Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Penggunaan Nama Allah Oleh Bukan Islam..
Mesra.net Forum > Current Issues > Tempatan
Pages: 1, 2, 3, 4, 5
Edirossa
Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah
Dis 31, 09
6:17pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
Edirossa
Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR: Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya,Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah".

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.

Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Disember 2010.

Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.

Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan.

"Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.

Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.

Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.

Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu. -BERNAMA

ashkaf
saya bertanya pada seseorang, apa perlunya permohonan penggunaan nama Allah bagi orang katholik. maka jawapan yg saya terima adalah kerana penggunaan nama Allah telah digunapakai lama dahulu dalam kitab Injil dan Taurat.

Pengalaman saya di negara Arab juga sedemikian. Arab yg bukan Islam masih lagi menggunakan Allah sebagai ganti kepada Tuhan.

hmm..apapun, saya janggal tentang ini dan berpendapat, sepatutnya hakim yg menangani kes ini sepatutnya seorang muslim. bagaimana seorang bukan Islam bisa menghakimi sesuatu perkara yg berkaitan dengan Islam (Allah itu adalah eksklusif untuk orang Islam). ini sepatutnya bukan sekadar kes sivil.
Helang Emas
suatu hari nanti akan berlaku kekeliruan dalam menafsir....

gereja mungkin tidak akan dipanggil sebagai 'house of god' tetapi dipanggil sebagai 'house of Allah' dalam penerbitan...

ia akan mngelirukan orang yang kurang memahami konsep penggunaan perbendaharaan kata....

bila isu ini dipertikai, alasan yang diterima ialah, terdapat kesilapan dalam penulisan teks...

orang melayu terutamanya menterjemah ayat akan keliru...
bila disebut rumah Allah, orang melayu kususnya merujuk kepada masjid atau surau...
begitu juga bangsa lain yang beragama islam menerima terjemahan sama. masjid atau surau adalah rumah Allah...

bagi golongan yang kurang pendekatan akan menganggap ia suatu yang mudah...

nak berhenti untuk solat, singgah saja di gereja, kerana ia rumah allah atau house of allah....

tiket
jadi untuk tidak memgelirukan org Islam sila amalkan sebut nama Allah dan disambungkan Subhanahuwata'ala atau dan taip Allah swt biggrin.gif
Helang Emas
QUOTE(tiket @ Jan 2 2010, 01:39 AM) *
jadi untuk tidak memgelirukan org Islam sila amalkan sebut nama Allah dan disambungkan Subhanahuwata'ala atau dan taip Allah swt biggrin.gif

satu pendekatan yang cukup bernas... syabas..!

ps. belajar dari sejarah. bagaimana kitab Taurat diterjemah untuk mengelirukan pembaca...

Helang Emas
Allah for all

Sumber: http://www.heraldmalaysia.com

KUALA LUMPUR: In a small church 45km southwest of the city, some 700 Catholics celebrated the dawn of the new decade singing praises to “Allah”.

Father Lawrence Andrew, parish priest of the Church of St Anne, usually conducts Mass in Bahasa Malaysia on Sundays for the benefit of the 200 East Malaysians who have joined his parish in Port Klang.

But he decided to preach in the national language last night after the High Court delivered judgment which overjoyed Christians nationwide.

“It's a special Mass,” Lawrence told The Malaysian Insider over the phone yesterday evening.

“Allah is no longer prohibited to us,” he said, the smile coming through the phone line.

“My parish is small but there's a growing number of Sarawakians who have been coming to church. I use Bahasa Malaysia because English to them is a foreign language. And the younger generation too are able to understand Bahasa,” he explained.

The government had first banned the church from using the word “Allah” in a Christian context three years ago in the Catholic newpaper Herald, allegedly to avoid confusing the majority Muslims who also use the word for their God.

The church sued when the Home Ministry threatened to take back the publishing permit, which is required to be renewed every year.

Lawrence said he has been invited to preach in Kota Kinabalu tomorrow and will be doing so in Bahasa Malaysia as well.

According to census figures in Sabah, about 2.45 million people there are Christian while in Sarawak, Malaysia's largest state, statistics show 43 per cent of the population is Christian.

But Lawrence believes the figures are outdated and there are more Christians now in Borneo. He puts the figures in Sarawak closer to half the population.

The next census is due to be carried out in the middle of this year, according to the national Statistics Department.

