Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Haid, Onani Dan Mandi Hadas Besar
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
blablabla
Asalamuallaikum.

Saya pernah melakukan onani ketika dalam keadaan haid.
Ini kerana saya fikir apabila mandi hadas, kotoran haid dan onani boleh disucikan sekaligus.
Saya sudah diberitahu oleh dua orang ustazah yang jika dua kotoran yang boleh disucikan dengan mandi hadas berlaku pada satu waktu yang sama, maka sekali mandian hadas besar boleh menyucikan kedua-dua kotoran tersebut.
Adakah ini benar? Saya inginkan kepastian.
Saya tahu perbuatan onani adalah haram, didorong oleh hawa nafsu. Namun sekarang, saya sudah tidak melakukannya lagi. Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T

Terima kasih atas pertolongan anda...
shasha_lil
erkkk????
ouyangfeng
QUOTE(blablabla @ Apr 22 2009, 07:30 PM) *

memang benar...contoh lain, sekiranya anda berjimak dengan suami, kemudian mengulanginya berkali2 tanpa mandi wajib...maka cukuplah sekali mandi wajib itu menyucikan hadas besar.
rahim11
Onani disentuh disini, dan saya ada persoalan:

Onani dikalangan lelaki dah tentu salah, sebab membazir mani - benih.
Tapi onani wanita tak meyebabkan kehilangan ovum.

Ada tak hadith sahih yang mengharamkan onani dikalangan wanita?
ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 23 2009, 02:41 PM) *

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).
rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 23 2009, 03:56 PM) *

1. Adakah onani disini ditujukan kepada lelaki dan perempuan atau cuma lelaki? No 6, contohnya, ditujukan kepada lelaki tapi tak pulak disebut "orang yang berzina dengan suami jirannya" (kalau perempuan yg belum berkahwin).

2. Adakah hadith ini ahad?

Ada tak hadith2 lain atau bukti2 lain yang jelas melarang wanita dari onani?
FraidyCat
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 23 2009, 03:56 PM) *
QUOTE(rahim11 @ Apr 23 2009, 02:41 PM) *
Onani disentuh disini, dan saya ada persoalan:

Onani dikalangan lelaki dah tentu salah, sebab membazir mani - benih.
Tapi onani wanita tak meyebabkan kehilangan ovum.

Ada tak hadith sahih yang mengharamkan onani dikalangan wanita?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

macam tak berapa masuk akal jer onani disamakan dengan perlakuan homoseks, anal seks, incest dan bestiality. harap yang lebih expert datang clarify.

masturbation is having sex with yourself
-Woody Allen-
Jimmy In Ha

apakah hadith ini hadith sahih atau hadith hassan ?
hadith sahih ialah hadith dimana sanadnya yg kukuh.....iaitu
Rangkaian perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada Rasulullah SAW dan tanpa berlaku keciciran pada sanad.

dan adakah perawi2 itu dhabit?
Perawi yang dhabit ialah perawi yang kuat ingatannya. Tiada perubahan jika diriwayatkan melalui lisan atau tulisan
ouyangfeng
1. dalam kaedah usul, ada satu kaedah yg dinamakan 'al-'ibrah bi umumil lafdzi la bikhusususis sabab'...maksudnya sesuatu hukum itu diputuskan mengikut lafaz yg umum dan bukan dengan sebab2 yg khusus. Sbb itu ada ayat2 al-Quran yg ditujukan kepada para Nabi tetapi maksudnya adalah utk umat Islam. Begitu juga ayat hijab yg ditujukan kepada para isteri Nabi tetapi maksudnya untuk para wanita yg lainnya juga.

2. hadis ini adalah hadis ahad. Ada masalah ke dengan hadis ahad?

Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud : Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera menikah, keranana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya
[Muttafaq Alaih]

Hadis ini ditujukan juga untuk pemudi. Nabi menyatakan jika tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah berpuasa. Dan bukannya beronani.
ouyangfeng
QUOTE(FraidyCat @ Apr 23 2009, 07:52 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 23 2009, 03:56 PM) *
QUOTE(rahim11 @ Apr 23 2009, 02:41 PM) *
Onani disentuh disini, dan saya ada persoalan:

Onani dikalangan lelaki dah tentu salah, sebab membazir mani - benih.
Tapi onani wanita tak meyebabkan kehilangan ovum.

