Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cantik
Mesra.net Forum > Social & Societies > Hal Ehwal Islam
ashkaf
Bismillah…

Semalam ‘cikgu’ saya bercerita tentang konsep narcissism yang berasal daripada hikayat mitos Greek.

Ada seorang budak lelaki yang cantik bernama Narcissus. (a beautiful boy – sungguh, kami senyum-senyum mahu ketawa mendengar istilah ini) Kecantikannya dikagumi semua orang termasuklah para Tuhan (nota: Greek mempercayai banyak Tuhan) sehinggakan Tuhan-tuhan ini ada yang turun ke bumi untuk bersahabat dengan budak lelaki tersebut. Malangnya, budak lelaki tersebut terlalu megah dan sombong akan kecantikannya yang kononnya tidak dapat ditandingi di serata alam, lalu menolak huluran persahabatan oleh Tuhan-tuhan. “Aku terlalu cantik untuk berkawan dengan kamu!”

Tuhan itu berasa murka, lalu berkata, “Jangan terlalu megah dengan diri sendiri kerana kemegahan itu akan menghancurkan kamu!”

Suatu hari, budak lelaki tersebut berjalan di tepi sungai. Buat kali pertama, dia melihat pantulan wajahnya di dalam air. “Alangkah! Aku tidak pernah melihat wajah secantik ini!” Budak lelaki itu terlalu asyik dengan kecantikannya sehingga terlupa melakukan aktiviti-aktiviti hariannya termasuklah makan dan minum. Akhirnya dia mati kebuluran.

Tamat. (Sesiapa nak ketawa silakan, kerana cerita ini mempunyai unsur lelucon yang kurang dapat diterima akal)

Gelak, gelak juga.

Tapi, siapa yang dapat menafikan kecantikan itu boleh melalaikan? Kembali saja kepada diri kita sendiri, berapa lama kita mengahadap cermin bila hendak keluar rumah? Kadang-kadang boleh mencecah 30 minit (oh, ini sedikit unsur hiperbola). Memicit jerawat sudah beberapa minit. Toner, pelembap muka, bedak, mekap… lagi? Rambut? Kalau perempuan, tudung lagi… Mungkin ada yang jumlah waktu menghadap cerminnya melebihi jumlah waktu solat. Iyalah, solat 5 minit, 5 kali baru 25 minit. Aduhai… Siapa-siapa yang terasa (saya lah tu), lepas ni boleh kurangkan waktu melihat cermin. Kalau tak boleh juga, mungkin perlu panjangkan waktu solat. Lama-lama, boleh la tu. (Solat itukan mendidik kita berdisiplin)

Saya ada terfikir, “sebab tu bila tengok cermin kena baca doa.”

اللهمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِيْ

Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkan (perbaiki) pula akhlakku. [Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaghul Ghalil]

Namun, menurut Ibn Taimiyyah, hadith ini tidak terbatas kepada melihat cermin sahaja, sebaliknya ia adalah doa umum memohon akhlaq yang baik dan terpuji. (Nota: Rujukan – 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Us Zahazan Mohamed)

Kenapa kena selalu baca doa? Kenapa akhlak yang baik dikaitkan dengan kejadian rupa bentuk kita? Sebab kita selalu lupa, kita ni ciptaan Dia. Tubuh fizikal kita (yang dikatakan cantik itu) semuanya pinjaman. Jangan terlalu berbangga dengan kecantikan sehingga mempamerkan seluruh perhiasan (baca: tubuh) kepada ajnabi. Jangan terlalu berbangga sehingga kita memandang rendah orang lain (yang dilihat kurang cantik, kononnya). Jangan terlalu berbangga hingga leka dengan tanggung jawab kepada Allah; BERSYUKUR!

