Assalamualaikum,

Di dalam kehidupan berumahtangga, memang tidak dapat dinafikan bahawa akan timbulnya perasaan cemburu dalam hati kita terhadap pasangan. Perasaan cemburu ini sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya.

Sebenarnya perasaan cemburu ini ada yang mendatangkan kebaikan dan ada pula yang boleh mendatangkan keburukan sehingga menyebabkan runtuhnya rumahtangga yang dibina sekian lama. Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita kenali dengan lebih dekat tentang sifat cemburu ni.

DEFINISI CEMBURU

Apakah yang dimaksudkan dengan cemburu? Cemburu bolehlah diertikan sebagai "ketakutan yang disebabkan oleh hilangnya orang yang kita cintai ke tangan orang lain seperti suami, isteri, kawan baik, sahabat, kekasih dan sebagainya". Jadi perlu atau tidak perasaan cemburu ni di dalam sesebuah perkahwinan?

Perkara ini telah pun diterangkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: "Diantara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada pula yang dibenci oleh Allah. Adapun cemburu yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan. Manakala cemburu yang dibenci Allah pula ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi"

Seperti yang telah diterangkan di atas bahawa sifat cemburu ini adalah sifat semulajadi yang telah dikurniakan Allah. Ertinya seseorang yang mempunyai sifat cemburu ini adalah normal. Namun ianya mestilah dikawal agar jangan sampai merosakkan rumahtangga yang dibina.

Setakat ini dulu artikel kali ini. InsyaAllah dalam artikel sambungannya akan diterangkan pula apakah faktor-faktor yang boleh mewujudkan perasaan cemburu. Tunggu yer sambungannya wink.gif