Ada tak hadith sahih yang mengharamkan onani dikalangan wanita?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

macam tak berapa masuk akal jer onani disamakan dengan perlakuan homoseks, anal seks, incest dan bestiality. harap yang lebih expert datang clarify.

masturbation is having sex with yourself
-Woody Allen-

apa yg tak masuk akal? bukannya Nabi s.a.w. menyamakan homoseks dgn onani dan liwat. cuba fahamkan maksud hadis tersebut iaitu golongan2 yg akan masuk ke neraka. takkan sama liwat dengan mengganggu jiran...yg samanya adalah dosa tersebut akan menjerumuskan ke dalam neraka.
rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 11:59 AM) *

Hadith Tabarani yang ahad ini bertentangan dengan Surah an-Nisaa' 4:116 yang menyatakan bahawa semua dosa boleh diampunkan Tuhan kecuali syirik.

Bayangkan seorang perempuan yang mempunyai suami yang tak mampu memuaskan keperluan batinnya. Dia tak ada pilihan kecuali onani.
Bagi lelaki, kalau isteri tak mampu memenuhi keperluannya, dia boleh berkahwin lain.
Bukankah tidak adil bagi perempuan jika onani tak dibenarkan?

Saya tak bermaksud nak menyokong onani bagi perempuan, tapi cuma mengemukakan hujah yang menyokong onani bagi perempuan. Saya betul2 tak tau, sebenarnya, onani bagi perempuan diharuskan atau tidak.

Dan saya masih belum nampak mana2 keterangan yang nyata melarang onani dikalangan perempuan.
ouyangfeng
QUOTE(Jimmy In Ha @ Apr 23 2009, 08:08 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 23 2009, 03:56 PM) *
QUOTE(rahim11 @ Apr 23 2009, 02:41 PM) *
Onani disentuh disini, dan saya ada persoalan:

Onani dikalangan lelaki dah tentu salah, sebab membazir mani - benih.
Tapi onani wanita tak meyebabkan kehilangan ovum.

Ada tak hadith sahih yang mengharamkan onani dikalangan wanita?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

apakah hadith ini hadith sahih atau hadith hassan ?
hadith sahih ialah hadith dimana sanadnya yg kukuh.....iaitu
Rangkaian perawi hadis daripada pengumpul sehinggalah kepada Rasulullah SAW dan tanpa berlaku keciciran pada sanad.

dan adakah perawi2 itu dhabit?
Perawi yang dhabit ialah perawi yang kuat ingatannya. Tiada perubahan jika diriwayatkan melalui lisan atau tulisan

pada pandangan saya, saudara agak tersilap dalam memberi definisi ttg hadis sahih. Jika nak berbicara lebih lanjut ttg musthalah hadith, boleh kita buka satu topik khusus.

InsyaAllah saya akan cuba dapatkan darjat hadith riwayat a-Tabrani tersebut.
ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 12:12 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 11:59 AM) *
2. hadis ini adalah hadis ahad. Ada masalah ke dengan hadis ahad?

Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud : Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera menikah, keranana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya
[Muttafaq Alaih]

Hadis ini ditujukan juga untuk pemudi. Nabi menyatakan jika tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah berpuasa. Dan bukannya beronani.

Hadith Tabarani yang ahad ini bertentangan dengan Surah an-Nisaa' 4:116 yang menyatakan bahawa semua dosa boleh diampunkan Tuhan kecuali syirik.

Bayangkan seorang perempuan yang mempunyai suami yang tak mampu memuaskan keperluan batinnya. Dia tak ada pilihan kecuali onani.
Bagi lelaki, kalau isteri tak mampu memenuhi keperluannya, dia boleh berkahwin lain.
Bukankah tidak adil bagi perempuan jika onani tak dibenarkan?

Saya tak bermaksud nak menyokong onani bagi perempuan, tapi cuma mengemukakan hujah yang menyokong onani bagi perempuan. Saya betul2 tak tau, sebenarnya, onani bagi perempuan diharuskan atau tidak.

Dan saya masih belum nampak mana2 keterangan yang nyata melarang onani dikalangan perempuan.

hadith ini tidak bertentangan dari maksudnya..kerana hadith ini menyatakan golongan yg melakukan sesuatu maksiat yg menyebabkan mereka bakal menjadi ahli neraka. Sama seperti hukum membunuh dengan sengaja yg mana balasannya adalah neraka, namun jika mereka bertaubat dan tidak mensyirikkan Allah, mereka akan diampunkan.

