Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cavenzi Seremban! Eeee Geramnya!
Mesra.net Forum > Announcement & Discussion > Kaji Selidik & Pandangan
Pages: 1, 2
buzen5
Produk Cavenzi Tiada Mutu! Luahan Hati Seorang Pengguna!

Pada 15/6/2009 saya pergi Cavenzi Seremban di Medan Suria Seremban untuk mencari barang rumah saya yang sedang dalam proses pembinaan. Dengan rasa gembira saya dan isteri telah memilih set kelengkapan rumah berharga RM1999 tidak termasuk tilam dengan harapan barang dan kualiti terjamin dan selesa dengan harga. Harga termasuk tilam dan penghantaran RM3000 + RM150 = RM3150.

Saya membayar RM1000 sebagai pendahuluan . Setelah rumah siap dan memperolehi CF saya telah melangsaikan keseluruhan baki dengan harapan dapat set ini dengan segera. Tetapi terpaksa menunggu hampir 2 minggu.

Pada saat menerima set ini 9/1/2010 saya berasa sangat seronok tapi setelah menyedari kerosakan saya dan isteri berasa sungguh dukacita. Lalu menghubungi Cavenzi untuk membuat aduan pada 12/1/2010. Pekerja warganegara Bangladesh menyalahkan saya kerana menandatangani akuan penerimaan tanpa memeriksa terlebih dahulu. Maaf saya tidak menyedari kecacatan itu. Pada hari ini pula 14/1/2010 kecacatan itu diganti dengan barang yang lebih teruk dan tidak seimbang seolah-olah reput dan goyang seperti buaian. Ini mungkin membahayakan anak saya kelak.

Isteri saya tidak mahu menandatangani akuan penerimaan tersebut dan sanggup menerima barang asal yang hanya berlubang sebiji bola pingpong berbanding barang baru yang banyak kecacatan tetapi dipaksa untuk tandatangan. Keadaan ini membuatkan saya berasa sangat marah dan tertekan kerana menerima panggilan isteri semasa di pejabat sambil menangis menceritakan hal ini (isteri tengah mengandung dan cuti semester). Saya pulang ke rumah dengan hati yang geram lalu melihat kerosakan pada barang itu. Saya menghubungi Cavenzi dan memarahi mereka. Barang tukar serupa tak payah tukar. Kalau tak dapat tukar pun tak apa biarlah barang yang mula sekali. Wahai Cavenzi biarlah pengguna menilainya. Cavenzi Please I'll Never Come Again!
buzen5

Sebelum aduan dibuat!
anaxilea
sekali tengok pon dah tau... cheap quality
bule la nak pakai utk jangka masa pendek
yela sekarang kan kayu mahal maa...
buzen5

Selepas tukar pun ada masalah??? Tolonglah saya tidak ada masa nak wat aduan.. Kadang2 tiada di rumah..
maria_clara82

aduhai malang sungguh nasib anda... takziah.... sad.gif

mahal gile ah perabotnya....

takde pengalaman le beli brg Cavenzi..berdiri depan kedai sambil tgk kat cermin pernah la..

tak mampu ana...nehiiiiiiiiiiiiii............ pardon.gif

buzen5
QUOTE(anaxilea @ Jan 14 2010, 09:00 PM) *
sekali tengok pon dah tau... cheap quality
bule la nak pakai utk jangka masa pendek
yela sekarang kan kayu mahal maa...

saya tahu kurang sikit.. tapi isteri saya tak setuju untuk menerima barang ini tapi dipaksa.. isteri tak setuju untuk tukar.. rela menerima barang lama seadanya.. kalau awak pun panas gak kan..
anaxilea
biasala tu, orang baru kawin pon nak beli tilam pon kadang2 tak mampu
yg cap ayam je dah 500 ratus, yg elok seribu lebeh
nak buat camana, duit abis kat hantaran hehehehe....
anaxilea
QUOTE(buzen5 @ Jan 14 2010, 09:04 PM) *
QUOTE(anaxilea @ Jan 14 2010, 09:00 PM) *
sekali tengok pon dah tau... cheap quality
bule la nak pakai utk jangka masa pendek
yela sekarang kan kayu mahal maa...

