Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kenapa Tiada Balasan Bagi Org Org Yg Durjana Kejam
Mesra.net Forum > Social & Societies > Motivasi & Permasalahan
hatihancur
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?
aisyah_sofia
of coz!! insyaallah, setiap ape yg kita wat kita lakukn kt dunia ni akn dpt blasan yg setimpal..
cuma kita perlu bersabar, dan yakin dgnNya..
kapten_malaya
setiap perbuatan ade balasannye...
perbuatan baik atau buruk pasti akan dbalas ALLAH...
kalau x dbalas di dunia, pasti x akan terlepas d akhirat...
balasan d akhirat lagi berat jika d banding dgn balasan d dunia...

jadi marilah kita semua mohon keampunan ALLAH SWT...
sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun...
hatihancur
ada seseorang di ofis tu sentiasa menyakiti hati orang, membuli, menghina dan sentiasa membuat org lain stress dan murung oleh keran perbuatan nya, tapi dia nya setelah menyakiti byk org tapi sentiasa puas dengan perbuatan nya dan merasa dirinya tinggi kerana tiada siapa boleh menghalangnya. hairan kenapa dia tidak menerima balasan, mungkinkah kerana dia ni terlalu bijak pandai dg tipu muslihatnya. tapi byk org jadi mangsanya dan tiada siapa berani menyuarakan nya atau tiada tindakan di buat pada nya, dia sentiasa berpuas hati. kejam dan durjana sungguh perbuatan nya.
AnamanJa
erk... langgar je orang berkenaan dgn kereta.
aida_ida
Emmpp tak baik persoalkan hukum agama....
suka aku nak citer kat korang satu cerita tentang dua orang nelayan seorang taat dan patuh pada perintah allah seorang tu tidak (kafir).
tapi rezeki yang diberikan kepada nelayan yang kafir ni lebih banyak dari muslim yang taat ni.Kejadian tu disaksikan oleh malaikat. Lalu malaikat bertanya kepada allah mengapa ko memberi rezeki yang lebih kepada manusia yang tidak taat kepada mu(orang kafir tu la) tapi tidak kepada nelayan muslim yang taat kepad perintahmu.
Lalu allah menjawab "kerana aku sayang dan kasih kepada hamba ku yang taat (nelayan muslim itu) lalu aku tidak memberikan ia kemewahan rezeki agar ia sentiasa taat kepada. tapi kerana aku benci kepada kafirun itu maka aku lambakkan dia ngan kemewahan rezzeki agar terus lalai dengan duniawi.kelak akan ku berikan pembalasan yang setimpal"

Kesimpulannya,kerana allah sayangkan hambanya maka diberikan ujian supaya hambanya itu bersabar dan meminta kepadanya dan terus taat.Tapi tidak bermakna tiada pembalasan kepada orang2 yang berbuat jahat.Ada,,,,,berdoalah semoga sipolan itu diberi pertunjuk dan hidayahnya...insyallah,,,tapi sebagai manusia perlu la berniat baik.Jangan kita pun sama ikut cara dia.tak de bezanya kita kalo kita sama nak dengki..

hehehehe,,citer tu aku dapat masa ceramah kat ofc aku masa minggu pertama.dan juga ada satu ayat penterjemahan alquran yang menerangkan mengenai pembalasan allah..

p/s aku bukan la baik sangat cuma saling ingat-mengingati......semoga kita dapat manfaat dari pesan memesan...
bersabar ok...
kak_eya
Alhamdullillah...

setakat ari ni akak nampak orang yang menganiaya akak tu
menerima balasan sedikit demi sedikit... sleep.gif
cendawancun
HUK HUK HUKK..... UJIAN ALLAH.
Noki
btl tu yg myakitkn ati org yg buat jahat tu bahagia,gembira n tersenyum padahal dah aniaya org.
noreason
orang yang durjana dan kejam itu akan dapat balasan nya juga nanti
tak dapat kat dunia ni..kat akhirat dia dapat lagi kaw
nilfaizal
Sabar dalam islam penting dan berserah padaNya
silverjade
mmg kdg2 kite rasa x adil sbb kite x nampak diye dpt balasan sekaligus.. tp terus la percaya balasan tu mmg ada cuma dlm bentuk apa kite x tau...

