @ May 27 2009, 01:50 PM) *
maaf nama saya pun diistiharkan black list coz kete adik yang pakai nama saya dah kena
tarik balik. Amount dlm 13k. Sekali saya pergi mahkamah... dan buat rayuan utk membayar ansuran ke bank dalam amount 100 sebulan. Tapi bank minta 30% pendahuluan. Mana nak carik duik.. dah lah bukan saya yang buat.

Apa perlu saya buat....? kalau saya tak bayar, apa akan jadik pada saya?. Dah pasti adik
saya buat bodoh aje dlm kes nak membersihkan nama saya balik?. Ada jalan penyelesaian tak?.

cube offer byr ansuran yg lebih tinggi...
offer 200 sbulan...

Mana cukup duit aku.. Nak bayar 2 kete lagi, 2 rumah lagi. Dah lah hutang tu bukan aku yang buat lak. Adik aku yang buat taik atas nama aku. Bila suruh dia settle kan kat bank, dia buat bodoh aje.. masa nak pinjam nama kita dulu bukan ke main lagi baik nye..
Aduh... sakit hati.

boleh ke kita buat rayuan dekat bank untuk kurangkan lagi. Tapi memang aku kena usahakan utk selesai kan benda ni sblm amount tu bertambah2.
rahim11
Setau saya, proses nak mufliskan orang ni mengambil masa yg lama.
Mahkamah akan bagi peluang dulu untuk settlekan hutang.
Tak senang2 je mahkamah mufliskan orang.

Jadi tak mungkin, rasanya, orang yang muflis ni "tiba2 dapat surat" yang dia dah muflis.
Tentu sebelum ni dia dah dapat summon beberapa kali suruh hadir kat mahkamah.

Tapi macam mana ayah dia boleh gunakan nama dia untuk loan tu?
Kalau loan beli kereta, dah tentu banyak borang yang dia kena sign sendiri.
nuryn_amira
QUOTE(cendawancun @ May 27 2009, 01:50 PM) *
maaf nama saya pun diistiharkan black list coz kete adik yang pakai nama saya dah kena
tarik balik. Amount dlm 13k. Sekali saya pergi mahkamah... dan buat rayuan utk membayar ansuran ke bank dalam amount 100 sebulan. Tapi bank minta 30% pendahuluan. Mana nak carik duik.. dah lah bukan saya yang buat.

Apa perlu saya buat....? kalau saya tak bayar, apa akan jadik pada saya?. Dah pasti adik
saya buat bodoh aje dlm kes nak membersihkan nama saya balik?. Ada jalan penyelesaian tak?.

hutang rm13k ke?

selalunya bank memang akan minta kita settle byk sekali sebab nak memuaskan hutang yg tertunggak. lepas tu kalau bayar sesikit dorg boleh consider. kalau keta dah ditarik, keta akan dilelong...nanti akan ada pengurangan dr harga hutang selepas ditolak dr harga lelong. tapi, awak mesti ingat, bank bukan sahaja suh awak satisfy hutang tertunggak tu, tapi once dah lelong, dia nak awak settle pinjaman awak tu...
cendawancun
QUOTE(nuryn_amira @ May 28 2009, 10:14 AM) *

Ye Nuryn, kete tu dah kena lelong pun. So balance skrg 13k lah yang kena settlekan dgn bank.
Peringatan pada kekawan semua... walau adik beradik pun jgn saja2 bagi pinjam nama utk loan bank. Nanti jadi mcm saya susah.
Sib baik masa beli rumah pertama dulu... kes ni belum jadik. So I dpt ambik loan atas nama sendiri. Bila beli rumah kedua saya pakai nama husband. Beli kete kedua pun atas nama husband. Nama aku dah tak leh ambik loan.

Susah nak cari orang beli rumah/kete under cash kan...byk under loan bank.
_minami_
betul cakap cc... jgn sesng bg adik badik sekalipun guna nama kita... bahaya....

derang kdg x niat pun nak buat gitu... tp bila dah terjadi... mereka terpaksa jugak buat derk... sbb tau kita boleh atau terpaksa manage..

menda ni mmg dah lumrah.... x boleh kata apa...

harap yang ada mslh mcm ni... akan blh selesai dgn baik semuanya

saya penah kena... tp maybe nasib masih menyebelahi...

mempunyai bos yg memahami... kawin lak ngan org gomen.. sng buat loan peribadi

settle all debts yang dangerous tersebut... dan bulan2... tanggung pemotongan angkasa saja...

alhamdulillah.... tp bila mau abis potong ni weh..... huhu
nuryn_amira
ada satu kes tu, keta atas nama isteri...bapak mertua as guarantor...bila takde duit nak bayar bank, yg bawak keta nie a.k.a sang suami lari ngan keta2 sekali...pastu...bank proceed ngan saman n kebankrapan keatas isteri n bapak mertua...masa dorg dtg opis nak settlekan benda nie, nuryn rasa kesian sgt, nak2 kat si bapak tu...tua2 nak dibankrapkan...byk sgt kes2 yg mcmnie...so kita kene hati2..tak bleh terlalu mudah percayakan org hatta adik beradik sendiri...
greenlake
ish, x patut si suami tu buat camtu, tpkan, skang ni, bukan ke klu nak buat loan, memang nak kena ade penjamin, so klu semua dah x leh caye, nak mtk sape jadi penjamin, klu diri sendiri je jamin diri sendiri bleh??hehe smile.gif
Semut Api82
QUOTE(greenlake @ May 28 2009, 05:31 PM) *
ish, x patut si suami tu buat camtu, tpkan, skang ni, bukan ke klu nak buat loan, memang nak kena ade penjamin, so klu semua dah x leh caye, nak mtk sape jadi penjamin, klu diri sendiri je jamin diri sendiri bleh??hehe smile.gif

diri sendiri xleh jamin..sb dh tentu jamin boleh byr punye..
ernyshu
QUOTE(cendawancun @ May 27 2009, 01:50 PM) *
maaf nama saya pun diistiharkan black list coz kete adik yang pakai nama saya dah kena
tarik balik. Amount dlm 13k. Sekali saya pergi mahkamah... dan buat rayuan utk membayar ansuran ke bank dalam amount 100 sebulan. Tapi bank minta 30% pendahuluan. Mana nak carik duik.. dah lah bukan saya yang buat.

Apa perlu saya buat....? kalau saya tak bayar, apa akan jadik pada saya?. Dah pasti adik
saya buat bodoh aje dlm kes nak membersihkan nama saya balik?. Ada jalan penyelesaian tak?.

jumpa pegawai bank yg in charge file tu..mintak discreration utk reduce byr duit pendahuluan or waive terus.
cendawancun
QUOTE(ernyshu @ May 28 2009, 07:32 PM) *

Boleh ke?. Ade kes happen jugak lah mcm CC yang boleh reduce or waive... sebelum ni?.
Nuryn dgn ernyshu ni kerja bank or peguam... ???
Semut Api82
QUOTE(cendawancun @ May 29 2009, 09:57 AM) *

P/S: senang klu ada kwn org bank..bleh tlg bab2 nk wat loan..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.