Seorg isteri yg mempunyai suami yg lemah tenaga batin atau mati pucuk, boleh mengemukakan fasakh dan hakim akan meneliti laporan perubatan sebelum sesuatu perkahwinan dibubarkan.

Keterangan sudah jelas...
Firman Allah yg ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

dalam kaedah penafsiran, seperti yg saya nyatakan sesuatu hukum itu akan dilihat dr umum ayat. bermakna walaupun ayat itu ditujukan kepada suami, namun isteri juga termasuk dlm pengertiannya.

Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

- a) Malumin : Ertinya : "tercela"

- cool.gif Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"

rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
hadith ini tidak bertentangan dari maksudnya..kerana hadith ini menyatakan golongan yg melakukan sesuatu maksiat yg menyebabkan mereka bakal menjadi ahli neraka. Sama seperti hukum membunuh dengan sengaja yg mana balasannya adalah neraka, namun jika mereka bertaubat dan tidak mensyirikkan Allah, mereka akan diampunkan.

Hadith Tabarani ini tidak menyebut tentang taubat. Lagi pun, orang yang syirik, kalau bertaubat, boleh diampunkan juga!

QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
Seorg isteri yg mempunyai suami yg lemah tenaga batin atau mati pucuk, boleh mengemukakan fasakh dan hakim akan meneliti laporan perubatan sebelum sesuatu perkahwinan dibubarkan.

Benar. Tapi cerai adalah sesuatu yang dibenarkan, tapi paling dibenci Tuhan. Kalau ada penyelesaian lain, itu lebih baik.

QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
Keterangan sudah jelas...
Firman Allah yg ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Ayat ini melarang zina, bukan onani.

FraidyCat
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:11 PM) *
QUOTE(FraidyCat @ Apr 23 2009, 07:52 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 23 2009, 03:56 PM) *
QUOTE(rahim11 @ Apr 23 2009, 02:41 PM) *
Onani disentuh disini, dan saya ada persoalan:

Onani dikalangan lelaki dah tentu salah, sebab membazir mani - benih.
Tapi onani wanita tak meyebabkan kehilangan ovum.

Ada tak hadith sahih yang mengharamkan onani dikalangan wanita?

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

macam tak berapa masuk akal jer onani disamakan dengan perlakuan homoseks, anal seks, incest dan bestiality. harap yang lebih expert datang clarify.

masturbation is having sex with yourself
-Woody Allen-

apa yg tak masuk akal? bukannya Nabi s.a.w. menyamakan homoseks dgn onani dan liwat. cuba fahamkan maksud hadis tersebut iaitu golongan2 yg akan masuk ke neraka. takkan sama liwat dengan mengganggu jiran...yg samanya adalah dosa tersebut akan menjerumuskan ke dalam neraka.

yang pelik, pertama.. pendusta juga boleh masuk neraka tapi kenapa tiada dalam list golongan yang disebut begitu juga pemakan riba etcetera. kedua.. ayat '"tidak membersihkan mereka dari dosa" seolah-olah menyamakan onani setanding dengan perlakuan keji homoseks, yakni satu dosa yang tak terampun. ketiga.. apakah benar sudah wujud golongan bestiality di zaman rasul atau itu satu kenyataan berpandangan jauh yang ditujukan untuk umat zaman akan datang. minta second opinion pada yang lebih expert.
ashkaf
salam give_rose.gif

ouyangfeng, yg diatas minta second opinion yg lebih expert (dua kali dia maklum tu), not yours biggrin.gif

onani ni dah jadi sebahagian tatacara hidup umat islam kini. itu yg ikut cara mana pun nak menghalalkan. cari hadith dan dalil yg tak mengharamkannya dan fakta yg Allah tak laknat perbuatan tersebut. cari dan cari...biggrin.gif

WA

ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 12:35 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
hadith ini tidak bertentangan dari maksudnya..kerana hadith ini menyatakan golongan yg melakukan sesuatu maksiat yg menyebabkan mereka bakal menjadi ahli neraka. Sama seperti hukum membunuh dengan sengaja yg mana balasannya adalah neraka, namun jika mereka bertaubat dan tidak mensyirikkan Allah, mereka akan diampunkan.

Hadith Tabarani ini tidak menyebut tentang taubat. Lagi pun, orang yang syirik, kalau bertaubat, boleh diampunkan juga!

Firman Allah: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisaa’: 48).

QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 12:35 PM)
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
Seorg isteri yg mempunyai suami yg lemah tenaga batin atau mati pucuk, boleh mengemukakan fasakh dan hakim akan meneliti laporan perubatan sebelum sesuatu perkahwinan dibubarkan.

Benar. Tapi cerai adalah sesuatu yang dibenarkan, tapi paling dibenci Tuhan. Kalau ada penyelesaian lain, itu lebih baik.

Onani adalah perkara yg haram...Sedangkan perceraian dengan sebab yg munasabah adalah dihalalkan. Maka, yg halal itu lebih utama dari yg haram. Bercerai itu lebih baik daripada melakukan onani atau berzina.

QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 12:35 PM)
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 12:26 PM) *
Keterangan sudah jelas...
Firman Allah yg ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)

Ayat ini melarang zina, bukan onani.

Dalam kaedah tafsir, ada suatu kaedah yg dinamakan al-'ibrah bi umumil lafdzi la bi khususis sabab. dan ulamak menafsirkan bahawa 'menjaga kemaluan' itu bukan sekadar menjaganya dr tidak melakukan zina, bahkan menjaganya daripada melakukan perbuatan di luar tabi'e kemaluan tersebut spt onani, liwat dsb. kemaluan hanya layak digunakan untuk pasangan yg bernikah dan bukannya untuk dipuaskan sendiri.
ashkaf
salam give_rose.gif

**deleted**
ouyangfeng
QUOTE(ashkaf @ Apr 24 2009, 04:28 PM) *
salam give_rose.gif

ouyangfeng, yg diatas minta second opinion yg lebih expert (dua kali dia maklum tu), not yours biggrin.gif

onani ni dah jadi sebahagian tatacara hidup umat islam kini. itu yg ikut cara mana pun nak menghalalkan. cari hadith dan dalil yg tak mengharamkannya dan fakta yg Allah tak laknat perbuatan tersebut. cari dan cari..

WA

ok give_rose.gif
rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 05:23 PM) *
Onani adalah perkara yg haram...Sedangkan perceraian dengan sebab yg munasabah adalah dihalalkan. Maka, yg halal itu lebih utama dari yg haram. Bercerai itu lebih baik daripada melakukan onani atau berzina.

Inilah yang belum terbukti sekarang ni - adakah haram onani bagi perempuan.

Bayangkan suami yang inzal lebih dulu dari isterinya.

Kalau onani dibenarkan (bagi perempuan), suami tu masih boleh berusaha untuk memuaskan isterinya melalui onani (onani tak semestinya dilakukan sendiri). Tapi kalau onani diharamkan, suami tak boleh berbuat begitu.
ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 05:38 PM) *

kena faham apakah maksud sebenar onani itu. onani atau melancap adalah suatu perbuatan mengeluarkan mani dengan tangan sendiri. Jika dilakukan oleh suami seperti suami memasukkan jari ke dalam kemaluan isteri, atau isteri mengusap kemaluan suami sehingga keluar mani, maka itu tidak dinamakan onani atau melancap.

sudah terbukti melalui hadis dan tafsiran al-Quran. walaupun dinyatakan utk lelaki, namun hukumnya juga meliputi wanita. spt mana hukum rejam bagi lelaki dan wanita yg telah berkahwin, begitu juga hukuman rejam bagi janda dan duda yg pernah berkahwin (walaupun tiada terdapat ayat hukuman rejam bagi duda dan janda kerana ia telah dimansuhkan bacaan tetapi dikekalkan hukuman).

begitu juga ayat hijab yg ditujukan khusus kepada isteri2 Nabi, namun sebenarnya ianya umum untuk semua wanita.
rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 06:06 PM) *
kena faham apakah maksud sebenar onani itu. onani atau melancap adalah suatu perbuatan mengeluarkan mani dengan tangan sendiri. Jika dilakukan oleh suami seperti suami memasukkan jari ke dalam kemaluan isteri, atau isteri mengusap kemaluan suami sehingga keluar mani, maka itu tidak dinamakan onani atau melancap.

Dari kamus DBP:

onani : perbuatan mengeluarkan mani dgn ta­ngan; beronani melakukan onani.

tak sebut pun dengan tangan sendiri.

OYF, tujuan kita disini ialah untuk menambah pengetahuan, bukan untuk "menang".