The High Court yesterday ruled the Home Ministry ban was against the Federal Constitution which protects the rights of minorities.

Judge Datuk Lau Bee Lan declared the Herald has the constitutional right to publish the word “Allah” to refer to the Christian God.

She also struck out a second attempt by seven Muslim groups to join the Home Ministry in stopping the church, overturning a long-held but mistaken belief among some of the majority Muslims in the country that the word is exclusive to Islam.

Herald is the only Catholic paper in the country and has been in print for the past 20 years. Some 14,000 people subscribe to the weekly, which is limited for sale within church premises.

To cater to the diverse ethnicities in Malaysia, it publishes in four languages: English, Malay, Chinese and Tamil.

The church had last year applied to the Home Ministry to also publish in the Kadazandusun language but was turned down.

Lawrence, who edits Herald, told The Malaysian Insider that he was “very happy” with the court's decision, as was the Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, named as the publisher when informed late yesterday evening.

The priest-editor said Catholics can look forward to reading articles which contain the world “Allah” again from Jan 10, when the next print issue of Herald comes out.

The online version of Herald (http://www.heraldmalaysia.com/) will include stories on “Allah” immediately.

But, Lawrence was quick to add he would not publish the word “Allah” just for the sake of putting it in.

“Only when it is relevant and we are quoting from Scriptures and the word is used,” he stressed.

The church had held back from publishing material containing the word “Allah” for the past two years, while waiting for the court outcome.

Despite the court's judgment, a Malay-Muslim politician from the ruling party continued to probe the Church's real reasons for pushing a Malay medium for its worship.

“What is their motive? Why all of a sudden they want to use the word 'Allah' when all this while they have been using the term God?” Datuk Tajuddin Abdul Rahman shot back when asked to comment by The Malaysian Insider.

“This is definitely provocation, they are just using all this human rights, religious rights as excuses. This is sensitive to the Muslims and this will create racial and religious tension,” the Pasir Salak MP said.

Lawrence was in the crowded court yesterday for the decision but rushed back to his parish to prepare for the special midnight worship to usher in the new year.

In his single-page statement, he welcomed the “long-awaited decision which clearly upholds the socio-cultural and anthropological body of evidence of the Christian people of the Malay archipelago, now Malaysia, in using the word 'Allah'.”

“We wish to state that the hearsay statements claiming that we have been using the word 'Allah' only recently is misleading and does not hold up to the rigour of historical scrutiny,” the priest said, referring to a Malay-Latin dictionary from 1631 which he claims is among the first-ever dictionaries printed in relation to the Malay language.

“This also means that the Bahasa Malaysia-speaking community of the Christian faith can now continue to freely use the word 'Allah' — a word that has been in their worship and instructions in the faith — without any interference from the authorities,” he said
Helang Emas
'Allah’ is allowed for non-Muslims, says Nik Aziz

Sumber: www.themalaysianinsider.com

KOTA BHARU, March 1 – Datuk Nik Aziz Nik Mat, the Pas spiritual leader and one of the country’s most respected Muslim leaders, said today that non-Muslims should be allowed to use the word “Allah.”

But he said it was up to the federal government to decide whether to allow its use by non-Muslims.

“I do not want to interfere in this matter. Let the federal government decide,” he was quoted as saying by the national news agency Bernama in Kota Baru today.

The Pas leader was responding to the intense debate over the Catholic newspaper Herald’s law suit against the federal government’s decision to ban the use of the word “Allah” in its publication.

Yesterday, the Home Ministry rescinded a government gazette issued a day earlier which allowed the conditional use of the word in Christian publications.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said a mistake had been made and the government’s ban remained in force unless the courts decide otherwise.

The government had recently ordered a ban on the Herald's Malay edition until the court makes its decision, as part of conditions for it to be allowed to continue publishing in English, Chinese and Tamil.

Muslim groups have been up in arms over the Catholic newspaper’s use of the word “Allah” and were particularly upset when the ban was rescinded on Friday.

These Muslim groups have argued that allowing Christians to use the word “Allah” would cause confusion among Muslims.

They are also suspicious about the intent of Christians, with some accusing churches of trying to use the word “Allah” to convert Muslims.

However, the Catholic Church says the word “Allah” is being used by its members, especially those in Sabah and Sarawak, who are fluent only in the national language.

They also contend that “Allah” is the accurate translation for the word “God” as opposed to “Tuhan” which they use to mean “Lord.”