saya tahu kurang sikit.. tapi isteri saya tak setuju untuk menerima barang ini tapi dipaksa.. isteri tak setuju untuk tukar.. rela menerima barang lama seadanya.. kalau awak pun panas gak kan..

ye, biasanya promoter tu pushy, saya saje je test mamat promoter tu, haggle gitu gini, hahaha kos penghantaran je dah 200, masa tu survey cavenzi kat carrefour kat bangsar.. tapi memang cheap quality, sebab yg model furniture pon bule tercabut kelakar betul, at least letak le utk promotion yg elok sikit...
kalau ana tukar je, dari tgk barang seumur hidup rasa tak puas hati kan kan kan
buzen5
QUOTE(anaxilea @ Jan 14 2010, 09:07 PM) *

promoter sekarang banyak abang la.. hehehhe
asray
kitakan ada tribunal tuntutan pengguna...ajar diorang cara tu..
(tp kena sabar la sbb amik masa skit)
buzen5
saya bukan nak memburukkan barang dia tapi saya nak supaya mereka menambah baik mutu dan kualiti barang mereka walaupun murah..

saya marah kerana keadaan almari ini boleh membahayakan keselamatan kanak2 dan bayi jika terhempap.. almari ni memang tidak stabil dan bergoyang jika ditiup angin... maklumlah ana bakal menimang cahaya mata sulong.. kalau ada kecelakaan yang kita boleh elakkan kita patut berusaha, pada Allah kita berserah.
kanee
naseb baek kanee tak terjebak nak beli perabot hari tuh.... nmpk mcm canteek... tp bila tgk betol2 ...ada lah jugak kerosakkan.. so... kanee g jer kat kedai perabot.. puas hati... murah pun murah jugak... siap ada gerenti 2 tahun lagi..
buzen5
kanee
teruk nyer kualiti!!!!!! takut nyerrrrr
joaquinshah
rasanya tak semua kot.
aku penah jugak beli kat cavenzi. elok je kualitinya.
dia deliver perabot nih dari kilang kat Balakong ke?
mama_elin
me pun pakai this brand, cukup puas hati..

beli utk 2 hall, sofa set 3+2+1 dan sofa L shape, free coffee table & telephone table..price ok lah..

dah pakai 5 tahun, actually sofa ni dah siap setahun awal sebab we all beli awal2..then depa letak dlm kilang depa, umah kami masa tu terlewat 2 tahun nak disiapkan..bila delivery ok shj semua..

namun sekarang ni, sofa yg 3+2+1 dah dijual 2nd hand sebab bagak..ngeeee maintain yg L shape ni..tp dah tercabut2 kaki besi bawah dia..hasil kebuasan anak2 aku..

tp still bertahan juga la..

mungkin caw tuh la kot..nak2 org asing yg x pentingkan kualiti kot..

Didiharaiss
buzen dah kahwin ek?

tak jemput Kak DD pun
siti salmah
haha..ingatkan kitorang jer yg terkena

bought L-shape sofa from cavenzi
beberape bulan pakai terkoyak jahitannye....dekat tempat duduk dan tempat bersandar tuh
then hantar utk baiki...kene bayar delivery charges lg sb diorg dtg amik dan hantar
tp...1 months later
terkoyak balik jahitannye
dah malas nak baiki lg....
habis duit jek beli
Didiharaiss
korang kalau nak yang ok beli je kat Home Decor ataupun brand2 Amerika, ataupun Ikea

