Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Lokasi Kedai Makan Menarik Di Alor Setar - Jitra ( Kedah )
Mesra.net Forum > Discovery Travels & Tour > Malaysia - Tempat-Tempat Makan Yg Best
adioz88
First of all, saya tinggal di kawasan berhampiran jadi terpanggil jugak nak share lokasi yang best untuk makan-makan.
Mana tau kalau ada user datang sini nanti, boleh cuba satu2 kedai pardon.gif
Saya mulakan dari Jitra dulu hingga ke Alor Setar.


Jitra

Chan Corner dan Mak Ngah Corner
- Lokasi lama, berhadapan SHELL Tanah Merah , Jitra atau tepi jalan utama menuju ke Tasik Darulaman. Lokasi ni memang ramai orang tak kira siang malam. Siang, student IPT conquer. Malam, student + org awam. Sekarang lokasinya di tapak pasar malam Tanah Merah. Dalam 150 meter dari tapak asal. Istimewanya dua2 kedai ni sebab harga makanan yang murah dan ada menu istimewa. Kalau tanya sesetengah tempat tak ada rasanya. Dan kalau tanya kat sesetengah org terutama orang luar, mau heran . Di dua2 kedai ni ada sediakan nasik kawin. Mula2 dulu ingatkan apa benda. Nasik ni ada lauk ayam macam nasik ayam , telur goreng, sup dan cili..Semua lengkap atas sepinggan nasik. Harga? Kadang2 RM2 aja..Selalunya RM3.
Murah sangat banding dengan menu lain. Yang utamanya ialah sedap, puashati, lauk banyak..Lain2 menu pun ada dan sedap.Boleh lah cuba.Saya punya tank tak cukup penuh nak try.


Sekitar Parking Site Pasaraya Yawata, Jitra
Di sini, banyak stall. Hampir kesemua jual charkueyteow sebagai menu utama. Harga pun ok. Kadang2, tak cam kedai mana yang p dulu2. Sebab ramai sangat orang .kawasan sampai ke Kolej Komuniti Jitra. Dulu ada kawan berniaga di situ tapi dah pindah ke lokasi baru. Sebab expand business. Tengok gaya, untung besar .Hehe.

Alor Setar

Nasik Kandar Ali
Lokasinya di jalan utama Anak Bukit. Betul2 tepi jalan. Kedainya tak lah besar. Tapi, makanannya sedap+bersih. Tak macam sesetengah kedai nasik kandar. Kedai yang simple. Harga untuk sepinggan nasik+ ayam masak madu + kuah campur2 dan segelas Teh O Ais Limau = RM5.mega_shok.gif
Ok lah tu. Diorang ni, buat air pun kita boleh nampak. Kedai depan rumah aja. Staf2 TUDM dari Penang pun bila datang Alor Setar singgah situ makan.

Nasik Lemak Royale
Lokasinya merata Alor Setar. Yang saya tahu di Anak Bukit, dalam 100 meter dari Nasi Kandar Ali. Ini pun stail macam nasik kandar. Memang puas hati. Lokasi lagi satu, di jalan utama ke pekan jitra. Depan pasaraya Yawata. Percaya la, makan sebungkus pun dah kenyang.

Nira Nipah
Nira nipah, mesti ramai tak pernah rasa atau tengok. Malah ada yang anggap pelik. Nira nipah ni bagus untuk sejukkan badan, cuci buah pinggang. Sedap, memang sedap. Manisnya, original. Bukan ditambah gula. Nak cakap banyak, tak reti. Feel it, taste it, love it yahoo.gif . Terai la. Kalau nak untung, beli yang dalam bungkusan. RM3 sebungkus. RM1 per cawan. Saya secawan tak cukup kalau badan tengah rehydrate + panas. Mau 2 cawan. Atau, sebungkus terus. Hehe.Lokasinya, di pekan Kepala Batas. 30 meter dari Petronas Batas. Mengadap Pejabat Post Kepala Batas. Ini kepala batas kedah, bukan penang ya. Nanti dok cari kat sana pulak. Haru nanti.

Sup Puyuh+ Air ubat ( air akar pokok2 hutan )
Lokasinya di Gelam. Cara nak p, kalau dari Pacific Star Parade, hala ke arah Timur. Jumpa simpang 3, ambik kiri. Kemudian tak sampai 10 meter lagi satu traffic light ambik kanan. Dalam 10-15 minit dari situ, jumpa la. Kedudukan agak jauh dari pekan. Jalan nak ke Pendang dah . Tapi kedainya tepi jalan .Kalau tak jumpa, boleh tanya orang.
Sup puyuhnya memang sedap. Kalau yang dok angin2 badan, nak demam. Try pekena sedas dua. Mesti berpeluh badan, angin badan kurang. SUpnya agak pekat tapi bagi saya, dah cukup tip top dah. Nak makan dengan nasik pun boleh. Tengah taip ni, jadi sangap sup tu pulak. Rasanya esok nak p gelam tapau bawak balik makan dengan family
Air istimewa kat situ, saya dok sebut air ubat aja. Airnya sekilas pandang macam kopi. Bila dihirup, rasa macam air rebusan akar kayu.Pahit, tapi tak la pahit sangat. Saya boleh habiskan seteguk aja. Pahit2 ubat aja. Dua kombinasi ni, rasa badan agak segar dan bertenaga. kedainya pun penuh dengan akar kayu. Dalam rak ada, kat dinding dia gantung batang pokok apa entah.hehe..try la...tak jumpa, tanya orang setempat.lokasi sama dengan laksa gelam.