Agar dengan doa, kita akan merendahkan diri di hadapan Tuhan (dan manusia), kita mengakui kekuasaan Tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian, kita mengakui kehebatan Tuhan yang boleh menarik balik nikmatNya pada bila-bila masa. Dan, supaya kita ingat, “Takde maknanya rupa cantik tapi perangai buruk!” Kerana akhlaq itu buah amal, amal itu buah iman. Iman (dan taqwa) menentukan darjat kita di sisi Tuhan. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
domesticgoddessnot
uish mujur juga jadi org tak lawa ni. aku tak suka tgk cermin. biggrin.gif
ashkaf
QUOTE(domesticgoddessnot @ Jun 28 2009, 10:22 PM) *
uish mujur juga jadi org tak lawa ni. aku tak suka tgk cermin. biggrin.gif

u r rite dome. friends.gif

mak saya selalu kata, kalau tengok cermin lama2, seri wajah akan pudar.

yg tercapai dek akal saya bila mak saya kata macam tu adalah;

"bila kita tenung cermin lama2, belek2 muka sana sini, mulalah bakal nampak pipi sini senget, rahang ni besar sebelah, apasal bibir tak berapa nak lawa bentuknya dan sebagainya. Maka kita akan mula merungut dan berazam untuk merubah apa yg terdaya. jadilah kening dipantis, hidung di plastik surgeri dsb. Automatik, TIDAK BERSYUKUR!"

barang dijauhkan Allah dari saya bersifat demikian. tak cantik rupa pun tak apalah. asalkan akhlak sebagai bunga diri itu cantik, InsyaAllah. sama2lah kita mendoakan satu sama lain. Amiin.
fsyukri
sy tgk cermin hanya ketika:

1. ckur misai dan side burn serta trim janggut...
2. picit jerawat...
3. sikat rambut...
4. cek gigi...
sitizulaika
cam ne kalo dunia ni tada cermin ekk.. unsure.gif
ouyangfeng
kalau dunia ni takde cermin, takde la pempuan yg bergincu, bercelak, berhias lama2 sampai suami tertunggu2 kat luar..dan fsyukri tak dapat ler nak picit jerawat sleep.gif
fsyukri
QUOTE(ouyangfeng @ Jun 30 2009, 09:08 AM) *

xde cermin pun, still pct jrwt.. biggrin.gif
onemesra
cermin2kanlah dri anda happy.gif
rummenigge
td aku gi kedai tgk ayam korma tu.. x cantik pun.. tp try jer la... semalam dah ambik ayam goreng kan... sekali.. eh, sedap plak.
tiket
QUOTE(rummenigge @ Jul 2 2009, 03:10 PM) *

asal makanan jer semua ko sedap
rummenigge
QUOTE(tiket @ Jul 2 2009, 03:39 PM) *

salah.

tempoyak : x cantik dan x sedap

air soya : cantik tp x sedap.
tiket
QUOTE(rummenigge @ Jul 2 2009, 03:54 PM) *
QUOTE(tiket @ Jul 2 2009, 03:39 PM) *
QUOTE(rummenigge @ Jul 2 2009, 03:10 PM) *
td aku gi kedai tgk ayam korma tu.. x cantik pun.. tp try jer la... semalam dah ambik ayam goreng kan... sekali.. eh, sedap plak.

asal makanan jer semua ko sedap

salah.

tempoyak : x cantik dan x sedap

air soya : cantik tp x sedap.

tempoyak betul mmg xsedap dan tak cantik dan busuk pulak tu
air soya cantik dan sedap ler, soya original kat bazar ramadhan letak ice ngan cincau

ade kaitan ke kecantikan makanan dengan topik ni..ade kene sound lak karang happy.gif
ashkaf
hari ni dok suh orang back to the topic je. dah laa gue flu, kena kuarantin plak. dapat pulak kawan2 yg berseronok OT. menci tauu cray.gif jangan laa degil awak2 semua... cray.gif
tiket
back to the topic

"kecantikan adalah hak milik setiap insan"..iklan oley kot
ashkaf
QUOTE(tiket @ Jul 2 2009, 05:16 PM) *
back to the topic