tapi mahal la dan jgn lenjan2 dia
CuTiEy_SuKi^_^
pernah ada pengalaman ngan cavenzi ni..
tapi tak sempat beli...juz kitorg pergi tgk
brg utk perabut rumah..then pi cavenzi cawangan
cheras batu 9 tu...okler pekerja dia layan ok..
juz BRANCH MANAGER dia sombong nak mampus...
dia cam tak bagi pekerja dia layan suki n hubby..
ada jerk dia suruh pekerja yg layan kitorg wat itu ini..
padahal ada pekerja dia free...suruh ler pekerja lain..
pastu menjeling jerk..masam kelat muka..cam la ensem sgt..
mentang2 la suki ngan hubby ni pakai simple..
masuk yg ala2 mak datin tu dilayan baik jerk...mmg beza la..
so at last mmg ada yg berkenan tapi suki dah takder mood
nak amik...last2 sound ngan pekerja dia "mmg i ada berkenan
tapi disebabkan branch manager u yg cam bagus tu layan kami
sbelah mata so i tak jadi amik".."suruh manager u tu pergi belajar
cemana nak layan customer..jgn nak memilih bulu"..
then kitorg blah pi ampang waterfront..
kat sana kitorg amik satu set bilik tidur..meja makan,sofa..
so saper2 bos cavenzi yg terbaca ni tolong ingat yer..
disebabkan branch manager yg kerek anda kehilangan bisnes..

p.s ~ masih bengang... dry.gif
MR.diNO
buat report dan aduan dekat kemneterian hal ehwal pengguna la...
bleh dpt ganti rugi nanti kalu mmg betul salah penjual
terang
Aku ingat ini kes terpencil, rupanya memang jenama ini rendah kualiti.

Abang ipar aku ade beli set diorang ni. Beberapa minggu kemudian dah mula buat hal. Macam ade tompokan putih pada almari dan perabot berasaskan kayu diorang tu. Macam ade sejenis kulat atau serangga buat sarang dalam kayu tu. Jemur dan taruk ubat serangga pun tak jalan.

Kemudian dia minta tukar dan dapat yang baru. Tapi beberapa minggu kemudian barang baru tu pun sama juga kesnya.

Elok boikot je jenama tu.
Adinda
kesian awak buzen..
kalau Adinda la..Adinda pergi ke Cavenzi sekarang juge..jumpa manager dia..
i would also write a letter kepada Cavenzi + a copy to Consumer Assoc. (Persatuan Pengguna di Pulau Pinang itu)
dalam hal begini, awak sebagai pengguna berhak mengadu..menukar barang kepada yang elok.. itu memang hak seorang pembeli..

Amat sedih hal-hal macam ni berlaku..
Ada perbezaan rupa-rupanya Cavenzi yg awak pergi itu dengan cawangan lain (mama elin bernasib baik..)
Tapi...itu tak bermakna, kita terima saja kan?
Kena buat aduan...
Biar mereka tahu, kita pengguna tidak boleh dipermainkan..

Adinda prefer beli flat pack furniture..kecuali sofa..
Lebih senang hati pasang sendiri...sebab Adinda amat particular..
Kalau ada calar sket, Adinda tamau! hohoho..
Nak pasang sendiri pon Adinda akan buat dgn berhati-hati...ikut steps nya secara tenang..
sebab tak guna lah pasang dalam keadaan marah...nanti hasilnya buruk saja..heheh..
then, apabila dah siap...Adinda happy...heee biggrin.gif
tapi dalam situasi awak buzen, dengan isteri yang sedang pregnant...ya..Adinda faham, yang sudah pasang siap menjadi pilihan..tiada pening kepala nak fikir cemana nak assemble semua..

awak kata awak nak tegur agar mereka menambah kualiti dan mutu barangan kan?
ok.. mcm Adinda cakap awal-awal tadi, awak tulis surat aduan..kepada Cavenzi tu, ibu pejabatnya dan juga Persatuan Pengguna..
jelaskan how your wife dipaksa menandatangani dan dipaksa menerima barangan ganti yang lebih teruk keadaannya..
masukkan/tulis "not childproof"
your concerns..
your disappointments..
kepilkan gambar-gambar kerosakan..

jikalau rasa tak puas hati dan berbincang di sini saja...Adinda rasa tidak akan kemana..
You have to do something..ok bro?
hopefully they'll replace with better items..or refund your money..
Jangan takut... You have every right to complain..
You and your family do not deserve this..
I wish you good luck smile.gif
MR.diNO
QUOTE(terang @ Jan 15 2010, 11:03 AM) *
Aku ingat ini kes terpencil, rupanya memang jenama ini rendah kualiti.

Abang ipar aku ade beli set diorang ni. Beberapa minggu kemudian dah mula buat hal. Macam ade tompokan putih pada almari dan perabot berasaskan kayu diorang tu. Macam ade sejenis kulat atau serangga buat sarang dalam kayu tu. Jemur dan taruk ubat serangga pun tak jalan.