The church has also pointed to the fact that the word “Allah” is also used by Christians in the Middle East and in Indonesia.
rummenigge
secara peribadi, tiada kesan apa2 ke atas rummenigge.

ini pendapat peribadi. org lain mungkin pk lagu lain.
Edirossa
Basically dari sudut hukum Islam, para ulamak dan ilmuan kata tak salah dan tak haram pun. Allah digunakan jauh lebih lama oleh agama2 Allah terdahulu (Kristian & Nasrani) di Tanah Arab. Allah yg dimaksudkan oleh agama2 Allah terdahulu adalah Allah Yang Esa, bukannya batu, berhala, matahari dan sebagainya. Kita tidak berhak utk marah atau kata salah atas penggunaan nama Allah oleh mereka yg masih menganuti agama2 dari Langit itu kerana maksudnya tetap Allah yg satu walaupun telah berlaku penyelewengan. Kita cuma berhak marah kalau Allah digunakan oleh penganut2 agama Budha dan Hindu, kerana ianya tak berkait langsung dgn Allah Yang Satu.

Kedatangan utusan Allah, Nabi Junjungan Muhammad utk menegakkan Islam bersama mukjizat Al-QuranNya adalah untuk overite semua kitab2 dan agama Allah sebelumnya. Kedatangan Muhammad dan Al-Quran bukan membawa maksud yg kitab2 dan ajaran Nabi2 terdahulu sebagai salah tapi sebagai pelengkap kpd agama Allah.

Penggunaan nama Allah jauh lebih lama digunakan dlm agama Kristian, Nasrani (di Tanah Arab) sebelum kedatangan Islam dan Quran. Cuma menjadi seperti satu kejanggalan dan penghinaan di Malaysia kerana selama ini anggapan Allah hanya milik org Melayu Islam.

Penggunaan Allah oleh Kristian basically tak salah cuma secara adatnya dan secara keadaan politik setempat menjadikannya salah!

Seperkara lagi...kalau mahu, Allah boleh hapuskan semua manusia dan agama sebelum Islam dan digantikan secara total oleh Islam kerana Allah itu kunfayakun (kalau Allah kata jadi, maka akan terjadilah sesuatu itu). So kenapa terus biarkan kewujudan agama2 sebelum ini? Jawabnya ialah Allah lebih tahu apa yg Dia buat. Dan kita kena ingat setiap apa yg terjadi dan dijadikan oleh Allah itu ada hikmahnya!
Helang Emas
klip dari youtube....

Bantahan penggunaan nama Allah pada agama lain & gereja
Helang Emas
Guna nama Allah: Khalid setuju keputusan Mahkamah

Sumber: www.harakahdaily.net

SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.

Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.

"Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.

Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.

Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.

Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.

Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.

Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

-----
Edirossa
Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Edirossa
PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN

Soalan :

Bolehkah orang bukan Islam menggunakan nama Allah dalam urusan seharian mereka?

Jawapan : Oleh Ustaz Zaharuddin

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelabagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membenarkan penganut kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat dari hujah kumpulan yang menolak.Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada penegrtian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi Bible yang wujud hari ini bukannya injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU PENGHARAMAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan.

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah digunakan oleh pihak Kristian.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Ye di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat.

Terutamanya apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu. Kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang dirasakan akan mempermainkan dan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, eloklah ia dilarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun dari sudut mudarat, ia wajar dilarang sama ada dalam tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu bagi menhindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang lemah.
Helang Emas
teringat HE semasa pas baling berdebat di parlimen satu masa dulu...

Debat kalimah Allah

rolleyes.gif
AnamanJa
isu nih dah lame..ade yang ckp it's ok ade yg ckp tak ok langsung...

for me, nape tak kekalkan penggunaan GOD (Tuhan) dalam kitab injil tuh....manakala ALLAH hanyalah untuk agama Islam. nape skarang nih beria benar nak tukar... kan dlm perlembagaan Msia yang mana rukun negara pun ade sebut TUHAN maknenyer merujuk pade sume agama di Malaysia. Perlu diingat ISLAM adalah agama RASMI di Msia...

tapi dr sudut lain plak, aku rase selagi orang islam berpegang kuat dan utuh pada Islam, tukarlah ape pun istilah, orang islam ttp bersatu.