doa banyak2.. n sabar...
fsyukri
QUOTE(hatihancur @ May 22 2009, 11:44 PM) *
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?

apesal? nak salahkan Allah ke?
ashkaf

HH, semoga HH dalam rahmat-Nya sentiasa. give_rose.gif

tugas kita as hamba Allah, berbuat baik dan jangan berbuat jahat. buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg Allah larang. itu sahaja.

bila kita dah start nak fikir apa yg patut Allah buat, bermulalah keserabutan dalam hidup kita. Jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, tidak lebih dari itu.
xyn1428
QUOTE(AnamanJa @ May 28 2009, 07:45 AM) *
erk... langgar je orang berkenaan dgn kereta.

tak pun....
pi pijak jer ramai ramai
devil.gif

aku pun sebenarnya kadang terpikir macm tu jugak...
kenapa la nasib sorang hamba ALLAH ni sentiasa jer baik
padahal dah hampir 2 tahun dia sakitkan hati & aniaya aku, cuba pelbagai cara utk memporak perandakan kehidupan aku...
setakat hari ini, aku masih lagi boleh bersabar sebab aku pecaya satu hari nasib dia x sebaik hari ni....

QUOTE
Kesimpulannya,kerana allah sayangkan hambanya maka diberikan ujian supaya hambanya itu bersabar dan meminta kepadanya dan terus taat.Tapi tidak bermakna tiada pembalasan kepada orang2 yang berbuat jahat.Ada,,,,,berdoalah semoga sipolan itu diberi pertunjuk dan hidayahnya...insyallah,,,tapi sebagai manusia perlu la berniat baik.Jangan kita pun sama ikut cara dia.tak de bezanya kita kalo kita sama nak dengki..

sejuk aku baca ayat nih
mirza
Baca sampai habis, ianya suatu keinsafan buat kita semua...
>
> Apakah dia ISTIDRAJ itu ?
> Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
> tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
>
> Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
> memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
> (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
> SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
>
> Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
> dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
> adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
> Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
> di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
> berpegang teguh pada agama Islam.
>
> Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
> bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
> bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
> sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
> hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
> kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
> kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
> juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
> takburnya mereka.
>
> Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
> Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
> tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
> dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
> ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
>
> Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,
> dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
> beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
> sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat
> pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
> kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
> memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
>
> Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
> semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab
> Nasaibul'Ibad)
>
> Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
> atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
> membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
> anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
> akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
> hendak melawan Allah swt.
>
> Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
> tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
> sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
> juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
> dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
>
> Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
> begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
> seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
>
> Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
> kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
> hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka
> Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
>
> Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
> keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang
> yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh
> Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
> bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
>
> Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
> mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
> besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
> untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak
> mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan
> kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
>
> Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
> menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari
> hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila
> dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan
> dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala
> limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai
> Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya
> selamatlah kita di dunia dan akhirat.
>
> Wallahu' alam.
wellter
akan ada balasannya,cuma perlu bersabar ok?
jangan di ingatkan sangat perkara tu....

sekian
http://www.jacksenweb.com/index.php?ref=wellter
sheffezen
QUOTE(hatihancur @ May 22 2009, 11:44 PM) *
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?

ada semua ada..pasti..cuma bila sahj..tp ia pasti berlaku..

dulu aku penh terdegna satu ceramah ke ape ke.nth la..tp yang si dia ni ckap..kalao kita dah buat baik tp kita masih lg di ambang x berapa nk elok...kita jgn sedih..sebb mungkin Allah nk bwk kelebihan yg tadi tu untuk di gunakan di syurga..klo mcm ni berlku..kira cuma berdoa je..tp yg pasti..hr tersebut pasti berlaku..

