Dan faedah dari satu-satu hukum yang disyariatkan sebenarnya akan kembali kepada manusia itu sendiri.
Ini kerana Allah s.w.t tidak mengambil sedikit pun manfaat dari hukum yang ditentukannya.
Maka pensyariatan perkahwinan sebenarnya mengandungi banyak faedah yang akan dinikmati oleh manusia.
Ini kerana fitrah asal kejadian manusia inginkan pasangan hidup untuk menjadi
temannya. Atas fitrah inilah Islam telah menggalakkan umatnya untuk
berkahwin sebagai jalan untuk memenuhi tuntutan fitrah itu mengikut
contoh yang ditunjukkan oleh Nabi kita Muhammad s.aw.
Dorongan untuk berkahwin ini banyak kita jumpai melalui al-Quran dan
Hadis Rasul s.a.w. Ini kerana hanya dengan jalan bernikah seseorang itu
akan mendapat kesempurnaan di dalam hidupnya, mencapai segala kekayaan
dan akan menjadi asas kepada ketenteraman jiwa.
Untuk posting kali ini saya akan berkongsi dengan anda faedah pertama yang akan kita
perolehi melalui jalan perkahwinan.
1) Faedah pertama: Menuju kebaikan.
Sebab itu digalakkan kepada kita untuk mencari
pasangan yang baik budi bahasanya, sopan santun dan baik keturunan
agamanya. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah an-Nisa' ayat
3 yang bermaksud:
"Berkahwinlah kamu dengan memilih perempuan yang
layak dan sesuai untukmu daripada perempuan-perempuan yang baik
diantara kamu orang-orang yang beriman, dan jika kamu mampu dan boleh
berlaku adil maka berkahwinlah dua, tiga sehingga empat sekalipun,
maka jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, seorang isteri sudah
memadai"
Untuk faedah-faedah yang seterusnya insyaAllah saya akan sambung pada masa akan datang