Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Karangan Terbaik Upsr 2007...mesti Baca
Mesra.net Forum > UMUM > Sembang Lawak
Pages: 1, 2
anita
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.



Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.



Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting

Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.



Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.



Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



Nuai
shok.gif tingginya imaginasi budak tu.
al-taf


Pengaruh
anita
QUOTE(Nuai @ Aug 10 2009, 10:47 PM) *
shok.gif tingginya imaginasi budak tu.

itulah bahananyer filem2 imaginasi ni terutamanya pd budak2....
Nuai
QUOTE
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


aku suka perenggan ni laugh.gif

xpe. tinggi imaginasi bermakna otak derang ni cerdas. nak tanya ko ni cikgu ke
xjukie
kelakar giler
JiJaHpOtPeT
kih..kih..kih...aku pon boleh mati baca karangan nie
sweetnina
Walaupun karangan budak ni tak logik..tapi ayat dia tersusun..bagusnyer..ke sudah diedit-edit? Tapi daripada gaya penulisan, budak ni dr kelas pandai ni..
anita
QUOTE(sweetnina @ Aug 13 2009, 08:26 PM) *
Walaupun karangan budak ni tak logik..tapi ayat dia tersusun..bagusnyer..ke sudah diedit-edit? Tapi daripada gaya penulisan, budak ni dr kelas pandai ni..

Sy rasa budak ni ada talent menjadi penulis yg baik asalkan ada bimbingan yg betul..biarlah dia berbakat dlm penulisan yg membawa kebaikan..
noorul
Bahaya ni..
NoReeZ
ALAHAI.... NAK MATI JUGAK RASENYER NIH...
KETAWA TAK HENTI2
TOLONG..... smile.gif
attyd_03
adoiii..budak nih wat karangan tajuk per?

k0npius aku.. unsure.gif
smile_queen
hahaha..
pakat2 gelak baca..
karangan jenis gambaran kot..
haha..xmenahan aku bile dia tulis mak dia sewa helikopter..
ahaha..
sweetnina
QUOTE(anita @ Aug 13 2009, 10:00 PM) *
QUOTE(sweetnina @ Aug 13 2009, 08:26 PM) *
Walaupun karangan budak ni tak logik..tapi ayat dia tersusun..bagusnyer..ke sudah diedit-edit? Tapi daripada gaya penulisan, budak ni dr kelas pandai ni..

Sy rasa budak ni ada talent menjadi penulis yg baik asalkan ada bimbingan yg betul..biarlah dia berbakat dlm penulisan yg membawa kebaikan..



ye..ni karangan jenis cereka, tapi cereka kene logik waima hendak direka-reka sendiri
tgk gaya penulisannya, mungkin dia boleh menulis satu cerita sci-fi dgn baik
apa2 pun, markah dalam UPSR mesti flop kalau hantar karangan cm ni
papamija
dh penah baca karangan ni kt mjlh sklh smkdsa (masarau) thn 1995,tak tau mana dia celup..
sweetnina
Dulu memang ada seorang murid ni tulis karangan mula dengan ayat sebegini

" Pada jam 8 pagi, saya bangun daripada tidur. Selepas saya mandi, saya keluar untuk merompak sebuah kedai...."

memang budak ni kene bebel ngan aku dekat setengah jam(dahsyat kan??) budak kelas pertama tu..belum baca karangan dak kelas lain lagi. biggrin.gif
JPERFUME
wowow.. "A" karangan
nutmeg
BM dia terlalu baik.. kalau betul karangan tu memang dia tulis, malu nya aku, BM aku hancur
nutmeg
QUOTE(sweetnina @ Aug 23 2009, 12:37 PM) *
Dulu memang ada seorang murid ni tulis karangan mula dengan ayat sebegini

" Pada jam 8 pagi, saya bangun daripada tidur. Selepas saya mandi, saya keluar untuk merompak sebuah kedai...."

memang budak ni kene bebel ngan aku dekat setengah jam(dahsyat kan??) budak kelas pertama tu..belum baca karangan dak kelas lain lagi. biggrin.gif


karangan ni satu imaginasi.. nak tau jugak dia nak rompak kedai apa?.. blum.gif
topgunZ
banyak sangat pengaruh komik budak nie
isabella8303
ala..dah baca dalam email yg diforwardkan kat aku oleh kawan2..
memang kelakar..huhuhu..
ouyangfeng
teringat ada sorang budak jawab ujian pengajian Islam (bdk form 3).

soalan : sebutkan tempat2 yg mustajab doa
jawapan : luh mahfuz

maria_clara82
dulu aku mase kecik2 pun suker gak baca alam perwira/pedang setiawan or lingkaran berkunci punya komik..tp takde la merapu mcm budak ni punya karangan..
memang kelakau tahap gaban!! hahahahaha!!! biggrin.gif
buncoh
Hahaha.. memang tak dinaikan - sungguh kelakar!

Mula2 baca aku dah tergelak. Memang agak kreatif budak ni. Cuma ceritanya melampau2.. mungkin imaginasi die.