itu satu k..lg satu,, mungkin juga Allah nk uji si malang yang kene buli ni..jgn la rela hati kene buli..report la ape ke..sebb klo dia x buat..orang akan kene..so Allah mungkin allah nk uji sekadar mana kesedaran si malng itu tadi...sekian..hehe

bgus tak cara aku cakap? smile.gif
akma^82
setiap yang berlaku ade sebab musabab nya...
begitu juga perbuatan...baik buruk perbuatan tuh..pasti ade balasannya..lambat atau cepat saja...samada di dunia atau di akhirat...Tuhan tu maha adil...kita sbg manusia..bersabar dan redha la dgn setiap ketentuanNya...
iriy_cute
tak ingat Firman Allah.. tapi bunyinya macam ni

sekecil pahala (spt biji sawi) akan mendapat ganjarannya
sekecil dosa (spt biji sawi) akan mendapat balasannya
akls
QUOTE(hatihancur @ May 22 2009, 11:44 PM) *
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?

Nanti jumpa la kat padang mahsyar..kat atas dunia ni ko xpayah risau la.
ten2m
QUOTE(hatihancur @ May 22 2009, 11:44 PM) *
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?

x pe. x dapat balasan kat dunia, dapat kat akhirat.. Tuhan Maha Merencana, Dia lebih tahu apa-apa yang sebelumnya mahupun yang akan datang..
isham
allh maha mengetahui dan sangat adil...
kausarkreatif
QUOTE(hatihancur @ May 22 2009, 11:44 PM) *
hairan, kenapa org yg kejam yg sukan menganiyai dan bully org lain tak pulak kena dosa ke , mereka ni sungguh bahagia sentiasa dan puas dg kehidupan setelah sentiasa menganiyi org lain. tak ke mereka dpt balasan kerana menghina, menyakiti hati umat islam yg lain?
cuma nak tahu seorang yg selalu menganiyai, bully , menyakiti hati org lain, dosa ke? ada balasan mereka dari Allah ke?

saya pun kekadang fikir macam anda... tapi bila terfikir macam tu kita ada beberapa option:
1. ikut macam kata member-member kat post di atas, langgar dengan kete atau pijak ramai-ramai.
hati rasa puas dan lega, tapi lepas tu what?!... kita pun dah jadi macam diorang yg suka membuli atu ngutuk org lain...
2. anggap dia (yg membuli/ngutuk org) sebagai "objek" yg digunakan Tuhan utk menguji kesabaran dan ketabahan kita.
kalau dah "objek" tu depa tu siapa... nothing!
3. yg ini tahap paling tinggi, saya pun susah nak buat... maafkan dia dan yakin bahawa ada "ganjaran utk kita" di sebalik apa yg kita alami dari Tuhan. Macam ada kisah sorang warak (siapa nama tak ingat), bila ada org umpat dia dia bagi hadiah kpd org tu, sebab dgn umpatan tadi dia (org warak tu) dapat pahala.

Hidup ini terlalu berharga untuk diambil terlalu serius atau terlalu mudah. KLIK DI SINI UTK MAKLUMAT LANJUT
semuthitam84
Allah maha mengetahui dan Allah maha adil... smile.gif
AkuDanSepatuku
QUOTE(hatihancur @ May 23 2009, 08:18 AM) *
ada seseorang di ofis tu sentiasa menyakiti hati orang, membuli, menghina dan sentiasa membuat org lain stress dan murung oleh keran perbuatan nya, tapi dia nya setelah menyakiti byk org tapi sentiasa puas dengan perbuatan nya dan merasa dirinya tinggi kerana tiada siapa boleh menghalangnya. hairan kenapa dia tidak menerima balasan, mungkinkah kerana dia ni terlalu bijak pandai dg tipu muslihatnya. tapi byk org jadi mangsanya dan tiada siapa berani menyuarakan nya atau tiada tindakan di buat pada nya, dia sentiasa berpuas hati. kejam dan durjana sungguh perbuatan nya.

sabar..sesungguhnya sabar itu adalah separuh dpd iman

org mcm tu akan ada balasan yg lebih dahsyat menimpa kt dia satu hari nnt. mmg yg jahat ni lmbt sikit nk terima balasan tp balasan tu mmg ada. jgn risau. Allah lebih suka kpd org yg sabar.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.