Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Persediaan Ke Luar Negara (um)
Mesra.net Forum > Social & Societies > Alumni
deanna_a
Salam.

My nephew dapat tawaran ke Japan tapi kena ke UM. Ok ke
ChicCikin
ok je Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) tu.
RPKJ tu dah lama dah kat UM.
kalau tak ok, sure ramai dak RPKJ yg xdpt gi jepun.
aku suka la dgr bebudak tu ckp jepun. biggrin.gif
sofiahdewi
Salam deanna...

Sepupu saya pun dulu terpaksa ke Ambang Asuhan UM dulu sebagai persediaan ke Jepun.
Selepas berjaya mengikuti kursus di Ambang Asuhan baru lah mereka ini di tempatkan
ke universiti universiti di sekitar Jepun. Semasa di Jepun lebih kritikal kerana student itu
mesti kuat mental serta jatidiri untuk menyesuaikan keadaan cuaca serta budaya masyarakat
Jepun dari segi makanan/ pergualan selain budaya belajar. Saya salute pada mereka yang berjaya
memperolehi kelulusan dari universiti ternama jepun.

Selamat maju jaya buat anak buah deanna.


*** saya tak sanggup duduk di Jepun terutama kotaraya Tokyo...Ramainyer manusia
masa peak time ....
noraliza
ada sorang kawan tu...amik course ni la..tup tup..sembilan tahun kat jepun...abis degree terus sambung master...terus sambung phd...sekarang da balik mesia...dapat title dr da..umur baru 29 tahun..hensem lak tu...comel je orang nye.. bawak CRV lagi versi takde kat mesia... bagusla dapat peluang amik kursus ni...banyak pengalaman nanti..tak semua orang dapat..
deanna_a
memang lah ok. tapi anak saudara saya tu baru 17 tahun. Lagipun mak dia susah hati sebab takut belanja dia besar sgt. saya dah tanya sorang prof dr ni, dia cakap terima sahaja sebab course engineering kat japan berkualiti. under JPA. ok ke tajaan JPA ni

noraliza
takpela..17 tu da besar da..kena blaja hidup berdikari...ramai lagi kat luar tu nak dapatkan biasiswa JPA tu.. syukurla da ade tajaan.. ramai yang takde tajaan...bukan takat takde tajaan..nak masuk universiti pun da payah da...
sofiahdewi
sebenar kematangan seorang bukan pada usianya tetapi lebih kepada pendedahan secara keseluruhan. ibu mana yang tak susah hati sekiranya berjauhan dengan anak anak terutama yang jarang berpisah dengan anak anak kesayangan mereka. wang saku sara hidup yang di bekalkan oleh mana mana entiti yang menaja pelajar kita memang arif tentang perkara ini cuma pelajar kena pandai menyesuaikan diri dengan cara perbelanjaan di sana.

sara hidup banyak bergantung pada di mana lokasi pelajar itu. sara hidup di jepun berbeda dari di australia mahupun di uk atau lain lain tempat. mungkin sukar untuk menyesuaian diri pada tahun pertama dan perlunya pelajar itu mendaftarkan diri dengan kesatuan pelajar yang di bawah kawalan jabatan penuntut malaysia disana (MSD) sekiranya ada masalah yang berbangkit. ada juga persatuan lain yang tidak terikat yang membantu penuntut secara sukarela. semuanya bergantung pada lokasi yang penuntut itu di tempatkan.

anak saya pun masih berada di luar negara tetapi beruntung kerana mempunyai kakak saudara yang memantau pelajaran serta sara hidupnya sehingga dia memperolehi pinjaman MARA baru baru ini kerana pengajiannya selama 3 tahun di biayai oleh kakak kakak saudara yang bekerja di sana (Ireland). saya amat bersyukur.

crazysalebags
QUOTE(deanna_a @ Apr 19 2009, 08:12 AM) *
Salam.

My nephew dapat tawaran ke Japan tapi kena ke UM. Ok ke



I think is ok.
marima
QUOTE(crazysalebags @ Apr 21 2009, 10:55 PM) *
QUOTE(deanna_a @ Apr 19 2009, 08:12 AM) *
Salam.

My nephew dapat tawaran ke Japan tapi kena ke UM. Ok ke



I think is ok.


ye saya setuju ok jer....ibu mana yg tak runsing...jnji pandai bawa diri
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.