tapi orang islam kat malaysia nih kuat ker pegangannyer? hurm....
fatamorgana
QUOTE(AnamanJa @ Jan 3 2010, 11:47 AM) *

pegangannya kuat, tapi ape yg dipegang tu yg memusykilkan...
Edirossa
Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

Didiharaiss
Allah seru sekalian Alam
Edirossa
Itulah bezanya amukan org yg berilmu dgn org yg tak berilmu. Yang terilmu tu bangkang mcmlah penggunaan nama Allah oleh agama samawi diharamkan oleh Islam..Patut2lah kalau ye pun. Maybe boleh diusahakan cara perlaksanaan dan pendekatannya mengikut keadaan dan sensitiviti masyarakat setempat yang hanya tahu nama Allah tu Melayu Islam yg punya...
siti salmah
Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas,

Surah Al-Ikhlas
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan.
Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."

Dlm surah Al-Ikhlas terang2 kate Allah itu tunggal. Berbeza dgn konsep fahaman kristian bhw Allah itu mempunyai anak iaitu Jesus(anak Tuhan dan tuhan).

Jd penggunaan nama Allah pd kristian adalah bertentangan dgn ape yg disebut di al-Quran.
Sekiranya kebenaran menggunakan nama Allah pada kristian akan menimbulkan kekeliruan dan dikhuatiri akan akidah ramai org Islam terpesong.

adlertag
Malapetaka untuk umat islam malaysia tahun 2010?????
adlertag
So ada yg setuju dan x setuju ngan keputusan mahkamah ni.....Agaknya agama lain lepas ni leh claim jugak kot?
BOBoy
give_rose.gif

Jika Gereje Khatolik tetap nak guna "Allah"......mereka hendaklah menerima Allah sbg Tuhan, dan Muhammad sbg Pesuruh Allah.
Bukar sekadar hendak Allah sbg tuhan tapi ada tuhan yg triniti. Islam tidak boleh terima ini.
gereja perlu imbas peristiwa yg mana Isa (jesus) sendiri tidak diterima oleh sebahagian pengikut zaman Nabi Musa (Moses). Hanya pengikut isa (Jesusu) semasa itu sahaja yang beriman kpd Allah dan membawa kebenaran. demikian juga Muhammad, dia adalah Rasul terakhir yg yg beriman kpd Allah dgn sebenar2nya dan membawa kebenaran. Isa (Jesus) turut memuji dan mengakui kerasulan Muhammad.
nama_cheq_GG
BORANG PETISYEN BANTAHAN
Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/

reformist101
Bagi mereka yang kurang memahami isu ini, dan kemudiannya melatah tak ketentuan hala, izinkan aku menerangkan serba sedikit kronologi isu ini.

Isu ini bermula apabila KDN (Kementerian Dalam Negeri) tidak memperbaharui permit oleh akhbar berkala, Herald yang diterbitkan khusus untuk penganut Kristian di Sabah & Sarawak. Alasan KDN ialah wujud perkataan Allah dalam akhbar tersebut, yang merujuk kepada God iaitu tuhan yang pertama di dalam konsep trinity dalam ajaran Kristian.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu trinity ini jawapannya. Trinity adalah satu konsep ketuhanan dalam Kristian. Ia merujuk kepada God (Allah), Son of God (Jesus @ Isa) dan Holy Spirit (Ruhul Qudus, ada yang kata merujuk pada Malaikat Jibril @ Gabriel).

Ini bermakna, selama ini sudah lama perkataan Allah ini digunakan dalam Herald. Dan ianya tidak pernah menjadi isu. Apa yang KDN buat telah menyebabkan sesuatu yang tidak diketahui oleh umat Islam di Semenanjung sebelum ini akhirnya terdedah.

Dengan larangan tersebut, sudah tentulah penerbit akhbar Herald membawa isu ini ke mahkamah. Dan baru-baru ini mahkamah memutuskan akhbar Herald boleh menggunakan perkataan Allah di dalam terbitannya. Harus difahami, keputusan mahkamah itu terhad hanya kepada penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald sahaja.

Mengapa nama Allah digunakan dalam penerbitan mereka? Ini mungkin persoalan yang menganggu kita. Tapi sebelum kita nak marah-marah. Fahami dulu isu yang sebenarnya. Jangan tiba-tiba melompat menjadi jaguh agama, dalam masa yang sama, mengambil rasuah tanpa rasa berdosa.

Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan penganut Kristian di sana adalah terdiri daripada suku kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Iban, Murut, Orang Ulu dan lain-lain. Bahasa yang digunakan dalam gerakan dakwah Kristian di sana adalah dalam Bahasa Melayu. Dan mereka merujuk God sebagai Allah. Mungkin ini sesuatu yang janggal bagi orang Islam di Semenanjung. Tapi bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, itulah nama tuhan yang mereka kenali. Begitu juga dengan penganut Kristian di Indonesia dan juga di Timur Tengah, seperti di Lubnan dan Palestin.
reformist101
Aku menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mat Nur Manuty, bekas Presiden ABIM, dan kini ahli MPR PKR dan juga artikel lama dari DR. Maza dan penjelasan terkini daripada Dr. Maza. Buat apa nak mengamuk tak tentu hala, tanpa memahami dahulu isu yang sebenar.

-----------------------------------------------------------------------------

Ahad, 2009 November 22
KENYATAAN MEDIA..
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.

Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.

"Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009

------------------------------------------------------------------------------------------------

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah
Disiarkan pada Jan 02, 2010 dalam kategori Akidah |

** Dr. Mohd Asri bin ################# Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.

Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah
Disiarkan pada Jan 04, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
maza211.pngOleh : Dr Mohd Asri bin ################# Abidin

Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.

Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.
akatsuki
huhuhuhuhuhu...melayu islam Malaysia kena main ngan UMNO dlm isu ni...

Kalau betul ikhlas nk berjuang kerana Allah SWT...dah lama leh failkan rayuan kat mahkamah..tapi kenapa berlengah sampai seminggu??

Kenapa bila bab MB Perak tu sepantas kilat boleh buat rayuan bukan takat failkan rayuan tapi siap bersidang sekali dlm tempoh 24jam???

Amik amik melayu islam Malaysia...kene main je la korang ngan Umno....

Btw...dari dok sibuk bertekak berdemo pasal ni,lebih baik gi berjuang menentang gejala Murtad yg kian parah kat Malaysia ni walaupun sblom dibenarkan penggunaan perkataan Allah sblom ni
Edirossa
Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.
Edirossa
PAS tolak tindakan agresif dan provokatif
Abdul Rahim Sabri
Jan 5, 10
12:58am

PAS menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS juga menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan isu tersebut kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat lajnah biro politik parti itu di ibunegara malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Keputusan mahkamah tersebut mendapat bantahan meluas pertubuhan Islam di negara ini.

Semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Hari ini kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

Mesyuarat lajnah PAS itu berlangsung hampir tiga jam, bermula jam 9 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam. Selepas selesai, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad membaca kenyataan tersebut kepada pihak media.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata kerana sudah lewat malam, maka tiada soal jawab lanjut mengenai perkara itu, selain kenyataan rasmi yang dibaca oleh Idris itu.

Katanya, PAS akan melihat perkembangan isu tersebut dan "selepas ini kita akan jelaskan lagi".

Berikutan adalah kenyataan penuh mengenai pendirian PAS dalam isu berkenaan:

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Edirossa
Kalimah Allah: Pejabat Nik Aziz sangkal laporan TV3
Salhan K Ahmad
Jan 4, 10
3:40pm

Laporan sebuah stesen TV yang memetik kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah', disangkal oleh pejabat menteri besar Kelantan itu.

Setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob berkata, laporan melalui segmen Buletin Utama di stesen TV3 itu "tidak betul" kerana tidak menyampaikan kenyataan Nik Abdul Aziz dengan tepat.

"Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa," kata Mohd Saiba ketika dihubungi hari ini.

Sebenarnya, kata Mohd Saiba, mursyidul am PAS itu tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, selaku penerbit, menggunakan kalimah tersebut dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Katanya lagi, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya tidak berbeza daripada kenyataan berhubung isu sama yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS itu.

"Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.

"Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa," jelasnya lagi.

Tambahnya, seorang setiausaha menteri besar itu ditugaskan untuk menyampaikan teguran kepada stesen TV3 berkaitan laporan tersebut.

"Wartawan pun tidak ada pada sidang media itu dan mereka ambil (kenyataan Nik Abdul Aziz) daripada sumber lain," kata Mohd Saiba lagi.