Sikap nak "menang" tu menjurus kepada riak, dan tak masuk syurga seseorang yang mempunyai kesombongan walau sebesar biji bayam (hadith sahih Muslim).
ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 06:14 PM) *

untuk mengetahui makna sesuatu perkara yg berkaitan dgn agama, kamus DBP atau Oxford tidak layak untuk digunakan sebagai hujjah.

Di sini bukan tempat pertandingan. Tujuan perbahasan hanya satu, untuk mengetahui yg hak agar dapat diamalkan dan mengetahui yg batil agar sama2 dapat jauhkan.

Saudara nak menang? ambil la kemenangan itu. Walaupun seribu ulamak mengeluarkan kenyataan, namun saudara menutup hati dan fikiran terhadap hujjah berdasarkan kajian ulamak tersebut, maka itu hak saudara. hak saya hanyalah untuk mempertahankan pegangan saya.
rahim11
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 06:18 PM) *

Saya tak nak menang. Saya nak fakta. Setakat ni belum ada lagi yang meyakinkan.
ouyangfeng
QUOTE(rahim11 @ Apr 24 2009, 06:19 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Apr 24 2009, 06:18 PM) *
Saudara nak menang? ambil la kemenangan itu. Walaupun seribu ulamak mengeluarkan kenyataan, namun saudara menutup hati dan fikiran terhadap hujjah berdasarkan kajian ulamak tersebut, maka itu hak saudara. hak saya hanyalah untuk mempertahankan pegangan saya.

Saya tak nak menang. Saya nak fakta. Setakat ni belum ada lagi yang meyakinkan.

bukan salah fakta...sbb ramai yg dah yakin, hanya saudara saja yg tak yakin2...

p/s: was2 tu dari syaitan
budak_pisang1983
hai,leh kenal??? saya suka bkawan dgn pempuan yg open minded.harap xkeberatan
Helang Emas
Onani adalah mencari kepuasan syahwat sama ada dengan menggunakan tangan sendiri ataupun yang lainnya.
Hukumnya adalah haram berdasarkan kepada al-Quran, Sunah dan juga akal yang sihat.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Dan orang-orang yang mereka menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari selain itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas”.
(Al-Mukminun : 5-7).

Adapun dari Sunnah yaitu sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Wahai sekalian pemuda-pemuda, barangsiapa dari kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, kerana nikah itu lebih menutup pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu baginya menjadi sebagai perisai (mengurangi syahwatnya)”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, jika dinilai daripada akal yang sihat juga ia jelas menunjukkan kepada keburukan apabila melakukan perbuatan onani ini. antaranya adalah kesan negatif yang terhasil apabila melakukannya, iaitu para ahli perubatan menyebutkan, bahawa di dalam melakukan onani ini terdapat bahaya yang meninggalkan kesan sampingan ke badan, nafsu seksual dan fikiran serta daya tangkap. Dan boleh menjadikan seseorang tidak mahu untuk berkahwin dalam erti kata yang sebenarnya, kerana seseorang apabila nafsu seksualnya telah terpenuhi oleh perbuatan ini, kadang-kadang dia tidak lagi berkeinginan untuk berkahwin.

Cara untuk mengatasinya adalah dengan berkahwin. Jika masih tidak berkemampuan untuk berkahwin, , Rasulullah SAW telah memberi kaedah untuk merawatnya iaitu dengan berpuasa (seperti maksud hadis yang telah dinyatakan di atas).

Sekiranya sehingga mengeluarkan air mani, maka wajib baginya untuk mandi hadas besar.

Wallahu ‘alam..

sumber dari www.islam.gov.my
deanna_a
QUOTE
OYF Said: Di sini bukan tempat pertandingan. Tujuan perbahasan hanya satu, untuk mengetahui yg hak agar dapat diamalkan dan mengetahui yg batil agar sama2 dapat jauhkan.
Saudara nak menang? ambil la kemenangan itu. Walaupun seribu ulamak mengeluarkan kenyataan, namun saudara menutup hati dan fikiran terhadap hujjah berdasarkan kajian ulamak tersebut, maka itu hak saudara. hak saya hanyalah untuk mempertahankan pegangan saya.

QUOTE
Rahim Said: Dari kamus DBP: onani : perbuatan mengeluarkan mani dgn ta­ngan; beronani melakukan onani.
tak sebut pun dengan tangan sendiri.
OYF, tujuan kita disini ialah untuk menambah pengetahuan, bukan untuk "menang".
Sikap nak "menang" tu menjurus kepada riak, dan tak masuk syurga seseorang yang mempunyai kesombongan walau sebesar biji bayam (hadith sahih Muslim).

