Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Jangan Korek Telinga Anda !
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
tekno


Risiko Mengorek Telinga. Wajarkah Amalan Ini Diteruskan ?...

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?


Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.


Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans.

Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.


Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telinga

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

thoghele
wa maklumat yg lengkap bro... clapping.gif
sherina_atthira
TQ
tekno
jangan baca je.. amalkan ya
sweetnina
good info there
mylifeagel
QUOTE(tekno @ Aug 23 2009, 09:49 AM) *
jangan baca je.. amalkan ya



ops... terasa kena sound camtu... hahhahha oops.gif

aku ni mmg korek telinga da jadi mcm habit.... mmg kena ada dlm aktiviti harian aku... stok putik kapas tu da mcm stok garam... takde garam takleh masak.. takde putik kapas... huru hara idup aku... rase mcm penuh je taik telinga.. walhal baru je korek pagi tadi.. la ni da ptg pun carik putik kapas lagi... hahhahha
Kopite
tapi kalau kucing yg kita bela kalau x korek telinga dia.....silap aribulan berkurap telinga dia.
syima
aku tengok ada orang ni tak penah korek taik telinga dia
kalu duduk sebelah dia bleh bau taik telinga dia
busuk giler
pastu kalu tengok telinga dia..ada mcam wax2 tuh
mylifeagel
QUOTE(syima @ Aug 28 2009, 07:01 PM) *
aku tengok ada orang ni tak penah korek taik telinga dia
kalu duduk sebelah dia bleh bau taik telinga dia
busuk giler
pastu kalu tengok telinga dia..ada mcam wax2 tuh



eeeeeeeeeeeeee...................... wacko.gif
iriy_cute
yup2, mmg bahaya guna besi tuh..
dulu masa sekolah byk yg keras, skrg ni lembut je la
hitomi07
kenape nk pki besi? pki je la putik kapas. selamat. tp xyah la ganas2
natrah
bole kalo nk korek tinga.tp jgn gelojoh sgt.cm aku salu gk alami tinga tersumbat.mmg kene g klinik.
masukkan ubat,bagi cair taik tinga,then nt doc sedut gune alat die.
salu sgt dah.mula takot gak.lame2 ok..rase lega bile dah sedut tek tinga.hehehe.
tinga aku mmg sensitif..kalo korek ngn putik kapas.sure tak dengar trus..
hoho
rugi la kalu tak le korek...
syima
aku pakai jer
sunyi


korek ni sedap n layannnnnnnnnnnnnnnn
Shaer
Kurik mengurik...ahaaaaiiiiii
Kurik mengurik........!

Kalau Jenis Taik telinga kering....nak pakai putik kapas...macamana??????
thoghele
dengar la nasihat yg pakar
orang penat belajar tentang taik tlinga hehehe
lengkuas_manis
QUOTE(syima @ Aug 28 2009, 07:01 PM) *
aku tengok ada orang ni tak penah korek taik telinga dia
kalu duduk sebelah dia bleh bau taik telinga dia
busuk giler
pastu kalu tengok telinga dia..ada mcam wax2 tuh


pnh gak mengalami situasi spt ini..
3 ari x lalu mkn..euwwww! wacko.gif
tirmidzi

kalu korek idung la mcm mane?.. takkan taik udung tuu kuar sendiri kottt... ee.. yek yek..
aresun
jangan langsung tak korek. nanti taik telinga keras sangat anda akan sakit telinga, telinga kurang dengar. Yang tak boleh tu ialah korek hari2.
al-taf


Kalo guna vakum ok tak.. biggrin.gif
arifhazwan
QUOTE(al-taf @ Sep 26 2009, 10:47 PM) *
Kalo guna vakum ok tak.. biggrin.gif


nescaya bersih telinga anda
aresun
QUOTE(arifhazwan @ Sep 27 2009, 12:06 AM) *
QUOTE(al-taf @ Sep 26 2009, 10:47 PM) *
Kalo guna vakum ok tak.. biggrin.gif


nescaya bersih telinga anda



maka gegendang telinga anda akan disedut sekali
kamasutrabm
korek2 hari2 x pedih lobang telinga ka?
adoi... aku korek gak tp ala kadar jela..
lg stim korek ehem2
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.