Dahsyat betul pengaruh kat budak ni.. haha laugh.gif
aaatku
QUOTE(sweetnina @ Aug 23 2009, 12:37 PM) *
Dulu memang ada seorang murid ni tulis karangan mula dengan ayat sebegini

" Pada jam 8 pagi, saya bangun daripada tidur. Selepas saya mandi, saya keluar untuk merompak sebuah kedai...."

memang budak ni kene bebel ngan aku dekat setengah jam(dahsyat kan??) budak kelas pertama tu..belum baca karangan dak kelas lain lagi. biggrin.gif


esk esk T.T sweetnina garangnya
masakbujang
rofl.gif lawak gila.....
arm-kamikaze
Mesti budak nie kuat berimaginasi...hahaha..mmg lawak siot...
Pu'An
nasib baik kita yg bace karangan budak ni tak mati sbb terlalu terkejut. haha...
BosanSelalu
QUOTE(Pu @ Apr 18 2010, 08:54 AM) *
nasib baik kita yg bace karangan budak ni tak mati sbb terlalu terkejut. haha...

kalau kita mati x ader la org yg tau pasal karangan ini
fsyukri
QUOTE(BosanSelalu @ May 19 2010, 07:04 PM) *
QUOTE(Pu @ Apr 18 2010, 08:54 AM) *
nasib baik kita yg bace karangan budak ni tak mati sbb terlalu terkejut. haha...

kalau kita mati x ader la org yg tau pasal karangan ini

aku mati mengejut baca karangan budak ni.
glukosa
Kelakar betoi hahahah. Adoii
aimaniac
QUOTE(fsyukri @ May 20 2010, 11:01 AM) *
QUOTE(BosanSelalu @ May 19 2010, 07:04 PM) *
QUOTE(Pu @ Apr 18 2010, 08:54 AM) *
nasib baik kita yg bace karangan budak ni tak mati sbb terlalu terkejut. haha...

kalau kita mati x ader la org yg tau pasal karangan ini

aku mati mengejut baca karangan budak ni.


Hahahaha. Lagi lawak! blum.gif
venusia
apa yang boleh diklasifikasikan dengan murid ni...terlalu kreatif? imaginative? humor? @ kematangan tidak setara umurnya?
hehe..mesti pening cikgu die wacko.gif hehe biggrin.gif
fsyukri
QUOTE(aimaniac @ May 23 2010, 06:34 PM) *
QUOTE(fsyukri @ May 20 2010, 11:01 AM) *
QUOTE(BosanSelalu @ May 19 2010, 07:04 PM) *
QUOTE(Pu @ Apr 18 2010, 08:54 AM) *
nasib baik kita yg bace karangan budak ni tak mati sbb terlalu terkejut. haha...

kalau kita mati x ader la org yg tau pasal karangan ini

aku mati mengejut baca karangan budak ni.


Hahahaha. Lagi lawak! blum.gif

idup blk dh
tuan tulis
geli ketiak aku!!!.....

hebat betol imaginasi budak 2....mesti pemerikse paper UPSR BM da mati bile pengakhiran marking paper die...
pemandu lori mati....pemandu feri mati....penumpang 100org mati...hand bag mak die koyak...

last2 aku lak yang mati akal kat statment budak nie.... yahoo.gif
fatamorgana
budak ni kata dia pun mati gak...
sape sebenarnya yg tulis erita ni..?
akma^82
malas komen imaginasi budak tuh...
yg aku tahu..kelakar gile...
adoi...tergelak2 aku...
jebat20
haha..aduhai..budak2 zaman sekarang..
matderis
hahaha...budak ni mesti dapat B- .......kenapa x dapat A+,kerana transformer x perlu tekan butang untuk bertukar...salah fakta...hahaha
arisyah
kui3..
nyawa2 ikan aku bc esei bdk nih..
jarn14


Tregedi di bulan Puasa
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat mega_shok.gif sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

hehehehe

lawak-lawakfm.blogspot.com/
kingnocrown
dah besar budak ni mesti bijak!
Majinbuu
Nie mesti anak didik Steven Spilberg nie!!! Imiginasi yang terlampau tinggi!
adelina
mati2 ad baca...
tak tahan betul
ketawa sambil tahan air mata
zekhafizi
besar betul imaginasi budak ni.. boleh buat filem tu.. banyak sangat tengok tv kot..



adelina
banyak banyak kali pun tak bosan
memang lawak gila aah
wolverineconan
rofl.gif bdak ni mental ke ape?
yaya3003
budak ke cikgu budak yg karang nih? blink.gif
pe2..x kesah la..
kelakau tahap gaban nih.... rofl.gif
yana juhairy
QUOTE(yaya3003 @ Jul 12 2012, 02:31 PM) *
budak ke cikgu budak yg karang nih? blink.gif
pe2..x kesah la..
kelakau tahap gaban nih.... rofl.gif



aku ketawa tahap keluor air mata tanpa sedar...hahhaha..tp kena cover sb dlm opis..kahkah rofl.gif
ayunie85
anak sape la yg buat karangan ni...sian kat cikgu dia hahaha laugh.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.