Deanna_a Said: Anak-anak sekalian, udah-udahlah tu, pegi berus gigi, basuh kaki, lepas tu gi tidur. Dah malam ni. Tak baik bising-bising malam mcm ni. Jgn lupa baca doa tidur sebelum tidur.
ashkaf
Salam give_rose.gif

Onani: Masalah Remaja Masa Kini

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Saya juga tidak terlepas dari pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya Yahoo Massenger. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.

Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiappun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllah.

PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

HUKUM ONANI

Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:
Mengatakan haram onani secara mutlak.
Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:

QUOTE
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

(Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan dari Mazhab Hanafi:
Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.
Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:
Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:
Dari perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas.

SEKADAR PERINGATAN

Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

QUOTE
Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

QUOTE
Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

QUOTE
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

QUOTE
01. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

02. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.

03. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

04. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

05. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

06. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

07. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

08. Berpuasa.

09. Dan sebagainya lagi.

PENUTUP

Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenai bahayanya ketagihan onani dari sudut kesihatan mental dan jasmani. Di sini juga saya ingin menyarankan dan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah sosial yang menimpa umat Islam di Malaysia khususnya pada masa kini. Semua pihak mestilah berperanan untuk membawa kembali budaya Islam ke dalam kehidupan masing-masing agar segala masalah sosial yang timbul dapat ditangani dengan sempurna. Peranan ini mesti ditanggung bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin. Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara seperti ini. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh IluvIslam

Saya rasa solutionnya dah lengkap. Sebarang spekulasi kosong dan provokasi patut dihentikan. Case close. Tak gitu moderator? give_rose.gif
Helang Emas
QUOTE
02. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.

bagi mereka yang mampu menurut hukum nikah, perkahwinan adalah harus...

menghalang orang yang telah diharuskan berkahwin adalah satu dosa.... <--- yang ini, HE tak pasti plak...
ouyangfeng
QUOTE(deanna_a @ Apr 28 2009, 08:42 PM) *
QUOTE
OYF Said: Di sini bukan tempat pertandingan. Tujuan perbahasan hanya satu, untuk mengetahui yg hak agar dapat diamalkan dan mengetahui yg batil agar sama2 dapat jauhkan.
Saudara nak menang? ambil la kemenangan itu. Walaupun seribu ulamak mengeluarkan kenyataan, namun saudara menutup hati dan fikiran terhadap hujjah berdasarkan kajian ulamak tersebut, maka itu hak saudara. hak saya hanyalah untuk mempertahankan pegangan saya.

QUOTE
Rahim Said: Dari kamus DBP: onani : perbuatan mengeluarkan mani dgn ta­ngan; beronani melakukan onani.
tak sebut pun dengan tangan sendiri.
OYF, tujuan kita disini ialah untuk menambah pengetahuan, bukan untuk "menang".
Sikap nak "menang" tu menjurus kepada riak, dan tak masuk syurga seseorang yang mempunyai kesombongan walau sebesar biji bayam (hadith sahih Muslim).

Deanna_a Said: Anak-anak sekalian, udah-udahlah tu, pegi berus gigi, basuh kaki, lepas tu gi tidur. Dah malam ni. Tak baik bising-bising malam mcm ni. Jgn lupa baca doa tidur sebelum tidur.

sori..melawak tak kena tempat
deanna_a
QUOTE
sori..melawak tak kena tempat

biggrin.gif tapi sdr masih ada hati nak membalas posting saya walaupun tidak kena tempat. Itu tandanya anda memang nak mencari posting saya untuk rujukan dan perbualan.

Sebenarnya ada byk pendapat tentang hukum onani ni. Ada yang mengatakan ia adalah harus bagi mengelakkan zina dan ada yang mengatakan ia adalah haram. Namun yang jelas ia adalah satu perbuatan yang dibenci Allah swt. sekiranya sudah menjadi kebencian Allah swt, maka tentulah ia tidak baik walaupun tidak dikategorikan sebagai haram. Itu penerangan yang saya dapat tentang onani.

Namun, untuk mandi hadas tu memang boleh disekalikan. Memang ada fakta yang mengatakan tahap ghairah wanita akan meningkat semasa sedang dalam keadaan haid. Namun, banyakkan beristighfar dan berzikir semasa haid agar terhindar daripada hasutan iblis dan syaitan. Lagipun golongan jin yang suka berjimak semasa tidak suci ni.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.