Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Petua Orang Tua-tua.....sentiasa Awek Muda
Mesra.net Forum > UMUM > Info Petua & Kesihatan
zack_macho
Petua Kekal Langsing

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu

1 Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2 Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.

3 Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4 Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).


cool.gif Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".

C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
zack_macho
Mengharumkan Badan

Petua 1

Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.

Petua 2

Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

SELAMAT BERAMAL...
Carl86
Info yang bermanfaat untuk kita semua...
zack_macho
Melembut Dan Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Natikan petua2 yang bermanfaat untuk anda semua...
zack_macho
Melunakkan Suara

Petua 1 Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis danperah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah iasebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjagasuara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.

Petua 2 Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

........SELAMAT BERAMAL...........
zack_macho
Meningkatkan Penghadaman

1 Makan dalam keadaan tenang.
2 Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.
3 Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.
4 Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
5 Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6 Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.
7 Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
zack_macho
Petua Mendapat Anak.

Petua 1 Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Petua 2 Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3 Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.
zack_macho
Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
arcilist
selingan

orang kata kalau isap rokok pun tak tua...yela, camne nk tua...tak sempat nk tua dah gol! hahaha...

jgn mare a TT..
aida_ida
renung2an pada mereka yang nak slim.....

Makan bila lapar...
berhenti bila kenyang........
zack_macho
Petua Mendapat Anak Lelaki

Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.
zack_macho
Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam

Memandangkan Hari Perayaan pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti

Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

4. Andainya kurang berkesan, ambil sekali hampas timun tu dan tampalkan kat muka anda.

5. Bila bangun pagi nanti, anda cuci muka dan mandilah dengan air suam atau air panas.

Amalkan petua ni setiap hari sehinggalah kulit muka anda bertambah halus dan tiada lagi bintik-bintik hitam. Bila dah puas hati dengan hasil yang diperolehi, anda boleh teruskan petua ni. Cuma dah tak payah buat hari-hari. Buat seminggu sekali pun dah cukup. smile.gif

Selamat Mencuba!
zack_macho
Petua Lama Turunkan Suhu Badan Bayi

Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari, telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut ke dalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman ke dalam secawan air masak.

Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. Insya-Allah suhu badan bayi akan berkurangan. Selamat mencuba.

SELAMAT BERAMAL
zack_macho
Bawang Putih Hapuskan Kutu Kepala

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. Selamat mencuba.


Rawatan Tumit Kaki Merekah


Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.

Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi
zack_macho
Kaedah Minum Air untuk Kesihatan Tubuh Badan

Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air masak dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?

Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:

1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.

2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.

3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug atau kole berapa banyak atau daa yang anda tengah minum.

Hurmm... mudah saje, kan? Tapi saya yakin pasti ada di antara anda yang pernah atau selalu buat perkara di atas tu, kan? Jadi, mulai saat ini, diharap anda boleh ubah tabiat minum. Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.

Selamat Mengamalkannya!
ctmunirah
awet muda la.. bukan awek muda....

zack_macho
awek muda baru sentiasa muda sokmo........... biggrin.gif
arif.arabianperfume
QUOTE(arcilist @ Jan 11 2010, 06:15 PM) *
selingan

orang kata kalau isap rokok pun tak tua...yela, camne nk tua...tak sempat nk tua dah gol! hahaha...

jgn mare a TT..

xsetuju.
petua bagi xtua:- MEREMPIT LAAA KAT JALAN RAYA... good.gif
airul85
satu lagi petua awet muda.. byk minum air selepas bangun page...
zack_macho
PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT DI MUKA

Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka.

Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah).

Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.

Bagaimanakah agaknya rupa daun pokok tea ni? Nah, silakanlah melihatnya di bawah ini:


Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.
4. Anda boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, anda boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika anda menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka anda.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini, ia boleh menghilangkan jeragat dan jerawat di muka anda ya.