Ditanya sekiranya teguran itu melibatkan tindakan undang-undang atau tuntutan supaya TV3 memohon maaf kepada Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba berkata "ia cuma teguran biasa."
adlertag
X ada modal aku nak berdebat so..........kalau nak guna, guna je la. Ikut suka la pihak tu nak wat pe ngan kebenaran y telah diberi mahkamah. Kebebasan perundangan kan???
zul86
hehehe..tersenyum aku bila tenguk berita kat Awani mlm tadi... lama aku tunggu tokoh2 bijak pandai agama pas yg lain2 buat komen tentang isu ini...nampak nya nada Harun din lain macam bunyi nya...

harun din nampak nya tegas ..agar sesiapa yg menyokong guna nama allah kepada ugama lain supaya menilai semula pendirian mereka... kata harun din benda itu seperti menyekutu kan Allah dan boleh jatuh syirik...

apa pun tahniah lerr pd uztaz harun din oi...elok lee uztaz betul kan sikit bende yg karut marut ni..... kalau dah sokong benda kristian guna nama Allah...mmg dah berat lerr...

hehe apa pun....tak sabar aku nak tunggu komen khalid samad dengan kenyataan harun din itu...

hidup islam!!!!
zul86
QUOTE(reformist101 @ Jan 4 2010, 04:30 PM) *
Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi.

setahu aku agama samawi dulu ...yea laa..dulu2 sebelum Islam n sebelum nabi muhammad ada...n awal2 time perubahan pertukaran syariat drp agama tauhid nabi isa kepada agama Islam...jadi masa tuh boleh laa sebab tauhid sama...

bg aku, ada pun kristian n yahudi sekarang...mereka x d kaitan lagi dgn samawi ..ko yakin ke mereka dpt menerima kerasulan nabi muhammad?? kalo betul ko yakin tolong la bentang skali fakta2 skali.. dpt gak aku blaja bende baru kat sini..

so maknanya, menolak kerasulan nabi muhammad = menolak Allah selaku Tuhan sekalian alam melalui pesuruhNya n kitab Al Quran..maknanya mereka dah x mengenali Allah dlm erti kata seperti dulu2 sehingga mewujudkan konsep triniti etc..karut wal marut akibat makin sesat... (tolong betulkan kalo aku salah)

kesimpulan... aku lebih suke dgr pendapat tokoh2 ugama yg lain yg ada pro dan kontra dlm isu ni.....
reformist101
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 10:24 AM) *

Aku jawab dengan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu ini..

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
zul86
Mungkin ader kekeliruan di sini.. Kristian dan lain2 agama di dunia ini BUKAN AGAMA SAMAWI...agama samawi adalah agama yg diturunkan Allah sebelum Islam..dan agama ini benar di sisi Allah...

Agama selain Islam yg ader sekarang..byk telah diselewengkan..so dah kira sebagai sesat...ade yg paling hampir pun ialah Kristian tapi Bible mereka bukan lagi Injil yg sebenar yg dibawa oleh nabi Isa a.s. begitu juga dgn Yahudi..mereka tidak lagi menggunakan Taurat yg sebenar yg dibawa oleh Nabi Musa.. Walaupun mungkin ader lagi golongan 'Ahli kitab' tapi amatlah sedikit jumlah die...

Tak silap aku, ader hadith yg mengatakan Rasullullah saw pernah bersabda yg Islam dan Kristian hanya dipisahkan oleh satu garisan halus...aku mungkin salah..mintak maap
al-taf
Sejak berita panas ni, suara siapa yang keluar di dada2 akhbar berita hairan & utusan meloya..?

mana pergi suara2 ostat2/ mufti2/ ulama2 agamawan UMNgOk be end ni..?

**macam pelik je aku rasa..macam ada pihak yang sengaja ingin mengucar-ngacirkan keadaan(Negara) pun ada.
reformist101
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 03:30 PM) *
ade yg paling hampir pun ialah Kristian tapi Bible mereka bukan lagi Injil yg sebenar yg dibawa oleh nabi Isa a.s.

Ayat ini bahawa sikit kalau disebut di sini. Silap2 boleh kena lock topik ni... sleep.gif
zul86
QUOTE(reformist101 @ Jan 5 2010, 03:50 PM) *
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 03:30 PM) *
ade yg paling hampir pun ialah Kristian tapi Bible mereka bukan lagi Injil yg sebenar yg dibawa oleh nabi Isa a.s.

