Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Setiap Malam Adalah Malam Pertama
Mesra.net Forum > Social & Societies > Perkahwinan & Pertunangan
bodycontact
Cerita hari agak menjurus kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun klo korang belum kahwin pun boleh baca cuma jadikan sebagai ilmu untuk panduan masa depan.

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti tidak akan terlepas dengan debaran malam pertama. Sungguh indah dan menyeronokkan. Hehe masing-masing malu untuk meluahkan isi hati… Wowowo… Yang belum kahwin tu harap bersabar ye. Giliran anda pastikan tiba kelak.

Berbalik kepada tajuk entry ni. Ingat tak lagi masa malam pertama dulu? Bagaimana terujanya korang menikmatinya dengan penuh ghairah dan bayangkan pula bahawa perasaan itu korang lalui saban malam. Pasti kenangan terindah itu akan melengkapkan lagi hidup korang.

Realtinya, bukan semua pasangam dapat merasai kenikmatan malam pertama ni setiap hari. Macam-macam faktor yang mempengaruhi contohnya sibuk, masalah kerja, dan sebagainya menyebabkan keintiman korang semakin dingin. Ini adalah faktor-faktor yang boleh membuat sesebuah keluarga menjadi celaru dan di akhir dengan perpisahan. Kesiankan.

Apa lagi yang korang tunggu? Kenapa buat tak endah je dengan nikmat yang allah bagi tu. Jom ikuti langkah2 yang ery cadangkan.

Wujudkan kerinduan

“rindu” – ungkapan indah yang tak perlu di bahaskan lagi setiap orang pasti pernah merasa kerinduan. Apabila korang saling merindui, pasti kehadiran cinta tak perlu diundang. Jika setiap hari bertentang mata pasti kerinduan tu kurang menyerap dalam diri korang.

Ok, cuba korang bayangkan… Satu masa korang berdua berada dalam sebuah negara yang berasingan disebabkan oleh kerja. Tempoh out station tu makan masa seminggu, apa yang korang rasa?. Hari pertama mungkin belum rasa rindu sebab masih berasa seronok melawat negara orang. Cuba korang bayangkan pulak malam yang sunyi tanpa teman. Kena tidur sorang. Mesti korang dah mula rindukan pasangan korang. Betul tak?.



Jadi apa yang korang perlu buat untuk wujudkan perasaan rindu tersebut?. Isteri pasti sentiasa inginkan suami mereka sentiasa berada di rumah melayan kerenahnya bersembang tentang pokok bunga la… Tentang cadar la… Wowowo… Ingat sikit benda macam tu tak penting untuk suami. Apa yang suami suka?. Seorang lelaki yang normal sangat suka hang out dengan kawan-kawan kat luar rumah. Tengok bola ke. Lepak kat mamak ke. Sekali sekala lepaskanlah suami bersama kawan dia. Suami pulak jangan la jadi macam kambing terlepas dari kandang. Keluar sampai tak ingat jalan balik. Hang out lepas2 isyak cam tu pas tu sebelum pukul 11 tu balik la. Kalau pukul 11 suami tak balik.

Bila isteri dah rasa boring kat rumah mesti wujud perasaan inginkan pelukan suamikan? Sms la suami tu. Bgtau cam ni.

” wahai suamiku, lapangan terbang sudahku sediakan hanya menanti tibanya pesawat darimu ”

Yang belum kahwin, ignore je. Tak de maksud apa2 pn. Org kahwin je faham ape benda tu. Heheh. Yang si suami tu jgn la pulak buat donno jer. Panggilan pulau tu. Apa lgi? Lampu hijau dah menyala tu. Hahaha

Ok lah sampai sini dulu untuk kali ini… Nnt ery sambung untuk part yang seterusnya…
Assalamualaikum…
sylar
QUOTE
” wahai suamiku, lapangan terbang sudahku sediakan hanya menanti tibanya pesawat darimu ”


biar betul ada orang cakap lagu nih.....
sylar
aku takmo suami hoq nak bini cakap lagu nih.....!!!!!!!!!!


eeeeeeeeee aku sepak mampoih


al-taf


monopous ke hape..setiap malam..malam pertama
Ezi
MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.


Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

dapatkan lagi info seks di web anda dan seks
sylar
topik ini tak sesoai .

pokoksena85
umum sgt..
pokoksena85
setiap malam adalah malam pertama sesuai utk psgang berjauhan jer nie..huhu
mcm aku nie..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.
Invision Power Board © 2001-2010 Invision Power Services, Inc.