Selamat Mencuba!
airul85
setiasa senyum pown wat kita kelihatan lebih muda dan menarik...
zack_macho
QUOTE
QUOTE(airul85 @ Feb 19 2010, 04:28 PM) *

setiasa senyum pown wat kita kelihatan lebih muda dan menarik...


btul tu rolleyes.gif
zack_macho
PETUA MENCANTIKKAN BIBIR ANDA

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?

Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Saya cuba mengetengahkan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

Caranya begini;

1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.

2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.

Itu saja. smile.gif Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.

Selamat Mencuba!
zack_macho
rolleyes.gif
zack_macho
Petua Kehamilan (Mata Bayi Bersinar)

sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.[/b]
zack_macho
Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam Body Mass Index (BMI) iaitu ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.Antaranya ialah:

Hormon Tidak Seimbang

* Ramai yang tidak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

Persekitaran


* Bagi mereka yang bekerja di bahagian dapur atau industri pemakanan, peluang untuk mendapatkan obesiti lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di persekitaran lain. Hal ini terjadi kerana mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.

Gen atau Baka


* Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang berbadan gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.

Emosi Tidak Stabil

* Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu mudah mendapat tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi tekanan berkenaan.

Gaya Hidup Tidak Sihat


* Ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tiada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh seperti sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

Pengambilan Ubat-ubatan

* Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

kacangputih
pagi mkn mcm raja..
tengari mkn mcm rakyat biasa..
mlm mkn mcm papa kedana..

insyaallah...!!!
melo melo
QUOTE(kacangputih @ May 5 2010, 04:48 PM) *
pagi mkn mcm raja..
tengari mkn mcm rakyat biasa..
mlm mkn mcm papa kedana..

insyaallah...!!!


siang makan banyak, malam makan sket ek?
TINGTING
QUOTE(melo melo @ May 5 2010, 04:57 PM) *
QUOTE(kacangputih @ May 5 2010, 04:48 PM) *
pagi mkn mcm raja..
tengari mkn mcm rakyat biasa..
mlm mkn mcm papa kedana..

insyaallah...!!!


siang makan banyak, malam makan sket ek?

tgah malam makan ais kerim biggrin.gif
melo melo
QUOTE(TINGTING @ May 5 2010, 05:11 PM) *
QUOTE(melo melo @ May 5 2010, 04:57 PM) *
QUOTE(kacangputih @ May 5 2010, 04:48 PM) *
pagi mkn mcm raja..
tengari mkn mcm rakyat biasa..
mlm mkn mcm papa kedana..

insyaallah...!!!


siang makan banyak, malam makan sket ek?

tgah malam makan ais kerim biggrin.gif


tak macm org papa kedana aa kalo makan ais krim tiap2 malam....
zack_macho
Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan

Petua ini memang biasa kita dengar apabila di tanya kepada orang-orang tua dahulu. “macammana hendak putihkan ketiak?”. Jawapanya sangat mudah, murah dan senang. Iaitu menggunakan kapur makan atau kapur sireh.

Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya.

Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu.

Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah.

Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali sehari semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan.

InsyaAllah.
ANK




Petua Orang Tua-tua.....sentiasa Awek Muda???

tukar pasangan tiap2 hari..hAhahaha...(der awet muda daaaa)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mencari pekerjaan di rumah sendiri?? click di sini
http://www.aleacorp.com/?ref=ANK

http://www.moneymagnetclub.biz/

message inbox sy untuk maklumat lanjut:)
manja61
QUOTE(ANK @ Jun 15 2010, 09:13 PM) *
Petua Orang Tua-tua.....sentiasa Awek Muda???

tukar pasangan tiap2 hari..hAhahaha...(der awet muda daaaa


















-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mencari pekerjaan di rumah sendiri?? click di sini
http://www.aleacorp.com/?ref=ANK

http://www.moneymagnetclub.biz/

message inbox sy untuk maklumat lanjut:)



petua yg nie, xley ikut kengkawan, nnt kene cakit KELAMIN plak gamak nyer.....hehe devil.gif









zack_macho

QUOTE
tukar pasangan tiap2 hari..hAhahaha...(der awet muda daaaa


HAHA..Bukan tukar pasangan, tapi kawen biar cukup kuota baru sentiasa awet muda biggrin.gif


















zack_macho
Yang ni plak tips2 bagi kaum hawa yang mana pkai barang2 kemas tu, tapi jgan pkai2 banayk sangat kang kena ragut kan susah. Pakai ala kadar pun kadar. Renung2 kan dan selamat beramal biggrin.gif

Tips Kembalikan Kilauan Barangan Kemas

Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.