Ayat ini bahawa sikit kalau disebut di sini. Silap2 boleh kena lock topik ni... sleep.gif

apa yg bahaya nya.. tak betol ke ape aku cakap tu.. aku bukan mengutuk/menghina agama lain.. kalo ko rase tak betul bgtau la hujah yg boleh betulkan ayat aku kat atas tu.. common la.. pandang dari sudut yg positif la bro.. aku yakin mod2 yg ade kuase kat sini fikiran mereka tak sempit sampai perlu lock topik ni hanya satu rangkap ayat diatas...

soscili
QUOTE(Helang Emas @ Jan 2 2010, 01:00 AM) *
suatu hari nanti akan berlaku kekeliruan dalam menafsir....

gereja mungkin tidak akan dipanggil sebagai 'house of god' tetapi dipanggil sebagai 'house of Allah' dalam penerbitan...

ia akan mngelirukan orang yang kurang memahami konsep penggunaan perbendaharaan kata....

bila isu ini dipertikai, alasan yang diterima ialah, terdapat kesilapan dalam penulisan teks...

orang melayu terutamanya menterjemah ayat akan keliru...
bila disebut rumah Allah, orang melayu kususnya merujuk kepada masjid atau surau...
begitu juga bangsa lain yang beragama islam menerima terjemahan sama. masjid atau surau adalah rumah Allah...

bagi golongan yang kurang pendekatan akan menganggap ia suatu yang mudah...

nak berhenti untuk solat, singgah saja di gereja, kerana ia rumah allah atau house of allah....

aku rasa aku pernah baca yg Allah ni boleh digunakan oleh sesiapa saja.. kerana hanya Allah tuhan yg maha satu.. tapi bagi mereka yg cetek ilmu agamanya mmg pasti akan mudah terpesong.
mungkin di satu masa ni ada anak-anak muda yg akan kata "yg ni ada Allah tapi tak boleh buat itu tak boleh buat ini.. yg ni pun ada Allah juga tapi takde banyak larangan, ah ambik Allah yg senang ni lah"
disebab perkataan "Allah" dah terlalu sinonim dgn islam mungkin bagi mereka perbezaan antara agama ni adalah seperti perbezaan mazhab saja.

hmm aku dah nampak kesan negatifnya.
fatamorgana
QUOTE(al-taf @ Jan 5 2010, 03:45 PM) *
Sejak berita panas ni, suara siapa yang keluar di dada2 akhbar berita hairan & utusan meloya..?

mana pergi suara2 ostat2/ mufti2/ ulama2 agamawan UMNgOk be end ni..?

**macam pelik je aku rasa..macam ada pihak yang sengaja ingin mengucar-ngacirkan keadaan(Negara) pun ada.

diam seribu bahasa...
dah jd kebiasaan...apa boleh buat....
tapi aku masih bersangka baik...yg mana mereka sebenarnya sedang bermesyuarat agar apa yg disampaikan dlm nada yg sama...
fatamorgana
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 03:30 PM) *
Mungkin ader kekeliruan di sini.. Kristian dan lain2 agama di dunia ini BUKAN AGAMA SAMAWI...agama samawi adalah agama yg diturunkan Allah sebelum Islam..dan agama ini benar di sisi Allah...

Agama selain Islam yg ader sekarang..byk telah diselewengkan..so dah kira sebagai sesat...ade yg paling hampir pun ialah Kristian tapi Bible mereka bukan lagi Injil yg sebenar yg dibawa oleh nabi Isa a.s. begitu juga dgn Yahudi..mereka tidak lagi menggunakan Taurat yg sebenar yg dibawa oleh Nabi Musa.. Walaupun mungkin ader lagi golongan 'Ahli kitab' tapi amatlah sedikit jumlah die...

Tak silap aku, ader hadith yg mengatakan Rasullullah saw pernah bersabda yg Islam dan Kristian hanya dipisahkan oleh satu garisan halus...aku mungkin salah..mintak maap

kalu tak silap aku kat avatar ko tu memang gambar ko ekk...?
kalau betul ler gambor ko wahai zul86...sila tutup sikit kepala lutut tu...aurat tu dik oii...HARAM disisi ISLAM kalau didedahkan...(betulkan aku kalu aku tersilap...) give_rose.gif
soscili
QUOTE(fatamorgana @ Jan 5 2010, 04:41 PM) *

aurat lelaki adalah daripada lutut ke pusat atau di antara lutut ke pusat? rolleyes.gif
terang
Macam2 pendapat dari muslim dan kristian pasal masalah ni. Ade muslim yang sokong dan tidak, begitu juga penganut kristian.
Perkara ini telah membuka minda umat islam mahu pun kristian di Malaysia untuk mengenali tuhan mereka.