Kemudian dia minta tukar dan dapat yang baru. Tapi beberapa minggu kemudian barang baru tu pun sama juga kesnya.

Elok boikot je jenama tu.

agaknyer sbb dia cavenzi china kot..
Kopite
QUOTE(CuTiEy_SuKi^_^ @ Jan 15 2010, 09:35 AM) *
pernah ada pengalaman ngan cavenzi ni..
tapi tak sempat beli...juz kitorg pergi tgk
brg utk perabut rumah..then pi cavenzi cawangan
cheras batu 9 tu...okler pekerja dia layan ok..
juz BRANCH MANAGER dia sombong nak mampus...
dia cam tak bagi pekerja dia layan suki n hubby..
ada jerk dia suruh pekerja yg layan kitorg wat itu ini..
padahal ada pekerja dia free...suruh ler pekerja lain..
pastu menjeling jerk..masam kelat muka..cam la ensem sgt..
mentang2 la suki ngan hubby ni pakai simple..
masuk yg ala2 mak datin tu dilayan baik jerk...mmg beza la..
so at last mmg ada yg berkenan tapi suki dah takder mood
nak amik...last2 sound ngan pekerja dia "mmg i ada berkenan
tapi disebabkan branch manager u yg cam bagus tu layan kami
sbelah mata so i tak jadi amik".."suruh manager u tu pergi belajar
cemana nak layan customer..jgn nak memilih bulu"..
then kitorg blah pi ampang waterfront..
kat sana kitorg amik satu set bilik tidur..meja makan,sofa..
so saper2 bos cavenzi yg terbaca ni tolong ingat yer..
disebabkan branch manager yg kerek anda kehilangan bisnes..

p.s ~ masih bengang... dry.gif

sila taip nama cawangan CAVENZI dengan jelas dan terang. supaya nanti kalau org google kat internet....apa yg ko taip kat mesra nie bleh up jadi top list. biar 1 malaysia tau pangai CAVENZI nie.

kepada thread starter yg malang tu....aku bersimpati sgt2 apa yg terjadi kat sofa yg ko beli tu.
last resorts.......lontar aje sofa tu kat atas kepala P.I.C dia. kasi bocor kepala dia.
nak layan benda2 mcm nie kos meningkat. diaorg tetap akan buat cincai coz diaorg sedar...takat mana aje customer bleh tahan. last2 nanti senyap juga.
apa ko dah buat aduan kat saluran yg btul? maksud aku kat tribunal pengguna.

dodiana
mmm... pernah beli barang cavenzi last year
set bilik tido ngan set bilik katil bujang
okay barang dia

tapi, mungkin naseb baek kot dapat brg okay
cuma katil queen size tuh, lapik tilam dia tak kuat..
but so far tu jer la problem

tgk branch kot?
terang
Lapor ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagus juga.
Kopite
lagi 1...tips memilih sofa.

elakkan beli yg ada kaki yg pakai besi yg ukuran smpai 2-3 inci tu...
digalakkan beli yg jenis pakai bush rubber sebagai kaki.
zidane_ziege
1st..pendahuluan (deposit) ko besar sgt..lain kali ltk seminimum yg mungkin..kalo dpt letak rm10 lagi cantek..

2nd..jgn bayar full selagi brg tak sampai rumah dan ko belum check betul2 brg tersebut..

sekian..
Adinda
Adinda tak pernah tengok Cavenzi ni..
Baru sat tadi googled..

deposit tak perlu utk pekerja kerajaan...ok juga tu... wink.gif

blink.gif
tetiba tengok ni nampak cantik dan teringin pula...oops...hoho crazy.gif

QUOTE
1st..pendahuluan (deposit) ko besar sgt..lain kali ltk seminimum yg mungkin..kalo dpt letak rm10 lagi cantek..

kalau ikutkan keratan dari web tu, gov.servants dikenakan 0% deposit...takkan lah orang laen(pekerja swasta/sendiri) dikenakan deposit yang tinggi sebanyak 32% dari nilai keseluruhan?
Kecuali memang buzen yang mahu bayar sebanyak itu...
Apa-apapun, let this be a lesson for everyone in future..