Opss… sebelum saya menyimpang jauh, jom kita kembali pada topik asal. Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?

Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;

Tip Pertama

1. Ambil sedikit sos cili.

2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.

3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.

4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.

5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.

Tip Kedua

1. Ambil sedikit asam jawa.

2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

3. Kemudian, rendamkan barang kemas anda ke dalam air asam jawa selama 30 minit atau setengah jam.

4. Selepas itu, beruslah barang kemas anda dengan berus gig terpakai.

* Tujuan memberus adalah untuk mengeluarkan daki-daki yang terdapat di celah-celah barang kemas.

5. Akhir sekali, bilaslah barang kemas tadi dengan air bersih.

Jika dilakukan dengan teratur dan cermat, hasilnya kilauan barang kemas anda kembali menyerlah dan hampir kelihatan seperti baru.

Selamat Mencuba!
ANK
QUOTE(manja61 @ Jul 30 2010, 08:51 PM) *
QUOTE(ANK @ Jun 15 2010, 09:13 PM) *
Petua Orang Tua-tua.....sentiasa Awek Muda???

tukar pasangan tiap2 hari..hAhahaha...(der awet muda daaaa


















-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mencari pekerjaan di rumah sendiri?? click di sini
http://www.aleacorp.com/?ref=ANK

http://www.moneymagnetclub.biz/

message inbox sy untuk maklumat lanjut:)



petua yg nie, xley ikut kengkawan, nnt kene cakit KELAMIN plak gamak nyer.....hehe devil.gif


OH TAKLEH YEK?? WEKK:p

----------------------------------------------------------------------------------
Di sini saya ingin memperkenalkan program keusahawanan Internet yang dilancarkan oleh Wawasan Paradigma Sdn Bhd.
Diterajui oleh syarikat yang sah berdaftar dengan SSM dan Kementrian Kewangan Malaysia

Web Penerangan Tentang Aleacorp :
http://www.moneymagnetclub.biz/
...

Web Daftar Percuma :
http://www.aleacorp.com/?ref=ANK
JOIN MODAL SERENDAH RM30 YG LEBIH BAIK RM150 JAMINAN BALIK MODAL!!
MUDAH JANA WANG SAMPINGAN DENGAN ALEACORP!

zack_macho
6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.

Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah;


1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.

Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.

Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.

Selamat Mencuba!
zack_macho
Salam sejahtera semua,

Saya selalu memerhatikan orang-orang tua di kampung. Ada di antara
mereka yang kadang-kadang umurnya dah lanjut tapi kesihatan
sentiasa terjaga. Badan mereka sentiasa cergas. Pada pendapat saya,
kadang-kadang kita perlu juga mendengar petua-petua
"orang-orang lama" ini untuk amalan harian kita walaupun kita
sekarang dah moden.

Pada saya amalan kesihatan yang baik perlu diamalkan seharian tidak
kiralah sama ada amalan tersebut tradisional atau moden.
Paling penting, kita perlu sentiasa sihat dan cantik. Itu matlamat
kita.

Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat dan cantik
perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita.
Kita perlu sentiasa memastikan perjalanan darah kita sentiasa
berjalan dengan baik. Sebab itulah "orang-orang lama" mengamalkan
berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat
dibetulkan. Untuk perhatian anda berurut di sini bukan
"massage". Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan
kampung atau tukang urut tradisional.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah.
Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk
melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan
badan serta menyihatkan badan.

Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan. Amalkan
meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur.
Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air
suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda badan kita
terdiri daripada mega_shok.gif% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan sistem
dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam
dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut
oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita
dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan
cantik.

Cuba anda amalkan sentiasa kerana "orang-orang lama" memang
amalkannya dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka yang
mengamalkan minum air suam ini ternyata cantik dan langsing.

-------------------------------------------------------------------
Anda semua boleh mencuba mengamalkan Jus Mate 5 untuk tampak
lebih lansing dan kurus, sila layari http://www.juskurus2u.blogspot.com keterangan lanjut.
-------------------------------------------------------------------

Sekian dulu untuk kali ini dan saya berharap agar kita sentiasa
mengamalkan cara hidup hidup yang sihat. Berjumpa di lain kali
untuk tip-tip atau petua-petua mengenai kesihatan dan kecantikan.

http://www.juskurus2u.blogspot.com
zack_macho



LEBIH empat bulan bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, pelakon Ayu Raudhah masih menantikan kehadiran cahaya mata.

Setakat ini, Ayu belum menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Biarpun begitu, pasangan itu berserah kepada rezeki Tuhan dan menerima bila-bila masa sahaja untuk dikurniakan anak.

Sesibuk mana dengan rumah tangga yang baru dibina itu, ia tidak menjadi halangan untuk wanita ini meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan. Namun, Ayu perlu lebih selektif memilih watak yang sesuai.

Selepas berkahwin, wajah Ayu jarang dilihat muncul di media cetak mahupun elektronik. Jika ada yang perasan, telefilem terbaru lakonan Ayu berjudul Pabila Syaitan Berbisik baru disiarkan di TV1 pada 22 April lalu.

Ayu yang selama ini cukup dikenali dengan watak gadis lemah-lembut dalam lakonannya bertukar kepada sisi jahat apabila membawa watak gadis kampung yang lupa daratan dan sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

Bagi mengubat rindu peminat Ayu, OopStarz! minggu ini mahu berkongsi tentang rahsia kejelitaannya.

Dalam menjaga penampilan, dia paling gemar menyerlahkan kecantikan mata. Boleh dikatakan Ayu memiliki mata yang mampu menjadi aset berharga pada dirinya dan mudah mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang.

“Saya suka memakai maskara untuk melentikkan bulu mata. Jika memakai maskara, saya tidak perlu menggunakan bulu mata palsu. “Jadi, saya jarang membeli bulu mata palsu. Kalau membeli pun, saya memilih yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

“Biasanya saya akan membeli maskara dengan jumlah yang banyak. Maskara yang paling saya suka adalah jenis Maybelline Volume Express Mascara Curved Brush,” ujar pelakon drama popular Nur Kasih dan Manjalara ini.

Pada hari tidak bekerja, Ayu jarang mengenakan mekap tebal tetapi wajahnya tetap tidak dapat lari dari menggunakan maskara.

“Boleh dikatakan setiap hari saya perlu bersolek tetapi apabila berada di rumah, saya jarang memakai mekap. Jika keluar tanpa urusan kerja, saya tidak banyak memakai mekap dan yang penting mesti meletak maskara pada mata,” ujarnya lagi.

Sapu ais pada muka Seperti wanita lain, Ayu tidak putus menjalani rutin kecantikan seperti biasa iaitu mencuci muka, menggunakan penyegar dan pelembap muka.

“Saya perlu membersihkan dan menjaga muka dengan kerap kerana sentiasa menggunakan mekap setiap hari terutama sewaktu menjalani penggambaran.

“Saya tidak banyak mengamalkan petua tradisional. Antara petua yang diamalkan setiap kali sebelum tidur, saya akan menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah.

“Alhamdulillah, nasib baik kulit saya tidak mudah ditumbuhi jerawat walaupun kadangkala rasa stres,” katanya.

Selain itu, dia juga menerima rawatan kulit muka di pusat kecantikan AsterSpring selama setahun di samping mendapat bekalan percuma produk penjagaan kulit Dermalogica dan kosmetik Averine.

