Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Aromaterapi Hangatkan Hubungan Anda
Mesra.net Forum > General > Info Petua & Kesihatan > Info Perihal Hubungan Suami Isteri...
Sutra_ain
Saya ada tips berguna bagi mengeratkan hubungan sama ada dengan pasangan atau dengan ahli keluarga anda...

SAAT MANDI

Mandi adalah saat yang bahgia....di mana tempat kita menyegarkan badan kita... Ada pasangan akan mandi bersama...tak salah...lagipun suami isteri kan?
Masa mandi tu...andai kata dalam bath tub lah.... Gunalah aromaterapi... macam pure atau blended essential oil... Haruman armaterapi yang menusuk.. membangkitkan suasana mandi anda bersama pasangan bhertambah bahagia...
Apatahlah lagi.. aromaterapi nie boleh meningkatkan rasa ghairah anda dan pasangan anda... give_rose.gif


KELETIHAN

Dah penat dan letih bekerja sepanjang hari.... Apa kata... ambil satu terapi dengan cara urutan yang dapat melegakan badan yang letih dan lesu... Hai... si isteri... nie..suami dah penat bekerja... takkan nak biar jer...
Urutlah badan dengan massage oil pada kawasan yang sengal dan letih... Sian suami...letih mencari nafkah...bukan untuk siapa pun... untuk isteri tersayang...
BARULAH SUAMI SAYANG LEBIH PADA KITA.... Dengan urutan yang manja2 tu.... give_rose.gif
OPPS!!! SERIUS TAU...

CANTIK

Bagi kaum wanita nie... satu part yang paling penting.... Hai kalau tak cantik nie.... satu masalah.... cantik nie bukan hanya pada luaran...tapi..DIDALAM yang paling penting......
Dengan aromaterapi..... kecantikan dari dalm boleh di cipta..... WAH...... CAMNER tuh????
Aromaterapi nie terdiri dari bau-bauan yang dapat merangsang hormon di dalam badan kita..... Hormon2 yang kurang aktif tu akan diaktifkan dengan pemakaian aromaterapi.... TAK CAYA??? TEST LAH...

MISAL NYER LAH..... kita letih... penat....ngantuk... ia akan mempengaruhi perwatakan kita... Kalau duk masam muka jer.. tak bermaya.... suami pandang pun tak selera..... betullah.... tak caya tanyalah.... si suami pun sama juga... kalau hari2 masam muka... letih... tak bermaya... sian si isteri tu.....
So pakailah aromaterapi.... bila kita ceria hidup pun bahgia... isteri canti ...suami suka... suami kacak isteri suka... dah kalau sama2 cantik... tak ker bahgia tu....

he.... aper tunggu lagi.... jhom pkai aromaterapi.... tak rugi pun.... untuk kita dan pasangan kita juga...

NAK BERAMAH MESRA....... give_rose.gif

GUNALAH AROMATERAPI...
Sutra_ain
Bangkitkan Ghairah dengan Aromaterapi


Kala kebosanan mulai menyergap kehidupan suami isteri, bangkitkanlah ghairah anda berdua dengan aromaterapi. Aromaterapi dapat dijadikan sebagai alternative untuk menceriakan kembali hubungan anda dan pasangan anda. Apabila terlalu banyak berfikir dan juga kesibukan kehidupan rutin membuatkan hubungan suamI isteri menjadi renggang. Apalagi apabila kedua-duanya sibuk. Satu cara yang dapat mewarnai hubungan yang renggang adalah dengan menggunakan aromaterapi pembagkit ghairah yang diyakini dapat membantu membangkitkan ghairah seksual. give_rose.gif

Aromaterapi ini telah dikenali sejak ratusan tahun. Selain untuk memelihara kesegaran tubuh, aromaterapi juga digunakan untuk merawat infeksi atau memperbaiki kulit bekas-bekas jerawat atau gigitan serangga. Disamping itu juga, aromaterapi baik untuk fikiran dan juga perasaan. Selain boleh memulihkan semangat, sekaligus mampu menyegarkan jiwa raga terutamanya untuk membangkitkan ghairah seksual yang terpendam. Dengan bantuan minyak pati murni atau essential oil yang berasal dari bunga, biji, batang dan daun memberikan terapi kepada yang memerlukan. Terapi ini adalah bebas dari campuran bahan kimia.

Pada dasarnya aromaterapi dapat membangkitkan ghairah seks dengan dua cara. Cara pertama adalah melalui aroma yang dibakar menggunakan burner dan pengewapan air yang hangat. Hirupan bau aroma yang masuk ke dalam otak akan memnpengaruhi bahagian-bahagian otak yang befungsi untuk menkoordinasikan pembangkit ghairah seksual. give_rose.gif

Tidak kurang juga dengan menghirup wap dari beberapa haruman aromaterapi di dalam bekas air panas. Cara ini amat berkesan untuk membersihkan dan memberi kenyamanan fikiran dan perasaan. Aroma pembangkit ghairah akan masuk kedalam pembuluh darah dan terus keotak. Untuk hasil yang lebih baik, minyak pati (EO) pembangkit ghairah misalnya yasmin dan patchouli, harus dicampurkan dengan minyak pati lain (EO) yang khasiatnya mampu memberi kesegaran yang berpanjangan, menghilangkan rasa lelah dan memberi semangat seperti orange dan mandarin. Kombinasi ini dapat memaksimakan hasil yang ingin dicapai iaitu rasa ghairah yang muncul bersama kesegaran dan semangat. Tiada guna seandainya kita berasa ghairah tetapi kita tidak bersemangat.

Adalah lebih baik jika aromaterapi ini dimulakan dengan perawatan spa atau urutan yang mengendurkan otot-otot yang kaku dan lesu. Ini kerana bahagian yang diurut sering mengalami sengal-sengal dan tegang seperti perut, punggung, leher, paha dan kaki. Rawatan sebegini cukup bagus dan kuat kerana rasa ghairan akan lebih ,mudah dibangkitkan.
give_rose.gif
abdul82
Kenali Aromaterapi

Kita sering mendengar penyembuhan melalui kedah rawatan aromaterapi. Sekarang ni banyak produk-produk yang menggunakan kaedah tersebut. Namun mungkin ramai diantara kita yang masih belum mengetahui dan memahami apakah aromaterapi itu sendiri.

Aromaterapi adalah suatu kaedah di mana penggunaan minyak pati yang mempunyai ciri-ciri penyembuhan. Minyak pati ini pula adalah merupakan intipati pekat yang diambil melalui buah-buahan, bunga-bunga, daun dan kulit tumbuhan tertentu. Dipercayai terdapat 400 minyak intipati yang penting, namun hanya 40 sahaja yang biasa digunakan di dalam kaedah aromaterapi ini.

Menurut pakar-pakar di dalam bidang ini, aromaterapi dapat meningkatkan kewujudan hormon yang baik di dalam badan, memberikan kelegaan dan meredakan tekanan. Pendek kata aromaterapi ini dapat memberikan kesihatan baik dari segi fizikal dan emosi seseorang. Teorinya adalah kerana mereka mempercayai bahawa setiap minyak pati itu mempunyai kelebihannya tersendiri. Sebagai contoh haruman lavender dapat membantu seseorang yang mengalami masalah susah tidur dan dapat melegakan ketegangan otot.
masyukk
masyukk penah cuda kdg2..heheh mmg menjd..sapa2 pas ni leh cuba gak


Visit My tee blog
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.