Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Erti Perkahwinan Sebenarnya....
Mesra.net Forum > Social & Societies > Perkahwinan & Pertunangan
bunga kertas
Salam...

bunga ni member baru kat sini.
bunga nk minta pendapat kengkawan kat sini.
apa pendapat korang tentang erti sebenarnya perkahwin.

adakah perkahwinan satu perkongsian hidup @ suka?
adakah perkahwinan ni.. kita tgk kwn kita kahwin.. kita pun teringin nk kahwin...?

bagilah pendapat korang
macam bunga sendiri...
perkahwinan diatur oleh keluarga...
tak semua pilihan keluarga adalah terbaik utk kita...
begitu juga dgn pilihan hati kita sendiri
perkahwinan seperti di medan perang
ada kalah ada menang...
yg penting berjuang selagi terdaya
yg lain berserah padaNya..
moga kesudahan adalah yang terbaik utk kita dan semua pihak....
NoReeZ
ERK... NUREEZ LOM KAWEN R KAK BUNGA... give_rose.gif

TAPI, KALAU KAWEN, MESTI LA NAK BAHAGIA, NAK BERKONGSI SEMUANYA (TANGGUNGJAWAB, AMANAH, ETC...)

KALAU NAK BAHAGIA, KENA LA JUJUR, SETIA, AMANAH, SALING MEMBERI & MENERIMA, SALING CINTA MENCINTAI, IKHLAS, TERIMA PASANGAN SEADANYA,
aylin
kalo perkahwinan tu bahagia memang seronok sangatkan! kawin dah lama pun mcm baru je.. mcm aku kawin ngan best fren sendiri ni kes cinta lepas kawin..dari sek dah kenal..masing2 dah kenal perangai sendiri..10 thn kawin takde masalah(harap2 utk selamanya lah).suami tetap cam dulu..kelakar..romantik..loving..caring..yelah dulu masa muda berangan nak dpt suami hensem..kaya..alim .baik..etc..tapi manusia x pernah sempurna yg sempurna hanya Dia...walau x sesempurna mana tapi bagi aku dia yang terbaik untuk aku..so bagi aku perkahwinan tu kita menerima dan memberi dgn ikhlas...cintailah suami/isteri tanpa syarat..x kisahlah cinta sebelum kawin ke ..cinta lepas kawin ke yang penting kita yg cipta kebahagiaan tu..

cinta manusia
QUOTE(NoReeZ @ Sep 3 2009, 09:25 AM) *
ERK... NUREEZ LOM KAWEN R KAK BUNGA... give_rose.gif

TAPI, KALAU KAWEN, MESTI LA NAK BAHAGIA, NAK BERKONGSI SEMUANYA (TANGGUNGJAWAB, AMANAH, ETC...)

KALAU NAK BAHAGIA, KENA LA JUJUR, SETIA, AMANAH, SALING MEMBERI & MENERIMA, SALING CINTA MENCINTAI, IKHLAS, TERIMA PASANGAN SEADANYA,


Betul tu Nureez

yang paling penting kejujuran dan keikhlasan hati kedua pihak
abdul82
QUOTE(bunga kertas @ Sep 3 2009, 08:20 AM) *
Salam...

bunga ni member baru kat sini.
bunga nk minta pendapat kengkawan kat sini.
apa pendapat korang tentang erti sebenarnya perkahwin.

adakah perkahwinan satu perkongsian hidup @ suka?
adakah perkahwinan ni.. kita tgk kwn kita kahwin.. kita pun teringin nk kahwin...?

bagilah pendapat korang
macam bunga sendiri...
perkahwinan diatur oleh keluarga...
tak semua pilihan keluarga adalah terbaik utk kita...
begitu juga dgn pilihan hati kita sendiri
perkahwinan seperti di medan perang
ada kalah ada menang...
yg penting berjuang selagi terdaya
yg lain berserah padaNya..
moga kesudahan adalah yang terbaik utk kita dan semua pihak....


Pada saya erti perkahwinan itu adalah penyempurnaan kepada fitrah semulajadi manusia. Ini kerana kita lihat kembali pada sirah Nabi Adam. Walaupun baginda telah merasai nikmat syurga, namun baginda masih berasa sepi, sunyi, tak bahagia kerana baginda tidak mempunyai pasangan yang menjadi teman hidupnya.

Lalu Allah telah menciptakan Siti Hawa dari tulung rusuk kiri Nabi Adam untuk menjadi teman hidup baginda. Setelah mempunyai teman barulah hati Nabi Adam menjadi tenteram dan setelah itu barulah dirasakan nikmat di dalam syurga itu memberikan nikmat. Begitulah fitrah semulajadi manusia yang inginkan teman hidup. Seseorang yang belum berkahwin pasti akan merasa kekurangan di dalam hidupnya. Kehidupan dirasakan tidak sempurna walaupun mempunyai kawan yang ramai dan harta yang banyak. Jiwa terasa kosong.

Jadi, dengan berkahwin segala kekurangan terasa bertukar menjadi kesempurnaan kerana fitrah semulajadi yang ingin berteman telah disempurnakan. Isteri/suami merupakan harta yang berharga. Lebih berharga dari harta. Sebab suami/isteri yang soleh/solehah insyaAllah akan membawa kebahagiaan walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana.

Itulah pandangan saya tentang erti perkahwinan. wink.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.