lain2 nanti saya update...tangan dah keraih ni

haszlena
makasih for info, lama dh tak balik jitra. rindu plak rasanya.
adioz88
QUOTE(haszlena @ Jun 1 2009, 09:45 PM) *
makasih for info, lama dh tak balik jitra. rindu plak rasanya.

saya pun nak attack lagi tempat makan
ada setengah tu, konon2 nak pergi try aja
tapi sampai 2-3 kali try
give_rose.gif
AnamanJa
kat kopitiam la.....best.....orang ramai, makanan ok, harge leh tahan..

dah lame tak balik kg...
arituh balik igt nak singgah pekan rabu tapi tak sempat lak.
tak byk berubah rupenyer tapi aku cayang gak....

my sweet home... mmuahh
syima
Nasik Kandar Ali
Lokasinya di jalan utama Anak Bukit. Betul2 tepi jalan. Kedainya tak lah besar. Tapi, makanannya sedap+bersih. Tak macam sesetengah kedai nasik kandar. Kedai yang simple. Harga untuk sepinggan nasik+ ayam masak madu + kuah campur2 dan segelas Teh O Ais Limau = RM5.
Ok lah tu. Diorang ni, buat air pun kita boleh nampak. Kedai depan rumah aja. Staf2 TUDM dari Penang pun bila datang Alor Setar singgah situ makan.

Nasik Lemak Royale
Lokasinya merata Alor Setar. Yang saya tahu di Anak Bukit, dalam 100 meter dari Nasi Kandar Ali. Ini pun stail macam nasik kandar. Memang puas hati. Lokasi lagi satu, di jalan utama ke pekan jitra. Depan pasaraya Yawata. Percaya la, makan sebungkus pun dah kenyang



kalu aku balik as..
aku makan hari2 nih

aritu mak aku balik alor star
aku minta dia tapaukantttttttttt bestttttttttttttttttttt
5 jam dok dalam bas tu kekeke
tapi tak basi2
besttttttttttttttttttttt
PuteriKayangan
perka leh join ke? hehehe..
kt sana pun ada makanan yg femes2 gak .. good.gif
tok_nadok
Info yang menarik..... aku pun org jitra tp dah lama merantau ke kota raya bila balik jitra tengok banyak dah berubah bukan saja kat jitra malah pekan tanah merah yang dulunya penuh dengan estet getah tp kini penuh dengan kawan perumahan dan pesat mambangun...
lengkuas_manis
1) Nasi Kandar Royale - lokasi kt Anak Bukit..mmg best mkn nasi kandar kt cni..walopn nasi dia mcm kureng sket (mengikut deria rasa LM), tp kuah dia superb..tp ai tetap suke mkn kt cni..sbb ai mmg suke mkn nasi kandar..ekekeke..

2) Restoren Mee Kamal - lokasi kt Anak Bukit gak..dkat2 ngan Pumpong..best mee goreng kt cni..sedappp!

3) Restoren Nasi Kandar Yasmeen - lokasi kt area Jln Stadium..ini mmg syurga nasi kandar..nasinya sedap..ahaks ahaks..lauk pauk pn mengancam..mmg nasi kandar idaman hati..setiap kali LM blk umah, inilah tpt mkn yg wajib LM pegi..hehe..

4) Char Kuayteow - lokasi kt Tanah Merah..gerai dia tepi jalan aje..tp mmg best char kuayteow dia..marbeles..ni bkn yg kt are Yawata tu tau..ni yg kt area2 Restoren Keluarga Ahmad tu..area2 ctu la..tgk tukang masak dia yg pkai lebai tu haaaa tu la dia..sedap2..

5) Restoren Pumpong - lokasi kt Pumpong la..jln Anak Bukit..best lunch kt cni..byk pilihan lauk..LM suke ikan bakar dia..layannnnnn!
kaboom
mee abu jgn lupa derr yahoo.gif
minakumari
Kalau nak makan mee / bihun sup kat Alor Setar, cuba lah makan dekat Pacific Mall

Selera Mee Sup, murah sahaja RM3.00 Special RM3.50, saya selalu makan kat sini

Bagi yg ada GPS key in saja coordinate ni

N6.07960 E100.36251
minakumari
Kalau nak makan Nasi Ayam Garing Best

Dekat Pacific Mall juga bersebelah dengan Selera Mee Sup juga

memang best
minakumari
Kuehteow Kerang Bakari
Medang Selera Simpang Kuala

Harga murah cuma RM2.50
Special RM3.00 ( udang banyak)

Cuba lah disini, kalau dtg sebelah malam mungkin tak sempat, sebab ia selalu crowded dengan orang yg selalu makan

GPS koordinate N6.09801 E100.36684



lengkuas_manis
QUOTE(kaboom @ Jun 30 2010, 08:33 PM) *
mee abu jgn lupa derr yahoo.gif



Mee Abu mmg superb!!!!!!!!! wub.gif layan giler okeh mkn mee rebus ngan mee goreng kat Mee Abu tu..bestttt!!! good.gif
juadah
Salam semua.

Kalu saya ke Alor setar, saya suka pi makan di :

1. Nasi Kandar HJ Ramli (simpang 4, kangkung)

2. Mee, beehun sup, laksa (Bangunan UKir)

3. Restoran Pumpong - utk lunch..banyak sungguh lauk2nya termasuk ikan bakar

4. Mee Abbas di Kuala Kedah - ada pasembor, rojak dll


Cubalah.... Ada info tentang makanan ni semua di http://juadahmalaysia.com
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.