Ayu terpilih antara artis yang mengikuti pakej rawatan muka dan badan ‘Beautiful Bride’ oleh AsterSpring pada November tahun lalu. Selain Ayu, pelakon Raja Farah juga menerima rawatan yang sama.

Guna daun bunga raya

Daripada penjagaan muka, topik perbualan beralih kepada penjagaan rambut yang dianggap sebagai mahkota berharga kepada setiap wanita. Agak menarik juga apabila Ayu menggunakan daun bunga raya untuk melembutkan rambut.

“Ambil 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus. Kemudian, sapukan pada rambut hingga ke akarnya. Balutkan rambut dengan “shower cap” selama 30 minit. “Akhir sekali, cuci dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah rambut menjadi lebih lembut dan bersinar,” ujarnya.

Menyentuh tentang pemakanan, Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee,” katanya.

Untuk mengekalkan bentuk badan menarik, Ayu turut melakukan senaman bangkit tubi sebanyak 50 kali sebelum tidur.


Http://www.zack-hpm.blogspot.com
sym82ss
petua kekal langsing.......diet seimbang, rajin2 la bersenam.....
uMMiIRa
QUOTE(sym82ss @ May 27 2011, 09:47 PM) *
petua kekal langsing.......diet seimbang, rajin2 la bersenam.....


senaman tu yg malas nyer... huhuhu
zack_macho
Belon Boleh Kuruskan Badan


Hampir lima tahun, Azhar Jamal, 35, telah mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.
Beliau berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 135kg, tetapi masih tidak berubah sehingga menyebabkan beliau sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.


Azhar mula mengalami masalah berat badan selepas tidak lagi aktif bersukan kira-kira lima tahun lepas dan ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.
"Ketika saya melakukan pemeriksaan kesihatan, kolestrol dan tekanan darah saya tinggi. Doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.


"Sejak itu macam-macam cara saya cuba untuk kuruskan badan seperti diet, minum jus, makan pil namun berat badan saya tetap sama," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu kepada Bernama di sini.


BELON UNTUK CEPAT KENYANG


Sehinggalah pada awal tahun lepas beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar diet di sebuah pusat perubatan di sini yang mengesyorkan jadual pemakanan dan diet seimbang dalam usaha untuk menguruskan berat badan, katanya.
Pakar berkenaan juga telah mengesyorkan prosedur yang dinamai "endoscopic placement of gastric balloon" dan akhirnya kini beliau berjaya memperoleh berat badan yang ideal iaitu 93kg hanya dalam masa enam bulan.

"Melalui prosedur ini saya tidak perlu 'mengorbankan' makanan kegemaran saya iaitu nasi kandar dan tetap makan lima kali sehari, saya hanya perlu kurangkan saiz makanan itu dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
"Belon yang diletakkan sementara dalam perut itu membuatkan kita cepat kenyang bila makan dan selepas enam bulan belon itu akan dikeluarkan, namun kita perlu meneruskan amalan pemakanan yang baik serta bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal," katanya.
"Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi, masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XXXL juga dah bertukar jadi XL," katanya.

PROSEDUR SEMENTARA


Seorang perunding pakar gastroenterologi, Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, belon gastrik yang diletak menggunakan endoskop adalah direka bagi membantu mengurangkan berat badan seseorang secara ideal iaitu purata 20 kg atau lebih.
Untuk melayak menjalani prosedur berkenaan, yang tidak memerlukan pembedahan, seseorang itu perlu mendapat motivasi dan bersedia untuk menjalani secara serius, program yang diselia secara perubatan untuk diet dan senaman, katanya.

