Assalamualaikum kawan-kawan,
Alhamdulillah saya baru saja selesai menyiapkan satu ebook bertajuk "MUNAKAHAT : Konsep, Hikmah & Matlamatnya". Dan ebook ini saya tujukan khusus untuk mereka yang merancang untuk berkahwin tetapi belum mengetahui ilmu-ilmu asas yang berkaitan perkahwinan. Antara isi kandungan di dalam ebook ini ialah :
1) Menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan nikah.
2) Bagaimanakah ciri-ciri pasangan yang harus dipilih.
3) Dan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan hukum nikah, contohnya:
a- Hikmah di dalam pernikahan
b- Rukun-rukun nikah
c- Hukum-hukum nikah
d- Perempuan yang diharamkan untuk bernikah
e- Implikasi-implikasi akibat dari akad nikah dan banyak lagi
4) Juga menerangkan tentang pembubaran dan perceraian aspek hukum seperti:
a- Jenis-jenis talak
b- Apakah khulu'
c- Apakah Ila'
d- Apakah zihar
Dan banyak lagi sub-subtopik yang ada di dalam ebook ini. Ebook ini sesuai untuk mereka yang akan mendirikan rumahtangga dan masih belum mengetahui tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan munakahat. InsyaAllah dengan membaca ebook ini akan menambahkan kefahaman-kefahaman asas anda.
Ebook ini saya berikan secara PERCUMA saja, tetapi terhad untuk 50 yang terawal. Jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ebook ni, sila PM saya dengan segera.