QUOTE
lagi 1...tips memilih sofa.

elakkan beli yg ada kaki yg pakai besi yg ukuran smpai 2-3 inci tu...
digalakkan beli yg jenis pakai bush rubber sebagai kaki.

oh...kaki yang satu satu tu yea?
mau terbengkok 3"heels kaki sofa, dan lari alignment sofa tu ehh.. hoho..

kalau besi melengkong macam loop tu, ok kot..
Kopite
adinda...nanti aku snap pic n tepek sini tuk bg gambaran penuh.
yg melengkung mcm loop tu la yg 1st skali kene elakkan.
cuba tgk kat ikea...mana ada jenis mcm tu dia wat sebagai kaki sofa.
kalau ada pun material dia bkn yg mcm biasa jual tu.
Adinda
owh ok..thanks
siti salmah
should put this topic in Hal Ehwal Pengguna
buzen5
QUOTE(joaquinshah @ Jan 15 2010, 08:14 AM) *
rasanya tak semua kot.
aku penah jugak beli kat cavenzi. elok je kualitinya.
dia deliver perabot nih dari kilang kat Balakong ke?

stok kat hq balakong... hari ini sy chase hq balakong supaya ganti balik... penat la. kita laki bini kije.. tak ada rumah pun.. buzen tak kisah kalau benda ni tak goyang... tapi goyang sgt..
buzen5

Kalau tiup angin kuat memang tumbang.. dah la kawasan rumah musim angin kuat.
kanee
kanee adA berminat nak beli menatang nieh.... tp masa tuh dia ckp kalu beli kos penghantaran tetap sama.. adoi.. menda tak laa mahal sgt ..tapi kos penghantaran lagi mahal dari harga barang....
iznanaziz
QUOTE(buzen5 @ Jan 14 2010, 10:05 PM) *
saya bukan nak memburukkan barang dia tapi saya nak supaya mereka menambah baik mutu dan kualiti barang mereka walaupun murah..

saya marah kerana keadaan almari ini boleh membahayakan keselamatan kanak2 dan bayi jika terhempap.. almari ni memang tidak stabil dan bergoyang jika ditiup angin... maklumlah ana bakal menimang cahaya mata sulong.. kalau ada kecelakaan yang kita boleh elakkan kita patut berusaha, pada Allah kita berserah.

saya tak sure pasal ni, tp saya penah baca, masalah beli brg ni.tak elok ke apa...boleh hantar ke tribunal pengguna.
iLa_damia
pnh bace kat forum yg dia terkena ngan cavenzi gak..lame dah..tak ingat kat mane..baik p kedai perabot ah chong/ali bin abu lg bagus...
iznanaziz
QUOTE(iLa_damia @ Jan 15 2010, 04:44 PM) *
pnh bace kat forum yg dia terkena ngan cavenzi gak..lame dah..tak ingat kat mane..baik p kedai perabot ah chong/ali bin abu lg bagus...

is it means that this cavenzi perabot is not good enough?
buzen5
QUOTE(CuTiEy_SuKi^_^ @ Jan 15 2010, 09:35 AM) *
pernah ada pengalaman ngan cavenzi ni..
tapi tak sempat beli...juz kitorg pergi tgk
brg utk perabut rumah..then pi cavenzi cawangan
cheras batu 9 tu...okler pekerja dia layan ok..
juz BRANCH MANAGER dia sombong nak mampus...
dia cam tak bagi pekerja dia layan suki n hubby..
ada jerk dia suruh pekerja yg layan kitorg wat itu ini..
padahal ada pekerja dia free...suruh ler pekerja lain..
pastu menjeling jerk..masam kelat muka..cam la ensem sgt..
mentang2 la suki ngan hubby ni pakai simple..
masuk yg ala2 mak datin tu dilayan baik jerk...mmg beza la..
so at last mmg ada yg berkenan tapi suki dah takder mood
nak amik...last2 sound ngan pekerja dia "mmg i ada berkenan
tapi disebabkan branch manager u yg cam bagus tu layan kami
sbelah mata so i tak jadi amik".."suruh manager u tu pergi belajar
cemana nak layan customer..jgn nak memilih bulu"..
then kitorg blah pi ampang waterfront..
kat sana kitorg amik satu set bilik tidur..meja makan,sofa..
so saper2 bos cavenzi yg terbaca ni tolong ingat yer..
disebabkan branch manager yg kerek anda kehilangan bisnes..