"kecantikan adalah hak milik setiap insan"..iklan oley kot

ni OT la jugakkk... cray.gif
onemesra
QUOTE(ashkaf @ Jul 2 2009, 04:54 PM) *
hari ni dok suh orang back to the topic je. dah laa gue flu, kena kuarantin plak. dapat pulak kawan2 yg berseronok OT. menci tauu cray.gif jangan laa degil awak2 semua... cray.gif

warga mesra nie klau tak OT tak sah...hrap ashkaf bsabar ye laugh.gif
kaunseler
kena ada cermin kat dunia ni..baru dapat melahirkan golongan bersyukur.. yang taknak bersyukur tu, lantak dia lah..
fsyukri
bab OT ni, mesti aku terpalit gk..adui..
akma^82
cantik nie subjektif kan...ade yg dah cantik rase diri masih tak cantik..yg tak cantik pulak...kalu akhlaq dia cantik..otomatik muke pun berseri2 jerk...bercermin tu perlu..tp jgn la berjam2 dok depan cermin..dok belek sane sini pastuh merungut itu ini pulak...pastuh mule la dlm otak nak pasang angan2 cam arwah maikel jaksen penah buat.. biggrin.gif kalu merungut pasal jerawat kat muke takpe kot..wkekekekeke...

fsyukri
QUOTE(akma^82 @ Jul 3 2009, 12:58 PM) *

akma cantik ape.
thoghele
QUOTE(fsyukri @ Jun 29 2009, 04:05 PM) *
sy tgk cermin hanya ketika:

1. ckur misai dan side burn serta trim janggut...
2. picit jerawat...
3. sikat rambut...
4. cek gigi...

btol3x..
fsyukri
QUOTE(thoghele @ Jul 3 2009, 07:59 PM) *
QUOTE(fsyukri @ Jun 29 2009, 04:05 PM) *
sy tgk cermin hanya ketika:

1. ckur misai dan side burn serta trim janggut...
2. picit jerawat...
3. sikat rambut...
4. cek gigi...

btol3x..

tiru org... dry.gif
akma^82
QUOTE(fsyukri @ Jul 3 2009, 07:10 PM) *
QUOTE(akma^82 @ Jul 3 2009, 12:58 PM) *
cantik nie subjektif kan...ade yg dah cantik rase diri masih tak cantik..yg tak cantik pulak...kalu akhlaq dia cantik..otomatik muke pun berseri2 jerk...bercermin tu perlu..tp jgn la berjam2 dok depan cermin..dok belek sane sini pastuh merungut itu ini pulak...pastuh mule la dlm otak nak pasang angan2 cam arwah maikel jaksen penah buat.. biggrin.gif kalu merungut pasal jerawat kat muke takpe kot..wkekekekeke...

akma cantik ape.

jerawat aku dah susut..parut je la skang.... sleep.gif
ouyangfeng
QUOTE(fsyukri @ Jun 30 2009, 07:50 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Jun 30 2009, 09:08 AM) *
kalau dunia ni takde cermin, takde la pempuan yg bergincu, bercelak, berhias lama2 sampai suami tertunggu2 kat luar..dan fsyukri tak dapat ler nak picit jerawat sleep.gif

xde cermin pun, still pct jrwt.. biggrin.gif

jangan sampai tersembur isi jerawat tu dah le...malu kat bakal mertua sleep.gif
fsyukri
QUOTE(akma^82 @ Jul 4 2009, 10:25 AM) *

kene makan RJ lbh ni.
fsyukri
QUOTE(ouyangfeng @ Jul 4 2009, 12:52 PM) *
QUOTE(fsyukri @ Jun 30 2009, 07:50 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Jun 30 2009, 09:08 AM) *
kalau dunia ni takde cermin, takde la pempuan yg bergincu, bercelak, berhias lama2 sampai suami tertunggu2 kat luar..dan fsyukri tak dapat ler nak picit jerawat sleep.gif