"Prosedur itu hanya dilakukan ke atas pesakit yang memenuhi beberapa kriteria. Pertama, pesakit hendaklah yang tidak begitu obes, tetapi hanya mempunyai berat badan yang lebih. Mereka mungkin baru sahaja naik berat badan atas beberapa sebab dan mahu kembali ke berat badan asal masing-masing," katanya.
Dr Ponnudurai berkata, belon itu akan dimasukkan ke dalam perut untuk tempoh sementara selama enam bulan bagi menimbulkan rasa cepat kenyang dan sentiasa kenyang selepas makan.

RASA KENYANG


"Mereka yang (pesakit) datang, perlu berpuasa semalaman sebelum kami memasukkan alat skop, letakkan belon di kedudukannya dan ia selesai. Dalam belon yang kecil itu, kami masukkan 500cc air garam dan biarkannya dalam perut.
"Kami letakkan pesakit di pusat itu untuk satu malam. Sebenarnya mereka sudah boleh balik pada hari yang sama tetapi kami mencadangkan agar mereka bermalam sahaja di pusat itu.
"Kami masukkan belon itu dalam perut agar anda tidak boleh makan dengan banyak. Itulah tujuan sebenarnya. Anda akan sentiasa merasa kenyang dan tidak ada rasa nak makan", katanya.

Dr Ponnudurai berkata, jumlah berat yang patut dikurangkan dan dikekalkan oleh pesakit adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengikut arahan diet, senaman dan perubahan cara hidup dalam jangka panjang.
"Sebelum prosedur itu bermula, pesakit akan dinilai sepenuhnya oleh pakar psikologi dan diet untuk menentukan prosedur yang sesuai dijalankan ke atas pesakit dan faedah yang akan diperoleh oleh pesakit", katanya.


DAPAT KURANGKAN PURATA 20 KG

Dr Ponnudurai berkata, pesakit akan mengalami ketidak selesaan untuk beberapa hari sementara perut dapat menyesuaikan diri dengan belon. Kemungkinan mereka akan mengalami rasa pening dan muntah selepas prosedur itu.
"Namun ia akan hilang mengikut masa. Mereka perlu mengambil makanan berbentuk cecair untuk dua hari. Setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan belon itu, mereka boleh meningkatkan diet," katanya.

Dr Ponnudurai berkata, kos untuk keseluruhan prosedur itu tidak lebih RM15,000.
"Seramai 15 pesakit telah menjalani prosedur itu sejak kami memulakannya kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya memuaskan setakat ini: kesemua pesakit dapat mengurangkan purata 20 kg," katanya.



p/s boleh cuba ni..hehehe


zack_macho
2 PETUA HILANGKAN JERAWAT BELAKANG BADAN


Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.


1. Scrub Buah-buahan


Anda boeh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.

Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.


2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Selamat Mencuba!
jazam
QUOTE(zack_macho @ Jan 18 2010, 10:09 PM) *
Atasi Kulit Kasar dan Bintik Hitam

Memandangkan Hari Perayaan pun makin dekat, pastinya anda ingin mempersiapkan diri agar wajah kelihatan berseri ketika menyambut hari kemenangan tu nanti

Bagi yang ada masalah kulit kasar dan bintik hitam di muka, tentunya hal ini sikit sebanyak menganggu tahap keceriaan, kan?

Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua yang bakal saya kongsikan di bawah. Anda cuma perlu guna timun saja.

1. Memula, anda parut dulu timun tu.

2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.

3. Lepas tu, gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.

4. Andainya kurang berkesan, ambil sekali hampas timun tu dan tampalkan kat muka anda.

5. Bila bangun pagi nanti, anda cuci muka dan mandilah dengan air suam atau air panas.

Amalkan petua ni setiap hari sehinggalah kulit muka anda bertambah halus dan tiada lagi bintik-bintik hitam. Bila dah puas hati dengan hasil yang diperolehi, anda boleh teruskan petua ni. Cuma dah tak payah buat hari-hari. Buat seminggu sekali pun dah cukup. smile.gif

Selamat Mencuba!

sym82ss
amalkan makan ulam ulaman,,,makan buah-buahan,,,exercise,,, rajin bangun subuh...... good.gif
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.