p.s ~ masih bengang... dry.gif

banyak pekerja dia org bangladesh... siap keluar bil n ambik duit.. cakap mcm bagus... ingat kita ni bodoh... kalau tak masa first2 promoter tu org melayu buzen tak jadi beli kat situ... lepas beberapa bulan semuanya kaum dia.. mana g budak tu tak tahu la..
buzen5
QUOTE(Didiharaiss @ Jan 15 2010, 08:48 AM) *
buzen dah kahwin ek?

tak jemput Kak DD pun

kak didi duk mana sekarang
anaxilea
mak kite pon pakai sofa bed cavenzi, nampak elok le sebab baru beli hehe
rega bule tahan la jugak, tak tahula dua tiga tahun lagi
very comfy

neway, cam ikea pon ada grade juga barang2 dia, walaupun ikea ni sweden mari, dia byk outsource juga perabot dia, mesia pon ada buat barang2 ikea
kualiti kelas 3 ikea memang cheap q la, beli meja anak2 ari tu, haha.. memang selamat kena ganyang dek anak2...
tapi kalau beli yg mahal sikit mungkin okei... biasala tu alah membeli menang memakai

ntah, ana jarang beli perabut kat mesia, sofa semua memang takde, sempoi je... lemari pon dulu pi kedai seken hen je, murah pon murah biggrin.gif
Kopite

contoh rubber bush untuk kaki sofa yg lebih tahan lasak dan reliable.

yg nie pun pakai rubber bush..tapi kata atas dia ada palang besi dari hujung ke hujung sofa. jadi, lebih stabil dah kukuh.
iznanaziz
QUOTE(Kopite @ Jan 18 2010, 06:59 PM) *

contoh rubber bush untuk kaki sofa yg lebih tahan lasak dan reliable.

yg nie pun pakai rubber bush..tapi kata atas dia ada palang besi dari hujung ke hujung sofa. jadi, lebih stabil dah kukuh.

kaki sofa yg pertama tu, mcm kat umah kita...mmg kukuh. tp sofanya dah lunyai. pasal apa? semua nak baring atas sofa tu....bukan tuan umah je baring...tetamu (sedara mara) pun tumpang sekaki.
buzen5
malas nak ambik port.. Cavenzi ada call nak ganti. sampai hari ni senyap je... huhuhu.
Adinda
ish kenapa la depa buat macamtu..?
simpati kat awak.. sad.gif

Kopite..
thanks for sharing the pics.. sebagai panduan utk beli sofa buat semua insyaAllah... good.gif
ChicCikin
aku ade gak beli brg cavenzi kat sri petaling 2 bln lepas.
bedroom set, tilam, sofa L-shape, tv cabinet.
so far ok je. xde pulak cacat kat mana².

xsilap aku kilang cavenzi kat balakong.
maybe brg yg ko dpt tu brg yg mmg diorg smpn lama kat seremban kot.

ChicCikin
buzen.. perabot tu ko beli xtgk display item eh?
sbb mcm divider tu.. aku ade tgk gak aritu.
mmg agak ringan. nak berat sket kena la letak buku/something atas divider tu.
iznanaziz
QUOTE(ChicCikin @ Feb 4 2010, 12:54 PM) *
buzen.. perabot tu ko beli xtgk display item eh?
sbb mcm divider tu.. aku ade tgk gak aritu.
mmg agak ringan. nak berat sket kena la letak buku/something atas divider tu.

satu hal lak nk letak bg tinggi.
ChicCikin
eh bkn letak something nk tinggikan.
tp letak something kat atas para/rak kat divider tu.
maknanye.. xbiarkan divider tu kosong.
atleast kalau ade brg kat dlm divider tu.. berat la sikit.
itu suggestion aku je.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2014 Invision Power Services, Inc.