xde cermin pun, still pct jrwt.. biggrin.gif

jangan sampai tersembur isi jerawat tu dah le...malu kat bakal mertua sleep.gif

xpe, mertua sporting.
ouyangfeng
QUOTE(fsyukri @ Jul 4 2009, 01:27 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Jul 4 2009, 12:52 PM) *
QUOTE(fsyukri @ Jun 30 2009, 07:50 PM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Jun 30 2009, 09:08 AM) *
kalau dunia ni takde cermin, takde la pempuan yg bergincu, bercelak, berhias lama2 sampai suami tertunggu2 kat luar..dan fsyukri tak dapat ler nak picit jerawat

mertua pun satu geng picit jerawat kot? sleep.gif
fsyukri
QUOTE(ouyangfeng @ Jul 4 2009, 01:53 PM) *

erk...nth.
siang_malam
cantik ni subjektif........

yg penting cantik hati nya.
zulu
QUOTE(siang_malam @ Jul 7 2009, 10:53 AM) *
cantik ni subjektif........

yg penting cantik hati nya.

gua setuju...

bila hati cantik.. akhlak pun cantik...

pandang zahir mengelirukan... pandang batin itu yang nyata...
fatamorgana
cantik boleh dinilai dengan pelbagai nilaian menurut penilaian orang yg menilai...

berbeza penilai, maka berbezalah jua akan penilaiannya...

si A kata cantik, tapi si B plak kata tak cantik...
bila si B kata cantik, tak semestinya si A akan kata cantik gak...

so, cantik itu suatu nikmat yg Allah berikan buat umat manusia berfikir...bukannya disalahgunakan seperti yg dipampangkan kat merata-rata tempat...

yang cantik itu bermula dari pandangan mata...
GoSky
Sbb tu tuhan (allah) menjadikan manusia itu ada sepasang mata supaya dapat melihat objek yang cantik dan yang tak cantik, supaya manusia boleh mengubahnya yang tak cantik kepada yang cantik dengan menggunakan akal fikirannya.
ouyangfeng
QUOTE(GoSky @ Jul 7 2009, 05:34 PM) *
Sbb tu tuhan (allah) menjadikan manusia itu ada sepasang mata supaya dapat melihat objek yang cantik dan yang tak cantik, supaya manusia boleh mengubahnya yang tak cantik kepada yang cantik dengan menggunakan akal fikirannya.

matlamat tak menghalalkan cara
GoSky
Kalau tak cantik...maka tak menarik....so kita kena cerdik...

cikgu_murni
blum.gif
tiket
QUOTE(cikgu_murni @ Jul 7 2009, 11:38 PM) *
blum.gif

cantik cikgu murni anak mami tanjung, sangat sesuai dengan bunga tanjung give_rose.gif
fsyukri
QUOTE(GoSky @ Jul 7 2009, 11:34 PM) *
Kalau tak cantik...maka tak menarik....so kita kena cerdik...

bile dah menarik, banyak plak mata memandang...
kalau pompuan tu menarik, tu sbbnye lelaki sanggup bertunmbuk sbb nak menawan si dara...
dan kerana menarik gak, ramai anak luar nikah kene buang merata2 tmpt.
GoSky
QUOTE(fsyukri @ Jul 8 2009, 12:20 AM) *

wakakakka itu saudara ambik dari faktor negative jer.....faktor positivenya mana.....yasser arafat pun boleh tertarik dengan wanita kristian lalu mengambilnya sebagai isteri.....(betul kan kalau salah)...

cantik menarik cerdik...kalau nak dinisbahkan pada agama, maka semuanya kena mengikut 'pandangan' Allah.