Aku lebih cenderung untuk tidak menyokong kalimah Allah ini digunakan oleh agama lain di Malaysia.

Tuhan@God yang mereka maksudkan jika diterjemahkan dalam bahasa arab itu ialah illah.

zul86
QUOTE(fatamorgana @ Jan 5 2010, 04:41 PM) *
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 03:30 PM) *
Mungkin ader kekeliruan di sini.. Kristian dan lain2 agama di dunia ini BUKAN AGAMA SAMAWI...agama samawi adalah agama yg diturunkan Allah sebelum Islam..dan agama ini benar di sisi Allah...

Agama selain Islam yg ader sekarang..byk telah diselewengkan..so dah kira sebagai sesat...ade yg paling hampir pun ialah Kristian tapi Bible mereka bukan lagi Injil yg sebenar yg dibawa oleh nabi Isa a.s. begitu juga dgn Yahudi..mereka tidak lagi menggunakan Taurat yg sebenar yg dibawa oleh Nabi Musa.. Walaupun mungkin ader lagi golongan 'Ahli kitab' tapi amatlah sedikit jumlah die...

Tak silap aku, ader hadith yg mengatakan Rasullullah saw pernah bersabda yg Islam dan Kristian hanya dipisahkan oleh satu garisan halus...aku mungkin salah..mintak maap

kalu tak silap aku kat avatar ko tu memang gambar ko ekk...?
kalau betul ler gambor ko wahai zul86...sila tutup sikit kepala lutut tu...aurat tu dik oii...HARAM disisi ISLAM kalau didedahkan...(betulkan aku kalu aku tersilap...) give_rose.gif

haha.. tapi kalo setakat pakai jubah tutup abeh berkopiah berserban tp duk caci maki hamun mengutuk org pon tak guna gak kan... heheheeee
fatamorgana
QUOTE(soscili @ Jan 5 2010, 04:45 PM) *

tq soscili....
dlm gambar boleh dedah tak..?
fatamorgana
QUOTE(zul86 @ Jan 5 2010, 04:49 PM) *

itu memang aku setuju...
tapi tugas para rasul wajib diteruskan..."tabligh = menyampaikan"...
manelah tau kot2 terlupa...termasuklah aku...
zul86
QUOTE(fatamorgana @ Jan 5 2010, 04:53 PM) *

yeah... islam bukan sekadar dari luaran semata-mata....

back to the point..

harap2 dpt dgr lagi pandangan dari kawan2 lain yg lebih arif utk komen ttg isu ni..
al-taf
QUOTE(fatamorgana @ Jan 5 2010, 04:37 PM) *
QUOTE(al-taf @ Jan 5 2010, 03:45 PM) *
Sejak berita panas ni, suara siapa yang keluar di dada2 akhbar berita hairan & utusan meloya..?

mana pergi suara2 ostat2/ mufti2/ ulama2 agamawan UMNgOk be end ni..?

**macam pelik je aku rasa..macam ada pihak yang sengaja ingin mengucar-ngacirkan keadaan(Negara) pun ada.

diam seribu bahasa...
dah jd kebiasaan...apa boleh buat....
tapi aku masih bersangka baik...yg mana mereka sebenarnya sedang bermesyuarat agar apa yg disampaikan dlm nada yg sama...

Agama rasmi bagi Negara Malaysia adalah Agama Islam..

tapi kenapa dalam hal sebegini, hakim yang menentukan bukan yang beragama Islam..?

**dalam hal macam ni rasanya la, sudah pasti lembu yang tak di sembelih dihidangkan..
al-taf
Penah ke korang terpikir..

kalau yang beragama Islam masing2 memikirkan yang bukan2..kenapa mereka tidak???

**mungkin pihak kristian ni tak kisah @ mungkin tak hingin langsung menggunakan kalimah Allah ni.
**kerana ada pihak yang ingin menjadi juara..isu sebegini la ditimbulkan
**bukan ke segala jentera kerajaan dalam genggaman mereka
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2012 Invision Power Services, Inc.