Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kewajipan Suami Dan Isteri Dlm Rumahtangga
Mesra.net Forum > Social & Societies > Perkahwinan & Pertunangan
sherina_atthira
RUMAHKU SYURGAKU....

Hai Kawan-kawan jom kita manfaatkan bersama..Moga pasangan yang alpa boleh bersama-sama membetulkan hubungan yang telah hambar dan yang telah bahgia akan bertambah bahagia. InsyaAllah..

Rajin Ibadat juga taat
Keluarga gembira keluarga bahagia
Tempat tinggal umat yang taat
Jannah indah terletak di Syurga

Siratul-Mustaqim harus dititi
Islam Terpahat di dalam hati
Rumahku itu ialah Baiti
Syurgaku itu ialah Jannati
sherina_atthira
Kewajipan suami dalam rumahtangga, antaranya :

i. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan dan menyediakan kediaman yang selamat dan sesuai untuk keluarga

ii. Melayan isteri dengan baik dan berlaku adil kepadanya, ini kerana isteri adalah amanah Allah yang diserahkan kepadanya

iii. Memberi pengetahuan dan mendidik isteri mengenai hukum Islam

iv. Melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang bahaya

v. Memberi layanan yang baik dan menunjukkan budiperketi yang mulia terhadap isteri

vi. Berlaku adil kepada isteri-isteri sekiranya suami beristeri lebih daripada satu

vii.Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia

viii. Menunjukkan keindahan dan kebaikan di hadapan isteri kerana isterinya menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya

ix. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya

x. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum

xi. Melindungi isteri daripada api neraka

xii. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

xiii. Menggaulinya dengan baik
sherina_atthira
Sebagaimana seorang suami wajib menyempurnakan kewajipan terhadap isterinya, maka lebih2 lagi isteri wajib menyempurnakan kewajipan terhadap suaminya.

Diantara kewajipan isteri ialah :

i. Memberi layanan dan taat setia kepada suaminya

ii. Memelihara kesucian dirinya setiap masa terutama semasa suami tiada. Tidak melayan atau membenarkan lelaki bukan muhrim atau sesiapa yang tidak disukai suami, bergaul dengannya dan dibawa masuk ke dalam rumah.

iii. Membuat sesuatu perkara yang besar atau mustahak dengan izin suami sekalipun mengerjakan sesuatu yang sunat, lebih2 lagi keluar rumah.

iv. Menyempurnakan kemahuan suaminya yang halal pada bila2 masa

v. Memelihara segala amanah dan harta benda suami seperti menjaga hak milik sendiri

vi. Menjaga kebersihan dan kesegaran diri sera berhias untuk suami

vii. Memelihara rahsia pergaulan suami isteri dan tidak menceritakan kpd org lain walaupun pada ibu bapa sendiri, kecuali dalam keadaan tertentu yang boleh mendatangkan mudharat kepada isteri

viii. Sentiasa menunjukkan perasaan yang baik dan menghormati suami
sherina_atthira
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan betapa mulianya isteri yang mematuhi suami sebagaimana
sabdanya yang bermaksud :

Ummu Salamah telah meriwayatkan bahawa nabi s.a.w telah bersabda :

Mana-mana perempuan yang mati walhal suaminya puas hati (rela)
terhadapnya nescaya masuk syurga.
(Riwayat Ibnu Majah dan al-Tirmizi)
sherina_atthira
Abu Hurairah r.a juga telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi enggan melayan ajakan suaminya
itu, maka suaminya tidur dengan marah pada maalam itu, nescaya malaikat mengutuk isteri itu sampai subuh

(Muttafaqun 'Alaih)
abdul82
QUOTE(sherina_atthira @ Aug 24 2009, 08:44 AM) *
Kewajipan suami dalam rumahtangga, antaranya :

iii. Memberi pengetahuan dan mendidik isteri mengenai hukum Islam


Assalamualaikum sherina_atthira,

Kalau diikutkan tanggungjawab suami terhadap isteri amatlah berat, terutamanya dalam bab memberikan pengetahuan agama dan menyuruh agar isterinya melakukan suruhan agama. Saya yakin majoriti yang bergelar suami akan marah kalau isterinya tidak melayan terutamanya di waktu malam. Namun berapa ramai suami yang akan marah bila isterinya tidak menutup aurat, tidak melakukan solat fardhu?

Ini juga termasuk dalam tanggungjawab si suami yang akan ditanya oleh Allah apabila kita bertemu dengan-Nya nanti.



abdul82
QUOTE(sherina_atthira @ Aug 24 2009, 08:52 AM) *
Sebagaimana seorang suami wajib menyempurnakan kewajipan terhadap isterinya, maka lebih2 lagi isteri wajib menyempurnakan kewajipan terhadap suaminya.

Diantara kewajipan isteri ialah :

vi. Menjaga kebersihan dan kesegaran diri sera berhias untuk suami


Bukanlah saya nak mengkritik para-para isteri. Ketahuilah bahawa apabila seorang wanita bergelar isteri, ia seolah-olah sedang memegang kunci pintu syurga.

Tetapi ingatlah para isteri yang diri anda hanyalah untuk suami. Apa yang ada pada diri anda hanyalah untuk suami. Dan hiaskanlah diri anda hanya untuk suami. Zaman sekarang sesuatu yang songsang telah berlaku. Para isteri akan berhias semahu-mahunya apabila menghadiri majlis-majlis di luar dan memakai wangian yang boleh dikatakan keterlaluan.

Tetapi apabila berdua-duaan dengan suami tidak pula mahu berhias seperti tadi. Sepatutnya untuk suamilah segala hiasan diri anda. Bagi para suami pula, apabila isteri telah berhias untuk anda, maka berilah pujian yang sepatutnya kepada isteri anda. Ini kerana isteri amat suka kalau dipuji suaminya. Janganlah mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan melemahkan semangat mereka untuk berhias kepada anda.

Kalau ada salah silap dalam tulisan saya ni, saya minta maaflah yer wink.gif
mrul
Baru-baru ini, saya terfikir mengenai tanggung jawab seorang suami kepada keluarganya…dirasakan begitu berat untuk ditanggung oleh seorang suami…lelaki yang bakal bergelar suami hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya…Membina keluarga bererti bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak….kat sini ade la sket pasal tanggung jawab sorg suami....
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.