Kalau nak dinisbahkan pada nafsu, berbogel itu lebih cantik dari berpakaian seksi sleep.gif

Nabi s.a.w. telah bersabda :

"Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan ke atas Allah." (HR. at-Tirmizi)
ouyangfeng
QUOTE(GoSky @ Jul 8 2009, 12:24 AM) *
QUOTE(fsyukri @ Jul 8 2009, 12:20 AM) *
QUOTE(GoSky @ Jul 7 2009, 11:34 PM) *
Kalau tak cantik...maka tak menarik....so kita kena cerdik...

bile dah menarik, banyak plak mata memandang...
kalau pompuan tu menarik, tu sbbnye lelaki sanggup bertunmbuk sbb nak menawan si dara...
dan kerana menarik gak, ramai anak luar nikah kene buang merata2 tmpt.

wakakakka itu saudara ambik dari faktor negative jer.....faktor positivenya mana.....yasser arafat pun boleh tertarik dengan wanita kristian lalu mengambilnya sebagai isteri.....(betul kan kalau salah)...

yasser arafat bukan Nabi. jadi tak maksum.. sleep.gif
GoSky
QUOTE(ouyangfeng @ Jul 8 2009, 12:26 AM) *
Kalau nak dinisbahkan pada nafsu, berbogel itu lebih cantik dari berpakaian seksi sleep.gif

Tapi setelah berbogel, adakah benar-benar cantik daripada berpakaian seksi...
ouyangfeng
QUOTE(GoSky @ Jul 8 2009, 12:29 AM) *
QUOTE(ouyangfeng @ Jul 8 2009, 12:26 AM) *
Kalau nak dinisbahkan pada nafsu, berbogel itu lebih cantik dari berpakaian seksi sleep.gif

Tapi setelah berbogel, adakah benar-benar cantik daripada berpakaian seksi...

itu kalau dinisbahkan pada pandangan nafsu...jadi, bila bicara soal islam, maka kena ikut ketetapan syariat. sleep.gif
sitihanglipo
kalau nek nak pakai perhiasan cantik agar setanding dengan orang zaman sekarang boleh ker????

macam mana dengan ayat ini?

"Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang di keluarkan untuk hamba2NYa dan rezeki yang baik baik ?"

(surah A-A'raf :32)

dan perhiasan yang bagaimana untuk kaum ADAm ( give_rose.gif =)
GoSky
QUOTE(sitihanglipo @ Jul 8 2009, 05:18 PM) *
kalau nek nak pakai perhiasan cantik agar setanding dengan orang zaman sekarang boleh ker????

macam mana dengan ayat ini?

"Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang di keluarkan untuk hamba2NYa dan rezeki yang baik baik ?"

(surah A-A'raf :32)

dan perhiasan yang bagaimana untuk kaum ADAm ( give_rose.gif =)

Bagi pendapat aku jawapanya "YA"....bukan setakat setanding tetapi tidak tertanding....lalu melutut kat nenek...hehhehehe...kan cantik itu menarik dan bila menarik maka akan tertarik...
syima
aku suka tengok muka aku kat cermin.
aku suka idung aku yang bulat ni. tak sama cam orang lain yang idung mancung. hehe
fsyukri
QUOTE(GoSky @ Jul 8 2009, 12:24 AM) *
QUOTE(fsyukri @ Jul 8 2009, 12:20 AM) *
QUOTE(GoSky @ Jul 7 2009, 11:34 PM) *
Kalau tak cantik...maka tak menarik....so kita kena cerdik...

bile dah menarik, banyak plak mata memandang...
kalau pompuan tu menarik, tu sbbnye lelaki sanggup bertunmbuk sbb nak menawan si dara...
dan kerana menarik gak, ramai anak luar nikah kene buang merata2 tmpt.

wakakakka itu saudara ambik dari faktor negative jer.....faktor positivenya mana.....yasser arafat pun boleh tertarik dengan wanita kristian lalu mengambilnya sebagai isteri.....(betul kan kalau salah)...

xde2 positifnye kecuali isteri terhadap suami.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2017 Invision Power Services, Inc.